The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Adriana Batrisyia, 2024-03-04 09:32:06

IKTIBAR KEJATUHAN KERAJAAN UTHMANIYAH

PAI KERTS 2

KERAJAAN TURKI UTHMANIYAH “IKTIBAR DARI KEJATUHANNYA” KUMPULAN 5 : 1.MUHAMMAD AIMAN AMSYAR BIN ROSSIDY 2.MUHAMMAD HARITH DANIAL BIN NUASRAH 3.MUHAMMAD AFIQ IRFAN BIN MOHD ANUAR 4.MOHAMMAD NOOR HAIQAL BIN JUMAT 2SVM WTP


IKTIBAR DARI KEJATUHANNYA Pembentukan Kerajaan Turki Uthmaniyah 1.Perkataan Uthmaniyah berasal daripada nama pengasas kerajaan ini,iaitu Uthman bin Ertughrul bin Sulaiman Shah yang berasal dari suku Qayi. 2.Pada peringkat awal,Uthman ialah Amir atau pun gebenor Saljuk bagi kawasan sebelah barat daerah Anatolia.Kawasan ini bersempadan dengan kawasan empayer Byzantine,ataupun dikenali juga sebagai Rom Timur. 3.Kawasan di bawah pentadbiran Uthman ini menghadapi ancaman yang lebih tinggi berbanding dengan wilayah yang lain. 4.Pada tahun 1301M,Uthman berjaya menumpaskan tentera Byzantine.Kemenangan ini menyebabkan ramai ghazi ataupun pahlawan tentera serta pemimpin masyarakat bersatu di bawah Uthman dalam memperluas kawasan penaklukannya. 5.Uthman mula menakluki kawasan sekitar Anatolia dan kemudiannya menjadikan banda Bursa sebagai ibu negeri.


6.Uthman meninggal dunia pada tahun 1326M dan usaha perluasan kuasa diteruskan oleh anaknya Orhan 1 dan pemerintah Uthmaniyah seterusnya. 7.Kerajaan Uthmaniyah mula terkenal dan bertambah kukuh apabila Kota Constantinople telah ditakluk oleh Muhammad al-fatihah (1432M-1481M).Penaklukan kota ini oleh umat Islam telah membawa erti sebuah kejayaan yang besar iaitu menewaskan pihak yang menjadi seteru kepada Islam.Ia menjadi lambang kejatuhan empayer yang terkenal iaitu Empayer Byzantine (Rome) yang berteraskan Kristian. Empayer Rome Byzantine dan Empayer Parsi adalah antara empayar yang Berjaya ditakluk oleh Islam. Kejatuhan Empayar Byzantine juga telah membuka ruang dakwah yang luas untuk Islam terus tersebar di Eropah,terutama Eropah Timur. 8.Pemerintahan Kerajaan Uthmaniyah boleh dibahagikan kepada beberapa penggal: *Peringkat awal penubuhan (1299-1453). *Perkembangan dan pengukuhan (1453-1682). *Perkembangan mendatar,kebangkitan nasionalisme dan cabaran pihak Barat (1683-1827). *Kemerosotan dan kejatuhan (1828-1908). *Pembubaran pemerintahan (1908-1924). 9.Zaman perkembangan Kerajaan Uthmaniyah bermula selepas kejayaan pemerintahnya,Sultan Muhammad 2 (Sultan Muhammad Al Fateh) menakluki Kota Konstantinople dari kekuasaan Empayar Byzentine pada 29 Mei 1453. 10.Sultan Abdul majid ii merupakan pemerintah terakhir bagi kerajaan Turki Uthmaniyah. 11.Bilangan keseluruhan pemerintah bagi kerajaan Turki Uthmaniyah adalah 37orang.


FAKTOR KEJATUHAN KERAJAAN UTHMANIYAH Secara ringkas,kejatuhan Kerajaan Uthmaniyah boleh digambarkan berpunca daripada beberapa perkara, antaranya seperti berikut: 1.Masalah ekonomi di mana kerajaan Uthmaniyah berhadapan dengan kesukaran untuk membayar kembali hutang mereka dengan bank-bank Eropah. 2.Kebangkitan nasionalis wilayah-wilayah tadbiran Uthmaniyah termasuk di negara Arab dengan tercetusnya Kebangkitan Arab pada tahun 1916M. 3.Perjanjian Sykes-Picot 1916M yang dibuat secara rahsia telah menjadi plan strategik pihak kuasa barat untuk memecahbelahkan kerajaan Uthmaniyah.Ini juga berlaku disebabkan kuasa-kuasa Barat ini beranggapan Uthmaniyah akan jatuh apabila tercetusnya Perang Dunia Pertama pada tahun 1914M. 4.Penyertaan Uthmaniyah dalam Perang Dunia Pertama.Mungkin mereka tidak mempunyai pilihan untuk tidak terlibat kerana desakan untuk mempertahankan wilayahnya yang cuba dirampas.Selepas Uthmaniyah menandatangani persetujuan pada bulan Oktober 1914M untuk menyokong Jerman menentang Rusia dengan sokongan dari United Kingdom. 5.Teknologi ketenteraan yang ketinggalan berbanding dengan kuasa barat sehingga kalah dalam peperangan. 6.Kemerosotan ekonomi dan beban hutang negara yang tinggi.


7.Gerakan yang menuntut kemerdekaan daripada wilayah-wilayah menyebabkan negara tidak stabil. 8.Kelemahan Pendidikan menyebabkan kekurangan tenaga mahir untuk membangunkan negara.


IKTIBAR KEJATUHAN KERAJAAN UTHMANIYAH 1.Hutang kewangan boleh menjadi beban yang boleh memberi kesan negatif kepada kehidupan sehingga menjadi masalah dalam ekonomi diri sendiri dan negara.Oleh itu,kita hendaklah merancang kewangan dengan baik supaya tidak terjerat dengan beban hutang. 2.Rasuah merupakan musuh besar kepada ekonomi sesebuah negara.Rasuah juga menjejaskan kecekapan dan integriti dalam pentadbiran sehingga memburukkan sistem sosial serta kestabilan politik.Oleh itu, kita hendaklah mengelakkan diri daripada gejala rasuah serta memilih pemimpin yang bersih daripada rasuah. 3.Kehilangan institusi khilafah dalam kerajaan Islam dan perpecahan negara-negara islam di bawah satu pemerintahan membawa kesan yang buruk dalam politik negara islam.Oleh yang demikian, kita hendaklah mengembalikan semula sistem khilafah yang telah dilaksanakan dalam kerajaan Khulafah Ar-Rasyidin supaya rakyat dapat hidup secara adil dan saksama. 4.Umat Islam semakin merosot dalam menguasai perdagangan sehinggakan orang bukan islam telah memonopoli sistem ekonomi negara.Oleh itu,kita hendaklah bersatu hati untuk mengembalikan kuasa ekonomi kepada umat islam dengan membeli barangan keluaran orang islam. 5.Rakyat yang berpecah belah memberi kesan negatif terhadap sesebuah negara islam.Oleh yang demikian,kita hendaklah memperkukuhkan perpaduan sesame umat islam agar digeruni oleh pihak musuh,Contohnya mengamalkan adab berjiran dengan baik, membantu umat islam ketika dalam kesusahan dan menegakkan amar makruf nahi mungkar. 6.Penyalahgunaan teknologi masa kini menyebabkan berlakunya keruntuhan akhlak umat islam. Oleh itu,kita mestlah mengembalikan akhlak umat islam dengan memberi kempen kesedaran tentang keburukan kesalahan teknologi ini.Secara tidak langsung dapat menerapkan akhlak yang baik seperti mana yang telah ditunjukkan oleh para sahabat yang mendapat tarbiyah langsung daripada Rasulullah.


Click to View FlipBook Version