KEBUDAYAAN, KESENIAN DAN ESTETIKA TEMA 12 OLEH:NUR ZAHIRAH MAISARAH 5 IZZUDIN
APAKAH ITU PERMAINAN TRADISIONAL ? Menurut Kamus Dewan, permainan tradisional merujuk permainan budaya yang sudah diamalkan oleh sesuatu masyarakat itu untuk satu tempoh yang tertentu seperti congkak,kondakondi dan gasing PERNAHKAN ANDA TERDENGAR TENTANG TUMBUK KALANG? Tumbuk kalang dikategorikan sebagai permainan rakyat dan merupakan permainan muzik asli yang diilhamkan daripada kegiatan menumbuk padi di Negeri Sembilan.
BAGAIMANA TUMBUK KALANG DIMAINKAN ? Tumbuk kalang dimainkan dengan tumbukan beberapa batang antan ke sebuah lesung kayu .Setiap tumbukan di bahagian lesung akan menghasilkan bunyi yang berbeza. Tumbukan di hujung kiri lesung dinamakan mencincang, bunyinya tetap dan satu-satu, manakala tumbukan di hujung kanan yang tidak tetap dipanggil menganak ataupun meningkah. Di sebelah tepi kiri atau kanan badan lesung pula dipanggil mengibu, di mana tumbukan mengibu adalah tumbukan yang penting kerana tumbukan itu tumbukan penentuan bagi lagu-lagu yang dimainkan. Manakala yang terakhir ialah tumbukan di lubang atau tepi lubang lesung yang dipanggil ‘keriket’ untuk mengindahkan irama lagu.
APAKAH LANGKAH-LANGKAH UNTUK MEMPOPULARKAN PERMAINAN TRADISIONAL ? Semangat juang sehingga johan, Seronok bermain bersama rakan, permainan tradisional menjadi pilihan, zaman ke zaman semakin dilupakan. Pantun di atas memanisfestasikan satu mesj yang eksplisit iaitu peri pentingnya permainan tradisonal. Permainan tradisonal secara amnya merupakan permainan yang dimainkan oleh generasi pada zaman dahulu yang dikenali sebagai permianan rakyat. Kebanyakan permainan tradisional dimainkan secara berkumpulan, sekali gus mewujudkan interaksi sosial dan merapatkan hubungan antara satu sama lain .Yang Berhormat Dato Sri Tiong King Sing Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya berkata pada era gajet dan teknologi hari ini, kehidupan generasi kini berubah kerana lebih terdedah kepada aplikasi permainan secara dalam talian dan media sosial. Pada zaman dahulu, permainan tradisonal menjadi hiburan nenek moyang kita untuk mengisi waktu lapang mereka bersama kelurga mahupun rakan-rakan sekaligus memberikan manfaat terhadap kecerdasan rohani dan jasmani ketika bermain .Namun begitu, kebelakangan ini permainan tradisonal kian mati ditelan zaman akibat kepesatan perkembangan teknologi .Ironinya, terdapat langkah-langkah yang perlu diambil untuk mempopularkan permainan tradisoanal.
APAKAH LANGKAH-LANGKAH UNTUK MEMPOPULARKAN PERMAINAN TRADISIONAL ? Sebagai mukadimah perbincangan,langkah yang dapat dilakukan bagi mempopularkan permainan tradisional ialah pihak sekolah boleh menganjurakan sukan tradisional peringkat sekolah. Tamsilnya, pertandingan permainan tradisional boleh dijadikan salah satu aktiviti ketika sambutan hari kebangsaan.Hal ini dapat mendedahkan dan menarik minat pelajar dalam permainan tradisional sejak alam persekolahan lagi.Eksplit,mereka juga dapat mempelajari cara bermain permainan tradisonal sebagai persediaan mereka dalam perlawanan yang bakal diadakan .Ghalibnya, penganjuran permainan tradisional peringkat sekolah sebagai sukan tradisonal mampu mempopularkan permainan tradisional dalam kalangan pelajar
APAKAH LANGKAH-LANGKAH UNTUK MEMPOPULARKAN PERMAINAN TRADISIONAL ? Memikirkan sejenak rasionalnya, ibubapa dan ahli keluarga seyogia memperkenalkan permainan tradisonal di rumah.Contohnya ,ibubapa boleh meluangkan masa bersama anak-anak dengan bermain permainan tradisional seperti congkak,baling selipar dan teng-teng sebagai aktiviti riadah pada waktu petang.Dalam konteks ini,penyediaan alatan permainan tradisonal dan barangan diperlukan bagi memudahkan proses pembelajaran kepada anak-anak yang setahun jagung.Impaknya,minat anak-anak dalam permainan tradisional dapat diterap dalam diri mereka sekaligus merapatkan hubungan kekeluargaan.Hal ini jelaslah bahawa,ibu bapa berperanan vital dalam menjadi entiti mithali yang syumul dalam mempopularkan permainan tradisional dengan memperkenalkan permaian tradisional kerana tak kenal,maka tak cinta..
APAKAH LANGKAH-LANGKAH UNTUK MEMPOPULARKAN PERMAINAN TRADISIONAL ? ,Sebelum bisul menjadi nanah dan sebelum kudis menjadi tokak,jelaslah bahawa terdapat seribu satu wahana yang boleh dipraktikkan bagi mempopularkan permainan tradisional. Marilah kita berganding bahu bagi merealisaikan impian ini dan tidak mensiasiakan warisan negara kita walaupun Lain hulu lain parang lain dahulu lain sekarang .Diharapkan,setiap individu tidak bersikap seperti enau dlam belukar melepaskan pucuk masing-masing dengan menyiahkan tanggungjawab mereka dalam memastikan permainan tradisional tidak ditelan arus kemodenan kerana sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna. Natijahnya, permainan tradisional merupakan citra bangsa yang seharusnya dipopuularkan seperti aforisme tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas.
-TERIMA KASIH-