The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Anissofea Mustapha, 2022-06-13 14:31:33

KUMPULAN 2 - SALAH FAHAM TERHADAP ISLAM

SALAH FAHAM TERHADAP ISLAM, KUMPULAN 2

SALAH FAHAM
TERHADAP ISLAM

NAMA PENSYARAH: WAHIDAH BINTI MAT SAID
KOD KURSUS: MPU23012 (PENGAJIAN ISLAM)

PENGAJIAN ISLAM (MPU23012)

Tugasan: E-Folio

Tajuk: Situasi Islamfobia di Negara Bukan Islam

NAMA NO MATRIKS

ZULIANA BINTI ZULKARNAEN 02DSK21F1021

NUR RAFIQAH RUZAINI BT MOHD RAZALI 02DSK21F1055

NURMAISOFEA NAQUIAH BT AHMAD SHALABEE 02DSK21F1065
NUR ANISSOFIA BINTI MUSTAPHA 02DSK21F1069

WAN MUHAMMAD ILMAN AZFAR BIN WAN MOHD 02DSK21F1073
ZULKIFLI

ISI KANDUNGAN

➢ Pengenalan
➢ Objektif Kajian
➢ Konsep Islamfobia di negara bukan islam
➢ Manifestasi Islamfobia
➢ Faktor Islamfobia
➢ Strategi bersepadu mengatasi Islamfobia
➢ Kesimpulan
➢ Rujukan
➢ Lampiran

PENGENALAN

Salah faham terhadap Islam melibatkan kecelaruan, kekeliruan dan kekusutan
kefahaman terhadap Islam disebabkann ideologi yang lahir daripada pemikiran manusia atau
ajaran Islam yang tersasar daripada ajaran Islam yang sebenar menurut Al -quran dan sunnah.

Salah faham terhadap agama Islam tersebar luas dalam kalangan umat Islam dan
bukan Islam. Salah faham terhadap Islam bukan sahaja berlaku dalam kalangan masyarakat
bukan Islam, malah sering juga berlaku dalam kalangan masyarakat Islam sendiri. Pelbagai
tuduhan, tomahan dan anggapan salah dibuat terhadap Islam yang menggambarkan
kesalahfahaman masyarakat terhadap Islam.

Semua ini berlaku, kerana kejahilan terhadap hakikat agama Islam tersendiri. Ini
adalah disebabkan pengenalan modenisme oleh penjajah Barat ke dunia Islam. Berlaku juga
d is e b a b ka n p r o p a g a n d a m e d ia b a r a t y a n g m e n g g a m b a r k a n Is l a m ke g a n a s a n , ke ta ks u b a n d a n
kemunduran.

Faktor orientalisme yang Berjaya menyelinap dalam bidang akademik dan intelektual
dan memesngkan gambaran islam yang sebenar juga menjadi faktor timbul salah faham.

Seterusnya, kami akan membincangkan beberapa contoh salah faham terhadap
Islam dan jawapannya berdasarkan ajaran Islam yang sebenar.

OBJEKTIF KAJIAN

Objektif utama dalam menyiapkan tugasan e-folio ini adalah untuk:

❑M e n g e n a l p a s t i i s u - i s u m e n g e n a i s a l a h f a h a m t e r h a d a p Is l a m
❑M e n g e t a h u i p u n c a - p u n c a b e r l a k u n ya s a l a h f a h a m t e r h a d a p I s l a m
❑M e n ye n a r a i k a n l a n g k a h m e n g a t a s i m a s a l a h s a l a h f a h a m t e r h a d a p I s l a m s e r t a c a r a - c a r a

menyelesaikannya

SITUASI ISLAMFOBIA DI NEGARA-NEGARA BUKAN ISLAM

KONSEP ISLAMFOBIA
• Fenomena Islamfobia semakin popular di mata dunia sehingga ada negara-negara Islam telah

m e n u b u h k a n s e b u a h p e rtu b u h a n ‘OIC Is l a m f o b ia Ob s e rv a tory’ u n tu k m e m a n ta u p e rke m b a n g a n
terkini berkenaan isi-isi Islamfobia. Pertubuhan ini juga telah mengambil langkah-langkah
inisiatif untuk membetulkan persepsi negatif terhadap Islam. Jika diperhatikan media massa
m e r u p a ka n s u m b e r u ta m a p e n y e b a r a n Is l a m f o b ia p a d a za m a n ini, b a nya k lagi is tila h la in
ya n g diguna pakai antaranya ialah, ‘Muslim Radicalization’. ‘Anti -Muslim hate crime’,
‘anti-Islamic phenomena’, dan ‘religious based hate crimes’, juga sering diguna pakai. Namun
Islamfobia masih menjadi istilah yang lebih popular dan ianya diterima pakai secara meluas
dalam pelbagai media.

• Persepsi negatif berkenaan dengan Islam ini merangkumi pelbagai aspek, ini merangkumi
p a n d a n g a n s e r o n g te r h a d a p u n d a n g - u n d a n g , nila i- nila i, d a n b u d a y a y a n g d ib a w a o le h Is l a m
itu sendiri. Rumusan dari ‘Islamfobia; A Challenge for US” yang dibuat Runnymede ini
mengesahkan bahawa Islam telah disalahfaham oleh masyarakat secara serius terutamanya
masyarakat bukan Islam dari barat. Persepsi ini harus diperbetulkan bagi mengembalikan
nama baik Islam.

SITUASI DI NEGARA-NEGARA BUKAN ISLAM

Penularan budaya Islamfobia adalah ancaman terbesaar yang dihadapi negara -negara Barat
p a d a m a s a ini. Is l a m f o b ia te la h m e n j a d ika n ke a d a a n d i Barat tid a k l a g i s e l a m a t b a g i u m a t Is l a m
d a n s e n tia s a b e r a d a d a la m ke a d a a n tid a k te n te ra m . Wujud ke ta k u ta n ke p a d a u m a t Is la m di
Barat u n tu k b e rja la n m a la m , s e o ra n g d iri a ta u b e k e rj a di s e k tor- s e k tor te rte n tu .

Islamfobia selalu dikaitkan dengan geopolitik dan perbuatan yang dilakukan ialah teroris. Rakyat
dari negara Arab termasuklah Malaysia seringkali dicurigai dan apabila melakukan sesuatu
perbuatan seperti melakukan solat di tempat terbuka dianggap sebagai melakukan perbuatan
yang mengancam Barat.

Islamfobia sering dikaitkan dengan pandangan seperti berikut, Islam adalah sebuah agama
yang mempromosikan keganasan dari agresif, Islam adalah agama yang berbarik, seksis dan
tidak bertamadun, Islam membenci Barat, Islam memecah belah masyarakat dan negara, Islam
menyebabkan pertembungan tamadun dan Islam juga adalah ideologi politik.

MANIFESTASI ISLAMFOBIA

Manifestasi Islamfobia merujuk kepada situasi di mana persepsi negative atau
kebimbingan atau kebencian kepada Islam dizahirkan dalam bentuk ekspresi
intelektual seperti penulisan karya ilmiah atau perbuatan yang merangkumi keganasan,
protes dan Gerakan Islamfobia itu sendiri. Manifestasi Islamfobia terbahagi kepada
lima iaitu:

• Media

Peranan media dalam mendapat pendapat umum sememangnya tidak dapat
dinafika n . M e dia y a n g p r o - b a r a t d a n s e n t i a s a m e n g a m b i l p e l u a n g u n t uk m e m b e rika n
im ej yang buruk kepada Islam sudah pasti akan te rus m enyebarkan b erita-b erita yang
m e n g g a m b a r k a n k e b u ru k a n Isla m . C o n t o h n y a , p e n e r b i t a n file m “Fit n a ” oleh ahli politik
B elanda B ern a m a G ee rt Wilders yan g k em udiann ya disiark an secara b erleluasa
m enyebabkan m asyarakat um u m m em punyai pandangan yang am at negative
t e rh a d a p Is l a m t e r u t a m a n y a a l- q u r a n . M e dia j u g a m e n g h a n g a t k a n l a g i isu ko n t ro v e rsi
s e p e rt i p e m b i n a a n m a s j i d di “Grou n d Ze ro”. “Tea P a rt Move m e n t ” d a n G e ra k a n
p e n g h a ra m a n S h aria h ya n g m e n a n a m k a n k e b e n c i a n te rh a d a p m uslim di Ame rika.

• Intelektual

Tren politik dan ideologi kuat dipengaruhi oleh legitimasi intelektual dan saintifik
terhadap elemn perkauman, ‘xenophobia’ dan sikap tidak bertolenrasi. Tren ini
jelals kelihatan dalam sejumlah buku yang diterbitkan oleh beberapa penulis
dengan tujuan untuk memanfaatkan peluang dalam meningkatkan gejala
Islamfobia dan mengubah imej Islam kepada lebih negatif. Antara karya yang
mencuba untuk memberikan gambaran negatif terhadap Islam dan
menyuburkan Islamfobia ialah ‘Legacy of Jihad”, “Muslim Mafia; Inside The
Secret Underworld That’s Conspiring to Islamize America”. Bukan itu sahaja,
ucapan kontroversi Pope Benedict XVI yang menghina Nabi Muhammad dan
mempertikaikan al-quran merupakan salah satu manifesti intelektual dalam
konteks Islamfobia.

• Politik dan Perundangan

Persepsi kebencian dan kebimbangan terhadap Islam ini juga dizahirkan dalam
politik dan perundangan. Contohnya di Switzerland, ia berlaku akibat dari
kempen anti Islam yang dipelopori oleh Daniel Streich, undang-undang telah
dipinda bagi mengharamkan pembinaan masjid. Walaupun ianya melanggar
hak asasi umat Islam, bahkan dikecam oleh pelbagai kerajaan, badan bukan
kerajaan, badan hak asasi, termasuk Pesuruhjaya Hak Asasi Manusia
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan “Amnesty International”, pindaan
undang-undang ini tetap diteruskan atas factor kuatnya kemahuan politik
dalam isu ini. Seterusnya, ditambah lagi dengan gerakan anti Islam yang
diketuai oleh ahli politik Belanda bernama Geert Wilders yang memusuhi Islam
atas dasar popularity dan politik.

• Struktur

Manifestasi struktur merujuk kepada diskriminasi atas sebab Islamfobia dalam
pelbagai sector seperti masalah dalam mendapat keperluan asas, peluang
pekerjaan, tempat tinggal, penjagaan kesihatan dan Pendidikan. Banyak
perkara berlaku yang menunjukkan situasi Islamfobia berstruktur ini semakin
meningkat. Sebagai contoh, kes BBC mengenai perlantikan seorang Muslim
yang dianggap ‘penghinaan’ bagi orang Kristian. Di Itali, wanita muslim yan
bekerja sebagai pencuci dianggap sebagai satu ‘ancaman keselmatan. Di
K a n a d a p u l a , a p a b ila p e l a j a r Mu s lim a h di K a n a d a t e l a h d i b u a n g s e k o l a h k era n a
tidak mahu menanggalkan tudungnya. Kes-kes ini membuktikan bahawa
Islamfobia ini telah memberikan kesan kepada kehidupan umat Islam dalam
pelbagai bentuk khususnya di negara majoriti bukan Islam.

• Manifestasi protes dan keganasan

Kebencian terhadap Islam juga diterjemahkan dalam bentuk protes dan lebih
teruk lagi keganasan atau jenayah. Penerbitan kartun yang menghina Nabi
Muhammad SAW oleh Kurt Westergaard di Denmark membuktikan Islamfobia
dizahirkan melalui kartun. Peristiwa membakar Al-quran sepanjang 9 bulan dari
S e p t e m b e r 2 0 1 0 h i n g g a April 20 11di A m e ri ka te rm a s u k k e m p e n u n tu k m e m b a k a r
al-quran oleh Pastor Terry Jones menunjukkan manisfestasi protes kesan
daripada Islamfobia. Bahkan keganasan juga berlaku di mana ada muslim
yang di tembak di Amerika setelah menunaikan solat. Ini berlaku akibat
daripada perasaan benci yang tidak berasas kepada Islam.

FAKTOR ISLAMFOBIA

Kajian dilakukan oleh Henk Dekker dan Jolanda van der Noll bertajuk ‘Isllamfobia and Its Origins: A study
Among Dutch Youth’ terhadap 580 remaja di Belanda pada 2006 telah mengesahkan bahawa 54% daripada
responden mempunyai pandangan negatif tentang Islam dan Muslim. Rumusan penting dalam kajian ini adalah
kesimpulan yang dibbuat mengenai faktor-factor Islamfobia. Kajian ini mengesahkan terdapat dua faktor iaitu

Faktor Luaran

• Penghijrahan

Penghijrahan orang Islam ke negara majoriti bukan Islam merupakan antar factor terjadinya
Islamfobia. Faktor kemunduran ekonomi dan masalah kesempitan hidup menyebabkan ramai umat Islam berhijrah ke
negara maju. Situasi ini menyebabkan persaingan peluang pekerjaan kepada rakyat di negara itu dan juga menggugat
taraf ekonomi mereka. Terdapat juga segelintir umat Islam yang berhijrah ini melakukan pelbagai jenayah dan tidak
menghormati budaya negara itu. Ini adalah antara faktor yang menyebabkan masyarakat negara memandang serong
kepada umat Islam dan melihat imej Islam sebagai sesuatu yang negatif.

• Kurang ilmu pengetahuan dan pendedahan

Kejahilan dan kurang pengetahuan orang bukan Islam juga dilihat antara punca Islamfobia.
Sistem Pendidikan yang sedia ada tidak mempunyai aspek khusus untuk mendedahkan masyarakat dengan sebarang
ajaran Islam. Dengan kurangnya ilmu pengetahuan dan tiadanya pendedahan terhadap Islam di peringkat rendah dan
tinggi, Islam akhirnya dilihat sebagai sesuatu yang menggugat gaya hidup ini.

• Pengaruh media dan Gerakan Islamfobia

Sememangnya tidak dapat dinafikan bahawa media mempunyai pengaruh yang sangat
kuat untuk membentuk persepsi masyarakat. Media yang dikuasai oleh pihak yang prejudis kepada Islam sudah pasti
akan menggunakan saluran ini untuk menanamkan perasaan kebimbingan dan kebencian kepada Islam. Ditambah lagi,
dengan Gerakan Islamfobia yang mendapat pembiayaan yang lumayan oleh pihak tertentu. “The Center for American
Progress” melaporkan terdapat tujuh Yayasan yang telah membayar sebanyak USD 42 juta untuk menanamkan
ketakutan dan kebimbingan serta kebencian kepada Muslim di
Amerika.

Faktor Dalaman

Berbanding faktor luaran, faktor dalaman merujuk kepada Islamfobia yang berpunca daripada sikap, amalan,
budaya, perlakuan umat Islam. Kelemahan dan keksilapan serta keganasan yang dilakukan segelintir umat
Islam juga telah menyebabkan persepsi masyarakat yang serong terhadap Islam.

• Kekurangan sebaran maklumat

Di antara punca berlakunya Islamfobia ialah kelemahan dan kurang penyebaran maklumat mengenai Islam.
Media kebanyakkan dimiliki oleh orang bukan Islam dan sering kali Islam ini diberikan liputan yang negatif.
Didapati juga media tidak mempunyai maklumat yang tepat mengenai keganasan oleh gerakan agama lain
bahkan tiada data yang lengkap tentang negara Islam yang telah menjadi mangsa keganasan akibat oleh
Islamfobia. Media yang dimiliki institusi Islam pula adalah kurang efisyen dan kurang berjaya menjayakan
program yang mampu memperbetulkan persepsi negatif masyarakat terhadap Islam.

• Kebangkitan Negara Islam
Kebangkitan kuasa politik Islam termasuk kemajuan teknologi seperti Iran dan Turki juga telah menimbulkan
kebimbangan pihak tertentu terhadap Islam. Kebangkitan ini juga berlaku pada kekuatan ekonomi negara-
negara Islam seperti negara pengeluar minyak yang mula melabur dan membeli aset stratergik di negara lain.
Fenomena ini menimbulkan keraguan dan kebimbangan ramai terhadap Islam. Sebagai contoh, Iran sering kali
dilihat sebagai ancaman kepada kestabilan di Timur Tengah sedangkan pada hakikatnya Israel yang tidak
menghormati undang-undang antarabangsa dan hak asasi manusia telah menjadi punca sebenar dan utama
kekstabilan di rantau di Timur Tengah.

Strategi Bersepadu Mengatasi Islamofobia

Walaupun telah wujud inisiatif untuk mengatasi Islamofobia di peringkat tempatan dan antarabangsa, bahagian ini
mengesyorkan beberapa cadangan bagi melengkapkan usaha-usaha sedia ada. Institusi Islam, individu dan pihak yang
bertanggungjawab dalam dakwah Islam perlu menggembleng tenaga secara intensif bagi menggerakkan pelbagai aktiviti
dan program tangani Islamofobia.

MEDIA

Antara perkara utama yang perlu diberikan perhatian ialah fungsi media dalam
membentuk persepsi dan pemikiran masyarakat. Media harus lebih bertanggungjawab
dalam memastikan program yang disiarkan termasuk berita yang dipaparkan tidak
menggambarkan perkara yang salah tentang Islam. Media sepatutnya menerbitkan
program dan rancangan termasuk dokumentari mengenai realiti Islamofobia berdasarkan
fakta yang sahih.

Membina Kefahaman

Merangka strategi dan program pendidikan yang komprehensif adalah amat perlu dalam proses membina kefahaman
tentang Islam kepada bukan Islam dan Muslim. Dalam aspek ini, kesedaran mengenai Islamofobia perlu diserapkan
dalam silibus di sekolah. Islam perlu disebar dan diajar di sekolah dengan kaedah yang lebih segar dan seterusnya
menonjolkan ajaran Islam itu sendiri yang adil dan sesuai di semua zaman. Dalam masa yang sama, program secara
berterusan memberi kesedaran dan kefahaman mengenai Islamofobia perlu juga dijalankan di peringkat masjid,
daerah, negeri dan kebangsaan.

Latihan, Forum dan Dialog

Latihan perlu diberikan kepada mereka yang terlibat dalam menangani isu Islamofobia ini. Melalui latihan yang
sesuai mereka ini mampu berperanan sebagai agen untuk menyebarkan risalah Islam. Di samping itu,
penganjuran forum, dialog, bengkel toleransi agama dan hubungan antara agama juga perlu dipergiatkan.
Kempen kesedaran dan program kepada kakitangan kerajaan dan swasta serta masyarakat juga perlu
dilaksanakan secara berterusan.

Meningkatkan Kerjasama Dengan Pihak Berkuasa,
Badan Bukan Kerajaan dan Pertubuhan Antarabangsa

Polis dan pihak berkuasa agama perlu berkerjasama menanamkan kesedaran masyarakat mengenai
Islamofobia. Ini memandangkan institusi ini menyimpan rekod, statistik insiden Islamofobia dan maklumat yang
lain. Di peringkat yang lain badan bukan kerajaan juga perlu bekerjasama dengan agensi kerajaan dan institusi
agama. Usaha ini tidak akan lengkap sekiranya tiadanya jaringan kerjasama mantap dengan pertubuhan
diperingkat serantau dan antarabangsa. Membina jaringan dan kerjasama dengan institusi luar negara adalah
perkara yang sangat perlu dilaksanakam terutamanya untuk memastikan keterlibatan dengan gerakan
membasmi Islamofobia diperingkat antarabangsa.

KESIMPULlAaN

Islamofobia bukanlah fenomena baru di alaf ini. Islamofobia telah lama berlaku sejak zaman awal
perkembangan Islam di mana pada waktu itu Islam dipandang sebagai sesuatu ajaran yang asing bagi
penduduk Mekah. Fakta ini disokong oleh sepotong hadis Rasullulah Sallallahualaihiwasallam diriwayatkan
Abu Hurairah yang bermaksud:

“Islam bermula sebagai (sesuatu yang) asing dan akan kembali menjadi (sesuatu yang) asing seperti
awalnya. Maka berbahagialah orang-orang yang asing itu”. (Sahih Muslim, Hadis 145, Bab Iman)

Hadis ini secara jelas membuktikan bahawa Islam juga akan digambarkan dengan pelbagai perkara yang
negatif sepertimana ianya terjadi ketika awal dakwah Rasulullah. Persepsi melihat Islam sebagai ajaran yang
asing dan tidak sesuai dengan budaya, hak asasi manusia dan nilai-nilai murni adalah perkara yang telah
dijangkakan oleh Rasulullah. Hadis ini memberikan tanggungjawab kepada umat Islam untuk berusaha
memperbetulkan persepsi ini dan seterusnya meletakkan Islam itu di tempat yang sepatutnya serta difahami
oleh masyarakat.

Berdasarkan kepada manifestasi dan implikasi Islamofobia kepada kehidupan, mental, fizikal dan sosio
ekonomi umat Islam, usaha-usaha ke arah menangani isu ini perlu digembleng secara berhikmah dan
berterusan. Inisiatif bersepadu melalui kerjasama di setiap peringkat menerusi jaringan kerja yang mantap
akan dapat memastikan usaha mengatasi Islamofobia dapat dicapai. Segala gerakan, usaha, inisiatif dan
program ini merupakan salah satu cabang jihad demi menegakkan Islam di muka bumi ini. Bagi memastikan
setiap usaha dakwah ini mencapai matlamatnya, istiqamah, iltizam dan itqan merupakan konsep yang
sewajarnya dijadikan teras utama.

RUJUKAN

➢https://zulkiflihasan.files.wordpress.com/2008/05/memahami-isu-islamophobia1.pdf
➢https://www.utusan.com.my/luar-negara/2022/04/islamofobia-semakin-kritikal-umat-islam-

perancis-terus-terasing/






Click to View FlipBook Version