The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-02389878, 2021-06-08 08:47:57

MODUL 2 PPIM- PERTOLONGAN CEMAS

MODUL 2 PPIM- PERTOLONGAN CEMAS

MODUL 2 PPIM
DALAM TALIAN 2021

TAJUK : PERTOLONGAN CEMAS

UNIT UNIFORM_SMK MENERONG







CARA BALUTAN
ANDUH

KOTAK PERTOLONGAN CEMAS



KENALI ALAT DAN BAHAN BERBAHAYA

Beberapa Jenis kemalangan di rumah

Sebelum mengetahui jenis pertolongan cemas, ada beberapa jenis kemalangan yang biasa berlaku di rumah dan
wajar diberikan perhatian. Antaranya:
1. Tercekik atau tersedak susu
Tercekik boleh berlaku kepada kanak-kanak yang sudah pandai mengutip barang yang ditemui di lantai antaranya
kacang, duit syiling, manik, plastik, butang atau permainan kecil. Tersedak susu pula biasanya dialami bayi di
bawah usia setahun dan boleh dielakkan menerusi teknik penyusuan yang betul. Apa yang membahayakan
apabila bantuan kecemasan tidak diberikan dengan cepat sehingga menyebabkan saluran pernafasan tersumbat
dan boleh membawa maut.
2. Terbelit wayar atau tali
Alat pengecas telefon bimbit, tali langsir dan bidai serta mainan bertali boleh membahayakan bayi apabila terbelit
pada leher. Misalnya bayi yang sedang merangkak terbelit wayar pada leher mereka dan tiada ibu bapa yang
boleh melepaskan ikatan ini. Jika dibiarkan ia menyebabkan bayi sukar bernafas dan membawa maut.
3. Melecur
Kanak-kanak boleh alami kecederaan melecur pada anggota badan akibat terkena objek panas seperti air panas,
seterika, cerek elektrik, rokok atau api yang sedang menyala di dapur. Memberi makanan yang masih panas
seperti bubur nasi juga adalah perkara yang jarang diberikan perhatian tetapi boleh berlaku kepada bayi dan
kanak-kanak namun ia lebih kepada kecuaian ibu bapa.

4. Terjatuh
Terjatuh boleh dimasukkan dalam pelbagai kategori iaitu jatuh dari tempat tinggi seperti katil, buaian, sofa atau
almari, terjatuh akibat lantai licin dan terpijak permainan. Sering juga berlaku adik terlepas daripada dukungan
abang atau kakak. Bagi bayi, ia boleh menyebabkan kecederaan pada anggota badan, organ dalaman dan
pendarahan otak. Lebih serius ia menyebabkan kecacatan atau patah pada bahagian tertentu. Pastikan lantai
bersih daripada sebarang permainan dan tidak licin.

5. Keracunan akibat ubat-ubatan dan barangan kimia
Pastikan ubat-ubatan dan produk rumah diletakkan di tempat yang sukar dicapai kanak-kanak. Elak meletakkan
ubat di dalam peti sejuk bagi memungkinkan si kecil terminum. Pastikan semua ubat masih ada tarikh luput.
Untuk selamat buang semua ubat selepas melebihi sebulan penggunaan.
Produk beracun seperti pembersih lantai dan bilik air diletakkan di tempat berkunci atau sukar dicapai anak-anak.
Bagi anak-anak yang pandai mandi sendiri didik mereka untuk membezakan produk beracun seperti syampu dan
mandian yang membahayakan kesihatan sekiranya terminum.
6. Lemas
Lemas tidak hanya dalam kolam renang sebaliknya baldi, besen bekas mandian berisi air dalam paras satu
pertiga turut menyumbang kepada kejadian lemas di rumah. Bagi bayi yang baru saja pandai merangkak atau
bertatih, sedikit air saja boleh membuatkan mereka lemas apabila bayi tidak dapat mengangkat kepala dan cuba
keluar daripada bekas itu.
Selain itu anak patung, selimut dan bantal turut menyumbang kepada lemas di rumah. Ini berlaku sekiranya bayi
tertutup muka dengan selimut, bantal atau anak patung yang ada di sekeliling mereka. Tanpa pemantauan ibu
bapa menyebabkan bayi sukar bernafas dan menyebabkan mereka lemas.

Tindakan awal di rumah
Menurut Dr K Sashetheran, untuk setiap kemalangan membabitkan pendarahan perkara paling utama dilakukan
adalah mengurangkan pendarahan dan pergerakan. Terdapat perbezaan di antara darah yang keluar secara
memancut dan juga mengalir biasa.
“Darah memancut terhasil daripada arteri dan tidak perlu dibasuh. Untuk menghentikan pendarahan, tekan kuat
kawasan luka atau mengikatnya dengan kain. Ia berbeza dengan darah biasa yang perlu dicuci dan dibalut kain,”
katanya.
Untuk tulang patah, elakkan pergerakan terlalu banyak. Apa yang boleh dilakukan adalah ambil surat khabar, buku
atau kayu kemudian ikat pada tangan atau kaki supaya bahagian terbabit tidak bergerak.
“Konsep yang cuba saya jelaskan adalah bantuan kecemasan perlu diberi bagi mengurangkan pergerakan mangsa
dan bahagian itu tidak menjadi lebih teruk sebelum dibawa ke hospital,” jelasnya.
Untuk melecur akibat terbakar sama ada terkena air panas, api atau minyak, caranya mudah saja. Alirkan air sejuk
pada bahagian melecur selama 20 hingga 30 minit. Buangkan bahagian kain menutupi kesan terbakar bagi
mengelak ia melekat pada kulit.
Jangan cuba meletak sebarang produk dengan harapan mampu mengurangkan kesakitan seperti ubat gigi atau
tepung. Begitu juga sekiranya terkena bahan kimia. Cara paling berkesan adalah dengan mencucinya dengan
mengalirkan air ke atas kawasan cedera seberapa lama yang boleh.
“Bagi yang terminum bahan mengandungi racun, bawa mangsa secepat yang boleh ke hospital. Pernafasan
menerusi mulut ke mulut atau CPR wajar dipelajari ibu bapa kerana ia adalah bantuan asas sementara menunggu
ambulans sampai,” katanya.

PENTING!
1. Pastikan menyimpan ais di rumah kerana ia boleh digunakan untuk merawat bengkak.
2. Peti kecemasan diisi lengkap dengan barang asas seperti kapas, minyak dan pembalut luka.
3. Belajar teknik asas bantuan kecemasan seperti bantuan pernafasan (CPR) dan cara merawat pendarahan.
4. Jangan panik! Segera telefon nombor kecemasan 999 sebelum membuat sebarang rawatan. Ini memastikan
ambulans tiba cepat.
5. Cegah kemalangan. Elakkan ia berulang kembali di rumah.

LUKA TERBAKAR DAN MELECUR
Luka terbakar ialah kecederaan pada tisu yang disebabkan oleh suhu tinggi, bahan kimia atau
sinaran. Melecur pula terjadi akibat pendedahan terhadap haba lembap seperti wap atau cecair
panas.
•Alihkan atau buangkan punca kecederaan tersebut
•Tanggalkan perlahan-lahan pakaian, barang kemas, tali pinggang atau jam dari bahagian yang
tercedera kecuali jika ia melekat pada kulit.
•Sejukkan bahagian yang tercedera secepat mungkin dengan merendamkannya ke dalam air sejuk
selama 10 - 15 minit.
•Balut bahagian yang tercedera dengan longgar menggunakan pembalut steril atau kain nipis yang
serupa dengannya.
•Jangan sapukan sebarang krim, losyen, minyak, salap, mentega atau bahan lemak pada bahagian
yang tercedera.
•Jangan pecahkan lepuh yang timbul atau melakukan apa-apa di bahagian berkenaan.
•Jangan menggunakan sebarang pembalut yang melekat atau wul kapas pada luka

PENDARAHAN
Prinsip asas pengawalan pendarahan ialah menghadkan pengaliran darah ke bahagian yang luka dengan
meninggikan bahagian tersebut dan memberi tekanan ke bahagian yang terlibat.
•Tekankan semampatnya kain pembalut yang bersih dan yang boleh menyerap pada luka untuk selama
20 minit. Jika terdapat serpihan benda asing dalam luka, tekan di bahagian kelilingnya.
•Jika tiada tulang yang patah, retak atau terkehel, tinggikan bahagian tersebut sementara mengekalkan
tekanan untuk mengurangkan pendarahan.
•Jika pendarahan berterusan, tekan arteri yang berdekatan dengan bahagian luka.
•Cuci bahagian sekeliling luka dengan air sejuk selama 10 - 15 minit dan lapkannya di bahagian tepi luka
menggunakan pad atau kasa yang bersih. Pendarahan dari sesetengah luka kecil akan terhenti jika
dibasuh dan dibalut dengan kemas.
•Tutup atau balut luka tersebut dengan segera.
•Bungkus mana-mana bahagian yang terputus dalam beg khas dan seboleh-bolehnya masukkannya ke
dalam ais.
•Suntikan tetanus mungkin perlu diberi kepada mangsa.
•Jika hidung berdarah, picitkan hidung di bahagian bawah tulang hidung untuk selama 5 minit. Pastikan
kepala sentiasa terdongak.
•Jangan berikan sebarang makanan atau minuman.
•Jangan sentuh atau menarik keluar objek atau benda asing yang menusuk luka kerana dikhuatiri akan
menyebabkan pendarahan bila dikeluarkan.

GIGITAN DAN SENGATAN
Tanda-tanda dan gejala yang mungkin dilihat ialah bekas gigitan, bengkak dan kesan kemerahan,
sakit di bahagian yang terlibat, loya dan muntah, kesukaran bernafas dan menelan, reaksi alahan
seperti renjatan dan sebagainya.
•Cuci bahagian yang tercedera dengan air suam dan sabun, atau bahan antiseptik yang lembut.
•Keringkan bahagian berkenaan dengan cermat dengan mengelapkannya bermula dari bahagian
luka dan ke luar.
•Jika perlu sapukan losyen Calamine untuk menghilangkan rasa gatal. Tutupkan luka berkenaan
dengan pembalut yang bersih dan letakkan plaster.
•Tuamkan dengan ais untuk mengurangkan kesakitan dan bengkak.
•Untuk gigitan berbisa, jangan sekali-kali mencuci, memotong atau menghisap bisa dari bahagian
gigitan. Sebaliknya, cuba kurangkan pengaliran darah ke bahagian tersebut.
•Elakkan dari memicit kantung racun kerana ini akan menyebarkan racun berkenaan ke bahagian
lain dalam badan.

CEKIKAN
Cekikan berlaku apabila saluran udara tersekat sepenuhnya atau sebahagian sahaja disebabkan tertelan sesuatu
objek atau benda. Mangsa biasanya tidak dapat bercakap, batuk atau bernafas. Tujuan utama rawatan adalah
untuk melapangkan saluran udara yang tersekat.
•Minta mangsa batuk dengan kuat untuk mengeluarkan objek yang tersekat.
•Jika objek berkenaan dapat dilihat dan mungkin boleh dikeluarkan, cuba keluarkannya dengan menggunakan jari
yang bersih.
•Jika mangsa tidak dapat bercakap, batuk atau bernafas, cuba gunakan teknik tepukan belakang. Tepuk belakang
mangsa menggunakan tapak tangan dengan 3 atau 4 tepukan yang padu di bahagian antara tulang kipas
mangsa.
•Jika mangsa merupakan kanak-kanak kecil, tonggengkannya semasa memberi tepukan.
•Untuk kanak-kanak yang lebih dewasa, semasa memberikan tepukan, sokongkan kepalanya dengan peha dan
biarkan mukanya tertunduk ke bawah.
•Lonjakan abdomen merupakan satu lagi kaedah yang boleh digunakan untuk merawat cekikan.
•Berdiri di belakang mangsa dan peluk pinggangnya
•Letakkan bahagian ibu jari genggaman tangan anda di tengah-tengah abdomen mangsa.
•Dengan tangan yang sebelah lagi memegang genggaman tersebut, tekannya ke dalam dan luar abdomen
dengan cepat dan mampat.
•Untuk mangsa yang tidak sedarkan diri, palingkan mukanya ke atas, duduk melutut dengan mangsa di tengah-
tengah dan letakkan pangkal genggaman tangan anda di tengah abdomen dan atas sedikit dari pusat.
•Tekan genggaman tangan tersebut dengan tangan yang sebelah lagi secara naik turun menghala ke kepala
mangsa.
•Beri mangsa menyedut air perlahan-lahan selepas halangan tersebut dikeluarkan.
•Jangan gunakan lonjakan abdomen ini pada mangsa yang hamil atau mempunyai berat badan yang berlebihan.

TERKENA ARUS ELEKTRIK
Pengaliran arus elektrik menerusi badan boleh menyebabkan degupan jantung terhenti, luka terbakar
dan renjatan.
•Tutup bekalan elektik
•Putuskan hubungan mangsa dengan sumber elektrik menggunakan kain yang tidak mengalirkan arus
elektrik sementara berdiri di atas bahan penebat yang kering.
•Jika perlu mulakan resusitasi atau letakkan mangsa dalam kedudukan pemulihan.
•Rawat sebarang luka terbakar atau renjatan yang berlaku.
PENGSAN
Pengsan ialah keadaan tidak sedarkan diri untuk seketika berpunca dari pengurangan pengaliran darah
ke otak yang sementara.
•Jika mangsa telah pengsan tetapi masih bernafas seperti biasa, baringkannya dengan kaki ditinggikan
sedikit dari paras kepala.
•Longgarkan pakaian mangsa di bahagian leher, dada dan pinggang untuk memudahkan pernafasan.
•Mangsa patut terus berbaring untuk beberapa minit selepas pulih.

Jom menonton kejap…..

SEKIAN, TERIMA KASIH

Semoga segala ilmu pertolongan cemas ini dapat dijadikan panduan
dalam hidup dan dapat digunakan di saat-saat yang diperlukan.


Click to View FlipBook Version