BICARA BERIRAMA SEKOLAH RENDAH
PANDUAN PENGHAKIMAN
KERTAS KONSEP
BICARA BERIRAMA SEKOLAH RENDAH
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
1.0 PENDAHULUAN
Bicara Berirama diperkenalkan sebagai satu pertandingan atau persembahan bahasa puisi / prosa dalam bentuk
berkumpulan. Pasukan akan membentuk satu paduan suara tematik yang menghayati hasrat atau tema untuk
diperdengarkan kepada audiens. Kesepaduan dan keseragaman bersuara ini akan dikawal oleh seorang peserta
yang bertindak sebagai konduktor.
Aktiviti ini melibatkan pelbagai bentuk suara individu yang disatukan untuk menyampaikan mesej pasukan atau
kumpulan. Dalam kumpulan/ pasukan itu akan ditonjolkan pelbagai intonasi suara seperti suara-suara halus dan
garau, lembut dan kasar, lelaki atau perempuan, seruan dan laungan yang nyaring serta berbagai-bagai lagi. Suara
individu boleh digunakan sebagai suara solo.
2.0 PENGENALAN
Bicara Berirama adalah pertandingan yang dianjurkan oleh Subunit Bahasa Melayu, Bahagian Kokurikulum dan
Kesenian, Kementerian Pendidikan Malaysia. Diharapkan dengan pertandingan ini akan dapat menggalakkan dan
meningkatkan penguasaan serta penggunaan bahasa Melayu Baku dan bahasa Melayu yang indah dalam
kalangan murid-murid sekolah rendah khasnya.
3.0 SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN
3.1 Sasaran
115
BICARA BERIRAMA SEKOLAH RENDAH
PANDUAN PENGHAKIMAN
Pertandingan ini terbuka untuk murid sekolah rendah (Tahun 3 hingga 6) sahaja dengan syarat warganegara
Malaysia. Setiap kumpulan / pasukan mestilah dari sekolah yang sama. Penyertaan berbilang kaum amat
digalakkan.
3.2 Masa
Persembahan hanya dihadkan selama 12 hingga 15 minit.
3.3 Kumpulan
Setiap kumpulan/ pasukan mestilah berjumlah antara 27 hingga 30 orang ( termasuk seorang konduktor ).
Setiap kumpulan / pasukan mestilah diiringi oleh 3 orang guru pengiring.
3.4 Teks/ Skrip
3.4.1 Skrip adalah bertema sama ada dalam puisi atau prosa. Skrip
3.4.2 mestilah dikarang / reka sendiri dan autentik.
3.4.3
Skrip yang dikarang/reka mestilah tidak menyentuh isu-isu
3.4.4 sensitif seperti agama, kaum, budaya dan peribadi seseorang.
3.4.5
3.4.6 Skrip yang dikarang hendaklah dihantar kepada penganjur
dalam lima Salinan selewat-lewatnya seminggu sebelum
pertandingan.
Markah kreativiti dinilai berdasarkan persembahan fizikal buku
skrip dan isi kandungannya.
Skrip yang dikarang/reka hendaklah mempunyai synopsis,
kerangka cerita, segmen, dan nombor mengikut ujaran.
Setiap pasukan TIDAK DIBENARKAN membaca atau merujuk
nota/teks/bahan bercetak dan bertulis semasa membuat
persembahan.
116
BICARA BERIRAMA SEKOLAH RENDAH
PANDUAN PENGHAKIMAN
3.5 Pakaian
Semua peserta diwajibkan memakai pakaian seragam sekolah (pakaian pengawas/pengawas pusat
sumber/uniform asrama dibenarkan kecuali sekiranya pertandingan ini dianjurkan oleh badan-badan berkanun,
institusi atau organisasi lain. Kostum bergantung kepada pihak penaja. Hanya konduktor dibenarkan memakai
sarung tangan putih.
3.6 Alatan
Penggunaan mikrofon adalah tidak digalakkan. Sekiranya ada, mikrofon tersebut hendaklah diletakkan dua
(2) meter daripada peserta.
3.7 Sokongan
Sebarang alatan/sokongan seperti lakonan, berdrama, prop, bahan latar yang bertujuan untuk membantu
persembahan, latar bunyi sama ada dalam bentuk elektronik, bercetak atau bertulis tidak dibenarkan. Nyanyian
hanya dibenarkan tidak melebihi 3 minit sepanjang persembahan. Rakaman muzik ‘minus one’ sahaja
dibenarkan pada segmen permulaan dan penutup persembahan tetapi tiada sebarang markah diberi.
3.8 Pentas
Susunan pasukan di pentas adalah bebas mengikut kreativiti pasukan masing-masing. Susunan yang
dbenarkan tidak melebihi tiga baris. Pergerakan setempat sahaja dibenarkan.
4.0 LARANGAN
Peniruan bunyi dan suara dibenarkan tetapi tidak menyentuh sensitiviti kaum, agama dan budaya masyarakat
Malaysia secara langsung
117
BICARA BERIRAMA SEKOLAH RENDAH
PANDUAN PENGHAKIMAN
5.0 KRITERIA PENGHAKIMAN
5.1 Persembahan Ujaran (30 markah)
Kejelasan, ketepatan dan keseragaman kata, frasa atau ungkapan dengan intonasi, rima dan irama yang sesuai.
5.2 Keseragaman Persembahan (15 markah)
Formasi berbentuk objek dan pergerakan.
5.3 Kreativiti (10 markah)
Kesesuaian, kepelbagaian dan keselarasan suara dan gerak yang bermakna.
5.4 Kesan Bunyi (5 markah)
Bunyi gerakan fizikal seperti tepuk tangan, petikan jari, hentakan kaki dan lain-lain lagi.
5.5 Penghayatan (10 markah)
Ekspresi mimik muka dan bahasa tubuh.
5.6 Tempo dan Ritma (10 markah)
Sela masa yang tetap dan dalam bentuk kumpulan, Jeda antara segmen, Ad-lib (sahut-menyahut) antara SUARA
SOLO dan SUARA RAMAI.
5.7 Konduktor (20 markah)
118
BICARA BERIRAMA SEKOLAH RENDAH
PANDUAN PENGHAKIMAN
Keselarasan gerak tangan, mimik muka,bahasa badan yang bersopan, tempo dan kepimpinan.
5.8 Penalti (tolak 10 markah)
Sekiranya menyentuh isi-isu yang dinyatakan dalam syarat-syarat
pertandingan, membawa dan menggunakan bahan sokongan, melebihi had masa atau kurang 5 minit dan
persembahan yang keterlaluan.
5.9 Skrip
5.9.1 Tema/ Mesej (10 markah)
Isi yang bernas, sesuai dan jelas mengikut tema dan mencapai kehendak audiens.
5.9.2 Bahasa ( 40 markah)
Baku dan gramatis. Penggunaan kata, frasa dan ungkapan. Bahasa percakapan (dialog) yang
digunakan sesuai. Penggunaan bahasa bombastik dan dialek tidak digalakkan.
5.9.3 Cerita (30 markah)
Ada kesinambungan cerita. Jalan cerita jelas dan menampakkan keaslian (originality). Arahan
dalam skrip dinyatakan dengan jelas dan difahami.
5.9.4 Watak (10 markah)
Mempunyai watak SUARA SOLO dan SUARA RAMAI.
Kesesuaian penampilan watak dengan ujaran.
119
BICARA BERIRAMA SEKOLAH RENDAH
PANDUAN PENGHAKIMAN
5.9.5 Kreativiti (5 markah)
Mempunyai unsur kecindan untuk melengkapkan jalan cerita,
Menggunakan frasa ujaran tertentu yang biasa didengar khalayak dan sesuai dengan tema.
5.9.6 Markah Bonus (5 markah)
Memperaga dan mempersembahkan skrip untuk memperlihat kesungguhan pasukan.
Menyediakan sinopsis atau kandungan dalam skrip.
6.0 KEPUTUSAN HAKIM ADALAH MUKTAMAD
7.0 HAL- HAL LAIN
Bagi perkara-perkara yang tidak dinyatakan dalam syarat pertandingan pihak Jawatankuasa Pengelola
Pertandingan berhak untuk membuat keputusan dan setiap keputusan adalah muktamad.
9.0 AM
Sebarang pindaan adalah tertakluk kepada Bahagian Kokurikulum dan Kesenian, Kementerian Pendidikan
Malaysia
120
BICARA BERIRAMA SEKOLAH RENDAH
PANDUAN PENGHAKIMAN
BORANG MARKAH PERSEMBAHAN
BICARA BERIRAMA SEKOLAH RENDAH
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
Pasukan Ujaran Keseragaman Kreativiti Tempo dan Penghayatan Kesan Penalti Jumlah Masa
Nombor (30 Persembahan (10 Ritma (10 markah) bunyi (-10
Markah Persembahan
markah) (15 markah) markah) (10 markah) (5 markah)
markah)
Ujaran: Idea cerita, kejelasan, ketepatan dan keseragaman kata, frasa atau ungkapan dengan intonasi, rima dan irama yang sesuai.
Nama Hakim ___________________________________ Tandatangan _______________ Tarikh :_______________
BORANG MARKAH SKRIP
121
BICARA BERIRAMA SEKOLAH RENDAH
PANDUAN PENGHAKIMAN
PERTANDINGAN BICARA BERIRAMA SEKOLAH RENDAH
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
Pasukan Tema/Mesej Bahasa Cerita Watak Kreativiti Markah Jumlah
Nombor (10 markah) (40 (30 (10 (5 markah) Bonus Markah
markah) markah) (5
markah) markah)
Nama Hakim ___________________________________ Tandatangan __________________ Tarikh :___________
122
BICARA BERIRAMA SEKOLAH RENDAH
KERTAS KONSEP
CATATAN MASA
BICARA BERIRAMA
SEKOLAH RENDAH MALAYSIA
KUMPULAN : _____________________________
PASUKAN MASA DIAMBIL
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
NAMA PENJAGA MASA : ____________________ TARIKH : _____________
TANDATANGAN :________________________
110
BICARA BERIRAMA SEKOLAH RENDAH
KERTAS KONSEP
KIRAAN KEDUDUKAN
BICARA BERIRAMA
SEKOLAH RENDAH MALAYSIA
PERINGKAT : ________________
KEDUDUKAN MASA HAKIM HAKIM HAKIM HAKIM HAKIM KEDUDUKAN
1 1 2 3 4 5 TEMPAT
2
3
4
5
NAMA KETUA HAKIM: _______________________
TANDATANGAN:__________
NAMA DAN TANDATANGAN HAKIM TANDATANGAN :
TANDATANGAN :
HAKIM 1 : __________________________ TANDATANGAN :
_________ TANDATANGAN :
HAKIM 2 : __________________________
_________
HAKIM 3 : __________________________
_________
HAKIM 4 : __________________________
_________
111
BICARA BERIRAMA SEKOLAH RENDAH
KERTAS KONSEP
TARIKH : ________________
KONDUKTOR TERBAIK
BICARA BERIRAMA
SEKOLAH RENDAH MALAYSIA
Panduan Pemarkahan
Markah Sangat Lemah Sederhana Baik Cemerlang
Penuh Lemah 5- 8 9- 12 13 - 16 17 - 20
20 1- 4
BORANG MARKAH
Nombor Keselarasan Mimik Kawalan Kepimpinan Jumlah
Pasukan Gerak Muka Tempo (5 markah)
Tangan (5 markah) (5 markah)
(5 markah)
Nama Hakim : ____________________________ Tandatangan : ____________
112
BIL BICARA BERIRAMA SEKOLAH RENDAH
3.1 Konsep KERTAS KONSEP
3.2 Cerita/Skrip
BICARA BERIRAMA
3.3 Melodi
SUKATAN PEMBELAJARAN
Tema cerita
- Isu semasa, persekitaran, kemasyarakatan, sains,
dll
Unsur bahasa / seni yang digabungkan
- Berdialog, menyusun kata/frasa, bertutur dengan
betul, menyampaikan mesej dan menghafal skrip
- Seni bercerita, seni muzik, seni suara, seni
peniruan suara, seni lakon, seni dramatisasi
(dramatik), seni pergerakan kreatif
Kerangka cerita / jalan cerita /masa
- Mengingati cerita/jalan cerita
Kesinambungan / pertautan idea
- Jalinan antara idea mengikut segmen
Ketepatan dialog / bermakna
- Berdasarkan tema, suara solo dan suara
beramai-ramai
Bahasa (ringkas, padat, bermesej)
Tema yang jelas
Kesesuaian
- Pelbagai jenis nada dalam penceritaan dan
penyampaian
Suara / suara latar
- Kawalan suara, lontaran suara, kejelasan sebutan,
suara dalam atau suara luaran
Sebutan / nada / intonasi (BERIRAMA)
Korus = sekumpulan peserta yang ‘menyanyi’
bersama-sama dalam sesuatu persembahan
- ditekankan keseragaman persembahan
‘ad lib’ (sahut-menyahut) – suara solo (soloist)
- nada suara yang lantang
113
BICARA BERIRAMA SEKOLAH RENDAH
KERTAS KONSEP
3.4 Teknik Penyampaian Kepelbagaian irama
3.5 Gerak Kreatif - Tempo muzik berentak perlahan atau cepat
- Kata dan frasa yang puitis
Tempo / jeda
- Berdasarkan ujaran kata atau dialog serta ekspresi
emosi
Susunan cerita
- Berplot (pengenalan, perkembangan, klimaks dan
kesudahan cerita)
Kesatuan dan harmoni
- Keseragaman korus, melodi dan irama
Keseragaman keseluruhan
- Suara ramai, suara solo dan konduktor
Kreativiti
- Bahasa badan dan bergantung pada arahan
konduktor
Ekspresi
- Mimik muka terhad kepada ujaran kata atau frasa
- Sorotan mata dan lirikan mata
- Suara tinggi, rendah dan lantang
- Bunyi selingan muzik atau kesan bunyi
- Penghayatan watak
Unsur kecindanan (kata-kata atau perlakuan yang
berunsur jenaka yang tidak keterlaluan)
- Rujuk situasi dalam cerita, dialek, peniruan bunyi
atau suara watak tertentu
Kesesuaian gerak
- Disiplin bahasa badan (dari paras pinggang ke
kepala)
Gerak yang bermakna (fungsi)
- Memberi kesan kepada mesej menggunakan kata
dan frasa
Keseragaman gerak
- Arahan daripada konduktor menggunakan isyarat
tangan dan mimik muka
114
3.6 Teknikal BICARA BERIRAMA SEKOLAH RENDAH
KERTAS KONSEP
Bentuk-bentuk gerak (formasi)
- Gerakan statik, gerakan memukau, gerakan
bermakna serta kreatif
Kesinambungan dan keselarasan
- Menyesuaikan lirik
Peserta
- Suara solo dan suara beramai-ramai
Muzik
- Muzik latar
Kesan bunyi
- Terhad dan disesuaikan mengikut situasi yang
diwujudkan
Alat / props
- CD, DVD, buku rujukan, rakaman video, dll
Pencahayaan
- Lampu sorot dan lampu limpah jika diadakan di
dalam dewan
Konduktor
- Memahami kerangka cerita
- Mencipta gerak tangan dan mimik muka mengikut
situasi serta segmen
- Mengawal tempo, ‘ad lib’, melodi dan ujaran
frasa
- Berdiri tegak di hadapan kumpulan
115
BICARA BERIRAMA SEKOLAH RENDAH
KERTAS KONSEP
KERANGKA CERITA/ISI SKRIP BICARA BERIRAMA
Memilih bahan berdasarkan tema persembahan Bicara Berirama
- Pastikan tema untuk bahan sesuai berdasarkan khalayak
- Contoh isu dasar-dasar negara; alam sekitar, cerita binatang; dll
Menyaring isi melalui pemetaan cerita
- Melakar plot cerita berdasarkan pengenalan, perkembangan (isi) cerita,
klimaks dan kesudahan (isi) cerita
- Menentukan plot cerita berdasarkan sub isi (SB)
- Menulis ujaran kata, frasa dan ayat berserta watak
- Penentuan watak individu (solo) dan suara ramai
Menentukan isi berdasarkan segmen
- Menetapkan tempoh masa penyampaian isi
- Menentukan aksi, pergerakan badan (gesture), mimik muka
- Memasukkan kesan visual, elemen nyanyian berirama dan selingan muzik
Mengedit isi
- Menentukan istilah, kata seru
- Pemilihan ayat mudah, ringkas dan bermakna
- Pemilihan frasa dan ungkapan yang menarik
- Memetik ujaran tertentu yang biasa didengar oleh khalayak
Menghafal skrip
- Menghafal berdasarkan segmen skrip, nombor ujaran/arahan
cerita/pergerakan tubuh
116
BICARA BERIRAMA SEKOLAH RENDAH
KERTAS KONSEP
CONTOH PEMETAAN CERITA MENGGUNAKAN TEKNIK PETA MINDA
TEMA : PERPADUAN RAKYAT MALYSIA
Langkah 1 : Memastikan bahan dan isi yang sesuai daripada tema
2 3
4
1 S2: Memperkasa aktiviti
muhibbah antara kaum 5 S7: Berpegang pada paksi
Perlembagaan dan prinsip
Rukun Negara
S3: Menjadikan Jalur Gemilang PERPADUAN
sebagai lambang penyatuan RAKYAT
rakyat Malaysia
MALAYSIA S1
S6: Menjunjung konsep
gagasan 1Malaysia
S4: Mengamalkan nilai S5:Mendaulatkan
toleransi dan semangat bahasa kebangsaan
setia kawan iaitu Bahasa Melayu
Langkah 2 : Menentukan plot cerita berdasarkan sub isi (SB)
Pengenalan : S1 (Sub Isi 1-4)) 1 Salam pembukaan 2 Latar belakang
negara Malaysia
3 Teras/Dasar Perpaduan Negara 4 Slogan/Ungkapan perpaduan
Perkembangan Cerita : S2 (Sub Isi 1-5) Memperkasa aktiviti muhibah antara kaum
Tujuan aktiviti muhibah Aktiviti rukun tetangga
2 3
1 Aktiviti rumah Aktiviti sukan /sukaneka 5 Aktiviti
terbuka perayaan kaum 4
gotong-royong
117
BICARA BERIRAMA SEKOLAH RENDAH
KERTAS KONSEP
Langkah 3 : Menulis ujaran kata, frasa dan ayat berserta watak
SEGMEN 1 SB1. (Memberi hormat dalam bentuk pergerakan kreatif)
SB1 (SUARA RAMAI) Salam 1Malaysia
SB1 (SOLO)Dengar sini semua! (simbol telapak tangan di
belakang cuping telinga )
SB2 (SOLO) Cerita rakyat sebuah negara bernama Malaysia
SB2 (SOLO) Rakyat berbilang kaum
SB2 (SUARA RAMAI) Hidup harmoni ,sengketa dimusyawarahkan,
musuh disanggah
SB2 (SOLO) Melayu
SB2 (SOLO) Cina
SB2 (SOLO) India
SB2 (SOLO) Lain-lain bangsa.
SB3 (SUARA RAMAI) Toleransi, muafakat, kerjasama,
faham-memahami
SB3 (SOLO) Apa resipinya?
SB4 (SUARA RAMAI) Bulat air kerana pembetung, bulat kata
kerana muafakat
SEGMEN 2 SB1 (SUARA RAMAI) Nyanyian lagu patriotik “Muhibah”/ Muzik
latar lagu patriotik “Muhibah”
SB1 (SUARA RAMAI) Seterusnya ,memperkasa aktiviti muhibah
SB2 (SOLO) Untuk apa?
SB1 (SUARA RAMAI) Masyarakat berpadu, negara maju.
SB1 (SUARA RAMAI) Negara yang maju, aman sentosa,
kemesraan rakyat terjaga. Itulah Muhibah namanya!
SB1 (SOLO) Ha, saya tahu! Muhibah... Muhibah…Muhibah…
Itulah amalan kita semua (memelodikan lirik lagu
“Muhibah”)
SB2 (SOLO) Bagaimana caranya?
SB2 (SUARA RAMAI)Keamanan tempat tinggal diawasi bersama,
dengan cara amalan Rukun Tetangga
SB2 (SOLO) Slogannya “Muafakat Membawa Berkat”
SB3 (SUARA RAMAI)Apabila musim perayaan agama, jemputlah
berkunjung ke rumah terbuka tetangga
SB3 (SUARA RAMAI)Ukhuwah dipanjangkan, silaturahim
118
BICARA BERIRAMA SEKOLAH RENDAH
KERTAS KONSEP
dirapatkan
SB4 (SOLO)Ada lagi!...
SB4 (SUARA RAMAI) Untuk menjaga kesihatan tubuh, anjurkan
aktiviti sukan
SB5 (SOLO) Ha,Bukan itu sahaja! Sukaneka memeriahkan
suasana, mengeratkan persaudaraan
SB5 (SUARA RAMAI) Detik ini, hubungan antara kaum kita julang
SB5 (SUARA RAMAI) Bagai aur dengan tebing, kita teruskan
tradisi bergotong royong
SB5 (SOLO) Susah payah nenek moyang kita, mencipta rumah
muafakat
SB5 (SUARA RAMAI) Hasilnya… Lihatlah… apa yang terbentang,
kita warisi
SB5 (SOLO) Malaysiaku Cemerlang, Gemilang dan Terbilang
119
BICARA BERIRAMA SEKOLAH RENDAH
KERTAS KONSEP
SKRIP BICARA BERIRAMA : PENDIDIKAN MENJANA TRANSFORMASI
SEGMEN 1 1. (Murid sedang santai dan berbuat bising di dalam kelas)
SEGMEN 2 2. (SOLO) Kawan-kawan hendak pinjam kerja rumah
matematik, boleh tak? Saya tak datanglah semalam.
3. (SOLO)Eh, cikgu sudah sampai!!! Hisssh… (simbol jari
telunjuk di atas daun bibir mulut)
4. (SOLO) Selamat pagi, kelas.
5. (SR) Selamat pagi, cikgu.
6. (SOLO) Anda semua sudah bersedia?
7. (SOLO) Ya, cikgu
8. (SOLO) Baiklah. Hari ini kita akan belajar sejarah… sejarah
pendidikan negara.
9. (SOLO) Dari dahulu hingga merdeka, banyak dasar telah
digubal. (Murid menunjukkan reaksi kurang bersemangat)
10. (SOLO) Salah satunya Dasar Pendidikan Negara.
11. (SOLO) Apa laporan yang terdapat di dalamnya?
12. (SOLO) Siapa tahu?
13. (SOLO) Cikgu, saya tahu jawapannya.
14. (SOLO) Apa dia, Yusri.
15. (SOLO) Laporan Barnes.
16. (SOLO) Cikgu, saya.
17. (SOLO) Laporan Fenn Wu.
18. (SOLO) Laporan Razak.
19. (SOLO) Ha, eer… Laporan Rahman Talib
20. (SOLO) Ya, betul, kamu membaca sebelum diajar.
21. (SR) Salam 1Malaysia
22. (SR) Dunia pendidikan negara mengalami pelbagai
transformasi
23. (SR) Dari DPN ke PIPP dan sekarang NKRA
24. Apa itu NKRA?
25. (SR) Bidang Keberhasilan Utama Negara
26. (SRP) NKRA mempunyai 6 dasar
27. (SRL) Ya, segalanya bermula dengan teknologi.
28. (SOLO) Ilmu, maklumat ditransformasikan, terhasillah
e-pembelajaran (suara robot lelaki)
29. (SOLO) Apa faedahnya?
30. (SRP) Banyak
31. (SOLO) Satu
32. (SRL) Lahirnya rakyat berdaya maju
33. (SRP) Ooooh…
34. (SOLO) Kedua
35. (SRL) Masyarakat berprestasi tinggi
120
SEGMEN 3 BICARA BERIRAMA SEKOLAH RENDAH
KERTAS KONSEP
SEGEMEN 4
SEGMEN 5 36. (SRP) Uuuuu…
37. (SOLO) Ketiga
38. (SRL) Wujudkan kecemerlangan negara bangsa
39. (SRP) Aaaaa…
40. (SRP) Wah, bagusnya!
41. (SOLO) Tapi… Bagaimana caranya?
42. (SR) Modal insan terbaik bermula daripada pendidikan awal
43. (SR) Belajar sambil bermain
44. (SR) Itulah PERMATA
45. (SOLO) Eh, awak emak kita kata, sahsiah diri, jati diri boleh
memupuk apa tu…
46. (SRL) Perpaduan rakyat kita
47. (SOLO) Mari kita rujuk buku
48. (SRP) Dulu ‘a’ bunyinya [ a ]
49. (SRP) Cikgu, betul tak?
50. (SOLO) Ya, tepat sekali
51. (SRP) Sekarang ‘a’ untuk angklung…
52. (SRP) Jom… kita main angklung
53. (SR) Klong, klang, klung,klung,klung…
54. (SRL) Seterusnya, memperkasakan sukan
55. (SRL) Satu Murid Satu Sukan
56. (SOLO) Ek…Eleh
57. (SRL) Nak jadi atlit ke…! (menyindir)
58. (SRP) Tak semestinya…!
59. (SOLO) Siti, tukar baju sekarang!
60. (SOLO) Murid sekarang mesti bijak lagi cergas.
61. (SOLO) Jelas semua
62. (SRL) Huh,huh,huh,huuuh…
63. (SOLO) Hah, itu akibatnya tidak cergas, kalau tidak bersukan!
64. (SR) Gol, gol, gol, gooooool…
65. (SRL) Arumugam
66. (SRP) Tangkas
67. (SRL) Mokhtar Dahari
68. (SRP) Lincah
69. (SRL) Marina Chin
70. (SRP) Pantas
71. (SRP) Kalau boleh, kita mahu, ramai lagi macam mereka
72. (SR) Selamat Hari Guru
73. (SR) Guru Pembina Negara Bangsa
74. (SRL) Patuhi standard
75. (SRP) Iyaaa, Guruku mendidik tanpa jemu. Lagi-lagi kalau
muridnya panjang akal seperti kami…
76. (SRP) Hi,hi,hi,hi…
77. (SOLO) Ayuh, kita semua ke pautan pelayaran Internet
121
BICARA BERIRAMA SEKOLAH RENDAH
KERTAS KONSEP
SEGMEN 6 78. (SOLO) Tut, tut, tut… Tut,tut… Tutut,Tutut,tut..
SEGMEN 7 79. (SR) Dunia di hujung jari kita
80. (SRL) Macam-macam ada
81. (SRP) Yahoo, hoo..
82. (SRL) Goggle
83. (SRP) MSN
84. (SRP) Twit,twit,Twitter…
85. (SRL) SKMM
86. (SOLO) Streamyx… pendidikan berjalur lebar berprestasi
tinggi
87. (SOLO) http : www.moe.gov.my
88. (SR) Itulah Dasar Jalur Lebar Negara
89. (SR) Semuanya cukup dan nampak mudah
90. (SR) Itu kelebihan anak kota
91. (SRL) Tapi, bagaimana dengan anak desa?
92. (SOLO) Penoreh getah?
93. (SOLO) Bagaimana keluarga miskin?
94. (SOLO) Nelayan pula macam mana?
95. (SRP) Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul
96. (SOLO) Tanggungjawab siapa?
97. (SOLO) Siapa pula yang mendukungnya?
98. (SOLO) MARA!
99. (SOLO) RISDA!
100. (SOLO) FELDA!
101. (SOLO) Dan YAYASAN PENDIDIKAN
102. (SRL) Sama menyokong, meningkatkan taraf pendidikan
negara
103. (SRP) Barulah kita hidup sama rasa, sama kata…
104. (SR) Hebat, bertenaga dan berkualiti
105. (SR) Kita mampu menjadikan pendidikan bertaraf dunia.
106. (SRP) Bak kata orang-orang tualah, kalau hendak seribu daya,
tak hendak seribu dalih
107. (SR) Mari kita bersama-sama menggembleng tenaga, jayakan
NKRA.
108. (SR) Tiada yang mustahil, semua dirintis
109. (SR) Kerana kita
110. (SR) Satu Malaysia : Transformasi Pendidikan
Catatan Petunjuk :
SOLO – Suara Solo
SR – Suara Ramai
SRP – Suara Ramai Perempuan
SRL – Suara Ramai Lelaki
122
BICARA BERIRAMA SEKOLAH RENDAH
KERTAS KONSEP
SKRIP BICARA BERIRAMA
Bahasa Penyatu Bangsa (Mendukung Transformasi 1Malaysia)
SEGMEN 1 1. (Murid masuk dengan iringan back up lagu rakyat Embun Sok Sek dalam jangka
masa 40 saat ). Pergerakan santai dengan lengkok hanyunan tangan, kaki dan
badan.
2. (SR) Ring, ring...Ring, ring...Ring,ring
3. (SRP)Hello! Apa Khabar? Nak cakap dengan siapa
4. (SRP) Ha, tengok ni!
5. (SRP) I Phone.
6. (SRL) I… I apa?
7. (SRP) I Phone lah pakcik
8. (SRL) I Phone tu... mata telefon ke?
9. (SRP) Tak. Dengar ni (Murid menunjukkan menari riang sambil menyanyikan
lagu ikut tempo)
10. (SRP) Senyum, Tak perlu kata apa-apa (3x)
11. (SR) Kacak luar, kacak dalam.Kacak dengar sini. Kalau saya senyum, awak bising
sekali (irama minus one tanpa muzik)
12. (SRP) Hebatkan!
13. (SRL) Nak tengok ,boleh?
14. (SRP) Boleh.
15. (SRL) Nak pinjam?
16. (SRP) Tak boleh!
17. (SOLO) Emm…, itulah bahasa!
18. (SRP) Bila dengar , banyak makna!
19. (SRL) ! Kadang-kadang kena fikir dulu sebelum berkata-kata
(SRP) Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruh padahnya!
SEGMEN 2 20. (SR) Salam sejahtera dan Salam 1Malaysia.
(SR) Hari ini kami nak mengimbas penggunaan bahasa di Malaysia.
20. (SR) Bahasa Melayu sudah sebati dalam jiwa rakyat negara ini. Masa zaman
nenek moyang lagi, bahasa Melayu berkembang menjadi lingua franca. .
21. (SOLO) Lingua franca? (suara rasa ingin tahu)
22. (SR) Ya.. Lingua franca bermaksud bahasa perantaraan untuk berhubung.
Ramai pedagang menggunakanya.
23 (SOLO)Hebat!
24 (SR)Lepas merdeka, slogan Bahasa Jiwa Bangsa dihidupkan. Bahasa Melayu
diangkat sebagai bahasa kebangsaan. Bergema di segenap pelusuk negara, tak
kira tua , muda, di desa atau di kota
25. (SR) Di gedung, di pasar bahkan di mana-mana, semua bercakap bahasa Melayu
26. (SRP) Tapi, pada masa tu…bahasa pasar diutamakan
27. (SOLO) Bahasa pasar tu apa?
28. (SRL) Bahasa yang digunakan tanpa mementingkan nahu. Macam…
29. (SOLO P) Haiya… apek mau pigi mana? .(lenggok laras bahasa mengikut nada
orang Melayu bercakap menggunakan nada orang Cina berbahasa Melayu )
123
BICARA BERIRAMA SEKOLAH RENDAH
KERTAS KONSEP
30. (SOLO L) Adik cantik ha! Gua mau jalan-jalan. Lu mau ikut gua ka? .(lenggok
laras bahasa mengikut nada orang Cina bercakap bahasa Melayu)
31. (SOLO L) Ayo..yo…yo. Ini macam ka. Orang banyak cantik, mau jalan sama apek
tua ka. Saya kalu lagi suka sama awak adik manis . Ikut saya naik api kereta.
(lenggok laras bahasa mengikut nada orang India bercakap bahasa Melayu)
(SR)Ha.. Itu contoh bahasa pasar
32. (SRL) Sekarang… Bahasa Melayu diterima oleh semua rakyat Malaysia
33. (SRP) Tak kira tua atau muda.. kecil atau besar , semuanya tahu berbahasa
Melayu.
34. (SRL)Malangnya… timbul pula bahasa cacamarba
35. (SR)Cuba dengar ni…
36. (SOLO P)I kan nak pergi gather. Jomlah we go… Boringlah duduk sorang-sorang.
37. (SR) Inilah bahasa rojak … macam buat sambal belacan.
38. (SR)Masuk lada…, Masuk bawang… masuk belacan Blennnd… (bunyi mesin
kisar).
39. (SRP) Lepas tu makan. Rasa… Huh…huh…huh.
40. (SRP) Pedasnya
41. (SRL) Ha…Siapa makan cili, terasa pedasnya! (suara menyindir)
42. (SRP) Tapi…Sambal belacan kan sedap, sudah makan pedas. Lepas tu… Nak
lagi…Nak lagi…Nak lagi…macam tu juga bahasa rojak.
43. (SRP)Makin digunakan makin sedap , sampai terlupa kita ini orang Malaysia.
SEGMEN 3 44. (SOLO)Nah ! Tu, dia…, Bahasa Identiti Bangsa
45. (SR) Macam dulu-dulu… Nenek moyang kita kaya dengan budi bahasa
46. (SRP) Kat selatan, puak Baba dan Nyonya berpantun. Di Johor, kita ada ghazal
47. (SRP) Kat utara, kaum Bori berlagu boria
48. (SRL) Kalau ada duit boleh belanja, nanti kita makan bersama-sama, Hidup
rakyat kita jangan dimanja, nanti bila susah badan merana.
49. (SR) Kat tengah pula, ada orang Minang
50. (SRP) Kat timur pula, ada ore… Kelate.
51. (SR) Sekarang ni..Budi Bahasa Amalan Kita. Jayakan Kempen Budi Bahasa
Amalan Mulia. Lahirkan masyarakat berbudi bahasa. Barulah terjamin
52. kedaulatan bangsa.
SEGMEN 4 53. (SOLO) Ha.. bahasa penyatu bangsa. Kalau dalam sukan kita jerit ramai-ramai .
54. (SRP) Bersatu teguh, bercerai roboh. Bagai aur dengan tebing. Kita ungkapkan
bahasa tanpa rasa curiga
55. (SR) Di sekolah, kami belajar bahasa ikut nahu. Tapi kadang kala…
56. (SOLO P) Sorong papan tarik papan, buah keranji dalam perahu; Suruh makan
dia makan, suruh mengaji dia tak mahu. (gaya pengucapan pantun)
57. (SRL) Ingat! Bahasa lambang perpaduan Bangsa, rosak bahasa, binasalah akar
bangsa.
58. (SRP)Yang merah itu saga, Yang kurik itu kundi; Yang indah itu bahasa, Yang
cantik itu budi.
59. Hidup bahasa! Negara Sejahtera! Rakyat Bahagia!
60. (SOLO) Skuad! Luruskan barisan! (suara tegas)
124
BICARA BERIRAMA SEKOLAH RENDAH
KERTAS KONSEP
61. (Kumpulan murid berkawat menerima arahan untuk meluruskan barisan. Muzik
back up drum roll)
62. (SR) Jadi! (tangan diangkat separas bahu untuk bacaan ikrar)
63. (SR) Kami, anak-anak transformasi, 1Malaysia, berjanji
64. (SR) Mengekalkan tradisi bahasa, bangsa Malaysia ,
(SR) Bahasa Dijulang, Warisan dipertahan, Warga Terbilang
65. Lagu 1Malaysia nyanyian Faizal Tahir dalam jangka masa 1 minit 32 saat.
(Pergerakan mengikut irama lagu dengan tepuk tangan berirama sambil
menyanyikan lagu verse ke 2 )
66. (SOLO) 1Bahasa
67. (SOLO) 1Bangsa
68. (SOLO) 1Malaysia
69. (Pergerakan hayunan langkah serta tepukan berirama sambil menyanyi verse
ke 4 dengan mengikut lirik lagu dan melangkah masuk )
Catatan Petunjuk :
SOLO – Suara Solo ( 9 orang)
SR – Suara Ramai
SRL – Suara Ramai Lelaki
SRP – Suara Ramai Perempuan
Skrip disediakan oleh :
Abd Razak b. Abd. Malek
125