The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by jkhann.julaihi, 2024-01-07 22:20:59

Karangan Contoh Sekolah Rendah Tahun 5

Tahun 5

Pusat Tuisyen Zahizaa/Hometuition/KaranganContohTahun5/2024 KARANGAN CONTOH SEKOLAH RENDAH 1) Bapa kamu telah membawa kamu memancing ikan di sebatang sungai. Ceritakan pengalaman kamu itu. Pada hari Ahad yang lalu, bapa membawa saya memancing ikan di sebatang sungai. Sungai itu berdekatan dengan rumah kami. Kami telah menyediakan peralatan memancing seperti joran, umpan, mata kail dan sebagainya. Selepas itu, kami mengayuh basikal ke destinasi. Apabila tiba di tepi sungai, kami mencari suatu tempat yang sesuai. Kami duduk di bawah sebatang pokok yang rendang. Selepas memasang umpan, kami pun mula memancing ikan dengan sabar. Tiba-tiba, joran saya bergerak dengan kuat. Bapa menolong saya menarik joran itu. Saya berasa sangat gembira kerana mendapat seekor ikan yang besar. Pada petang itu, kami berjaya mendapat lapan ekor ikan. Pada waktu senja, kami pun pulang ke rumah. Ibu telah memasak kari ikan untuk kami sekeluarga. Saya berasa gembira pada hari itu kerana telah memperluas pengalaman hidup saya. 2) Tulis sebuah karangan yang bertajuk, “Cita-cita Saya”. Setiap orang tentu mempunyai cita-cita. Ada yang ingin menjadi doktor, peguam, guru dan sebagainya. Cita-cita saya ialah menjadi seorang guru. Kalau ingin menjadi seorang guru, kita hendaklah mendapat ijazah pendidikan di institusi perguruan terlebih dahulu. Untuk mencapai hasrat itu, saya akan berusaha bersungguhsungguh supaya lulus dalam semua mata pelajaran. Menjadi seorang guru bukanlah mudah. Guru perlu mengajar ramai murid dan menjadikan sesuatu pelajaran menarik supaya murid-murid berminat dalam pelajaran itu. Saya ingin menjadi guru kerana dapat berbakti kepada masyarakat dan negara. Saya bercita-cita untuk mendidik anak-anak supaya mereka pandai menulis, membaca dan mengira. Saya juga mahu mereka berjaya dalam pelajaran dan menjadi insan yang berguna. Sekiranya cita-cita saya tercapai, saya akan menjalankan tugas dengan penuh tanggungjawab. Saya akan mengadakan kelas tambahan percuma untuk membimbing murid-murid yang lemah dalam pelajaran. Pendidikan sangat penting kepada kita. Oleh itu, saya hendak rajin belajar untuk mencapai cita-cita saya apabila dewasa kelak. 3) Tulis sebuah karangan yang bertajuk, “Aku Sebuah Telefon Bimbit ”. Aku sebuah telefon bimbit. Nama aku Samsung. Aku dihasilkan di suatu kilang Shah Alam. Badanku berwarna jingga. Setelah dihasilkan, aku dihantar ke kedai telefon dengan menggunakan sebuah van. Dalam perjalanan, aku berasa gembira dan bimbang kerana belum pasti lagi aku hidup dengan senang atau susah. Setelah tiba di kedai, aku dipamerkan di dalam almari kaca. Di situ, aku berkenalan dengan kawan-kawan yang berjenama lain. Suatu hari, aku telah dibeli oleh seorang pemuda. Setiap hari, tuan aku menggunakan aku untuk menghantar sistem pesanan ringkas kepada ringkas kepada kawan-kawannya. Aku gembira hidup dengan tuan aku kerana dia menjaga aku dengan baik. Aku harap akan dapat berkhidmat kepada tuan aku hingga ke akhir hayat. 4) Murid-murid digalakkan membawa bekalan makanan ke sekolah. Bincangkan faedahfaedah membawa bekalan makanan ke sekolah. Anis mengeluarkan bekas makanan yang berisi nasi goreng. Kemudian, dia meletakkan sebotol air sirap yang dibawanya dari rumah. Anis menikmati bekalan yang dibawanya di kantin bersama rakan-rakannya pada waktu rehat. Antara kebaikan membawa bekalan makanan dan minuman dari rumah seperti yang dilakukan oleh Anis ialah dia tidak perlu membuang masa beratur di kantin untuk membeli


Pusat Tuisyen Zahizaa/Hometuition/KaranganContohTahun5/2024 makanan dan minuman. Dia juga dapat makan dengan selesa tanpa perlu berebut-rebut dengan rakan-rakannya yang lain. Selain itu, kita dapat menjimatkan wang saku yang diberi oleh ibu bapa. Kita dapat menabung wang saku untuk membeli buku dan peralatan sekolah tanpa menyusahkan ibu bapa. Dengan membawa bekalan makanan dan minuman pada setiap hari, murid-murid dapat terhindar daripada kes keracunan makanan yang sering berlaku di sekolah. Kesihatan murid-murid juga terjamin. Di samping itu, membawa bekalan makanan ke sekolah melatih kita menyimpan wang secara rutin. Kita dapat menyemai sikap berjimat cermat dan membeli barang jika perlu sahaja. Seharusnya, ibu bapa melatih anak-anak berjimat cermat dengan membiasakan anakanak membawa bekalan makanan ke sekolah. Hal ini bukan sahaja menjimatkan wang, bahkan menjamin kesihatan anak-anak. 5) Kamu diminta untuk menyampaikan syarahan yang bertajuk “Kepentingan Disiplin dan Kaitannya dengan Kecemerlangan Murid”. Sediakan teks syarahan kamu selengkapnya. Yang saya hormati Tuan Pengerusi Majlis, guru-guru, rakan-rakan, dan hadirin yang dimuliakan. Tajuk syarahan saya pada hari ini ialah “Kepentingan Disiplin dan Kaitannya dengan Kecemerlangan Murid”. Sesungguhnya, kecemerlangan seseorang murid amat berkait rapat dengan disiplin kendirinya. Rakan-rakan yang dihormati, Cuba kita lihat rakan-rakan kita yang cemerlang dan ukur pula disiplin mereka. Jawapan yang pasti kita peroleh ialah murid yang cemerlang mempunyai disiplin diri yang tinggi. Mereka bijak menguruskan masa, rajin mengulangkaji pelajaran, dan sentiasa mematuhi peraturan. Jika kita membandingkan murid yang cemerlang dengan murid yang sering ponteng sekolah atau murid yang sentiasa melanggar peraturan sekolah, sudah tentu pencapaian akademik mereka sungguh berbeza. Murid yang bermasalah tidak berminat untuk mengikuti pelajaran dan sering mengganggu rakan dan guru. Nilai disiplin mereka berada pada tahap sifar. Begitu juga dengan murid yang aktif dalam kegiatan kokurikulum jika mereka bijak membahagikan masa sudah tentu mereka juga boleh berjaya. Hal ini kerana disiplin diri yang tinggi dapat menjamin kejayaan. Perbezaan latar belakang tidak menjadi ukuran, sama ada murid itu datangnya daripada golongan kaya atau miskin. Jika mereka mempunyai disiplin yang tinggi, mereka pasti akan berjaya. Murid yang berdisiplin amat disenangi guru-guru dan rakan-rakan. Mereka bersifat amanah dan bertanggungjawab terhadap tugas yang diberikan. Warga dewan yang budiman, Sesungguhnya, nilai disiplin dan kecemerlangan amat berkaitan dalam membentuk insan murid. Gilaplah nama kita sebagai murid yang cemerlang dan berdisiplin kerana “harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama”. Sekian. Terimakasih. 6) Kokurikulum Dapat Melahirkan Murid Cemerlang. Bincangkan. Kokurikulum merupakan kegiatan di luar bilik darjah. Semua murid diwajibkan mengambil bahagian dalam aktiviti perpersatuan, pakaian seragam, dan olahraga. Aktiviti ini dapat melahirkan murid yang cemerlang dari pelbagai segi. Menerusi kagiatan kokurikulum, kita dapat cemerlang dalam pelajaran. Sebagai contoh, persatuan akan mengadakan lawatan ke tempat menarik seperti Zoo Negara. Kesannya, pengetahuan lawatan itu dapat kita mafaatkan dalam mata pelajaran sains. Kokurikulum menyebabkan kita cemerlang dalam pergaulan. Sebagai contoh, kita dapat mengenali ramai kawan daripada perbagai kaum seperti Melayu, Cina, dan India. Kesannya perpaduan kaum rakyat Malaysia bagai hempedu lekat di hati.


Pusat Tuisyen Zahizaa/Hometuition/KaranganContohTahun5/2024 Selain itu, kokurikulum menjadikan kita cemerlang dalam menguruskan diri, sebagai contoh, aktiviti perkemahan pakaian seragam menyebabkan kita mempunyai sifat berdikari. Kesannya. Apabila dewasa kelak kita tidak lagi bergantung kepada ibu bapa sahaja. Kokurikulum juga menyebabkan kita cemerlang dari segi akhlak. Sebagai contoh, aktiviti yang dijalankan menyebabkan kita dibentuk manjadi orang yang bersifat mulia. Kesannya, diri kita akan disayangi oleh guru daripada keluarga. Sebagai kesimpulannya, kokurikulum merupakan aktiviti yang dapat membentuk sifat cemerlang dalam diri kita. Oleh hal yang demikian, jangan melepaskan peluang untuk terlibat dalam aktiviti kokurikulum. Sesungguhnya, kita perlu mendidik diri kita untuk menjadi seorang yang cemerlang. 7) Kejayaan Seseorang Murid Banyak Bergantung pada Sikap. Bincangkan. Sembilan puluh peratus kejayaan seorang itu banyak bergantung pada sikap. Manakala, bakinya bergantung pada kederdasan dan persekitaran. Perangkaan ini memperlihatkan betapa perlunya kita bersikap positif untuk mencapai kejayaan. Kita perlu mengeruskan masa dengan baik. Kita perlu membahagikan masa untuk belajar dan bermain. Penjadualan masa mat penting bagi seseorang yang aktif dalam kokurikulum agar tidak mengabaikan pelajaran. Murid yang cemerlang biasanya mempunyai keperibadian yang terpuji. Mereka akan menunjukkan sikap berbudi bahasa dan hormat-menghormati. Dalam kalangan rakan, mereka sering membantu rakan yang lemah dalam pelajaran. Murid cemerlang juga mudah menerima nasihat. Peraturan sekolah tidak sesekali dilanggar, sebaliknya akan diikuti. Didikan membiasakan mereka mendisiplinkan diri. Golongan ini juga tidak mudah putus asa. Mereka sedar, jika memiliki otak udang, memerlukan keyakinan yang kuat dalam diri. Mereka sedar bahawa kerajinan dan usaha menentukan kejayaan. Lantaran itu mereka terus belajar tanpa jemu. Berdasarkan semua keterangan tersebut, kita wajar bersikap positif jika ingin berjaya. Pencapaian kita yang lalu juga sebagai pendorong kepada pencapaian hari-hari mendatang. Tanamkan dalam diri bahawa kita boleh berjaya. 8) Setiap anak perlu mengamalkan nilai-nilai murni terhadap keluarganya. Tulis perlakuanperlakuan yang membuktikan kamu mengamalkannya. Baik atau buruk perlakuan seseorang anak mencerminkan latar belakang keluarganya. Seorang anak yang baik akan menunjukkan perlakuan yang sopan agar nama dan maruah keluarganya sentiasa terpelihara. Antara perlakuan yang menggambarkan nilai murni yang baik ialah sifat bertanggungjawab. Anak yang bertanggungjawab akan menolong ibu bapa bagi meringankan tugas mereka. Sbagai anak yang bertanggungjawab, saya akan belajar dengan bersungguh-sunguh untuk mencapai kejayaan. Dengan cara itu, saya dapat mambalas jasa ibu bapa. Selain itu, saya amat menghormati keluarga. Saya tidak melawan arahan ibu dan bapa apatah lagi menyakiti hati mereka. Saya sentiasa mendengar nasihat ibu bapa sebagai tanda saya menghormati mereka. Jika saya seorang abang atau kakak, saya seharusnya mengambil berat akan kebajikan adik-adik saya. Saya akan selalu mengawasi perlakuan mereka serta membantu ayah dan ibu mendidik adik-adik menjadi insan yang berbudi bahasa. Sebagai anak yang berbudi, jagalah nama baik keluarga walau di mana-mana sekalipun kita berada. Sesungguhnya, anak ialah cermin muka kepada ibu bapa. Jika kita berkelakuan baik sudah tentu nama ibu bapa turut disanjung tinggi dan begitulah sebaliknya. Ingatlah pepatah “harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama”, oleh itu amalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan agar nama kita akan sentiasa dikenang orang. Sumber: Internet


Click to View FlipBook Version