C-NOTES ABSTRACT
Disediakan Oleh: Nor Laila Binti Hassan Nota Mini “C-Notes”
merupakan
kompilasi topik-topik
semasa yang
mengandungi tajuk-
tajuk penting dan
sukar yang telah
diringkaskan tapi
padat dan boleh
digunapakai oleh
pelajar sebagai
bahan ulangkaji bagi
kursus DPP20013
Introduction to
International
Business.
0
NOR LAILA BINTI HASSAN
770405025822
POLITEKNIK SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH
“C-NOTES” INOVASI DALAM PEMBELAJARAN DAN PEMUDAHCARAAN (PDPC)
BAGI KURSUS INTRODUCTION TO INTERNATIONAL BUSINESS
1. PENGENALAN/LATARBELAKANG/TUJUAN
Inovasi Nota Mini “C-NOTES” ini adalah merupakan satu inovasi dalam
melaksanakan pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPc) di dalam dan luar bilik
kuliah. Inovasi ini adalah direka berdasarkan slogan “Baca Selalu, Ingatan Jadi
Kukuh”. Kursus Introduction to International Business adalah merupakan kursus
bidang ‘International Business’ yang pertama didedahkan kepada pelajar semasa
semester dua. Melalui kursus ini terdapat banyak terma-terma baru dan perkara-
perkara penting yang memerlukan pelajar menghafal dan mengingat dan hampir
keseluruhan kursus ini adalah berdasarkan teori. Justera, ianya menjadi antara kursus
yang paling tidak digemari oleh pelajar yang kurang suka membaca sedangkan ianya
salah satu kursus teras yang wajib lulus. Senario pelajar memperolehi markah yang
sangat rendah di dalam Penilaian Kerja Kursus (PKK) dan Peperiksaan Akhir (PA)
sering berlaku dan ianya sangat membimbangkan.
Nota Mini “C-NOTES” merupakan kompilasi topik-topik semasa yang mengandungi
tajuk-tajuk penting dan sukar yang telah diringkaskan tapi padat dan boleh
digunapakai oleh pelajar sebagai bahan ulangkaji bagi kursus Introduction to
International Business. Ianya lebih fokus kepada kata kunci untuk memudahkan
pelajar mengingati terma dan perkara penting melalui kaedah bacaan berulang-ulang.
Selain kriterianya yang mudah alih, kreatif dan kos penyediaan yang berpatutan
dibantu oleh kaedah pengolahan yang efektif dan menarik secara konvensional dan
mungkin akan ditambahbaikan dalam bentuk digital amat sesuai untuk semua tahap
1
pelajar. Malahan inovasi ini sangat berguna semasa musim Perintah Kawalan
Pergerakan (PKP) di kala pelajar sukar untuk mendapat capaian internet yang stabil
semasa membuat ulangkaji di rumah.
2. RASIONAL
Inovasi “C-NOTES” dibuat secara umumnya bertujuan untuk membantu pelajar
membuat ulangkaji secara pantas, bila-bila masa dan di mana-mana sahaja dengan
menggunakan konsep nota mini samada secara kaedah konvensional atau digital
untuk akan datang. Manakala secara khususnya, rasional membangunkan inovasi ini
adalah:
1. Mengenalpasti keberkesanan “C-NOTES” dalam membantu pelajar mengingati
terma dan ‘point’ penting dalam kursus DPP20013 Introduction International
Business.
2. Membantu pelajar menguasai teknik kemahiran berfikir dan belajar menggunakan
konsep nota mini berpandukan kata kunci.
3. Membantu pelajar meningkatkan daya ingatan, menambah keyakinan dan
memantapkan prestasi mereka dalam menguasai sesuatu topik yang dipelajari.
4. Menunjukkan kepada pelajar cara meringkaskan nota secara tersusun dan lebih
efektif.
3. KAEDAH DAN JUSTIFIKASI PERLAKSANAAN
Proses pembentukan Nota Mini “C-NOTES” bermula dengan:
1. Pilih Satu Kursus
Sesi uji prestasi bagi kursus Introduction to International Business telah
dilaksanakan melalui Course Outcome Review Report (CORR) ke atas pelajar
DPI 2A sesi Jun 2019
2
2. Analisa Keputusan CORR
Hasil dapatan CORR mendapati bahawa daripada 24 orang pelajar
DPI2A tiada pelajar yang mendapat gred A+ dan A, hanya 8.3% mendapat gred
A-, 16.7% mendapat B+, 4.2% mendapat gred B, 12.5% mendapat gred B-,
8.3% mendapat gred C+, 8.3% mendapat gred C, 16.7% mendapat gred C-,
8.3% mendapat gred D+ dan 16.7% mendapat gred D. Kesimpulannya,
kebanyakan pelajar DPI 2A mendapat peratus tinggi pencapaian pada gred B+,
C- dan D iaitu sebanyak 16.7%.
3. Kenalpasti Permasalahan
Didapati pelajar tidak membuat persediaan rapi untuk mengulangkaji
pelajaran sebelum menjalani kuiz, test dan peperiksaan akhir.
4. Sediakan Bahan Inovasi Berfokus
Bahan inovasi Nota Mini “C-NOTES” yang mengandungi tajuk-tajuk
fokus dicipta bagi memudahkan pelajar membuat ulangkaji di mana-mana dan
bila-bila masa.
5. Aplikasi Bahan Inovasi Dalam PdPc
Seramai 37 orang pelajar kelas DPI 2A sesi Dis 2019 diberi Nota Mini
“C-NOTES” sebagai bahan rujukan ulangkaji pada bulan Januari 2020
sebelum PKP.
6. Jalankan Ujian Pasca
Seramai 37 orang pelajar kelas DPI 2A sesi Dis 2019 diberi kuiz, test
dan ujian “Final Test” pada musim PKP secara online.
7. Analisa Keputusan
Hasil dapatan CORR pada sesi Dis 2019 mendapati bahawa daripada
37 orang pelajar 5.4% mendapat gred A+, 48.6% mendapat gred A, 29.7%
3
mendapat gred A-, 8.1% mendapat gred B+ dan 8.1% mendapat gred B. Tiada
pelajar yang mendapat gred B- ke bawah.
8. Kenalpasti keberkesanan & impaknya
Bahan inovasi “C-NOTES” didapati sangat membantu pelajar kerana
ianya bersaiz kecil (poket) mudah dibawa ke mana-mana dan pelajar boleh
membaca bila-bila masa.
Ianya juga sangat berguna kepada pelajar pada waktu PKP di mana
pelajar menghadapi masalah online yang tidak stabil terutama bagi pelajar
yang tinggal di kawasan pedalaman.
4. PERBEZAAN ANTARA PERKARA / PROSES YANG SEBELUM DENGAN YANG
SEKARANG:
PERBEZAAN BERDASARKAN PENCAPAIAN CORR
Situasi sebelum
Satu kajian analisa pencapaian hasil pembelajaran telah dibuat ke atas kursus
‘Introduction to International Business’ melalui Sistem Pengurusan Maklumat
Politeknik (SPMP) bagi mengukur prestasi pencapaian pelajar dalam mencapai
Course Learning Outcome (CLO) bagi kursus tersebut bagi sesi Jun 2019. Hasil
daripada kajian tersebut adalah seperti berikut:
Jadual 1: Gred (% pelajar) (DPI 2A) (CLO)
Sesi Jun 2019
A+ A A- B+ B B- C+ C C- D+ D E E- F
0 0 8.3 16.7 4.2 12.5 8.3 8.3 16.7 8.3 16.7 0 0 0
4
Berdasarkan daripada Jadual 1, dapat disimpulkan bahawa pelajar DPI 2A sesi Jun
2019 mempunyai pencapaian prestasi di tahap sederhana. Manakala peratus pelajar
yang mendapat < 30% perbezaan di antara Penilaian Kerja Kursus (PKK) dan
Peperiksaan Akhir (PA) adalah sebanyak 33.3% sahaja dan ianya jauh daripada
pencapaian target iaitu sebanyak 50%. Ini menunjukkan pelajar DPI 2A sesi ini
kebanyakannya tidak skor dengan baik dalam markah Peperiksaan Akhir mereka.
Kebanyakan mereka mengaku tidak membuat persediaan yang rapi semasa
menjawab soalan Peperiksaan Akhir mereka. Maka dengan itu, pensyarah kursus
perlu mencadangkan penambahbaikan di dalam Laporan CORR. Salah satu
cadangan penambahbaikan yang dicadangkan adalah kursus tersebut perlu
dipelbagaikan kaedah mengulangkaji bagi membolehkan pelajar bersedia untuk
menghadapi kuiz, ujian dan peperiksaan akhir pada masa akan datang.
Situasi selepas
Pada bulan November 2019, “C-NOTES” telah dihasilkan bagi mengatasi masalah
pencapaian gred yang sederhana ini. “C-NOTES” telah digunapakai pada sesi Dis
2019 dan hasil dapatan analisanya amat memberangsangkan dengan adanya sedikit
peningkatan prestasi berdasarkan gred yang diperolehi oleh pelajar semasa sesi
tersebut.
Bacaan data analisa pencapaian gred bagi sesi Dis 2019 daripada Laporan CORR
sesi tersebut adalah seperti berikut:
Jadual 2: Gred (% pelajar) (DPI 2A)
Sesi Dis 2019
A+ A A- B+ B B- C+ C C- D+ D E E- F
5.4 48.6 29.7 8.1 8.1 0 0 0 0 0 0 0 0 0
5
Berdasarkan daripada Jadual 2, dapat disimpulkan bahawa kebanyakan pelajar DPI
2A sesi Dis 2019 mempunyai pencapaian prestasi gred yang cemerlang. Walaupun
ianya pada musim Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), pelajar berjaya
menggunakan “C-NOTES” dengan baik terutama apabila menjawab soalan ‘Final
Test’ secara online dan didapati kebanyakan pelajar mendapat skor markah yang
tinggi untuk ujian ini. Ini juga secara tidak langsung membantu pelajar mengulangkaji
secara kendiri sekiranya capaian internet mereka tidak stabil.
PERBEZAAN BERDASARKAN PENCAPAIAN PKK SAHAJA
Situasi sebelum
Ini dapat juga dibuktikan dan diperkukuhkan daripada markah keseluruhan PKK
pelajar-pelajar Sesi Jun 2019 seperti di bawah:
Jadual 3: Gred (% pelajar) (DPI 2A) (PKK sahaja)
Sesi Jun 2019
A+ A A- B+ B B- C+ C C- D+ D E E- F
12.5 16.7 20.8 16.7 16.7 8.2 4.2 4.2 0 0 0 000
Berdasarkan daripada Jadual 3, pencapaian PKK pelajar adalah baik dengan
pencapaian gred dari gred A+ sehingga gred C sahaja dan tiada yang gagal.
Situasi selepas
Ini dapat juga dibuktikan dan diperkukuhkan daripada markah keseluruhan PKK
pelajar-pelajar Sesi Dis 2019 selepas penggunaan “C-NOTES” seperti di bawah:
6
Jadual 4: Gred (% pelajar) (DPI 2A) (PKK sahaja)
Sesi Dis 2019
A+ A A- B+ B B- C+ C C- D+ D E E- F
5.4 48.6 29.7 8.1 8.1 0 00 000 0 00
Berdasarkan daripada Jadual 4 di atas, pencapaian PKK pelajar adalah sangat
cemerlang dengan pencapaian gred dari gred A+ sehingga gred B sahaja dan tiada
yang gagal.
5. EVOLUSI PENGHASILAN “C-NOTES”
Versi asal “C-NOTES” 1.0 dalam Versi “C-NOTES” 2.0 dalam bentuk
bentuk kad berwarna warni dan e-card yang diupload ke dalam
Aplikasi Anyflip dan dikongsi
dilaminatekan. kepada pelajar melalui CIDOS
atau Aplikasi Whatsup
7
6. HURAIAN INOVASI
1. Bahan yang digunakan untuk menghasilkan Nota Mini “C-NOTES” adalah:
a. Kertas A4 putih yang tebal
b. Kad Ring 20mm
c. Plastik Laminate
d. Ink Catridge Color dan Hitam
2. Cara penggunaan “C-NOTES”
(Kaedah Konvensional dan Mesra Teknologi Digital)
Konvensional
a. Cetak hasil slide nota infographic yang di pdfkan pada kertas putih A4 yang
tebal depan belakang mengikut ukuran saiz kad iaitu 14cm x 10cm
b. Laminate dan gunting ikut saiz yang ditetapkan
c. Tebuk lubang dan letakkan kad ring 20mm
d. Nota mini “C-NOTES” sudah sedia untuk digunakan
Mesra Teknologi Digital
a. Klik link https://anyflip.com/odaxa/hpyf/ yang boleh didapati daripada Aplikasi
Anyflip. Link ini boleh dikongsi kepada pelajar melalui Aplikasi Whatsapp dan
CIDOS.
b. Boleh terus dibuka melalui laptop dan juga telefon pintar
Pelajar boleh akses terus daripada link yang Bukti pelajar telah
diberikan dan terus menjadi followers. mengakses dan
sekaligus pelajar
8
boleh muat turun C-
NOTES
3. Purata kos penyediaan “C-NOTES” seunit
Konvensional
BIL BAHAN KOS PER UNIT JUMLAH (RM)
1. Kertas A4 warna putih yang 30 sen x 5 keping 1.50
tebal
2. Kad Ring 20mm 30 sen x 1 unit 0.30
3. Cetakan (Refillable Ink) 30 sen x 24 muka 7.20
cetakan
4. Plastik Laminate 17 sen x 5 unit 0.85
JUMLAH 9.85
Mesra Teknologi Digital
Aplikasi Anyflip adalah aplikasi yang boleh diperolehi secara percuma dan semua
pelajar boleh mengaksesnya tanpa melibatkan sebarang pembayaran.
9
7. HASIL KEBERKESANAN INOVASI “C-NOTES” KEPADA PELAJAR KELAS
DPI2A SESI DIS 2019
1. Saya berpendapat, C-NOTES membantu pelajar mengingati terma dan ‘point’
penting dalam kursus DPP20013 Introduction to International Business.
Graf di atas menunjukkan 97.3 % pelajar sangat setuju bahawa C-NOTES membantu
pelajar mengingati terma dan ‘point’ penting dalam kursus DPP20013 Introduction
to International Business
Bil Skala Tahap Persetujuan Frekuensi Peratus %
1. Sangat Setuju (5) 36 97.3
2. Setuju (4) 1 2.7
3. Neutral/Tidak Pasti (3) 0 0
4. Tidak Setuju (2) 0 0
5. Sangat Tidak Setuju (1) 0 0
10
2. Pemahaman saya terhadap sesuatu topik yang diajar meningkat setelah
menggunapakai C-NOTES.
Graf di atas menunjukkan 67.6 % pelajar sangat setuju bahawa pemahaman
mereka terhadap sesuatu topik yang diajar meningkat setelah menggunapakai C-
NOTES
Bil Skala Tahap Persetujuan Frekuensi Peratus %
1. Sangat Setuju (5) 25 67.6
2. Setuju (4) 12 32.4
3. Neutral/Tidak Pasti (3) 0 0
4. Tidak Setuju (2) 0 0
5. Sangat Tidak Setuju (1) 0 0
11
3. Peta minda bagi setiap topik yang dibekalkan bersama C-NOTES ini sangat
berguna.
Graf di atas menunjukkan 78.4% pelajar sangat setuju bahawa peta minda bagi
setiap topik yang dibekalkan bersama C-NOTES ini sangat berguna.
Bil Skala Tahap Persetujuan Frekuensi Peratus %
1. Sangat Setuju (5) 29 78.4
2. Setuju (4) 8 21.6
3. Neutral/Tidak Pasti (3) 0 0
4. Tidak Setuju (2) 0 0
5. Sangat Tidak Setuju (1) 0 0
12
4. C-NOTES sesuai bagi tujuan pembelajaran secara kendiri (self-learning).
Graf di atas menunjukkan 86.5% pelajar sangat setuju bahawa C-NOTES sesuai
bagi tujuan pembelajaran secara kendiri (self-learning)
Bil Skala Tahap Persetujuan Frekuensi Peratus %
1. Sangat Setuju (5) 32 86.5
2. Setuju (4) 4 10.8
3. Neutral/Tidak Pasti (3) 0 0
4. Tidak Setuju (2) 0 0
5. Sangat Tidak Setuju (1) 0 0
13
5. Kandungan C-NOTES adalah bersesuaian dengan sukatan kursus DPP20013
Introduction to International Business
Graf di atas menunjukkan 78.4% pelajar sangat setuju bahawa kandungan C-
NOTES adalah bersesuaian dengan sukatan kursus DPP20013 Introduction to
International Business
Bil Skala Tahap Persetujuan Frekuensi Peratus %
1. Sangat Setuju (5) 29 78.4
2. Setuju (4) 8 21.6
3. Neutral/Tidak Pasti (3) 0 0
4. Tidak Setuju (2) 0 0
5. Sangat Tidak Setuju (1) 0 0
14
6. Nota mini dalam bentuk peta minda yang disertakan adalah mudah difahami.
Graf di atas menunjukkan 81.1% pelajar sangat setuju bahawa nota mini dalam
bentuk peta minda yang disertakan adalah mudah difahami
Bil Skala Tahap Persetujuan Frekuensi Peratus %
1. Sangat Setuju (5) 30 81.1
2. Setuju (4) 7 18.9
3. Neutral/Tidak Pasti (3) 0 0
4. Tidak Setuju (2) 0 0
5. Sangat Tidak Setuju (1) 0 0
15
7. Rekabentuk kad adalah menarik dan mesra pengguna.
Graf di atas menunjukkan 86.5% pelajar sangat setuju bahawa rekabentuk kad adalah
menarik dan mesra pengguna.
Bil Skala Tahap Persetujuan Frekuensi Peratus %
1. Sangat Setuju (5) 32 86.5
2. Setuju (4) 4 10.8
3. Neutral/Tidak Pasti (3) 1 2.7
4. Tidak Setuju (2) 0 0
5. Sangat Tidak Setuju (1) 0 0
16
8. Penyusunan C-NOTES yang diberikan mudah difahami dan senang untuk diikuti.
Graf di atas menunjukkan 75.7% pelajar sangat setuju bahawa penyusunan C-
NOTES yang diberikan mudah difahami dan senang untuk diikuti
Bil Skala Tahap Persetujuan Frekuensi Peratus %
1. Sangat Setuju (5) 28 75.7
2. Setuju (4) 8 21.6
3. Neutral/Tidak Pasti (3) 1 2.7
4. Tidak Setuju (2) 0 0
5. Sangat Tidak Setuju (1) 0 0
17
9. C-NOTES sangat berguna untuk mengulangkaji pelajaran secara bersantai dan
mudah diingati.
Graf di atas menunjukkan 86.5% pelajar sangat setuju bahawa C-NOTES sangat
berguna untuk mengulangkaji pelajaran secara bersantai dan mudah diingati.
Bil Skala Tahap Persetujuan Frekuensi Peratus %
1. Sangat Setuju (5) 32 86.5
2. Setuju (4) 5 13.5
3. Neutral/Tidak Pasti (3) 0 0
4. Tidak Setuju (2) 0 0
5. Sangat Tidak Setuju (1) 0 0
18
10. Saya berpendapat, C-NOTES sangat praktik dalam meningkatkan daya ingatan,
menambah keyakinan dan memantapkan prestasi saya dalam menguasai
sesuatu topik yang dipelajari.
Graf di atas menunjukkan 78.4% pelajar sangat setuju bahawa C-NOTES sangat
praktik dalam meningkatkan daya ingatan, menambah keyakinan dan memantapkan
prestasi saya dalam menguasai sesuatu topik yang dipelajari.
Bil Skala Tahap Persetujuan Frekuensi Peratus %
1. Sangat Setuju (5) 29 78.4
2. Setuju (4) 7 18.9
3. Neutral/Tidak Pasti (3) 1 2.7
4. Tidak Setuju (2) 0 0
5. Sangat Tidak Setuju (1) 0 0
19
8. POTENSI “C-NOTES” UNTUK DISEBAR LUAS
1. Bahan inovasi yang kosnya murah, ringan dan mudah dibawa ke mana sahaja.
2. Mesra Teknologi Digital apabila diuploadkan dalam bentuk e-card dengan
menggunakan Aplikasi Anyflip.
3. Setelah berubah kepada konsep fotografi digital, ianya boleh dikongsi dan
digunapakai oleh semua pelajar dari politeknik lain yang mengambil kursus
DPP20013 sebagai kursus elektif mereka. Buat masa sekarang, kursus DPP20013
juga diambil sebagai kursus elektif bagi program DPM dan DLS.
9. IMPAK/KEBERKESANAN
1. “C-NOTES” ternyata sangat berkesan membantu pelajar membuat ulangkaji secara
pantas pada bila-bila masa dan di mana sahaja tanpa perlu membuat rujukan kepada
pelbagai jenis buku yang memenatkan dan akhirnya mematikan minat pelajar.
2. “C-NOTES” adalah solusi kepada pelajar yang mudah lupa fakta-fakta penting yang
sekaligus menjadikan mereka tidak yakin mengeluarkan hujah semasa sesi
Pengajaran & Pembelajaran.
3. “C-NOTES” secara tidak langsung akan menunjukkan cara untuk membuat nota
ringkas dengan betul dan lebih efektif
4. “C-NOTES” sebagai bahan bantu pelajar yang siap sedia diguna untuk pelajar yang
kurang mahir menulis nota ringkas.
5. “C-NOTES” juga secara tidak langsung membantu pelajar membuat ulangkaji secara
kendiri terutama pada musim PKP baru-baru ini sekiranya pelajar tinggal di kawasan
pedalaman yang mana capaian internetnya sangat tidak stabil.
6. Meningkatkan pencapaian dan pemahaman pelajar terhadap kursus ini.
10. CADANGAN PENAMBAHBAIKAN:
Sebagai penambahbaikan, adalah dicadangkan agar “C-NOTES” dikemaskini
notanya mengikut perubahan silibus serta berharap penggunaannya diperluaskan ke
20
politeknik yang lain memandangkan kursus ini juga diambil sebagai kursus elektif bagi
program Diploma Pengajian Perniagaan (DPM). Sebagai lanjutan daripada kajian ini
juga, Nota Mini Interaktif “C-NOTES” telahpun dimuat naik ke dalam gajet pintar
seperti telefon pintar, computer riba dan tab seiring dengan kemajuan teknologi terkini
iaitu dengan melalui Aplikasi Anyflip. Mungkin di masa akan datang, “C-NOTES”
dalam bentuk e-card ini boleh ditambahbaikan dengan memasukkan bunyi atau lagu
yang memudahkan pelajar untuk lebih mengingat. Melalui kajian ini juga, diharap
dapat melestarikan Konsep Hijau iaitu mensifarkan penggunaan kertas.
Seterusnya, adalah diharapkan agar budaya “Baca Selalu, Ingatan Jadi Kukuh” dapat
direalisasikan dengan menggunakan telefon pintar kerana bahan Nota Mini Interaktif
“C-NOTES” ini dapat diakses di mana-mana dan bila-bila masa sahaja.
11. RUJUKAN
Berita Harian, Buku Elektronik Pengaruh Minat Membaca, 2019
Mohd Nasuha Jamidin et. Al (1991) Kemahiran Belajar. Kuala Lumpur, Fajar Bakti
Sdn. Bhd.
Muh. Rais, (2019) Pengaruh Penggunaan Multimedia Presentasi Berbasis Prezi Dan
Gaya Belajar Terhadap Kemampuan Mengingat Konsep, Jurnal Mekom
Susanto Windura, (2015). Be An Absolute Genius. Selangor PTS Publishing House
21
LAMPIRAN
SOALSELIDIK C-NOTES
Nama: __________________________________________________________
No. Pendaftaran: ____________________ Kelas: _____________
Sila tandakan tahap persetujuan anda berkaitan C-NOTES mengikut skala berikut:
5 4 3 2 1
Sangat Setuju Setuju Neutral/Tidak Pasti Tidak Setuju Sangat Tidak Setuju
Bil. Perkara
Tahap Persetujuan
1. Saya berpendapat, C-NOTES membantu pelajar mengingati terma dan 5 4 3 2 1
‘point’ penting dalam kursus DPP20013 Introduction to International
Business.
2. Pemahaman saya terhadap sesuatu topik yang diajar meningkat setelah 5 4 3 2 1
menggunapakai C-NOTES.
3. Peta minda bagi setiap topik yang dibekalkan bersama C-NOTES ini sangat 5 4 3 2 1
berguna.
4. C-NOTES sesuai bagi tujuan pembelajaran secara kendiri (self-learning). 5 4 3 2 1
5. Kandungan C-NOTES adalah bersesuaian dengan sukatan kursus 5 4 3 2 1
DPP20013 Introduction to International Business
6. Nota mini dalam bentuk peta minda yang disertakan adalah mudah 5 4 3 2 1
difahami.
7. Rekabentuk kad adalah menarik dan mesra pengguna. 5 4321
8. Penyusunan C-NOTES yang diberikan mudah difahami dan senang untuk 5 4 3 2 1
diikuti.
9. C-NOTES sangat berguna untuk mengulangkaji pelajaran secara bersantai 5 4 3 2 1
dan mudah diingati.
10. Saya berpendapat, C-NOTES sangat praktik dalam meningkatkan daya 5 4 3 2 1
ingatan, menambah keyakinan dan memantapkan prestasi saya dalam
menguasai sesuatu topik yang dipelajari.
Sila berikan komen dan cadangan anda (jika ada) bagi menambahbaik C-NOTES:
________________________________________________________________________________________
________________________________________________________________________________________
Disediakan oleh:
Nor Laila Hassan
TERIMA KASIH. KESRJASAMA ANDA AMAT DIHARGAI.
22
23