The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

E-Folio Kumpulan 4 Sesi II: 2023/2024

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ainnuzul10, 2024-04-30 00:12:05

MAJALAH ALAM SEKITAR

E-Folio Kumpulan 4 Sesi II: 2023/2024

MAJALAHAMAL VS ENDAH ALAM HIJAU IMPIAN YANG DIHARAPKAN MPU23012 PENGAJIAN ISLAM No.1 April 2024 HARGA: RM 5.00 (SM) / RM 6.00 (SB/SS) ISU SEMASA | FL O RA & FAUNA “PENCEMARAN ALAM SEKITAR” SEMANIS KATA AYUH, KITA BANGKIT!


Teka Silang Kata ISU SEMASA MAJALAH ALAM HIJAU Scotland, Iceland and Ireland Sidang Redaksi 01 Prakata Pensyarah Kursus 02 Semanis Kata: Pantun, Puisi 03 Pengenalan 04 Impian yang Diharapkan 05 Macam-macam Pencemaran 06 Buruk Kesannya Kalau Kita… 10 - 12 FLORA & FAUNA Ayuh, Kita Bangkit! 13 - 14 Kenapa Perlu Jaga? 15 - 16 Rehat Sebentar! 17 Rujukan 18 ISIKANDUNGAN Bagaimana Kerosakan Alam Terjadi? Amal vs Endah 07 - 09 19


SIDANG REDAKSI MAJALAH ALAM HIJAU | 1 NUZUL SYAHRAIN BINTI SUHAIMI EDITOR & PENULIS BALQISAINIQAISARA BINTI FAIZAL 0 6 D S K 2 3 F 1 0 1 9 0 6 D S K 2 3 F 1 0 5 5 NURALYA BINTIRAZALI 0 6 D S K 2 3 F 1 0 5 2 NURULHIDAYAHBINTI AZANI 0 6 D S K 2 3 F 1 0 0 4 SITINURUMAIRAH BINTIKAMROLARIFFIN 0 6 D S K 2 3 F 1 0 0 7 PEMBANTU EDITOR & PENULIS PENULIS PENULIS PENULIS


PRAKATA PENSYARAHKURSUS Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera. Majalah Alam Hijau merupakan satu platform yang disediakan kepada para pelajar dalam melaksanakan tugasan e-folio bagi Kursus Pengajian Islam (MPU23012). Tugasan ini telah mengetengahkan konsep penulisan kreatif bertemakan isu-isu Islam dan cabaran semasa. MAJALAH ALAM HIJAU | 2 Puan Noor Aslinda Binti Jalil Pensyarah Politeknik Port Dickson, Negeri sembilan. Sekalung penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua pelajar daripada kelas DSK2B, Jabatan Perdagangan bagi pengajian sesi 2: 2023/2024 yang telah memberikan komitmen padu dan kesungguhan dalam menjayakan penulisan ini sehingga terhasilnya e-majalah Alam Hijau untuk dimanfaatkan kepada seluruh masyarakat di luar sana. Harapan saya, semoga mesej yang disampaikan daripada penulisan ini dapat memberi kefahaman dan kesedaran kepada pembaca tentang Islam sebagai cara hidup yang merupakan “key performance indicator’ kehidupan seorang muslim. Semoga usaha murni ini menjadi suntikan semangat kepada para pelajar untuk menyumbang idea dan pandangan kritis ke arah pembentukan modal insan yang holistik dan komprehensif.


Pergi ke kedai membeli bunga, Bunga dibeli cantik sekali, Alam sekitar perlu dijaga, Agar hidup sentiasa harmoni. Dari kejauhan Ku dengari aliran air Menghempas batuan demi batuan Memecah kesunyian alam Semakin aku melangkah.. Ku lihat Air mengalir jernih Berlatar kehijauan alam Burung-burung berkicauan Unggas hutan berterbangan Awan putih bagaikan corak di hamparan biru Oh.. Indahnya alam ini Sungguh aman.. Sungguh tenang.. Sungguh damai... Namun.. Syurga alam menjadi taruhan Segala bakal menjadi kenangan.. Ku termenung sejenak.. Salah siapakah ini? Inikah harga sebuah kemajuan? Adakah ini dikatakan arus kemodenan? Inikah alam untuk hari tua? Aku pasrah... Di sudut hati Jiwaku meronta.. Bertalu soalan di benak fikiran Mencari-cari jawapan.. Di manakah tanggungjawab kita?


PENGENALAN Berdasarkan Akta Kualiti Alam Sekeliling Malaysia, alam sekitar atau persekitaran bermaksud faktor-faktor fizikal yang mengelilingi kehidupan manusia. Ia termasuk tanah, air, udara, iklim, bunyi, bau, rasa, faktor-faktor biologi dan juga fakta-fakta sosial. Alam sekitar merupakan salah satu elemen penting dalam kehidupan manusia malah ia berhubung kait dengan semua makhluk ciptaan Allah SWT. Sekalian makhluk atas muka bumi ini memerlukan alam sebagai tempat untuk meneruskan kehidupan dan mendapatkan makanan. Keselesaan hidup manusia bergantung kepada tahap kualiti alam sekitar di sekeliling mereka. Sebagai contoh, udara yang bersih diperlukan untuk pernafasan haiwan dan tumbuhan. Sebarang kesan buruk daripada persekitaran akan menjejaskan pula hidupan lain. Oleh yang demikian, penjagaan alam sekitar perlu diberi penekanan yang lebih agar kehidupan harian manusia tidak terganggu atau terjejas atas sebab pencemaran dan kerosakan alam sekitar. Penjagaan alam sekitar juga dititik beratkan dalam Islam. Terdapat banyak ayat al-Quran yang menyeru manusia untuk menjaga alam sekitar. Walaupun tiada ayat al-Quran yang menyebut secara khusus berkenaan cara dan kaedah penjagaan alam sekitar namun terdapat banyak juga ayat al-Quran yang menerangkan secara umum gesaan memakmurkan alam. Antaranya termasuklah firman Allah SWT: ْوِم اْعُبُدوا َهَّللا اَل َيا َق َخاُهْم َصاِل ًحاۚ َق َثُموَد َأ َوِإ ٰىَل ُكم ِّمَن ا َأْلْرِض نَشَأ ٍه َغْيُرُهۖ ُهَو َأ َٰل َما َل ُكم ِّمْن ِإ ِإَّن ْيِهۚ َل ِإ اْسَتْغِف ُروُه ُثَّم ُتوُبوا َواْسَتْعَم َرُكْم ِفيَها َف ِريٌب ُّمِجيٌب ي َق ِّب َر Maksudnya: “Dan kepada kaum Thamud, kami utuskan saudara mereka iaitu Nabi Soleh. Dia berkata: "Wahai kaumku! Sembahlah kamu akan Allah! Sebenarnya tiada Tuhan bagi kamu selain daripadaNya. Dialah yang menjadikan kamu daripada bahan-bahan bumi, serta menghendaki kamu memakmurkannya. Oleh itu mintalah ampun kepada Allah daripada perbuatan syirik, kemudian kembalilah kepada-Nya dengan taat dan tauhid. Sesungguhnya Tuhanku sentiasa dekat, lagi sentiasa memperkenankan permohonan hamba-Nya.” Surah Hud (61) P E N U L I S : N U R U L H I D A Y A H MAJALAH ALAM HIJAU | 4


Majalah alam hijau ini dapat memberi kesedaran kepada masyarakat supaya lebih peka dan prihatin terhadap alam sekitar dan masalah yang berkaitan dengannya. Selain itu, masyarakat memperoleh nilai, memupuk sikap positif, cinta alam sekitar dan bermotivasi untuk terlibat secara aktif dalam pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar. Sesungguhnya hubungan manusia dan alam sekitar sememangnya rapat, malah kedua-duanya saling memerlukan. Sekiranya satu musnah, maka sengsaralah pihak yang satu lagi. Oleh kerana itulah, manusia diberikan tanggungjawab untuk menjaga kemakmuran muka bumi dan menjaganya mengikut ajaran yang dibawa Islam. Dalam sebuah hadis Nabi SAW yang diriwayatkan oleh Abu Sa‘id al-Khudri R.A, Baginda bersabda: IMPIANYANG DIHARAPKAN مْك ُفُلِخْتَسْم ُهللا َنَّإِو، َةٌر َضِخ َةٌوَلْح ُياَنْدُّال نَّإ ِقواُتَّوا َياَنْدُّال قواُتَّفا، َنَلوُمَعْت َفَيْك َر ُظُنْيَف، َهاَفي ِفي ِتْنَكا َلَئيِرا َسْإ ِنيِب َةِنَتْف ِلَوَّأ َنَّإ ِف، َءَساَنِّال ءِساَنِّال Maksudnya: “Sesungguhnya dunia ini manis lagi menghijau dan sesungguhnya Allah SWT menyerahkan urusan dunia ini kepada kamu semua. Lalu Dia akan melihat bagaimana kamu melakukannya. Berhati-hatilah dengan dunia dan juga wanita. Sesungguhnya ujian pertama yang berlaku ke atas Bani Israel adalah berkaitan wanita.” j Riwayat Muslim (2742) MAJALAH ALAM HIJAU | 5 PENULIS: NURUL HIDAYAH


MACAM- MACAM PENCEMARAN Pembangunan yang pesat akan menghasilkan beberapa jenis pencemaran yang akan mengakibatkan kerosakan alam sekitar. Pencemaran Bunyi Pembangunan negara yang pesat menuju status negara industri yang menyebabkan bilangan kenderaan di jalan raya meningkat merupakan antara sumber bunyi utama di negara kita. Projek-projek pembinaan yang menggunakan banyak jentera dan pembinaan lebih banyak. Lapangan terbang juga merupakan antara penyumbang lain pencemaran bunyi. Dalam sektor pekerjaan, paras bunyi yang selamat harus dipastikan bagi mengelak pekerja mengalami masalah pendengaran. Pencemaran Udara Punca-punca kepada pencemaran udara termasuk perlepasan asap dari ekzos kenderaan, asap dari industri kilang, penggunaan arang batu yang tidak terkawal, dan pembakaran di tempat pelupusan. Selain dari punca-punca di atas fenomena semula jadi juga menyumbang kepada pencemaran ini seperti kebakaran hutan akibat kepanasan dari matahari dan juga kejadian letusan gunung berapi yang mampu mengeluarkan partikel, asap, debu dengan kadar yang banyak yang menjejaskan penglihatan di sekitar tempat kejadian berlaku. Pencemaran Air Pencemaran air bermaksud perubahan yang berlaku dari segi kandungan, keadaan dan warna sehingga tidak sesuai dan akan memberi kesan terhadap manusia apabila digunakan. Pencemaran ini berlaku sama ada dari segi biologi, kimia dan fizik. Bahan pencemaran boleh didapati dalam pelbagai bentuk iaitu gas, cecair dan pepejal. Pencemaran air bukan sahaja berlaku di sungai sahaja tetapi juga di laut, pantai dan lain-lain tempat berair. Pencemaran Tanah Pencemaran tanah bermaksud perbuatan yang berlaku kepada sesuatu kawasan sehingga terjadinya pertukaran warna, kesuburan dan hakisan. Pencemaran ini disebabkan oleh bahan buangan sama ada berbentuk air atau pepejal. Bahan pencemaran pula terdiri daripada pencemaran organik, kimia atau fizik. Kegiatan manusia seperti perosakan hutan dan pertanian ladang berpindah mempengaruhi kualiti tanah. PENULIS: NUR ALYA MAJALAH ALAM HIJAU | 6


PENULIS: NUR ALYA ALAM INDAH BAK SAHMURA BAGAIMANAKEROSAKAN ALAM TERJADI? Dalam meniti kerancakan arus pemodenan pada era pascaperindustrian dan pascaglobalisasi yang serba mencabar akal dan minda ini telah membuatkan kita alpa akan tanggungjawab kita menghargai serta memelihara keindahan alam semula jadi. Dewasa ini, kita boleh lihat hampir setiap hari buletin di televisyen menyiarkan bencana-bencana alam yang menimpa manusia tidak kira di dalam mahupun luar negara. Jadi adakah kita sedar bahawa sebahagian daripada musibah ini berpunca daripada kegagalan kita menjaga habitat alam yang kita diami bertahuntahun lamanya. Alam sekitar yang dahulunya merimbun memayungi lapisan bumi semakin lenyap dek kerakusan manusia. Oleh itu, rasionalnya untuk kita mengupas apakah dalang yang menyebabkan pencemaran ini berlaku dan menjadi semakin berleluasa mutakhir inI. Punca utama dalam berlakunya pencemaran ini adalah sikap tidak bertanggungjawab, ekosistem sesebuah kawasan tersebut perlu dipelihara. Penebangan hutan dan penarahan bukit tanpa ada tindakan pemuliharaan seperti penanaman semula pokok telah menyebabkan flora dan fauna kehilangan habitat mereka. Hal ini menyebabkan berlaku bencana seperti tanah runtuh dan banjir kilat kerana ketiadaan pokok-pokok yang selama ini menjadi tunjang utama kekuatan tanah di kawasan tersebut. Justeru, kekayaan yang kian mengaburi mata-mata orang yang tidak prihatin akan alam semula jadi ini harus dibukakan mata dan ditunjukkan kesan dan akibat sekiranya pencemaran ini berlaku dan meniggalkan kesan terhadap diri mereka sendiri. MAJALAH ALAM HIJAU | 7


FAKTORLAIN PENULIS: NUR ALYA Dalam pada itu, penguatkuasaan undang-undang yang lemah juga antara punca berlakunya pencemaran yang semakin menjadi-jadi hari ini. Peranan pihak berkuasa dilihat semakin kurang dan pemantauan yang tidak konsisten menyebabkan ramai individu yang tidak bertanggungjawab membuat onar dan mengendahkan kedaulatan undangundang. Integriti pihak berkuasa perlu dipersoalkan lantaran kes-kes penerimaan rasuah yang dikaitkan dengan penjawatpenjawat awam. Hal ini berlaku kerana tekanan ekonomi dan sikap tidak bertanggungjawab individu yang menawarkan wang haram tersebut hanya kerana ingin melepaskan diri daripada tindakan undang-undang. Pihak kerajaan sewajarnya lebih menumpukan perhatian dalam bab kebajikan pegawai-pegawai yang bertugas menegakkan kedaulatan undang-undang negara. KEMBALI BERSINAR BIANGLALAMAJALAH ALAM HIJAU | 8


PENULIS: NUR ALYA Pada masa yang sama, antara dimensi lain yang menyebabkan pencemaran ini adalah kelonggaran dasar atau polisi kerajaan dalam kepentingan alam sekitar. Kerajaan telah mengimplementasikan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 mengandungi peruntukan yang bertujuan mencegah, menghapus, mengawal pencemaran serta memperbaiki kualiti alam sekeliling dan daripada pencemaran meliputi pencemaran air, udara, bunyi, tanah dan laut, namun pencemaran masih berlaku secara berleluasa. Bak kata peribahasa Melayu, seperti melepaskan batok di tangga yang bermaksud perlakuan kerja yang dilakukan secara sambil lewa. Jikalau kita lihat, kepupusan haiwan semakin menjadi-jadi, pembangunan secara lestari tidak dilaksana sehinggakan berlaku pencemaran yang memakan diri. Misalnya, kejadian yang berlaku di Pasir Gudang, Johor di mana kawasan perindustrian dibina hampir dengan kawasan perumahan dan sekolah dan pencemaran udara yang teruk telah melanda dan mengakibatkan sekolah ditutup dan kanak-kanak dihantar ke hospital. Harapan yang tinggi untuk pihak kerajaan hari ini mengutamakan pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar di samping memacu ekonomi negara ke arah kegemilangan. Selain itu, punca pencemaan alam sekitar adalah penggunaan sumber tenaga yang mencemarkan alam seperti diesel dan bahan bakar yang lain. Faktor perindustrian dan pengangkutan yang bergantung pada bahan bakar petrol dan diesel menyumbang kepada pencemaran udara dan bunyi. Gas-gas karbon dioksida yang dilepaskan ke udara oleh kenderaan bermotor seperti kereta, lori, bas, dan motosikal secara berlebihan telah menyebabkan indeks udara berada pada tahap yang membimbangkan bagi kesihatan marhaen dewasa ini. Kita boleh melihat contoh di negara Norway yang menggalakkan penggunaan kenderaan elektrik ataupun yang berasaskan tenaga yang boleh diperbaharui. Mereka memberi pengecualian cukai dan kemudahan parkir untuk pengguna kenderaan tersebut sekaligus mengurangkan pelepasan gas-gas yang mencemarkan udara dan memanfaatkan sumber tenaga yang berpotensi untuk masa hadapan. Maka, pendekatan teknologi dan sistem yang mesra alam perlulah digalakkan agar kita dapat bersama-sama mencegah pencemaran ini daripada terus berleluasa. HILANG KEINDAHAN LOKA MAJALAH ALAM HIJAU | 9


BENCANAALAM Merupakan musibah yang berlaku kepada manusia yang hidup dimuka bumi ini. Perkara ini merupakan peringatan yang diberikan oleh Allah SWT kepada hambanya sekiranya tidak menjaga alam sekitar. Hal ini boleh dikatakan sedemikian kerana menjaga kebersihan dalam Islam adalah lambang keimanan dan kemuliaan peribadi seseorang sebagai mana sabda Rasulullah bermaksud: “Kebersihan itu adalah separuh daripada iman.” (Riwayat Muslim). MAJALAH ALAM HIJAU | 10 BURUKKESANNYA KALAUKITA… P E N U L I S : S I T I N U R U M A I R A H Mengancam puncarezeki Pencemaran alam sekitar juga akan mengancam punca rezeki masyarakat kita khususnya bagi golongan nelayan dan para petani. Hal ini demikian kerana pencemaran sering kali berlaku di kawasan sungai dan pantai yang merupakan lokasi pertanian serta penangkapan hasil laut. Alam sekitar yang bersih dapat memastikan kelancaran perniagaan dalam sektor pertanian dan penternakan. Sebagai manusia kita perlulah menjaga alam sekitar dengan baik kerana melalui alam sekitarlah kita dapat memberikan hasil rezeki kepada orang lain. Jika perkara ini dibiarkan berlarutan, maka sukarlah para nelayan dan petani mencari rezeki kepada keluarga mereka demi meneruskan kelangsungan hidup. Jadi perkara ini terjadi adalah bertujuan untuk menyedarkan manusia betapa pentingnya menjaga alam sekitar dan memberikan keinsafan dalam diri manusia setelah mereka melihat akan kemusnahan yang telah berlaku.


Terdedahkepada pelbagai jenispenyakit Kesihatan yang diberikan oleh Allah merupakan nikmat yang wajib disyukuri. Syukur dengan mengucapkan lafaz hamdalah beserta tindakan yang mendekatkan diri kepada Allah. Hakikat syukur yang disebutkan oleh Imam al-Ghazali di dalam kitabnya Minhajul Abidin (منهاج العابدين (ialah mengguna pakai nikmat tersebut untuk melakukan ibadah kepada Allah. Namun ramai yang memandang remeh tentang masalah pencemaran alam sekitar yang boleh menyebabkan kita menerima pelbagai jenis penyakit tanpa kita sedar. Jadi pencemaran ini boleh mengakibatkan kemerosotan tahap kesihatan seseorang manusia. Sebagai contoh banjir. Banjir akan menjejaskan kualiti air bersih yang sedia ada. Akibatnya ramai orang akan mengalami sakit perut, muntahmuntah, dan cirit birit yang berpunca daripada penggunaan air yang tidak bersih. MAJALAH ALAM HIJAU | 11 Selain itu, jerebu kerana asap daripda kilang dan pembakaran hutan secara terbuka. Sebagai manusia, kita bergantung kepada udara untuk membekalkan oksigen yang optimum bagi proses pernafasan. Apabila udara yang kita hirup dicemari dengan gasgas kimia yang berbahaya, kita akan jatuh sakit kerana badan kita tidak boleh memproses kandungan udara yang telah tercemar. Baginda S.A.W juga memperingatkan bahawa antara nikmat yang seringkali ditewaskan atau diabaikan oleh manusia ialah nikmat sihat dan masa lapang. Iaitu ketika manusia memiliki nikmat ini, disia-siakan tanpa dilakukan amalan yang sebaiknya. Ibn Abbas meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda: ُة َّح ِنْعَمَتاِن َمْغُبوٌن ِفيِهَما َكِثيٌر ِمْن الَّناِس الِّص َف َراُغ ْل َوا “Dua kenikmatan yang sering dilupakan oleh kebanyakan manusia adalah kesihatan dan waktu lapang.” (Riwayat al-Bukhari) Jadi sebagai manusia kita harus menjaga amanah yang telah diberikan kepada kita ini dalam menjaga alam sekitar dengan baik agar tidak datangnya penyakit yang berbahaya sehingga memudaratkan kesihatan diri.


Kemusnahanhabitat MAJALAH ALAM HIJAU | 12 Menurut pandangan Islam, setiap yang bernyawa itu perlu mendapatkan perlindungan. Tidak kira manusia, tumbuhan ataupun haiwan. Setiap haiwan memerlukan tempat berlindung, tempat mencari makanan untuk mereka terus hidup dan mengekalkan populasi mereka. Sekiranya habitat mereka diterokai dan dimusnahkan maka akan pupuslah populasi mereka. Perkara ini memberikan kesan yang buruk kepada sektor alam sekitar. Larangan-larangan dari Allah bukan satu bentuk kezaliman. Sedangkan mustahil bagi Allah bersifat dengan sifat zalim. Di dalam hadis Qudsi, Abu Zar meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda bahawa Allah S.W.T berfirman: ُتُه ْمُت الُّظْلَم َعىَل َنْفِسي َوَجَعْل َّر ي َح ِّن َيا ِعَباِدي ِإ ًما َفاَل َتَظاَلُموا َبْيَن ُكْم ُم َحَّر KeindahanAlam Terjejas Keindahan sesebuah negara itu boleh dilihat melalui tahap penjagaan alam sekitarnya. Ini dapat mencerminkan peribadi masyarakat terhadap negara itu dan kepimpinannya dalam mentadbir negara. Menurut Islam seseorang pemimpin itu perlu bijak dalam melibatkan semua sektor untuk kemajuan negara. Kepentingan ekonomi perlu diutamakan namun keindahan alam sekitar turut menjadi titik utama dalam mengejar negara yang maju. Allah S.W.T juga melarang merosakkan muka bumi; “Dan janganlah kamu berbuat kerosakan di bumi sesudah Allah menyediakan segala yang membawa kebaikan padanya, dan berdoalah kepadaNya dengan perasaan bimbang (kalau-kalau tidak diterima) dan juga dengan perasaan terlalu mengharapkan (supaya makbul). Sesungguhnya rahmat Allah itu dekat kepada orang-orang yang memperbaiki amalannya.” (al-A’raf: 56) Jadi kita mestilah menjaga alam sekitar agar keindahan alam dijaga sebaiknya. “Wahai hamba-hambaKu, sesungguhnya Aku mengharamkan kezaliman atas zatKu, dan Aku jadikannya antara kamu perkara yang diharamkan maka jangan kamu saling zalim menzalimi.” (Riwayat Muslim)


AYUH,KITABANGKIT! Meminimumkan Penggunaan Sisa Plastik P E N U L I S : B A L Q I S A I N I Q A I S A R A Bahan kimia akan mendatangkan pencemaran kepada alam sekitar selain akan mendatangkan impak dalam jangka masa yang panjang kepada alam sekitar. Ianya seperti penggunaan racun serangga dan pendingin hawa yang menyebabkan berlakunya penipisan lapisan ozon dan air bawah tanah oleh klorofluorokarbon (CFC) yang berbahaya kepada masyarakat dan menyebabkan tanah menjadi berasid dan merbahaya. Pengurangan penggunaan bahan kimia dalam kehidupan seharian dapat mengurangkan masyarakat yang menghidapi penyakit seperti katarak mata, barah kulit. Seterusnya, menguatkuasakan undang-undang terhadap kilang-kilang yang membuang sisa kimia ke dalam sungai ataupun laut yang berhampiran dengan kilang perindustrian. Mengurangkan Penggunaan Bahan Kimia Beberapa langkah yang dapat membantu mengurangkan kadar pencemaran alam ialah meminimumkan penggunaan sisa plastik. Gantikan penggunaan sisa plastik dengan barangan yang boleh dikitar semula ataupun kitar semula beg plastik yang telah digunakan. Seperti yang diketahui umum sisa plastik mengambil masa yang agak lama untuk dilupuskan iaitu beratus tahun untuk hancur dan terurai secara semula jadi. Sisa plastik yang dibuang di sekitar tempat tinggal kita bukan hanya akan mencemarkan taman atau bandar kita, malahan sisa-sisa tersebut apabila pecah menjadi serpihan kecil atau dikenali sebagai mikroplastik akan dibawa oleh hujan memasuki sistem saliran dan mengalir ke sungai– sungai sehingga ke laut. MAJALAH ALAM HIJAU | 13


Gangguan bunyi dapat dikurangkan dengan menggunakann penebat bunyi. Selalunya, perumahan yang berhampiran dengan jalan raya akan dipasangkan panel dinding penebat bunyi untuk menghalang bunyi dari jalan raya ataupun daripada kawasan pembinaan daripada mengganggu masyarakat di kawasan itu. Seterusnya, penguatkuasaan akta undang-undang mengenai kawalan kebisingan. Hal ini dapat membantu masyarakat untuk menghormati antara satu sama lain. MAJALAH ALAM HIJAU | 14 Mengawal Udara Penanaman pokok-pokok di kawasan persekitaran dapat mengurangkan masalah peningkatan suhu. Selain itu, kandungan karbon dioksida dalam udara dapat dikurangkan dan meningkatkan gas oksigen melalui proses fotosintesis yang terhasil daripada pokok-pokok. Seterusnya, penggunaan petrol tanpa plumbum dapat mengurangkan plumbum dalam pelepasan asap kenderaan. Langkah ini dapat mengurangkan masalah jerebu yang sering berlaku di waktu pagi dan juga mengelakkan masalah kesihatan seperti batuk daripada berlarutan. Penguatkuasaan undang-undang untuk mengawasi semua kilang di seluruh negeri di Malaysia telah dilakukan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). Mengurangkan atau Mengawal Gangguan Bunyi


KENAPA PERLU JAGA? Sebagai Bukti Ketaatan Kepada Allah SEBAGAI seorang Muslim, perlu tahu bahawa memelihara dan membaik pulih alam sekitar adalah sama seperti menjaga agama, nyawa dan harta serta keturunan. Segala perbuatan mencemar, merosak dan memusnahkan alam sekitar adalah perbuatan jenayah dan mungkar kerana mengganggu kesejahteraan kehidupan manusia lain khususnya. PENULIS: NURUL HIDAYAH Firman Allah SWT yang bermaksud: “Dan janganlah kamu berbuat kerosakan di muka bumi sesudah Allah memperbaikinya.” (Surah al A’raf 7:56) Berdasarkan kepada ayat di atas bahawa agama adalah perintah untuk beriman dan bertakwa kepada Allah dan berbuat baik kepada semua makhluk. Sudah pasti alam sekitar adalah sebahagian daripada ciptaanNya. Melakukan kebaikan terhadap alam sekitar menjadi elemen utama dan sebahagian daripada tuntutan untuk menjadi hamba yang bertakwa dan diredhai Allah. Manusia sebagai pemegang amanah Allah SWT diberi pilihan untuk mentaati atau mengingkari suruhan dan perintahNya. Ganjaran sedia menunggu untuk diterima di akhirat kelak. Selain itu, kepatuhan manusia juga terhadap perintah penjagaan hak milik Allah yang di amanahkan ketaatan mereka terhadap Allah MAJALAH ALAM HIJAU |15


Sebagai Kelangsungan Manfaat Kepada Manusia Allah menciptakan alam sekitar dengan fungsinya yang tertentu untuk kesejahteraan manusia. Segala isi alam patuh kepada perintah Allah untuk kemudahan manusia. Antara contohnya seperti air, udara, sumber asli, tanah dan sebagainya. Air mempunyai hubungan yang sangat rapat dengan manusia kerana ia membina pertumbuhan dan kesihatan kepada manusia. Tanah pula sesuai untuk tanaman. Sekiranya Allah menjadikan semua tanah gurun atau pasir ataupun semua emas, sudah pasti manusia tidak boleh bercucuk tanam dengannya. Kejadian alam yang unik dan kompleks mengandungi tanda-tanda kebesaran dan keagungan Allah SWT sebagai Pencipta. Renungan dan pengamatan tentang kejadian alam dapat memberi kesedaran dan keinsafan kepada manusia. AlQuran ada menggambarkan keberkesanan daripada tadabbur dan tafakur kepada manusia. “Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi serta peralihan malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi orangorang yang berakal. Iaitu orang-orang yang mengingati Allah sambil berdir, duduk atau berbaring dan mereka berfikir, tentang penciptaan langit dan bumi seraya berkata: “ya Tuhan kami tiadalah Engkau mencipta semua ini dengan sia-sia. Maha suci Engkau, maka peliharalah kami dari seksa neraka”. (Ali Imran: 190-191) Tempat Untuk Tadabbur dan Tafakur MAJALAH ALAM HIJAU |16


AMALVSENDAH Melindungi alam sekitar adalah tanggungjawab bersama kita sebagai manusia untuk memastikan kelestarian planet ini. Dengan melakukan tindakantindakan kecil seperti mengurangkan penggunaan plastik, menjimatkan air, menggunakan pengangkutan yang mesra alam, dan menyokong tenaga boleh diperbaharui, kita dapat membantu menjaga kelestarian alam dan persekitaran hidup untuk generasi akan datang. Setiap langkah kecil yang kita ambil dapat membuat perbezaan besar dalam melindungi alam sekitar. Jadi, mari bersama-sama berkomitmen untuk menjadi agen perubahan positif dalam menjaga kelestarian alam kita. MAJALAH ALAM HIJAU |17 PENULIS: BALQIS AINI QAISARA


REHATSEBENTAR! P E R E K A : N U Z U L S Y A H R A I N MAJALAH ALAM HIJAU |18 Cari perkataan berkaitan dengan jenis pencemaran alam sekitar dan kesannya. TEKASILANGKATA 1.AIR 6.KOTOR 2.UDARA 7.BAU BUSUK 3.BUNYI 8.BISING 4.TANAH 9.REKAH 5.SISA PEPEJAL 10.BERSEPAH


RUJUKAN M A J A L A H A L A M H I J A U | 1 9 SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SERI AMAN, KOTA TINGGI, JOHOR. AUGUST, 2012. SEKOLAH LESTARI ANUGERAH ALAM https://lestari-smksa.blogspot.com/2012/08/pendidikan-alamsekitar.html AMIRUL AZMI, JENIS-JENIS PENCEMARAN ALAM SEKITAR: https://amirulazmi.weebly.com/jenis-jenis-pencemaran-alamsekitar i-PENDIDIKAN, PUNCA PENCEMARAN ALAM SEKITAR: https://www.google.com/url? sa=t&source=web&rct=j&opi=89978449&url=https://www.ipendidikan. my/punca-pencemaran-alamsekitar.html&ved=2ahUKEwi89b6ki9GFAxXh7TgGHbRvA4AQFnoECA QQAQ&usg=AOvVaw0zLB_NL7ij7ffvvMIVFtac i-RUJUKAN, PENDIDIKAN,KESAN PENCEMARAN ALAM SEKITAR: https://www.irujukan.my/kesan-pencemaran/ HARAKAH DAILY, 23 MAC, 2020, ISLAM DAN MENJAGA KESIHATAN: https://harakahdaily.net/index.php/2020/03/23/islam-danmenjaga-kesihatan/ HARAKAH DAILY, 15 APRIL, 2020, PRINSIP KELESTARIAN ALAM SEKITAR: https://harakahdaily.net/index.php/2020/04/15/7-prinsipkelestarian-alam-sekitar-mengikut-acuan-islam/ KELIP-KELIP KEHIDUPAN, MAC, 2011, LANGKAH-LANGKAH MENGURANGKAN KESAN ALAM SEKITAR: https://kelip-kelipkehidupan.blogspot.com/2011/03/langkahlangkah-mengurangkan-kesan.html HASYIMA MAN, LANGKAH YANG PERLU DIAMBIL UNTUK MENANGANI MASALAH PENCEMARAN https://www.scribd.com/document/469319467/Salah-satulangkah-yang-perlu-diambil-untuk-menangani-masalahpencemaran-alam-sekitar-ialah-mengurangkan-penggunaan-bahankimia-docx PROPERTYGURU EDITORIAL TEAM, 16 FEBRUARI, 2021, 4 CARA NAK KURANGKAN PENCEMARAN BUNYI: https://www.propertyguru.com.my/bm/panduanhartanah/pencemaran-bunyi-gangguan-jiran-42257 NURSYAZA DINI MOHAMMAD ZAIP, BAHAYA KIMIA TOKSIK DAN KESANNYA KEPADA KESIHATAN PERSEKITARAN: https://penawaracun.usm.my/bil-67/1399-bahaya-kimia-toksikdan-kesannya-kepada-kesihatan-persekitaran CUNA MOHD ZUBIR, 28 JULAI, 2011, KEPENTINGAN PENJAGAAN ALAM SEKITAR MENURUT ISLAM: https://www.slideshare.net/slideshow/kepentingan-penjagaanalam-sekitar-menurut-islam/8709001


LINDUNGI BUMI KITA


Click to View FlipBook Version