The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by BM3-0620 Nur Liyana Binti Badri, 2020-11-03 23:55:52

PKK 1

PKK 1

17

Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu
59990 Lembah Pantai, Kuala Lumpur.

Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan
(Ambilan Jun 2020)

PERKEMBANGAN KANAK-KANAK
EDUP3023

Disediakan oleh:

Nama: NURANIS ATHIRAH BINTI SHUKRI
No. Kad Pengenalan: 990907035582
2020192340099
Angka Giliran: F5
Kumpulan/ Unit
Nama Pensyarah: WAK CHU A/P WOK

Tajuk Tugasan : KEPENTINGAN SESEORANG GURU
MENGUASAI PERINGKAT PERKEMBANGAN

KANAK-KANAK BERDASARKAN TEORI
PERKEMBANGAN JEAN PIAGET DALAM USAHA

MENINGKATKAN KUALITI PENDIDIKAN DI
MALAYSIA

Tarikh Penyerahan: 4 NOVEMBER 2020

Tarikh Menerima Maklum
Balas Daripada
Pensyarah

ISI KANDUNGAN HALAMAN
PERKARA

Isi Kandungan.……………………………………………………….................... 2

1.0 PENGENALAN.................................................................................... 3

2.0 KEPENTINGAN SESEORANG GURU MENGUASAI

PERINGKAT PERKEMBANGAN KANAK-KANAK

BERDASARKAN TEORI PERKEMBANGAN JEAN PIAGET

2.1 Membantu Guru untuk Merancang Pengalaman

Pembelajaran............................................................................ 3

2.2 Membantu Guru untuk Menjadikan Aktiviti

Pengajaran dan Pembelajaran di Bilik Darjah

Lebih Sistematik........................................................................ 4

2.3 Menjadi Panduan dalam Proses Pengajaran dan

Pembelajaran............................................................................ 5

2.4 Membantu Guru Meramal Personaliti dan Tingkah

Laku Murid-Murid...................................................................... 5

2.5 Guru Dapat Membantu Murid Meningkatkan Daya

Kognitif dengan Lebih Efektif.................................................... 6

3.0 KESIMPULAN...................................................................................... 6

RUJUKAN........................................................................................................ 8
2

KEPENTINGAN SESEORANG GURU MENGUASAI PERINGKAT PERKEMBANGAN
KANAK-KANAK BERDASARKAN TEORI PERKEMBANGAN JEAN PIAGET DALAM

USAHA MENINGKATKAN KUALITI PENDIDIKAN DI MALAYSIA

1.0 PENGENALAN

Teori perkembangan kognitif Piaget dipelopori oleh ahli psikologi Swiss, iaitu Jean Piaget.
Jean Piaget menyarankan agar manusia sentiasa cuba memahami dunia luar melalui proses
berfikir. Proses berfikir yang sentiasa berubah itu dapat dibahagikan kepada dua kecenderungan
asas, iaitu organisasi dan adaptasi. Menurut Woolfolk (1987), Piaget menganggap organisasi
sebagai proses menggabung, menyusun dan menggabung semula, menyusun semula elemen
pemikiran dan kelakuan seseorang dalam sistem kognitifnya dalam bentuk atau struktur psikologi
yang mantap. Oleh itu, para guru haruslah menguasai teori-teori perkembangan kanak-kanak
yang dipelopori oleh Jean Piaget (1896-1980) agar perkembangan kognitif tersebut dapat
dilakukan secara sistematik. Menurut Wong Kiet Wah et. al (2013), teori perkembangan kognitif
Jean Piaget dan Lev Vygotsky menjadi kuasa dominan dalam metodologi dan pemikiran yang
berkaitan dengan psikologi kognitif. Terdapat banyak kepentingan seseorang guru menguasai
peringkat perkembangan kanak-kanak berdasarkan teori perkembangan Jean Piaget dalam
usaha meningkatkan kualiti pendidikan di Malaysia.

2.0 KEPENTINGAN SESEORANG GURU MENGUASAI PERINGKAT PERKEMBANGAN
KANAK-KANAK BERDASARKAN TEORI PERKEMBANGAN JEAN PIAGET

2.1 Membantu Guru untuk Merancang Pengalaman Pembelajaran

Satu daripada kepentingan seseorang guru menguasai peringkat perkembangan kanak-
kanak berdasarkan teori perkembangan Jean Piaget dalam usaha meningkatkan kualiti
pendidikan di Malaysia adalah dapat membantu guru untuk merancang pengalaman
pembelajaran. Menurut Soon Sang Mok (2009), pengalaman pembelajaran adalah suatu bentuk
gerak balas atau interaksi murid-murid dengan alam sekeliling. Oleh itu, perancangan
pengalaman pembelajaran memerlukan murid-murid melibatkan diri secara aktif ketika
berlangsungnya aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Tambahannya, pengalaman
pembelajaran seharusnya dapat meningkatkan pengetahuan sedia ada murid-murid melalui
pelbagai aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Menurut teori perkembangan

3

kognitif Jean Piaget (1896-1980), pengalaman pembelajaran ialah guru menyediakan peluang
untuk kanak-kanak membuat penerokaan dan penemuan konsep atau prinsip yang dipelajari
dengan menggunakan daya pemikiran. Contohnya, guru melaksanakan aktiviti pengajaran dan
pembelajaran secara hands-on. Hal ini dikatakan demikian kerana pengalaman pembelajaran
secara hands-on dapat meningkatkan minat murid untuk melibatkan diri dalam aktiviti pengajaran
dan pembelajaran dalam memperkembang daya kognitif mereka. Jelaslah bahawa, penguasaan
teori ini dapat membantu guru dalam merancang pengalaman pembelajaran melalui aktiviti
pengajaran dan pembelajaran yang menarik.

2.2 Membantu Guru untuk Menjadikan Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran di Bilik Darjah
Lebih Sistematik

Selain itu, kepentingan seseorang guru menguasai peringkat perkembangan kanak-kanak
berdasarkan teori perkembangan Jean Piaget dalam usaha meningkatkan kualiti pendidikan di
Malaysia adalah dapat membantu guru untuk menjadikan aktiviti pengajaran dan pembelajaran
di bilik darjah lebih sistematik. Menurut Teori Perkembangan Kognitif Piaget (1896-1980), proses
pengajaran dan pembelajaran hendaklah disusun mengikut peringkat perkembangan kognitif
kanak-kanak. Menurut Wong Kiet Wah et. al (2013), proses pengajaran dan pembelajaran
seharusnya bermula daripada konkrit kepada abstrak, daripada dekat kepada jauh, daripada
pengalaman sedia ada kepada pengalaman baharu, daripada kasar kepada halus mengikut
perkembangan fizikal seseorang individu tersebut. Oleh itu, proses akomodasi digunakan untuk
pembelajaran yang baharu dan kompleks untuk mengubah struktur kognitif individu tersebut agar
mengasimilasi maklumat baharu ke dalam skema yang sedia ada. Proses akodomasi
bertunjangkan kepada motivasi intrinsik individu. Guru tidak boleh melangkau sesetengah topik
dalam pembelajaran, sebaliknya perlu mengikut perancangan yang telah ditetapkan, iaitu
mengikut kebolehan dan tahap murid itu sendiri. Hal ini demikian kerana topik pembelajaran
yang dirancang adalah mengikut aras kesukaran yang rendah kepada yang tinggi. Contohnya,
penekanan terhadap konsep asas perlu dilakukan oleh guru ketika melakukan aktiviti pengajaran
dan pembelajaran di bilik darjah sebelum mengajarkan konsep yang lebih dalam bagi
memudahkan pemahaman murid-murid. Tegaslah bahawa, pneguasaan teori ini dapat
membantu guru untuk melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran secara lebih
sistematik mengikut peringkat perkembangan kanak-kanak.

4

2.3 Menjadi Panduan dalam Proses Pengajaran dan Pembelajaran

Seterusnya, kepentingan seseorang guru menguasai peringkat perkembangan kanak-
kanak berdasarkan teori perkembangan Jean Piaget dalam usaha meningkatkan kualiti
pendidikan di Malaysia adalah dapat menjadi panduan dalam proses pengajaran dan
pembelajaran. Menurut teori perkembangan kognitif Jean Piaget (1896-1986), perkembangan
kognitif kanak-kanak terbahagi kepada empat tahap mengikut peringkat umur yang tertentu, iaitu
peringkat deria motor (lahir hingga umur 2 tahun), peringkat praoperasi (2 hingga 7 tahun),
peringkat operasi konkrit (7 hingga 11 tahun) dan peringkat operasi formal (11 hingga 15 tahun).
Pada peringkat praoperasi, kanak-kanak menggunakan bahasa dan imej untuk mewakilkan
kefahamannya tentang dunia. Oleh itu, guru boleh meminta kanak-kanak untuk menyatakan
tentang sesuatu yang diperhatikan atau melukis dan bersoal jawab tentang perkara tersebut.
Menurut Tim Bruce (2006), pada peringkat operasi konkrit pula, mereka akan membuat
penaakulan logik tetapi masih terikat kepada objek atau peristiwa yang konkrit serta memahami
prinsip ketekalan, klasifikasi, seriasi dan kebalikan. Manakala pada peringkat operasi formal pula,
mereka dapat berfikir secara saintifik, dapat menaakul secara abstrak, idealistik dan logikal serta
menunjukkan minat terhadap isu-isu sosial dan identiti diri. Pada peringkat ini, guru perlulah
mengadakan perbincangan dengan murid-murid secara kerap untuk memahami pemikiran
mereka. Berdasarkan peringkat perkembangan kognitif kanak-kanak tersebut, setiap kanak-
kanak mempunyai keupayaan kognitif yang berbeza mengikut tahap-tahap tertentu. Jelaslah
bahawa, penguasaan teori ini dapat membantu guru dalam melaksanakan aktiviti pengajaran dan
pembelajaran yang bersesuaian dengan tahap kognitif mereka.

2.4 Membantu Guru Meramal Personaliti dan Tingkah Laku Murid-Murid

Di samping itu, kepentingan seseorang guru menguasai peringkat perkembangan kanak-
kanak berdasarkan teori perkembangan Jean Piaget dalam usaha meningkatkan kualiti
pendidikan di Malaysia adalah dapat membantu guru meramal personaliti dan tingkah laku murid-
murid. Menurut Thomas (2002), personaliliti dan tingkah laku kanak-kanak adalah berbeza
mengikut peringkat umur. Berdasarkan teori perkembangan kognitif Jean Piaget (1896-1980),
terdapat empat peringkat perkembangan kognitif kanak-kanak, iaitu peringkat deria motor,
praoperasi, operasi konkrit dan operasi formal. Contohnya, pada peringkat operasi formal,
mereka sering memikirkan tentang masa hadapan dan cuba menentukan sesuatu yang terbaik
sehingga menimbulkan kekeliruan yang disebut sebagai egosentrisme dewasa, iaitu tidak dapat

5

membezakan antara pemikiran sendiri dengan pemikiran orang lain. Hal ini menyebabkan
mereka mengalami perubahan dalam aspek personaliti. Menurut Staler (1990), faktor utama
yang mempengaruhi perubahan personaliti seseorang kanak-kanak dalam aspek persekitaran
adalah pengaruh rakan sebaya. Oleh itu, para guru seharusnya menggalakkan murid-murid
menggunakan pemikiran kritikal dengan memastikan mereka mempunyai pengetahuan yang
luas, berfikiran terbuka serta membuat rumusan tentang setiap perlakuannya. Tegaslah bahawa,
penguasaan teori ini dapat membantu guru dalam meramal tingkah laku, kegemaran dan apa
yang tidak disenangi murid-murid pada peringkat umur tertentu.

2.5 Guru Dapat Membantu Murid Meningkatkan Daya Kognitif dengan Lebih Efektif

Akhir sekali, kepentingan seseorang guru menguasai peringkat perkembangan kanak-
kanak berdasarkan teori perkembangan Jean Piaget dalam usaha meningkatkan kualiti
pendidikan di Malaysia adalah dapat membantu murid meningkatkan daya kognitif dengan lebih
efektif. Menurut teori perkembangan kognitif Jean Piaget (1896-1980), penggunaan bahan bantu
mengajar yang sesuai mengikut peringkat perkembangan kognitif murid amat dititikberatkan bagi
memastikan murid dapat memahami konsep atau topik yang hendak diterangkan oleh guru. Oleh
itu, para guru haruslah menyediakan bahan bantu mengajar yang bersesuaian dengan peringkat
umur murid-murid. Selain itu, proses pengajaran dan pembelajaran hendaklah menggalakkan
murid-murid agar menggunakan kaedah penyelesaian masalah untuk memperoleh ilmu dan
kemahiran dengan usaha diri sendiri. Guru perlulah memastikan setiap murid melibatkan diri
secara aktif semasa proses pengajaran dan pembelajaran agar dapat meningkatkan
pengetahuan mereka terhadap sesuatu konsep atau topik. Jelaslah bahawa, penguasaan teori
ini mampu membantu para guru melaksanakan strategi pengajaran dan pembelajaran yang lebih
efektif.

3.0 KESIMPULAN

Kesimpulannya, penguasaan teori perkembangan kognitif Jean Piaget (1896-1980)
adalah amat penting untuk dikuasai oleh para guru dalam melaksanakan proses pengajaran dan
pembelajaran. Hal ini dikatakan demikian kerana teori tersebut dapat memastikan para guru
melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran mengikut tahap perkembangan dan
kemampuan murid-murid pada masa tertentu. Tambahannya, teori ini juga dapat memberi

6

inspirasi dan menjadi panduan kepada para pendidik, iaitu Piaget memberikan gambaran yang
menakjubkan berkenaan dunia pemikiran kanak-kanak dan kita dapat mempelajari cara
pemikiran kanak-kanak apabila kita memerhati cara pemikiran mereka sepenuh hati. Menurut
Woolfolk (1987), sekiranya guru dapat mengesan dan membantu kanak-kanak dalam mengatasi
kekurangan atau kelemahan dalam perkembangan pemikiran mereka, maka proses pengajaran
dan pembelajaran menjadi lebih berkesan.

7

RUJUKAN
Azhar Maulana. (2019). Teori-teori belajar dan pembelajaran. Azhar Maulana.

Azizi Yahaya. (2005). Aplikasi kognitif dalam pendidikan. PTS Professional.

Azizi Yahaya & Zainuddin Abu Bakar. (2010). Teori-teori perkembangan.
https://www.researchgate.net/publication/46405353_Bab_2_Teori-teori_Perkembangan

Faridah Nazir. (2014). Perkembangan kanak-kanak. Penerbitan Multimedia.

Farihen UMJ Test. (2012). Implikasi penerapan teori perkembangan modal Jean Piaget dalam
pendidikan moral anak. Jurnal Teknodik, 16(2), 1-16.

Fatimah Ibda. (2015). Perkembangan kognitif: Teori Jean Piaget. Jurnal Intelektualita, 3(1), 27-
38.

Shahabuddin Hashim, Mahani Razali & Ramlah Jantan. (2003). Psikologi pendidikan. PTS
Professional

Sitti Aisyah Mu’min. (2013). Teori perkembangan kognitif Jean Piaget. Jurnal Al-Ta’dib, 6(1), 89-
99.

Soon Sang Mok. (2009). Perkembangan kanak-kanak. Penerbitan Multimedia.

Yahya AD. (2018). Konsep perkembangan kognitif perspektif al-Ghazali dan Jean Piaget. Jurnal
Bimbingan dan Kaunseling, 5(2), 1-16.
8


Click to View FlipBook Version