The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

F5.13.NUR LIYANA BINTI BADRI.PENULISAN AKADEMIK

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by BM3-0620 Nur Liyana Binti Badri, 2022-05-17 12:29:13

Penulisan Akademik

F5.13.NUR LIYANA BINTI BADRI.PENULISAN AKADEMIK

F5.13. NUR LIYANA BINTI
BADRI

Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu
59990 Lembah Pantai, Kuala Lumpur.

Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan
(Ambilan Jun 2020)

BUDAYA DAN PEMBELAJARAN
EDUP3073

Disediakan oleh:

Nama: NUR LIYANA BINTI BADRI
010316-01-1670
No. Kad Pengenalan: 2020192340095
Angka Giliran: F5
Kumpulan/ Unit
KRISHNA KUMARY A/P JUVAL
Nama Pensyarah:
PENULISAN AKADEMIK
Tajuk Tugasan : 12 MEI 2022

Tarikh Penyerahan:
Tarikh Menerima Maklum

Balas Daripada
Pensyarah

ISI KANDUNGAN HALAMAN
PERKARA

Isi Kandungan....................................................................................................................... 2
1.0 Pengenalan..................................................................................................................... 3
2.0 Konsep Mesra Budaya.................................................................................................... 3
3.0 Langkah-langkah Pengurusan Bilik Darjah Mesra Budaya ............................................. 3

3.1 Aspek fizikal ..................................................................................................... 3-4
3.2 Aspek emosi........................................................................................................ 5
3.3 Aspek sosial .................................................................................................................. 5-6
3.4 Aspek sosiolinguistik ........................................................................................ 6-7

4.0 Kesimpulan .................................................................................................................. 7-8
RUJUKAN.............................................................................................................................................. 9

2

1.0 Pengenalan
Malaysia adalah sebuah negara yang unik dan istimewa kerana mempunyai rakyat

berbilang kaum daripada latar belakang budaya yang berbeza dan hidup bersama secara
aman damai. Menurut Ahmad Subki Maskon (2012) keunikan dan keistimewaan ini yang
mewujudkan percantuman antara kaum, seterusnya membentuk budaya di Malaysia.
Memahami kepelbagaian sosiobudaya Malaysia dan sistem pendidikan negara adalah
penting untuk guru merancang dan menyampaikan pengajaran dan pembelajaran yang
bermanfaat kepada pelajar yang datang dari latar belakang budaya yang berbeza untuk
mewujudkan persekitaran bilik darjah yang mesra budaya. Daripada pernyataan tersebut,
ilmu berkaitan budaya ini adalah sangat penting untuk dikuasai oleh bakal-bakal guru yang
bakal menempuh alam pekerjaan pada masa hadapan. Oleh hal yang demikian,
menyedari kepentingan memahami kepelbagaian sosiobudaya dalam mewujudkan
persekitaran bilik darjah mesra budaya sebagai satu tanggungjawab yang perlu dipikul
oleh seorang guru, maka penulisan ini akan membincangkan secara terperinci berkenaan
langkah-langkah menguruskan bilik darjah mesra budaya dari aspek fizikal, emosi, sosial
dan sosiolinguistik.

2.0 Konsep Mesra Budaya
Perkataan mesra berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat (2010) adalah

percampuran atau sebati manakala budaya pula merupakan kemajuan fikiran ataupun
akal budi melalui cara berfikir, berkelakuan dan sebagainya. Definisi kedua-dua perkataan
ini, dapat dilihat bahawa mesra budaya merupakan campuran tingkah laku, cara berfikir
untuk disebatikan dalam suatu golongan masyarakat. Perkara ini juga disokong oleh
Noriati A. Rashid et al. (2017) yang mentakrifkan mesra budaya sebagai perlakuan yang
boleh membawa kegembiraan dan keselesaan dalam suatu komuniti masyarakat.
Kesinambungan daripada hal ini, konsep mesra budaya ini memang perlu diterapkan oleh
guru di dalam bilik darjah dengan memasukkan elemen emosi serta hubungan antara
manusia agar dapat mewujudkan persekitaran pembelajaran yang positif dan harmoni.
Berdasarkan ulasan yang dibuat, dapat disimpulkan bahawa pengurusan bilik darjah yang
mesra budaya adalah untuk mewujudkan suasana yang selesa dan menyenangkan,
sekali gus menjamin keberkesanan pelaksanaan PdP.

3.0 Langkah-langkah Pengurusan Bilik Darjah Mesra Budaya
3.1 Aspek fizikal
Pengurusan fizikal boleh menunjukkan tahap keprihatinan dan profesional
seorang guru terhadap tugasannya sebagai pengurus bilik darjah (Noriati A.
Rashid et.al, 2016). Bagi melahirkan persekitaran bilik darjah yang mesra budaya,

3

langkah paling asas ialah mewujudkan persekitaran fizikal yang baik terlebih
dahulu. Apabila menerapkan konsep mesra budaya dari segi fizikal, guru perlu
memberi perhatian kepada struktur bilik darjah iaitu susunan kerusi dan meja
murid iaitu melaksanakan susunan tempat duduk ciri abad ke-21 dengan
mencampurkan pelajar daripada latar belakang sosiobudaya yang berbeza. Cara
yang efektif adalah guru boleh menyusun meja pelajar dalam kumpulan berempat
yang bercampur dengan berlainan kaum dan etnik dalam satu kumpulan meja
tersebut. Sebagai contoh, guru menyusun tempat duduk pelajar menjadi satu set
meja yang merangkumi dua pelajar Melayu, seorang pelajar India dan seorang
pelajar Cina. Perkara ini disokong oleh Noriati A. Rashid et. al (2016), iaitu sebaik-
baiknya dalam aktiviti berkumpulan, murid digalakkan untuk berada dalam
kumpulan yang berbeza pada satu-satu ketika bagi memberikan peluang kepada
murid bercampur dengan semua rakan kelas. Dengan ini, murid berbagai-bagai
kaum boleh bergaul dan belajar bersama-sama tanpa halangan dan rasa tidak
selesa. Melalui proses ini, mereka akan lebih mengenali rakan-rakan yang lain dan
mereka akan dapat menerima dan menghormati budaya rakan sekelas mereka.
Susunan kerusi dan meja juga boleh diubah mengikut kesesuaian jenis aktiviti
pembelajaran sekali-sekala. Secara tidak langsung, kerjasama ini dapat
mewujudkan perpaduan dalam kalangan pelajar dan membentuk budaya
Malaysia.

Hiasan di dalam kelas juga memainkan peranan penting dalam melahirkan bilik
darjah mesra budaya. Menurut Mohd Hasani Dali & Mohamad Johdi Salleh (2009),
hiasan bilik darjah adalah perlu kerana ia dapat meningkatkan keceriaan bilik
darjah seterusnya meningkatkan motivasi intrinsik guru dan pelajar. Bilik darjah
boleh dihiasi warna dinding yang terang, sudut budaya, sudut bacaan yang
bertemakan budaya yang lain. Hal ini bertepatan dengan Zarith (2020) yang
berpendapat bahawa sudut-sudut ini secara tidak langsung dapat meningkatkan
interaksi antara pelajar dan memupuk nilai toleransi dalam kalangan murid. Guru
boleh menggunakan papan buletin untuk mencipta bilik darjah yang mesra
budaya. Sebagai contoh, guru menetapkan konsep yang berkaitan dengan budaya
dan meminta murid menghias papan kenyataan dengan konsep yang diberikan
misalnya perayaan yang disambut oleh kaum masing-masing, kemudian pelajar
akan menyediakan bahan-bahan berkaitan dan mempamerkan pada papan
kenyataan tersebut. Cara ini dapat memberi pengetahuan tentang unsur budaya
kepada rakan sekelas yang berbeza sosiobudaya. Bukan itu sahaja, pelajar juga
dapat memupuk rasa tanggungjawab sekaligus mengeratkan hubungan antara
pelajar di dalam bilik darjah.

4

3.2 Aspek emosi
Persekitaran bilik darjah yang mesra budaya melibatkan lebih daripada elemen

fizikal seperti emosi dan hubungan kemanusiaan (Noriati et.al, 2016). Berdasarkan
Nordin Tahir (2015), emosi pelajar perlu diurus dengan bijak agar mereka tidak
mengalami kebimbangan ketika berhadapan dengan guru di dalam bilik darjah.
Emosi positif dalam diri pelajar dapat ditingkatkan dengan melaksanakan kaedah
peneguhan positif seperti memuji atau memberi ganjaran kepada pelajar yang
menunjukkan sikap baik. Misalnya, guru boleh memberikan kata-kata pujian dan
semangat kepada semua pelajar selepas berjaya menyiapkan tugasan. Hal ini
kerana, kaedah pembelajaran yang digunakan oleh guru sama ada pujian atau
denda memberi kesan yang mendalam terhadap pembelajaran pelajar (Welberg,
1984). Penggunaan kata-kata pujian dan ganjaranakan membolehkan pelajar
menerima arahan dan disiplinkerana kanak-kanak lebih cenderung mendapat
perhatian dan kasih sayang daripada guru mereka (Noor Rahayu et.al, 2016).

Cara lain untuk guru mengaplikasikan konsep mesra budaya adalah dengan
memberi perhatian kepada setiap pertuturan kata yang dilontarkan di dalam bilik
darjah. Hal ini kerana, perkataan yang baik dapat membuatkan pelajar berasa
lebih selesa dan gembira dalam proses PdP berlangsung. Tambahan pula, jika
dikaitkan dengan konsep mesra budaya ini, guru perlu menjaga tutur kata dengan
baik agar tidak menyentuh mana-mana isu sensitif berkaitan kepelbagaian
sosiobudaya pelajarnya. Contohnya, jika seorang guru ingin mengajar pelajar
tentang tema kemasyarakatan, guru itu tidak seharusnya menghina dan
menunjukkan sifat perkauman terhadap sesuatu budaya tersebut. Perkara ini
penting agar tidak menimbulkan perselisihan dan perselisihan faham dalam
kalangan pelajar dan menjadikan suasana bilik darjah menjadi tegang. Prasangka
kaum dan penilaian rendah terhadap kaum lain oleh guru kelas dilihat sebagai
faktor utama yang menghalang hubungan guru-murid bilik darjah (Suresh Kumar,
2016). Keadaan ini boleh mengganggu emosi pembelajaran murid kerana kata-
kata guru tidak sesuai dengan situasi kehidupan yang mereka alami. Justeru itu,
penggunaan peneguhan positif serta pertuturan yang baik dapat mewujudkan
suasana bilik darjah yang mesra budaya, kerana proses PdP dapat dilaksanakan
dalam suasana yang ceria dan menyeronokkan.

3.3 Aspek sosial
Dari aspek sosial pula, langkah yang boleh dilaksanakan oleh guru adalah

melaksanakan strategi pengajaran dan pembelajaran murid secara berkumpulan.
Melalui aktiviti berkumpulan tersebut, guru perlu menerapkan nilai-nilai unsur

5

budaya seperti guru boleh melaksanakan pedagogi yang relevan dengan budaya
dan menggunakan strategi berpusatkan pelajar kerana cara ini dapat
meningkatkan komunikasi dalam kalangan pelajar dan menjurus kepada
pembinaan hubungan yang rapat. Antara aktiviti PdP berkumpulan yang boleh
dilaksanakan adalah aktiviti didik hibur yang menyeronokkan seperti berdrama,
menyanyi, tarian dan sebagainya. Sebagai contoh, guru boleh melaksanakan
aktiviti tarian tradisional budaya masyarakat Malaysia misalnya guru meminta
setiap kumpulan mempersembahkan tarian tradisional bagi kaum-kaum tertentu
seperti tarian tradisional Melayu, Cina, India, dan Iban. Melalui aktiviti ini, pelajar
dapat meraikan kepelbagaian budaya kaum lain dengan mempelajari jenis tarian
tradisional pelbagai kaum. Secara tidak langsung, dapat menjadikan pelajar yang
berlainan kaum berasa dihargai sekaligus dapat mewujudkan sikap kerjasama dan
solidariti dalam kalangan pelajar. Aktiviti ini jelas menerapkan konsep mesra
budaya di dalam bilik darjah apabila pelajar yang mempunyai kepelbagaian
sosiobudaya berasa gembira dan dapat belajar dalam yang kondusif dan
menyeronokkan walaupun berbeza budaya. Ramlah et.al (2016) berpendapat
bahawa penerapan unsur didik hibur amat bersesuaian bagi mewujudkan bilik
darjah mesra budaya kerana kaedah ini mampu menghasilkan proses PdP yang
menggembirakan. Melalui aktiviti berkumpulan yang dilaksanakan oleh guru-guru
ini, semangat kerjasama, toleransi, hormat-menghormati dan bersatu padu juga
boleh diterapkan dalam kalangan pelajar melalui pengaplikasian konsep mesra
budaya agar aspek sosial perhubungan dan interaksi murid dapat berlaku. Sudah
terang lagi bersuluh, dapatlah dilihat bahawa langkah guru yang menerapkan
pedagogi releven melalui aktiviti berkumpulan ini boleh membantu guru
menguruskan bilik darjah mesra budaya.

3.4 Aspek sosiolinguistik
Langkah terakhir dalam pengurusan bilik darjah mesra budaya ialah guru perlu

memberi tumpuan kepada aspek sosiolinguistik. Aspek ini merupakan bidang yang
memperkatakan aspek bahasa, struktur dan penggunaan yang berkaitan dengan
fungsi sosial, dan aspek dalam sesuatu masyarakat tersebut. Dalam bilik darjah
yang terdiri daripada pelajar berbilang kaum, guru perlu mengajar menggunakan
bahasa yang dapat difahami oleh semua murid dalam pengajaran dan
pembelajaran. Contohnya, guru boleh menggunakan Bahasa Melayu sebagai
bahasa pengantar semasa proses PdP. Guru perlu membuat pertimbangan
kerana terdapat pelbagai kaum di dalam kelas dan jika guru menggunakan bahasa
ibunda mereka atau satu bahasa sahaja, pelajar yang lain tidak akan memahami

6

apa yang guru katakan dan salah faham boleh timbul. Bahasa Melayu adalah
bahasa kebangsaan negara kita dan pelajar-pelajar boleh memahami dan
berkomunikasi dalam bahasa Melayu. Dengan menggunakan bahasa yang
standard, semua pelajar dapat memahami pelajaran yang disampaikan oleh guru
dan belajar dengan seronok. Selain itu, guru perlu memastikan semua murid
berkomunikasi dalam bahasa Melayu bagi mengelakkan perselisihan faham dan
perbalahan berlaku dalam kalangan murid. Jelasnya, penggunaan bahasa
standard merupakan amalan pengajaran yang dapat meningkatkan penguasaan
bahasa kebangsaan pelajar.

Selain itu, dalam menguruskan bilik darjah yang mesra budaya dari segi
sosiolinguistik adalah melalui guru mendedahkan unsur kepelbagaian bahasa
ketika proses PdP. Walaupun kita sudah maklum bahawa bahasa Melayu adalah
bahasa kebangsaan yang perlu dituturkan oleh guru sebagai bahasa
perantaraan dalam pertuturan bersama dengan murid yang pelbagai kaum, tetapi
pada masa yang sama, untuk mewujudkan elemen mesra budaya di dalam
kelas, guru juga perlu mendedahkan pelajar dengan bahasa yang digunakan oleh
kaum lain. Contohnya, guru melakukan aktiviti bertutur dengan guru menggunakan
beberapa istilah dalam bahasa Mandarin dan bahasa Tamil sebagai pendedahan
kepada murid. Hal ini sekaligus dapat mendorong murid-murid yang menggunakan
bahasa selain daripada bahasa Melayu dapat mengajarkan sedikit berkaitan
penggunaan istilah yang disebutkan oleh guru kepada murid lain. Ini seterusnya
merancakkan proses PdP apabila pelajar boleh berinteraksi antara rakan sekelas
berbeza kaum berkenaan topik yang disukai oleh mereka. Melalui aktiviti ini, setiap
pelajar di dalam kelas tidak akan berasa terpinggir dan tidak dipedulikan hanya
kerana mereka menggunakan bahasa harian yang berbeza daripada pelajar lain
sekaligus dapat mewujudkan situasi mesra budaya di dalam bilik darjah apabila
kepelbagaian sosiobudaya yang dimiliki oleh murid bukan penghalang
kepada mereka untuk menjalani proses pengajaran dan pembelajaran dengan
baik dan kondusif. Oleh itu, jelas disini bahawa dari segi sosiolinguistik
ini, guru boleh mendedahkan kepada pelajar berkenaan kepelbagaian bahasa
yang wujud di negara Malaysia dalam proses mewujudkan pengurusan bilik darjah
yang mesra budaya.

4.0 Kesimpulan
Secara keseluruhannya, pengurusan bilik darjah mesra budaya adalah sangat penting
bagi guru untuk memberikan pengalaman pembelajaran yang menyeronokkan dan
bermakna. Perbezaan sosiobudaya dalam kalangan pelajar di negara ini ia perlu diurus

7

dengan baik dan berhati-hati agar tidak menyebabkan sebarang pertelingkahan dan
perselisihan faham antara mereka. Pengurusan bilik darjah yang mesra budaya juga
membolehkan pelajar memahami kepelbagaian budaya Malaysia. Oleh itu, diharapkan
setiap guru dapat melaksanakan pengurusan bilik darjah yang mesra budaya yang
membawa pelbagai manfaat baik kepada guru mahupun pelajar.

8

RUJUKAN
Syed Ismail Syed Mustapa & Ahmad Subki Miskon. (2012). Budaya dan Pembelajaran.

Penerbitan Multimedia Sdn Bhd.
Kamus Dewan Edisi Keempat. (2010). Dewan Bahasa dan Pustaka.
Mohd Hasani Dali & Mohamad Johdi Salleh. (2009). ‘Pengurusan Bilik Darjah’ (Dalam Noraini

Idis & Shuki Osman Pengajaran dan Pembalajaran: Teori dan Praktis. McGraw Hill.
Noor Rahayet et.al. (2016). Hukuman dan Kata Pujian Mengatasi Masalah Disiplin dalam

Mata Pelajaran Pendidikan Jasmani Bagi Murid Masalah Pembelajaran. Seminar
Modifikasi Tingkah Laku Murid Pendidikan Khas (Bermasalah Pembelajaran)
Peringkat Negeri Johor. Jabatan Pendidikan Negeri Johor.
Noriati A. Rashid et.al. (2016). Budaya dan Pembelajaran. Oxford Fajar Sdn Bhd.
Noriati A. Rashid et.al. (2017). Budaya dan Pembelajaran. Oxford Fajar Sdn Bhd.
Ramlah et.al. (2016). Aktiviti Didik Hibur dalam Kalangan Guru Prasekolah di Daerah
Gombak. Jurnal Pendidikan Awal Kanak-kanak, 5:19-29.
Suresh Kumar N. V. (2016). Keberkesanan Hubungan Guru Kelas-Murid Dalam Merangsang
Kesedaran Terhadap Integrasi Etnik dalam Kalangan Murid di Bilik Darjah. Jurnal Ilmi,
6: 69-88.
Zarith. (2020). Langkah Pengurusan Bilik Darjah Mesra Budaya. Dimuat turun pada 8 Mei
2022 dari : https://pdfcookie.com/documents/langkah-pengurusan-bilik- darjah-mesra-
budaya-nlz1pmqr7x25 8 Budaya dan Pembelajaran EDUP3073 9

9


Click to View FlipBook Version