13
Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu
59990 Lembah Pantai, Kuala Lumpur.
Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan
(Ambilan Jun 2020)
Perkembangan Kanak-kanak
EDUP3023
Disediakan oleh:
Nama: NUR LIYANA BINTI BADRI
No. Kad Pengenalan: 010316011670
2020192340095
Angka Giliran: PISMP F5
Kumpulan/ Unit
WAK CHU A/P WOK
Nama Pensyarah:
PENULISAN AKADEMIK
Tajuk Tugasan : 4 NOVEMBER 2020
Tarikh Penyerahan:
Tarikh Menerima Maklum
Balas Daripada
Pensyarah
ISI KANDUNGAN
PERKARA HALAMAN
ISI KANDUNGAN ………………………………………………………………... 2
1.0 Pengenalan ....................................................................................... 3
2.0 Kepentingan seorang guru menguasai peringkat perkembangan
kanak-kanak....................................................................................... 3-6
3.0 Kesimpulan........................................................................................ 6
RUJUKAN...................................................................................................... 7
2
1.0 Pengenalan
Pengetahuan mengenai perkembangan kanak-kanak adalah sangat penting di dalam
proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) untuk perancangan kurikulum dan merangka
teknik mengajar berkesan untuk semua pelajar pada pelbagai peringkat perkembangan.
Menurut Santrock (2008), perkembangan dapat ditafsirkan sebagai perubahan dalam corak
biologi, kognitif dan sosio ekonomi individu yang bermula dari peringkat percambahan
sehingga ke akhir hayat. Dalam erti kata lain, perkembangan adalah perubahan kualitatif yang
tidak dapat diukur secara kuantitatif tetapi dapat dilihat dari sifat baharu yang berlainan dari
sifat yang lebih awal. Antara ahli psikologi yang terkenal dengan teori perkembangan ialah
Jean Piaget. Jean Piaget merupakan ahli Switzerland yang telah mengasaskan teori
perkembangan kognitif yang menjelaskan tentang kaedah manusia mempersepsi ilmu,
membina hipotesis, bagaimana manusia membina skemata serta melaksanakan proses
asimilasi dan akomodasi dalam membina ilmu. Berdasarkan Jean Piaget dalam Haliza dan
Joy (2009), proses pemikiran manusia berubah secara menyeluruh bermula selepas lahir
sehingga manusia mencapai tahap kematangan. Empat peringkat perkembangan kognitif
manusia yang terkandung dalam intipati Teori Piaget iaitu peringkat sensorimotor, pra-
operasional, operasi konkrit dan akhir sekali peringkat operasi formal. Terdapat beberapa
kepentingan seorang guru menguasai teori perkembangan kognitif Jean Piaget dalam proses
pengajaran dan pembelajaran.
2.0 Kepentingan seorang guru menguasai peringkat perkembangan kanak-kanak
Antara kepentingan penguasaan terhadap perkembangan kognitif Jean Piaget kepada
seorang guru ialah dapat membantu guru untuk merancang pengalaman pembelajaran yang
berkesan. Pengalaman pembelajaran adalah suatu bentuk gerak balas atau interaksi murid
dengan alam sekeliling (Mok Soon Sang, 2009). Mengikut teori Jean Piaget, perancangan
pengalaman pembelajaran memerlukan penglibatan aktif dalam kalangan murid ketika aktiviti
PdP berjalan. Pengetahuan pembelajaran seharusnya menggalakkan perkembangan murid
secara optimum dan bermakna dalam semua domain. Pengalaman pembelajaran menurut
teori beliau lagi, guru menyediakan peluang untuk kanak-kanak membuat penerokaan dan
penemuan konsep atau prinsip yang dipelajari dengan menggunakan daya pemikiran. Secara
ringkasnya, guru mewujudkan pengalaman pembelajaran yang dapat meningkatkan
pengetahuan murid dengan melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran secara
praktikal atau hands on. Misalnya, guru perlu memperbanyakkan aktiviti bermain sambil
belajar seperti permainan susun suai gambar. Melalui aktiviti seperti tersebut, murid-murid
3
dapat berfikir (domain kognitif) untuk mencari persamaan dan menggunakan tangan (domain
psikomotor halus) untuk memadankan kepingan-kepingan ‘jigsaw’ sehingga lengkap
permainan susun suai gambar itu. Hal ini membuktikan bahawa, pengalaman pembelajaran
secara praktikal dapat meningkatkan minat murid untuk melibatkan diri dalam aktiviti
pengajaran dan pembelajaran dalam memperkembang daya kognitif mereka. Tuntasnya,
penguasaan terhadap teori perkembangan kognitif Jean Piaget membantu guru untuk
merancang pengalaman pembelajaran bagi meningkatkan daya kognitif murid.
Kepentingan seterusnya ialah membantu guru untuk menjadikan aktiviti pengajaran dan
pembelajaran di dalam kelas dengan lebih sistematik. Mengikut Teori Perkembangan Kognitif
Piaget, proses pengajaran dan pembelajaran hendaklah disusun mengikut peringkat
perkembangan kognitif kanak-kanak. Hal ini kerana, kadar perkembangan kanak-kanak yang
berbeza menyebabkan ada murid yang cepat belajar dan ada yang lambat. Perkara ini
bertepatan dengan Wong Kiet Wah et. al (2013) yang menyatakan bahawa proses
pengajaran dan pembelajaran seharusnya bermula daripada konkrit kepada abstrak,
daripada dekat kepada jauh, daripada pengalaman sedia ada kepada pengalaman baharu,
daripada kasar kepada halus mengikut perkembangan fizikal seseorang individu tersebut.
Sebagai contohnya, menggunakan proses akomodasi untuk pembelajaran yang baharu dan
kompleks untuk mengubah struktur kognitif murid agar maklumat baharu dapat diasimilasi
oleh mereka ke dalam skema yang sedia ada. Oleh itu, guru perlu menggalakkan murid-murid
supaya melibatkan diri secara aktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran kerana
proses akomodasi bertunjangkan kepada motivasi intrinsik individu. Misalnya, guru mengikut
perancangan pengajaran yang telah ditetapkan kerana topik pembelajaran yang telah
dirangka adalah mengikut kebolehan dan tahap murid itu sendiri bermula daripada aras yang
rendah kepada aras yang lebih tinggi. Dengan itu, penguasaan terhadap teori perkembangan
kognitif membantu seorang guru untuk melaksanakan pengajaran dan pembelajaran secara
sistematik mengikut tahap perkembangan kanak-kanak.
Penguasaan terhadap teori perkembangan kognitif kanak-kanak juga dapat membantu
guru mengenal pasti daya kognitif murid dan meningkatkannya secara lebih efektif. Dalam
teori perkembangan kognitif Jean Piaget, penggunaan bahan bantu mengajar yang sesuai
mengikut peringkat perkembangan kognitif murid perlu dititikberatkan untuk memastikan
murid dapat memahami konsep atau topik yang hendak diterangkan oleh guru (Wong Kieh
Wah et. al, 2013). Berdasarkan teori ini, proses pengajaran dan pembelajaran seharusnya
menggalakkan murid menggunakan kaedah penyelesaian masalah untuk memperoleh ilmu
dan kemahiran dengan usaha diri sendiri. Menurut Mook Soon Sang (2009), Penglibatan aktif
4
pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang ditekankan oleh teori
perkembangan kognitif Jean Piaget (1896-1980) dapat meningkatkan pengetahuan mereka
terhadap konsep tertentu yang ingin disampaikan oleh guru. Sebagai contohnya, guru
menggunakan strategi pembelajaran secara koperatif bagi meningkatkan daya kognitif murid.
Melalui strategi pembelajaran secara koperatif dapat membantu murid untuk mencapai tahap
ilmu dan kemahiran yang lebih tinggi melalui kerjasama erat antara murid dengan guru.
Jelaslah bahawa, penguasaan teori perkembangan kognitif oleh seorang guru membantu
mereka melaksanakan strategi pembelajaran secara koperatif supaya penyampaian ilmu
menjadi lebih mudah bagi meningkatkan daya kognitif murid secara efektif.
Personaliti dan tingkah laku kanak-kanak adalah berbeza mengikut peringkat umur
(Thomas, 2002). Dengan menguasai teori perkembangan kognitif akan memudahkan guru
untuk meramal tingkah laku, mengetahui perkara yang menjadi kegemaran dan juga yang
tidak disenangi murid pada peringkat umur tertentu. Berdasarkan Bruner (1975) di dalam
Muhammad Al Afzan, tingkah laku seorang kanak-kanak adalah berbeza mengikut tahap
perkembangan kognitif tertentu seperti mana yang dinyatakan dalam teori perkembangan
kognitif Jean Piaget (1896-1980) iaitu peringkat praoperasi, operasi konkrit dan operasi
formal. Sebagai contohnya, guru boleh mengkaji dan meneliti perlakuan setiap murid dalam
kelas sebelum proses pengajaran dan pembelajaran bermula. Oleh itu, guru dapat bersiap
sedia akan segala perkara yang akan dilakukan oleh murid sepanjang PdP berjalan. Dalam
hal ini, guru dapat bertindak dengan sewajarnya untuk mengawal tingkah laku serta emosi
murid-murid. Tegasnya, penguasaan teori perkembangan kognitif membantu guru meramal
tingkah laku serta emosi murid seterusnya menyediakan mental dan fizikal bagi
menghadapinya ketika aktiviti pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan.
Akhir sekali, seorang guru penting untuk menguasai teori perkembangan kognitif Jean
Piaget supaya dapat memainkan peranan yang baik dalam proses pengajaran dan
pembelajaran di dalam atau di luar bilik darjah. Murid-murid akan dilayan mengikut keperluan
psikologi mereka yang sebenar apabila guru memainkan peranan yang baik sebagai
penyampai ilmu. Perancangan yang melibatkan aktiviti, kandungan, pemilihan bahan, teknik
pengajaran dan sebagainya haruslah signifikan dengan perkembangan diri murid-murid pada
masa tersebut. Misalnya, guru haruslah memikirkan berkaitan dengan tahap kemampuan
berfikir, pembinaan konsep, keperluan mewujudkan suasana konkrit daya ingatan yang
terlibat dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Berdasarkan prinsip tersebut, masa
yang panjang diperlukan oleh guru untuk mengajar seorang kanak-kanak yang belum sampai
ke satu tahap perkembangan tertentu dalam sesuatu topik berbanding dengan kanak-kanak
5
yang telah mencapai tahap perkembangan tersebut. Hal ini bermaksud, guru perlu
memainkan peranan mereka sebaik-baiknya dalam proses pengajaran dan pembelajaran
dengan memahami keperluan psikologi kanak-kanak mengikut tahap perkembangan
tertentu.
3.0 Kesimpulan
Rumusannya, teori perkembangan kognitif yang dipelopor oleh Jean Piaget sangat penting
untuk dikuasai oleh guru dalam merancang dan melaksanakan proses pengajaran dan
pembelajaran. Teori perkembangan kognitif tersebut memberi fokus supaya guru
melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran mengikut tahap perkembangan dan
kemampuan pelajar pada masa tertentu agar ilmu yang disampaikan dapat difahami. Teori ini
seharusnya menjadi panduan semua guru dalam pengajaran dan pembelajaran agar kualiti
pendidikan di Malaysia dapat ditingkatkan. Secara tidak lansung, Malaysia dapat bersaing
dengan negara lain yang maju dalam bidang pendidikan.
6
RUJUKAN
Ee Ah Meng. 1995. Psikologi dalam Bilik Darjah. Penerbit Fajar Bakti Sd. Bhd.
Haliza Hamzah & Joy N. Samuel. (2009). Perkembangan Kanak-Kanak. Kumpulan Budiman Sdn.
Bhd.
Khadijah Rohani Mohd. Yusof. (2007). Psikologi Pendidikan. Open University (OUM).
Mok Soon Sang (2003). Psikologi Pendidikan (Siri Pendidikan Guru). Kumpulan Budiman.
Mok Soon Sang. (2009). Psikologi Pendidikan dan Pedagogi : Murid Dan Alam Belajar.
Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd
Muhammad Al Afzan. (Januari, 2018). Kepentingan Menguasai Teori Perkembangan Kognitif
Kanak-kanak Kepada Guru. Blogspot.
https://cikguafzan96.blogspot.com/2018/01/kepentingan-menguasai-teori.html
Santrock, J. W. (2008). Educational psychology. 3rd ed. McGraw-Hill.
Shahabddin Hashim & Rohizani Yaakub. (2004). Psikologi pembelajran & Personaliti. PTS
Publications & Distributors Sdn. Bhd.
Thomas, A. M. (2002). The Words Between the Spaces. Psychology Press.
Wong Kiet Wah et. al. (2013). Perkembangan Kanak-Kanak. Oxford Fajar.
7