The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

NAMA AHLI KUMPULAN 4:
1. OWEN DIDANG ANAK HARRY (05DEE21F1031)
2. MACVANNISTEL ELWINBERG ANAK MATHIAS (05DEE21F1086)
3. NICK OWEN ANAK SIMPUL (05DEE21F1083)
4. AUGUSTINE LUMBOK ANAK WALTER EDDISON (05DEE21F1050)
5. ALEXSTER NYAYANG ANAK JENANG (05DEE21F1068)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nickthefirefist, 2023-11-23 21:16:54

E - MAJALAH - RUKUN NEGARA: KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN - KUMPULAN EMPAT

NAMA AHLI KUMPULAN 4:
1. OWEN DIDANG ANAK HARRY (05DEE21F1031)
2. MACVANNISTEL ELWINBERG ANAK MATHIAS (05DEE21F1086)
3. NICK OWEN ANAK SIMPUL (05DEE21F1083)
4. AUGUSTINE LUMBOK ANAK WALTER EDDISON (05DEE21F1050)
5. ALEXSTER NYAYANG ANAK JENANG (05DEE21F1068)

‘’KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN’’ Rukun Negara - TAJUK PENULISAN Cabaran dalam membangunkan semangat perpaduan dan harmoni di kalangan masyarakat Malaysia Pendekatan terhadap perbezaan dan interpretasi tentang konsep "Kepercayaan Kepada Tuhan " Faktor - faktor yang menyebabkan rakyat mempunyai pandangan berbeza terhadap konsep “Kepercayaan Kepada Tuhan” dalam Rukun Negara. Langkah-langkah memupuk perbezaan prinsip Rukun Negara di kalangan masyarakat. Kesan-kesan Masyarakat mengabaikan prinsip Rukun Negara ‘ Kepercayaan Kepada Tuhan’ 1. 2. 3. 4. 5. I-SISWA EXCLUSIVE MAGAZINE


1 2 ISI KANDUNGANSIDANG REDAKSI TAJUK HURAIAN PERKARA 1.2 PENA PENASIHAT 1.1 PENA PENULIS 2.1 CABARAN DALAM MEMBANGUNKAN SEMANGAT PERPADUAN DAN HARMONI DI KALANGAN MASYARAKAT MALAYSIA. 2.2 PENDEKATAN TERHADAP PERBEZAAN PANDANGAN DAN INTERPRETASI TENTANG KONSEP "KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN" 2.3 FAKTOR - FAKTOR YANG MENYEBABKAN RAKYAT MEMPUNYAI PANDANGAN BERBEZA TERHADAP KONSEP “KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN” DALAM RUKUN NEGARA 2.4 LANGKAH-LANGKAH MEMUPUK PERBEZAAN PRINSIP RUKUN NEGARA DI KALANGAN MASYARAKAT 2.5 KESAN-KESAN MASYARAKAT MENGABAIKAN PRINSIP RUKUN NEGARA ‘ KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN’


SIDANG REDAKSI M A C V A N N I S T E L E L W I N B E R G A N A K M A T H I A S 0 5 D E E 2 1 F 1 0 8 6 Editor ayat & penulis A U G U S T I N E L U M B U K A N A K W A L T E R E D D I S O N 0 5 D E E 2 1 F 1 0 5 0 Penyunting & penulis O W E N D I D A N G A N A K H A R R Y 0 5 D E E 2 1 F 1 0 3 1 Editor Grafik & penulis "Ilmu itu ada di mana-mana, pengetahuan di mana tersebar,kalau kita bersedia membaca dan bersedia mendengar" N I C K O W E N A N A K S I M P U L 0 5 D E E 2 1 F 1 0 8 3 Perangka majalah & penulis A L E X S T E R N Y A Y A N G A N A K J E N A N G 0 5 D E E 2 1 F 1 0 6 8 Perancang Idea & penulis


Assalamualaikum dan salam sejahtera. Majalah Malaysia Today merupakan satu platform yang disediakan kepada para pelajar dalam melaksanakan tugasan PBT bagi kursus MPU23042 Nilai Masyarakat Malaysia. Tugasan ini telah mengenengahkan konsep penulisan kreatif bertemakan isu-isu perpaduan dan kemasyarakatan. Sekalung penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua pelajar daripada kelas DEE5- S1, Jabatan Kejuruteraan Elektrikal dan Elektronik, Politeknik Kuching Sarawak bagi pengajian sesi 1 2023/2024 yang telah memberikan komitmen padu dan kesungguhan dalam menjayakan penulisan ini sehingga terhasilnya e-majalah Malaysia Today untuk dimanfaatkan kepada seluruh masyarakat di luar sana. Harapan saya semoga mesej yang disampaikan daripada penulisan ini dapat memberi kefahaman dan kesedaran kepada pembaca tentang konsep “kepercayaan kepada Tuhan” dalam Rukun Negara di kalangan pelbagai agama dan masyarakat. Beberapa kumpulan berpendapat bahawa elemen agama sepatutnya ditekankan lebih, sementara yang lain merasakan ia sepatutnya lebih inklusif dan mengambil kira pelbagai kepercayaan. Pn. Zahratun Sakinah Jamaluddin Pensyarah Politeknik Kuching Sarawak Pn. Zahratun Sakinah Jamaluddin PENA PENASIHAT PENASIHAT


Kesimpulannya, penting untuk memberi penekanan kepada nilai perpaduan sebagai satu matlamat bersama, tanpa mengabaikan kepelbagaian agama. Melalui pendekatan ini, masyarakat Malaysia dapat membangun semangat harmoni yang kukuh, di mana setiap individu merasa dihargai dan diterima tanpa mengira perbezaan agama. Cabaran dalam membangunkan semangat perpaduan dan harmoni di kalangan masyarakat Malaysia. Perbezaan pandangan mengenai interpretasi "kepercayaan kepada Tuhan" dalam Rukun Negara dapat menjadi punca cabaran yang signifikan dalam usaha membangunkan semangat perpaduan dan harmoni di kalangan masyarakat Malaysia. Perkara ini boleh mencetuskan kontroversi dan ketidaksetujuan di kalangan individu serta kumpulan masyarakat yang mempunyai interpretasi dan nilai agama yang berbeza. Penting untuk diingat bahawa Malaysia adalah sebuah negara yang pelbagai etnik dan berbilang agama, dan wujudnya perbezaan ini boleh menjadi titik sentuh yang sensitif. Individu dari latar belakang agama yang berbeza mungkin mempunyai pemahaman yang berlainan tentang nilai-nilai yang berkaitan dengan "kepercayaan kepada Tuhan." Ini boleh merumitkan proses membangunkan semangat perpaduan, kerana ketidakfahaman atau ketidaksefahaman mengenai keyakinan agama masing-masing. Selain itu, kekurangan pemahaman dan penghormatan terhadap kepercayaan agama orang lain juga boleh menyumbang kepada cabaran ini. Ketidakfahaman ini dapat diperburuk oleh persepsi yang salah atau stereotaip, menyulitkan usaha untuk membina hubungan saling-menghormati dan toleransi di kalangan masyarakat. Seterusnya, isu interpretasi agama dapat menjadi bahan yang mudah dimanipulasi dalam politik dan media. Penggunaan yang tidak bertanggungjawab terhadap perbezaan agama untuk mencapai matlamat politik tertentu boleh menyebarkan retorik perpecahan, merumitkan lagi usaha membangunkan semangat perpaduan. Disediakan oleh: Alexster Nyayang Anak Jenang http://api.hmetro.com.my/mutakhir/2019/08/491744/pertahan-perpaduan-antara-kaum https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2019/02/420021/pertahankan-perpaduan-kaum Rujukan: 1. 2.


Dalam era globalisasi ini, perbezaan pandangan mengenai konsep "kepercayaan kepada Tuhan" menjadi titik fokus yang penting dalam mewujudkan toleransi, pemahaman, dan harmoni dalam masyarakat yang berbilang kepercayaan. Pendekatan terhadap perbezaan ini melibatkan komunikasi yang terbuka, pendidikan yang inklusif, dan kesedaran terhadap kepelbagaian pandangan. Pendekatan terhadap perbezaan pandangan dan interpretasi tentang konsep "Kepercayaan Kepada Tuhan " Disediakan oleh: Augustine Lumbuk Anak Walter Eddison Antaranya adalah pentingnya komunikasi yang terbuka dan mendalam antara individu dari pelbagai latar belakang kepercayaan tidak boleh diabaikan. Berkomunikasi dapat membuka ruang untuk saling memahami, bertukar pandangan, serta menghormati kepelbagaian keyakinan. Dengan pendekatan ini, kesalahfahaman dan stereotaip terhadap kepercayaan yang berbeza dapat diatasi. Selain itu, pendidikan yang inklusif mengenai agama dan kepercayaan adalah landasan penting dalam membangunkan masyarakat yang berteraskan toleransi. Melalui pembelajaran yang menyeluruh, individu dapat memperoleh pemahaman yang lebih mendalam tentang keyakinan yang berbeza dan memupuk sikap hormat terhadap perbezaan keyakinan. Kesedaran individu juga memainkan peranan utama. Sikap yang terbuka, toleransi, dan menghormati kepelbagaian pandangan menjadi asas penting dalam memelihara harmoni dalam masyarakat yang serba berlainan. Seterusnya, pendekatan ini juga menitikberatkan keperluan untuk membangunkan usaha berterusan dalam membina komunikasi yang lebih mendalam. Melalui perbincangan yang berterusan, bukan sahaja pemahaman yang diperkukuhkan, tetapi juga rasa empati dan penghargaan terhadap perbezaan keyakinan yang dapat ditonjolkan. Selain berkomunikasi, inisiatif pendidikan yang menyeluruh, seperti program pelajaran yang inklusif dan pengalaman interaktif, memainkan peranan penting dalam membentuk masyarakat yang lebih bersifat inklusif dan menghormati kepelbagaian keyakinan. Usaha ini membuka pintu kepada pemahaman yang lebih dalam dan meluas tentang kepelbagaian keyakinan dalam masyarakat. Kesimpulannya, dengan pendekatan yang melibatkan komunikasi yang terbuka, pendidikan inklusif, dan kesedaran individu terhadap kepelbagaian pandangan, masyarakat dapat memperkukuhkan toleransi, memupuk keharmonian dalam perbezaan, serta mewujudkan persefahaman yang lebih mendalam antara individu dari pelbagai latar belakang kepercayaan. https://pusdikra-publishing.com/index.php/jrss/article/view/158 https://berita.mediacorp.sg/komentar/komentar-pendidikan-agama-yang-inklusif-harus-bermula-darikecil-260841 Rujukan: 1. 2.


Faktor - faktor yang menyebabkan rakyat mempunyai pandangan berbeza terhadap konsep “Kepercayaan Kepada Tuhan” dalam Rukun Negara Prinsip “Kepercayaan Kepada Tuhan” mempunyai matlamat tertentu dan maksud tersirat yang harus dihayati dan dipraktikkan rakyat Malaysia yang terdiri daripada bangsa dan agama yang majmuk. Prinsip Kepercayaan Kepada Tuhan adalah prinsip yang pertama dalam Rukun Negara. Ini bertujuan, untuk rakyat berpegang teguh dengan kepercayaan masing – masing, demi kebaikan bersama untuk membina negara Malaysia. Manusia tidak boleh lari daripada kehidupan ingin berTuhan dan akan menjadikan kehidupan mereka ke arah kebaikan dan kebenaran. Bila ada amalan ini, manusia akan rasa dipimpin, ada Batasan dan sedar apa yang Tuhan suka dalam amalan seharian manusia. Namun hal demikian, setiap rakyat Malaysia mempunyai pandangan dan interpretasi yang berbeza tentang konsep “Kepercayaan Kepada Tuhan” yang terkandung dalam Rukun Negara. Ada beberapa Faktor – factor yang memyebabkan rakyat mempunyai pandangan berbeza terhadap konsep “Kepercayaan kepada Tuhan” dalam Rukun Negara. Faktor pertama yang menyebabkan pandangan dan interpretasi yang berbeza tentang konsep “Kepercayaan Kepada Tuhan” dalam Rukun Negara adalah, Masyarakat Malaysia yang berbilang bangsa dan agama. Walaupun Perlembagaan Perseketuan memperuntukkan Islam ialah agama Persekutuan, agama dan kepercayaan lain boleh diamalkan dengan tenteram di manamana bahagian di seluruh Malaysia agar perpaduan terus dapat dikekalkan dalam Malaysia. Di Malaysia, terkandung setiap rakyat yang menganuti pelbagai agama seperti Islam, Kristian, Buddha, Hindu dan sebagainya. Dengan ini, setiap individu mempunyai hak untuk memilih agama dan kepercayaan sendiri tanpa paksaan dan tekanan dan ini membolehkan pelbagai interpretasi tentang konsep “Kepeercayaan Kepada Tuhan”. Sebagai contoh, Islam percaya bahawa Allah itu maha Esa dan tujuan hidup ialah untuk menyembah Tuhan. Agama Kristian mengikuti ajaran daripada Yesus Kristus yang dikatakan sebagai anak Tuhan. Agama Buddha ialah agama dan falsafah yang berasaskan ajaran Buddha yang lahir pada kurun ke-5 sebelum Masihi. Agama Hindu meliputi berbagai aliran, di antaranya Saiwa, Waisnawa, dan Sakta, serta suatu pandangan luas akan hukum dan moral harian. Desediakan oleh: Nick Owen Anak Simpul Faktor kedua yang menyebabkan pandangan dan interpretasi yang berbeza tentang kosnep “Kepercayaan Kepada Tuhan” dalam Rukun Negara adalah, budaya dan tradisi yang wujud dalam setiap agama yang ada di Malaysia. Setiap agama yang ada dalam Malaysia mempunyai upacara keagamaan yang unik dari segi cara ibadah, doa, dan amalan keagamaan. Hal ini mampu menpengaruhi pemahaman setiap inidvidu tentang cara berhubung dengan Tuhan.Dalam budaya dan tradisi dalam setiap agama, wujudnya etika dan moral yang dipromosikan oleh setiap agama. Hal uga dapat memberikan panduan etika dan moral yang dapat mempengaruhi pandangan tentang apa yang baik atau buruk dalam Masyarakat. Selain itu, struktur sosial yang ada dalam budaya dan tradisi setiap agama juga mempengaruhi interpretasi setiap individu termasuklah cara menguruskan hal keagamaan seperti system pemimpin dan hierarki keagamaan.


Faktor ketiga yang menyebabkan pandangan dan interpretasi yang berbeza tentang konsep “Kepercayaan Kepada Tuhan” dalam Rukun Negara adalah, perbezaan tahap Pendidikan dan kesedaran. Tahap Pendidikan dan kesedaran individu juga antara faktor yang memainkan peranan yang utama dalam mempengaruhi pandangan dan intrepetasi tentang konsep “Kepercayaan Kepada Tuhan”. Individu yang lebih berpendidikan mungkin pemahaman yang lebih mendalam agama dan Kepercayaan kepada Maha Pencipta. Manakala, yang kurang berpendidikan berkemungkinan mempunyai pemahaman yang lebih terhad. Faktor - faktor yang menyebabkan rakyat mempunyai pandangan berbeza terhadap konsep “Kepercayaan Kepada Tuhan” dalam Rukun Negara Desediakan oleh: Nick Owen Anak Simpul Kesimpulannya, agama menjadi unsur penting dalam membentuk rohani sesebuah masyarakat. Malaysia adalah negara yang berbilang agama dan kaum.Hubungan baik antara penganut agama di Malaysia haruslah sentiasa dijaga untuk memastikan keharmonian hidup bermasyarakat. Berdasarkan prinsip Rukun Negara, iaitu “Kepercayaan kepada Tuhan” , keseluruhan rakyat Malaysia mengakui bahawa Tuhan melebihi kuasa yang lain, walaupun mempunyai berbeza pandangan terhadap konsep Tuhan. Seseorang yang patuh dan taat setia kepada ajaran agamanya adalah seseorang yang mempunyai budi pekerti mulia serta sifat-sifat terpuji dalam diri. RUJUKAN: [1]“Christianity - Dogma, Definition & Beliefs, ” HISTORY, Oct. 13, 2017. https://www.history.com/topics/relig ion/history-ofchristianity#:~:text=Christianity%20 is%20the%20most%20widely,and%20 resurrection%20of%20Jesus%20Chri st. [2]“Introduction to Buddhism, ” FSI. https://spice.fsi.stanford.edu/docs/i ntroduction_to_buddhism [3]“What is Islam?, ” IslamiCity. https://www.islamicity.org/covers/w hatisislam/ [4]“Hinduism.” https://www.qcc.cuny.edu/socialScie nces/ppecorino/PHIL_of_RELIGION _TEXT/CHAPTER_2_RELIGIONS/Hi nduism.html “KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN”:SATU SOROTAN DALAM KEPELBAGAIAN AGAMA DI MALAYSIA KESIMPULAN


Antara langkah yang perlu dilakukan ke arah memupuk kesedaran untuk menghayati pinsip Rukun Negara ialah mempratikkan prinsip Rukun Negara melalui pembelajaran di sekolah. Tujuannya adalah untuk memastikan warga pendidik khususnya para pelajar dapat memahami dan menghormati prinsip Rukun Negara. Sebagai contoh, para guru harus menerapkan prinsip Rukun Negara dalam mata pelajaran seperti Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan dan pendidikan moral. Sejak beberapa tahun belakangan ini, kita sering membaca dalam pelbagai media tentang keperluan Rukun Negara diperkenalkan dalam Perlembagaan Persekutuan kita. Terdapat segelintir pihak yang mempunyai pandangan, seandainya Malaysia ingin maju di persada antarabangsa, merentasi struktur politik, ekonomi dan sosial, maka isu bangsa dan agama tidak patut dipolitikkan. Apatah lagi sebagai sebuah negara berbilang kaum dan agama. LANGKAH-LANGKAH MEMUPUK PERBEZAAN PRINSIP RUKUN NEGARA DI KALANGAN MASYARAKAT Selain itu, pihak kerajaan sememangnya mempunyai tanggungjawab yang besar bagi memastikan rakyat di negara ini sentiasa menghayati prinsip Rukun Negara dengan mengambil insentif seperti menganjurkan program yang bertemakan Rukun Negara. Sebagai contoh, pihak kerajaan dapat menganjurkan pertandingan “Sketsa Rukun Negara” atau pertandingan poster.


Seterusnya, Ibu bapa mesti bertanggungjawab mendidik anak-anak mereka supaya memahami maksud atau fungsi prinsip Rukun Negara ini digubalkan.Tambahan pula, Ibu bapa juga perlu memastikan anak-anak faham dan patuh serta menghayati prinsip Rukun Negara sejak dari kecil sehingga dewasa seperti kata pepatah melentur buluh biarlah dari rebungnya. kesimpulan Rukun Negara sedia ada tidak akan dipandang remeh yang diwarisi zaman ke zaman ataupun hilang ditelan zaman apabila penghayatannya tidak dititikberatkan. Sambil kita menuju ke hadapan dalam dunia serba moden ini, janganlah kita alpa dan menjadi punca kemundurannya pula tetapi menjadi sebab bagi kejayaannya dengan menguat serta meraikan semangat kepelbagaian kita.Rukun Negara sepatutnya dijiwai dalam setiap sanubari kita dan bukan sekadar laungan dan ikrar bagaikan menanam tebu di bibir mulut agar kita bermegah di persada dunia sebagai warga yang berjaya dengan perpaduan dalam kepelbagaian kita. 1.https://www.utusan.com.my/rencana/2021/02/menbina-nilainasional-menghayati-rukun-negara/ D I S E D I A K A N O L E H : M A C V A N N I S T E L E L W I N B E R G A N A K M A T H I A S


Kesan-kesan Masyarakat mengabaikan prinsip Rukun Negara ‘ Kepercayaan Kepada Tuhan’ Tujuan utama Rukun Negara dibentuk adalah untuk membentuk perpaduan yang kukuh, menjadikan Rukun Negara itu sendiri sebagai nadi perpaduan negara. Sehubungan itu, prinsip-prinsip di dalam Rukun Negara jelas merupakan nadi kepada keharmonian dan perpaduan kaum demi memastikan kesejahteraan dan keamanan di Malaysia. Kepercayaan kepada tuhan bermaksud asas kehidupan beragama menjadi prinsip penting kepada kehidupan rakyat di negara kita. Sebarang bentuk ideologi atau ajaran yang menolak kepercayaan kepada tuhan (kumpulan fahaman ateis) seperti fahaman komunis tidak akan mendapat tempat di negara ini. Perlembagaan Persekutuan menyatakan bahawa Islam ialah agama persekutuan, tetapi agama dan kepercayaankepercayaan lain boleh diamalkan dengan aman dan tenteram di mana-mana bahagian di dalam Persekutuan. Agama menjadi unsur penting dalam membentuk rohani masyarakat kita. Prinsip “Kepercayaan kepada tuhan” seharusnya menyatukan hubungan antara pelbagai kaum serta dapat membina jati diri yang kuat. Jika masyarakat tidak mengamalkan prinsip "kepercayaan kepada Tuhan" seperti yang termaktub dalam Rukun Negara, ini boleh memberi kesan-kesan berikut, seperti kehilangan Nilai Bersama Rukun Negara bertujuan menyatukan rakyat Malaysia melalui nilai-nilai bersama. Jika kepercayaan kepada Tuhan tidak diamalkan, masyarakat mungkin kehilangan satu nilai bersama yang dapat mengikat mereka secara kolektif. Ini boleh mengakibatkan perpecahan dan hilangnya rasa identiti kebangsaan. Selain itu, Masyarakat yang tidak mengamalkan kepercayaan kepada Tuhan juga boleh menyebabkan penekanan pada perbezaan agama di kalangan masyarakat. Ini boleh, membawa kepada ketegangan antara kelompok agama dan mengekalkan batasan-batasan kepercayaan yang mungkin memisahkan masyarakat.


Di samping itu, Rukun Negara memberikan dasar untuk membangun harga diri nasional dengan menekankan prinsip-prinsip yang memupuk semangat kesatuan dan kesejahteraan bersama. Jika elemen-elemen Rukun Negara tidak diamalkan, masyarakat akan kehilangan rasa tanggungjawab dan kesetiaan terhadap negara mereka. Hal ini juga memberi, Impak Terhadap Pembangunan Sosial iaitu pembangunan sosial yang berjaya memerlukan kerjasama dan sokongan dari semua lapisan masyarakat. Jika prinsip "kepercayaan kepada Tuhan" tidak diamalkan, ini boleh memberi kesan negatif terhadap keupayaan masyarakat untuk bersatu dan bekerjasama dalam usaha pembangunan sosial. Masyarakat yang mengabaikan nilai kepercayaan kepada tuhan ini, berpotensi Kecenderungan Ke Arah Sekularisme iaitu Masyarakat tidak mengamalkan nilai "kepercayaan kepada Tuhan" boleh memberi kesan kepada kesucian institusi keagamaan dan mungkin menyumbang kepada kecenderungan ke arah sekularisme, di mana nilai-nilai keagamaan tidak lagi memainkan peranan penting dalam kehidupan masyarakat. Oleh itu, amalan nilai-nilai yang terkandung dalam Rukun Negara adalah penting bagi memastikan Malaysia sebagai sebuah negara yang berbilang budaya dan agama dapat terus hidup dengan aman damai. kesimpulan https://www.malaysiakini.com/news/534392 Disediakan oleh: Owen Didang anak Harry


D A L A M K E S E M P A T A N I N I , K A M I I N G I N M E N Y A M P A I K A N U C A P A N T E R I M A K A S I H Y A N G T U L U S A T A S D E D I K A S I D A N K O M I T M E N K I T A S E M U A U N T U K M E N J A G A K E P E N T I N G A N R U K U N N E G A R A . K E B E R S A M A A N I N I M E N J A D I L A N D A S A N Y A N G K U A T U N T U K M E N C I P T A K A N M A S Y A R A K A T Y A N G A D I L , H A R M O N I S , D A N S E J A H T E R A . K I T A P A T U T B E R S Y U K U R K A R E N A K E B E R A G A M A N D A L A M K E Y A K I N A N A G A M A K I T A T I D A K P E R N A H M E N J A D I P E N G H A L A N G D A L A M M E N J A L I N P E R S A T U A N D A N K E S A T U A N . S E M A N G A T G O T O N G - R O Y O N G Y A N G T U M B U H D A R I K E P E R C A Y A A N K E P A D A T U H A N T E L A H M E M B I M B I N G K I T A U N T U K B E R S A T U D A L A M P E R B E D A A N , M E N C I P T A K A N L I N G K U N G A N Y A N G D A M A I , D A N M E M B A N G U N N E G E R I Y A N G K O K O H . T E R I M A K A S I H K E P A D A S E M U A P I H A K Y A N G D E N G A N S E T U L U S H A T I B E R K O N T R I B U S I U N T U K M E N C I P T A K A N A T M O S F E R K E H I D U P A N Y A N G B E R L A N D A S K A N N I L A I - N I L A I L U H U R D A N M E N G H O R M A T I S E T I A P K E Y A K I N A N . S E M O G A S E M A N G A T K E B E R S A M A A N I N I T E R U S B E R K E M B A N G , D A N K I T A S E M U A D A P A T T E R U S B E R J A L A N B E R S A M A M E N U J U M A S A D E P A N Y A N G L E B I H B A I K . S E K A L I L A G I , T E R I M A K A S I H A T A S D E D I K A S I D A N K O N T R I B U S I D A L A M M E N J A G A K E P E N T I N G A N R U K U N N E G A R A D A N K E P E R C A Y A A N K E P A D A T U H A N .


Click to View FlipBook Version