Penggunaan Tayar-Tayar Terpakai Dalam Membuat Kerusi Di Taman Rekreasi
STEPHEN HO IK KIONG
67819
Faculty of Applied and Creative Arts
Universiti Malaysia Sarawak
94300 Kota Samarahan,
Sarawak, MALAYSIA
Email: [email protected]
ABSTRACT
Kajian ini merupakan satu platform untuk memupuk masyarakat mengitar semula bahan-bahan
terpakai khasnya tayar yang tidak digunakan lagi. Selain itu, jika dilihat sisa timbunan tayar-
tayar terpakai ditimbunan sampah yang dilupuskan di tapak-tapak perlupusan menunjukkan
kesedaran masyarakat tentang mengitar semula tayar-tayar terpakai jelas masih terlalu rendah.
Oleh hal yang demikian, kajian ini dilakukan untuk memupuk masyarakat untuk mengitar
semula tayar-tayar terpakai bagi kegunaan dan terus dipraktikkan serta dijadikan sebagai gaya
hidup yang lebih agresif dalam usaha memupuk masyarakat untuk membuat produk baru
menggunakan tayar-tayar terpakai.
Kata Kunci : Penggunaan tayar-tayar terpakai dalam membuat kerusi di taman rekreasi
Pengenalan
Pada era yang penuh dengan teknologi kini, Malaysia telah dilihat salah satu negara yang
berkembang dengan pesat dan membangun terutamanya dalam sektor perindustrian. Sektor
perindustrian bukan sesuatu yang asing lagi bagi masyarakat pada masa kini, kerana ia telah
diiktiraf sebagai antara faktor pemangkin kepada pertumbuhan ekonomi dan pembangunan
sesebuah negara. Pentingnya usaha dan sumbangan industri mengolah semula tayar terpakai
ini adalah selaras dengan agenda kerajaan untuk menjadi negara sebagai negara yang menjaga
keselamatan dan kesihatan alam sekitar.
Kesan daripada aktiviti tersebut sudah pasti bilangan tayar-tayar terpakai yang dibuang
semakin berkurang ekoran daripada pengolahan tayar-tayar terpakai untuk kegunaan landskap
atau perhiasan. Kemudian, masyarakat kini sangat gemar melakukan pembakaran tayar secara
terbuka menyebabkan asap hitam yang tebal dan berbau busuk turut dikatakan bertoksik dan
boleh menyebabkan masalah kesihatan sekiranya dihidu serta memberikan kesan buruk kepada
alam sekitar . Oleh itu, amalan kitar semula tayar-tayar terpakai sangat diperlukan oleh setiap
lapisan masyarakat di negara ini.
Amalan mengitar semula tayar-tayar terpakai amat penting kepada sesebuah negara agar
kesihatan alam terjaga supaya imej negara dapat dikekalkan. Melalui tindakan seperti ini
kefahaman masyarakat tentang mengitar semula tayar-tayar terpakai untuk kegunaan landskap
dapat membuka pintu hati masyarakat supaya menerima amalan kitar semula sebagai satu
budaya yang wajib diamalkan dalam kehidupan seharian.
Justeru, amalan mengitar semula tayar-tayar terpakai amat diperlukan dalam kalangan
masyarakat bagi mengekalkan amalan lestari memandangkan senario penggunaan tayar
terpakai semakin dipandang enteng dan bakal memudaratkan generasi muda akan datang.
Kesimpulannya, kajian terhadap penggunaan tayar-tayar terpakai dalam membuat kerusi di
taman rekreaksi dalam kalangan masyarakat berbilang kaum memberi impak yang sangat besar
kepada masyarakat dan negara.
Penyataan Masalah
1) Masyarakat didapati lebih memilih membuang tayar ke dalam sungai sebagai jalan
mudah untuk menghapuskan tayar yang tidak digunakan.
2) Terdapat di antara mereka yang membakar tayar secara terbuka sehingga menyebabkan
pencemaran udara.
3) Selain itu,masyarakat juga membiarkan tayar terpakai dilonggokan di tempat yang
tidak senang mata memandang. Misalnya di tempat-tempat awam, hadapan kedai
makanan dan ditepi jalan.
Objektif Kajian
1) Mengenalpasti masalah yang dihadapi oleh masyarakat sekiranya amalan mengitar
semula
tayar-tayar terpakai tidak diiamalkan.
2) Mengkaji jenis bahan yang sesuai digunakan untuk membuat landskap.
3) Mereka bentuk landskap menggunakan tayartayar terpakai dengan membuat semula
produk baru
Kaedah Kajian
Bagi menjalankan kajian ini lebih sistematik, pengkaji telah menggunakan beberapa
kaedah kajian untuk mendapatkan maklumat dan data yang diperlukan oleh pengkaji.
Selepas itu, kajian ini bertujuan untuk menghubungkaitkan objektif kajian dengan hasil
kajian supaya dapat membincangkan aspek reka bentuk kajian, instrumen kajian, cara
mendapatkan responden, cara mengumpulkan maklumat, data kajian melalui dua cara
memproses dan mempersembahkan data yang akan dibincangkan.
Kaedah Instrumen
Kuantitatif Borang soal selidik
Kuanlitatif rujukan
Kaedah Kuantitatif
Merujuk kepada istilah kuantitatif ini dikaitkan dengan data numerika dan ketetapan
dimana penyelidikan dilakukan melalui kajian eksperimental. Kaedah kuantitatif
merupakan data yang dipungut secara analisis denga ujian statistik. Borang soal selidik
telah digunakan untuk mendapatkan data kuantitatif.
Kaedah Kualitatif
Kaedah kualitatif digunapakai untuk melengkapkan kajian ini supaya kajian dapat
disokong dengan bukti yang kukuh dan relevan. Kaedah ini membolehkan pengkaji
mendapat penyelidikan yang lebih matang dan berkualiti.
Data Analisis
Respon Daripada Borang Soal Selidik Secara Atas Talian ( Kuantitatif )
1. Menganalisis mengenai pembuatan landskap menggunakan tayar-tayar terpakai
Pembuatan landskap menggunakan Peratus ( % )
tayar-tayar terpakai
Ya 68.6 %
12.9 %
Tidak 18.9 %
Mungkin
Sebanyak 68.6% atau 48 orang responden menjawab soal selidik pernah mendengar pembuatan
landskap menggunakan tayar-tayar terpakai manakala sebanyak 18.6% atau 13 orang
responden mengatakan mungkin pernah dengar pembuatan landskap menggunakan tayar-
tayar terpakai. Kemudian sebanyak 12.9% atau 9 orang responden yang menjawab soal
selidik mengatakan tidak pernah mendengar pembuatan landskap menggunakan tayar-tayar
terpakai. Secara majoritinya memperlihatkan responden mengatakan mungkin pernah dengar
pembuatan landskap menggunakan tayar-tayar terpakai.
2. Menganalisis tahap pemahaman anda mengenai penggunaan tayar-tayar terpakai dalam
membuat landskap
Pemahaman anda mengenai Peratus ( % )
penggunaan tayar-tayar terpakai dalam
4.3 %
membuat landskap 15.7 %
32.9 %
1 25.7 %
2 21.4 %
3
4
5
Carta bar diatas menunjukkan bahawa pemahaman responden yang menjawab soal selidik
secara atas talian. Sebanyak 4.3% atau 3 orang responden menjawab 1 atau sangat tidak faham
mengenai penggunaan tayar-tayar terpakai dalam membuat landskap manakala sebnayak
15.7% atau 11 orang mengatakan tidak faham mengenai penggunaan tayar-tayar terpakai
dalam membuat landskap. Seterusnya, sebanyak 32.9% atau 23 orang mengatakan bahawa
mereka sederhana faham mengenai penggunaan tayar-tayar terpakai dalam membuat
landskap dan sebanyak 25.7% atau 18 orang responden mengatakan faham mengenai
penggunaan tayar-tayar terpakai dalam membuat landskap. Selain itu, sebanyak 21.4% atau
15 orang responden mengatakan bahawa mereka sangat faham mengenai penggunaan tayar-
tayar terpakai dalam membuat landskap. Secara keseluruhannya responden sederhana faham
mengenai mengenai penggunaan tayar-tayar terpakai dalam membuat landskap.
3. Menganalisis kelebihan menggunakan tayar-tayar terpakai dalam membuat landskap
Kelebihan menggunakan tayar tayar Peratus ( % )
terpakai dalam membuat landskap 57.1 %
15.7 %
Menyelamatkan alam sekitar daripada 67.1 %
tercemar
Meningkatkan kreativiti penghasilan
karya
Meningkatkan kreativiti penghasilan
karya
Carta di atas menunjukkan soalan mengenai kelebihan menggunakan tayar-tayar terpakai
dalam membuat landskap. Sebanyak 57.% responden menunjukkan penggunaan tayar-tayar
terpakai mampu menyelamatkan alam sekitar daripada tercemar. Selain itu, sebanyak 15.7%
menunjukkan penggunaan tayar-tayar terpakai dijadikan sebagai sumber pendapatan baharu
manakala sebnayak 67.1% responden mengatakan penggunaan tayar-tayar terpakai mampu
meningkatkan kreativiti penghasilan karya. Secara keseluruhan menunjukkan responden
memilih mampu meningkatkan kreativiti penghasilan karya adalah kelebihan menggunakan
tayar-tayar terpakai dalam membuat landskap.
4. Menganalisis melihat penggunaan tayar-tayar terpakai dalam membuat landskap
Penggunaan tayar-tayar terpakai dalam Peratus ( % )
membuat landskap 75,7 %
Sekolah 64.3 %
27.1 %
Taman Rekreaksi 10 %
Persekitaran Kampus
Tempat Kerja
Gambar rajah diatas menunjukkan tempat responden selalu melihat penggunaan tayar-tayar
terpakai dalam membuat landskap. Sebanyak 75.7% atau 53 orang responden telah
mengatakan mereka sering melihat penggunaan tayar-tayar terpakai dalam membuat
landskap di sekolah manakala sebanyak 64.3% atau 45 orang mengatakan di taman rekreaksi
melihat penggunaan tayar-tayar terpakai dalam membuat landskap. Tambahan pula,
persekitaran kampus juga dinyatakan oleh responden dimana 27.1% atau 19 orang responden
pernah melihat tayar-tayar terpakai dalam membuat landskap. Kemudian, sebnayak 105 atau
7 orang responden memilih di tempat kerja sebagai tempat sering melihat penggunaan tayar-
tayar terpakai dalam membuat landskap. Majoritinya, responden sering melihat penggunaan
tayar-tayar terpakai dalam membuat landskap di sekolah.
5. Menganalisis jenis reka bentuk landskap yang sering anda lihat
Jenis reka bentuk landskap yang sering Peratus ( % )
anda lihat
95.7 %
Pasu Bunga 45.7 %
11.4 %
Buaiyan Tayar 31.4 %
Perabot
Kenderaan
Rajah carta bar di atas menunjukkan jenis reka bentuk yang sering responden lihat
menggunakan tayar terpakai. Sebanyak 95.7% responden memilih pilihan 1 atau pasu bunga
sebagai reka bentuk yang sering dilihat menggunakan tayar-tayar terpakai manakala sebanyak
45.7% responden memilih pilihan 2 atau buian tayar sebagai reka bentuk yang sering dilihat
menggunakan tayar-tayar terpakai. Sebanyak 11.4% responden memilih pilihan 3 atau reka
bentuk perabot sebagai reka bentuk yang sering responden lihat menggunakan tayar terpakai
dan sebanyak 31.4% responden memilih pilihan 4 atau figura sebagai reka bentuk yang
responden lihat menggunakan tayar terpakai. Secara majoriti responden memilih pasu bunga
sebagai reka bentuk yang sering dilihat responden lihat menggunakan tayar terpakai.
6. Menganalisis penggunaan tayar-tayar terpakai dapat meningkatkan kreativiti
masyarakat
Penggunaan tayar-tayar terpakai dapat Peratus ( % )
meningkatkan kreativiti masyarakat
80 %
Ya 2.9 %
Tidak 17.1%
Mungkin
Carta pie di atas menunjukkan bahawa penggunaan tayar-tayar terpakai dapat meningkatkan
kreativiti masyarakat. Sebanyak 37 orang responden atau 80% mengatakan ya bahawa
penggunaan tayar-tayar terpakai dapat meningkatkan kreativiti masyarakat manakala
sebnayak 22 responden mengatakan mungkin dapat meningkatkan kreativiti masyarakat.
Seterusnya, sebnyak 9 orang responden atau 2.9% memilih tidak mampu meningkatkan
kreativiti masyarakat dalam penggunaan tayar-tayar terpakai membuat landskap. Secara
keseluruhannya memumjukkan bahawa responden mengatakan ya bahawa penggunaan tayar-
tayar terpakai dapat meningkatkan kreativiti masyarakat.
7. Menganalisis reka bentuk tayar-tayar terpakai yang sesuai digunakan untuk tujuan
landskap
Reka bentuk tayar-tayar terpakai yang Peratus ( % )
sesuai digunakan untuk tujuan landskap
42.9 %
Kenderaan 47.1 %
Haiwan 72.9 %
55.7 %
Figura
Flora
Carta bar di atas menunjukkan jenis reka reka bentuk tayar-tayar terpakai yang sesuai
digunakan untuk tujuan landskap. Sebanyak 42.9% responden memilih kenderaan sebagai
reka reka bentuk tayar-tayar terpakai yang sesuai digunakan untuk tujuan landskap manakala
sebanyak 47.1% responden memilih reka reka bentuk tayar-tayar terpakai yang sesuai
digunakan untuk tujuan landskap. Selain itu, sebanyak 72.9% responden memilih reka reka
bentuk tayar-tayar terpakai yang sesuai digunakan untuk tujuan landskap dan sebanyak
55.7% responden memilih reka reka bentuk tayar-tayar terpakai yang sesuai digunakan untuk
tujuan landskap. Secara keseluruhannya menunjukkan responden memilih figura sebagai
reka bentuk yang sesuai direka menggunakan tayar-tayar terpakai.
Reka Bentuk Akhir
Pemodelan 3D dilakukan untuk menunjukkan rupa prototaip secara digital. Pengkaji
menggunakan Perisian Rhinoceros 5 untuk melaksanakan proses tersebut. Hasil akhir
prototaip, rendering, pandangan pecahan dan lukisan teknikal yang ditunjukkan dengan jelas
dan terperinci di bawah.
Perspektif
Pandangan Atas
Pandagan Depan
Pandangan Tepi
Konsep yang terkini dapat dilihat menggunakan konsep minimal. Rekaan tersebut direka
berdasarkan penambahbaikan secara terus-menerus yang dilakukan oleh pengkaji. Rekaan
tersebut lebih elegen berbanding rekaan yang sebelumnya kerena dilengkapi dengan rekaan
estetik yang menarik. Gambar di atas menunjukkan perbezaan sudut pandangan tepi yang telah
diubah oleh pengkaji dari rekaan lama ke rekaan baharu. Jelas menunjukkan rekaan baharu
lebih elegen kerana adanya ciri_ciri yang lebih estetik digunakan. Rekaan baharu juga lebih
teratur dan stabil. Hal ini kerana pengkaji telah melakukan beberapa kajian yang mendalam
berkaitan dengan projek. Ini membolehkan pengkaji memdapat hasil yang lebih menarik dan
perubahan yang ketara
Pandangan Pecahan
Pandangan pecahan di lakukan bagi memperlihatkan komponen-komponen yang terselindung
di bahagian bawah. Ini membolehkan audiens untuk melihat komponen yang tersembunyi
dengan lebih jelas.
Produk Akhir / Prototaip
Pengkaji telah menggunakan 3D printing untuk membuat prototaip. Reka bentuk taau prototaip
ini 100% seiras dengan lakaran akhir dan 3d model yang direka menggunakan perincian 3D
Rhinoceros 7. Pengkaji membuat validasi menggunakan tayar terpakai secara realistik untuk
mengkaji ketahanan serta kestabilan tayar. Pengkaji menggunakan tiga tayar yang telah
dipotong untuk mengukuhkan kestabilan tayar.
Kesimpulan
Tuntasnya, proses reka bentuk sangat penting kerana ia menerangkan bagaimana sesuatu
dilakukan dan kemudian memberikan fokus untuk menjadikannya lebih baik di mana
menjelaskannya dilakukan menentukan sejauh mana perkara itu berjaya dihasilkan. Sekiranya
pereka memberi tumpuan kepada proses yang betul dan dengan cara yang betul maka proses
itu dapat merancang jalannya dengan lancar. Melalui proses ini, pereka dapat membuat projek
dengan jayanya kerana proses yang dilakukan secara berperingkat. Ini membolehkan pereka
dapat menyiapkan tugasan dengan lebih terperinci.
Dalam kajian ini, pengetahuan masyarakat mengenai penggunaan tayar-tayar terpakai dalam
membuat kerusi di taman rekreaksi terhadap fungsi produk tersebut telah dikaji dan mencapai
objektif kajian. Masalah pengguna mengenai kajian ini berkaitan dengan tayar-tayar terpakai
telah dikenal pasti bagi membolehkan kajian ini dapat mencapai objektif dan kesimpulan
pengkaji. Pengkaji juga menganalisis reka bentuk produk yang sedia ada untuk membantu
mengembangkan idea supaya idea lebih kreatif dan berobjektif.
Kerusi tayar yang direka khas di taman rekreaksi merupakan idea yang baru dan diinovasikan
dengan lebih kreatif supaya memberi reka bentuk yang asli dan baru. Kajian ini membantu
masyarakat di luar khasnya kepada golongan belia perlu mempelajari cara mengitar semula
barang terpakai untuk mereka bentuk semula kepada produk yang lebih kreatif. Keadaan ini
mendorong masyarakat untuk lebih bersistematik melakukan aktiviti kitar semula. Ia juga
dibuat untuk mengkaji posisi duduk yang sesuai dan selesa atau kata lain mengkaji faktor
ergonomik terhadap postur badan semasa duduk di kerusi.
Kajian Masa Depan
Kajian masa depan diharapkan dapat membantu meningkatkan kehidupan masyarakat dalam
penggunaan tayar-tayar terrpakai dalam membuat kerusi di taman rekreaksi. Reka Bentuk
produk juga masih dalam proses perkembangan bentuk dimana pengguna masih belum
berpuas hati terhadap reka bentuk yang telah direka. Kajian ini perlu diteliti dengan lebih
mendalam supaya penggunaan tayar-tayar terpakai dapat disemai dalam kalangan masyarakat
berbilang kaum di negara ini. Akhir sekali, kewujudan kajian ini membolehkan masyarakat
sedar akan kepentingan menjaga alam sekitar dan menggunakan semula bahan-bahan terpakai
khasnya tayar-tayar kerana tahap pereputan tayar sangat rendah.
Rujukan
Azila, R (2016, Januari 4), Kesedaran Kitar Semula: Kewajipan Semua. Diperolehi dari
http://www.ikim.gov.my/index.php/kesedaran-kitar-semula-kewajipan-semua
Bin, M. (2013, Mar ),Kreativiti Kitar Semula. Tayar terbuang danTerpakai. Relaks Minda.
Diperoleh dari
http://www.relaksminda.com/kreativiti-kitar-semula-tayar-terbuang.html?m=0
Roslan, M. A (2018, Februari 5), Cari duit Lebih Menggunakan Tayar Terpakai. Berita Harian
https://www.bharian.com.my/bisnes/lain-lain/2018/02/385095/cari-duit-lebih-dengan-
tayar-terpakai
Sidi, K. (2015, Februari 16), Pencemaran Asap Tayar, Borneo Post Online
https://www.theborneopost.com/2015/02/16/pencemaran-asap-tayar
Zaitie, S (2019, Oktober 5), Mengolah tayar Terpakai. Berita Harian. Diperoleh dari
https://www.hmetro.com.my/mengolah-tayar-terpakai