The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by chiksalimah7379, 2022-05-26 05:15:05

BUKU PROGRAM PIBG 2022

BUKU PROGRAM PIBG 2022

SEKOLAH KEBANGSAAN GAMBANG

Sabtu • 28 MEI 2022 • 8:30 pagi • DEWAN SK GAMBANG

DIRASMIKAN OLEH:

TUAN HAJI IZDIHAR BIN ISHAK

TIMBALAN DEKAN AKADEMIK & PENGANTARABANGSAAN IIUM

PERKARA HALAMAN

PENGENALAN & OBJEKTIF 1

ATUR CARA MAJLIS 2

KATA-KATA ALUAN YDP PIBG 3

DARI MEJA GURU BESAR 4

JAWATANKUASA KERJA & PELAKSANA 5-6

CARTA ORGANISASI AJK PIBG 7
SESI 2020/2022

AGENDA MESYUARAT 8

MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI 9-17
KE-33

LAPORAN AKTIVITI TAHUNAN PIBG 18-20
BAGI SESI 2021/2022

PENYATA KEWANGAN 21-23

NOTIS MESYUARAT AGUNG KALI KE-34 24

JAWANKUASA PIBG (LANTIKAN BARU) 25

USUL 26

SEKALUNG PENGHARGAAN 27

Mesyuarat Agung PIBG merupakan acara tahunan
yang diadakan di Sekolah Kebangsaan Gambang.
Majlis diadakan sebagai medan bagi guru dan ahli
masyarakat SK Gambang bekerjasama serta
merapatkan hubungan silaturahim.

q Sebagai pendorong kepada ibu bapa, penjaga
dan pelajar-pelajar agar sentiasa berusaha bagi
meningkatkan pencapaian dalam bidang
kurikulum dan kokurikulum.

q Memberi kesedaran kepada ibu bapa,penjaga
dan murid-murid bahawa setiap usaha diiktiraf
dan dihargai oleh pihak sekolah dan masyarakat
keseluruhannnya.

q Memantapkan lagi kerjasama antara pihak
sekolah, Ajk PIBG, ibu bapa, penjaga dan
masyarakat.

1

8.00 pagi q Pendaftaran kehadiran Ibu
Bapa/Penjaga dan Guru

8.30 pagi q Ketibaan Tuan Haji Izdihar bin Ishak
q Kata Aluan Pengerusi Majlis

(En Faizul bin Sanin)
q Nyanyian Lagu Negaraku
q Bacaan Doa

(Ustaz Mohamad Amin bin Baharun
Azhar)
q Persembahan Pembukaan - Tarian
q Ucapan Guru Besar
( Pn Norlida binti Mokhtar)
q Ucapan Perasmian
(Tn Hj Izdihar bin Ishak)
q Penyampaian Cenderamata kepada
Perasmi
q Mesyuarat Agung PIBG kali ke-34

2

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera.

Alhamdulillah dan dipanjatkan kesyukuran kepada Allah S.W.T yang mana
dengan limpah dan kurnia-Nya sekali lagi kita dapat bersama-sama menjayakan
Mesyuarat Agung PIBG kali ke-34 pada tahun ini di bulan Ramadhan yang
dimuliakan Allah SWT. Rasanya belum terlambat saya mengucapkan Ramadhan
Kareem, semoga kita dapat meneruskan ibadah Ramadan kita dengan lebih
sempurna selepas memasuki fasa endemik. Selaku YDP, saya ingin mengambil
kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang
telah memberikan kerjasama yang padu dalam menjayakan program ini,
terutama Guru Besar, Semua Guru Penolong Kanan, semua guru-guru, AJK
PIBG, Ibu bapa dan komuniti setempat. Kerjasama erat yang diberikan oleh ibu
bapa dan komuniti merupakan satu tanda yang baik untuk memajukan
pendidikan anak-anak kita di sekolah ini.

Pandemik Covid-19 yang telah melanda merupakan satu Rahmat Allah SWT di
mana kita terdorong untuk menuju norma dan teknologi baharu. Sepanjang tahun
2021, pelbagai aktiviti fizikal yang telah dirancang namun tidak dapat
dilaksanakan akibat Pandemik Covid-19 yang melanda seluruh negara. Namun
begitu, PIBG tetap membantu pihak sekolah dalam memastikan bangunan
baharu sekolah dapat dijalankan. Bangunan baharu ini amat penting kepada
seluruh warga sekolah khususnya kepada anak-anak. Beberapa gotong royong
juga telah dilakukan terutama semasa musim tengkujuh tempohari telah
mengakibatkan tanah runtuh di belakang sekolah. Malah pihak MPK juga telah
mengadakan gotong-royong baru-baru ini bagi membersihakn jalan masuk ke
sekolah.

Sehubungan dengan itu, sekali lagi saya berharap agar semua ibu bapa sentiasa
bekerjasama dan memberi sokongan kepada program-program yang sedang dan
akan dilaksanakan sama ada oleh PIBG atau pihak sekolah. Akhir kata, saya
mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua yang
menjayakan Majlis Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-34 pada tahun ini secara
norma baharu.

Sekian, Wassalam.

……………………………
(IZDIHAR BIN ISHAK)
Yang DiPertua PIBG SK Gambang
Sesi 2020/2022

3

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Syukur ke hadrat Ilahi kerana diberi penghargaan menyampaikan sepatah dua kata
dalam buku program mesyuarat agung PIBG Sekolah Kebangsaan Gambang kali ke-
34. Dikesempatan ini saya juga ingin mengucapkan selamat menyambut bulan
Ramadhan Al-Mubarak kepada seluruh warga SK Gambang. Semoga kita semua
dapat menjalani ibadah puasa dengan sempurna pada tahun ini.
Selaku Guru Besar sekolah ini, saya ingin mengambil kesempatan mengucapkan
ribuan terima kasih kepada Yang Di Pertua PIBG dan Ahli Jawatankuasa kerana telah
memberi kerjasama yang baik dengan barisan kepimpinan sekolah dalam banyak hal
seperti buah fikiran, kerja gotong-royong, aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan
keselamatan murid-murid dan hubungan dengan pihak sekolah.
Saya pohon kepada semua ibu bapa murid di sekolah ini agar maju selangkah lagi
bagi memastikan kejayaan sahsiah diri dan akademik anak-anak dapat dicapai.
Sempena majlis mesyuarat agung PIBG kali ke-34 ini, saya mengharapkan agar ibu
bapa terus berusaha memberikan yang terbaik untuk anak-anak bagi memastikan
kejayaan mereka dalam bidang akademik di Sekolah Kebangsaan Gambang ini.
Pihak sekolah sangat menitikberatkan keselesaan pembelajaran murid dan sentiasa
berharap supaya lebih ramai murid berpeluang mengikuti pembelajaran. Menyedari
bangunan sedia ada tidak mampu memenuhi pertambahan bilangan murid, pihak
sekolah berusaha keras memohon peruntukan daripada pihak kerajaan untuk
pembinaan blok bangunan baharu.
Bermula Disember 2021 yang lalu, pembinaan bangunan baharu telah dijalankan.
Pihak sekolah amat memerlukan sokongan ibu bapa kerana proses perjalanan
datang dan pulang ke sekolah menjadi isu yang tidak dapat dielakkan. Pihak sekolah
memohon maaf atas kekurangan yang dialami oleh ibu bapa. Kami sangat
menghargai sifat sabar, tolak ansur dan kerjasama yang diberikan. Sesungguhnya,
kesulitan hari ini adalah untuk keselesaan anak-anak pada masa hadapan.
Akhir kata, saya pohon sekali lagi agar setiap ibu bapa mengambil cakna terhadap
kejayaan dan kecemerlangan diri anak-anak di sekolah ini. Semoga usaha gigih
setiap individu secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan majlis
mesyuarat agung kali ini mendapat ganjaran dari Allah subhanahuwata’ala jua.

Sekian, Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Sekian Terima Kasih,

(PUAN NORLIDA BINTI MOKHTAR) 4
Guru Besar SK Gambang

Penasihat:
Puan Norlida binti Mokhtar

(Guru Besar)

Pengerusi:
Tuan Haji Izdihar bin Ishak

(YDP PIBG)

Naib Pengerusi:
Pn. Januati binti Ibrahim

(GPK Pentadbiran)
En. Mehaboobjan bin Basulhak

(GPK HEM)
En. Abdul Rahman bin Hussain

(GPK KOKO)
Pn. Norkhazimal binti Mohd Kamal

(GPK Petang)
Dr. Muhammad Ashraf bin Fauri @Fauzi

(NYDP PIBG)

Setiausaha Kehormat:
Puan Norliza binti Abd Manaf

Penolong Setiausaha:
Puan Siti Nurhafiza binti Marzuki

Bendahari:
Puan Norliyaton binti Ismail

5

JEMPUTAN DAN SAMBUTAN MENGEMAS DEWAN / TEMPAT
Pn. Norlida binti Mokhtar (SELEPAS)
Tuan Haji Izdihar bin Ishak En Kamaruzaman bin Awang (K)
Dr. Muhammad Ashraf bin Fauri @Fauzi En Ariff bin Arippin
Pn. Januati binti Ibrahim En Ahmad Azizul bin Awang
En. Mehaboobjan bin Basulhak Ustaz Aska bin Achbar
En. Abdul Rahman bin Hussain
Pn. Norkhazimal binti Mohd Kamal BACAAN DOA
AJK PIBG Ustaz Mohamad Amin bin Baharun Azhar

PENGERUSI MAJLIS SIJIL / CENDERAMATA
En Faizul bin Sanin Pn Siti Nurhafiza binti Marzuki (K)
Pn Salbiah binti Husin
SIARAYA / TEKNIKAL Pn Norhayati binti Abd Rahman
En. Mohd Fazli bin Abdul Jalil Pn. Nurul Ain binti Hamim
Pn Asma’ bt Mohamed
 
PENCATAT MINIT MESYUARAT SURAT JEMPUTAN / e-PENDAFTARAN
Pn Noraidah bt Abdul Manaf (K) Pn Norliza binti Abd Manaf (K)
Cik Azita bt Kamaluddin Pn. Farrah Nadia binti Mohd Nordin

PERSIAPAN DEWAN / TEMPAT BUKU PROGRAM
(SEBELUM) Pn. Salimah binti Che Hassan (K)
En Mohd Sharul Anuar bin Abd Aziz (K) Pn. Siti Norbaini bt Mohamad
En Zulhilmi bin Mohd Noor
En. Khairul Izwan bin Musa BANNER / PUBLISITI
En Roslee Azman bin Rozalee @ Zahari Pn Rosfadina binti Hamzah

HIASAN PENTAS / BACKDROP JAMUAN IBU BAPA
Pn. Siti Hanani bt Mohd Yusoff (K) Pn. Nurizah bt Abu Samah (K)
Pn. Aida bt Ahamad Pn. Ronaliza binti Ramli
Pn. Najah Adibah binti Ibrahim  
Pn. Norulhuda bt Mohd Arshad PERSEMBAHAN
Pekerja Swasta Pn. Nor Anita binti Abd Aziz
Pn. Norzaidah bt Zainuddin
JAMUAN VIP
Pn. Azian bt Abdul Rahman (K) PENCATAT PENGIRAAN UNDI
Pn. Azirawati binti Aziz En Zamri bin Salleh
Pn. Zarina binti Jusoh En Asmarizal bin Ghazale
 
JURU GAMBAR
En. Mohd Yusoff bin Awang 6

BIL NAMA JAWATAN 

1 PN. NORLIDA BINTI MOKHTAR PENASIHAT
2 TUAN HAJI IZDIHAR BIN ISHAK
3 DR. MUHAMMAD ASHRAF BIN FAURI @ YANG DIPERTUA

FAUZI NAIB YANG DIPERTUA
4 PN. NORLIZA BINTI ABD MANAF
5 PN. SITI NURHAFIZA BINTI MARZUKI SETIAUSAHA
KEHORMAT
6 PN. NOrLIYATON BINTI ISMAIL PENOLONG
SETIAUSAHA
BENDAHARI

7 EN. SHARUL AMRI BIN ISMAIL AJK
(IBU BAPA)
8 TENGKU MOHD RIDZUAN BIN TENGKU
IBRAHIM AJK
(IBU BAPA)
9 PROF MADYA FATMAWATI BINTI ADAM
AJK
10 EN. MOHD ZAMRI BIN ABDULLAH (IBU BAPA)

11 EN. AJMAL GHASSANI BIN KAMARZAMAN AJK
(IBU BAPA)
12 PN. LEE CHEW MEE
AJK
13 PN. NAJAH ADIBAH BINTI IAHIM (IBU BAPA)

14 EN. MOHD YUSOFF BIN AWANG AJK
(IBU BAPA)
15 EN. MOHD FAZLI BIN ABDUL JALIL
AJK
16 PN. NORULHUDA BINTI MOHD ARSHAD (GURU)

17 EN. RAHIN BIN HASSAN AJK
(GURU)
7
AJK
(GURU)

JURU AUDIT
(GURU)

JURU AUDIT
(IBU BAPA)

q Ucapan Yang Dipertua PIBG
q Membentang / menerima Minit Mesyuarat Agung

PIBG Kali ke-33/2020
q Membentang / menerima Laporan Tahunan

Jawatankuasa
q Membentang / menerima Penyata Kewangan yang

telah diaudit
q Membahas dan menerima usul
q Ucapan Pembubaran AJK PIBG 2020-2022

- Pelantikan Pengerusi Sementara
- Pemilihan Jawatankuasa PIBG 2022-2024
q Ucapan Penangguhan oleh YDP Sesi 2022-2024
q Cabutan bertuah
q Penyampaian jil dan cenderamata kepada AJK
Sesi 2020-2022 oleh Guru Besar
q Sesi fotografi bersama AJK PIBG Sesi 2020-2022
q Mesyuarat berakhir

8

TARIKH : 13 MAC 2021

HARI : SABTU

MASA  : 9.30 PAGI

TEMPAT : BILIK MESYUARAT UIA GAMBANG

KEHADIRAN : 230 ORANG 

PERASMI  : YB MOHD SHAHAR BIN ABDULLAH 

                                  (TIMBALAN MENTERI KEWANGAN II , 

                                  AHLI PARLIMEN  PAYA BESAR)

1.0 UCAPAN ALU – ALUAN YANG DIPERTUA PIBG

1.1 Tuan Haji Izdihar bin Ishak, YDP PIBG selaku pengerusi
mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada guru-guru, ibu
bapa yang dapat mengikuti Mesyuarat Agung PIBG kali ke-33
secara atas talian. Ucapan terima kasih juga kepada barisan
ahli jawatankuasa PIBG atas sumbangan yang diberikan
sepanjang menjadi AJK PIBG.

1.2 Beliau melahirkan rasa kesyukuran kerana berjaya mengadakan
Mesyuarat Agung PIBG secara atas talian walaupun dalam norma
baharu.

1.3 Beliau juga merakamkan ucapan terima kasih kepada YB Mohd
Shahar bin Abdullah, Timbalan Menteri Kewangan II selaku Ahli
Parlimen Paya Besar yang meluangkan masa untuk merasmikan
Mesyuarat Agung PIBG kali ke-33 secara atas talian.

1.4 Beliau juga merakamkan ucapan terima kasih kepada YB Mohd
Shahar bin Abdullah kerana telah menyumbang sebanyak RM
20,000.00 untuk pembangunan SK Gambang.

1.5 YDP PIBG menyeru agar ibu bapa memberi sokongan dan
menyumbang kepada pihak sekolah untuk kecemerlangan anak-
anak murid SK Gambang.

Tindakan : Makluman Semua

9

2.0  UCAPAN PENASIHAT PIBG

2.1 Guru Besar, Puan Hajah Zunaidah binti Mohamed Som
memanjatkan kesyukuran kerana dapat melaksanakan
Mesyuarat Agung PIBG kali ke-33 dengan menggunakan
pelantar digital mengikut norma baharu kerana pandemik Covid-
19 yang berlaku seluruh negara.

2.2 Beliau mengucapkan terima kasih kepada YB Mohd Shahar bin
Abdullah Timbalan Menteri Kewangan II selaku Ahli Parlimen
Paya Besar kerana sudi merasmikan Mesyuarat Agung PIBG
kali ke-33 walaupun sibuk dengan tugasan sebagai menteri dan
ahli parlimen.

2.3 Guru Besar juga mengucapkan terima kasih kepada Tuan Mir
Azrul bin Shaharuddin Pengarah Pusat Asasi UIA Gambang
kerana memberi peluang menggunakan bilik mesyuarat yang
lengkap dan selesa untuk mengadakan Mesyuarat Agung PIBG
kali ke-33 secara atas talian.

2.4 Beliau memaklumkan tahun 2020 merupakan tahun yang sangat
mencabar bagi warga SK Gambang dalam melalui suasana
pandemik Covid-19. Guru-guru mendidik murid-murid 70%
menggunakan pelantar digital, kaedah PdPR. Pihak sekolah
memohon maaf atas segala kekurangan dan ketidakpuasan hati
ibu bapa dan sentiasa berusaha melakukan yang terbaik.

2.5 Beliau juga mengucapkan terima kasih atas AJK PIBG dibawah
pimpinan YDP PIBG, Tuan Haji Izdihar bin Ishak atas sokongan
kewangan, buah fikiran, menjalankan aktiviti keselamatan dan
kemenjadian murid dan keceriaan sekolah. Sokongan padu
daripada PIBG pembinaan surau dan tandas surau yang telah
siap sepenuhnya pada tahun 2020.

2.6 Guru besar memohon ibu bapa sentiasa mengawasi kesihatan
anak-anak, menasihati anak-anak mematuhi SOP Covid-19.

2.7 Beliau juga memaklumkan bahawa YB Mohd Shahar telah
memberi sumbangan sebanyak RM20,000.00 kepada SK
Gambang. Sumbangan tersebut telah digunakan untuk:
(i) menaik taraf PA Sistem sekolah
(ii) mewujudkan mini studio untuk Program DJ Corner
(iii) membina Gelanggang Serbaguna

2.8 Beliau memaklumkan juga bahawa SK Gambang akan mendapat
bangunan tambahan yang mengandungi 12 buah bilik darjah,
dewan terbuka, bilik pusat sumber dan lain-lain yang telah
diluluskan oleh pihak JKR. Ini juga usaha YB Mohd Shahar bin
Abdullah yang mempercepatkan kelulusan pembinaan bangunan
tambahan. Projek akan bermula pada bulan Ogos 2021 dan
dijangka siap dalam masa dua tahun.

10

2.9 Bangunan tambahan ini untuk menampung bilangan murid yang
2.10 semakin meningkat. Jumlah murid tahun 2021 adalah seramai 630
orang dan akan meningkat kesan kepesatan kawasan Gambang.
2.11 Sekolah akan beroperasi satu sesi (sesi pagi) sahaja apabila bangunan
2.12 tambahan siap dibina. Masalah laluan pejalan kaki berbumbung akan
dapat diselesaikan.
Beliau juga memaklumkan program-program yang telah dijalankan oleh
pihak sekolah walaupun hanya bersekolah lapan bulan sahaja pada
tahun 2020. Antaranya:

(i) Penjualan buku tulis dan pengagihan buku teks secara
pandu lalu.

(ii) Taklimat orientasi tahun 1 secara atas talian.
(iii) Majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar (MAKEP) 2020

secara pandu lalu. PIBG telah menyumbang sebanyak
RM2000 kepada pihak sekolah.
(iv) Projek Zero Absent (PROZAB) iaitu cabutan bertuah
kepada murid-murid yang datang penuh ke sekolah.
(v) Program DJ Cilik secara atas talian dan bersemuka
konsep membaca berita dalam tiga bahasa iaitu Bahasa
Melayu, Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab.
(vi) Program Food Bank bertujuan untuk menanamkan sikap
suka berinfak dalam kalangan murid-murid.
Beliau juga berharap semoga pandemik Covid-19 akan cepat berakhir
agar murid-murid dapat menjalankan aktiviti kokurikulum, aktiviti
berkumpulan di dalam dan di luar bilik darjah tanpa kekangan SOP.
Pihak sekolah juga sentiasa merangka program-program seperti sukan
tahunan, perkhemahan, program peningkatan akademik, kaunseling
dan aktiviti luar. Pelaksanaannya bergantung kepada perkembangan
semasa atas arahan KKM dan JPN.
Guru Besar berharap pihak sekolah mendapat kerjasama yang erat
daripada ibu bapa melalui PIBG akan terus dibina demi kecemerlangan
anak-anak dari segi aspek pendidikan. Sokongan daripada ibu bapa
amatlah diperlukan

Tindakan : Makluman Semua

3.0  UCAPAN PERASMI – YB TUAN MOHD SHAHAR BIN ABDULLAH  
     (TIMBALAN KEWANGAN II, AHLI PARLIMEN 

                PAYA BESAR )

3.1 YB Mohd Shahar bin Abdullah mengucapkan terima kasih atas
jemputan perasmian mesyuarat PIBG dan memuji pihak sekolah yang
mengadakan mesyuarat PIBG secara atas talian dan merupakan kali
pertama beliau merasmikan Mesyuarat Agung PIBG secara atas talian
sebagai ahli parlimen.

11

3.2 Beliau menyeru guru-guru supaya siap siaga dan peka terhadap
3.3 kawasan persekitaran. Proses kemenjadian murid merupakan proses
3.4 asas kepada pembentukkan generasi masa hadapan khususnya di
3.5 kawasan Paya Besar.
3.6 Beliau memberitahu bahawa Kementerian Kewangan menyegerakan
3.7 pembinaan 12 bilik darjah, dewan terbuka, bilik khas yang berjumlah
3.8 RM18 juta dalam perhatian JPN Pahang. Sekolah satu sesi (sesi pagi)
boleh dilaksanakan.
3.9 Beliau mengharapkan sekolah bersedia kerana status sekolah akan
3.10 berubah kepada sekolah dalam bandar.
3.11 Stesen ECRL Paya Besar dijangka siap pada tahun 2026 di Kawasan
Paya besar bersebelahan dengan servis logistik kontena berhadapan
dengan Paya Besar Halal Hub akan mewujudkan peluang pekerjaan
kepada masyarakat sekeliling.
Beliau juga memaklumkan Kompleks Komuniti Paya Besar tercanggih
di Pantai Timur telah diluluskan oleh Kementerian Kewangan
sebanyak RM3.6 juta.
Dato’ Aziz Rahmad, LEMBAGA Pengarah UMP Pahang bersetuju untuk
menukar nama UMP kampus Gambang kepada UMP Kampus Paya
Besar
Bandar Baru Paya Besar bermula dari Tol Gambang, Jalan Kuantan-
Segamat, Simpang Lepar Hilir 1, Paya Bungor. 10 km radius yang
mempunyai lima ciri

(i) Mesra pekerjaan
(ii) Kelestarian
(iii) Bandar warisan
(iv) Bandar Berteknologi
(v) Pusat Pendidikan (Malaysian Educations Centre MEC)
Masjid 114 Surah : Masjid ikonik Paya Besar di Taman Gambang Damai
(tarikan pelancong). Tasik di simpang empat gambang juga akan
dibangunkan.
YB menyatakan hasrat beliau bahawa inginkan sekolah melahirkan
murid-murid yang mempunyai prestasi akademik yang lebih cemerlang.
Beliau meluluskan RM10,000 kepada SK Gambang untuk program
inovasi iaitu permulaan robotik.
Beliau mengucapkan terima kasih kepada guru besar, YDP PIBG,
barisan AJK PIBG, guru-guru dan ibu bapa.

Tindakan : Makluman Semua

12

4 . 0         M E M B E N TA N G   D A N   M E N G E S A H K A N   M I N I T   M E S Y U A R AT    
AGUNG DAN LAPORAN TAHUNAN PIBG KALI KE-32 SESI 2020

4.1 Puan Norliza binti Abd Manaf membentang minit mesyuarat dan
mengesahkan mesyuarat PIBG kali ke-32 / 2020.

Pencadang : Encik Ajmal Ghassani bin Kamarzaman
Penyokong : Puan Zaliha binti Zakaria

Tindakan : Makluman Semua

5.0  PEMBENTANGAN DAN PENGESAHAN LAPORAN KEWANGAN PIBG 
SK GAMBANG YANG TELAH DIAUDIT SESI 2020

5.1 Puan Norliyaton binti Ismail membentangkan Penyata Kewangan
berakhir Januari 2021 dan memohon supaya Penyata Kewangan
diterima.

Jumlah tunai BAKI SEMASA
Jumlah Bank RM548.60
RM 15,132.22

Pencadang : Puan Azirawati binti Aziz
Penyokong : Puan Na’imah binti Abdul Hamid

Tindakan : Makluman Semua

6.0  PELANTIKAN AJK PIBG 2021
6.1 Pemilihan AJK PIBG pada tahun ini ditangguhkan.

Pencadang : En Mehaboobjan bin Basulhak
Penyokong : Dr. Muhammad Ashraf bin Fauri @ Fauzi

Tindakan : Makluman Semua

7.0  PENETAPAN BAYARAN PIBG

7.1 Ahli-ahli PIBG yang hadir telah sebulat suara menetapkan
sumbangan PIBG bagi seorang murid dalam satu keluarga
sebanyak RM50.00.

Pencadang : Encik Nasrul Isyam bin Abdul Hamid
Penyokong : Mohd Shahrizal bin Sabu

Tindakan : Ibu bapa / penjaga

13

8.0  PERKARA BERBANGKIT

8.1 Laluan Pejalan Kaki / Susur Gajah
Encik Iqmal Hakimi bin Zakaria dan Encik Kazzman bin
Kamaruzzaman membangkitkan perkara laluan pejalan kaki
berbumbung dari bangunan sekolah ke pondok keselamatan.
YDP PIBG menjelaskan bahawa laluan pejalan kaki dibina 
bersama-sama dengan pembinaan bangunan baharu.

Tindakan : Makluman Semua

8.2 Tempat Meletakkan Kenderaan
Dr. Fatmawati binti Adam membangkitkan tentang ruang meletakkan
kenderaan ibu bapa yang menunggu anak-anak pulang dari sekolah.
Beliau mencadangkan tanah di seberang jalan pintu masuk utama
sekolah berpotensi untuk di sewa. Ruang menunggu ini untuk
mengelakkan kesesakakan trafik dan risiko kemalangan.
YDP PIBG menjelaskan akan diusahakan oleh pihak sekolah.  

Tindakan : Makluman Semua

9.0  MEMBENTANG DAN MEMBINCANG USUL DAN CADANGAN

9.1 Usul 1 : 
Membina laluan pejalan kaki berbumbung untuk murid-murid 
ke sekolah untuk mengelakkan dari terkena panas dan hujan.

Pencadang :
Puan Zakiah bintit Ramli
Puan Nor Hasmanizam binti Daud
Puan Nur Aidilafizatul binti Mohd Noor
Encik Iqmal Hakimi bin Zakaria
Encik Kazzman bin Kamaruzzaman

Jawapan :
Guru Besar memaklumkan bahawa sekolah satu sesi memang
tidak dapat dilaksanakan memandangkan kelas tidak mencukupi
(hanya ada 12 kelas sahaja).
YDP PIBG mencadangkan agar ibu bapa menghantar surat beserta
tandatangan semua ibu bapa kepada Kementerian Pendidikan
Malaysia (KPM) untuk memohon bangunan baharu.

14

9.2  Usul 2 :
Tiada sumbangan PIBG pada tahun 2021.

Pencadang :
Puan Sulina Haleeza binti Zahari

Jawapan :
YDP PIBG memaklumkan sumbangan PIBG adalah secara sukarela dan
tiada paksaan. Ibu bapa boleh memberi sumbangan mengikut kemampuan
ibu bapa. Sekiranya tidak mampu menyumbang dari segi kewangan, ibu
bapa boleh menyumbang dari segi fizikal seperti memberi sumbangan
tenaga untuk aktiviti sekolah. Sumbangan PIBG juga boleh dibuat secara
atas talian.

9.3 Usul 3 :
Pelantikan YDP PIBG sehingga dua penggal
Disokong sebulat suara

9.4 Usul 4 :
Mengadakan kawalan keselamatan dari segi lalu lintas sewaktu pelajar
pulang sekolah di pintu masuk utama, sewaktu waktu puncak iaitu pukul
1.00 petang.

Beliau mencadangkan :
i) PIBG Sediakan petak kuning, sebagai tanda tidak boleh parking, hanya
tempat turunkan anak sahaja. Kenderaan ibu bapa yang menunggu tidak
boleh berada dalam petak kuning.
ii) Satu banner/ tanda arah lalu lintas, mendidik ibu bapa tentang aliran trafik
sewaktu waktu puncak dihadapan pintu masuk demi keselesaan dan faktor
keselamatan pelajar yang keluar masuk

Pencadang :
Encik Nasrul Isyam bin Abdul Hamid

Jawapan :
Guru Besar memohon ibu bapa memberi kerjasama kepada pihak sekolah
agar kawalan keselamatan dapat dilakukan dengan baik. Drop Zone juga
akan dipertimbangkan. Sukarelawan diperlukan untuk memantau murid-
murid waktu pulang agar mematuhi SOP yang telah ditetapkan di samping
faktor keselamatan murid terjaga.

YDP PIBG mencadangkan ibu bapa menjadi sukarelawan untuk mengawal
lalu lintas di kawasan luar sekolah. Pihak sekolah akan memberikan sedikit
token dan menyediakan “vest” kepada ibu bapa yang ingin membantu
mengawal. Ibu bapa yang ingin memberi khidmat bantuan boleh berhubung
dengan pihak sekolah
Banner dan petak kuning akan disediakan oleh pihak sekolah.

15

9.5 Usul 5 :
Jawatankuasa PIBG mencadangkan sumbangan PIBG sebanyak RM50.00
bagi satu keluarga dan tambahan RM10.00 mengikut bilangan anak
bersekolah bagi pembelian kertas A4.
Kutipan sumbangan PIBG boleh dilakukan pada awal tahun pada semasa
awal persekolahan sebelum Mesyuarat Agung PIBG tahun semasa.

Pencadang : Encik Nasrul Isyam bin Abdul Hamid
Penyokong : Mohd Shahrizal bin Sabu

10.0  HAL-HAL LAIN

10.1 Encik Faizal bin Zainal Abidin mencadangkan mengadakan lawatan
penanda aras ke sekolah berprestasi tinggi atau sekolah kluster untuk
berkongsi aktiviti-aktiviti yang dijalankan.
Encik Faizul bin Sanin memberitahu bahawa SK Gambang telah
mengadakan lawatan penanda aras ke sekolah berprestasi tinggi
sebelum Pandemik Covid-19. Infasrtuktur sekolah tidak mengizinkan
untuk melaksanakan program seperti sekolah-sekolah berprestasi
tinggi.

10.2 Encik Nasrul Isyam bin Abdul Hamid mencadangkan bahawa pihak
sekolah perlu berkomunikasi secara berkesan dan memberi kesedaran
kepada ibu bapa tentang hal ehwal sekolah.
Dr Muhammad Ashraf bin Fauri@Fauzi menerangkan bahawa
mewujudkan kesedaran bagi ibu bapa untuk mendidik anak, ibu bapa
perlu menjadi role model kepada anak-anak.
Beliau juga menjelaskan agar memberi sumbangan PIBG untuk
kemudahan anak-anak melaksanakan program di sekolah.

10.3 Puan Syafinaz Irdina mencadangkan pengunaan rak buku di dalam
kelas untuk meringankan beban buku yang dibawa oleh murid-murid.
Puan Rohana binti Mohamed Tahar menjelaskan bahawa keadaan
fizikal kelas tidak mempunyai ruang untuk meletakkan rak buku di
dalam kelas. Memandangkan susunan meja murid juga perlu
mematuhi SOP yang telah ditetapkan.
Beliau mencadangkan agar ibu bapa menyediakan beg sekolah yang
sesuai untuk anak-anak dan membawa buku-buku mengikut jadual
waktu yang telah ditetapkan.

10.4 Puan Na’mah binti Abdul Hamid mencadangkan mengemaskini menu
makanan murid-murid setiap hari.
Encik Mehaboobjan bin Basulhak menjelaskan bahawa pihak sekolah
telah menggunakan sistem tempahan makanan dan menu telah
ditetapkan oleh pihak kantin.

16 Tindakan : Makluman Semua

11.0 UCAPAN PENANGGUHAN

11.1 Guru besar mengucapkan terima kasih kepada AJK PIBG, guru-
guru dan ibu bapa yang telah berjaya menjalankan mesyuarat
secara atas talian mengikut norma baharu.

10.2 Tuan Haji Izdihar bin Ishak mengucapkan terima kasih dan
menghargai segala pandangan daripada ibu bapa penjaga SK
Gambang. Beliau juga berharap agar semua ahli dapat
memberikan komitmen untuk mempertingkatkan kemajuan dan
kecemerlangan murid.

Tindakan : Makluman Semua

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 11.30 pagi.

Disediakan Oleh : Disahkan Oleh :

..................................... ....................................
( NORLIZA BT ABD MANAF ) ( IZDIHAR BIN ISHAK )
Setiausaha Kehormat , Yang Dipertua ,
Persatuan Ibu Bapa dan Guru , Persatuan Ibu Bapa dan Guru ,
SK Gambang, Kuantan Pahang SK Gambang, Kuantan Pahang

PENCATAT MINIT :
1. PN ZARINA BINTI JUSOH (K)
2. PN ANITA BINTI MOHAMMAD
3. EN ROSLEE AZMAN BIN ROZALEE @ ZAHARI
4. PN SITI HANANI BINTI MOHD YUSOFF
5. PN SITI ASMA’ BT MOHAMED
6. PN SALBIAH BT HUSIN
7. PN NOR ANITA BT ABD AZIZ

17

Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) telah melaksanakan beberapa aktiviti
sepanjang tahun. Kejayaan aktiviti adalah bergantung penuh kepada kesungguhan
dan komitmen yang wujud dalam kalangan ahli persatuan.

1.Mesyuarat Jawatankuasa PIBG
Mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa bagi merancang dan memastikan aktiviti
yang dilangsungkan berjalan dengan lancar dan berkesan.
i.Mesyuarat Jawatankuasa kali pertama : 30 Ogos 2021 (Jumaat)
ii.Mesyuarat Jawatankuasa kali kedua : 20 Januari 2022 (Khamis)
iii.Mesyuarat Pelarasan Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-34 : 04 April 2022 (Isnin)

2.Taklimat Tahun 1 Secara dalam Talian
Taklimat ini telah diadakan pada 11 Mac 2022 (Jumaat) untuk memberi penerangan
SOP pembukaan sekolah oleh guru besar Puan Norlida binti Mokhtar dan Puan
Norkhazimal binti Mohd Kamal selaku GPK Petang. Penyertaan ibu bapa / penjaga
murid tahun 1 dan Prasekolah adalah seramai 95 orang.

3.Majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar (MAKEP)
Majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar (MAKEP) secara bersemuka diadakan pada
23 Februari 2022 bagi memberi penghargaan dan sumbangan kepada murid yang
cemerlang. PIBG telah menyumbangkan wang sejumlah RM3,100.00 kepada pihak
sekolah.
Cenderahati Adiwira juga diberikan kepada murid yang cemerlang matapelajaran/
PdPR terbaik. Sumbangan sebanyak RM1,000.00 daripada PIBG.

4.Projek Coffee Table On Exclusive Herbs in Malaysia
PIBG dibawah tanggungjawab Prof. Madya Dr. Fatmawati binti Adam dan GPK
Kokurikulum menjalankan projek penerbitan Coffee Table On Exclusive Herbs In
Malaysia yang melibatkan murid tahun 4, 5 dan 6. Kos perbelanjaan ditanggung
sepenuhnya oleh UMP.

5.Program Ziarah Cakna (Bulan Ramadhan)
PIBG juga telah memberi sumbangan kepada Program Ziarah Cakna (Bulan
Ramadhan) yang dikendalikan oleh Puan Salimah binti Che Hassan di bawah Unit
Bimbingan dan Kaunseling. Program ini bertujuan untuk membantu keluarga yang
kurang berkemampuan. Sumbangan berupa wang ringgit dan bekalan makanan. Bagi
tujuan tersebut, PIBG menyumbangkan RM1,000.00 kepada pihak sekolah.

18

   6. Keceriaan Sekolah
Bagi memupuk keselesaan dan keharmonian di persekitaran sekolah serta landskap
sekolah, PIBG telah menyumbangkan sebanyak RM2,000.00 kepada sekolah.
 

7. Program Gotong- Royang
i. Gotong-Royong 1.0
AJK PIBG bersama-sama guru serta pekerja sekolah telah mengadakan gotong-
royong secara tertutup membersihkan Kawasan sekolah yang terjejas akibat banjir.
Sebanyak RM370.00 diperuntukkan untuk menampung bayaran jamuan makan 
untuk perkara tersebut.
 
ii. Gotong-Royong 2.0
Program gotong -royong komuniti Bersama Majlis Bandaran Kuantan (MBK) telah
dijalankan pada 16 Mac 2022 (Rabu). Pihak sekolah dan PIBG mengambil inisiatif
untuk membersihkan kawasan pagar sekolah dan laluan sementara untuk keselesaan
dan keselamatan murid-murid.

8. Sumbangan untuk kemajuan akademik dan kokurikulum serta kemudahan dan 
keselesaan murid
PIBG juga telah memberi sumbangan untuk kemajuan akademik sepanjang tahun
2021 dan 2022 seperti :

ü PIBG memperuntukkan sebanyak RM2,500 untuk bayaran peralatan untuk
mengecat gelanggang futsal sekolah.
ü Menampung perbelanjaan untuk membantu penambahbaikkan bilik pemulihan.
PIBG telah menampung bayaran kepada kedai buku sebanyak RM3,000.00.
ü Pembelian Lab Coat untuk kemudahan murid-murid menjalankan aktiviti. PIBG
juga telah memberi sumbangan sebanyak RM500.00
ü Memberi sumbangan sebanyak RM2,000 kepada Kelab Doktor Muda untuk
membeli peralatan yang boleh digunakan oleh murid-murid.
ü Kelab Robotik sekolah menerima sumbangan sebanyak RM10,000 dan
merupakan sumbangan daripada YB Shahar.
Peruntukan ini masih belum dibelanjakan.
ü Unit Sukan menerima sumbangan sebanyak RM5,000.00 daripada PIBG untuk
melaksanakan aktiviti-aktiviti sukan yang melibatkan murid-murid.
ü Aktiviti akhir tahun 6 memerlukan perbelanjaan untuk menjayakan Program Tahun.
Sumbangan RM1,000.00 daripada PIBG untuk menampung perbelanjaan tersebut.
✓ Pembelian Komputer dan Laptop untuk kemudahan sekolah. PIBG telah
menyumbangkan sebanyak RM6,000.00

9. Laluan Sementara Drop In dan Drof Off Murid-murid
Jawatankuasa PIBG juga sangat komited atas masalah yang dialami oleh ibu bapa
berkenaan penutupan jalan masuk utama ke sekolah disebabkan pembinaan bangunan
baharu. Justeru itu, pihak sekolah dan PIBG telah mengambil inisiatif membuka jalan
alternatif bagi tujuan ibu bapa menghantar dan mengambil anak dari sekolah.

19

Jawatankuasa PIBG turut terlibat dengan aktiviti-aktiviti sekolah dari
semasa ke semasa. Akhir kata, diucapkan terima kasih kepada semua
ahli yang telah menyumbangkan khidmat kepada PIBG dalam
menjayakan setiap program. Ahli Jawatankuasa PIBG sesi 2020-2022
memohon maaf jika ada kesilapan atau kekurangan sepanjang
menjalankan tanggungjawab ini. Diharap hubungan antara ibu bapa dan
PIBG berjalan dengan baik demi kemajuan anak-anak di sekolah
ini.
Sekian, terima kasih.
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Saya yang menjalankan amanah,

...............................................
NORLIZA BINTI ABD MANAF
Setiausaha PIBG
SK Gambang

20

SESI 2021/2022

Penyata Kewangan
Februari 2021 sehingga Februari 2022

Tarikh PENDAPATAN Tunai Bank Tarikh PERBELANJAAN Tunai Bank
Perkara Perkara
Pembelian termometer berdiri
FEBRUARI 2021
Goodies Bag - Mesyuarat PIBG di
01.02.21 Baki 584.60 15,132.22 19.02.21 UIAM (AJK) 365.00
Cenderahati YB Mohd Shahar
05.02.21 Sumbangan dataran 50.00
berbumbung

19.02.21 Sumbangan dataran 20.00
berbumbung 584.60 15,202.22

JUMLAH MAC 2021 219.60
80.00
01.03.21 Baki 219.60 15,202.22 12.03.21 144.80

15.03.21 Sumbangan PIBG (kutipan 5,460.00 18.03.31 224.80
24.01.21)

30.03.21 Sumbangan PIBG 2,795.00
8,474.60
31.03.21 Sumbangan PIBG 8,249.80 1,340.00
3,284.00 16,542.22
JUMLAH 11,533.80
11,533.80 APRIL 2021
01.04.21 Baki 11,533.80 16,542.22
26.04.21 Sumbangan PIBG 11,533.80 1,310.00
30.04.21 Sumbangan PIBG
17,852.22
JUMLAH MEI 2021

01.05.21 Baki 17,852.22
06.05.21 Sumbangan PIBG 60.00

JUMLAH 17,912.22
JUN 2021
01.06.21 Baki
17,912.22

09.06.21 Sumbangan YB Mohd. 10,000.00
Shahar 80.00

16.06.21 Sumbangan PIBG 27,992.22
JULAI 2021
JUMLAH 11,533.80
11,533.80 27,992.22
01.07.21 Baki 11,533.80 150.00
28.07.21 Sumbangan PIBG
28,142.22
JUMLAH

21

PENDAPATAN PERBELANJAAN
Perkara
Tarikh Perkara Tunai Bank Tarikh Tunai Bank
01.08.21 Baki 0GOS 2021

11,533.80 28,142.22

JUMLAH 11,533.80 28,142.22

SEPTEMBER 2021

01.09.21 Baki 11,533.80 28,142.22 07.09.21 Pindahan duit di tangan (CDM) 11,200.00
Caj bank 11,200.00
04.09.21 Sumbangan PIBG 130.00 13.09.21 3.00
07.09.21
Pindahan duit di tangan 11,200.00 13.09.21 Pertukaran bill deposit TNB 2770.00
(CDM) 14.09.21 0.50
Caj bank
24.09.21 Bayaran peralatan mengecat 2500.00
27.09.21 gelanggang 0.50
39,472.22
OKTOBER 2021 Caj bank 5274.00

JUMLAH 333.80

01.10.21 Baki 333.80 34,198.22 27.10.21 Bayaran pusranita murid (PSS) 118.20
29.10.21 Derma surau 333.80 70.00
JUMLAH 215.60 34,268.22 Bayaran Button Badge "Jutawan
Al-Quran"
NOVEMBER 2021

01.11.21 Baki 34,268.22 02.11.21 125.00
01.11.21 Sumbangan PIBG
30.11.21 Sumbangan PIBG 300.00 17.11.21 Baik pulih laluan kuarters 125.00 428.00
0.50
JUMLAH 540.00 780.00 18.11.21 Caj bank 1930.00
1,055.60 370.00 428.50
01.12.21 Baki 30.11.21 Keceriaan sekolah
930.60 Caj bank 2,000.00
35,048.22 0.50

DISEMBER 2021

34,619.72 09.12.21

10.12.21

9.12.21 Sumbangan PIBG 1370.00 10.12.21 Pindahan duit di tangan (CDM)
10.12.21 30.12.21
Pindahan duit di tangan 1,930.00 Bayaran jamuan gotong royong
(CDM) banjir sek

23.12.21 Sumbangan PIBG 1,220.00
37,769.72
2,300.60 2,300.00 2,000.50

22

PENDAPATAN PERBELANJAAN

Tarikh Perkara Tunai Bank Tarikh Perkara Tunai Bank

JANUARI 2022 6,000.00
5,000.00
01.08.21 Baki 0.60 35,769.22 31.01.22 Pembelian komputer dan 11,000.00
JUMLAH laptop sekolah
1.00
31.01.22 Unit Sukan
3,000.00
0.60 35,769.22 0.50

FEBRUARI 2022 500.00
2,000.00
01.02.22 Baki 0.60 24,769.22 03.02.22 Caj bank 1,000.00
3,100.00
22.02.22 Syarikat Eco 3,000.00 09.02.22 Penambahbaikan bilik 2,000.00
Lumber Sdn. Bhd. pemulihan
0.50
10.02.22 Caj bank
1,000.00
15.02.22 Lab coat
1,000.00
JUMLAH Kelab Doktor Muda 0.50

Tahun 6 13,602.50

MAKEP

Keceriaan sekolah

16.02.22 Caj bank

Program Ziarah Cakna
22.02.22 (Ramadhan)

Cenderahati Adiwira (Murid
Cemerlang Matapelajaran/
PDPR terbaik)

caj bank

0.60 27,769.22 23.02.22

JUMLAH TUNAI 0.60
JUMLAH BANK 14,166.72
KESELURUHAN 14,167.32

Disediakan oleh: Disemak oleh:

. ...........................................
EN. RAHIN BIN HASSAN
................................................. Juruaudit (Ibu Bapa)
PN. NORLIYATON BINTI ISMAIL Persatuan Ibu Bapa dan Guru
Bendahari SK Gambang
Persatuan Ibu Bapa dan Guru
SK Gambang

23

24

PENASIHAT : PUAN NORLIDA BINTI MOKHTAR
YANG DIPERTUA : ________________________________________
NAIB YANG DIPERTUA : ________________________________________
SETIAUSAHA KEHORMAT : ________________________________________
PENOLONG SETIAUSAHA : ________________________________________
BENDAHARI : ________________________________________

AJK IBU BAPA:
1. _______________________________________________
2. _______________________________________________
3. _______________________________________________
4. _______________________________________________
5. _______________________________________________
6. _______________________________________________

AJK GURU:
1. _______________________________________________
2. _______________________________________________
3. _______________________________________________

JURUAUDIT IBU BAPA : __________________________

JURUAUDIT GURU : __________________________

25

dan cadangan daripada ibu bapa/penjaga

BIL NAMA PENCADANG CADANGAN

1 Izdihar Ishak Pemilihan AJKPIBG

 2     Nasrul Isyam bin Abdul Hamid Mencadangkan disediakan Rela atau

sukarelawan untuk meringankan bebanguru yang

terpaksa menjaga kawalanlalulintasterutama di

waktu puncak di tengah panas mahupun di dalam

hujan setiap hari.Memandangkan pembinaan

bangunan baharu dijangka mengambil masa 2

tahun, perlu ada pelan jangka panjang. Situasi

menang-menang.Desak pemaju menyediakan

laluan keluar masuk ke sekolah yang lebih

kondusif (turap jalan dengan lebih elok) sebagai

timbal balas, memandangkan

pemajumengambiljalan utama masuk ke sekolah.

 3   Rosmawati A/P Awang Lamat Mempelbagaikan cara pengajaranyangberkesan

untuk menarik minat belajar di kalangan murid

Orang Asli.

 4   Suhaimi bin Ali Mengurangkan bilangan subjek yang dipelajari

setiap hari untuk meminimumkan jumlah buku

yang perlu dibawa olehpelajarke sekolah.

 5   Nur Aidilafizatul binti Mohd Mohon buku teks yang rosak ditukar kepada yang
  Noor baharu.
Cadangan untuk meletakkan locker untuk buku di
6 Mohd Faizal bin Halim sekolah
Selaraskan waktu pulang 12.25 tengah hari pada
 7  Razihan bin Rosli semua murid bukan hanya pada murid yang ada
adik di tahun 3 sahaja
 8  Fatin Amira Binti Asmadi Mohon cari solusi untuk selesaikanmasalah beg
sekolah muridberat.Cadangan: Pihak sekolah beli
storage box untuk seragamkan satu sekolah, ibu
bapa membayar harga storage box tersebut dan
menjadi hak milik anak mereka, dan boleh
digunakan untuk tahun-tahun seterusnya. Jika ibu
bapa beli sendiri, saiznya pasti tidak seragam dan
akan menjadi rumit untuk menyusun di belakang
kelas. Storageboxtidak perlu besar, cukup untuk
memuatkan sekurang kurangnya buku teks dan
buku aktiviti. Jika ada latihan yang perlu
disiapkandi sekolah, barulah murid bawa balik
buku yang perlu sahaja.

9 Ustaz Mohd Fazli bin Abdul Jalil AJK PIBG dikekalkan.

26

PIBG SK Gambang mengucapkan jutaan

kepada:
• Tn. Haji Izdihar bin Ishak
• Semua guru, ibu bapa/penjaga yang sudi
hadir serta menjayakan majlis ini.
• Semua dermawan yang sudi
menyumbangkan idea, masa, tenaga dan
wang ringgit bagi menjayakan semua
program PIBG bagi sesi 2021/2022.
• Semua Ahli Jawatankuasa Mesyuarat

Agung PIBG kali ke-34.
• Semua pihak yang terlibat secara langsung

dan tidak langsung dalam majlis yang
penuh dengan usaha permuafakatan ini.

27

Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG)
Sekolah Kebangsaan Gambang


Click to View FlipBook Version