BULAN
SABIT
MERAH
MALAYSIA
NAMA : FELICIA KONG MEI LING
KELAS : 4 CANGGIH
KANDUNGAN
PENGENALAN
SEJARAH BSMM
PENGASAS BSMM
LOGO BSMM
SEJARAH LOGO BSMM
PRINSIP ASAS BSMM
UNIFORM LENGKAP BSMM
IKRAR BSMM
LAGU BSMM
PERANAN BSMM
MISI, VISI & MOTO BSMM
PENGENALAN
Sebuah organisasi
kemanusiaan sukarela yang
berusaha untuk
mempromosikan nilai-nilai
kemanusiaan, serta
memberikan perkhidmatan
dan pendidikan awam dalam
pengurusan bencana, serta
penjagaan kesihatan dalam
kalangan masyarakat.
SEJARAH
ØDitubuhkan pada tahun 1948
sebagai cawangan Persatuan Palang
Merah Britain di Sabah dan
Sarawak
ØLebih banyak cawangan persatuan
ditubuhkan di Malaysia bermula di
Pulau Pinang pada tahun 1950 dan
kemudian di negeri-negeri lain
ØCawangan di Semenanjung Malaysia
dikenali sebagai Persatuan Palang
Merah Persekutuan Tanah Melayu
pada tahun 1957
→ Mendapat pengiktirafan oleh
Persatuan Palang Merah
Antarabangsa pada 4 Julai 1963
→ Menjadi ahli badan
antarabangsa pada 24 Ogos
1963
Ø Persatuan Palang Merah
Malaysia telah ditukar nama
kepada Persatuan Bulan
Sabit Merah Malaysia
selaras dengan kebenaran
penukaran nama Akta
Persatuan Palang Merah
Malaysia kepada Akta
Persatuan Bulan Sabit Merah
Malaysia 1975 oleh Parlimen
Malaysia pada 5 September
1975
PENGASAS
ØSeorang ahli perniagaan bernama
Henry Dunant (1828-1910) yang
sedih melihat mangsa perang
antara Perancis dan Itali dengan
tentera Austria di Solferino, Itali
utara pada 24 Jun 1859
→ Lebih 40,000 tentera dan orang
awal cedera dan terkorban
Ø Henry Dunant dalam perjalanan ke
Algeria, Afrika, telah membantu
mangsa yang merintih dan nyawa-
nyawa ikan ke sebuah gereja
berdekatan
HENRY DUNANT
Ø Sebuah buku kenangan dan
pengalamannya 'A Memory
of Solferino' telah dicetak
dan dihadiahkan kepada
semua ketua negara di
Eropah
Ø Hasilnya pada 1864
Jawatankuasa Palang Merah
Antarabangsa (ICRC)
dibentuk tanpa kehadiran
beliau sendiri
Buku itu mencadangkan :
• Pertama : Membentuk
organisasi kemanusiaan
antarabangsa bagi membantu
tentera dan orang awam
yang cedera dan menderita
semasa peperangan
• Kedua : Mengadakan
perjanjian antarabangsa
agar tentera yang cedera
dari mana-mana pasukan
hendaklah dibantu
LOGO
Lambang Palang
Merah ( pada
peringkat awaL
penubuhan )
Terdiri daripada golongan 5 kotak
yang membawa maksud :
• Persidangan Antarabangsa Palang
Merah
• Negara-negara yang menandatangani
Perjanjian Geneva
• Liga Persatuan Palang / Bulan Sabit
Merah
• Palang / Bulan Sabit Merah
Kebangsaan
• Jawatankuasa Antarabangsa Palang
Merah
Lambang
Palang Merah
( Konvensyen
Geneva )
Tujuan :
• Untuk perlindungan (protection sign)
┗ Aritkel 39 KG1
• Untuk pengenalan Persatuan Palang /
Bulan Sabit Merah (indicator sign)
┗ Aritkel 44 KG1
SEJARAH LOGO
ØHenry Dunant telah mencadangkan
satu lambang untuk digunakan oleh
pasukan penyelamat dan kakitangan
perubatan bagi mengelakkan
mereka daripada diserang ketika
peperangan
ØDr Louis Appia mencadangkan agar
kain putih digunakan
→ Kain putih selalunya bermaksud
perlindungan, menyerah kalah
atau berkecuali
Ø General Henry Duffor
mencadangkan agar palang merah
ditambah pada kain putih
LOUIS APPIA
→ Lambang ini sama dengan
bendera Switzerland secara
kebetulan
Ø Apabila perang Rusia-Turki
tercetus, negara Turki
mengiktiraf lambang palang
merah kerana beranggapan
bahawa palang merah
berkaitan dengan agama
Kristian
Ø Turki telah menggunakan
bulan sabit merah dan
kebetulan bulan sabit merah
sama dengan bendera Turki
ØBanyak negara Islam mengikuti
langkah Turki
ØPada mulanya, Jawatankuasa
Antarabangsa Palang Merah tidak
bersetuju dengan tindakan Turki
ini dan mendakwa lambang palang
merah tidak ada kaitan dengan
agama Kristian
ØAkhirnya 1929, Persidangan Palang
Merah Antarabangsa mengiktiraf
lambang Bulan Sabit Merah
PRINSIP ASAS
1. KEMANUSIAAN (HUMANITY)
2. KESAKSAMAAN (IMPARTIALITY)
3. BERKECUALIAN (NEUTRALITY)
4. KEBEBASAN (INDEPENDANCE)
5. KHIDMAT SUKARELA
(VOLUNTARY SERVICE)
6. KETUNGGALAN (UNITY)
7. KESEGAJATAN (UNIVERSALITY)
1. KEMANUSIAAN /
HUMANITY
v Untuk berusaha mencegah dan
meringankan kesengsaraan di
mana jua terdapat, melindungi
nyama dan kesihatan, serta
menentukan penghormatan
sesama manusia
v Memupuk kesefahaman,
kesahabatan, kerjasama dan
kediaman yang kekal antara semua
manusia
2. KESAKSAMAAN /
IMPARTIALITY
v Tidak membezakan bangsa, kaum,
agama, darjat atau fahaman
politik dalam kegiatannya
v Tujuan asasnya ialah meringankan
kesengsaraan individu dan
memberi keutamaan kepada kes-
kes kecemasan yang serius sekali
3. KEBERKECUALIAN /
NEUTRALITY
v Untuk mengekalkan kepercayaan
orang ramai terhadapnya,
Persatuan tidak menyebelahi
mana-mana pihak yang
bermusuhan dan tidak menyertai
pertikaian yang bercorak politik,
perkauman, agama atau ideologi
4. KEBEBASAN /
INDEPENDANCE
v Walaupun berupa badan tambahan
kepada pihak yang berkuasa awam
dan tertakluk dengan undang-
undang negara, Persatuan tetap
menjaga kebebasannya dalam
segala tindakannya yang
berasaskan perikemanusiaan
5. KHIDMAT SUKARELA /
VOLUNTARY SERVICE
v Berupaya badan sukarela yang
tidak didorong oleh sebarang
tujuan mencari untung
6. KETUNGGALAN (BERSATU) /
UNITY
v Hanya ada satu Persatuan Palang
Merah atau Bulan Sabit Merah
dalam sesebuah negara
v Persatuan ini hendaklah terbuka
kepada semua pihak dan
aktivitinya meliputi seluruh
negara
7. KESEGAJATAN /
UNIVERSALITY
v Gerakan Palang Merah dan Bulan
Sabit Merah Antarabangsa
meliputi seluruh dunia, di mana
Persatuan mempunyai taraf dan
tanggungjawab yang sama serta
saling bantu-membantu antara
satu sama lain
uNIfORm LENGkAP
IkRAR
Bahawa kami ahli Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia
berikrar taat setia kepada
Duli Yang Maha Mulia Sri Paduka Baginda
Yang DiPertuan Agung
dan pemerintah-pemerintah di negara kami.
Bahawa kami berikrar
akan sentiasa patuh pada perlembagaan
dan undang-undang serta arahan persatuan
walau di mana kami berada.
Bahawa kami berikrar
akan sentiasa memberi khidmat sukarela kami
kepada mereka yang sakit dan menderita
di waktu aman atau bencana
berdasarkan prinsip Bulan Sabit Merah seperti berikut:
1. Kemanusiaan
2. Kesaksamaan
3. Keberkecualian
4. Kebebasan
5. Khidmat Sukarela
6, Ketunggalan
7. Kesejagatan
LAGu
PERANAN
ØBertindak sebagai
khidmat bantuan kepada
pihak berkuasa
ØMemberi bantuan kepada
mangsa benca alam
ØPencegahan penyakit dan
membaiki tahap kesihatan
ØMelatih ahli-ahli dalam
pertolongan cemas dan
rawatan
mISI
Berkhidmat kepada yang memerlukan
dengan berkesan
vISI
Untuk dikenali sebagai organisasi
kemanusiaan yang unggul, di
peringkat kebangsaan dan
antarabangsa
mOtO
”Inter arma carita” (dalam
peperangan ada kebajikan) dan “Per
Humantitatem ad pacem” (melalui
kemanusiaan menuju keamanan
TERIMA
KASIH