KOD DAN NAMA PROGRAM / PROGRAM CODE & NAME BC - 030 - 3 : 2013 RESIDENTIAL BUILDING CONSTRUCTION TAHAP DAN SEMESTER / LEVEL AND SEMESTER L3 (SEMESTER 3) NO DAN TAJUK UNIT KOMPETENSI / COMPETENCY UNIT NO. AND TITLE BC - 030 - 3 : 2013-C10 RESIDENTIAL BUILDING CONSTRUCTION SUPERVISION NO. DAN PENYATAAN AKTIVITI KERJA / WORK ACTIVITIES NO. AND STATEMENT 1. CONFIRM RESIDENTIAL BUILDING CONSTRUCTION DRAWING 2. PREPARE RESIDENTIAL BUILDING CONSTRUCTION DAILY WORK SCHEDULE 3. CARRY OUT BUILDING CONSTRUCTION RESOURCES PREPARATION 4. COMPLETE REQUEST INSPECTION FORM 5. MONITOR DAILY WORK PROGRESS 6. CHECK CONTRACTOR PROGRESS CLAIM 7. PREPARE BUILDING CONSTRUCTION PROGRESS REPORT 8. MONITOR SAFETY, HEALTH AND RULES REGULATION 9. COORDINATE INDUSTRIALIZED BUILDING SYSTEM (IBS) INSTALLATION NO. KOD KSKV / KSKV CODE NO. Muka Surat / Page : 1 Drp / Of 16 NO. KOD / CODE NO. BC-030-3:2013-C10/WA6/P(6/9) TAJUK / TITLE: PEMERIKSAAN TUNTUTAN KEMAJUAN TUJUAN / PURPOSE: Kertas Penerangan ini bertujuan untuk memberi kefahaman dan pengetahuan kepada pelatih tentang memeriksa tuntutan kemajuan mengikut spesifikasi yang ditetapkan supaya mutu kerja dapat dihasilkan mengikut piawaian dan standard yang ditetapkan. BAHAGIAN PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL, KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA, ARAS 5 & 6, BLOK E14, KOMPLEKS E, PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN, 62604 PUTRAJAYA, MALAYSIA. KERTAS PENERANGAN (INFORMATION SHEET)
NO. KOD / CODE NO. BC-030-3:2013-C10/WA6/P(6/9) Muka Surat / Page : 2 Drp / Of 16 PENERANGAN / INFORMATION : 1.0 PENDAHULUAN Wang merupakan elemen utama bagi membiayai sesuatu projek. Dalam proses pembinaan, wang akan disalurkan melalui pembayaran mengikut kemajuan kerja. Kebiasaannya bagi tempoh pembinaan projek yang panjang dengan kos pembiayaan yang besar, bayaran yang dibuat berdasarkan kemajuan kerja telah menjadi amalan dan dasar bagi proses penyiapan projek. Amalan ini dianggap lebih praktikal berbanding pembayaran yang dibuat setelah penyerahan atau projek selesai. 2.0 PENGERTIAN TUNTUTAN DALAM PEMBINAAN Secara umum tuntutan ditakrif sebagai permohonan oleh satu pihak kepada pihak yang lain untuk mendapatkan sesuatu yang berhak diterimanya mengikut peruntukan yang nyata atau tersirat di dalam kontrak yang telah dipersetujui oleh kedua-dua pihak. (kamus Dewan, edisi ketiga, 1994, DBP:KL) Istilah tuntutan apabila diguna dalam kontek kontrak pembinaan atau kejuruteraan membawa maksud bayaran yang perlu dibuat kepada kontraktor mengikut tuntutan yang diserahkan oleh kontraktor mengikut nilai bahan –bahan dan jentera ditapak yang dibeli atau disewa, kerja-kerja awal yang dilakukan oleh kontraktor termasuk juga kerja-kerja tambahan. 3.0 TUNTUTAN KEMAJUAN KONTRAKTOR Tuntutan kemajuan adalah tuntutan yang dibuat oleh kontraktor kepada pemilik bagi menuntut pembayaran interim . Pembayaran interim merupakan salah satu kaedah bayaran tuntutan kepada kontraktor yang dibuat dalam jangka masa pendek secara berperingkat samada seminggu sekali, dua minggu sekali atau sebulan sekali bergantung kepada kemajuan kerja yang telah dijalankan di tapak bina. Dalam melaksanakan urusan pembayaran ini peraturan pembayaran hendaklah dipatuhi: 3.1Peraturan Tuntutan dan Bayaran Kemajuan Projek Bayaran kemajuan hanya boleh dibuat selepas Pegawai Penguasa dan pegawai lain yang diberi kuasa berpuas hati bahawa kontraktor telah melaksanakan kerja dengan baik dan telah mencapai tahap kemajuan kerja sepertimana yang telah disyaratkan dalam kontrak.
NO. KOD / CODE NO. BC-030-3:2013-C10/WA6/P(6/9) Muka Surat / Page : 3 Drp / Of 16 Bayaran kemajuan untuk kontrak kerja hendaklah diuruskan dengan berpandukan kepada syarat-syarat yang telah ditetapkan didalam perjanjian kontrak. Kemajuan kerja hendaklah dinilai oleh Jabatan /Agensi kerajaan yang akan membuat bayaran didalam tempoh yang ditetapkan supaya pelaksanaan kontrak dan projek tidak terjejas. Bayaran mengikut Nilai kerja yang di laksanakan oleh kontraktor bukan sahaja kerja yang termasuk di dalam kontrak tetapi juga mengambil kira kerja perubahan yang di laksanakan. Tuntutan Kemajuan Kerja (intrim) ini dibuat oleh pihak kontraktor dan dihantar kepada juruukur bahan pihak perunding bagi tujuan penilaian sebelum diserahkan kepada arkitek/jurutera/ pegawai penguasa/pengarah projek untuk pengeluaran sijil bayaran Bagi tujuan penguakuasaan bayaran kemajuan ,perakuan interim perlu dikeluarkan dengan menggunakan borang JKR )Semakan 1988)Penilaian interim yang pertama mestilah dibuat tidak lewat daripada satu bulan dari tarikh milik tapak bina. Penilaian susulan dibuat sekurang-kurangnya sekali sebulan. Tuntutan intrim hendaklah dikemukakan oleh Kontraktor bersama satu senarai bahan –bahan yang dihantar ke tapak bina sebelum atau pada hari penilaian interim dibuat.Penyelarasan harga kontrak bagi perubahan harga mestilah diambil kira dalam proses pembayaran interim. Perakuan bayaran kemajuan pertama (Interim PreliminariesPayment) hendaklah dikeluarkan apabila nilai kerja dilaksanakan dan 90% daripada nilai bahan yang dibekalkan ke tapak bina bernilai RM 200,000 atau bersamaan 10% daripada nilai kerja pembinaan
NO. KOD / CODE NO. BC-030-3:2013-C10/WA6/P(6/9) Muka Surat / Page : 4 Drp / Of 16 3.2 Dokumen Tuntutan Yang Perlu Disediakan oleh Kontraktor Antara rekod-rekod utama yang perlu disediakan dengan tepat dan teliti oleh kontraktor untuk disertakan bersama-sama dengan permohonan tuntutannya (notis), termasuklah: i Surat mesyuarat antara Kontraktor Perunding, Klien dan Penyelia yang terlibat.Minit mesyuarat tapak xiii Gambar-gambar dan laporan yang menjelaskan tarIkh pemilikan tapak ii Instruksi Arkitek/jurutera /pengawai penyelia xiv Rekod-rekod menunjukkan tempoh masa antara tarikh tender dan tarikh pemilikan tapak iii Arahan-arahan Kerani Tapak/wakilwakil jurutera xv Tender Build-up iv Kontrak dan lukisan kerja xvi Perlanjutan tempoh tuntutan v Laporan Buruh dan Loji/Penilaian Produktivi xvii Jadual Laporan Bahan-Bahan (diterima dan digunakan). vi Surat menyurat dengan subkontraktor dan pembekal xviii Senarai invois vii Diari tapak xix Rekod peralatan dan jentera viii Laporan cuaca harian xx Bil-bil Berkaitan Dengan Pertambahan Perbelanjaan. ix Resit Jadual lukisan xxi Jadual Kerja. x Gambar-gambar kemajuan kerjatarikh dinyata pada foto xxii Arahan Perubahan (Variation Orders). xi Perincian lanjut aras tapak xxiii Rekod Kerja Harian (Daily Works Records). xii Rendering Artis dan kerja-kerja tukang xxiv Laporan Kerja (Works Record Sheets). 4.0 KEMAJUAN KERJA KONTRAKTOR Kemajuan kerja adalah peningkatan ke arah penyiapan kerja dan projek yang dibangunkan oleh kontraktor. Kemajuan boleh berlaku secara perlahan dibelakang jadual, konsisten mengikut jadual dan cepat mendahului jadual. Bagi memastikan kemajuan kerja berlaku secara konsisten, ia seharusnya dilakukan secara sistematik melalui tiga prosedur iaitu: i. Merancang kerja/projek ii. Menjadual Kerja/projek iii. Memantau dan mengawal kerja/projek Ketiga-tiga peringkat ini akan digunakan dalam teknik PERT, CPM dan carta Gantt
NO. KOD / CODE NO. BC-030-3:2013-C10/WA6/P(6/9) Muka Surat / Page : 5 Drp / Of 16 i. Perancangan Projek Perancangan merupakan salah satu daripada peringkat pengurusan projek yang utama yang merangkumi aktiviti menentukan objektif projek. Ianya bertujuan untuk memudahkan pengurus dan pasukannya menjalankan sesuatu projek.Secara teknikal perancangan adalah proses menghitung jumlah masa, sumber dan saiz bajet bagi membiayai projek ii. Penjadualan Projek Proses penjadualan diperlukan untuk menganggarkan jangkamasa yang diperlukan untuk menyiapkan setiap aktiviti projek. Anggaran tempoh masa menyiapkan projek ditetapkan dengan membuat perbandingan dengan objektif projek syarikat. Apakah yang akan berlaku sekiranya masa yang ditetapkan melebihi masa yang dihadkan? Jika keadaan ini berlaku, tempoh persiapan projek mesti dikurangkan samada dengan menambah sumber tenaga kerja atau dengan menggunakan cara lain yang boleh menyiapkan projek dengan cepat. Kaedah atau alat yang lazim digunakan dalam proses penjadualan termasuklah kaedah laluan kritikal (CPM), Carta Gantt,mampatan jadual, analisis senario, pengarasan sumber, dan kaedah rantaian kritikal. iii. Memantau dan mengawal kerja/projek Daripada Jadual kerja ini pemilik akan mengawalsedlia kerja-kerja di tapak samada ia mengikut perancangan (as planned) atau tidak (infront/behind schedule). Pemantauan adalah bagi memastikan kemajuan projek mengikut perancangan. Tindakan akan diambil dalam setiap kemajuan yang dicapai terutama bagi kemajuan yang berada dibelakang jadual. Pelarasan akan dilakukan bagi membaiki keadaan bagi membawa projek dilandasan yang betul. Pelarasan yang terbabit termasuklah penggunaan sumber(Bahan ,Tenaga kerja, kos) 4.1 Kemajuan Kerja Boleh Diukur Dengan 5 Cara i) Peratusan Unit Siap Kaedah biasa yang digunakan adalah dengan memeriksa jadual projek untuk mengesan dan merekod peratusan siap.
NO. KOD / CODE NO. BC-030-3:2013-C10/WA6/P(6/9) Muka Surat / Page : 6 Drp / Of 16 Apabila projek bermula ianya pada tahap 0%.Projek siap mewakili 100% apabila ianya menepati rekabentuk yang ditetapkan secara keseluruhan dan elemen-elemen kualiti Dengan memastikan progress projek konsisten dan melihat peningkatan bilangan yang siap, peratusannya akan meningkat dan dapat ditentukan ii) Peningkatan Milestone Milestone adalah peristiwa berjadual yang memberi petunjuk kepada penyiapan peristiwa-peristiwa major yang boleh disempurnakan. Ia adalah poin spesifik menepati masa dalam kitaran hayat projek yang diguna bagi mengukur kemajuan projek ke arah mencapai sasaran. Milestone diguna sebagai tiang isyarat bagi projek mula atau tarikh tamat, keperluan semakan luaran atau input, keperluan untuk pemeriksaan bajet dan lain-lain berkaitan. Contoh bagi teknik ini,membina asas konkrit. Peristiwa-peristiwa yang dilakukan secara berurutan sehingga siapnya asas merupakan Milestone. Dalam proses ini milestone yang terlibat penyediaan dan penempatan kotak, penyediaan dan penempatan tetulang, penyediaan dan penempatan konkrit .Peningkatan dari satu peristiwa kepada peristiwa seterusnya adalah petunjukan kepada kemajuan projek iii) Mula / Akhir Kaedah ini menfokus kepada poin mula dan poin tamat tugasan sahaja. Dengan menggunakan teknik Mula/Tamat, kita akan menerima peratusan kemajuan apabila tugasan bermula dan sebahagian kemajuan ditentukan apabila tugasan selesai. Peratusan dtentukan oleh pemilik dan kontraktor projek iv) Ratio kos Kaedah Ratio Kos lazimnya dilakukan pada projek yang mempunyai tugasan yang mungkin berlaku dalam fasa yang panjang atau dalam keseluruhan tempoh projek. Selalu diguna bagi kos Overhead (kos pengurusan),
NO. KOD / CODE NO. BC-030-3:2013-C10/WA6/P(6/9) Muka Surat / Page : 7 Drp / Of 16 Teknik ini diukur berdasarkan peruntukan bajet berbanding jam buruh mengikut pengeluaran. Contohnya jika kemajuan keseluruhan projek ditentukan 42 peratus , kemudian kontraktor akan menerima 42 peratus kos overhead dan yuran. v) Pengalaman /Pendapat Kaedah ini bergantung kepada pengalaman dan tertakluk kepada pengurus projek. Ia tidak selalu direkomen dan menjadi penyelesaian terakhir kerana setiap pengalaman dan pendapat individu adalah berbeza dan boleh menyebabkan konflik antara pemilik , kontraktor dan arkitek Bagaimana pun pengalaman mampu meningkat kemajuan kerja dan kualiti produk 5.0 PENILAIAN PERATUSAN KERJA YANG DILAKUKAN Penilaian peratusan kerja akan menilai kemajuan kerja dan menetapkan peratusan kemajuannya bagi memperincikan dan menetap bayaran yang sepatut diterima oleh kontraktor 5.1 Proses membuat tuntutan kemajuan kerja Proses bermula dengan menilai dokumen tuntutan kemajuan kerja yang melibatkan prosedur berikut: 5.1.1 Mengira tuntutan Dengan rekod-rekod,data dan maklumat yang disediakan , satu format yang sesuai perlu dibangunkan bagi menyediakan kerangka kerja supaya jumlah tuntutan mudah difahami ,berasas , dapat dikira dengan mudah dan betul . Format borang boleh berubah bergantung kepada keadaan kerja dan kehendak kontraktor dalam membuat pengiraan. Kaedah penilaian boleh dilakukan dengan membahagi kepada dua aspek iaitu Menilai dari aspek Kuantiti dan Kualiti Proses: i) Menilai Kuantiti Kerja Yang Telah Siap Proses ini berlaku apabila pihak kontraktor bercadang membuat tuntutan berdasarkan kemajuan kerja yang telah dicapai. Jadi apabila tuntutan hendak
NO. KOD / CODE NO. BC-030-3:2013-C10/WA6/P(6/9) Muka Surat / Page : 8 Drp / Of 16 dilakukan, kontraktor perlu meneliti kuantiti kerja yang telah disiapkan adakah kemajuannya selaras dengan dokumen kontrak . Skop dan kuantiti kerja boleh dijelaskan sebagaimana berikut:: Skop dan kuantiti kerja telah ditetapkan dalam dokumen kontrak dan telah dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak semasa perjanjian kontrak Skop dan kuantiti kerja ini terkandung pada tajuk dan adenda yang dibekalkan. Contoh skop dan kuantiti kerja adalah “Cadangan Membina Dan Menyiapkan 2 Blok 3 Tingkat Bangunan Sekolah dan 1 Blok kantin Di Sekolah Kebangsaan Teluk Jering, Tumpat, Kelantan. Selain daripada cadangan projek yang boleh dijadikan had-had kerja pelan spesifikasi, lukisan piawai, adenda ( adendum) dan kontrak juga merupakan skop dan kuantiti bagi kerja kontraktor. Pengertian adenda ( adendum) - Istilah dalam kontrak atau surat perjanjian yang berarti tambahan klausula atau pasal yang secara fisik terpisah dari perjanjian pokoknya namun secara hukum melekat pada perjanjian pokok itu Panduan Bagi Tuntutan Kemajuan Kerja Jadual dibawah menunjukan tuntutan yang boleh dilakukan secara berperingkat mengikut peratusan kemajuan kerja berdasarkan skop;kuantiti kerja yang dilakukan. Semakan Peringkat Kerja-kerja pembinaan Bagi Bangunan Kekal PERINGKAT % BAYARAN KEMAJUAN PEMBINAAN TINGKAT 1 TINGKAT 2 JUMLAH % SIAP 10% 1 Apabila surat perjanjian ditandatangani 10% 10% 2 (a) Kerja-kerja Asas 20% 15% 2 (b) Rangka Konkrit bertetulang 35% Nota : Semak ukuran Luar 10% 2 (c) Dinding Batu Bata Rangka pintu pada tempatnya 45% Rangka tingkap pada tempatnya Nota: Semak Ukuran Dalam 10% 2 (d) Bumbung 55 % Memasang siling
NO. KOD / CODE NO. BC-030-3:2013-C10/WA6/P(6/9) Muka Surat / Page : 9 Drp / Of 16 Dawai letrik (tanpa kelengkapan) Paip Air (tanpa kelengkapan) 10% 2 (e) Melepa luar bangunan 65% Melepa dalam bangunan 15% 2 (f) Parit, saliran dan tangki Najis 80% Jalan- jalan 15% 3 (a) Pemasangan kemasan lantai dan dinding 95% 3 (b) Pemasangan cermin tingkap dan pintu 3 (c) Pemasangan Kelengkapan Sanitari 3 (d) Mengecat luar dan dalam bangunan 3 (e) Penyerahan kunci pada pemilik 3 (f) Pemasangan beakalan air dan elektrik 3 (g) Pagar 2.50% 4 (a) Selepas 6 bulan dari tarikh penyerahan kunci 97.50% 2.50% 4 (b) Selapas 12 bulan dari tarikh penyerahan kunci 100% ii) Menilai Kualiti Kerja Yang Dilakukan Bayaran tuntutan diluluskan berdasar kualiti kerja dan produk yang dihasilkan, siap mengikut tempoh seperti dijadualkan, mematuhi standard dan sebagainya. Standard kerja akan menentukan kualiti kerja yang diharapkan . Kualiti kerja dipapar melalui penghasilan dan penampilan produk. Dalam sektor pembinaan , penilaian kualiti dinilai melalui kaedah pemeriksaan visual dengan fokus kepada 4 komponen utama a) Kerja-kerja Struktural b) Kerja-kerja Arkitektural c) Mekanikal dan Elektikal (M&E) d) Kerja-kerja Luaran Pemeriksaan Visual Pemeriksaan visual dibuat melalui pemerhatian, penelitian dan pengamatan terhadap bentuk dan penampilan fizikal produk atau struktur. Struktur yang
NO. KOD / CODE NO. BC-030-3:2013-C10/WA6/P(6/9) Muka Surat / Page : 10 Drp / Of 16 berbeza akan memerlukan pemeriksaan pada bahagian yang berbeza. Bagaimana produk dan struktur diperiksakan berdasarkan elemen-elemen yang telah ditetap. , contohnya pemeriksaan keatas Tingkap memerlukan pemeriksaan elemen-elemen seperti saiz, sambungan, renganggan,jajaran,kesamarataan,kefungsian,kekuatan dan ketahanan. 5.1. 2 Menilai Dokumen Kemajuan Kerja Apabila memulakan proses tuntutan , ia melibatkan pengumpulan fakta dan pengiraan dengan mengambil kira dokumen kontrak dan persekitaran tertakluk dibawah kontrak yang ditadbir dan laksanakan. Susulan itu penilaian dokumen-dokumen tersebut perlu dilakukan sehingga proses pembayaran dibuat. Berikut adalah perkara-perkara yang akan dinilai; Proses: i) Menentukan keesahan Tuntutan Adalah perlu menyiasat dan melakukan penyelidikan yang bersesuaian terhadap dokumen kontrak bagi menguatkan keesahan tuntutan dengan mengenalpasti kelayakan spesifik. Kelayakan dalam kontrak perlu ditunjukkan ,dinyata dan dibuktikan. ii) Menilai Tuntutan Penilaian dilakukan terhadap sejauh mana perbelanjaan,kerugian dan /atau kerosakan yang terlibat.Semua rekod ,data dan maklumat perlu dikumpul dan dikaji bagi memastikan terdapat dokumen berkaitan untuk tujuan penyediaan tuntutan. Selain dari dokumen kontrak, rekod-rekod atau dokumen lazim yang menyediakan maklumat diperlukan bagi menyokong tuntutan dinyatakan pada 3.2 Dokumen Tuntutan Yang Perlu Disediakan oleh Kontraktor (sila rujuk) iii) Mengira tuntutan Dengan rekod-rekod,data dan maklumat yang disediakan , satu format yang sesuai perlu dibangunkan bagi menyediakan kerangka kerja supaya jumlah tuntutan dapat dikira. Format borang boleh berubah bergantung kepada keadaan kerja dan kehendak kontraktor dalam membuat pengiraan. Adalah penting memastikan tuntutan mudah difahami, berasas dan dilakukan dengan betul bagi menguatkan tuntutan tersebut.
NO. KOD / CODE NO. BC-030-3:2013-C10/WA6/P(6/9) Muka Surat / Page : 11 Drp / Of 16 iv) Mentaksir Tuntutan Setelah menerima tuntutan yang diserahkan oleh kontraktor, arkitek/jurutera dan pegawai penguasa bertanggungjawab mengkaji tuntutan yang dikemukakan dengan merujuk kelayakan pada dokumen kontrak, memastikan fakta,, memeriksa pengiraan dan sebagainya. Tuntutan yang diterima disemak,dicop akuan terima dan direkod dalam Daftar Bayaran Arkitek/jurutera dan pegawai penguasa ,jika perlu, boleh memohon butiran dan dokumen lanjut bagi membantu membuat penilaian yang wajar terhadap jumlah tuntutan dan memaklumkan keputusan kepada kontraktor seberapa segera. v) Penyediaan Baucer a) Tuntutan diproses untuk persediaan bayaran dengan menyediakan baucer bayaran. b) Baucer disah dan dilulus oleh Pengarah/ pegawai yang diberi kuasa c) Butir-butir baucer bayaran di rekod dalam Buku vot/Daftar d) Cek Bayaran dikeluarkan dan dipos kepada syarikat perunding. 6.0 BORANG-BORANG PENILAIAN i) Borang Laporan Penilaian Prestasi Kontraktor atau Borang PLB VII telah diwujudkan bagi menilai prestasi para kontraktor sepanjang kerja-kerja dijalankan di tapak. Aspek-aspek yang dinilai terbahagi kepada 4 iaitu Pengurusan Tapak Binaan, Pengawasan Tapak, Prosedur Kerja dan Mutu Kerja. Melalui borang ini, prestasi kontraktor akan dinilai oleh juruteknik lapangan dan akan digunakan untuk rujukan penting di masa akan datang. ii) Borang perakuan bayaran interim iii) Borang penilaian kerja kontrak penyelenggaraan / perkhidmatan berkala Borang bagi menilai kualiti kerja kontraktor. Borang yang dilampir adalah contoh borang penilaian.
NO. KOD / CODE NO. BC-030-3:2013-C10/WA6/P(6/9) Muka Surat / Page : 12 Drp / Of 16
NO. KOD / CODE NO. BC-030-3:2013-C10/WA6/P(6/9) Muka Surat / Page : 13 Drp / Of 16
NO. KOD / CODE NO. BC-030-3:2013-C10/WA6/P(6/9) Muka Surat / Page : 14 Drp / Of 16
NO. KOD / CODE NO. BC-030-3:2013-C10/WA6/P(6/9) Muka Surat / Page : 15 Drp / Of 16
NO. KOD / CODE NO. BC-030-3:2013-C10/WA6/P(6/9) Muka Surat / Page : 16 Drp / Of 16 SOALAN / QUESTIONS: 1. Nyatakan maksud tuntutan kemajuan kontraktor. __________________________________________________________________ __________________________________________________________________ 2. Nyatakan tiga (3) contoh dokumen tuntutan yang perlu disediakan oleh Kontraktor. a. __________________________________________________________________ b. __________________________________________________________________ c. __________________________________________________________________ 3. Berikan tiga (3) cara untuk mengukur Kemajuan Kerja. a. __________________________________________________________________ b. __________________________________________________________________ c. __________________________________________________________________ 4. Bagaimanakah pemeriksaan visual dilakukan bagi menilai kualiti kerja yang dilakukan. __________________________________________________________________ __________________________________________________________________ __________________________________________________________________ RUJUKAN / REFERENCES: 1. Methods for Distributing Information on Projects - Gina Abudi www.ginaabudi.com/methods-for-distributing-information-on-projects/ 2. Measuring Project Progress : 6 Methods You Should Know https://www.planacademy.com › Blog › Construction 5. BORANG PLB VII - PENILAIAN PRESTASI KONTRAKTOR plbdaerahkinta.blogspot.com/.../borang-plb-vii-penilaian-prestasi.html 6. BORANG PENILAIAN KERJA KONTRAK PENYELENGGARAAN / PERKHIDMATAN... jpphb.upsi.edu.my/images/borang/P03B01-Borang-Penilaian-Kerja..