KOD DAN NAMA PROGRAM / PROGRAM CODE & NAME BC-030-3:2013 RESIDENTIAL BUILDING CONSTRUCTION TAHAP DAN SEMESTER / LEVEL AND SEMESTER L3 NO DAN TAJUK UNIT KOMPETENSI / COMPETENCY UNIT NO. AND TITLE BC-030-3:2013 –CU06 RESIDENTIAL BUILDING DOOR AND WINDOW INSTALLATION NO. DAN PENYATAAN AKTIVITI KERJA / WORK ACTIVITIES NO. AND STATEMENT 1. IDENTIFY RESIDENTIAL BUILDING DOOR AND WINDOR INSTALLATION REQUIREMENT 2. CARRY OUT DOOR AND WINDOW INSTALLATION 3. PERFORM DOOR AND WINDOW PAINTING WORK 4. COORDINATE DOOR AND WINDOW INSPECTION NO. KOD KSKV / KSKV CODE NO. Muka Surat / Page : 1 Drp / Of 20 NO. KOD / CODE NO. BC-030-3:2013-C06/P(2/4) TAJUK / TITLE: PEMASANGAN PINTU DAN TINGKAP TUJUAN / PURPOSE: Kertas Penerangan ini bertujuan untuk memberi kefahaman dan pengetahuan kepada pelatih tentang kaedah pemasangan pintu dan tingkap mengikut piawaian. BAHAGIAN PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL, KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA, ARAS 5 & 6, BLOK E14, KOMPLEKS E, PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN, 62604 PUTRAJAYA, MALAYSIA. KERTAS PENERANGAN (INFORMATION SHEET)
NO. KOD / CODE NO. BC-030-3:2013-C06/P(2/4) Muka Surat / Page : 2 Drp / Of 20 1.0 Pengenalan Pintu dan tingkap merupakan suatu bahagian bangunan yang sangat penting. Pada dasarnya daun pintu atau tingkap perlu dipasang pada kerangkanya. Pintu merupakan suatu bukaan pada tembok bagi membolehkan laluan keluar dan masuk ke dalam sesebuah bangunan atau di antara bilik-bilik di dalam bangunan. Tingkap pula merujuk kepada bukaan pada tembok yang berfungsi untuk: membolehkan kemasukan sinar siang (pengcahayaan) mengadakan peredaran udara (pengudaraan) menebat haba dan bunyi menghalang angin dan hujan 1.1 Jenis dan fungsi kelengkapan dalam pemasangan pintu dan tingkap Kelengkapan Fungsi Engsel Untung mengantungkan daun pintu dan tingkap pada tiang jenang serta memudahkan pergerakan daun pintu Stopper Mengelakkan pintu terkena bahagian dinding
NO. KOD / CODE NO. BC-030-3:2013-C06/P(2/4) Muka Surat / Page : 3 Drp / Of 20 Kunci jenis selinder Menambahkan ciri-ciri keselamtan pada sesebuah rumah atau bangunan apabila pintunya ditutup Peephole Menambahkan ciri-cri keselamatan pada sesebuah rumah untuk melihat persekitaran depan pintu dari dalam rumah tanpa perlu membuka pintu. Pemegang pintu Memudahkan pengguna memegang pintu semasa menutup dan membuka pintu Paku Sebagai bahan pengikat
NO. KOD / CODE NO. BC-030-3:2013-C06/P(2/4) Muka Surat / Page : 4 Drp / Of 20 Tambatan keluli Fish Tail / skru ancon Mengukuhkan ikatan antara struktur kerangka pintu dan tembok bata Selak Dipasang pada permukaan dalam pintu dan tingkap bertujuan untuk kunci setelah pintu atau tingkap ditutup rapat Skru Sebagai bahan pengikat
NO. KOD / CODE NO. BC-030-3:2013-C06/P(2/4) Muka Surat / Page : 5 Drp / Of 20 Penahan pintu hidraulik Menahan pintu daripada tertutup secra mengejut dan kuat Lintel Untuk mengelakkan kerangka pintu/ tingkap meleding akibat beban bata pada bahgian atas pintu/ tingkap 1.2 Jenis Dan Fungsi Alatan Dan Kelengkapan Dalam Pemasangan Pintu Dan Tingkap Peralatan Fungsi a) PPE Peralatan keselamatan bagi melindungi pemakai daripada kecederaan b) Pemutar skru Mamasang dan membuka skru c) Playar Digunakan untuk kerja umum seperti memegang, mencengkam, memotong dan membentuk. d) sesiku L Memastikan kepersegian struktur pintu/ tingkap
NO. KOD / CODE NO. BC-030-3:2013-C06/P(2/4) Muka Surat / Page : 6 Drp / Of 20 e) alat aras Memastikan keseimbangan/ keparasan struktur f) Tukul Menukul paku g) ketam Menghasilkan permukaan kayu yang lebih halus h) Gandin Menukul pahat & menukul permukaan kayu bagi memastikan kayu tidak rosak i) skru Bahan pengikat j) gergaji Memotong kayu k) Mesin gerudi Menghasilkan lubang pada struktur kerangka pintu/ tembok bata/ panel pintu/ tinbgkap l) Pahat Membantu dalam kerja menghasilkan tanggam m) Pensel Kerja menanda n) Pita pengukur Mendapatkan ukuran yang tepat 2.0 Lokasi Dan Kaedah Pemasangan Pintu Dan Tingkap 2.1 Kerangka Pintu Kerangka pintu ialah bingkai yang mengelilingi bukaan tempat daun pintu akan dipasang. Kerangka pintu terdiri daripada dua tiang jenang yang tegak disambung kepada sebatang kayu melintang yang dinamakan kepala jenang. Kerangka mesti mempunyai kekuatan yang cukup untuk menanggung pintu. Ianya diperbuat daripada: a) Kayu b) Logam c) Plastik A. Kerangka Pintu Kayu Kerangka Pintu Kayu boleh diklassifikasikan kepada dua jenis:
NO. KOD / CODE NO. BC-030-3:2013-C06/P(2/4) Muka Surat / Page : 7 Drp / Of 20 i. Kerangka Padu Kerangka pintu kayu terdiri daripada dua tiang jenang dan satu kepala jenang dengan hias jenang. Pembinaannya menggunakan kayu yang bersaiz 100mm x 75mm atau kayu nipis 38mm tebal dan lebarnya sama dengan tebal tembok. Tiang jenang mempunyai tetingkat sedalam 12mm atau kayu penahan sedalam 12mm dipaku kepada jenang untuk menerima pemasangan daun pintu. Kepala Jenang dipasang kepada bahagian atas tiang jenang dengan menggunakan tanggam. Pada kedua-dua kepala jenang dibuat unjuran atau tanduk sepanjang 38mm untuk memasukkan ke dalam tembok bata. Rajah 2.1 : Binaan Kerangka Pintu Kayu
NO. KOD / CODE NO. BC-030-3:2013-C06/P(2/4) Muka Surat / Page : 8 Drp / Of 20 Rajah 2.2 : Binaan Kerangka Pintu Kayu Kerosakan reput basah kerap berlaku pada kaki tiang jenang terutama sekali kerangkakerangka pintu yang terdedah dengan air seperti bilik mandi. Bagi mengatasi masalah ini maka binaan batu alas setinggi 150mm yang diperbuat daripada konkrit perlu dibina pada hujung kaki tiang jenang. Sebatang penetap keluli dipasangkan di antara kaki jenang dengan batu alas supaya tiang jenang dapat didirikan dengan kukuh dan tidak menjadi longgar semasa pintu digantung. Rajah 2.3 : Peraturan Pemasangan Kerangka Pintu Kayu
NO. KOD / CODE NO. BC-030-3:2013-C06/P(2/4) Muka Surat / Page : 9 Drp / Of 20 Terdapat dua kaedah yang boleh digunakan untuk memasang kerangka-kerangka pintu padu iaitu : i. Dipasang serentak dengan pembinaan tembok yang dinamakan kaedah bina dalam; ii. Kaedah bina kemudian iaitu dipasang setelah tembok siap dibina. Dalam pemasangan bina dalam, kerangka pintu didirikan ditempatnya terlebih dahulu sebelum tembok dibina. Setelah didirikan, kerangka itu diuji kepugakannya dan ditetapkan buat sementara dengan memasang perembat-perembat pada kepala pintu sementara bahagian bawahnya ditetapkan pada gelegar-gelegar lantai atau pada pancang-pancang jika ia terletak pada aras tanah. Setelah kerangka-kerangka pintu didirikan dengan kukuh,kerja-kerja membina tembok barulah dibina rapat dengan tiang jenang. Sekeping kayu untuk dijadikan sebagai palam diletakkan pada sambungansambungan dasar pada setiap selang 300mm dengan dimestikan satu diletakkan berdekatan dengan kaki jenang dan satu lagi berdekatan dengan kepala pintu. Dengan menggunakan paku-paku yang sesuai, tiang-tiang jenang dipakukan pada palam-palam tadi setelah tanduk-tanduk pada kepala pintunya siap dibina ke dalam tembok. Rajah 2.4 : Menetapkan Tiang Jenang Pada Tembok Menggunakan Papan Palam
NO. KOD / CODE NO. BC-030-3:2013-C06/P(2/4) Muka Surat / Page : 10 Drp / Of 20 Rajah 2.5 : Pemasangan Kerangka Pintu Menggunakan Tambatan Keluli jenis Fish Tail End Frame Apabila tambatan-tambatan keluli digunakan, ia hendaklah dipasang di permukaan belakang tiang jenang itu semasa kerja-kerja menerap bata dijalankan bagi menetap dan mengukuhkan kerangka. Tambatan keluli hendaklah dipasang pada setiap lapisan bata ketiga atau kelima. Rajah 2.6 : Pemasangan Tambatan keluli jenis skru ancon Satu lagi cara memasang kerangka pintu ialah dengan memasangnya setelah kerja-kerja mendirikan tembok siap dijalankan. Setelah mortar pada sambungan bata benar-benar keras, lubang-lubang sedalam 75mm hingga 100mm perlu dikorek untuk menempatkan palam-palam kayu. Pengorekan hendaklah dilakukan pada sambungan-sambungan dasar
NO. KOD / CODE NO. BC-030-3:2013-C06/P(2/4) Muka Surat / Page : 11 Drp / Of 20 setiap selang 300mm. Palam daripada kayu keras kemudian disumbatkan kedalam lubang-lubang tadi sehingga sendat. Hujung-hujung palam yang lebih kemudian dikerat dengan membiarkan ia terunjur sedikit. Tentukan bahawa semua hujung palam yang terunjur itu benar-benar dalam satu garisan pugak. Jarak diantara hujung-hujung palam yang bersetentang mestilah sama dengan lebar kerangka yang hendak dipasang. Kerangka yang hendak dipasang kemudian diletakkan di antara hujung palam dan setelah diuji kepugakan sisinya, tiang-tiang jenang pun diterapkan dengan memakunya pada palam-palam tadi. Ruang-ruang diantara tiang jenang dengan bibir tembok kemudian diisi dengan mortar simen. iii. Kerangka Kotak Binaan kerangka pintu jenis ini dikenali sebagai pelapik jenang. Binaannya terdiri daripada kayu-kayu 38mm tebal yang dinamakan sebagai pelapik yang dipasang pada bibir bukaan utnuk memasang atau menggantung daun pintu. Pelapik-pelapik ini ditetapkan dengan memakukannya pada palam atau pelapik-pelapik kasar seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 5.Kepingan-kepingan kayu berkumai yang disebut sebagai hias jenang akan dipasang untuk mengemaskan dan mencantikkan lagi binaannya. Rajah 2.7 : Kotak jenang biasa dengan penahan
NO. KOD / CODE NO. BC-030-3:2013-C06/P(2/4) Muka Surat / Page : 12 Drp / Of 20 Binaan kerangka kotak atau pelapik jenang boleh diklasifikasikan kepada tiga jenis iaitu: Pelapik Jenang Biasa Kaedah binaan jenis ini dilakukan pada tembok yang tebalnya tidak lebih daripada 215mm atau 1 bata tebal. Pelapik jenangnya dibuat dengan menggunakan kayu 38mm tebal dan dibuatkan tetingkat bagi menerima pemasangan daun pintu. Jika bahan yang lebih nipis digunakan maka tetingkat-tetingkat biasanya dibuat dengan menerima kepingan papan 12mm (½”) tebal. Rajah 2.8 : Pemasangan Kotak Jenang Biasa Bertingkat
NO. KOD / CODE NO. BC-030-3:2013-C06/P(2/4) Muka Surat / Page : 13 Drp / Of 20 Pelapik Jenang Bertetulang Sesuai digunakan pada tembok yang tebal di mana penggunaan bahan sekeping terus untuk pelapik jenang tidak lagi sesuai digunakan lagi. Pembinaannya memerlukan kayukayu bersaiz kecil digunakan untuk membuat binaan berupa bingkai dan dipasang pada bibir bukaan. Sekeping papan 10mm hingga 12mm tebal ditampalkan pada permukaan bingkai itu untuk menghasilkan tetingkat-tetingkat yang dikenali juga sebagai penahan pintu. Rajah 2.9 : Kotak Jenang Bertetulang Pelapik Jenang Berbingkai Digunakan untuk pintu-pintu pada dinding yang terlalu tebal. Binaannya terdiri daripada panel-panel yang dipasang pada binaan berupa pemidang yang bersesuaian dengan bibir bukaan pintu. Pemidang atau bingkainya terdiri daripada dua batang sisi bingkai dan beberapa susur yang dipasang dengan menggunakan tanggam lubang dan putting. Kaedah menetapkan pelapik jenang ini adalah dama dengan pemasangan pelapik-pelapik jenang yang sebelumnya. Kepingan-kepingan hias jenang yang berkumai kemudian dipasang utnuk menutupi celahan di antara pelapik jenang dengan bibir tembok.
NO. KOD / CODE NO. BC-030-3:2013-C06/P(2/4) Muka Surat / Page : 14 Drp / Of 20 Rajah 2.10 : Kotak Jenang Berbingkai B. Kerangka Pintu Logam Pada maka kini pengeluaran dan penggunaan kerangka pintu aluminium dan pintu kaca berbingkai aluminium semakin popular digunakan. Kelebihan-kelebihannya berbanding jenis kerangka pintu kayu dan pintu kayu adalah: i. Keratan bingkai pintu yang lebih kecil boleh digunakan ii. Mengadakan kepaingan kaca yang lebih besar untuk pemandangan yang tidak terganggu iii. Bebas dari kelembapan iv. Keupayaan merintang api v. Lebih ringan 2.2 Jenis Jenis Tingkap a) Louveres window / tingkap ram b) Casement window / tingkap panel
NO. KOD / CODE NO. BC-030-3:2013-C06/P(2/4) Muka Surat / Page : 15 Drp / Of 20 Tingkap Kerangka Kayu Pembinaan tingkap kerangka kayu menggunakan kayu berukuran 75mm x 100mm atau kayu nipis 38mm tebal yang mana leabrnya sama dengan tebal tembok. Bahagianbahagian kerangka disambungkan dengan tanggam lubang dan putting atau tanggam kekang. Puting yang dibuat pada tiang jenang dimasukkan ke dalam lubang di kepala jenang dan ambang bawah. Pada kedua-dua hujung kepala jenang dan ambang bawah dibina mengunjur 40mm seperti tanduk. Unjuran-unjuran tanduk ini akan dimasukkan ke dalam tembok. Jika kerangka dibina searas dengan bahagian luar tembok, tanduk ini dibuang seginya supaya kerja melepa dapat disiap dan dibuat dengan kemas. Ambang bawah hendaklah dibuat lebih lebar dari anggota lain kerana ianya perlu mengujur keluar dari permukaan tembok sebanyak 30mm – 50mm. Pada bahagian bawah unjuran ambang bawah iaitu selari dengan perkukaan tembok perlu dibuat alur. Ini bertujuan untuk mengelakkan air hujan dari memasuki ruang di antara kerangka dengan tembok. Saiz kayu untuk ambang bawah ialah 75mm x 150mm atau tambah dengan ukuran unjuran untuk kayu yang sama lebar dengan tebal tembok.Pada tiang jenang yang khas bagi tingkap berbingkai diperlukan tetingkat sedalam 12mm (½”) atau kayu penahan dipakukan kepada tiang jenang untuk menahan daun tingkap.
NO. KOD / CODE NO. BC-030-3:2013-C06/P(2/4) Muka Surat / Page : 16 Drp / Of 20 Rajah 2.11 : Binaan Tingkap
NO. KOD / CODE NO. BC-030-3:2013-C06/P(2/4) Muka Surat / Page : 17 Drp / Of 20 Proses Pemasangan Rangka Pintu Dan Tingkap Kaedah Bina Dalam. Kerja pemasangan rangka tingkap dan pintu perlu dipasang dengan teliti sebelum kerja-kerja menerap bata dilakukan. Rangka tingkap dan pintu haruslah berada dalam keadaan baik. Jenis kayu mestilah mematuhi piawaian JKR. Semasa kerja pemasangan dilakukan, ia haruslah dipastikan supaya berada dalam keadaan yang pugak. Kepugakkannya boleh ditentukan dengan menggunakan alat aras spirit atau batu ladung (plumb bob). Setelah itu, rangka tingkap dan pintu itu ditupang pada bahagian tengah, atas dan bawah. Diatas kepala jenang rangka pintu dan tingkap diletakkan ambang konkrit(concrete lintel) yang mempunyai ketebalan bata semasa kerja mengikat batu- bata dijalankan. Rajah 2.12 : Kaedah Pemasangan Kerangka Pintu dan Tingkap Rajah 2.13 : Papak Ambang @ Lintel Konkrit
NO. KOD / CODE NO. BC-030-3:2013-C06/P(2/4) Muka Surat / Page : 18 Drp / Of 20 Proses Pemasangan Rangka Pintu Dan Tingkap Kaedah Bina Kemudian. Kaedah ini memerlukan kerangka pintu dan tingkap dipasangkan setelah kerja-kerja membina tembok bata siap didirikan. Ruang bukaan untuk pintu dan tingkap akan diadakan seperti yang termaktub dalam pelan bangunan. Rajah 2.14 : Ruang Bukaan Pintu Dan Tingkap Bagi kerangka pintu dan tingkap kayu, pemasangannya dilakukan setelah kerja-kerja mendirikan tembok siap dijalankan. Setelah mortar simen pada sambungan bata benarbenar keras, lubang-lubang sedalam 75mm hingga 100mm dikorek untuk menempatkan palam-palam kayu. Pengorekan perlu dilakukan pada sambungan-sambungan dasar setiap selang 300mm atau setiap tiga lapisan bata. Palam-palam kayu kemudian disumbatkan ke dalam lubang-lubang tadi sehingga ketat. Lebihan hujung-hujung palam dikerat dengan membiarkan ia terunjur sedikit. Pastikan semua hujung palam yang terunjur itu betul-betul dalam satu garisan pugak. Jarak diantara hujung-hujung palam yang bersetentang mestilah sama dengan lebar kerangka yang hendak dipasang. Kerangka kemudiannya diletakkan di antara hujung palam dan setelah diuji kepugakan sisinya, tiang-tiang jenang pun diterapkan dengan memakunya pada palam-palam tadi. Ruang-ruang diantara tiang jenang dengan bibir tembok kemudian diisi dengan mortar simen.
NO. KOD / CODE NO. BC-030-3:2013-C06/P(2/4) Muka Surat / Page : 19 Drp / Of 20 Lintel / Ambang Konkrit Lintel samada dari kayu,batu-bata atau konkrit yang mana dipasang melintang dan kegunaannya adalah untuk menanggung beban diatasnya supaya beban tersebut tidak ditanggung oleh kerangka pintu atau tingkap. Lintel hendaklah cukup kuat untuk menerima atau menahan berat beban struktur atas dengan selamat dan kukuh Lintel jenis konkrit tetulang banyak digunakan Unjuran Tanduk Lintel hendaklah jangan kurang dari 112.5 mm Keperluan atau syarat-syarat untuk membina lintel mestilah seperti berikut :- i. Besar asalnya terpulang kepada beban-beban yang ditahan olehnya tapi mestilah tidak kurang dari 112.5mm ii. Lintel mestilah kuat,boleh menahan beban tekanan dengan tidak ada keretakan atau melentur. iii. Boleh memotong / menentang daya mampatan (compression force ) , tegangan (tension force ) dan daya ricih ( shear force ). Rajah 2.15 : Kedudukan Lintel
NO. KOD / CODE NO. BC-030-3:2013-C06/P(2/4) Muka Surat / Page : 20 Drp / Of 20 SOALAN / QUESTIONS: 1. Berikan lima kelengkapan pemasangan pintu dan tingkap a. ________________________________________________________________ b. ________________________________________________________________ c. ________________________________________________________________ d. ________________________________________________________________ e. ________________________________________________________________ 2. Apakah fungsi lintel ________________________________________________________________ ________________________________________________________________ 3. Terangkan kegunaan tambatan keluli ________________________________________________________________ ________________________________________________________________ RUJUKAN / REFERENCES: 1) Tan Boon Tong (2007). Teknologi Binaan Bangunan. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. 2)Jahiman Badron (2011). Teknologi Binaan Bangunan. Kuala Lumpur : Ibs Buku. 3)https://en.wikipedia.org/wiki/Door 4)http://www.globalspec.com/reference/34711/203279/part-6-internal-construction-andfinishes