KOD DAN NAMA PROGRAM / PROGRAM CODE & NAME BC - 030 - 3 : 2013 RESIDENTIAL BUILDING CONSTRUCTION TAHAP DAN SEMESTER / LEVEL AND SEMESTER L3 (SEMESTER 3) NO DAN TAJUK UNIT KOMPETENSI / COMPETENCY UNIT NO. AND TITLE BC - 030 - 3 : 2013-C10 RESIDENTIAL BUILDING CONSTRUCTION SUPERVISION NO. DAN PENYATAAN AKTIVITI KERJA / WORK ACTIVITIES NO. AND STATEMENT 1. CONFIRM RESIDENTIAL BUILDING CONSTRUCTION DRAWING 2. PREPARE RESIDENTIAL BUILDING CONSTRUCTION DAILY WORK SCHEDULE 3. CARRY OUT BUILDING CONSTRUCTION RESOURCES PREPARATION 4. COMPLETE REQUEST INSPECTION FORM 5. MONITOR DAILY WORK PROGRESS 6. CHECK CONTRACTOR PROGRESS CLAIM 7. PREPARE BUILDING CONSTRUCTION PROGRESS REPORT 8. MONITOR SAFETY, HEALTH AND RULES REGULATION 9. COORDINATE INDUSTRIALIZED BUILDING SYSTEM (IBS) INSTALLATION NO. KOD KSKV / KSKV CODE NO. Muka Surat / Page : 1 Drp / Of 20 NO. KOD / CODE NO. BC-030-3:2013-C10/WA9/ P(9/9) TAJUK / TITLE: KOORDINASI PEMASANGAN IBS TUJUAN / PURPOSE: Kertas Penerangan ini bertujuan untuk memberi kefahaman dan pengetahuan kepada pelatih tentang Koordinasi Pemasangan IBS mengikut spesifikasi yang ditetapkan supaya mutu kerja dapat dihasilkan mengikut piawaian dan standard yang ditetapkan. BAHAGIAN PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL, KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA, ARAS 5 & 6, BLOK E14, KOMPLEKS E, PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN, 62604 PUTRAJAYA, MALAYSIA. KERTAS PENERANGAN (INFORMATION SHEET)
NO. KOD / CODE NO. BC-030-3:2013-C10/WA9/ P(9/9) Muka Surat / Page : 2 Drp / Of 20 PENERANGAN / INFORMATION : 1.0PENDAHULUAN Sistem Bangunan Berindustri (IBS) merupakan sistem pembinaan yang menggunakan komponen – komponen pratuang (precast) yang disediakan di kilang berdasarkan pesanan oleh pihak kontraktor. Penempatannya dibantu dengan penggunaan jentera seperti kren. 2.0 SISTEM PERINDUSTRIAN BANGUNAN/INDUSTRIALIZED BUILDING SYSTEM (IBS) IBS adalah kaedah /teknik pembinaan di mana komponennya dihasilkan di dalam keadaan terkawal (di kilang atau di tapak bina), diangkut ke lokasi (transported), ditempatkan dan dipasang kepada struktur dalam kerja pembinaan dengan menggunakan pekerja yang minimum di tapak. Tujuan utama penggunaan sistem ini adalah bagi memastikan penggunaan proses kerja yang optimum dan meminimumkan penggunaan kos buruh terutama bangunan yang memerlukan masa yang singkat seiring dengan kemajuan industri pembinaan negara yang mementing produktiviti, 2.1 Jenis-jenis IBS IBS terdiri daripada lima (5) jenis utama, iaitu: (i) Sistem Kerangka, Panel dan Kekotak Konkrit Pra-tuang Komponen di bawah kumpulan ini ialah tiang, rasuk, papak lantai dan panel dinding pra-tuang .Termasuk juga dibawah kumpulan ini adalah komponen pasang siap 3- dimensi seperti tangga, longkang dan tandas.
NO. KOD / CODE NO. BC-030-3:2013-C10/WA9/ P(9/9) Muka Surat / Page : 3 Drp / Of 20 (ii) Sistem Acuan/Kotak Bentuk Acuan bagi komponen konkrit tuang di situ seperti acuan untuk tiang, rasuk, papak lantai dan panel dinding yang boleh digunakan berulang kali. Acuan ini biasanya diperbuat dari plastik, fibreglass, keluli, aluminium danbahan logam lain. (iii) Sistem Kerangka Keluli Komponen di bawah kumpulan ini terdiri daripada tiang,rasuk, kerangka portal dan sistem kekuda bumbung dan seumpamanya yang diperbuat daripada keluli. SISTEM KONKRIT PRA TUANG
NO. KOD / CODE NO. BC-030-3:2013-C10/WA9/ P(9/9) Muka Surat / Page : 4 Drp / Of 20 (iv) Sistem Kerangka Kayu Pasangsiap Komponen di bawah kumpulan ini ialah tiang, rasuk, papak lantai, sistem kekuda bumbung pasang siap dan seumpamanya yang diperbuat daripada kayu. (v) Sistem Blok Sistem ini merujuk kepada penggunaan blok jitu (precision blockworks) termasuk blok konkrit ringan, blok terkunci(interlocking block) dan seumpamanya.
NO. KOD / CODE NO. BC-030-3:2013-C10/WA9/ P(9/9) Muka Surat / Page : 5 Drp / Of 20 3.0 BAHAN-BAHAN PEMBINAAN MODEN/ SISTEM IBS Indusri pembinaan moden sentiasa mengalami proses evolusi dalam penggunaan bahan-bahan binaan. Bahan-bahan pembinaan bagi sistem IBS Ia lebih bersifat terkini dan mempunyai ciri-ciri futuristik kerana telah melalui proses pembinaan dengan aplikasi teknologi baru. Evolusi bermula daripada penyediaan bahan binaan yang perlu dibina ditapak bina kepada pembinaan komponen struktur di kilang dan hanya perlu dipasang di tapak bina. 3.1 Penerimaan bahan-bahan yang ditempah Aktiviti penerimaan bahan-bahan adalah standard bagi semua jenis bahan yang ditempah dan dibeli.Matlamatnya adalah mewujudkan satu sistem penerimaan bahan yang tersusun .berekod dan boleh mengesan dan mengambil tindakan susulan jika terdapat ketidakpatuhan. 3.1.1 Prosedur Penerimaan Bahan Prosedur tipikal bagi aktiviti penerimaan mengandung langkah-langkah berikut: i) Memunggah dan memeriksa penghantaran. Sejumlah pakej/ bungkusan bahan yang dipunggah dari kenderaan penggangkut diperiksa dari aspek kecukupan dan keberadaannya . Semua pakej bahan juga diperiksa dari segi kerosakan luaran, sebarang kerosakan yang ditemui diperiksa. Kegagalan mematuhi prosedur sebelum menerima penghantaran akan memberi kelebihan kepada pihak penghantar dimana tanggunjawabnya menjadi lebih ringan. ii) Membuka bungkusan dan memeriksa bahan Periksa bahan yang diterima dari pembekal,teliti slip atau tempahan pembelian bagi mengesahkan item –item yang dibeli adalah betul Periksa dan verifikasi Kuantiti penghantaran Periksa keadaan keseluruhan bahan bagi menentukan jika terdapat kerosakan semasa penghantaran iii) Menyiapkan laporan penerimaan Sistem pelaporan yang diguna adalah berbeza-beza antara satu agensi dengan agensi yang lain. Apabila pemeriksaan selesai dijalankan , personel
NO. KOD / CODE NO. BC-030-3:2013-C10/WA9/ P(9/9) Muka Surat / Page : 6 Drp / Of 20 bertugas perlu melengkapkan borang dengan merekod kuantiti item yang diterima dan catatan sebarang maklumat yang diperlukan Bagi agensi yang menggunakan sistem pembelian penkomputeran, personel merekod data yang diterima pada laporan penerimaan atau memasukan data secara langsung kedalam sistem computer .Sistem kemudiannya mengemaskini tempahan dan rekod inventori dan boleh juga menegeluarkan laporn penerimaan dalam bentuk hardcopy atau elektronik iv) Menghantar/menyerah bahan Bagi bahan yang bukan untuk simpanan , Bahagian penerimaan biasanya bertanggungjawab menyerah secara langsung atau perkhidmatan serahan dalaman. Dalam kes bahan-bahan inventori,amalan adalah berbeza-beza . Bagi sesetengah agensi, bahagian penerimaan bertanggungjawab bagi serahan dalaman sementara agensi lainnya memenuhi fungsi ini dengan perkhidmatan pengangkutan dalaman. Susulan dari penghantaran bahan, penerima perlu menandatangani laporan penerimaan atau resit penghantaran, seterusnya menyerahkan kepada penerima untuk tanggungjawab seterusnya terhadap bahan-bahan tersebut Cara alir prosedur
NO. KOD / CODE NO. BC-030-3:2013-C10/WA9/ P(9/9) Muka Surat / Page : 7 Drp / Of 20 4.0 SENARAI SEMAK PENERIMAAN Senarai semak secara asasnya adalah satu senarai item yang diperlukan, poin-poin untuk difikirkan atau perkara-perkara yang perlu dilakukan, Ianya adalah satu kaedah meneliti setiap elemen dan keperluan bagi setiap bahan yang diterima bagi memastikan ianya mematuhi garis panduan penerimaan standard, menghapuskan kelewatan dan kos-kos yang tidak diperlukan. Senarai semak akan membantu dalam bentuk perancangan bahan yang perlu diproses mengikut jadual tempoh yang ditetapkan. Menjadikan cara proses dijalankan lebih efisien 4.1 Tujuan Senarai semak Mengurangkan kegagalan mengingat sesuatu disebabkan memori manusia yang terhad Memastikan tiada langkah atau item yang terlepas pandang atau terlupa Menambahbaik efisien dengan meminimum kesilapan Sebagai langkah yang perlu diikuti. Selepas sesuatu langkah diambil, ditanda dalam petak dan diteruskan ke langkah seterusnya 4.2 Fomat senarai semak Senarai semak sering dizahirkan sebagai senarai dengan kotak-kotak permeriksaan kecil disebelah kanan muka surat.Tik kecil (/) atau tanda periksa dicatat dalam kotak setelah item yang berkaitan difahami. Mengikut format standard ,senarai semak yang dibangunkan seharusnya memenuhi keperluan spesifik . Apa yang penting senarai semak hendaklah mengandungi Item-item yang mahu disemak atau diperiksa . Ruang atau bahagian tindakan disediakan disebelahnya. Ruang untuk tanda tangan pemeriksa atau penyemak berserta tarikh sebagai pengesah yang mengendalikan tugasan tersebut juga perlu disediakan . Ruang boleh disediakan sama ada dipermulaan atau diakhir senarai semak bergantung kepada kesesuaian rekabentuknya.
NO. KOD / CODE NO. BC-030-3:2013-C10/WA9/ P(9/9) Muka Surat / Page : 8 Drp / Of 20 Contoh rekabentuk senarai semak Pemeriksa: Tarikh: (Y)=Ya (Memuaskan/diterima) (T) = Tidak ( Perlu tindakan lanjut) Lokasi Keadaan Komen PERKARA/ITEM TINDAKAN (Y) atau ( T) Tandakan ( Y T Komen Kayu yang diguna dari kumpulan kayu keras Pekerja menyediakan Saiz kayu dengan betul mengikut keperluan 5.0 KAEDAH PEMASANGAN IBS IBS adalah struktur berbentuk komponen. Pemasangan IBS memerlukan kerjakerja mengangkut struktur komponen pra-tuang dari tapak penyimpanan atau trailer, diangkat ke paras dan kedudukan yang betul serta menyambungkan struktur pra-tuang dalam tapak bina. Penupangan sementara diperlukan semasa pemasangan struktur pra-tuang. Perancangan seperti kelegaan dan kaedah haruslah dicatatkan dalam lukisan pemasangan. 5.1 Penggunaan Jentera dalam Pemasangan IBS Jentera yang biasa digunakan dalam pemasangan struktur konkrit pratuang adalah kren bergerak berhidraulik, kren berantai dan kren menara. Jentera digunakan mengikut kapasitinya mengangkat beban struktur pra-tuang. Kapasiti kren diukur mengikut beban kapasiti minimum yang boleh diangkatnya pada jejari kawasan itu. Kapasiti kren yang diperlukan dipengaruhi graviti tengah struktur konkrit pra-tuang itu dan pergerakan kabel kren itu dalam radius. Rajah di bawah menunjukkan radius kerja kren untuk ruangan untuk pemerhatian, radius kawasan semasa elemen diangkat dan radius semasa elemen telah siap dipasang.
NO. KOD / CODE NO. BC-030-3:2013-C10/WA9/ P(9/9) Muka Surat / Page : 9 Drp / Of 20 5.2 Sambungan Dalam Struktur Pra-Tuang Komponen pratuang IBS mnggunakan sambungan untuk berdiri kukuh. Sambungan yang betul memberikan gabungan dan paduan kukuh antara komponen. Fungsi utama sambungan adalah untuk menyambungkan anggota- anggota struktur pra-tuang yang berlainan dan merupakan salah satu bahagian penting dalam pembinaan. Ia juga berfungsi memindahkan daya melalui anggota-anggota struktur yang berlainan supaya satu interaksi pemindahan daya yang selamat dapat diwujudkan. Kebebasan untuk struktur bergerak diperlukan untuk mengurangkan kemungkinan untuk berlaku keretakan pada sambungan. Spesifikasi campuran turapan/grouting, perincian sambungan dan kaedah perlaksanaan kerja turapan /grouting perlu dirujuk pada ‘Work Method Statement’ syarikat. Bahan untuk turapan/grouting boleh dihantar ke tapak dalam bentuk ‘ ready-mix’ atau dicampur sendiri di tapak. Komponen pra-tuang tidak boleh dikenakan sebarang beban sehingga turapan/grout telah diawet sepenuhnya. Masa awetan bagi kerja grouting ini adalah bergantung kepada rekabentuk campuran yang telah ditetapkan oleh pembekal. Turapan/ Grouting adalah proses menurap renggangan antara dua sisian struktur. Ia dijalankan dengan menyuntik bahan seperti Sika atau bahan-
NO. KOD / CODE NO. BC-030-3:2013-C10/WA9/ P(9/9) Muka Surat / Page : 10 Drp / Of 20 bahan ‘grout’ yang lain untuk mengukuhkan ‘column’ yang telah disambungkan. 5.3 Pemasangan Komponen IBS di Tapak Bina i). Pemasangan Tiang. Setelah pembinaan rasuk tanah dan papak tanah siap di bina, pemasangan tiang bolehlah dijalankan. Untuk memastikan tiang yang akan dipasang berada tepat dikedudukannya, kerja ukur hendaklah dijalankan. Tiang pasang siap yang telah dihasilkan di kilang, dihantar ke tapak bina. Kren digunakan untuk mengangkat tiang tersebut secara menegak menuju kedudukan yang akan dibuat pemasangan. Tiang tersebut akan dimasukkan kepada besi tetulang pemula yang telah tersedia daripada ‘ footing’ bangunan. Sebaik sahaja tiang berada di posisinya, pekerja hendaklah memastikan ketepatan pemasangan secara menegak dan mendatar dengan menggunakan alat ukur. Setelah tiang berada betul-betul dikedudukannya, barulah tiang tersebut ditambat kepada lantai konkrit dengan menggunakan tupang. Seterusnya lubang-lubang yang telah tersedia pada tiang akan dituang dengan mortar secara gravity sehingga penuh
NO. KOD / CODE NO. BC-030-3:2013-C10/WA9/ P(9/9) Muka Surat / Page : 11 Drp / Of 20 ii). Pemasangan Papak Berongga (Hollow core slab floor) Papak berongga digunakan bertujuan menggurangkan berat anggota dan meningkatkan sifat penebatan. Ketebalan papak berongga adalah antara 100mm hingga 200mm dan kelebaran 0.6m hingga 1.2m. Anggota lantai biasanya tidak perlu ditupangkan. Anggota papak berongga diangkut dengan menggunakan rantai dan ini menyebabkan ia tidak dapat diletakkan di lokasinya dengan tepat. Oleh itu, anggota ini diletakkan ke lokasinya dengan menggunakan salah satu bucunya dahulu sebagai titik rujukan. Kemudiannya anggota papak akan disiram dengan air bersih. Penggisian turapan konkrit ke dalam ruang antara anggota papak akan dibuat dengan konkrit beragregat kecil dan mempunyai nilai keruntuhan lebih kurang 100mm. Operasi ini dibuat dengan menuangkan konkrit siap campur ke atas lantai secara memanjang. Tetapi
NO. KOD / CODE NO. BC-030-3:2013-C10/WA9/ P(9/9) Muka Surat / Page : 12 Drp / Of 20 ianya tidak harus melebihi 500m2 pada setiap kali operasi bagi tujuan kestabilan sementara iii) . Pemasangan Rasuk Penyambungan rasuk menggunakan ‘corbel’ atau penyangga. Tiang yang telah siap dipasang mempunyai tapak untuk menerima penempatan rasuk ‘Corbel’ digunakan untuk meningkatkan keupayaan galas kepada rasuk. Rasuk diangkat dan diletakkan pada tapak ‘corbel’ di mana telah tersedia bar pemula. Turapan/ grouting’ dimasukkan pada tempat yang telah disediakan untuk meningkatkan kekuatan penyambungan ini, ‘ Bagi rasuk bumbung pula, penyambungan antara tiang dan rasuk tidak menggunakan ‘corbel’. Penyambungannya dengan memasukkan rasuk pada bar pemula yang telah disediakan. Turapan/Grouting digunakan untuk menguatkan penyambungan tersebut Bar tetulang pada kekunci antara slab turapan Penyambung penjuru dikimpal
NO. KOD / CODE NO. BC-030-3:2013-C10/WA9/ P(9/9) Muka Surat / Page : 13 Drp / Of 20 v) Pemasangan Perkhidmatan M&E M&E dalam pembinaan merujuk kepada sistem mekanikal dan elektrikal. Sistem mekanikal mengandungi elemen-elemen loji infrastruktur dan pemesinan, peralatan dan komponen, pemanasan ,penyamanan dan ventilasi.
NO. KOD / CODE NO. BC-030-3:2013-C10/WA9/ P(9/9) Muka Surat / Page : 14 Drp / Of 20 Sistem elektrikal mengandungi bekalan kuasa dan agihan , telekomunikasi, instrumentasi perkomputeran, sistem kawalan dan sebagainya. Terdapat beberapa perkara yang perlu dilakukan dalam mengurus pemasangan M&E untuk koordinasi dengan IBS a) Koordinasi untuk pendawaian konduit/paip elektrik dan laluan perkhidmatan mekanikal perlu dilaksanakan pada peringkat awal ketika panel-panel tersebut sedang direka bentuk. b) Dalam proses pemasangan perkhidmatan M&E ini, adalah penting mengenalpasti lokasi perkhidmatan berkenaan dan lain-lain lekapan sebelum pemasangan elemen-elemen seterusnya. c) Semua kerja-kerja kejuruteraan mekanikal dan elektrik perlulah mempunyai koordinasi yang baik dengan kerja-kerja binaan untuk memastikan kejayaan IBS dan juga sistem Kordinasi Modular (MC). d) Di dalam fasa reka bentuk, pereka bentuk untuk dinding struktur dan panel papak perlulah bekerja sama dengan pereka bentuk sistem kejuruteraan mekanikal dan elektrik sebelum panel-panel tersebut didirikan. Ini termasuklah untuk menyediakan laluan konduit/paip/bukaan di dalam panel-panel tersebut. Kaedah Pemasangan M&E pada struktur IBS Panel Dinding a) Dinding Luaran -Fasiliti mekanikal dan elektrik tidak digalakkan untuk ditempatkan di dinding ricih (shear wall). b) Dinding Dalaman -Koordinasi untuk pendawaian konduit elektrik dan laluan perkhidmatan mekanikal perlu dijalankan awal ketika panel-panel tersebut sedang direka bentuk. Kerja-kerja konduit elektrik dan laluan perkhidmatan mekanikal perlu dilaksanakan ketika kerja pemasangan panel berpandukan kepada lokasi dan laluan yang dinyatakan di dalam lukisan, atau Panel Papak Lantai (Floor Slab Panel) a) Panel Papak Konkrit (Concrete Slab Panel) - tanpa siling
NO. KOD / CODE NO. BC-030-3:2013-C10/WA9/ P(9/9) Muka Surat / Page : 15 Drp / Of 20 Kerja-kerja konduit/paip elektrik dan laluan perkhidmatan mekanikal perlu dilaksanakan ketika pemasangan panel papak tersebut berpandukan kepada lokasi dan laluan yang dinyatakan di dalam lukisan yang berkaitan b) Panel Papak Jenis Hollow Core atau Half Slab - tanpa siling Lubang untuk laluan punca perkhidmatan elektrik dan mekanikal perlu disediakan/dipotong pada papak berpandukan kepada lokasi dan laluan yang dinyatakan di dalam lukisan berkaitan Menyediakan laluan konduit/paip elektrik dan mekanikal pada lapisan screeding/topping di atas papak. c) Sambungan Panel Lubang laluan perlulah disediakan pada rasuk untuk laluan konduit/paip perkhidmatan elektrik dan mekanikal di antara panel papak dan panel dinding 6.0 PEMERIKSAAN PENERIMAAN BAHAN Pemeriksaan yang digunapakai dalam standard ini adalah terhad kepada verifikasi bahan yang ditempah, memastikan ketepatan, kuantiti yang betul, Tandaan/pembungkusan yang betul dan Konfigurasi palet betul. Bahan yang diterima diperiksa kecacatan supaya tuntutan dapat dibuat. Apabila bahan yang diterima didapati tidak mematuhi keperluan, ianya hendaklah diasingkan. Dalam amalan syarikat, proses pemeriksaan adalah permulaan proses pengembalian, pengumpulan maklumat pada masa penerimaan memasuki sistem dan komunikasi dengan pembekal. 6.1 Prosedur Pemeriksaan Penerimaan Bahan Apabila bahan sampai, personel /pegawai akan menerima bahan tersebut, dan proses menerima dokumen,termasuk kuantiti, saiz dan kualiti bahan ditentukan.Bahan-bahan diperiksa mengikut Tempahan pembelian bagi memastikan kuantiti, saiz dan kualitinya. Sebarang percanggahan dicatat pada Bill of Lading dan/atau Senarai pembungkusan
NO. KOD / CODE NO. BC-030-3:2013-C10/WA9/ P(9/9) Muka Surat / Page : 16 Drp / Of 20 Berikut adalah prosedur yang perlu dipatuhi: i) Memeriksa Penghantaraan bahan Pemeriksa menerima dokumen pembelian bahan dan senarai pembungkusan.Dengan berpandukan dokumentasi ini, periksa item yang diterima . Verifikasi item-item yang dibeli,adakah mematuhi dokumen pembelian (kenyataan kerja, spesifikasi, lampiran-lampiran dll) termasuk deskripsi bahan, model, jenama dan bilangan bahan atau produk. Pemeriksaan perlu selesai dalam masa yang ditentu sesuai.Jika jabatan menetapkan yang pemeriksaannya tidak perlu disegerakan,dokumen pembelian perlu menyediakan bila pemeriksaan boleh dilakukan dan bagaimana ianya disiapkan. Jabatan dinasihatkan mendokumen semua hasil pemeriksaan dan menyediakannya kepada jabatan perolehan bagi penfailan.Dokumen berkenaan mengandungi pengenalpastian apa tindakan yang diambil, siapa yang menghadirinya, nama dan posisi personel pembekal , ila dan dimana pemeriksaan dilakukan serta hasil pemeriksaan. ii) Memperakui penerimaan bahan Bahan yang memenuhi semua keperluan spesifikasi diterima. Jabatan hendaklah memperakui /bersetuju menerima bahan dengan mengeluarkan notis bertulis kepada pembekal dan menyediakan salinan surat penerimaan seperti ditentukan polisi dalaman dan prosedur. iii) Mengurus Penolakan bahan-bahan yang tidak patuh Bahan –bahan yang tidak memenuhi spesifikasi di tanda “REJECTED – DO NOT PROCESS”. Bahan berkenaan diasingkan dari bahan-bahan yang diterima Pengurus memproses laporan ketidakpematuhan -“Non-Conformance Report” (NCR). Jika NCR dluluskan, bahan-bahan diagihkan ke pusatpusat jualan Jika NCR tidak diluluskan, pengurus bahan perlu segera menghubungi pelanggan atau vendor bagi penyelesaian muktamad. Pembeli bertanggungjawab memberi notis kepada pembekal, mengatur bagi menahan bahan-bahan yang ditolak dimana-mana tempat yang
NO. KOD / CODE NO. BC-030-3:2013-C10/WA9/ P(9/9) Muka Surat / Page : 17 Drp / Of 20 terhindar dari kerosakan, menjaga bahan-bahan berkenaan sehingga pembekal mendapat semula dan menyingkirkannya dari tapak. Notis penolakan hendaklah disediakan kepada pembekal menerangkan kecacatan yang dialami oleh bahan yang dihantar dan dianggap sebagai ketidakpatuhan kepada dokumen pembelian, kriteria-kriteria pemeriksaan dan penghantaran dan bagaimana bahan-bahan yang dihantar tidak mematuhi spesifikasi. pengurus bahan akan memohon arahan pelupusan bagi bahan-bahan cacat dan menuntut gantian bagi mempercepatkan penyelesaian tempahan.Jika bahan disediakan oleh vendor,pengurus akan menghantar permohonan tindakan pembetulan kepada vendor menyatakan tindakan pembetulan yang perlu diambil Dalam tempoh masa yang ditetapkan, jika bahan –bahan yang ditolak tidak disingkirkan, jabatan pembelian boleh mengembalikan semula kepada pembekal dengan kos ditanggung pembekal atau menyimpan itemitem berkenaan dengan pembekal membayar balik segala kos yang ditanggung pembeli 7.0 Format Senarai Semak Pemeriksaan Item Dalam menentukan format senarai semak ini, panduan berikut boleh diaplikasi Penggunaan jadual dalam pembentukan format akan dapat menyediakan eviden, objektif dan makumat bagi setiap item. Senarai semak dipecah kepada seksyen berikut: i) Kenalpasti sasaran ,rekabentuk atau data proses yang akan digunakan untuk pemeriksaan ii) Kenalpasti jika pemeriksaan disepadukan dengan bahagian, pemasangan dan atau proses iii)Kenalpasti maklumat bagi menyediakan eviden objektif dalam menyokong melengkapkan rekod pemeriksaan pematuhan iv)Kenalpasti bagaimana untuk komunikasi dan mendokumen data bagi tujuan ketidakpatuhan yang berlaku Bagi setiap garisan senarai semak: Tambah sebarang maklumat yang diminta Nyatakan jika item yang digaris diterima pakai dalam kotak Ya/Tidak seperti yang terpakai.
NO. KOD / CODE NO. BC-030-3:2013-C10/WA9/ P(9/9) Muka Surat / Page : 18 Drp / Of 20 Sediakan sebarang pengenalan dokumen yang tersedia atau bilangan, tarikh, nama atau lain-lain rujukan kepada eviden objektif bagi menyokong dan menyepadukanna dengan maklumat yang ditetapkan Nota: Format senarai semak penerimaan boleh juga digunakan untuk panduan
NO. KOD / CODE NO. BC-030-3:2013-C10/WA9/ P(9/9) Muka Surat / Page : 19 Drp / Of 20 SOALAN / QUESTIONS: 1. Nyatakan maksud sistem perindustrian bangunan/Industrialized Building System (IBS) __________________________________________________________________ __________________________________________________________________ 2. Berikan dan jelaskan DUA (2) jenis sistem IBS. a. __________________________________________________________________ __________________________________________________________________ b. __________________________________________________________________ __________________________________________________________________ 3. Nyatakan DUA (2) tujuan senarai semak penerimaan. a. __________________________________________________________________ b. __________________________________________________________________ 4. Jelaskan bagaimana mengurus Penolakan bahan-bahan yang tidak patuh __________________________________________________________________ __________________________________________________________________ __________________________________________________________________ __________________________________________________________________
NO. KOD / CODE NO. BC-030-3:2013-C10/WA9/ P(9/9) Muka Surat / Page : 20 Drp / Of 20 RUJUKAN / REFERENCES: 1) Material Receiving Inspection | Precision Grinding, Inc. precisiongrinding.com/quality-assurance-program/material-receiving-inspection/ 2) Receiving Procedure ~ Warehouse and Storage Management warehouse-and-storage-management.blogspot.com/2013/03/receiving-procedure.htm 3) Installation - BCA https://www.bca.gov.sg/Professionals/IQUAS/others/precastinstallation.pdf 4) Receiving Inspection Checklist www.gliquality.org/sites/...templates/2.5_SLMTA%20Receipt%20checklist_v1.doc 5) Checklist - Wikipedia https://en.wikipedia.org/wiki/Checklist