KOD DAN NAMA PROGRAM / PROGRAM CODE & NAME BC-030-3:2013 RESIDENTIAL BUILDING CONSTRUCTION TAHAP DAN SEMESTER / LEVEL AND SEMESTER L3 NO DAN TAJUK UNIT KOMPETENSI / COMPETENCY UNIT NO. AND TITLE BC-030-3:2013 –CU06 RESIDENTIAL BUILDING DOOR AND WINDOW INSTALLATION NO. DAN PENYATAAN AKTIVITI KERJA / WORK ACTIVITIES NO. AND STATEMENT 1. IDENTIFY RESIDENTIAL BUILDING DOOR AND WINDOR INSTALLATION REQUIREMENT 2. CARRY OUT DOOR AND WINDOW INSTALLATION 3. PERFORM DOOR AND WINDOW PAINTING WORK 4. COORDINATE DOOR AND WINDOW INSPECTION NO. KOD KSKV / KSKV CODE NO. Muka Surat / Page : 1 Drp / Of 13 NO. KOD / CODE NO. BC-030-3:2013-C06/P(3/4) TAJUK / TITLE: PENERANGAN KERJA MENGECAT PINTU DAN TINGKAP TUJUAN / PURPOSE: Kertas Penerangan ini bertujuan untuk memberi kefahaman dan pengetahuan kepada pelatih tentang kerja mengecat pintu dan tingkap mengikut piawaian. BAHAGIAN PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL, KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA, ARAS 5 & 6, BLOK E14, KOMPLEKS E, PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN, 62604 PUTRAJAYA, MALAYSIA. KERTAS PENERANGAN (INFORMATION SHEET)
NO. KOD / CODE NO. BC-030-3:2013-C06/P(3/4) Muka Surat / Page : 2 Drp / Of 13 PENERANGAN / INFORMATION : Dalam proses pembinaan bangunan, kemasan merupakan kerja penghabisan yang menentukan kecantikannya. Beberapa jenis kemasan boleh dilakukan pada sesebuah bangunan berdasar kepada bahan-bahan yang digunakan dan juga pertimbangan kosnya. Secara am, kebanyakan bangunan bata dan konkrit dikemaskan dengan cat yang terdiri daripada: a. Cat minyak b. Cat air c. Cat distemper d. Cat kegunaan khas. e. Kemasan bagi pembinaan kayu pula selain cat, bahan-bahan seperti Syelek, Sampang, Lilin, Lekar plastik dan lekar selulos juga digunakan. 1.0 DEFINISI DAN TUJUAN CAT Cat adalah bahan moden yang diperbuat daripada bahan-bahan terbaik dan perlu diperiksa dengan teliti sebelum digunakan supaya kemungkinan berlakunya kegagalan pada bahan-bahan tersebut dapat diminimumkan. Ianya adalah sejenis bahan cecair yang digunakan dalam perusahaan untuk memberi lapisan perlindungan kepada bahan-bahan kayu, besi, lepa, konkrit, bata dan lain-lain lagi. Kualiti cat sentiasa dipertingkatkan mengikut perkembangan teknologi. Permintaan penggunaan dari masa ke semasa semakin bertambah. Kebanyakan cat kini dikilangkan untuk digunakan terus, tidak perlu dicampur dengan bahan-bahan lain. Cat berfungsi untuk: i. Melindungi bahan-bahan perusahaan daripada kerosakan -kerosakan yang disebabkan oleh keadaan cuaca, serangan serangga, pengoksidaan dan sebagainya. ii. Mencantikkannya pemandangannya. iii. Memudahkan proses pembersihan permukaannya. Pada dasarnya, cat diperbuat daripada jenis pewarna dan cecair. Pewarna cat terdiri daripada oksida besi, amber, kromium, oksida zink dan lain-lain lagi.Cecair cat pula mengandungi bahan-bahan pengikat (binder) dan pelarut. Bahan pengikat berfungsi untuk
NO. KOD / CODE NO. BC-030-3:2013-C06/P(3/4) Muka Surat / Page : 3 Drp / Of 13 melekatkan pewarna pada permukaan yang dicat serta memberi sifat kalisan dan kelicinan.Pelarut pula berfungsi mengurangkan kelikatan cat dan memberi kesenangan kerja semasa mengecat. 2.0 JENIS-JENIS CAT Cat merupakan medium kemasan dinding yang paling mudah dan murah. Kini terdapat pelbagai pilihan jenama cat di pasaran seperti ICI Dulux, Nippon Paint, Sissons, Jotun, Trans Paint dan sebagainya. Terdapat juga pelbagai jenis cat setiap satunya seperti jenis Easy Clean, Glo, Anti Bacterial, Weather Bond dan lain-lain . Rajah 2.1 : Jenis-Jenis Jenama Cat Terdapat dua jenis cat yang utama. Kedua-duanya bersifat cair. Selalunya dikenali sebagai cat berasaskan minyak (gloss) untuk kayu atau logam, dan yang berasaskan air (emulsion) untuk dinding dan siling. Cat terdiri dari campuran bahan air dan minyak. Cat yang berasaskan air lebih kepada 'matte effect' berbanding cat yang berasaskan minyak yang lebih licin dan berkilat. Jenis-jenis cat yang biasa terdapat di pasaran adalah seperti berikut:
NO. KOD / CODE NO. BC-030-3:2013-C06/P(3/4) Muka Surat / Page : 4 Drp / Of 13 2.1 Cat Minyak (Gloss Paint) Cat ini mempunyai pewarna dan cecair minyak linseed. Cat minyak menjadi kering melalui proses penyejatan pelarutnya dan pengoksidaan. Dalam proses mengecat biasanya tiga lapisan cat diperlukan iaitu lapisan asas, lapisan alas dan lapisan kemasan. Alat-alat untuk mengecat yang sesuai adalah berus dan alat penyembur. Lapisan ini terdiri dari varnis,lekar cat minyak dan enamel yang menghasilkan kemasan licin. Pencairnya terdiri dari spirit/turpentine/thinner. i. Lapisan asas – mengandungi cecari minyak linseed dan plumbum merah sebagai pewarna. ii. Lapisan alas – mengandungi minyak linseed, plumbum putih dan minyak pengering yang bermutu. iii. Lapisan kemasan – mengandungi minyak varnish, pewarna dan pelarut yang sesuai seperti turpentine. Sifat-Sifat Cat Minyak Adalah : Pewarna cat minyak menggunakan bahantaranya turpentine. Ia menggunakan linseed oil sebagai pengilat. Lambat untuk kering Tahan lasak Kalis air 2.2 Cat kegunaan Khas Terdapat banyak jenis cat dihasilkan khas untuk kerja-kerja yang tertentu seperti: i. Cat aluminium Dihasilkan dengan serbuk aluminium dan cecair minyak yang cepat kering. Cat ini digunakan sebagai cat asas bagi kayu yang bergetah dan juga pada permukaan logam seperti paip air, kekuda besi dan sebagainya
NO. KOD / CODE NO. BC-030-3:2013-C06/P(3/4) Muka Surat / Page : 5 Drp / Of 13 ii. Cat bitumen Cat ini mengandungi sebahagian besarnya minyak bitumen dan ia memberi perlindungan yang berkesan kepada bahan-bahan yang mudah karat seperti besi. Ia cuma digunakan pada tempat yang keindahan pemandangannya tidak diutamakan. Cat ini berharga murah iii. Cat kalis kulat Bahan-bahan kimia yang boleh mencegah tumbuhan kulat terkandung dalam cat ini. Kegunaan sangat berkesan dan ekonomi bagi tempat-tempat yang mengalami kelembapan iv. Cat tahan api Cat ini mengandungi ammonium fosfat. Ia digunakan untuk menambahkan sifat rintangan terhadap kebakaran pada kayu dan jenis papan yang tertentu dalam perusahaan pembinaan 3.0 KOD WARNA CAT Kod warna adalah berbeza bagi setiap pembekal. Kod bergantung pada jenis cat dan permukaan yang hendak dicat. Bagi pintu dan tingkap jenis permukaan adalah dari kayu yang menggunakan kemasan cat minyak. Rajah 3.1 : Contoh katalog – Gloss Paint
NO. KOD / CODE NO. BC-030-3:2013-C06/P(3/4) Muka Surat / Page : 6 Drp / Of 13 Rajah 3.2 : Contoh kod warna cat 4.0 JENIS DAN SAIZ PERMUKAAN MENGECAT Bil Jenis Permukaan Penyediaan permukaan Sistem Mengecat 1. Kayu (baru) Semua kayu mestilah ‘well seasoned’ dan sapu ‘knots’ dengan 2 lapis nipis ‘shellac’ Gosok dengan kertas pasir sehingga rata dan licin dan bersihkan daripada habuk sebelum menyapu lapisan ‘primer’ 1 lapis ‘primer’ kayu 1 lapis ‘undercoat’ 2 lapis cat gloss 2. Kayu (pernah dicat) a. Jika cat asal masih elok, gosok dengan kertas pasir halus untuk menghilangkan gloss. Pastikan permukaan bersih. b. Jika cat asal sudah retak atau mengelupas, tanggalkan cat asal dengan ‘paint remover’ dan kendalikan seperti kerja baru.. A 1 lapis ‘undercoat’ 2 lapis cat gloss atau jika tiada perubahan warna 2 lapis cat gloss B 1 lapis ‘Primier’ kayu 1 lapis ‘Undercoat’. 2 lapis ‘cat gloss’
NO. KOD / CODE NO. BC-030-3:2013-C06/P(3/4) Muka Surat / Page : 7 Drp / Of 13 Bil Jenis Permukaan Penyediaan permukaan Sistem Mengecat 3. ‘Building boards seperti hardboard, softboard dan chipboard Gosok permukaan sehingga licin dan baungkan habuk sebelum membubuh lapisan pertama. A. Cat ‘Gloss’ 1 lapis ‘undercoat’ 2 lapis cat gloss B. Cat ‘Emulsion’’ 1 lapis ‘Primer’ .2 lapis cat ‘emulsion’, cat acrylic atau Cat ‘masonry’ jika masih terdapat ‘water soluble stains’ sapukan 1 lapisan ‘undercoat’ Rajah 4.1 : Contoh jadual jenis cat mengikut lapisan
NO. KOD / CODE NO. BC-030-3:2013-C06/P(3/4) Muka Surat / Page : 8 Drp / Of 13 5.0 KAEDAH MENGECAT 5.1 PERALATAN ASAS UNTUK KERJA-KERJA MENGECAT Peralatan asas mengecat yang biasa digunakan adalah seperti berikut : 5. Scraper 6. Paint Bucket with Roller Grid 1. Berus Cat (Paint Brush) 2. Penggelek cat (Roller Paint) 3. Painting Tray 4. Long Arm Radiator Roller Paint
NO. KOD / CODE NO. BC-030-3:2013-C06/P(3/4) Muka Surat / Page : 9 Drp / Of 13 8. Extension Pole 8. Extension Pole Brush Holder Rajah 5.1 : Alat-Alat Asas Untuk Kerja Mengecat 5.2 TEKNIK CAT ALAS, CAT ASAS DAN CAT ANTI KARAT Kerja mengecat dibuat dengan turapan lapisan-lapisan berikut: i. Lapisan asas (Prime coat) ii. Lapisan alas (Under coat) iii. Lapisan kemasan (Finishing coat) Lapisan asas (prime coat) i. Merupakan lapisan pertama ii. Mengandungi minyak pigmen mudah kering iii. Dapat melekat pada bahan dan menerima lapisan seterusnya serta menembusi permukaan kayu dan plaster untuk dicat seterusnya iv. Kerangka kayu perlu disapu lapisan alas/primer bagi melindungi kayu dan menyediakan permukaan yang baik bagi lapisan alas. Lapisan alas (Under coat) i. Tujuan mengadakan undercoat ialah untuk menentukan warna cat penyudah (finishing coat) akan betul-betul seperti warna yang dikehendaki ii. Menerusi proses ini juga lubang-lubang kecil akan dapat dipenuhi cat. Ia menutup lapisan primer dan menambah ketebalan lapisan iii. Menahan kemasan akhir daripada meresapi bahan yang dicat dan menyebabkan kehilangan cat
NO. KOD / CODE NO. BC-030-3:2013-C06/P(3/4) Muka Surat / Page : 10 Drp / Of 13 iv. Lapisan alas mesti kering dahulu sebelum disapu cat kemasan akhir v. Meningkatkan kelegapan/ opacity permukaan dan menyediakan permukaan yang baik bagi lapisan kemasan vi. Undercoat mestilah kering satu malam dan sedia untuk ditaruh finishing coat Cat Anti Karat Cat antikarat atau dikenali sebagai cat oksida/ oxide paint digunakan untuk permukaan besi. Kegunaannya adalah untuk melindungi permukaan logam dari pengaratan/pengoksidaan. Ianya juga sebagai primer untuk permukaan besi sebelum cat kemasan. Cara Mengecat Cat Antikarat: i. Kacau cat dengan rata sebelum digunakan. ii. Pastikan permukaan kerja bersih, kering dan bebas dari segala bahan cat yang menyerpih, kotoran, minyak atau lilin. iii. Pencairan lazimnya tidak diperlukan untuk kegunaan biasa. Pelarut seperti 'thinner' atau 'turpentine' boleh digunakan jika pencairan diperlukan. iv. Sapuan cat hendaklah rata untuk mendapatkan perlindungan anti-karat yang terbaik. v. Nota: Penggunaan pelarut 'turpentine' untuk pencairan cat adalah menjimatkan wang berbanding 'thinner' kerana 'thinner' lebih cepat kering/meruap. 'Turpentine' juga sesuai digunakan untuk kerja pembersihan sisa-sisa cat. 5.3 KAEDAH MENGECAT Kerja mengecat boleh dilakukan dengan 3 cara/kaedah : i. Disapu dengan berus ii. Menggunakan penggelek atau roller iii. Dengan menggunakan alat sembur yang dibantu oleh mesin tekanan udara, tangki atau bekas sembur dan hos getah.
NO. KOD / CODE NO. BC-030-3:2013-C06/P(3/4) Muka Surat / Page : 11 Drp / Of 13 Semburan / Spray Mengecat menggunakan kaedah semburan boleh menjimatkan masa dan tenaga. Semburan mudah memenuhi ruangan yang besar dan proses kerja menjadi mudah. Alat penyembur dibantu oleh tekanan udara, tangki atau bekas sembur dan hos getah. Ianya bergantung pada rekabentuk setiap pengilang. Penggelek / Roller Penggelek atau rooler adalah salah satu cara untuk mengecat bangunan. penggelek lebih mudah digunakan dan ia mempunyai permukaan yang luas yang boleh menyerakkan cat dipermukaan dinding. Untuk mendapat kualiti cat yang bagus, pemilihan penggelek yang berkualiti penting. Roller ini sesuai untuk tempat tinggi. Pengguna tidak perlu menggunakan tangga atau scaffold. Antara peralatan yang digunakan untuk kaedah ni ialah: Berus Berus sesuai digunakan di kawasan yang sukar dicapai seperti kawasan bersudut. Selain itu juga berus biasanya digunakan di kawasan tepi bangunan untuk memastikan cat kemas. Berus cat mempunyai saiz mengikut kesesuaian tempat yang ingin digunakan. Berus juga digunakan untuk mengecat kerangka pintu dan tingkap. Pemilihan berus cat yang berkualiti amat penting agar bulu berus tidak tertinggal pada dinding yang boleh merosakkan kemasan tersebut. 6.0 LANGKAH-LANGKAH KERJA MENGECAT PINTU DAN TINGKAP 6.1 Mengecat Permukaan Kayu Menggunakan Cat Minyak (Gloss Paint) Langkah-langkah mengecat permukaan kayu adalah seperti berikut: i. Sebelum memulakan kerja-kerja mengecat , pastikan permukaannya bersih, bebas dari minyak dan habuk ii. Tampalkan lubang-lubang pada kayu dengan dempul (wood filler). Gosoklah permukaan kayu dengan kertas las dan kemudian lap menggunakan kain yang lembab untuk menghilangkan debu.
NO. KOD / CODE NO. BC-030-3:2013-C06/P(3/4) Muka Surat / Page : 12 Drp / Of 13 iii. Sapukan lapisan undercoat pada keseluruhan permukaan. Setelah kering, gosokkan semula permukaan kayu dengan menggunakan kertas las. Bersihkan permukaan kayu. iv. Lakukan kerja mengecat lapisan kemasan samada menggunakan kaedah sapuan atau semburan. v. Untuk kerja mengecat ulang pada kayu, ianya dapat dilakukan dengan dua cara, iaitu: mengecat terus di atas permukaan cat yang lama. dengan menghilangkan cat lama terlebih dahulu ( boleh menggunakan paint removal), kemudian baru melakukan kerja mengecat ulang. Langkah mengecat adalah sama seperti mengecat kayu yang baru dicat. 7.0 HOUSEKEEPING AND 3R ACTIVITIES i. Semua peralatan dan cat yang digunakan perlu dibersihkan selepas digunakan a. Berus cat b. Bekas cat ii. Semua peralatan perlu disimpan dan disusun dalam stor mengikut kategori setelah dibersihkan iii. Pastikan tiada kesan cat meleleh iv. Lebihan cat ditutup rapat dan disimpan di dalam stor dan jauh dari bahan mudah terbakar v. Buang berus cat dan roller yang rosak. vi. Gunakan beg sampah khas untuk cat dan pastikan ia dibuang ke dalam tong sampah tertutup.
NO. KOD / CODE NO. BC-030-3:2013-C06/P(3/4) Muka Surat / Page : 13 Drp / Of 13 SOALAN / QUESTIONS: 1. Berikan lima jenis peralatan untuk mengecat pintu dan tingkap a. ________________________________________________________________ b. ________________________________________________________________ c. ________________________________________________________________ d. ________________________________________________________________ e. ________________________________________________________________ 2. Terangkan faktor pemilihan cat untuk pintu dan tingkap ________________________________________________________________ ________________________________________________________________ 3. Apakah yang perlu dilakukan sekiranya kerangka kayu mempunyai kecacatan seperti lubang-lubang kecil? ________________________________________________________________ ________________________________________________________________ RUJUKAN / REFERENCES: 1) Tan Boon Tong (2007). Teknologi Binaan Bangunan. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. 2)Jahiman Badron (2011). Teknologi Binaan Bangunan. Kuala Lumpur : Ibs Buku. 3)https://en.wikipedia.org/wiki/Door 4)http://www.globalspec.com/reference/34711/203279/part-6-internal-construction-andfinishes