The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

STANDARD_KOMPETENSI_GURU_MALAYSIA

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Alphonsus John, 2022-05-11 22:57:46

KOMPETENSI GURU

STANDARD_KOMPETENSI_GURU_MALAYSIA

STANDARD KOMPETENSI GURU MALAYSIA

Saedah Siraj
Profesor dalam Reka Bentuk Kurikulum dan Teknologi Pengajaran/Dekan Fakulti Pendidikan,

Universiti Malaya,50603 Kuala Lumpur, Malaysia
E-mail: [email protected] Tel: +600-03-79675000. Fax: +600-03-7956 5506.

Mohammed Sani Ibrahim
Felo Penyelidik Kanan, Jabatan Pengurusan, Perancangan dan Dasar Pendidikan,

Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya,50603 Kuala Lumpur,
E-mail: [email protected]. Tel: +600-03-79673894. Fax: +600-03-7967 5010.

1. PENGENALAN

Guru merupakan tunjang kepada sistem pendidikan. Guru adalah pelaksana segala dasar dan
matlamat kurikulum yang telah digariskan oleh pihak kerajaan. Tanpa penglibatan dan
sokongan kaum guru, segala perancangan pendidikan yang telah disediakan akan terbengkalai
begitu sahaja. Justeru itu, kependidikan dan perguruan adalah aspek yang signifikan bagi
menjamin kegemilangan sesebuah negara. Guru merupakan perlaksana kurikulum dan
menjadi teras dalam menentukan standard, mutu dan keberkesanan sistem pendidikan.
Pendidikan pula merupakan proses penyampaian ilmu pengetahuan dan kemahiran yang
diperturunkan dari satu generasi kepada satu generasi yang lain. Oleh itu, tidak dinafikan
dalam memperkatakan tentang kepentingan pendidikan, maka guru memainkan peranan
utama untuk meyalurkan ilmu dan kemahiran tersebut dalam pendidikan formal. Ilmu
pengetahuan menyuluh kehidupan manusia di dunia dan akhirat. Guru bertanggungjawab
mendidik dan memimpin masyarakat. Sememangnya, guru banyak menyumbangkan khidmat
bakti dalam pembangunan bangsa dan negara, lebih-lebih lagi dalam membentuk sahsiah
pelajar. Begitulah peranan guru, satu tugas yang amat berat tetapi mulia dan murni. Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 akan memperkenalkan satu Pakej Kerjaya
Guru baru dalam usaha memartabatkan keguruan sebagai profesion pilihan termasuk kaedah
memberi ganjaran sepanjang tempoh kerjaya sebagai guru. Menurut laporan awal Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025, gelombang pertama (2013-2015) memberi
fokus kepada meningkatkan standard profesionalisme guru.

Peranan guru masa kini semakin mencabar. Mereka bukan sahaja memainkan
peranan utama sebagai penyampai ilmu pengetahuan dan kemahiran kepada pelajar, malahan
bertanggungjawab menyuburkan minat, memperkembangkan bakat dan kebolehan pelajar-
pelajar. Guru juga merupakan sumber untuk membina daya pemikiran yang analitikal,
kritikal dan kreatif bagi membentuk individu-individu yang boleh menyesuaikan diri dengan
perubahan yang berlaku di sekeliling mereka selaras dengan hala tuju sistem pendidikan.

Hala tuju pendidikan negara yang telah dirangka oleh Kementerian Pelajaran
Malaysia telah menggariskan satu matlamat iaitu untuk menjadikan pendidikan di Malaysia
sebagai pendidikan bertaraf dunia. Mampukah kita bergerak ke arah menjadikan sistem
pendidikan di negara ini sebagai pendidikan bertaraf dunia? Sebenarnya perkara ini bukanlah
mustahil untuk dicapai jika kita mempunyai kakitangan guru yang kompeten dan komited
terhadap profesionnya.

Pembentukan Pendidikan 42
insan seimbang bertaraf dunia
Perpaduan negara
Pemupukan Merealisasikan
budaya ilmu wawasan 2020 Pendemokrasian
pendidikan
Pembelajaran Tenaga kerja K-
sepanjang hayat ekonomi Penekanan
kepada sains dan
teknologi

Rajah 1 : Hala tuju sistem pendidikan

Rangka Rancangan Jangka Panjang Ketiga (RRJP3) juga telah memberi penekanan
kepada pembangunan sumber manusia berpengetahuan (k-workers) dalam usaha mencapai
status negara maju pada tahun 2020. Keupayaan sistem pendidikan untuk menambah
penawaran sumber pengetahuan ini bergantung kepada bilangan sumber manusia yang terlatih
dan bermotivasi. Untuk merelisasikan matlamat tersebut, Kementerian Pelajaran Malaysia
(KPM) telah memperkemaskan perancangan dan pembangunan sumber manusia dengan
memberikan fokus ke arah melahirkan guna tenaga yang kompeten dan kompetitif (Dasar
Pendidikan Kebangsaan, 2004).

Namun demikian disebabkan tidak wujud satu standard kompetensi dalam bidang
perguruan dan program pendidikan guru sebagai panduan di negara kita, maka telah timbul
masalah perkhidmatan, tekanan kerja, konflik peranan, kekaburan peranan, ketiadaan satu
sistem sokongan sosial dari pengetua dan rakan sekerja. Kesan daripada masalah tersebut
telah menyebabkan ramai guru telah meletak jawatan atau bersara dengan awal, dan burnout
dalam kalangan guru. Keadaan ini telah menjejaskan kualiti pendidikan negara kita.
Kewujudan satu piawai membolehkan guru-guru bertugas dengan mempunyai bimbingan
terperinci, dapat melihat syarat-syarat yang harus dipenuhi dan dicapai dan boleh digunakan
untuk menggerakkan peningkatan kualiti pengajaran.

2

42

2. SENARIO PENDIDIKAN DI MALAYSIA MASA KINI.

Dalam mencapai misi Kementerian Pelajaran Malaysia iaitu membangunkan sistem
pendidikan berkualiti yang bertaraf dunia bagi memperkembangkan potensi individu
sepenuhnya dan memenuhi aspirasi negara Malaysia, maka empat komponen berikut telah
dijadikan teras kepada pembangunan pendidikan negara, iaitu

(a) meningkatkan akses dalam pendidikan
(b) meningkatkan ekuiti dalam pendidikan
(c) meningkatkan kualiti pendidikan
(d) meningkatkan kecekapan dan keberkesanan pengurusan pendidikan.

Apabila menyentuh berkenaan kualiti pendidikan maka hubungannya dengan kualiti guru
tidak dapat dipisahkan. Menurut Sulaiman Daud (1995) , pendidikan pada abad ke- 21 bukan
sahaja memerlukan kita melahirkan insan yang berpengetahuan dan berkemahiran tinggi
dalam bidang industri dan teknologi, pengurusan dan perdagangan tetapi juga harus
menghasilkan insan yang mempunyai sistem nilai dan etika serta akhlak yang baik,
berperibadi mulia, bertanggungjawab, patuh kepada Tuhan serta berkemampuan untuk
membangunkan masyarakat dan negara (dalam Shahril dan Habib 2001). Dalam dunia
moden yang berkembang pesat ini, peranan sekolah telah berubah dan guru perlu
meningkatkan domain pengetahuan dan kecekapan-kecekapan baru untuk membolehkan
mereka mengikut peredaran zaman ( Mohammed Sani 2005)

Cabaran kepada guru dalam pendidikan kini merangkumi usaha melengkapkan
diri dengan kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi, menangani masalah
disiplin dan gejala sosial, pengurusan sekolah yang berkesan, harapan menggunung
masyarakat dan banyak lagi. Oleh itu, para guru hendaklah terdiri dari golongan yang
kuat semangat perjuangannya dan bersedia untuk mengadaptasi diri dengan
perubahan yang berlaku begitu pantas masa kini. Persoalannya, adakah tahap guru
Malaysia cukup kompeten dalam menangani cabaran-cabaran ini ? Adakah beberapa
perubahan dalam skim perkhidmatan dan kejayaan yang dicapai dalam dunia
pendidikan mahupun kekurangan yang sering menjadi isu dapat memberikan
petunjuk kepada tahap kompetensi guru Malaysia ?

Guru-guru di Malaysia amat bertuah kerana kerajaan Malaysia begitu prihatin dan
sentiasa memberikan fokus terhadap kemajuan dan kebajikan perkhidmatan mereka. Ini jelas
dilihat dari usaha pengemaskinian Skim Perkhidmatan Pendidikan sebanyak sembilan kali
di bawah empat laporan semakan gaji seperti berikut.

(i) Suruhanjaya Diraja mengenai Perkhidmatan Perguruan Malaysia Barat
(Suruhanjaya Gaji Aziz 1971).

(ii) Laporan Jawatankuasa Khas Gaji Kabinet (JKK) 1976.
(iii) Laporan Sistem Saraan Baru (SSB) 1991
(iv) Laporan Sistem Saraan Malaysia (SSM) 2002. (Bahagian Sumber Manusia KPM

2004)

Sistem Saraan Malaysia(SSM) berkuat kuasa mulai 1 November 2002. SSM
diperkenalkan dengan hasrat untuk mempertingkatkan kualiti perkhidmatan awam secara
menyeluruh dan merupakan reformasi dalam pengurusan manusia untuk mewujudkan tenaga
kerja yang berpengetahuan, kompeten dan seterusnya mewujudkan perkhidmatan cemerlang.
Antara yang diperkenalkan dalam SSM ialah Penilaian Tahap Kecekapan (PTK). Ia adalah
satu proses untuk menilai dan memastikan bahawa setiap pegawai memenuhi kriteria dan
standard prestasi yang ditetapkan serta mencapai tahap kompetensi bagi jawatannya.
Peperiksaan yang terdiri daripada dua komponen iaitu Kompetensi Umum dan Kompetensi

3

42

Khusus bertujuan untuk menggalakkan pembangunan diri anggota perkhidmatan awam
melalui

(a) pembelajaran berterusan
(b) meningkatkan budaya organisasi pembelajaran
(c) melaksanakan pengurusan sumber manusia berasaskan kompetensi

PTK secara tidak langsung membuka satu lagi ruang kepada para guru untuk
meningkatkan pengetahuan dan memperbaiki prestasi diri khususnya berkaitan dengan
tugas mereka. Ini adalah sejajar dengan usaha untuk meningkatkan kompetensi para guru.
Pada tarikh 18 Disember 2003 guru-guru telah menduduki peperiksaan pertama PTK selaras
dengan pelaksanaan SSM. Apabila keputusan diumumkan didapati dari sejumlah 130 000
guru yang menduduki PTK pada tahun 2003 hanya 1170 (0.9 % ) yang lulus.Ini juga
bermakna hanya 0.9 % guru yang mendapat markah 80 ke atas dan dikategorikan sebagai
kompeten. Manakala 99.1% kandas dan tidak mencapai tahap kompetensi yang baik.
Keputusan PTK ini telah menjadi perbincangan hangat di seluruh negara. Adakah ini
memberi isyarat bahawa majoriti guru Malaysia belum cukup kompeten ?

Guru-guru yang gagal rata-rata tidak berpuas hati dengan peperiksaan itu. Ada yang
mendakwa sukatan mata pelajaran terlalu luas, soalan tidak berkenaan dengan profesion
keguruan dan banyak lagi. Guru-guru boleh memberi 1001 alasan tetapi imej guru di mata
masyarakat sudah tentulah terjejas lebih-lebih lagi di kalangan pelajar. Malah isu ini telah
membawa kepada campur tangan Perdana Menteri , Dato` Seri Abdullah Ahmad Badawi
yang telah mengarahkan Ketua Setiausaha Negara dan Ketua Pengarah JPA untuk
mengadakan rundingan dengan wakil pekerja sektor awam bagi menyelesaikannya. Berikutan
itu, keputusan peperiksaan telah disemak semula dan peratus kelulusan ditingkatkan namun
masih ramai yang tidak berpuas hati.

Sungguhpun begitu , Peperiksaan PTK kedua telah diteruskan dan diadakan pada 30
Disember 2004 dan keputusan dikeluarkan pada Jun 2005 tetapi dengan format pemarkahan
yang baru. Kali ini tiada lagi kelompok lulus dan gagal. Pencapaian dibahagikan kepada 4
aras . Aras 4 adalah aras yang tertinggi di mana calon dikategorikan sebagai lulus atau
melepasi tahap kompetensi pada aras yang cemerlang dengan markah di atas 80%. Lulus atau
melepasi tahap kompetensi diberikan aras 3 dengan markah di antara 60 hingga 79. Lulus
bersyarat diberikan aras 2 dengan markah di antara 50 hingga 59 . Tidak melepasi tahap
kompetensi diberikan aras 1 dengan markah 49% dan ke bawah.

Isunya, adakah dengan berdasarkan aras-aras ini sudah memadai untuk dijadikan
petunjuk tahap kompetensi guru-guru? Dapatkah peperiksaan ini memberikan imej sebenar
guru-guru yang kompeten ? Adakah kompetensi guru dapat dinilai bersandarkan kepada satu
peperiksaan objektif dengan 80 soalan sahaja ? Sedangkan kompetensi sebenarnya lebih luas
dari itu.

Persoalan yang cukup relevan di sini ialah selain dari markah yang di peroleh adakah
mekanisme lain untuk membezakan guru-guru yang memperoleh aras 4 dengan aras 3
mahupun dengan aras-aras yang lain ? Bagaimana hendak memastikan kompetensi guru yang
memperoleh aras 4 kekal di sepanjang perkhidmatan mereka? Bagaimana pula hendak
menangani guru yang komited dengan tugas tetapi tidak memperoleh aras 4 dalam PTK atau
bagaimana pula untuk menangani guru yang kurang komited tetapi menunjukkan prestasi
cemerlang dalam PTK ? Ini adalah kerana hampir keseluruhan guru yang mencapai aras 4
akan diberikan anjakan gaji. Ini bukanlah bermakna bahawa PTK tidak sesuai sama sekali
tetapi kerana sehingga kini masih terdapat rungutan atau ketidakpuasan hati maka amatlah
perlu untuk dibuat penambahbaikan ke arah satu standard kompetensi yang lebih objektif dan

4

42

terpandu. Mujurlah akhirnya, PTK ini telah dimansuhkan berikutan penyemakan semula skim
gaji yang sedia ada.

Apabila menyentuh tentang tahap kompetensi guru-guru kita tidak dapat lari daripada
merenung kembali beberapa isu atau peristiwa yang agak kontroversi dan juga pencapaian
guru sama ada di peringkat tempatan mahupun antarabangsa. Baru-baru ini, tersiar di dada
akhbar, ibu bapa di Malaysia membelanjakan kira-kira 4 bilion ringgit setahun untuk
menampung kos kelas tuisyen anak-anak(New Straits Times,2005). Pelaburan ini bukannya
sedikit. Jika ditinjau dari sudut positif , ini menunjukkan kesedaran ibu bapa tentang peri
pentingnya pendidikan anak-anak. Namun dari sudut yang berbeza pula, kita dapati ini
memberikan gambaran bahawa pengajaran guru di sekolah belum memadai bagi tujuan
melengkapkan pelajar dengan ilmu pengetahuan. Adakah ibu bapa sudah hilang keyakinan
terhadap keupayaan pengajaran guru ? Justeru, adakah guru-guru tidak cukup kompeten
dalam menangani perkara asas dalam pendidikan iaitu menyampaikan ilmu ?

Seterusnya, isu dalam pengajaran dan pembelajaran sains dan matematik dalam
Bahasa Inggeris. Apabila keputusan PMR 2005 diumumkan pada 22 Disember 2005, warga
pendidik menarik nafas lega bila keputusannya amat memberangsangkan. Dengan peratus
kelulusan matematik 84.1% dan sains 90.1% masyarakat percaya guru-guru telah
menjalankan tugas dengan berkesan. Malangnya, dengan kenyataan susulan Ketua Pengarah
Pelajaran Dato` Dr. Ahamad Sipon, yang menyatakan bahawa hanya 27% sahaja pelajar yang
menjawab kertas matematik menggunakan Bahasa Inggeris sepenuhnya manakala hanya
33% sahaja pelajar yang menjawab kertas sains menggunakan Bahasa Inggeris sepenuhnya
membuatkan kita berfikir sekali lagi tentang kemampuan guru. Apakah kedudukan guru
Malaysia ? Adakah mereka kompeten dalam erti kata yang sebenarnya? Dasar pengajaran
Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris juga telah dimansuhkan setelah didapati ianya
tidak berkesan.

Prestasi murid dan pelajar dalam tiga peperiksaan awam iaitu Ujian Pencapaian
Sekolah Rendah (UPSR), Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Sijil Pelajaran Malaysia
(SPM) menunjukkan hasil yang hampir malar tetapi tetap menunjukkan peningkatan.
Bagaimanapun, laporal awal Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025
menegaskan, di sebalik keberhasilan itu adalah penting Malaysia membandingkan sistem
pendidikannya dengan tanda aras global bagi memastikannya bergerak seiring dengan
pembangunan pendidikan antarabangsa. Ini kerana jelas laporan itu, prestasi negara dalam
Trend Pendidikan Matematik dan Sains Antarabangsa (TIMSS) menurun antara 1999 dan
2007 manakala keputusan Program Penilaian Murid Antarabangsa (PISA) 2009 pula
menunjukkan Malaysia berada di kelompok sepertiga di bawah berbanding 74 negara peserta.
Dalam pentaksiran terkini (2012), prestasi Malaysia berada sekurang-kurangnya 100 mata di
bawah negara serantau seperti Singapura, Jepun, Korea dan Hong Kong dalam ketiga-tiga
dimensi iaitu Bacaan (kedudukan ke-55), Matematik (kedudukan ke-57) dan Sains
(kedudukan ke-52). Ia juga lebih rendah daripada purata antarabangsa dan negara-negara
Pertubuhan Kerjasama Ekonomi dan Pembangunan (OECD).

Dalam Kajian Trend Antarabangsa Matematik dan Sains (TIMSS) 2003 , pelajar Malaysia
telah menduduki tangga ke 10 dalam pembelajaran Matematik mengatasi negara maju iaitu
United Kingdom, Amerika Syarikat dan New Zealand. Menurut Kajian itu juga, Malaysia
menduduki tangga ke- 20 bagi mata pelajaran sains mengatasi Norway dan Itali. Kajian ini
telah dijalankan oleh International Association for the Evaluation of Educational
Achievement (IEA). Seramai 5 314 pelajar dari 150 sekolah telah dipilih secara rawak untuk
diuji oleh panel pakar dari seluruh dunia melalui 12 buku ujian. Pelajar kita memperoleh skor
purata 508 berbanding skor antarabangsa 467 bagi mata pelajaran matematik. Bagi sains pula,
purata skor pelajar kita ialah 510 berbanding skor purata antarabangsa 474. Malah terdapat

5

42

juga peningkatan dalam ranking berbanding tahun 1999 seperti ditunjukkan dalam jadual di
bawah.

Jadual 1: Kedudukan Malaysia mengikut ranking dalam TIMSS.

Tahun Kedudukan dalam ranking
Matematik Sains
1999 16 22
2003 10 20

Menurut kata Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein, kejayaan ini
membuktikan bahawa guru-guru mempunyai kemampuan dan kemahiran dalam pengajaran
dan pembelajaran bagi kedua-dua subjek berkenaan (Utusan Malaysia 14 Disember 2004).
Kenyataan Menteri Pelajaran ini adalah merupakan pengiktirafan kepada kualiti guru-guru
Malaysia. Adakah ianya memadai untuk mengatakan bahawa guru-guru Sains dan Matematik
Malaysia sudah mencapai tahap kompetensi yang baik ? Mampukah kita mendabik dada
mengatakan guru-guru sains dan matematik di Malaysia mempunyai tahap kompetensi yang
membolehkan mereka bersaing di persada pendidikan antarabangsa ? Apakah kedudukan
sebenar guru Malaysia ? Hakikatnya, di Malaysia masih belum ada satu standard kompetensi
untuk guru. Oleh itu adalah menjadi satu keperluan untuk semua pihak berfikir ke arah itu.

Apakah pengajaran guru di sekolah kurang berkesan sehingga memaksa ibu bapa
menghantar anak ke pusat tuisyen ? Adakah trend ini memberikan gambaran tentang tahap
kompetensi guru Malaysia khususnya dari aspek pedagogi ? Persoalan- persoalan ini sekali
lagi sukar dijawab kerana di Malaysia masih belum wujud lagi satu standard kompetensi ke
atas guru.

Menurut Dr. Mohammad Sani Ibrahim (dalam Utusan Malaysia 20 Mac 2002), tahap
pengetahuan dan kemahiran guru dalam P&P bagi sekolah Bestari masih pada tahap yang
rendah. Oleh itu, bagaimanakah guru-guru yang ada sekarang ini mampu menyediakan pelajar
yang mempunyai sikap yang terbuka untuk menerima pendidikan dan berani menghadapi
cabaran masa hadapan sekiranya sumber untuk mengayakan pengetahuan dan kemahiran di
kalangan guru kabur dan tidak mencukupi untuk melaksanakan P&P dengan efisien dan
berkesan. Maka, guru tidak berupaya mencapai TQM yang dihasratkan. Adakah ini petunjuk
bahawa guru -guru Malaysia belum mencapai standard kompetensi yang diperlukan?
Pastinya pandangan ini ada meritnya. Namun untuk mengukuhkannya lagi, guru di sekolah
Bestari ini perlu ada satu standard kompetensi untuk dijadikan kayu pengukur kemajuan
mereka.

Kejayaan beberapa buah sekolah dan organisasi Kementerian Pelajaran Malaysia
mendapat pengiktirafan ISO 9000 membuktikan guru Malaysia berpotensi untuk mencapai
standard yang setanding dengan rakan sejawat mereka di negara-negara maju yang lain.
Sekolah pertama yang mendapat pengiktirafan piawaian ISO 9000 ialah Sekolah Menengah
Derma, Kangar. Menurut Datuk Seri Najib Tun Razak , lebih banyak sekolah rendah dan
menengah akan dicalonkan untuk menerima sijil MS ISO 9000 iaitu pengiktirafan bertaraf
dunia ( Berita Harian 13 Ogos 1997). Tambahan kepada usaha ini, pihak nazir telah melawat
dan memeriksa 2971 buah sekolah di seluruh negara pada tahun 1999 dalam usaha
meningkatkan standard dan kualiti pendidikan seperti yang terkandung dalam Falsafah
Pendidikan Kebangsaan dan hasilnya sebahagian besar sekolah telah menunjukkan
peningkatan ( Berita Harian 6 Mac 2000). Persoalannya, adakah dengan mendapat

6

42

pengiktirafan ISO 9000 kita sudah selesa untuk mengatakan bahawa guru Malaysia sudah
cukup kompeten ?

Satu daripada inisiatif Kementerian Pelajaran Malaysia untuk meningkatkan kualiti
pendidikan negara ialah dengan menyediakan Standard Kualiti Pendidikan Malaysia sebagai
piawai bagi pentadbiran dan pengurusan sekolah serta institusi pendidikan (Dasar Pendidikan
Kebangsaan 2004). Jemaah Nazir Sekolah telah diberikan tanggungjawab untuk
melaksanakan strategi ini. Namun maklum balas yang diterima juga menunjukkan guru serta
tenaga pengajar menghadapi masalah dalam melaksanakan Sistem Pemastian Peningkatan
Standard Tinggi Kualiti Pendidikan (SPPSTKP) sepenuhnya kerana menghadapi kesukaran
memahami dokumen-dokumen yang diedarkan dan tatacara melaksanakan sistem tersebut
yang terlalu kompleks dan memerlukan masa serta tenaga yang banyak sehingga ada kalanya
menjejaskan pelaksanaan program-program lain. Malah para guru dan tenaga pengajar di
institusi pendidikan, kurang memahami objektif dan perancangan yang dibuat oleh Jemaah
Nazir Sekolah (JNS 2003) bagi meningkatkan kualiti pendidikan di negara kita. Adakah
reaksi negatif ini petanda guru kurang kompeten atau masih belum wujud sistem pengukuran
standard yang jelas ?

Hakikatnya, di Malaysia masih belum ada satu standard kompetensi untuk guru.
Kebanyakan negara-negara maju seperti Amerika Syarikat, United Kingdom, Jepun,
Australia, Belanda sudah membina standard kompetensi untuk guru-guru mereka. Justeru,
sistem pendidikan di Malaysia memerlukan elemen standard kompetensi untuk para guru agar
proses penilaian dan penambahbaikan perkhidmatan perguruan akan menjadi lebih sistematik.
Lantaran itu, adalah menjadi satu keperluan untuk semua pihak berfikir dan menyumbang
kepada pembentukan satu standard kompetensi untuk guru di Malaysia.

STANDARD KOMPETENSI GURU

Konsep Kompetensi

Kompetensi merujuk kepada pengetahuan, kemahiran, dan ciri-ciri peribadi atau personality
traits yang perlu bagi melaksanakan sesuatu tugas atau tanggungjawab. Menurut Kamus
Dwibahasa Dewan, kompetensi adalah istilah bahasa Inggeris iaitu competence yang
bermaksud kelayakan, kemampuan, kesanggupan, dan kecekapan untuk melakukan sesuatu
tugas (Dewan Bahasa dan Pustaka, 1999)

Menurut Daud Ibrahim(2003) bahawa, kompetensi bermakna “competence,
proficiency, skillful and skill”. Kompetensi ditakrifkan sebagai gabungan aspek pengetahuan,
kemahiran dan ciri-ciri peribadi yang perlu dimiliki serta diamalkan bagi melaksanakan
sesuatu pekerjaan atau jawatan. Prinsip asas model kompetensi adalah bahawa prestasi
seseorang pegawai perkhidmatan awam akan meningkat sekiranya beliau mempunyai semua
kompetensi yang diperlukan bagi menjalankan tugas dan tanggungjawab jawatan yang
disandangnya. Sebagai contoh, pengkhususan dalam sesuatu bidang dan kekerapan
melaksanakan sesuatu tugas yang akan membolehkan pegawai melaksanakan tugasnya
dengan berkesan dan cemerlang. Agus Darma (2003), mentakrifkan kompetensi sebagai
kemampuan atau kecekapan yang diperlihatkan seseorang ketika melakukan sesuatu.

Kesimpulannya kompetensi bolehlah didefinisikan sebagai;

Definisi Umum

Merupakan keupayaan seseorang untuk mencapai matlamat interaktif, dalam
konteks sosial yang khusus, dengan menggunakan cara yang diterima dan
menghasilkan natijah yang positif dengan memberikan signifikan kepada

7

42

unsur yang lain. Kecekapan atau kompetensi (competency) bolehlah
didefinisikan sebagai kebolehan seseorang mengeluarkan sesuatu hasil yang
telah dipersetujui bersama melalui terma-terma yang telah ditentukan tahap
pengukurannya.

Definisi khusus

Merupakan satu ukuran yang telah ditetapkan bagi seorang guru dalam
menguasai pelbagai peringkat kompetensi yang diperlukan untuk memenuhi
aspirasi pelajar dan masyarakat.

Definisi Guru

Guru dalam konteks tajuk tugasan ini bermaksud ialah tenaga pengajar yang telah mengikuti
sijil perguruan, diploma pendidikan dan ijazah dari maktab-maktab dan universiti, dilantik
oleh KPM untuk berkhidmat di sekolah. Kategori guru meliputi bakal guru, guru permulaan,
guru dan pentadbir sekolah (termasuk pengetua dan guru penolong kanan). Bakal guru pula
ialah seseorang individu yang sedang mengikuti latihan perguruan di peringkat diploma dan
ijazah pertama. Guru permulaan ialah guru yang telah mengikuti latihan perguruan dalam
mana-mana peringkat pengajian dan telah berkhidmat dalam jangka masa enam bulan hingga
satu tahun.

Konsep Kompetensi Guru

Standard profesional perguruan boleh digunakan sebagai satu set kriteria dari kompetensi
minimum yang ditunjukkan dalam perlaksanaan kerja guru. Kompetensi guru termasuklah
perkara yang berkaitan personal, profesional dan sosial seperti pengajaran, kepakaran dalam
subjek, kepakaran dalam teori yang berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran,
menguruskan proses pembelajaran, adaptasi dalam komuniti dan personaliti. Beare (2001)
mengenal pasti kompetensi minimum bagi guru terhadap lima komponen yang sepatutnya
kompeten. Lima komponen itu ialah kurikulum, pedagogi, penilaian, sumbangan kepada
sekolah dan sumbangan kepada profesion.

1. Kurikulum. Guru sepatutnya mempunyai pengetahuan tentang isi kandungan kursus
yang diajar (kepakaran subjek) dan ianya dikemas kini.

2. Pedagogi. Guru mestilah tahu mengajar, menguruskan kelas menggunakan mod
pembelajaran dan kaedah pengajaran yang sesuai dan teknologi pengajaran yang
sesuai.

3. Penilaian. Guru seharusnya tahu untuk menilai hasil kerja pelajar, bagaimana menilai
kemajuan pelajar, bagaimana melaporkan kemajuan kepada pelajar dan ibu bapa,
bagaimana menyimpan rekod kemajuan pembelajaran dan bagaimana menetapkan
tahap kemajuan.

4. Sumbangan kepada sekolah. Sebagai staf institusi pelajaran, setiap guru seharusnya
memberi sumbangan yang kontruktif kepada sekolah secara meluas, menerima
tanggungjawab fungsi yang luas kepada sekolah secara formal, secara tidak formal
mengambil berat terhadap tugas dan budaya, mempunyai pelajar yang baik, reputasi
dan pendirian komuniti serta hubungan ibu bapa dan seluruh komuniti.

5. Sumbangan profesional. Setiap guru diharapkan dapat mengamalkan profesion
pergurun dengan menyertai perkembangan profesional, aktif dalam aktiviti

8

42

profesional, menyumbangkan pembangunan dalam profesion perguruan dan asas
kemahiran dan bersedia untuk membantu rakan secara profesional. Guru sepatutnya
berfikir dan berkelakuan sebagai profesional.

Perkara asas bagi menggariskan standard guru profesional ialah apa yang perlu diketahui
dan boleh dilakukan. Formula asas kebolehan guru perlu ditunjukkan dalam bidang
berikut: penilaian, komunikasi, pembaikan berterusan, pemikiran kritikal, kepelbagaian,
etika, perkembangan insan dan pembelajaran, pengetahuan mengenai subjek, suasana
pembelajaran, perancangan dan peranan guru dan teknologi.

Model Kompetensi Guru

Prinsip asas model kompetensi adalah bahawa prestasi seseorang pegawai perkhidmatan
awam akan meningkat sekiranya beliau mempunyai semua kompetensi yang diperlukan bagi
menjalankan tugas dan tanggungjawab jawatan yang disandangnya. Contohnya,
pengkhususan dalam sesuatu bidang dan kekerapan melaksanakan sesuatu tugas yang akan
membolehkan pegawai melaksanakan tanggungjawabnya dengan berkesan dan cemerlang.

Komponen Kompetensi

Tiga komponen kompetensi yang utama adalah:
(a) Pengetahuan:
Kebolehan pegawai meningkatkan pengetahuan secara berterusan bagi memperbaiki prestasi
diri dengan berkesan.

(b) Kemahiran
Kebolehan pegawai mengguna dan memanfaatkan (ability to use in practice) pengetahuan
dan kemahiran yang diperoleh bagi melaksanakan tugas dengan cemerlang untuk mencapai
objektif organisasi.

(c) Ciri-ciri Peribadi
Nilai-nilai peribadi dan perlakuan (personal attributes and behaviours) yang perlu dihayati
dan diamalkan oleh pegawai perkhidmatan awam.

Komponen-komponen di atas adalah digambarkan secara ilustrasi oleh Hay McBer di
dalam Model Aisbeg. Di mana, kemahiran dan pengetahuan selalunya boleh diperoleh
melalui kursus atau latihan dan boleh dikaitkan dengan kelayakan akademik. Pembangunan
ciri-ciri peribadi seseorang pekerja adalah lebih mencabar dan perlu diberi penekanan khas
bagi mencapai kejayaan yang diharapkan melalui latihan dan pembangunan. Bagi model ini,
kompetensi merupakan aisbeg di mana kemahiran dan pengetahuan terletak di hujung aisbeg
dan berada di atas paras air. Manakala, ciri-ciri peribadi adalah terletak di bawah paras air
dan sukar diketahui. Walau bagaimanapun,kemahiran dan pengetahuan walaupun perlu untuk
menjalankan sesuatu kerja, ia tidak membezakan prestasi yang dihasilkan . Elemen perilaku
yang ditentukan oleh ciri-ciri peribadi (yang tersembunyi) merupakan faktor penting yang
akan membezakan pekerja berprestasi tinggi dan pekerja berprestasi biasa. (Gambar rajah 2).
Dengan kata-kata lain, pengetahuan dan kemahiran adalah merupakan komponen kompetensi
yang mudah dilihat dan dikenal pasti manakala ciri-ciri peribadi merupakan komponen
pendukung yang sukar dilihat dan kenal pasti tetapi adalah merupakan faktor penting dalam
mewujudkan pegawai cemerlang yang mempunyai pengetahuan dan kemahiran yang
diperlukan dalam sesuatu jawatan.

9

42

Paras Air Kemahiran Diperlukan
Pengetahuan untuk
- Sukar
diperhati, Peranan Sosial Menetukan
ukur dan Self-image kecemerlang
ubah
Traits (Personality)
Motif

Rajah 2: Model Kompetensi “Iceberg”

Jenis Kompetensi

Terdapat dua jenis kompetensi iaitu;

(a) Kompetensi umum(Generic Competencies)
- Merupakan pengetahuan, kemahiran dan ciri-ciri peribadi serta tata kelakuan yang
perlu dimiliki oleh setiap anggota dalam sesuatu perkhidmatan berkenaan.

(b) Kompetensi Khusus(Functional Competencies)
- Merupakan pengetahuan, kemahiran dan ciri-ciri peribadi yang spesifik bagi
menjalankan tugas dan tanggungjawab bagi sesuatu jawatan dan kumpulan jawatan.

Standard Kompetensi Luar Negara

Standard kompetensi guru di luar negara telah banyak di perkatakan. Berikut adalah standard
Kompetensi guru yang diguna pakai di beberapa buah negara. Standard ini mungkin boleh
dijadikan panduan ke arah pembentukan satu standard kompetensi guru di Malaysia.

A. Standard Kompetensi Guru di Australia

Rajah 3 menunjukkan Rangka Kerja Kebangsaan Untuk Standard Profesional Perguruan
Australia yang mengandungi dimensi kerjaya dan elemen profesional.

10

42

Rajah 3 : Rangka Kerja Kebangsaan Profesional Perguruan Australia.
Dimensi Kerjaya
Guru-guru membina pengetahuan, kemahiran dan latihan melalui kehidupan profesional
mereka, tetapi pembinaan ini bukanlah satu proses yang linear. Mereka memasuki profesion
ini dengan pelbagai aras keutamaan pembelajaran, pengalaman kerjaya dalam konteks yang
berbeza.
Terdapat empat dimensi kerjaya:
Kelulusan (Graduation)

Guru yang berkesan adalah guru yang:
 Telah diberikan latihan yang mencukupi dan terlibat di dalam proses pembelajaran

yang berterusan.
 Boleh mengenal pasti keperluan pembangunan mereka dan mendapatkan nasihat dan

sokongan daripada rakan sejawat.
 Mempunyai matlamat yang tinggi sebagai pelajar yang profesional untuk

pembelajaran pelajar mereka.
 Komitmen mereka terhadap pelajar dan pembelajaran pelajar mereka boleh dilihat

dari pencapaian pelajar yang tinggi. Mereka mempunyai komitmen, semangat dan
kemahiran interpersonel yang dianggap sebagai peranan profesional di sekolah dan
komuniti yang lebih luas yang menyumbang kepada perjalanan sekolah sebagai
keseluruhan.
Kompetensi (Competence)
Guru profesional yang kompeten:
 Dapat menunjukkan pengalaman pengajaran yang berjaya.
 Boleh memantau, menilai dan merancang pembelajaran dan menyesuaikan program
pembelajaran untuk memenuhi keperluan individu dan kumpulan di dalam kelas.
 Mempunyai rekod tentang keberkesanan dan pembelajaran yang berterusan.

11

42

 Bekerja dengan rakan sejawat dan pasukan untuk meningkatkan tahap profesional
mereka dan mengambil tanggungjawab yang besar dalam kolaborasi dengan yang lain
untuk memenuhi kehendak pembelajaran mereka.

 Merupakan seorang ahli yang berkesan di sekolah dan komuniti.

Pencapaian (Accomplishment)
Guru-guru pada aras ini adalah guru-guru yang:

 Mempunyai kemahiran yang tinggi dan berjaya dalam kerjayanya.
 Dikenali oleh guru-guru yang lain sebagai seorang yang mempunyai pengetahuan

mendalam di dalam mata pelajaran dan pedagogi.
 Memberikan sumbangan terhadap profesion dan sekolah.
 Boleh berkomunikasi secara berkesan dan bergaul secara dengan profesional dengan

masyarakat.

Kepimpinan (Leadership)
Guru-guru ini:

 Berpengetahuan dalam perkembangan terkini di dalam pedagogi dan boleh
menggunakannya kepada konteks pelajar yang unik.

 Mempunyai ciri-ciri interpersonal dan kepimpinan, jujur, berintegriti dan saksama.
 Boleh mengenal pasti potensi yang ada pada orang lain, mempromosikan dan

menggalakkan mereka untuk mencapai potensi masing-masing.
 Menggunakan analisis kritikal dan penyelesaian masalah kepada masalah pendidikan

dan terlibat di dalam pembelajaran berterusan yang profesional.
 Berkomunikasi secara efektif dengan komuniti untuk menyokong pembangunan

sekolah dan mempromosikan pembelajaran pelajar.

Elemen Profesional
Profesional Knowledge
Guru-guru tahu dan faham tentang:

 idea asas, prinsip dan struktur bidang yang mereka ajar.
 perkaitan antara bidang mereka dengan bidang yang lain dan boleh mengintegrasikan

pembelajaran merentasi bidang.
 cara mengajar kandungan pelajaran dengan berkesan, dan faham halangan-halangan

pembelajaran yang akan timbul dari pelajar.
 secara bagaimana kanak-kanak belajar dan bagaimana tugas mereka sebagai

fasilitator pembelajaran.
 menggunakan falsafah pembelajaran.
 Menilai secara kritikal teori-teori pembelajaran dan tahu menggunakannya secara

berkesan.
 Mengambil kira perbezaan sosial, budaya dan keperluan khusus latar belakang

pembelajaran pelajar mereka di dalam pengajaran dan pembelajaran.

Amalan Profesional (Professional Practice)
Berkomunikasi secara berkesan dengan pelajar mereka dan jelas dengan matlamat
pembelajaran.

 Menggunakan teknik inkuiri dan menggunakan pelbagai peralatan, aktiviti dan
sumber untuk melibatkan pelajar di dalam pembelajaran.

 Memilih dan menyusun kandungan pelajaran dengan logik dan berstruktur untuk
mencapai matlamat pembelajaran.

 Boleh mengurus tingkah laku dan situasi yang timbul di dalam ke arah pembelajaran
yang bermakna.

 Membina situasi pembelajaran yang selamat dan menjaga kebajikan pelajar mereka.

12

42

 Merancang pembelajaran dengan menggunakan penilaian formatif yang sesuai.
 Faham keperluan menilai pengajaran mereka dan kepentingan menyediakan tindak

balas formal dan informal kepada pelajar sebagai stimulus kepada pembelajaran.

Nilai Profesional (Professional Values)
 Komited kepada pembangunan kendiri dan sentiasa membuat analisis, penilaian
berterusan dan meningkatkan tahap profesionalisme.
 Faham bahawa tugas mereka sentiasa berubah dan mereka perlu menyerap dan
bertindak balas dengan situasi ini.
 Bekerjasama dengan penjaga dan semua yang terlibat dengan pendidikan sebagai satu
syarikat.
 Mereka meningkatkan tahap profesional ke tahap yang tinggi dan menghormati
pelajar mereka.
 Bersikap profesional sepanjang masa semasa berhadapan dengan pelajar, rakan
sejawat, ahli-ahli dalam profesion dan komuniti.

Hubungan Profesional (Professional relationship)

 Terlibat dengan komuniti dengan membentuk hubungan profesional dengan semua
peringkat di dalam komuniti (guru membentuk dan mengurus pengalaman
pembelajaran untuk individu dan kumpulan pelajar yang menyediakan peluang untuk
terlibat dengan ahli lain di dalam profesion dan seluruh komuniti sekolah)

 Bekerja secara produktif dengan rakan sejawat dan lain-lain profesional untuk
meningkatkan pembelajaran dan faham betapa pentingnya hubungan akrab antara
sekolah, rumah, dan komuniti di dalam pembangunan sosial dan intelektual pelajar
mereka. Hubungan ini adalah berasaskan kepercayaan, hormat, dan keyakinan.

B. Standard Kompetensi Guru di British Columbia, Kanada.

Standard kompetensinya terbahagi kepada dua seksyen:
1. Pendidikan dan Kompetensi.
2. Pengurusan Profesional.

Pendidikan dan kompetensi.

1. Pendidik yang profesional mengambil berat dan berminat dengan semua kanak-
kanak sepanjang masa.
 Memastikan keselamatan fizikal,intelektual, dan emosi semua pelajar.
 Melayan pelajar dengan cara hormat, mesra dan tidak membezakan sesama
pelajar.
 Bertindak mengikut etika dan undang-undang untuk kebaikan dan perlindungan
pelajarnya.
 Menunjukkan komitmen ke arah melayan pelajar dengan sama rata.
 Intervensi di mana perlu jika orang lain gagal menunjukkan nilai dan mengambil
berat kepada semua pelajar.

2. Pendidik yang profesional menunjukkan kefahaman tentang peranan ibu bapa
dan rumah di dalam kehidupan pelajar.
 Mengenal pasti (di dalam perancangan dan interaksi dengan pelajar dan ibu bapa)
kepentingan persekitaran rumah dan perbezaan nilai keluarga.

13

42

 Menghormati peranan ibu bapa sebagai co-educators terhadap pelajar dan kerja
untuk menyediakan persekitaran pembelajaran yang dapat menyokong peranan
itu.

 Berkomunikasi secara terbuka, berkesan, sensitif, dan sopan dengan ibu bapa
pelajar.

 Mendapatkan penyertaan dan input daripada ibu bapa untuk menyokong pelajar.

3. Pendidik yang profesional mempunyai pengetahuan yang luas dan mendalam
tentang mata pelajaran yang di ajar.
 Boleh berkomunikasi dengan fasih sama ada di dalam Bahasa Inggeris atau
Bahasa Perancis.
 Memahami konsep asas dan struktur mata pelajaran yang diajar
 Memahami bagaimana pengetahuan tentang mata pelajaran dibina, disusun dan
berkaitan dengan bidang yang lain.
 Memahami secara mendalam tentang mata pelajaran dan kurikulum.
 Akses dan mempunyai komunikasi kepada pengetahuan mata pelajaran dan
menghubungkannya dengan kurikulum dan dunia luar.

4. Pendidik yang profesional adalah berpengetahuan tentang Kanada dan dunia.
 Mempunyai pengetahuan tentang sejarah Kanada, geografi dan kebudayaannya.
 Faham, menggalakkan dan mematuhi undang-undang.
 Berpengetahuan tentang teori dan pelaksanaan demokrasi.
 Faham tentang penglibatan di dalam kebudayaan masyarakat Kanada.
 Mempunyai pengetahuan umum tentang sejarah dunia, geografi dan kebudayaan.

5. Pendidik yang profesional berpengetahuan tentang sistem pendidikan British
Columbia.
 Faham tentang prinsip sistem pendidikan di British Columbia.
 Mempunyai pengetahuan kerja yang relevan.
 Faham tentang perbezaan pandangan berdasarkan matlamat pendidikan.
 Faham tentang sejarah dan kandungan pendidikan di British Columbia dan
Kanada.
 Sedar tentang isu-isu terkini di dalam pendidikan.
 Faham tentang peranan pendidikan di dalam pembinaan warganegara yang
berinformasi di dalam konstitusi demokrasi.

6. Pendidik yang profesional faham tentang pertumbuhan dan perkembangan
kanak-kanak.
 Faham dan menggunakan teori yang relevan tentang perkembangan manusia
termasuk menggunakan dan memahami perbezaan pembelajaran individu dan
keperluan khas.
 Faham dan menggunakan teori yang relevan yang boleh menerangkan tentang
tingkah laku kanak-kanak.
 Memfokuskan kepada perkembangan potensi dan memupuk rasa cinta kepada
pelajaran di kalangan kanak-kanak
 Memberi respons kepada situasi yang spesifik yang menghormati digniti pelajar.

7. Pendidik yang profesional mengimplementasikan kaedah pengajaran yang
afektif.
 Membina persekitaran yang menyokong pembelajaran semua pelajar.
 Mereka bentuk, mengimplementasikan dan memantau pengalaman pembelajaran
ke arah kebaikan pencapaian pelajar.

14

42

 Menyediakan pengalaman pembelajaran di mana pelajar faham dan membina
peranan mereka sendiri dan bertanggungjawab di dalam proses pembelajaran dan
sebagai pelajar sepanjang hayat.

 Bekerja secara kolaboratif dengan pendidik yang lain, staf sokongan, ibu bapa
dan yang lain-lain untuk meningkatkan pencapaian pelajar.

 Mengenal pasti bila bantuan sokongan dan kepakaran diperlukan untuk
memenuhi keperluan spesifik pelajar dan bekerja secara kolaboratif untuk
menangani situasi ini ke arah kebaikan pelajar.

8. Pendidik yang profesional menggunakan prinsip tugasan, penilaian dan
laporan.
 Faham tentang kekuatan dan kelemahan di dalam tugasan yang spesifik, penilaian
dan alat laporan.
 Sentiasa mentaksir dan menilai pencapaian intelektual dan perkembangan sosial
pelajar.
 Menggunakan penaksiran dan penilaian untuk merancang pengalaman pengajaran
dan pembelajaran selanjutnya.
 Bekerja dengan rakan sejawat untuk memastikan interpretasi umum tentang hasil
pembelajaran dan hasil penilaian.
 Memastikan ketepatan dan rekod yang komprehensif tentang pencapaian pelajar.
 Sentiasa membuat laporan yang tepat dan berinformasi, untuk pentadbir dan ibu
bapa tentang pencapaian intelektual dan perkembangan sosial pelajar.

9. Pendidik yang profesional bertindak mengikut etika pemimpin pendidikan
 Bertindak mengikut ruang lingkup yang sah untuk kebaikan pelajar, sistem
pendidikan, dan masyarakat
 Mengekalkan secara konstruktif, hubungan profesional dengan pelajar, rakan
sejawat, majikan, ibu bapa, profesion dan lain-lain.
 Menerima, dan menyampaikan kepada yang lain-lain .....
 Akauntabiliti kepada pelajar, ibu bapa, majikan, profesion, dan masyarakat.
 Membina dan mengenal pasti falsafah kendiri tentang pendidikan, pengajaran dan
pembelajaran yang dinyatakan oleh teori dan menyumbang kepada praktis.
 Bekerja secara kolaboratif dengan pendidik, staf sokongan, staf sokongan
profesional, ibu bapa, dan lain-lain untuk meningkatkan keberkesanan fungsi
sekolah dan daerah.
 Menyediakan perkongsian kolaboratif dengan ibu bapa, komuniti, universiti,
kerajaan, agensi swasta dan perniagaan untuk kebaikan pelajar.

10. Pendidikan yang profesional terlibat dengan pendidikan sepanjang hayat.
 Membentuk minat, komitmen, dan semangat ke arah pendidikan.
 Mempunyai pengetahuan dan kemahiran terkini di dalam mata pelajaran dan
pengetahuan pedagogi.
 Berkongsi pengetahuan profesional dan kepakaran dengan yang lain-lain di dalam
komuniti.
 Menggunakan amalan refleksi yang boleh meningkatkan kefahaman dan
kemahiran.

Pengendalian Profesional
11. Pendidik yang profesional mempunyai tanggungjawab kepada pelajar.

 Menghormati autoriti, kepercayaan, dan pengaruh yang diberi.
 Menunjukkan minat kepada pelajar sepanjang masa.
 Faham bahawa mereka adalah ‘role model’ kepada pelajar.

15

42

 Mewujudkan dan menjaga sempadan di dalam hubungan profesional.
 Tidak terlibat di dalam tingkah laku seksual dengan kanak-kanak atau pelajar

secara sedar atau tidak.
 Menyediakan pelajar dengan persekitaran yang beremosi, intelektual, dan selamat

dari segi fizikal.
 Melayan pelajar dengan tenang dan penuh hormat.

12. Pendidik yang profesional mempunyai tanggungjawab kepada ibu bapa dan
orang ramai.
 Bertindak secara beretika dan jujur sepanjang masa.
 Faham bahawa mereka dilihat sebagai ‘role model’ oleh ibu bapa dan
masyarakat.
 Sentiasa berkelakuan yang memberi tindak balas positif kepada kepercayaan
orang ramai dan sistem pendidikan.
 Faham bahawa autonomi profesional diseimbangkan oleh tanggungjawab
profesional dan akauntabiliti kepada orang ramai.

13. Pendidik yang profesional mempunyai tanggungjawab kepada profesion.
 Menunjukkan tingkah laku yang mengekalkan digniti, kredibiliti dan integriti
terhadap profesion.
 Menyokong profesion dengan menjadi menyediakan sistem mentoran untuk
menggalakkan pendidik lain dan sesiapa yang baru menceburi profesion ini.
 Faham tentang perbezaan antara akta-akta profesion dan ‘advocacy’.
 Memastikan semua komunikasi mengekalkan standard profesional yang tinggi.
 Bekerjasama di dalam penyiasatan atau inkuiri yang dikendalikan berdasarkan
“Teaching Profesion Act”.

C. Standard Kompetensi Pendidik Guru (Teacher Educators) di Netherland

Asas Kompetensi Pengajaran.

Pendidik guru menyediakan perkhidmatan untuk institusi pendidikan guru. Tugas utama
pendidik guru ialah :
‘Untuk menjadikan pelajar berkembang menjadi guru-guru yang kompeten’.
Pendidik guru juga boleh menyumbang kepada pendidikan guru yang berterusan atau
terhadap penyelidikan terhadap proses pembelajaran.
Pendidik yang baik:

 mempunyai pemahaman terhadap perkembangan muridnya.
 Memudahkan dan menyelia perkembangan muridnya.
 Mengambil berat tentang perkembangan profesional diri sendiri.

Pendidik guru membentuk visi pembelajaran sendiri, yang mana berkaitan dengan dunia
sebenar. Mereka berkebolehan menyerap visi ini kepada institusi mereka, dan boleh
berkomunikasi dengan jelas tentang perkara ini kepada rakan sejawat dan pelajar.

Seorang pendidik yang baik:
 bersikap terbuka dan adalah seorang pendengar yang baik.
 sanggup mengambil risiko dan mengambil inisiatif.
 boleh menawarkan tindak balas dan terbuka
 dedikasi, komited, dan terlibat

16

42

 menyelesaikan masalah dengan kebijaksanaan dan diplomasi.

Sebagai kumpulan yang profesional, pendidik guru bekerja berpandukan kriteria berikut:
 mengambil berat (sebagai permulaan) masalah praktik yang spesifik dan pengalaman
guru-guru dan pelajar termasuk mata pelajaran yang di ajar.
 Berorientasikan stimulasi refleksi yang sistematik.
 Membuat pertimbangan tentang interaksi antara pendidik dan pelajar dan antara
pelajar dengan pelajar.
 Bekerja di dalam integrasi di antara teori dan praktik dan integrasi di dalam disiplin
yang berbeza.
 Mendapatkan dan mengekalkan pengetahuan daripada pelbagai sumber.

Kompetensi Umum
Terdapat lima bidang kompetensi:

1. Kompetensi kandungan
2. Kompetensi pedagogi
3. Kompetensi organisasi
4. Kompetensi kumpulan dinamik dan komunikasi
5. Kompetensi perkembangan dan pertumbuhan personel.

Kompetensi Kandungan
Pendidik guru boleh:

(a) Mendapat dan mengekalkan pengetahuan dan kemahiran di dalam bidang
masing-masing. (eg. kandungan mata pelajaran yang diajar, pedagogi kandungan,
teori pendidikan)

(b) Mengintegrasikan amalan pengajaran yang kompleks yang meliputi isi
kandungan, pedagogi, teori pendidikan, pembelajaran dan perkembangan
psikologi kepada satu disiplin.

Kompetensi pedagogi
(a) boleh berkolaborasi dengan rakan sejawat untuk membuat persediaan,
mengimplementasikan, menilai, membuat pengubah suaian, dan memperbaharui
kurikulum kursus.
(b) Boleh membina persekitaran pembelajaran yang memberangsangkan untuk
pelajar dan peserta kursus.
(c) Boleh membezakan antara pelajar guru dan peserta kursus dan memantau mereka
ke arah kompetensi pengajaran.
(d) Menggunakan kaedah pedagogi yang berlainan kepada situasi pengajaran yang
berbeza.
(e) Menjadikan pendekatan pedagogi telus kepada pelajar.
(f) Membina dan menggunakan ujian penaksiran di dalam kemahiran vokasional,
dapatkan tindak balas pelajar dan taksir keupayaan pelajar terhadap profesion
perguruan.
(g) Menggalakkan pelajar membuat refleksi terhadap pengalaman mereka dan
mentaksirkan keupayaan mereka di dalam profesion perguruan.

Kompetensi organisasi
(a) mengekalkan ‘network’ secara profesional sama ada di luar atau di dalam bidang
pendidikan.
(b) Menyumbang secara aktif terhadap pembangunan dan pengimplementasian
‘outlook’ organisasi dan polisi.
(c) Bekerjasama dengan yang lain di dalam pelbagai disiplin, kumpulan terarah
kendiri.

17

42

Kompetensi kumpulan dinamik dan komunikasi
(a) boleh menangani orang dewasa yang muda dan guru-guru yang cekap.
(b) Mengendalikan dengan jayanya proses di dalam kumpulan pelajar, guru-guru dan
rakan sejawat.
(c) Boleh menunjukkan rasa empati kepada sesiapa sahaja yang mereka bekerja
sama.

Kompetensi perkembangan dan pertumbuhan personel.
(a) boleh menilai bersama rakan sejawat pembangunan terbaru di dalam bidang
pendidikan dan menggunakannya di dalam tingkah laku.
(b) Boleh membuat refleksi secara sistematik pendekatan pedagogi dan tingkah
lakunya terhadap pelajar, rakan sejawat, dan lain-lain.
(c) Menjadi proses pembelajarannya boleh dilihat (visible) kepada rakan sejawat dan
pelajar.

D. Standard Kompetensi Guru-guru Bertauliah (Chartered Teacher) di Scotland.
Standard ini mempunyai empat komponen utama:

 Nilai profesional dan komitmen personel
 Pengetahuan dan kefahaman profesional
 Ciri-ciri profesional dan personel
 Tingkah laku profesional.

Rajah 4 : Komponen Standard Guru-guru Bertauliah (Chartered Teacher) di
Scotland

Nilai profesional dan komitmen personel
 Mempromosikan pembelajaran di dalam kelas secara efektif.
 Penilaian kendiri yang kritikal dan perkembangan
 Kolaborasi dan mempengaruhi
 Pendidikan dan nilai sosial

18

42

Pengetahuan dan kefahaman profesional
Guru-guru bertauliah sepatutnya menunjukkan kefahaman kritikal melalui kerjanya:

 Menggunakan pendekatan terkini di dalam pengajaran dan pembelajaran
 Kajian terkini tentang pengajaran dan pembelajaran.
 Konteks perubahan sosial dan budaya terhadap pendidikan
 Kurikulum sekolah, pengetahuan asas dan bagaimana kurikulum itu berkait dengan

kehidupan di dalam komuniti, termasuk kewarganegaraan dan ‘the world of work’
 Penaksiran pendidikan dan interpretasinya
 Tindak balas terhadap perbezaan pelajar dan terhadap halangan pengalaman untuk

pembelajaran.
 Prinsip dan amalan keadilan sosial, inclusion, kesaksamaan, dan demokrasi, dan

strategi untuk mengelakkan diskriminasi.
 Pendidikan dan ‘promotion of personel well-being’ dan perkembangan persekitaran.
 Guru sebagai ‘co-educators’ dengan ibu bapa dan profesional yang lain.
 The nature of profesionalisme
 Perdebatan isu-isu semasa
 ICT dan kepentingannya di dalam pengajaran dan pembelajaran.

Ciri-ciri profesional dan personel
Guru-guru bertauliah, sepatutnya boleh menunjukkan satu julat kemahiran dan attribut yang
boleh dikategorikan di dalam bentuk kerja yang profesional:

 Mempunyai semangat dan keupayaan untuk memotivasikan
 Berkomunikasi secara efektif
 Boleh menjadi sumber dan positif, dan menggunakan pendekatan penyelesaian

masalah
 Menjadi kreatif dan imaginatif, dan mempunyai tingkah laku yang terbuka kepada

perubahan
 Sistematik dan terurus, berfokus, mengenal pasti dan bekerja keras
 Menunjukkan rasa empati dan adil, mengambil berat dan boleh didekati

(approachable)
 Menunjukkan prestasi (performance) yang konsisten di dalam bidang profesional

Tingkah laku profesional
Boleh dikategorikan kepada empat bidang:

 Keberkesanan mempromosikan pembelajaran di dalam kelas:
Guru-guru bertauliah sepatutnya boleh menunjukkan keupayaan untuk:
o meninggalkan kesan berterusan di dalam proses pembelajaran dan
perkembangan pelajar
o membina dan mengekalkan kesudahan yang positif di dalam pembelajaran
o menggunakan strategi yang meningkatkan pembelajaran pelajar

 Penilaian kendiri yang kritikal dan perkembangan:
Guru-guru bertauliah boleh menunjukkan keupayaan untuk:
o Menilai amalan dan membuat refleksi kritikal terhadapnya
o Memperbaiki pencapaian profesional
o Memastikan pengajaran diketahui melalui pembacaan dan penyelidikan

 Kolaborasi dengan, mempengaruhi rakan sejawat:
Guru-guru bertauliah boleh menunjukkan keupayaan untuk:
o Menyumbang ke arah peningkatan kualiti pengalaman pendidikan yang
disediakan oleh sekolah, dan ke arah konteks profesional yang lebih luas di
dalam pengajaran dan pembelajaran

19

42

 Pendidikan dan nilai sosial
Guru-guru bertauliah boleh menunjukkan keupayaan untuk membuat justifikasi
amalannya dengan:
o Menghubungkaitkan pengajaran ke arah matlamat sekolah dan nilai sosial
yang lebih luas.
o Dapat menyatakan idea dengan terang dan jelas (articulating), berdikari dan
mempunyai pendirian yang kritikal untuk menangani perspektif isu-isu
pendidikan, polisi dan perkembangan

STANDARD PROFESIONAL GURU MALAYSIA

Untuk memastikan profesion perguruan mempunyai status yang tinggi di kacamata
masyarakat, selain daripada nilai dan etika perguruan, guru-guru wajib mematuhi dan
mengamalkan standard professional guru(Teacher Professional Standards) di
Malaysia.

ASPEK STANDARD PROFESIONAL DALAM PROGRAM PENDIDIKAN
GURU

Keperluan Diadakan Standard Profesional Guru

Sumbangan signifikan pendidikan berkualiti dalam proses pembangunan insan adalah
diiktiraf oleh semua negara di dunia. Pengiktirafan ini meliputi peranan yang perlu
dimainkan oleh guru yang berkualiti dalam memberi pendidikan yang berkualiti. Ada dua
dimensi keprofesionalan guru iaitu yang berkaitan dengan kelayakan dan kompetensi
professional mereka. Kualiti guru terserlah melalui kualiti pengajaran mereka. Untuk
memastikan kualiti dalam pengajaran, standard untuk apa yang perlu diketahui oleh guru dan
boleh dibuat perlu dibina. Standard yang dibina boleh digunakan sebagai kriteria untuk
pensijilan, pengambilan dan perancangan dan pembangunan kerjaya guru.

Secara terperinci, standard profesional guru diperlukan untuk tujuan-tujuan berikut:

1. Berkaitan dengan jaminan kualiti. Untuk memastikan jaminan kualiti, guru-guru
sekolah mestilah berkelayakan daripada institusi yang diktiraf. Oleh itu ianya
memerlukan standard profesional guru.

2. Berkaitan dengan pembaikan kualiti. Adalah diperakui bahawa usaha ke arah
pembaikan kualiti dalam bidang pendidikan, ada beberapa tindakan yang perlu
diambil seperti mengukuhkan kepimpinan dan pengurusan, dan komitmen semua staf
ke arah pembaikan berterusan; mengukur keberkesanan pengajaran, dan
perkembangan profesional yang berterusan.

3. Untuk hubungan menegak. Dengan menetapkan standard profesional guru, ianya
boleh menyokong kepimpinan strategik supaya dapat mewujudkan persekitaran yang
kondusif untuk pembelajaran pelajar.

4. Untuk hubungan mendatar. Dalam komuniti guru berkualiti, bermakna hanya guru-
guru yang mempunyai kelayakan kompetensi yang minimum adalah ahli-ahlinya,
komunikasi dan kolobrasi yang efektif diperlukan untuk menyokong pembelajaran

20

42

pelajar yang efektif. Ini boleh berlaku apabila komuniti guru mencapai standard dari
segi kelayakan dan kompetensi.

Sebagai tambahan kepada semua ini, standard diperlukan kerana sekolah adalah satu komuniti
yang mempunyai tujuan yang penting untuk memperlengkap pelajar dengan ilmu dan
ketrampilan untuk hidup(Senge 2000). Oleh itu, standard perlu dibina sebagai usaha yang
berterusan untuk memperbaiki kualiti pendidikan. Standard akan memberi kriteria dalam
pembuatan keputusan dalam pengambilan guru dan sebagai panduan ke arah keputusan
penggubalan kurikulum dengan memberi jangkaan prestasi tentang ilmu, proses, dan sikap
dalam pembangunan pelajar.

Pembinaan Standard Profesional Guru

Standard profesional guru ialah satu pernyataan tahap kualiti yang perlu dicapai dan perlu
dibuat oleh guru-guru semasa mereka menjalan tugas masing-masing yang dipersetujui oleh
ahli-ahli profesional dalam bidang keguruan dan masyarakat. Menurut Tucker dan Codding
(1998), ada tujuh ciri standard: 1) yang boleh diaplikasikan oleh guru, 2) yang diperhatikan
oleh pelajar, 3) menggunakan pernyataan yang boleh memberi motivasi ke arah pencapaian,
4) setiap guru perlu mengetahui dan memahaminya, 5) disokong oleh ahli-ahli profesional
pendidikan dan masyarakat, 6) setanding dengan negara lain, dan 7) sarwajagat.

Standard profesional guru boleh digunakan sebagai satu set kriteria kompetensi minimum
yang setiap guru wajib melakukannya semasa menjalankan tugas harian. Kompetensi guru
termasuklah yang berkaitan dengan aspek peribadi, profesional dan sosial seperti prestasi
dalam pengajaran, menguasai kandungan mata pelajaran, menguasai teori-teori yang
berhubung dengan pendidikan dan pengajaran, mengurus proses pengajaran pembelajaran,
menyesuaikan diri dalam komuniti, dan personaliti. Beare (2001) telah mengenal pasti
kompetensi minima guru yang selari dengan lima bidang yang sama atau komponen yang
dijangka sebagai kompetensi. Kelima-lima dimensi tersebut ialah kurikulum, pedagogi,
penilaian, sumbangan kepada kehidupan di sekolah, dan sumbangan kepada profesion.

1. Kurikulum. Seseorang guru itu perlu menguasai ilmu kandungan
matapelajaran atau kursus yang diajar dan ianya diharapkan sentiasa
mengemaskinikan ilmu tersebut. Ia sepatutnya sudah mempunyai ilmu untuk
menggubal program pembelajaran, bagaimana kurikulum dibahagi-bahagikan
dan bagaimana ianya perlu diajar, teori pembelajaran yang memberi kerangka
kepada sesebuah kurikulum, dan apa jua polisi yang rasmi yang berkuatkuasa
tentang kurikulum yang sedang digunakan.

2. Pedagogi. Seseorang guru perlu tahu bagaimana hendak mengajar, perlu tahu
tentang pengurusan bilik darjah, mod pembelajaran pelajar dan methodologi
pengajaran yang sesuai dengan mod yang digunakan, dan tentang teknologi
pengajaran yang sesuai. Guru berkenaan diharapkan telah memahami dan
menguasai pelbagai strategi pengajaran.

3. Penilaian. Seseorang guru itu sepatutnya tahu bagaimana hendak menilai
kerja pelajar, bagaimana hendak menilai kemajuan pelajar, bagaimana
hendak membuat laporan tentang kemajuan pelajar secara konstruktif kepada
pelajar dan ibubapa, bagaimana hendak menyimpan rekod kemajuan pelajar
dalam pembelajaran, dan bagaimana untuk mencari penandaaras kemajuan
tersebut. Setiap orang guru sepatutnya mempunyai program penilaian
berterusan untuk setiap orang pelajar.

21

42

5. Sumbangan kepada profesion. Setiap orang guru sepatutnya terlibat secara
aktif dengan professional keguruan dengan melibatkan diri dalam program
perkembangan profesional yang berterusan, aktif dalam aktiviti-aktiviti
profesional, memberi sumbangan kepada pembinaan ilmu keguruan , dan
sentiasa bersedia untuk membantu perkembangan rakan sejawatan. Guru
wajib berfikir dan bertingkah laku sebagai seorang yang profesional,

Dalam usaha ke arah menggubal standard profesional guru, semua kelima-lima dimensi perlu
dipecahkan kepada komponen-komponen penting dan seterusnya komponen-komponen
tersebut perlu dipecahkan kepada terma-terma operasi yang spesifik yang perlu dilaksanakan
oleh guru-guru. Ini akan membuatkan standard yang digubal itu bukan sahaja perlu
dilaksanakan tetapi perlu dinilai dalam penilaian prestasi tahunan.

Teras standard profesional guru menetapkan apa guru perlu tahu dan mampu
melaksanakannya. Ianya digubal berdasarkan kepada beberapa kebolehan yang perlu
dilaksanakan oleh guru seperti berikut:

1. Penilaian. Guru-guru yang profesional sentiasa menyemak dan menilai data yang
dikumpulkan daripada pelbagai sumber. Sumber-sumber ini termasuklah ujian pra,
ujian setara, portfolio, kajian kes, inventori bidang mata pelajaran, rekod kumulatif,
dan maklumat perkhidmatan pelajar, menggubal pelan pengajaran pelajar yang
memenuhi keperluan kognitif, sosial, linguistik, budaya, emosi dan fizikal.

2. Komunikasi. Guru yang profesional secara tekal akan mewujudkan bilik darjah yang
diterima, di samping memberi tumpuan sepenuhnya kepada tugas, dan menghasilkan
keputusan yang memberangsangkan. Ia akan berkomunikasi dengan semua pelajar
and menetapkan ekspektasi yang tinggi, dan memberi sokongan, menggalakkan dan
memberi maklumbalas yang positif dan adil tentang usaha pembelajaran mereka.
Guru akan menunjukkan ketrampilan berkomunikasi yang baik dan mewujudkan
suasana di dalam bilik darjah yang menggalakkan perasaan hormat antara satu sama
lain dan menghargai budaya, latarbelakang linguistik, stail membelajaran dan
kebolehan yang pelbagai.

3. Pembaikan yang berterusan. Guru yang profesional bersetuju terhadap keperluan
untuk mengukuhkan lagi pengajarannya melalui strategi refleksi kendiri dan
mempunyai komitmen kepada pembelajaran seumur hidup. Guru ini akan sedar dan
biasa dengan perancangan pembaikan sekolah. Pembaikan profesional yang
berterusan bagi guru ini dicirikan melalui penglibatannya dalam program pendidikan
guru dalam perkhidmatan, penglibatan dalam jawatankuasa-jawatankuasa sekolah-
komuniti, dan dalam merekabentuk dan mencapai matlamat-matlamat pelan
perkembangan profesional.

4. Pemikiran kritikal. Guru yang profesional menggunakan pelbagai teknik dan strategi
penilaian prestasi yang mengukur kemahiran berfikir aras tinggi di kalangan pelajar
dan memberikan projek dan aktiviti-aktiviti penyelesaian masalah yang realistik, yang
akhirnya akan membolehkan pelajar-pelajar mendemonstrasikan kebolehan mereka
untuk berfikir secara kreatif.

5. Kepelbagaian. Guru yang profesional akan membentuk persekitaran yang penuh
dengan risiko yang boleh menerima dan menggerakkan kepelbagaian. Guru
seharusnya mempunyai ilmu tentang pelbagai budaya melalui amalan seperti
penyelesaian konflik, menjadi orang perantaraan, dan mewujudkan iklim
keterbukaan, inkuiri dan sokongan.

22

42

6. Etika. Guru yang profesional mematuhi kod etika dan prinsip-prinsip tatasusila
profesional di dalam profesion keguruan.

7. Pembangunan manusia dan pembelajaran. Dengan berpandukan kepada teori-teori
dan konsep-konsep pembangunan dan pembelajaran manusia serta pelbagai
maklumat tentang pelajar, guru yang profesional akan memberi peluang-peluang
pembelajaran yang sesuai dengan stail pembelajaran, linguistik dan warisan budaya,
latarbelakang pengalaman dan tahap perkembangan di kalangan pelajar.

8. Ilmu tentang mata pelajaran yang diajar. Guru yang profesional mempunyai
pemahaman yang asas tentang mata pelajaran yang diajar dan mula memahami
bahawa mata pelajarannya mempunyai hubungan dengan disiplin-disiplin lain dan
boleh diaplikasikan secara integrasi dengan keadaan dunia luar. Guru akan berusaha
untuk memperkembangan ilmunya. Komitmen ke arah pembelajaran tentang ilmu
baru termasuklah mengikut perkembangan terkini sumber-sumber yang boleh
meningkatkan kualiti pengajaran. Kebolehan guru dalam ketrampilan mengajar
termasuklah pelbagai cara untuk membantu pelajar menguasai ilmu-ilmu baru.

9. Persekitaran pembelajaran. Guru yang profesional memahami tentang pentingnya
mewujudkan persekitaran pembelajaran yang efektif dan mula membuat percubaan
dengan pelbagai persekitaran, untuk mengenal pasti yang mana satu merupakan
situasi yang terbaik. Guru akan membuka peluang untuk mendapatkan input pelajar
ke dalam ekspektasi tingkah laku dengan cara membantu pelajar membina satu set
nilai dan kepercayaan yang dikongsi bersama, dengan cara menggalakkan mereka
untuk membayangkan persekitaran di mana mereka suka belajar, dengan cara
memberi peristiwa untuk tujuan refleksi terhadap peraturan-peraturan dan kesan-
kesannya yang mewujudkan persekitaran berkenaan.

10. Perancangan. Guru yang profesional menetapkan ekspektasi yang tinggi untuk semua
pelajar dan menggunakan konsep-konsep daripada pelbagai bidang. Guru yang
profesional merancang secara sendiri dengan pelajar-pelajar dan dengan guru-guru
lain untuk merekabentuk pengalaman-pengalaman pembelajaran yang memenuhi
keperluan dan minat pelajar. Guru akan terus mendapatkan nasihat/makluman
daripada sumber-sumber yang sesuai (termasuk maklumbalas), menginterpretasikan
maklumat, dan memodifikasikan pelan. Pengajaran yang komrehensif dilaksanakan
dalam satu persekitaran yang kreatif dengan menggunakan strategi motivasi yang
pelbagai dan multi sumber. Hasilan dinilai dengan menggunakan pendekatan-
pendekatan tradisional dan alternatif. Melalui refleksi, guru yang berkenaan akan
menghalusi pengalaman-pengalaman pembelajaran.

11. Peranan guru. Guru yang profesional menggunakan saluran komunikasi terbuka dan
bekerja secara rapat dengan ahli-ahli keluarga, ahli-ahli profesional pendidikan dan
lain-lain ahli sistem sokongan pelajar untuk menggalakkan penambahbaikan yang
berterusan terhadap pengalaman pendidikan yang didapati.

12. Teknologi. Guru yang profesional menggunakan teknologi yang sesuai untuk
mewujudkan satu suasana pembelajaran aktif dengan menggunakan teknologi-
teknologi sedia ada dan yang baru di persekitaran sekolah. Beliau akan memberi
peluang kepada pelajar-pelajar untuk menggunakan teknologi untuk mengumpul dan
berkongsi maklumat dengan pihak lain, dan mempercepatkan akses dalam
penggunaan resos-resos elektronik itu.

23

42

Menetapkan standard profesional adalah usaha awal ke arah pembinaan profesionalisme guru.
Standard itu adalah berhubungkait dengan kelayakan dan kompetensi di mana kompetensi-
kompetensi profesional adalah berhubungkait dengan pendidikan dan proses pengajaran-
pembelajaran, penguasaan dalam bahan pengajaran, perkembangan peribadi. Pendekatan-
pendekatan dalam mengenal pasti dan membina kompetensi guru adalah termasuk
menginterpretasi kandungan kurikulum, menganalisis tugas-tugas guru, menganalisis
keperluan-keperluan pelajar, membincangkan tentang kedudukan teori guru, mengenal pasti
klasifikasi keperluan-keperluan sebenar, dan mengenal pasti klasifikasi program.

Dalam proses membina standard profesional guru ada 10 prinsip yang semua guru wajib tahu
dan mampu membuatnya, tidak kira apa jua bidang kandungan yang spesifik. Standard-
standard ini adalah berhubungkait dengan:

1. Ilmu tentang kandungan mata pelajaran. Guru perlu memahami konsep-konsep
utama, alat-alat inkuiri, dan struktur-struktur bidang kandungan yang diajar, dan guru
mewujudkan pengalaman-pengalaman pembelajaran yang membuatkan aspek-aspek
kandungan mata pelajaran lebih bermakna kepada pelajar.

2. Ilmu tentang perkembangan manusia dan pembelajaran. Guru memahami bagaimana
pelajar belajar dan berkembang, dan memberikan peluang-peluang yang menyokong
perkembangan intelek, sosial dan peribadi.

3. Menyesuaikan pengajaran untuk memenuhi keperluan individu. Guru memahami
bagaimana pelajar berbeza dalam pendekatan mereka kepada proses pembelajaran
dan mewujudkan peluang-peluang pengajaran yang sesuai kepada pelajar yang
mempunyai pelbagai keperluan.

4. Strategi pengajaran yang pelbagai. Guru memahami dan menggunakan pelbagai
strategi pengajaran untuk membina ketrampilan dalam pemikiran kritikal,
penyelesaian masalah dan prestasi pelajar.

5. Kemahiran motivasi dan pengurusan bilik darjah. Guru memahami motivasi dan
tingkahlaku individu dan kumpulan pelajar dan mewujudkan satu persekitaran
pembelajaran yang menggalakkan interaksi sosial yang positif, penglibatan aktif
dalam pembelajaran dan motivasi kendiri.

6. Kemahiran komunikasi. Guru menggunakan pelbagai teknik komunikasi termasuk
lisan, bukan lisan, dan media untuk menggerakkan proses inkuiri, koloborasi dan
interaksi menyokong di dalam dan luar bilik darjah.

7. Kemahiran perancangan pengajaran. Guru merancang dan menyediakan persediaan
mengajar berdasarkan ilmu dalam mata pelajaran yang diajar, pelajar, komuniti dan
matlamat kurikulum.

8. Penilaian terhadap pembelajaran pelajar. Guru memahami, mengguna, dan
meninterpretasi strategi-strategi penilaian formal dan bukan formal dan prestasi
pelajar yang maju dan untuk menentukan keberkesanan program.

9. Komitmen profesional dan tanggungjawab. Guru ialah seorang pelaksana yang
reflektif yang boleh mendemonstrasikan komitmen kepada standard-standard
profesional dan terlibat secara berterusan dalam proses penguasaan kaedah
pengajaran.

24

42

10. Permuafakatan. Guru berinteraksi secara profesional, bertingkah laku secara efektif
dengan rakan sekerja, ibubapa, dan lain-lain ahli komuniti untuk menyokong
pembelajaran pelajar dan kebajikan mereka.

Dari segi isinya, standard profesional guru adalah berhubungkait dengan kompetensi-
kompetensi dalam aspek-aspek berikut:

1. Rekabentuk dan merancang pengajaran yang boleh membina kebolehan pelajar untuk
mencapai standard akademik.

2. Mewujud dan mengekalkan iklim pembelajaran yang menyokong pembinaan
kebolehan pelajar untuk mencapai standard akademik.

3. Guru melaksana dan menguruskan proses pengajaran yang mampu membina
kebolehan pelajar untuk mencapai standard akademik.

4. Menilai pembelajaran dan berkomunikasi keputusan kepada pelajar, ibubapa dan lain-
lain profesional berkaitan dengan kebolehan pelajar memenuhi standard akademik.

5. Mengadakan koloborasi dengan rakan sekerja, ibubapa, komuniti dan lain-lain agensi
untuk merekabentuk, mengimplementasi, dan menyokong program-program
pembelajaran yang mampu membina kebolehan pelajar untuk mencapai standard
akademik dan transisi dari sekolah ke dunia pekerjaan atau pasca pendidikan
menengah.

6. Mengkaji semula dan menilai prestasi keseluruhan diri dan melaksanakan pelan
perkembangan profesional.

7. Mempunyai ilmu akademik yang spesifik di dalam bidang yang diajar yang
mencukupi untuk membina ilmu pelajar dan prestasi standard akademik.

8. Mempunyai ilmu profesional semasa yang mencukupi untuk membolehkannya
merekabentuk dan merancang strategi pengajaran, melaksana dan mengurus
pengajaran, mewujud dan mengekalkan satu persekitaran pembelajaran yang sesuai,
dan menilai pembelajaran pelajar.

9. Dengan mengadakan koloborasi dengan lain-lain profesional dan ibubapa, guru
pendidikan khas menyertai dalam proses merekabentuk, mengimplementasi, dan
menilai program pendidikan secara individu.

Standard-standard Permulaan, Lebih Maju, Generik dan Spesifik

Standard telah dibina pada pelbagai tahap untuk menggambarkan darjah kepakaran
dan pengalaman yang dikuasai oleh guru-guru sepanjang tempoh perkhidmatan
mereka. Standard Permulaan (Beginning Standard) adalah tahap profesional asas
yang dikuasai sepanjang mengikuti program pendidikan guru praperkhidmatan yang
merupakan tahap kesediaan guru-guru permulaan (guru-guru novis) untuk mula
berkecimpung dalam arena keguruan. Standard-standard ini kadangkala berkait-rapat
dengan kursus-kursus pendidikan guru di peringkat asas. Standard-standard Lebih
Maju (Advanced Standards) berfokus kepada tahap-tahap lebolehan di aras tinggi
yang ditunjukkan oleh guru-guru yang berpengalaman. Guru-guru ini memiliki

25

42

kepakaran dan lazimnya dianggap sebagai guru-guru yang efektif atau berkesan.
Standard di tahap ini mempunyai ilmu dan ketrampilan-ketrampilan pakar yang
ditunjukkan untuk menghasilkan amalan-amalan yang profesional. Standard-
standard Generik (Generic Standards) berkecenderungan untuk menggambarkan
prinsip-prinsip dan amalan-amalan biasa yang wujud dalam pengajaran yang baik dan
bergerak ke arah menjadi pendidik pada tahap-tahap persekolahan dan persekitaran
pembelajaran yang berbeza. Di sebaliknya, Standard-standard Spesifik (Specific
Standards) boleh dibina dalam kalangan pendidik yang mengajar dalam bidang kursus
pengkhususan atau yang berfokus kepada pelajar-pelajar pada fasa perkembangan
mereka yang spesifik (Cumming & Jasman 2003)

Untuk meningkat kualiti pendidikan melalui usaha meningkat profesionalisme guru-guru, ada
beberapa faktor, iaitu pembangunan staf, definisi standard prestasi pelajar, mengukur
standard, pembaikan sekolah, penglibatan ibubapa dan komuniti, dan penilaian terhadap iklim
sekolah. Dalam perkembangan staf, ianya perlu dirancang, dilaksanakan, dan menilai
aktiviti-aktiviti perkembangan staf yang mampu meningkatkan mutu pengajaran dalam
bidang-bidang yang berhubungkait dengan keperluan-keperluan pelajar dan keperluan-
keperluan perkembangan profesionalisme individu. Pelan perkembangan staf perlu juga
berasaskan strategi yang berjaya. Hari-hari perkembangan staf adalah cara yang boleh dibuat
oleh pejabat pendidikan daerah untuk memberi peluang-peluang perkembangan staf untuk
guru-guru dan ianya merupakan hari-hari bekerja untuk para pendidik apabila pelajar tidak
datang ke sekolah.

Standard prestasi pelajar perlu didefinisikan secara jelas dan pernyataan-pernyataan
pengukuran terhadap apa yang perlu tahu dan mampu melakukannya pada pelbagai tugas di
dalam tempoh persekolahan mereka. Standard berkenaan perlu menggambarkan secara cukup
tentang kurikulum yang digunakan dan sentiasa tekal dengan bidang ilmu dan
ketrampilannya. Namun demikian, ianya perlu dibina dengan menggunakan input daripada
ibubapa dan ahli-ahli komuniti dan perlu diluluskan oleh lembaga sekolah atau persatuan
ibubapa. Dalam mengenal pasti kemajuan pelajar untuk menguasainya, penilaian standard
profesional perlu digubal dan dilaksanakan. Keputusan daripada penilaian pelajar perlu
digunakan sebagai asas kepada pelan pembangunan sekolah, dan digunakan untuk
menentukan keberkesanan strategi-strategi yang berisiko dan untuk memilih strategi-strategi
perkembangan staf.

Berhubung dengan penambahbaikan sekolah, ianya memerlukan perancangan yang sistematik
dan dilaksanakan secara efektif. Ianya juga perlu mengukur kemajuan dalam mencapai
matlamat penambahbaikan sekolah. Pelan tersebut perlu berdasarkan data tentang pelajar dan
komuniti dan perlu direkabentuk dengan melibatkan ibubapa dan pelajar, untuk melibatkan
ibubapa dan ahli-ahli komuniti dalam perancangan program, penentuan matlamat, dan perlu
keperluan menilai pembelajaran pelajar. Keperluan melibatkan ibubapa dan komuniti adalah
selaras dengan komponen-komponen lain dalam model akreditasi. Iklim sekolah sebenarnya
memberi impak kepada tahap pencapaian sekolah. Ini lazimnya dilakukan melalui tinjauan
terhadap pelajar, guru dan ibubapa. Dapatan kajian digunakan untuk membina atau
mengubahsuai pelan pembangunan sekolah, supaya ianya dijadikan lebih efektif.

Perkembangan dalam pembinaan standard profesional guru adalah merujuk kepada konsep
bahawa kualiti pendidikan adalah bergantung kepada kualiti guru dan usaha ke arah
meningkatkan kualiti guru memerlukan pembinaan standard. Standard ini adalah
berhubungkait dengan kelayakan dan kompetensi dan ianya diperlukan untuk menentukan
jaminan kualiti pendidikan dan kualiti penambahbaikan, dan diperlukan untuk mengukuhkan
hubungan menegak dan mendatar untuk meningkatkan keberkesanan dalam pembelajaran

26

42

pelajar. Pembinaan standard guru yang berhubungkait dengan kompetensi profesional perlu
mengambil mengambilkira dimensi kurikulum, pedagogi, penilaian, sumbangan kepada
kehidupan di sekolah, dan sumbangan kepada profesion. Pembinaan tersebut berhubungkait
dengan kebolehan guru-guru perlu dalam melaksanakan tugas harian mereka. Dalam proses
pembinaannya ianya perlu berdasarkan prinsip-prinsip bahawa guru-guru perlu tahu dan
mampu membuatnya, tanpa mengambilkira kandungan bidang secara spesifik. Kandungan
standard mengandungi kompetensi-kompetensi yang berhubungkait dengan proses
merekabentuk dan merancang persediaan mengajar, mewujud dan mengekalkan iklim
pembelajaran, melaksana dan menguruskan proses pengajaran, menilai proses penilaian dan
mengkomunikasikan keputusannya, menyemak semula kemajuan, menguasai ilmu akademik
secara spesifik, menunjukkan tahap penguasaan ilmu profesional, dan mengadakan koloborasi
dengan guru-guru lain. Untuk meningkatkan kualiti guru ianya memerlukan perkembangan
staf, standard prestasi pelajar, sistem pengukuran standard, penambahbaikan sekolah,
penglibatan ibubapa dan komuniti, dan penilaian berterusan terhadap iklim sekolah.

Perlunya Standard Kompetensi Guru Malaysia

Kerajaan Malaysia sedang dalam proses menjadikan pendidikan di negara ini pendidikan
yang bertaraf dunia. Konsekuensi daripada penetapan matlamat ini adalah ekspektasi terhadap
peningkatan kualiti pendidikan, terutamanya dari segi sumber manusia. Guru sebagai
pelaksana utama pendidikan, memiliki tugas yang berat bagi mencapai matlamat tersebut.
Tugas ini menjadi makin berat sebab adanya beban tugas dan harapan yang berlebihan
daripada masyarakat terhadap guru.

Satu contoh masalah pada guru adalah perubahan kurikulum yang turut memaksa
guru untuk beradaptasi dengan cepat. Misalnya masalah penggunaan bahasa Inggeris untuk
pelajaran Matematik dan Sains. Guru yang biasanya mengajar dalam bahasa Melayu harus
bertukar dengan bahasa Inggeris. Di sini timbullah mengenai persediaan guru bagi berfikir,
bercakap dan menulis dalam bahasa Inggeris ketika mengajar Matematik dan Sains.
Permasalahan dan cabaran yang dihadapi guru sangat kompleks sehingga ini menjadi
gangguan bagi guru untuk dapat bekerja secara maksimal. Guru menjadi kurang kompeten.
Oleh sebab itu, perlu dibuat suatu standard kompetensi guru Malaysia.

Kementerian Pendidikan Malaysia sehingga kini belum membuat secara khusus
standard kompetensi guru. Namun demikian, sudah ada usaha-usaha bagi menetapkan
kompetensi tersebut, misalnya dengan kelulusan PTK. Idealnya, guru yang telah lulus PTK
adalah guru yang kompeten, tetapi ramai guru yang merasa kecewa sebab kenyataannya tidak
semua guru yang tidak lulus adalah guru yang tidak kompeten. Standard PTK dirasai kurang
objektif dan kurang mampu menilai kompetensi guru secara sebenar.

Sehubungan dengan itu perlu diwujudkannya suatu standard kompetensi guru
Malaysia. Standard kompetensi luar negara yang telah lama ada boleh dijadikan panduan
tetapi perlu disesuaikan dengan keadaan di Malaysia dengan mengambil kira faktor budaya
dan agama. Standard ini perlu sebagai jaminan kualiti guru. Kualifikasi, peperiksaan dan
pendaftaran guru hendaklah ditetapkan oleh kerajaan yang berlaku sama bagi guru Malaysia.

Standard kompetensi pula diperlukan bagi meningkatkan kualiti guru. Terdapat
pelbagai usaha yang boleh dilakukan seperti peningkatan kepimpinan dan pengurusan,
komitmen semua ahli sekolah untuk meningkatkan kualiti diri, pengukuran efektifnya
pengajaran, dan pengembangan profesion.

Proses pembelajaran memerlukan persekitaran yang sesuai dan ini akan dapat
diwujudkan dengan kepimpinan yang efektif. Standard kompetensi guru akan membantu
kepimpinan yang efektif ini sehingga hubungan vertikal dapat dikembangkan

Standard kompetensi juga diperlukan untuk meningkatkan hubungan horizontal, iaitu
antara guru-guru yang berkompetensi dan memenuhi kualifikasi untuk bersama-sama

27

42

mengembangkan diri. Komunikasi yang efektif dan kolaborasi di antara guru diperlukan
untuk membantu proses pembelajaran yang efektif.

Objektif Standard Kompetensi Guru Malaysia

Untuk:
1. Mengenal pasti keperluan standard kompetensi dalam tugasan sebagai guru.
2. Mengenal pasti visi pengembangan tugasan guru
3. Mengenal pasti kekuatan diri yang dapat membantu dalam tugasan sebagai guru.
4. Mengenal pasti kekurangan diri yang perlu dibaiki.
5. Meningkatkan usaha memotivasikan diri ke arah standard kompetensi.
6. Meningkatkan usaha untuk menambah pengetahuan dan kemahiran.
7. Meningkatkan martabat profesion perguruan

Cadangan Standard Kompetensi Guru Malaysia

Pengenalan

Dalam proses membangunkan standard kompetensi guru, terdapat 10 prinsip asas di mana
guru perlu tahu dan berupaya untuk melakukannya bergantung kepada kandungan mata
pelajaran yang spesifik. Standard ini berhubung kait dengan (i) pengetahuan tentang mata
pelajaran, (ii) pengetahuan tentang perkembangan dan pembelajaran individu, (iii)
menyesuaikan pengajaran untuk keperluan individu, (iv) kepelbagaian strategi pengajaran, (v)
kemahiran memotivasikan dan menguruskan kelas, (vi) kemahiran komunikasi, (vii)
kemahiran merancang pengajaran, (viii) penaksiran pembelajaran pelajar, (ix) komitmen dan
tanggungjawab profesional, dan (x) perkongsian.

Inti pati kepada standard kompetensi guru adalah kompetensi yang berkait dengan
kompetensi berikut:

1. Reka bentuk dan perancangan pengajaran yang memperkembangkan keupayaan
pelajar untuk mencapai standard akademik.

2. Membina dan mengekalkan klimaks pembelajaran yang menyokong perkembangan
keupayaan pelajar untuk mencapai standard akademik.

3. Pelaksanaan dan pengurusan pengajaran guru yang memperkembangkan keupayaan
pelajar untuk mencapai standard akademik.

4. Akses pembelajaran dan komunikasi terhadap pelajar, ibu bapa, dan lain-lain
profesional yang menyumbang kepada keupayaan pelajar untuk mencapai standard
akademik.

5. Berkolaborasi dengan rakan sejawat, ibu bapa, komuniti dan lain-lain agensi untuk
membentuk, melaksanakan, dan menyokong program pembelajaran yang
memperkembangkan keupayaan pelajar untuk mencapai standard akademik dan
transit dari sekolah ke pekerjaan atau ke pendidikan lanjut.

6. Melihat dan menilai prestasi keseluruhan dan melaksanakan pelan pembangunan
profesional.

7. Mempunyai pengetahuan akademik yang spesifik di dalam mata pelajaran yang
bersesuaian dengan perkembangan pengetahuan dan perkembangan standard
akademik pelajar.

8. Menunjukkan pengetahuan profesional terkini yang memadai untuk mereka bentuk
dan merancang pengajaran yang efektif, melaksana dan mengurus pengajaran,
membina dan mengekalkan kesesuaian persekitaran pembelajaran, dan menaksir
pembelajaran pelajar.

28

42

9. Berkolaborasi dengan profesional yang lain dan ibu bapa, menyertai pendidikan khas
guru di dalam mereka bentuk, melaksanakan, dan menaksir program pendidikan
individu.

Standard Kompetensi Guru dibangunkan mengikut tahap-tahap tertentu sebagai
refleks kepada kepakaran dan pengalaman yang perlu ditunjukkan sepanjang karier seorang
guru. Sehubungan dengan itu, satu Standard Kompetensi Guru Malaysia dicadangkan.
Standard Kompetensi Guru Malaysia ini di bahagikan kepada (i) Bakal Guru, dan (ii) Guru
Malaysia (Guru Permulaan, Guru, Pentadbir iaitu Guru Penolong Kanan, Pengetua, Guru
Cemerlang dan Pengetua Cemerlang)

Standard Kompetensi Bakal Guru:

Membuat saringan di peringkat awal pemilihan bakal guru lagi. Iaitu calon-calon yang
terpilih mestilah terdiri daripada mereka yang benar-benar ikhlas ingin menjadi insan guru.
Calon-calon ini pula hendaklah telah melepasi beberapa peringkat penapisan syarat-syarat
yang telah ditetapkan oleh kementerian sendiri.
Pemilihan bakal guru hendaklah dibuat berdasarkan tapisan dan beberapa kriteria-kriteria
berikut:

Tapisan pertama :

Peringkat awal permohonan
 bakal guru mesti mempunyai kelayakan dari segi pelaporan akademik,
kemahiran dan sahsiah yang bersesuaian dengan profesion perguruan

Tapisan kedua :

Ujian kecergasan pelbagai (multiple inteligent test)
 bakal guru perlu pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam pelbagai bidang
termasuklah yang di luar bidang keguruan

Tapisan ketiga :

Temu duga
 bakal guru mestilah terdiri dari mereka yang mempunyai daya kepimpinan
yang tinggi, berketerampilan dan berkeupayaan untuk memahami fenomena

masyarakat berbilang kaum dan perubahan yang berlaku di dalam

masyarakat.

Tapisan keempat : badan yang sihat

Pemeriksaan perubatan
 Bakal guru mestilah mempunyai tahap kesihatan tubuh
mengikut tahap kesihatan yang dibenarkan oleh kerajaan.

Di samping itu menurut Ibrahim (2003), kriteria pemilihan bakal guru perlu

dimantapkan dengan mengambil kira antara lain;
 moral choice
 rational driven
 perubahan globalisasi

Sememangnya untuk membuat pilihan yang benar-benar tepat bukanlah sesuatu yang
mudah. Ia memerlukan satu garis panduan yang jelas dan tepat bagi menjamin pemilihan yang
dibuat adalah mengikut prosedur yang telah ditetapkan. Ini penting kerana di bahu mereka
terletaknya amanah yang cukup besar iaitu melahirkan para cendekiawan dalam pelbagai

29

42

disiplin ilmu yang bakal menjadi peneraju negara di masa hadapan. Justeru pemilihan di
peringkat awal ini perlu dibuat dengan teliti. Hanya guru yang melepasi tahap ini sahaja
berpotensi menjadi guru yang kompeten kerana jiwa mereka adalah jiwa pendidik.

Standard Bakal Guru merupakan pernyataan-pernyataan yang menjelaskan
penghasilan yang perlu dicapai iaitu:

Standard 1 : Kelayakan Akademik

Standard 2: Kepelbagaian Kemahiran

Standard 3: Sahsiah dan Keterampilan

Deskripsi Standard 1 :

Kelayakan akademik di sini merujuk tapisan awal kelayakan dan latar belakang akademik
calon yang bersesuaian dengan syarat yang dimestikan mengikut kriteria pemilihan yang
ditetapkan oleh kementerian pelajaran.

Deskripsi Standard 2 :

Kepelbagaian kecerdasan dan kemahiran bagi tapisan kedua iaitu calon haruslah mempunyai
tahap kecerdasan pelbagai (multiple inteligent) yang ditetapkan mengikut aliran yang dipilih
oleh calon. Ini termasuklah pengetahuan, kemahiran (kreativiti), kemahiran interpersonal dan
intrapersonal serta kemahiran memimpin dan nilai (spiritual) yang tinggi hasil daripada ujian
tersebut.

Deskripsi Standard 3 :

Bakal guru perlu mempunyai keperibadian yang baik, bersopan santun, penyayang,
berperikemanusiaan, sihat dari segi emosi, rohani, jasmani dan bertenaga, bertanggungjawab,
bersifat terbuka dan bertoleransi, berbudi pekerti, patriotik, bersikap positif, kecindan,
beriltizam, keupayaan penyesuaian (adaptability) dan bersemangat membangun manusia dan
masyarakat dan ghairah ilmu. Di samping diperlukan agar bakal guru ini stabil dan kuat
emotional quiotent (EQ) dan spritual quiotent (SQ).

Standard Kompetensi Guru Malaysia

Standard Kompetensi Guru Malaysia disyorkan agar merangkumi 3 standard profesional
dalam tugas guru iaitu sikap profesional, pengetahuan profesional dan amalan profesional.
Elemen-elemen ini saling berkaitan antara satu sama lain. Adalah dicadangkan rangka kerja
ini dibahagikan kepada 3 fasa utama yang merujuk kepada bidang kerja guru. Tiga fasa
utama tugas guru ini dinamik dan tidak berkaitan dengan tempoh perkhidmatan. Seseorang
guru mungkin boleh berada pada mana-mana fasa dalam mana-mana tahap karier mereka.
Semua Guru-guru di setiap fasa perlu menguasai standard sikap profesional dan standard
pengetahuan profesional. Rangka kerja ini dibentuk sedemikian rupa supaya dengan reka
bentuk begini guru-guru lebih terarah dan terbimbing dalam menentukan tahap kompetensi
masing-masing sama ada di tahap asas , sederhana atau cemerlang. Fasa-fasa ini juga bakal
memberi ruang kepada para guru untuk terus menyahut cabaran untuk mencapai tahap
kompetensi tertinggi iaitu fasa 3. Malah cabaran yang lebih hebat lagi ialah mengekalkan

30

42

pencapaian atau tahap kompetensi yang terbaik. Rangka kerja ini dapat digambarkan seperti
Rajah 5.

STANDARD
KOM PETENSI

GURU

Rajah 5 : Rangka Kerja Standard Kompetensi Guru Malaysia
Sikap Profesional
Sikap profesional merujuk kepada karakter yang telah dikenal pasti sangat penting untuk
pengajaran yang efektif. Ini adalah untuk memastikan supaya guru bersedia kepada cabaran,
kehendak, dan kewajipan pengajaran. Sikap profesional menyediakan nilai yang kukuh,
kepercayaan dan kemahiran membuat keputusan dan tindakan di dalam pekerjaan guru
seharian. Standard ini juga menerangkan tentang sikap dan tingkah laku guru untuk
memudahkan pembelajaran pelajar berdasarkan kepada FPK, FPG dan Kod Etika Profesion
Perguruan Malaysia.
Guru yang kompeten seharusnya memiliki dan mempamerkan ciri-ciri berikut.

31

42

1) Boleh bekerja secara kolaboratif , iaitu mempamerkan kebolehan komunikasi
interpersonal yang cemerlang dan berupaya mewujudkan ruang untuk berkongsi
pengetahuan, idea dan pengalaman. Guru haruslah bersedia untuk mendapatkan
bantuan dari rakan sekerja dan juga bersedia mendengar nasihat. Di samping itu
menganggap pelajar, ibu bapa dan penjaga sebagai rakan kongsi di dalam proses
pengajaran dan pembelajaran.

2) Komited di dalam tugas mendidik pelajar dan setiap tindakan dan keputusan adalah
berorientasikan kepentingan pelajar. Sentiasa bersemangat untuk menghadapi cabaran
mendidik pelajar dan mempunyai inspirasi yang tinggi untuk membuat perubahan.
Tumpuan sepenuhnya diberikan dalam aspek pendidikan, personal, sosial dan moral
pelajar serta mendidik mereka supaya mengamalkan pembelajaran sepanjang hayat
dan menjadi ahli masyarakat yang aktif dan produktif.

3) Guru mestilah beretika dalam menjalankan tanggungjawab iaitu dengan menghormati
hak setiap individu dan bertindak secara konsisten dan adil. Guru juga perlu
memahami prinsip keadilan sosial dan menterjemahkannya dengan membuat
keputusan yang adil.

4) Guru perlu inovatif iaitu menjadi penyelesai masalah yang kreatif . Bersedia
mengambil risiko untuk mencari penyelesaian baru kepada isu-su pendidikan dan
mampu membuat invensi dalam perkembangan program pendidikan. Di samping itu
juga, menyediakan pengajaran yang mengambil kira minat pelajar dan berusaha
mengukuhkan pembelajaran pelajar.

5) Guru harus mengendalikan pelajar dengan berhati-hati dan sensitif dalam mengenal
pasti dan mengatasi masalah pelajar dalam pendidikan, fizikal, emosi, sosial dan
keperluan budaya.

6) Guru bersikap positif dalam membantu dan membina hubungan dengan yang lain.
Guru menunjukkan fleksibiliti dalam persekitaran kerja yang sentiasa berubah dan
sentiasa bersedia untuk melaksanakan perubahan. Guru perlulah ada perasaan bangga
dengan profesion mereka.

7) Guru berkebolehan untuk membuat refleksi. Guru mampu menganalisis amalan
profesionalisme dan boleh menggunakannya dalam membuat keputusan berdasarkan
fakta. Guru boleh menggunakan pengetahuan profesionalisme untuk merancang
tindakan dan menentukan matlamat untuk meningkatkan pengajaran dan
pembelajaran pelajar.

Pengetahuan profesional

Guru-guru yang kompeten perlu mempunyai pengetahuan yang profesional ke arah
memaksimumkan kemampuan mereka untuk meningkatkan hasil pembelajaran pelajar.
Pengetahuan tentang pelajar, kurikulum, mata pelajaran, pedagogi, ICT, sangat penting untuk
membolehkan guru bertidak balas terhadap perubahan keperluan pelajar.

Guru yang kompeten perlulah
1) memahami struktur dan fungsi kurikulum dalam pendidikan dan implikasinya
terhadap pengajaran dan pembelajaran.
2) memahami tujuan, sifat dan penggunaan pelbagai strategi penilaian serta memahami
bagaimana maklumat dapat diperoleh menerusi proses penilaian yang memberikan
kepada corak pengajaran.
3) memahami bahawa pembelajaran pelajar dipengaruhi oleh perkembangan,
pengalaman, kebolehan, minat, bahasa, keluarga, budaya dan masyarakat.
4) mengetahui konsep utama, isi kandungan dan proses inkuiri yang merupakan inti pati
kepada proses-proses pembelajaran.
5) mahir dengan undang-undang dan peraturan sistem pendidikan dan ruang lingkup
kerja guru.

32

42

6) peka dengan polisi kerajaan dan Kementerian Pelajaran khususnya yang berkenaan
dengan program pendidikan.

Amalan profesional

Amalan profesional disyorkan agar dikategorikan kepada tiga fasa yang dinamik dan tidak
berkaitan dengan tempoh perkhidmatan. Seseorang guru mungkin boleh berada pada mana-
mana fasa dalam mana-mana tahap karier mereka. Fasa-fasa ini diolah berdasarkan 5
dimensi dalam pengajaran iaitu:

1) Pemudah cara dalam pengajaran dan pembelajaran.
2) Penaksir dan pelapor hasil pembelajaran pelajar.
3) Penglibatan guru dalam peningkatan profesionalisme.
4) Penyertaan guru di dalam perkembangan dan pengurusan kurikulum
5) Pembentukan kerjasama di dalam komuniti sekolah.

Dengan reka bentuk begini guru-guru lebih terarah dan terbimbing dalam menentukan tahap
kompetensi masing-masing sama ada di tahap asas , sederhana atau cemerlang. Fasa-fasa ini
juga bakal memberi ruang kepada para guru untuk terus menyahut cabaran untuk mencapai
tahap kompetensi tertinggi iaitu fasa 3. Malah cabaran yang lebih hebat lagi ialah
mengekalkan pencapaian atau tahap kompetensi yang terbaik.

Berikut adalah jadual kompetensi bagi elemen kemahiran profesional.

Dimensi Fasa 1 Fasa 2 Fasa 3
1 Guru yang kompeten Guru yang kompeten Guru yang kompeten
2 pada fasa ini seharusnya pada fasa ini seharusnya pada fasa ini seharusnya
3 Melibatkan pelajar di dalam Menyediakan pelbagai Menggunakan contoh
4 pengalaman pembelajaran strategi pengajaran untuk strategi pengajaran dan
memenuhi keperluan stail teknik yang memenuhi
pembelajaran pelajar keperluan individu pelajar,
kumpulan atau kelas secara
Memantau, menaksir, Menggunakan sistem responsif dan inklusif .
merekodkan, melaporkan penaksiran yang Menggunakan secara
hasil pembelajaran pelajar komprehensif dan konsisten sistem penaksiran
melaporkan pencapaian dan strategi pelaporan yang
Mereflek secara kritikal hasil pembelajaran pelajar responsif dan inklusif.
pengalaman profesional Menyumbang kepada
untuk meningkatkan perkembangan Terlibat di dalam pelbagai
keberkesanan profesional pembelajaran komuniti aktiviti pembelajaran dan
Terlibat di dalam polisi pembangunan pembelajaran
kurikulum dan program Menyediakan sokongan komuniti
kumpulan kepada polisi kurikulum Menyediakan kepimpinan
atau program yang lain di sekolah dengan
memainkan peranan utama
Mengukuhkan kerjasama Menyokong pembelajaran di dalam proses
pembangunan termasuk
kurikulum dan polisi
Memantau kerja kumpulan

33

42

dengan pelajar, rakan pelajar melalui kerja sama di dalam komuniti sekolah

sejawat, ibu bapa, dan lain- dan kerja kumpulan

5 lain dengan ahli di dalam

komuniti sekolah

Dimensi 1 : Pemudah cara dalam pengajaran dan pembelajaran

Dimensi ini menerangkan bagaimana guru merancang, membina, mengurus dan

menggunakan pelbagai strategi pengajaran untuk menyokong kualiti pembelajaran pelajar.

Fasa 1 Fasa 2 Fasa 3
 merancang pengajaran  mampu mempunyai  memiliki banyak strategi

dan menyediakan tujuan pegangan dan pengajaran.
pendirian sendiri
pembelajaran. dalam pengajaran  menggunakan pendekatan
 mencuba pelbagai global dan percaya

pendekatan pengajaran. dan pembelajaran. bahawa pembelajaran
 mengendalikan  yakin dengan pelajar bukan sahaja

keperluan pelajar dan kaedah yang dibantu oleh guru tetapi

memberi keutamaan digunakan dan keseluruhan masyarakat.
kepada kepentingan mampu  terbuka kepada trend baru

sekolah. menyediakan dalam pendidikan.
 menentukan apa yang  menganggap guru, rakan
pendekatan secara
perlu diakan dipelajari sekerja, pakar dan
tersendiri.
oleh pelajar  menekankan ibubapa perlu

pembelajaran bekerjasama bagi

berpusatkan menyediakan pendidikan

pelajar. terbaik untuk pelajar.
 bertindak sebagai

pemudah cara yang

membantu

pembelajaran

pelajar.

Dimensi 2 : Pentaksir dan pelapor hasil pembelajaran pelajar.

Fasa 1 Fasa 2 Fasa 3
 menilai pelajar dengan  mempunyai lebih  menggunakan penilaian

menggunakan banyak cara penilaian berterusan untuk

pelbagai strategi dan perekodan pelajar. menyediakan maklumat
 melibatkan diri secara
penilaian. tentang pencapaian
 merekodkan semua aktif dalam
pelajar.
maklumat dari pemantauan di  menjadi contoh yang

penilaian dengan tepat peringkat sekolah konstruktif kepada guru

dan konsisten. termasuk aktiviti lain untuk pelaksanaan
 menggunakan
perekodan dan strategi penilaian.
maklumat ini untuk  melaporkan maklumat
pelaporan.
melaporkan  memastikan kesahan tentang tahap kefahaman

perkembangan pelajar penilaian dan asas pelajar dan

kepada ibu bapa. mengesahkan perkembangan selepas

interpretasi mereka mengikuti pengajaran

dengan guru-guru lain. serta membuat cadangan

34

42

untuk rancangan

seterusnya.
 berkongsi pengetahuan

dan pengalaman dalam

penilaian untuk

membantu rakan.
 mengkaji keberkesanan

strategi penilaian dan

mencadangkan

penambahbaikan.

Dimensi 3 : Penglibatan guru dalam peningkatan profesionalisme.

Fasa 1 Fasa 2 Fasa 3
 berupaya mengenal  terus berusaha  terlibat dan membantu

pasti keperluan meningkatkan program peningkatan

peningkatan profesionalisme diri profesionalisme rakan

profesionalisme tetapi fokus lebih sekerja.
 terlibat dalam
sendiri terarah kepada
 mengambil kursus melahirkan idea-idea
pembangunan
sama ada secara untuk
pembelajaran untuk
formal atau tidak menambahbaikkan
masyarakat.
formal untuk  membantu guru baru kualiti pengajaran dan

membantu bagi menyesuaikan kepimpinan.
 terlibat dalam
mempertingkatkan diri dengan
penyelidikan peringkat
pengajaran persekitaran sekolah.
 mampu mengenal sekolah dalam usaha

pasti kekuatan dan meningkatkan

kelebihan diri dari pengajaran para guru.

konteks pengetahuan

profesional untuk

membantu guru-guru

lain.

Dimensi 4 : Penyertaan guru di dalam perkembangan dan pengurusan kurikulum

Dimensi 4 menerangkan bagaimana penyertaan guru di dalam pembangunan dan pengurusan
polisi kurikulum di dalam persekitaran sekolah mereka.

Fasa 1 Fasa 2 Fasa 3
 Membina dan  Menyokong  Menganalisis persekitaran

menggunakan perkembangan polisi pembelajaran untuk

kefahaman tentang kurikulum atau membangunkan polisi

kurikulum program kurikulum atau program
 Menyumbang kepada  Menyokong
yang lain.
polisi kurikulum dan perlaksanaan dan  Memimpin pembangunan

program kumpulan pemantauan polisi dan perlaksanaan polisi
 Terlibat dengan
kurikulum atau kurikulum atau program
tugasan untuk
program lain yang berasaskan
menyokong polisi  Menyokong semakan
kurikulum kebangsaan.

35

42

kurikulum dan semula polisi  Menilai polisi kurikulum
program kumpulan. kurikulum atau dan program lain.
program.
Fasa 3
Dimensi 5 : Pembentukan kerjasama di dalam komuniti sekolah.  menjadi pemudah cara

Fasa 1 Fasa 2 dan mampu
 mewujudkan  mewujudkan memotivasikan rakan
sekerja
hubungan yang positif hubungan yang  mampu menjelaskan dan
berkongsi pengetahuan
di antara pelajar , positif dalam konteks yang diperoleh sama ada
dari pengalaman atau
rakan sekerja dan ibu masyarakat sekolah kursus demi kebaikan
organisasi.
bapa. yang lebih luas.  mampu menyediakan
 mampu bekerja secara  melihat diri sebagai hala tuju bagi ahli
pasukan dan mereka
koperatif dengan ahli pasukan yang bentuk mekanisme yang
memastikan proses
guru-guru lain dan boleh memainkan membuat keputusan
adalah berasaskan
menghormati peranan aktif untuk kesepakatan,
akauntabiliti,
perbezaan pendapat. kebaikan bersama. tanggungjawab dan
 mengusahakan  menyokong kerja peluang yang sama.

hubungan baik dengan berpasukan dengan

ibu bapa dan bersedia melibatkan diri

dengan maklumat dengan aktiviti

terkini berhubung organisasi.

pelajar dan hal-ehwal

sekolah.

Strategi Pelaksanaan Standard Kompetensi Guru

Misi Kementerian Pelajaran Malaysia untuk membangunkan sistem pendidikan yang
berkualiti dan bertaraf dunia bagi memperkembangkan potensi individu sepenuhnya dan
memenuhi aspirasi negara adalah petunjuk jelas bahawa guru sebagai pelaksana misi tersebut
perlulah kompeten. Adakah KPM dan guru-guru Malaysia sedang bergerak ke arah itu?
Jawapannya YA. Namun, untuk merealisasikan satu standard yang akan dapat mengukur
darjah kompetensi seseorang guru adalah sukar dan memakan masa. Kajian yang teliti
haruslah dibuat agar standard kompetensi guru Malaysia yang bakal digubal boleh diterima
pakai mengikut acuan kita yang tersendiri. Bahagian ini akan cuba mengetengahkan beberapa
strategi yang difikirkan sesuai untuk pelaksanaan satu standard kompetensi guru-guru
Malaysia.

Pemantapan Pemilihan Bakal Guru.

Bagi memastikan guru-guru yang dilahirkan berkualiti maka input atau pengambilan guru-
guru pelatih perlulah cermat dan teliti. Jika berdasarkan statistik semasa, profesion
perguruan nampaknya mempunyai ruang dan peluang yang cukup baik untuk mendapatkan
calon yang benar-benar berkelayakan. Menurut Razali Ismail, Pengarah Bahagian
Pendidikan Guru, bagi pengambilan peserta KPLI bagi tahun 2004 sebanyak 54 000
permohonan diterima tetapi hanya 6000 sahaja diambil ( Berita Harian 7 Januari 2004) .

36

42

Manakala, Kementerian Pelajaran Malaysia menerima kira-kira 85000 permohonan
daripada lulusan SPM bagi mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (PISMP)
berbanding hanya 1500 tempat yang disediakan. Ini merupakan pengambilan kumpulan kedua
PISMP yang mula diperkenalkan pada tahun 2004 bagi menggantikan Kursus Diploma
Perguruan Malaysia (KDPM) yang dimansuhkan pada tahun yang sama. Beliau memberi
jaminan akan memastikan calon-calon yang terpilih adalah mereka yang betul-betul layak
berdasarkan syarat-syarat yang ditetapkan. Pada tahun 2005, kementerian menerima 53 000
permohonan berbanding hanya 1 300 tempat ditawarkan. Daripada jumlah tersebut hanya 17
000 yang menepati kelayakan dan syarat-syarat yang ditetapkan.( Pendidikan Bestari,,Utusan
Malaysia , 31 Mac 2005). Menurut Abdullah lagi, PISMP berbeza daripada kursus perguruan
lain kerana ia bukan sahaja menekan kecemerlangan akademik tetapi keterampilan dan
kokurikulum.

Tempoh pengajian yang lebih lama iaitu lima tahun enam bulan memberi peluang
kepada kementerian untuk melahirkan kumpulan pendidik yang benar-benar mantap dari segi
mental dan fizikal. Malah calon yang dipilih bukan sahaja mereka yang berminat untuk
menjadi pendidik tetapi sepanjang pengajian mereka terpaksa menjalani pelbagai kursus
pembentukan sahsiah untuk melahirkan guru yang benar-benar mantap.

Di samping itu, pemantauan terhadap kumpulan pertama pelajar PISMP
menampakkan perubahan dari segi keterampilan diri. Mereka dilatih bukan sekadar untuk
mengajar tetapi cara mereka berkomunikasi dan bergaul dengan masyarakat. Calon-calon
yang terpilih mengikuti PISMP dikehendaki mengikuti kursus persediaan selama setahun
enam bulan di maktab-maktab perguruan yang telah disediakan oleh kementerian.

Hanya mereka yang lulus kursus persediaan itu sahaja akan meneruskan pengajian di
peringkat ijazah. Program ijazah akan diadakan selama 4 tahun yang melalui kerjasama BPG
di OUM. Selain OUM, calon yang berjaya ke peringkat ijazah juga akan ditempatkan di
mana-mana IPTA selain OUM. Mengenai kelayakan, selain kecemerlangan akademik calon
akan dipanggil untuk temu duga dan menduduki Ujian Sahsiah Keguruan. Dari segi akademik
calon yang memohon perlu memperoleh sekurang-kurangnya 6 kepujian dalam mata
pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, matematik atau matematik tambahan.

Selain itu mereka perlu mendapat kepujian sama bagi mata pelajaran biologi, fizik,
kimia, sains, sains tambahan atau mana-mana mata pelajaran teknikal atau vokasional dan dua
mata pelajaran lain. Pelaksanaan PISMP adalah sejajar dengan sasaran kerajaan bagi
melahirkan 50 % guru berijazah di sekolah rendah menjelang 2010. Justeru itu, dengan
pemantapan pemilihan bakal guru dan penambahbaikan dari segi isi kandungan kursus sudah
pasti akan menyumbang kepada lahirnya kumpulan guru yang cemerlang, berketerampilan
dan tinggi tahap kompetensinya.

Laporan Awal Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025) akan
mengambil calon guru daripada 30% pelajar-pelajar yang cemerlang di peringkat Sijil
Pelajaran Malaysia dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia. Ini adalah bagi memastikan calon
guru yang diambil adalah berkualiti.

Program Induksi Untuk Guru Permulaan.

Di Malaysia, sehingga kini belum ada satu program khas untuk melatih dan membimbing
guru-guru permulaan (Guru yang baru ditauliahkan) sama ada di sekolah rendah mahupun di
sekolah menengah. Mereka dibiarkan terkapai-kapai sendiri tanpa ada sebarang pertolongan.
Jadi, KPM seharusnya memikirkan program –program induksi yang direka khas untuk guru-
guru permulaan. Kursus ini seharusnya dilakukan dalam masa tiga tahun pertama mereka
berkhidmat iaitu sebelum mereka disahkan di dalam perkhidmatan pendidikan.

Program ini seharusnya berbentuk modul yang mengandungi pengetahuan dan
kemahiran yang perlu diperoleh oleh semua guru permulaan dengan bimbingan berterusan
daripada ‘mentor terlatih’ melalui sistem mentor yang perlu diaplikasikan di semua sekolah.

37

42

Latihan dalam perkhidmatan perlu bermula di sekolah di mana di sinilah proses P & P
sebenar bermula. Kaedah dan teknik akan terbina dan keperluan yang dikehendaki dan
ketidakefisienan akan terserlah. Sekolah perlu menerima kenyataan bahawa latihan
berterusan kepada guru-guru tersebut adalah asas kepada kejayaan program induksi tersebut
di mana semua kakitangan sekolah seharusnya bertanggungjawab bagi memastikan program
ini berjaya.

Latihan dan Kursus Berterusan.

Latihan dalam organisasi dan kursus secara berterusan adalah antara strategi untuk
memastikan guru Malaysia sentiasa mendapat pendedahan yang terkini dari aspek
pengetahuan, kemahiran dan sikap agar prestasi kerja mereka dipertingkatkan. Latihan
bermaksud proses pemindahan ilmu pengetahuan secara kemas dan berdisiplin, bertujuan
menambah pengetahuan dan kemahiran untuk memenuhi keperluan dan tuntutan semasa
dalam organisasi. Ini dicapai melalui sebarang bentuk pembelajaran seperti kursus, latihan
semasa bekerja dan program mentoring/coaching atau yang seumpama dengannya yang
menyumbang kepada pembangunan individu dan kecemerlangan organisasi.

Menurut Pengarah BPG, Datuk Abdullah Abdul Kadir, sebanyak RM 260 juta
setahun telah diperuntukkan kepada Kursus Dalam Perkhidmatan. Antara kursus tersebut
ialah Bahasa Inggeris untuk pengajaran sains dan matematik. Pengajaran dan Pembelajaran
sains dan matematik dalam Bahasa Inggeris, Bimbingan Pengurusan Pendidikan dan
Kemahiran Teknologi Maklumat Komunikasi (TMK). Beliau mensasarkan kesemua 301 000
guru akan menjalani kursus yang telah ditetapkan oleh JPN. Ianya termasuklah kursus jangka
pendek (3-5 hari) atau 6/14 minggu dan kursus khas selama setahun. Adalah menjadi harapan
beliau agar menjelang Jun 2007, 100 000 guru mampu mengintegrasikan pengajaran dan
pembelajaran menggunakan TMK. Pada tahun 2005, seramai 40 000 guru daripada pelbagai
bidang telah menjalani kursus tersebut untuk meningkatkan profesionalisme keguruan.
(Pendidikan Bestari. Utusan Malaysia 6 April 2005).

Program latihan guru sekolah rendah dan menengah turut dijalankan oleh Bahagian
Teknologi Pendidikan (BTP) di Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri (BTPN) / Pusat
Sumber Pendidikan Negeri (PSPN), dan Pusat Kegiatan Guru(PKG). Pusat-pusat ini
dibekalkan dengan kemudahan ICT di samping kemudahan teknologi pendidikan yang lain.
Pegawai di pusat ini memberi khidmat nasihat kepada guru tentang pengintegrasian ICT
dalam P & P.

Selain itu, pegawai PSPN dan PKG memberi latihan jangka pendek kepada guru
sekolah rendah dan menengah berkaitan dengan kemahiran asas komputer, bengkel
penyediaan perisian pendidikan dan penilaian keberkesanan pengendalian pusat sumber
sekolah. PSPN dan PKG juga menyediakan perkhidmatan pinjaman peralatan teknologi
kepada guru. Oleh itu, PSPN dan PKG merupakan saluran yang berpotensi bagi membantu
guru meningkatkan P & P berasaskan ICT di sekolah. Kerjasama daripada pihak pentadbir
amat penting dalam merancang, melatih, memberi bantuan teknikal serta mengawasi
perkembangan program latihan yang dirancang bagi memastikan ianya berjalan dengan
lancar.

Nyata bahawa latihan, latihan semula dan juga kursus berterusan akan dapat
meningkatkan kompetensi Guru Malaysia dan seterusnya secara langsung memberi manfaat
yang maksimum kepada pelajar.

Pembangunan Diri Dalam Pendidikan.

Pembangunan diri merujuk kepada peningkatan kemahiran, kebolehan dan kerjaya yang dapat
dicapai dengan mempraktikkan pengetahuan, pendedahan kepada idea dan pengalaman serta
melalui latihan dan sistem mentor. Ia juga merupakan satu usaha menyediakan individu
supaya dapat bertugas dengan berkesan dan efisien untuk jangka masa yang panjang. Guru-

38

42

guru digalakkan supaya melakukan kajian-kajian tindakan dalam bidang pendidikan terutama
dalam P & P di dalam bilik darjah. Keputusan-keputusan penyelidikan seharusnya disebar
luas agar innya dapat dikongsi bersama. Dalam masa yang sama, guru-guru digalakkan untuk
menulis buku-buku berbentuk ilmiah memandangkan mereka berpengalaman dan pengalaman
ini boleh dikongsi bersama. Dengan kata lain, Guru Malaysia digalakkan melanjutkan
pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi sama ada di dalam ataupun di luar negara dengan
tujuan peningkatan akademik mereka

Dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2001-2010, KPM dengan Institut
Pendidikan Tinggi Awam telah melaksanakan Program Khas Pensiswazahan Guru (PKPG)
bagi meningkatkan peratus tenaga pengajar siswazah terlatih di sekolah menengah. Pada
tahun 2000, IPTA telah mengeluarkan sebanyak 1726 orang tenaga pengajar siswazah melalui
program ini. Di samping itu, tenaga pengajar juga dibenarkan untuk cuti belajar separuh gaji
bagi melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah pertama. Pada tahun 1999, seramai 2206
orang tenaga pengajar telah mengikuti program ini. Bagi meningkatkan pengetahuan dan
kepakaran dalam bidang yang berkaitan dengan P & P, KPM telah menyediakan biasiswa
kepada tenaga pengajar untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat pasca ijazah sama ada di
dalam atau di luar negara. Ini membolehkan para guru mendapat idea dan teknik terbaru
dalam bidang pendidikan. Sejak tahun 1995 hingga tahun 2000, seramai 976 orang telah
mengikuti pengajian pada peringkat sarjana dan 234 orang pada peringkat ijazah kedoktoran.

Di samping itu, persetujuan kerajaan untuk menaikkan taraf semua maktab perguruan
di seluruh negara kepada Institut Pendidikan Guru (IPG) akan memberi peluang kepada para
guru untuk meningkatkan profesion mereka dengan memiliki ijazah. Ia juga memberi peluang
yang lebih baik kepada para pensyarah maktab yang memiliki sarjana dan doktor falsafah.
Dengan menaik taraf pendidikan guru maka ilmu pengetahuan mereka juga akan semakin
meningkat. ( Utusan Malaysia 19 Julai 2005).

Menurut Datuk Seri Hishamudin Tun Hussein keputusan itu dianggap bersejarah
yang akan membolehkan negara memenuhi sasaran 100% guru siswazah di sekolah
menengah dan 50% di sekolah rendah menjelang tahun 2010. Bagi mencapai hasrat tersebut
kerajaan perlu menyediakan 7000 guru siswazah di sekolah menengah dan 16000 guru
siswazah di sekolah rendah pada setiap tahun.

Dalam masa yang sama, Program Pendidikan Jarak Jauh (PJJ) diadakan bagi
mengatasi kekurangan tenaga pengajar beropsyen mata pelajaran kritikal di sekolah
menengah. Bagi tempoh 1997 hingga 1998, seramai 7 973 orang tenaga pengajar telah diberi
kebenaran untuk mengikuti kursus PJJ.

Program-program yang telah dilaksanakan oleh KPM ini sejajar dengan konsep
pembelajaran sepanjang hayat (long life learning) yang bertujuan untuk meningkat ilmu
pengetahuan dalam pelbagai bidang sehingga mencapai peringkat tahap kepakaran yang
tinggi dan boleh diaplikasikan dalam bidang pekerjaan mereka setelah bertugas kelak.

Dengan adanya kemahuan dalam diri sendiri untuk pembangunan diri diharapkan
Guru Malaysia lebih berkualiti dan mencapai standard kompetensi pendidikan bertaraf dunia.

Bersempena dengan pelancaran Laporan Awal Pelan Pembangunan Pendidikan
Malaysia (2013-2025), Timbalan Perdana Menteri Merangkap Menteri Pelajaran, Tan Sri
Muhyiddin Yassin menyatakan bahawa kerajaan akan terus komited menjalankan
transformasi pendidikan negara bagi tempoh 15 tahun akan datang bermatlamat
melengkapkan setiap murid dengan kemahiran baru untuk merebut peluang di samping
menangani cabaran abad ke-21. Transformasi ini juga bagi mewujudkan persaingan dengan
negara termaju dunia, melahirkan generasi berpengetahuan tinggi dan berfikiran kritis serta
kreatif di samping pemupukan nilai dan rasa tanggungjawab terhadap negara. Kualiti
pengajaran akan ditingkatkan dengan memperkukuh amalan terbaik sedia ada dan
memberikan ganjaran kepada guru berkualiti dalam bentuk laluan kerjaya yang lebih baik
untuk mereka.

39

42

Program ‘On-line’ Dalam Pendidikan

Dengan perkembangan yang pesat dalam teknologi maklumat dan komunikasi, maka tidak
mustahil program-program latihan pendidikan guru boleh dikendalikan melalui ‘on line’
dengan menggunakan lama-laman web dan sebagainya. Contoh yang terkini ialah
pendidikan secara maya.

Sesi perbincangan / Mesyuarat antara Guru

KPM, JPN dan PPD seharusnya berganding bahu untuk mengadakan sesi-sesi perbincangan
atau mesyuarat kepada guru-guru mata pelajaran untuk bertemu dan berbincang mengenai
kaedah-kaedah pengajaran dan pembelajaran yang terkini. Guru-guru akan belajar sesama
sendiri melalui perbincangan ini. Ianya boleh dilakukan dalam bentuk seminar, bengkel,
kursus dalam perkhidmatan dan juga konferens.

Latihan Kepada Tenaga Pengajar.

Untuk memastikan program-program Kursus Dalam Perkhidmatan berkualiti, semua
pengetua,tenaga pengajar guru, ketua-ketua mata pelajaran, guru-guru pakar, guru-guru
cemerlang, jemaah nazir dan sebagainya seharusnya diberi latihan untuk merancang dan
mengimplikasikan program-program termasuk juga program latihan kepada tenaga pengajar.
Mereka ini akhirnya akan dilantik sebagai mentor di sekolah dan dikehendaki memberi
latihan kepada guru-guru lain.

Sistem Mentoran

Sistem mentor mempunyai asas profesional dalam dunia perniagaan dan setelah dua dekad
ianya menjadi satu ciri penting dalam profesion termasuk dalam profesion perguruan. Sistem
ini memainkan peranan penting terutamanya dalam kursus induksi. Melalui program ini,
setiap guru akan mempunyai seorang mentor di mana mentor ini akan memberi bimbingan
dan tunjuk ajar yang berterusan supaya guru-guru tersebut dapat menjalankan tugas secara
profesional. Dengan kata lain, sistem ini adalah satu proses bimbingan di mana mereka yang
lebih berkemahiran atau lebih berpengalaman menjadi contoh, pengajar, peneraju,
pemangkin, kaunselor dan kawan kepada guru-guru baru yang kurang kemahiran dan
pengalaman. Sistem ini berfungsi dalam konteks hubungan secara langsung di antara mentor
dan guru yang dijaganya (protege’)

Semua sekolah seharusnya segera menjalankan sistem ini untuk memastikan semua
guru mendapat bimbingan yang berterusan bagi membolehkan mereka menjadi seorang guru
pakar dalam jangka masa yang pendek. Semua guru terlatih, ketua panitia dan guru
cemerlang akan dilantik menjadi mentor di sekolah. Sistem ini sudah pastinya akan
meningkatkan kualiti profesional semua guru.

Program Bersepadu Pentadbiran Pendidikan Guru.

Berbagai agensi yang terlibat dalam pendidikan guru. Adalah difikirkan perlu untuk agensi-
agensi ini bergabung tenaga dalam program bersepadu pentadbiran pendidikan guru. Ianya
termasuklah Kementerian Pelajaran Malaysia yang mengimplementasikan hanya polisi
pendidikan yang penting dan juga menetapkan satu standard pendidikan guru termasuklah
pensijilan dan pembelajaran guru; Institut-institut Pendidikan Guru dan universiti-universiti
yang terlibat dalam penyediaan guru-guru profesional; lain-lain agensi termasuklah Jabatan
Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah, nazir-nazir sekolah, Politeknik, pusat sumber
dan semua fakulti pendidikan.

40

42

Penilaian, Penambahbaikan dan Peningkatan.

Proses penilaian adalah komponen penting dalam aspek jaminan kualiti standard kompetensi.
Oleh itu, ia perlu dilakukan secara berterusan oleh pihak pemutus dan penggubal dasar bagi
menjamin kualiti standard kompetensi yang telah dirangka bersesuaian dengan keadaan
semasa dan mengikut hasrat pendidikan negara. Ia perlu dirancang secara teliti dan terperinci.

Penilaian adalah proses yang dilakukan untuk mendapat maklumat bagi sesuatu
aktiviti yang dijalankan. Maklumat ini membantu membuat keputusan-keputusan penting
supaya ia dapat digunakan untuk memperbaiki, mempertingkat dan menentukan hala tuju
sesuatu program yang dilaksanakan tersebut. Tujuan penilaian adalah untuk melihat sejauh
mana keberkesanan tindakan susulan yang telah dibuat, adakah ia berkesan dan mencapai
objektif yang telah ditetapkan, namun jika sebaliknya alternatif lain perlu dicari. Strategi yang
dirancang juga perlu dinilai dan dikawal supaya tidak berlaku pembaziran dari segi sumber
kewangan dan tenaga manusia. Menurut Siti Hawa (1993), penilaian akhir ialah untuk melihat
keberkesanan perlaksanaan program dan merumuskan apa yang telah berlaku setelah tamat
tempoh program. Maklumat yang perlu diketahui adalah berhubung dengan soalan-soalan
seperti berikut;

- Adakah standard kompetensi berkesan dalam mencapai matlamatnya?
- Adakah manfaat yang diterima setimpal dengan kos yang ditanggung?
- Apakah alternatif-alternatif lain yang mampu mencapai hasil yang sama tetapi

menggunakan kos yang lebih rendah?

Pelengkap kepada elemen-elemen di atas ialah perlu adanya komitmen dan kerjasama
yang menyeluruh daripada semua peringkat iaitu pihak kementerian, pentadbir sekolah dan
guru-guru sendiri bagi merealisasikan hasrat ini.

Dalam melaksanakan strategi-strategi ini perkara yang patut diberi perhatian ialah
mengenal pasti masalah dan cabaran yang hendak diatasi seterusnya mengatur strategi,
membuat perancangan pelan tindakan, melaksanakan pelan tindakan. Membuat analisis bagi
mengetahui kekuatan, kelemahan, ancaman, peluang-peluang yang wujud. Analisis bertujuan
untuk memudahkan penggubalan strategi-strategi susulan yang perlu dilaksanakan. Ia akan
dituruti dengan pemilihan strategi dan pelan tindakan.

RUMUSAN

Bertepatan dengan misi Kementerian Pelajaran Malaysia untuk membangunkan sistem
pendidikan yang berkualiti dan bertaraf dunia, maka tumpuan kepada usaha meningkatkan
mutu profesion perguruan adalah amat relevan sekali. Meskipun setakat ini sudah banyak
usaha-usaha gigih yang dijalankan ke arah itu seperti mengadakan kursus-kursus dalam
perkhidmatan, mengetatkan proses pengambilan bakal guru namun seperkara yang perlu
diambilkira ialah mewujudkan satu standard kompetensi untuk para guru. Sehingga kini
belum ada satu standard kompetensi yang digunapakai bagi menilai kecekapan dan tahap
pencapaian guru. Penilaian tahap kecekapan yang diambil oleh para guru nampaknya masih
belum dapat diterima secara keseluruhan sebagai satu mekanisme yang objektif dalam menilai
pencapaian guru.

Kebanyakan negara-negara maju telahpun memperkenalkan dan melaksanakan standard
kompetensi guru seperti United Kingdom, Jepun, Australia dan banyak lagi. Banyak manfaat
dapat diraih dengan adanya satu standard kompetensi guru. Ianya bukan sahaja dapat menilai
guru dengan lebih objektif malahan dapat digunakan oleh guru sendiri sebagai penanda aras

41

42

untuk melihat kemajuan atau pencapaian peribadi. Standard kompetensi sepertimana yang
dicadangkan adalah bersifat dinamik tanpa mengambilkira tempoh perkhidmatan. Guru yang
cepat belajar dan mampu menyesuaikan diri dengan iklim pendidikan negara harus diberikan
lebih ruang untuk terus maju dalam profesion mereka. Standard kompetensi tersebut juga
mengambilkira cabaran masa kini untuk membangunkan generasi pelajar bagi menghadapi
dan menangani cabaran-cabaran baru terutama tuntutan-tuntutan sebagai "knowledge
worker" dalam era revolusi informasi abad ke-21.

Oleh itu, sewajarnya pembentukan dan implementasi satu standard kompetensi guru
diambil perhatian serius oleh semua pihak yang terlibat. Pihak Kementerian Pelajaran
Malaysia khususnya telahpun mengenal pasti aspek sebenar standard kompetensi yang patut
ada pada setiap guru dalam apa jua peringkat dan seterusnya menyebarluaskan maklumat
tersebut kepada semua peringkat pengurusan pendidikan. Namun demikian, sejauh manakah
Standard Guru Malaysia itu sedang dilaksanakan dengan sepenuhnya oleh Kementerian
Pelajaran Malaysia masih menjadi tanda tanya. Manakala guru pula perlulah sedar dan tahu
aspek kompetensi yang telah dan belum dicapai bagi tujuan memperkembangkan dan
meningkatkan aspek yang tidak kompeten. Seterusnya standard kompetensi mampu menjadi
pemangkin untuk kembali memartabatkan profesion perguruan dan meletakkannya sebaris
dengan profesion-profesion lain. Adalah diharapkan agar dalam pelaksanaan Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025, Transformasi Keguruan Sebagai
Profesion Pilihan yang mengamalkan Standard Guru Malaysia menjadi kenyataan dalam
erti kata yang sebenarnya.

42

42

RUJUKAN

Abd. Rahim Abd. Rashid (2000). Wawasan dan agenda pendidikan. Kuala Lumpur :Utusan
Publications.

Bahagian Sumber Manusia (2004). Ke arah Pemantapan Skim Perkhidmatan Pendidikan
Kementerian Pelajaran Malaysia.Kementerian Pelajaran Malaysia.

Dasar Pendidikan Kebangsaan (2004). Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar
Pendidikan. Kementerian Pelajaran Malaysia.

Jemaah Nazir Sekolah (2003). Standard Kualiti Pendidikan Malaysia-Sekolah. Kuala Lumpur
: Kementerian Pendidikan Malaysia.

Jemaah Nazir Sekolah (2000). Standard Tinggi Kualiti Pendidikan. Kuala Lumpur:
Kementerian Pelajaran Malaysia.

Kementerian Pendidikan Malaysia (2001), Pembangunan Pendidikan 2001 – 2010, Kuala
Lumpur.

Mohammed Sani Ibrahim (2005). Teacher Education Reforms and Teacher Professional
Standards: How can we help teachers to cope with the changes and challenges in
education ? Kertas Kerja Persidangan Antarabangsa ke-12 Rangkaian Penyelidikan
Literasi dan Pendidikan dalam Pembelajaran di Fakulti Pendidikan. Universiti
Granada, Sepanyol, 11-14 Julai 2005.

Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 6 Tahun 2005, Dasar Latihan Sumber Manusia Sektor
Awam.

Rahim Abd. Latif (2001). Mengenalpasti Masalah-masalah dalam Melaksanakan Standard
ISO 9000. Tesis Sarjana. Bangi : UKM.

Robiah Sidin (2001). Isu Pembangunan dan Pendidikan di Malaysia. Kuala Lumpur :
Longman.

Shahril @ Charil Marzuki & Habib Mat Som (2001). Isu Pendidikan di Malaysia, Sorotan
dan Cabaran. Kuala Lumpur :Utusan Publication .

Shukri Hj Zain dan Syed Ismail Syed Mohamad (2004). Sekolah selamat: Identifikasi
professionalisme guru. Jurnal pengurusan dan kepimpinan pendidikan, Jilid 14, Bil. 02.

TIMSS (2003). Trends in International Mathematics and Science Study 2003. Bahagian
Perancangan dan Penyelidikan Dasar KPM. Kementerian Pelajaran Malaysia. 2004.

Utusan Malaysia. 20 Mac 2002.

Fe’ Josefa G. Nava (1999). Effective teaching behaviours. Kertas kerja dibentangkan di
dalam International Conference On Teacher Education, Hong Kong Institute Of Education on
February 23.

Joseph Watnas (1986). Will Teaching Applied Ethics Improve Schools of Education? Journal
of Teacher Education. May-June 1986.

43

42

Kementerian Pelajaran Malaysia (2012). Laporan Awal Pelan Pembangunan Pendidikan
Malaysia 2013-2025.
Mitias, Ragy. G. E. (1990). Essential Values In Teacher Education: Where Do We Stand.
Kertas kerja dibentang di dalam International Council On Education For Teaching World
Assembly di Singapura pada 27-31 Julai.
Mohammed Sani Ibrahim (1993). Institusi Perguruan Dalam Memenuhi Tuntutan Malaysia
Sebagai Negara Maju. Pendidikan Islam Era 2020: Tasawur Dan Strategi. Kajang:
Percetakan Bintang Jaya
Nik Mustapha Hj Nik Hassan (2003). Values-based management: The way forward for the
next millennium. Kuala Lumpur: Institute of Islamic Understanding Malaysia(IKIM).
Razali Ismai (1992). Guru Cemerlang Teras Kejayaan Wawasan: Satu Tinjauan Konseptual.
Seminar Hari Guru Maktab Perguruan Kota Bharu, Kelantan. 12-13 Julai.
Soltis, Jones F. (1986). Teaching Profesional Ethics. Journal of Teacher Education. May-
June 1986.
Starratt, Rober, J. (2004). Ethical leadership. San Francisco: Jossey-Bass.

Tie Fatt Hee (2002). Undang-undang Pendidikan Di Malaysia. Petaling Jaya: Penerbit Fajar
Bakti Sdn Bhd.
Universiti Kebangsaan Malaysia (2000). Etika dan tataterib akademik. Bangi: Penerbit UKM.
Zainal Yang (2003). Nilai, Etika dan Budaya Kerja Dalam Pentadbiran Sektor Awam Di
Malaysia Dari Perspektif Islam. Jurnal Pengurusan Awam. Jilid 2. Bil.1 Januari 2003.
Putrajaya: Penerbitan Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia.
Hakcipta Terpelihara
24 September 2012.

44


Click to View FlipBook Version