The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

SOSIOLOGI DALAM PENDIDIKAN

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Izz Nur Khaliesah, 2025-03-17 00:54:00

TUGASAN 2 EDUP3143

SOSIOLOGI DALAM PENDIDIKAN

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS ILMU KHAS KUALA LUMPUR JABATAN ILMU PENDIDIKAN PENTAKSIRAN BERTERUSAN : TUGASAN 1 Nama Pelajar IZZ NUR KHALIESAH BINTI MOHD AZLIN Angka Giliran 2022172440206 No Kad Pengenalan 041010-01-1258 Kumpulan / Unit : PT2S2-13 Kod Kursus : EDUP3143 Nama Kursus : SOSIOLOGI DALAM PENDIDIKAN Nama Pensyarah : PN. NIRMALADEVI A/P SUPPIAH Tarikh Hantar : 17 MAC 2025 Pengesahan Pelajar: Saya mengesahkan bahawa maklum balas yang diberikan oleh pensyarah telah saya rujuki dan fahami. Catatan (jika ada) Tanda tangan Pelajar: Tarikh: 24 MAC 2025


Komen Pensyarah MARKAH


TTUUGGAASSAANN22:: PPEENNGGHHAASSIILLAANNPPRROODDUUKK EE--PPOORRTTFFOOLLIIOO DISEDIAKAN OLEH: IZZ NUR KHALIESAH BINTI MOHD AZLIN PT2S2-13 EDUP3143 SOSIOLOGI DALAM PENDIDIKAN


isi kandungan 01 02 03 04 05 06 Latar Belakang Sekolah Kebangsaan Yong Peng Komposisi Pelajar Kesan Stratifikasi Sosial Terhadap Kepelbagaian Sosiobudaya Di Sekolah Implikasi Stratifikasi Sosial Terhadap Masyarakat Di Persekitaran Sekolah Rumusan & Rujukan Pengenalan TAJUK HALAMAN 3 4-7 8-11 12-17 18-22 23-26


Sekolah rendah di Malaysia memainkan peranan penting dalam sistem pendidikan negara sebagai asas pembentukan ilmu dan sahsiah murid. Selain itu, dengan kepelbagaian latar belakang murid dari segi jantina, bangsa, agama dan lokasi, sekolah rendah menjadi cerminan kepada kepelbagaian sosiobudaya masyarakat. Stratifikasi sosial turut wujud dalam persekitaran sekolah, dipengaruhi oleh faktor ekonomi, budaya dan lokasi. Menurut Chew (1979), stratifikasi sosial adalah fahaman tentang kewujudan ketaksamaan sosial dalam kehidupan sosial. Hal ini memberi kesan kepada kedinamikan pembelajaran serta hubungan sosial antara murid. Oleh itu, memahami latar belakang sekolah rendah, komposisi murid, serta kesan stratifikasi sosial adalah penting bagi memastikan pendidikan yang inklusif dan harmoni. Jadi, e-Portfolio ini akan membincangkan aspek-aspek tersebut secara terperinci, dengan meneliti bagaimana stratifikasi sosial mempengaruhi interaksi dalam kalangan murid serta implikasinya terhadap masyarakat sekitar sekolah. PENGENALAN


20 25 LATAR BELAKANG SEKOLAH "Teachers can open the door, but you must enter it yourself." - Chinese Proverb


Sekolah yang menjadi pilihan saya untuk pelaksanaan e-portfolio ini adalah Sekolah Kebangsaan Yong Peng yang bertempat di Batu Pahat, Johor. Saya memilih sekolah ini kerana ia terdiri daripada pelbagai kaum serta sekolah ini juga merupakan sekolah yang dipilih sepanjang pelaksanaan Pengalaman Berasaskan Sekolah 1 (PBS 1) yang lepas. Jadi, saya telah memperoleh pelbagai maklumat mengenai sekolah tersebut. Sekolah Kebangsaan Yong Peng, atau SK Yong Peng, terletak di No. 1, Jalan Sekolah Cina. Pada asalnya, SK Yong Peng merupakan sebuah Sekolah Jenis Kebangsaan (SRK) dan mula beroperasi pada tahun 1951. Sekolah ini dibangunkan di atas tanah persendirian dan berfungsi sebagai sekolah mubaligh pada peringkat awal. Sebagai sebuah Sekolah Bantuan Modal, SK Yong Peng tidak menerima pembiayaan penuh daripada kerajaan. Ia juga berperanan sebagai Pusat Tanggung Jawab (PTJ), yang bermaksud sekolah ini bertanggungjawab menguruskan pembayaran gaji guru dan kakitangan secara langsung serta berurusan terus dengan Akauntan Negara di Johor Bahru. LATAR BELAKANG SEKOLAH


Walaubagaimanapun, sekolah ini telah diiktiraf sebagai sekolah di bawah Kerajaan daripada tahun yang ditetapkan sehingga kini. Sekolah Kebangsaan Yong Peng, yang terletak di tengah-tengah Yong Peng, Johor, berdiri sebagai mercu tanda pendidikan, mendidik minda muda dan membentuk generasi masa depan. Dengan sejarah yang kaya dan dedikasi terhadap penyediaan pengalaman pembelajaran berkualiti, sekolah ini memainkan peranan penting dalam komuniti, memupuk kecintaan terhadap ilmu dan menanam nilai-nilai yang akan memberi manfaat kepada pelajar di luar bilik darjah. Sebagai sebuah Sekolah Kebangsaan (SK), SK Yong Peng menawarkan kurikulum yang komprehensif untuk memenuhi keperluan pelajar yang pelbagai. Fokus sekolah terhadap kecemerlangan akademik jelas kelihatan melalui komitmennya dalam membina asas kukuh dalam mata pelajaran teras seperti Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains. Namun, SK Yong Peng tidak terhad kepada akademik sahaja, malah turut menyediakan pelbagai aktiviti kokurikulum yang menyokong pembangunan holistik. LATAR BELAKANG SEKOLAH


Barisan pendidik yang terdiri daripada 26 orang guru pada tahun 2023 iaitu guru lelaki seramai 8 orang dan guru perempuan seramai 19 orang manakala pada tahun 2024, bilangan guru pada sekolah tersebut masih sama tetapi bilangan bagi guru lelaki hanya 6 orang sahaja dan guru perempuan seramai 21 orang. Di sini, kita dapat lihat perubahan dari segi jumlah guru lelaki dan juga guru perempuan. Guru di sekolah ini juga terdiri daripada guru berbangsa Melayu dan guru berbangsa Cina Berdasarkan pengalaman saya melaksanakan PBS di sekolah ini, saya telah dapati bahawa kesemua guru amat berdedikasi memastikan suasana pembelajaran yang menyokong, di mana setiap pelajar berasa dihargai dan digalakkan untuk mencapai potensi penuh mereka. Nisbah guru kepada pelajar yang seimbang akan membolehkan pengajaran yang lebih baik, membolehkan guru menyesuaikan pengajaran mengikut gaya dan keperluan pembelajaran individu. LATAR BELAKANG SEKOLAH


20 25 KOMPOSISI PELAJAR SEKOLAH “Nothing will work unless you do” - Maya Angelou


Bangsa Lelaki Perempuan Jumlah Melayu 118 142 260 Cina 1 1 2 India 13 18 30 Lain-lain 0 3 3 KOMPOSISI PELAJAR SEKOLAH


Jumlah pelajar seramai 296 orang, SK Yong Peng menawarkan persekitaran pembelajaran yang dinamik dan aktif. Pelajar sekolah ini terdiri daripada pelbagai bangsa iaitu Melayu, Cina, India dan lain-lain. Bagi pelajar lelaki Melayu adalah seramai 118 orang dan pelajar perempuan melayu berjumlah 142 orang. Bagi pelajar lelaki dan perempuan bangsa Cina pula kedua-duanya berjumlah 2 orang manakala bagi pelajar lelaki India adalah seramai 13 orang dan pelajar perempuan seramai 18 orang. Akhir sekali bagi bangsa lain-lain pula, terdapat 3 orang sahaja bagi pelajar perempuan. Tambahan lagi, sekolah ini juga komited dalam membina semangat kebersamaan dalam kalangan pelajar, guru dan ibu bapa. Mesyuarat ibu bapaguru (PIBG) serta pelbagai acara sekolah diadakan secara berkala untuk menyediakan ruang komunikasi terbuka dan kerjasama. KOMPOSISI PELAJAR SEKOLAH


LOKASI SK YONG PENG KOMPOSISI PELAJAR SEKOLAH Link Lokasi


20 25 KESAN STRATIFIKASISOSIAL TERHADAP KEPELBAGAIAN SOSIOBUDAYA DI SEKOLAH “Just be Yourself”


Stratifikasi sosial merujuk kepada pembahagian masyarakat kepada pelbagai lapisan berdasarkan faktor seperti status ekonomi, pendidikan dan latar belakang etnik. Hal ini disokong berdasarkan pendapat Chozin dan Prasetyo (2021), stratifikasi sosial merupakan fenomena yang umum di mana terdapat pembahagian hierarki berdasarkan status sosial, ekonomi, pendidikan dan kekuasaan. Dalam konteks sekolah, stratifikasi sosial memberi impak yang signifikan terhadap interaksi pelajar serta keharmonian sosial dalam persekitaran pembelajaran. Kesan ini boleh dilihat dari sudut positif dan negatif bergantung kepada cara ia dikendalikan oleh pihak sekolah, guru dan ibu bapa. KESAN STRATIFIKASI SOSIALTERHADAP KEPELBAGAIAN SOSIOBUDAYA DI SEKOLAH


Kesan Positif Memupuk Toleransi dan Perpaduan Meningkatkan Kesedaran Sosial dan Empati Meningkatkan Pengalaman Pembelajaran Kesan Negatif Jurang Sosial antara Kumpulan Etnik dan Status Ekonomi KESAN STRATIFIKASI SOSIALTERHADAP KEPELBAGAIAN SOSIOBUDAYA DI SEKOLAH


Kesan Positif 1.Memupuk Toleransi dan Perpaduan Kepelbagaian sosiobudaya dalam sekolah membolehkan pelajar berinteraksi dengan rakan-rakan yang mempunyai latar belakang etnik dan budaya berbeza. Ini membantu mereka memahami perbezaan antara satu sama lain serta menghormati keunikan budaya yang wujud dalam kalangan mereka. Sebagai contoh, sekolah Sk Yong Peng ini mempunyai murid yang pelbagai kaum, jadi murid akan dapat belajar pelbagai budaya seperti murid Melayu akan dapat mempelajari dan mengetahui budaya Cina, India dan lain-lain. Dengan ini, mereka akan lebih menghormati kepelbagaian, sekali gus memupuk perpaduan dalam kalangan generasi muda. Ini kerana menurut kajian Rahimin Affandi Abd. Rahim (2011) menunjukkan bahawa, tahap perpaduan antara kaum dan agama di Malaysia masih berada dalam keadaan yang rapuh walaupun negara telah lebih 50 tahun mencapai kemerdekaan. Jadi, dengan adanya kepelbagaian bangsa dalam seolah akan membantu untuk meningkatkan tahap perpaduan serta menglakkan berlakunya stratifikasi sosial. KESAN STRATIFIKASI SOSIALTERHADAP KEPELBAGAIAN SOSIOBUDAYA DI SEKOLAH


2. Meningkatkan Kesedaran Sosial dan Empati Apabila pelajar didedahkan kepada pelbagai lapisan masyarakat dalam sekolah, mereka akan lebih memahami realiti kehidupan rakan-rakan mereka yang mungkin berasal daripada latar belakang sosioekonomi yang berbeza. Sebagai contoh, pelajar daripada keluarga berpendapatan tinggi dapat melihat cabaran yang dihadapi oleh rakan mereka yang kurang berkemampuan, lalu memupuk sifat empati dan keinginan untuk membantu. Kesedaran sosial yang tinggi ini penting dalam membentuk masyarakat yang prihatin dan bertimbang rasa. Hal ini dapat menigkatkan interaksi dan hubungan yang lebih erat sesama mereka. Ini disokong oleh Allport (1954), Interaksi yang kerap dan mendalam juga dapat mengurangkan prejudis. 3. Meningkatkan Pengalaman Pembelajaran Kepelbagaian latar belakang pelajar juga membawa manfaat kepada proses pembelajaran. Apabila pelajar dari pelbagai kumpulan sosial berkongsi idea dan perspektif yang berbeza dalam kelas, ia dapat meningkatkan kreativiti dan cara berfikir mereka. Contohnya, dalam aktiviti berkumpulan, pelajar akan dapat melihat pelbagai sudut pandangan dan mencari penyelesaian yang lebih inovatif terhadap sesuatu masalah. Kepelbagaian ini juga menggalakkan pemikiran kritis serta meningkatkan daya kreativiti dalam kalangan pelajar. Oleh itu, guru amat digalakkan untuk memastikan murid sentiasa bekerjasama dan tidak mempunyai sifat yang negatif terhadap rakan mereka daripada pelbagai latar belakang. Perkara ini pernah ditegaskan oleh bekas Timbalan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin bahawa guru perlu lebih kreatif serta menggunakan kebijaksanaan mereka dalam menyusun aktiviti di dalam dan di luar bilik darjah serta melibatkan pelajar daripada pelbagai kaum supaya selaras dengan usaha kerajaan dalam memupuk perpaduan (Zanariah 2010). KESAN STRATIFIKASI SOSIALTERHADAP KEPELBAGAIAN SOSIOBUDAYA DI SEKOLAH


Kesan Negatif 1.Jurang Sosial antara Kumpulan Etnik dan Status Ekonomi Salah satu cabaran utama stratifikasi sosial di sekolah ialah wujudnya jurang sosial antara kumpulan etnik dan lapisan ekonomi yang berbeza. Pelajar mungkin cenderung untuk berkawan dengan rakan sebangsa atau dari latar belakang sosioekonomi yang serupa, menyebabkan pergaulan silang budaya menjadi terhad. Jika tidak dikawal, situasi ini boleh mengakibatkan perpecahan dalam kalangan pelajar dan menghalang usaha pembentukan perpaduan yang sebenar. Hal ini selaras dengan kajian oleh Abdul Razaq et al. (2010), berkaitan kepelbagaian pelajar dan sekolah. Satu kajian kes di negeri Pahang menunjukkan bahawa pelajar masih lagi mempunyai perspektif yang sederhana dan tidak memuaskan tentang konsep kepelbagaian budaya yang wujud di sekolah. KESAN STRATIFIKASI SOSIALTERHADAP KEPELBAGAIAN SOSIOBUDAYA DI SEKOLAH


20 25 IMPLIKASI STRATIFIKASI SOSIAL TERHADAP MASYARAKAT DI PERSEKITARAN SEKOLAH “Never give up because great things take time”


Kesan Positif Menggalakkan Semangat Kebersamaan dan Kerjasama Kewujudan pelbagai lapisan sosial dalam komuniti sekolah Kesan Negatif Ketidakseimbangan Peluang dan Akses kepada Kemudahan Pendidikan IMPLIKASI STRATIFIKASI SOSIAL TERHADAP MASYARAKAT DI PERSEKITARAN SEKOLAH


Menggalakkan Semangat Kebersamaan dan Kerjasama 1. Sekolah yang aktif dalam menggalakkan interaksi antara masyarakat seperti ibu bapa dari pelbagai latar belakang dapat mengurangkan jurang sosial dan membentuk semangat kebersamaan. Mesyuarat ibu bapa dan guru (PIBG) yang melibatkan kerjasama antara masyarakat dari pelbagai kaum dan lapisan masyarakat boleh membantu membina hubungan yang lebih erat. Apabila mereka biasa berinteraksi dalam persekitaran yang inklusif, mereka lebih cenderung untuk bekerjasama tanpa mengira perbezaan etnik atau status sosial. Ini selaras dengan permuafakatan antara sekolah dengan komuniti dalam pendidikan telah berlaku sebelum penjajahan bermula dalam Penyata Razak (1956) dan berkesinambungan hingga ke hari ini dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013- 2025). IMPLIKASI STRATIFIKASI SOSIAL TERHADAP MASYARAKAT DI PERSEKITARAN SEKOLAH Kesan Positif


2.Kewujudan pelbagai lapisan sosial dalam komuniti sekolah Perkara ini dapat mengukuhkan jaringan sosial. Ibu bapa yang berpendidikan tinggi atau berkemampuan boleh berkongsi ilmu dan sumber bagi membantu perkembangan akademik dan kokurikulum pelajar lain. Tambahan pula, sekolah yang mendapat sokongan daripada ibu bapa berpotensi untuk meningkatkan kualiti pendidikan melalui sumbangan kepada pembangunan fasiliti dan program pembelajaran. Stratifikasi sosial juga membuka peluang kepada pelajar untuk menyertai pelbagai aktiviti luar bilik darjah, seperti kelas tambahan, sukan dan program keusahawanan, yang mungkin ditaja oleh komuniti atau PIBG. Oleh itu, permuafakatan sekolah dengan masyarakat merupakan kunci peningkatan sebuah sekolah (Gary dan Witherspoon, 2011). IMPLIKASI STRATIFIKASI SOSIAL TERHADAP MASYARAKAT DI PERSEKITARAN SEKOLAH


Ketidakseimbangan Peluang dan Akses kepada Kemudahan Pendidikan 1. Stratifikasi sosial juga boleh membawa kepada ketidakseimbangan dalam peluang pendidikan. Pelajar dari keluarga berpendapatan tinggi mungkin mempunyai lebih banyak akses kepada sumber pembelajaran seperti kelas tambahan, peranti digital dan bahan bacaan yang berkualiti. Sebaliknya, pelajar dari keluarga kurang berkemampuan mungkin menghadapi kesukaran untuk mendapatkan bahan pembelajaran yang mencukupi. Jurang ini boleh menyebabkan ketidakseimbangan dalam pencapaian akademik antara pelajar dan dari latar belakang yang berbeza. Ini dapat dibuktikan di mana status dan kedudukan pula mewujudkan ketaksamaan sosial dalam kalangan masyarakat (Rohana, 2010). IMPLIKASI STRATIFIKASI SOSIAL TERHADAP MASYARAKAT DI PERSEKITARAN SEKOLAH Kesan Negatif


20 25 RUMUSAN “Be The Best”


Secara rumusannya, stratifikasi sosial dalam sekolah rendah di Malaysia mempunyai kesan positif dan negatif terhadap perkembangan pelajar dan masyarakat. Dari sudut positif, kepelbagaian sosiobudaya membantu memupuk toleransi, perpaduan, kesedaran sosial, empati serta meningkatkan pengalaman pembelajaran. Interaksi antara pelajar daripada pelbagai latar belakang membolehkan mereka memahami budaya berbeza, mengembangkan pemikiran kreatif dan memperkukuh jaringan sosial. Selain itu, peranan ibu bapa serta komuniti dalam menyokong pendidikan turut memainkan peranan dalam meningkatkan kualiti pembelajaran dan peluang pelajar untuk terlibat dalam aktiviti luar bilik darjah. Namun, stratifikasi sosial juga membawa cabaran seperti jurang sosial antara kumpulan etnik dan status ekonomi, ketidakseimbangan dalam akses kepada kemudahan pendidikan serta batasan dalam pergaulan silang budaya. Oleh itu, kepelbagaian sosial di sekolah boleh menjadi pemangkin kepada perpaduan dan pembelajaran jika diurus dengan baik. Jadi, usaha berterusan diperlukan untuk mengurangkan jurang sosial dan memastikan setiap pelajar mendapat peluang yang adil dalam pendidikan serta pembangunan diri. Justeru itu, penglibatan ibu dan komuniti merujuk kepada pelbagai tingkah laku ibu bapa dan komuniti yang secara langsung dan tidak langsung dalam mempengaruhi perkembangan kognitif, emosi, fizikal dam pencapaian anakanak di sekolah (Bakker & Denessen, 2007). RUMUSAN


20 25 RUJUKAN “Don’t Give Up”


Chew Peh Ting. (1979). Konsep asas sosiologi. Dewan Bahasa dan Pustaka. Chozin, A., & Prasetyo, T. A. (2021). Pendidikan Masyarakat Dan Stratifikasi Sosial Dalam Prespektif Islam. Mamba’ul’Ulum, 62–73. Rahimin Affandi Abd. Rahim (2011). Indeks keharmonian sosio-agama di Malaysia. Jurnal Perpaduan, 2019, 9. Allport, G.W. 1954. The Nature of Prejudice. Cambridge, MA: Perseus Books Zanariah Abd Mutalib. 2010. Guru Kena Kreatif Pupuk Perpaduan. Berita Harian. 1 September Abdul Razaq Ahmad, Anisa Saleha, et al. 2010. “Kepelbagaian Pelajar Dan Sekolah:Satu Kajian Kes Di Negeri Pahang”. Jurnal Pendidikan Malaysia. 35(2): hlm:87-95. AnyFlip. (n.d.). Penyata Razak (1956). AnyFlip https://anyflip.com/xdfgq/jirs/basic Gary, W.D. & Witherspoon, R. (2011). The power of family school community partnerships: A training resource manual. National Education Association. RUJUKAN


Rohana Yusof. (2010). Asas sains sosial dari perspektif sosiologi. Dewan Bahasa dan Pustaka. Bakker, J,. & Denessen, E. (2007). The concept of parent involvement. Some theoretical and empirical considerations. International Journal about Parents in Education, 1, 188-199. RUJUKAN


SEKIAN, TERIMA KASIH


Click to View FlipBook Version