The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by alina jasli, 2023-09-24 06:20:50

KARANGAN PENYAKIT BERJANGKIT

KARANGAN PENYAKIT BERJANGKIT

PENYAKIT BERJANGKIT DI S EDI A K AN OL E H : A L INA S YU H ADA


Penyakit berjangkit ditakrifkan sebagai penyakit yang disebarkan oleh pelbagai patogen seperti bakteria, virus, kulat dan parasit. Penyakit berjangkit boleh disebarkan secara langsung atau tidak langsung daripada seseorang individu kepada individu yang lain. Sebagai mukadimah perbincangan, penyakit berjangkit boleh dibahagikan kepada tiga bawaan. Penyakit berjangkit bawaan udara boleh merebak melalui titisan air yang mengandungi virus yang dirembeskan daripada mulut dan hidung seperti bersin dan batuk. Contoh penyakit berjangkit bawaan udara termasuklah COVID-19 yang pernah menggemparkan dunia beberapa tahun yang lalu. Polemik yang bagai duri dalam daging ini sering mengancam ibu mengandung, kanakkanak serta warga emas yang belum divaksinasi. APAKAH ITU PENYAKIT BERJANGKIT ?


Memetik wasitah nirmala yang seterusnya, penyakit berjangkit bawaan air pula disebar melalui bekalan air yang tercemar dan tidak dirawat. Pokok pangkalnya, banjir merupakan wadah kuman bermaharajalela kerana merupakan suatu sumber air yang kotor. Hal ini makin membimbangkan apabila seseorang itu akan mengalami cirit-birit dan batuk berpanjangan jika dijangkiti penyakit berjangkit bawaan air. Sebagai analogi, kolera merupakan salah satu penyakit berjangkit yang pernah meragut nyawa ramai penduduk di Afrika Selatan pada tahun 2013. Izharlah bahawa penyakit berjangkit bawaan udara boleh mengakibatkan kematian. PENYAKIT BERJANGKIT BAWAAN AIR


Meninjau dari kaca mata berbeza, penyakit berjangkit juga boleh tersebar melalui sentuhan. Kuman yang berada pada tombol pintu dan permukaan meja boleh tersebar secara tidak langsung. Apabila kita menyentuh permukaan ini lalu menyentuh rongga hidung, mata dan mulut tanpa mencuci tangan, boleh mengakibatkan kita dijangkiti. Bukan itu sahaja, malah bersentuhan dengan orang lain apabila berciuman atau melakukan aktiviti seksual (kontak seksual) juga boleh menjerumus kepada jangkitan ini seperti AIDS dan HIV. Oleh itu, jelaslah bahawa penyakit berjangkit bawaan sentuhan boleh meragut nyawa. PENYAKIT BERJANGKIT BAWAAN SENTUHAN


Marilah kita sama-sama bermusyawarah berbincang mengenai cara mengawal penyakit berjangkit. Sebagai pembuka tirai perbincangan, keluarga Malaysia dicadangkan agar memakai pelitup muka dan cuci tangan dengan sabun atau menggunakan pensanitasi tangan. Masyarakat juga disarankan untuk mendapatkan rawatan segera di hospital berdekatan jika mengalami demam, batuk dan kesukaran bernafas. Bukan itu sahaja malah elakkan diri daripada menyentuh ahli keluarga jika disahkan menghidap penyakit berjangkit. Ibu bapa juga dinasihatkan untuk tidak menghantar anak ke pusat jagaan kanak-kanak kerana bimbang akan menjangkiti kanak-kanak yang lain. Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, Mantan Ketua Pengarah Kesihatan juga menitikberatkan untuk tidak berada di tempat tumpuan awam atau bertemu dengan orang lain jika tiada keperluan. Sudah terang lagi bersuluh bahawa terdapat seribu satu cara untuk mengawal penyebaran penyakit berjangkit. CARA-CARA MENGAWAL PENYAKIT BERJANGKIT


Click to View FlipBook Version