The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nsyawalina98, 2022-01-26 05:47:26

Buku Cerita Kanak-kanak

KURA-KURA YANG MALANG

Keywords: Tugasan 1

CINTAI ALAM SEKITAR CiLik

KURA-KURA YANG MALANG

Ditulis oleh:
Nur Syawalina Rusli

Di dalam sebuah hutan, tinggal seekor Sang Kancil dan rakan-rakannya iaitu
Monyet dan Kura-kura. Mereka bertiga sangat rapat dan sentiasa tolong menolong.
Mereka bertiga selalu keluar bersama-sama untuk mencari makanan di dalam
hutan. Hutan yang mereka tinggal sering menjadi tempat kunjungan manusia
untuk aktiviti perkhemahan, mandi manda, berkelah dan sebagainya kerana di situ
terdapat kawasan air terjun yang cantik.

1

Seperti hari-hari biasa, setelah Sang Kancil, Monyet dan Kura-kura selesai mencari
makanan mereka bertiga akan singgah di kawasan air terjun untuk berehat dan
menghilangkan dahaga. Semasa mereka sedang minum, mereka melihat terdapat
sampah sarap yang ditinggalkan oleh segelintar manusia yang tidak
bertanggungjawab. Sang kancil lalu berkata kepada Si Monyet dan Kura-kura.

Lihatlah kawasan hutan kita ini.
Semakin hari semakin banyak

sampah sarap yang
ditinggalkan. Kawasan hutan ini

sudah tidak bersih seperti
dahulu.

Monyet dan Kura-kura menganggukkan
kepala. Mereka bersetuju dengan kata-
kata Sang Kancil.

2

Hari telah petang, mereka bertiga berjalan pulang ke tempat tinggal
masing-masing. Mereka berjanji untuk bertemu semula pada keesokan
hari. Dalam perjalanan pulang, Kura-kura ternampak sampah sarap yang
mengandungi sisa makanan yang telah dibuang oleh manusia. Kura-kura
yang melihat makanan itu kembali berasa lapar. Kura-Kura mahu
mengambil sisa makanan tersebut.

3

Kura-kura memasukkan kepala dan badannya ke dalam timbunan sampah sarap itu.
Malang tidak berbau apabila ada plastik yang tersekat di cengkerangnya. Berkali-kali
Kura-kura cuba untuk melepaskan diri namun gagal. Kura-kura menjerit meminta
tolong tetapi tiada haiwan lain di sekitar tempat tersebut.




4

Hari sudah semakin gelap dan Kura-kura juga semakin penat.
Kura-kura yang keletihan membuat keputusan untuk
menunggu di situ sehingga hari kembali cerah. Kura-kura juga
berharap Sang Kancil dan Monyet akan datang mencarinya.




5

Pada keesokan pagi, Sang Kancil dan Monyet menunggu kedatangan Kura-kura. Hampir
satu jam menunggu, bayang Kura-kura masih tidak kelihatan. Sang Kancil dan Monyet
berasa hairan kerana Kura-kura tidak pernah selewat ini. Sang Kancil yang berasa
bimbang terhadap Kura-kura mengajak Monyet pergi ke rumah Kura-kura.




Sudah hampir satu jam kita
menunggu, tetapi Kura-kura masih

tidak muncul. Aku bimbang
sekiranya ada perkara buruk
berlaku kepada Kura-kura. Aku rasa
lebih baik sekarang kita pergi ke
rumah Kura-kura untuk melihat

keadaannya.



Baiklah Sang Kancil. Marilah
kita pergi ke rumah Kura-
kura. Mungkin Kura-kura
sakit sebab itu dia tidak
datang ke mari.



Sang Kancil dan Monyet pun pergi ke
rumah Kura-kura bersama-sama.

6

Dalam perjalanan ke rumah Kura-kura, tiba-tiba Sang Kancil
dan Monyet terdengar suara haiwan meminta tolong. Mereka
berhenti dan mengamati suara tersebut.

Aku seperti kenal
dengan suara itu. Ehh,

bukankah itu suara
Kura-kura!

Benar, Sang Kancil. Aku Sang Kancil dan Monyet terus
juga mendengar suara itu bergegas menuju ke arah suara
seperti suara Kura-kura. tersebut.
Mari kita segera pergi ke

sana dan melihat apa
sebenarnya yang sedang
berlaku kepada Kura-kura.

7

Sang Kancil dan Monyet terkejut melihat Kura-kura yang lemah dan terdapat
sampah sarap serta plastik yang tersekat di badannya. Kura-kura berasa gembira
melihat kawan-kawannya datang untuk membantunya. Kura-kura meminta
pertolongan Sang Kancil dan Monyet untuk mengeluarkannya dari dalam plastik
itu.

Wahai Sang Kancil dan
Monyet, tolong keluarkan
aku dari dalam plastik ini.

Sudah semalaman aku
terperangkap di dalamnya.




8

Tanpa membuang masa, Sang Kancil dan Monyet membantu Kura-kura. Sang
Kancil dan Monyet menarik plastik yang tersekat pada cengkerang Kura-kura.
Akhirnya, Kura-kura berjaya keluar dari plastik itu dengan pertolongan yang
diberikan oleh Sang Kancil dan Monyet.

9

Selepas itu, Sang Kancil dan Monyet membawa Kura-kura ke sungai yang
berdekatan. Kura-Kura yang keletihan dan dahaga minum dengan penuh
kenikmatan. Setelah keadaan Kura-kura kembali pulih, Kura-kura
mengucapkan terima kasih kepada Sang Kancil dan Monyet kerana telah
menolong menyelamatkannya.

Mujurlah engkau dan
Sang Kancil datang
menolongku. Kalau

tidak, entah apa yang
akan terjadi kepadaku.

10

Kura-kura kemudiannya menceritakan semula bagaimana badannya boleh
terperangkap di dalam plastik itu. Sang Kancil dan Monyet mendengar cerita
Kura-kura dengan penuh minat.

11

Sang Kancil, Monyet dan Kura-kura berasa kecewa dengan sikap manusia
yang suka membuang sampah merata-rata. Sikap tidak bertanggungjawab
itu boleh mengancam nyawa haiwan-haiwan di dalam hutan. Bukan itu
sahaja, sampah sarap yang dibuang di dalam hutan akan mencemarkan
pemandangan alam semula jadi. Manusia perlu menjaga kebersihan di
dalam hutan bagi memelihara kehidupan haiwan dan tumbuh-tumbuhan.

-TAMAT-

12

Cintai Alam Sekitar

KURA-KURA YANG MALANG

Buku ini sesuai dibaca oleh kanak-kanak berusia tujuh hingga
sepuluh tahun. Gaya penceritaan, bahasa, kandungan dan
ilustrasinya juga akan dapat menarik minat kanak-kanak untuk
membaca buku ini. Moral dan teladan yang terdapat dalam buku
ini boleh dijadikan contoh kepada kanak-kanak dalam kehidupan
seharian.


RM9.90
Sem. Malaysia RM12.00
Sabah/Sarawak


Click to View FlipBook Version