EDUP3093 FALSAFAH DAN PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA TUGASAN 2: PENGHASILAN PRODUK INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TEMENGGONG IBRAHIM Pensyarah: En. Saiful Lizan @ Hasnul Hisyam Bin Suparman
Ahli Kumpulan Nurul Huda binti Fuzi @ Mohamad Nur Syahira binti Suyut Aisyah Nur Irdina binti Md Yuzaini
perkembangan pendIdIkan dI MalaysIa
Perkembangan pendidikan sebelum merdeka
sistem persekolahan Sekolah Vernakular Melayu 01 Sekolah Vernakular Tamil 03 Sekolah Vernakular Inggeris 04 Sekolah Vernakular Cina 02 Semasa penjajahan British, pihak Inggeris telah mewujudkan sekolah-sekolah vernakular yang menyebabkan perpaduan kaum semakin runtuh kerana dipisahkan mengikut sistem persekolahan.
Laporan Cheeseman 1946 Laporan Barnes 1950 Laporan Fenn-Wu 1951 Ordinan Pelajaran 1952 Penyata Razak 1956 ASAS PENGGUBALAN PENDIDIKAN
HUBUNGAN ANTARA PERKEMBANGAN PENDIDIKAN SEBELUM MERDEKA DENGAN FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN DAN FALSAFAH PENDIDIKAN GURU
FPK FPG Sistem Pendidikan Vernakular Sistem ini mewujudkan jurang perkauman yang begitu luas antara murid-murid yang berlainan kaum. Kanak-kanak tidak mendapat pendedahan mengenai kewujudan bangsa lain dan tidak memberi perhatian mengenai sikap hormat terhadap bangsa lain. Melahirkan Rakyat yang Berakhlak Mulia Guru yang Memelihara Suatu Masyarakat yang Bersatu Padu Pembentukan FPK dapat menghapuskan matlamat dasar ‘pecah dan perintah’ yang mengurangkan jurang antara kaum. Muridmurid yang terdiri daripada pelbagai etnik dapat berkomunikasi dengan masyarakat luar untuk memperoleh ilmu pengetahuan serta memupuk semangat toleransi dan kekitaan. Guru berperanan untuk menerapkan nilai-nilai positif kepada murid dan menunjukkan contoh yang baik bagi membentuk generasi yang bertingkah laku baik dan bersahsiah tinggi.
FPK FPG Laporan Cheeseman 1946 Sistem ini bertujuan untuk membina semula sistem pendidikan untuk menjamin setiap jenis sistem persekolahan dapat diperkembangkan dengan sepenuhnya Perkembangan Potensi Secara Menyeluruh dan Bersepadu Guru yang Menjamin Perkembangan Individu Dasar ini berjaya melahirkan individu yang seimbang daripada pelbagai aspek seperti berakhlak mulia, berilmu, sihat mental dan fizikal serta cerdas tidak kira di sekolah Melayu, Cina atau Tamil. Guru perlu memberi keutamaan dan membuka peluang kepada para pelajar untuk mengembangkan potensi dan bakat mereka merangkumi aspek intelek, rohani, emosi dan jasmani.
FPK FPG Laporan Barnes 1950 Sekolah-sekolah vernakular dalam bahasa Melayu, bahasa Cina dan bahasa Tamil ditukarkan kepada sekolah Kebangsaan. Sekolah-sekolah ini akan menggunakan bahasa Melayu iaitu bahasa kebangsaan. Insan yang Seimbang dan Harmonis Guru yang Berpekerti Mulia Cadangan laporan barnes menitikberatkan mata pelajaran bahasa Melayu iaitu selaras dengan dasar FPK untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis. Hal ini kerana semua kaum diwajibkan untuk mempelajari bahasa Melayu supaya dapat hidup bersama-sama dalam satu negara dan mencapai perpaduan yang diinginkan. Intipati laporan barnes juga berkait rapat dengan elemen guru yang berpekerti mulia kerana guru-guru perlu bertindak adil terhadap semua pelajar tanpa mengira latar belakang atau bangsa murid tersebut.
FPK FPG Laporan Fenn-Wu 1951 Sukatan pelajaran berasaskan kepada negara China bukannya Tanah Melayu. Sekolah vernakular dibenarkan berfungsi dan menggunakan tiga bahasa, iaitu Melayu, Cina dan Tamil manakala sekolah vokasional dikembangkan bagi menampung keperluan tenaga pekerja mahir bagi pembangunan negara. Memperkembangkan lagi Potensi Individu Guru yang Berpandangan Progresif dan Saintifik Cadangan laporan Fenn-Wu ini menekankan pengembangan sekolah-sekolah vokasional yang bertujuan melahirkan pekerja mahir dalam bidang kemahiran. Cadangan ini selaras dengan elemen FPK iaitu memperkembangkan lagi potensi individu. Muridmurid di sekolah vokasional diasah dengan kemahiran seperti teknologi elektronik dan automotif yang akan memberi manfaat kepada pembangunan negara kelak. Cadangan laporan Fenn-Wu dapat dikaitkan dengan elemen guru yang berpandangan progresif dan saintifik. Hal ini kerana guru-guru perlu berusaha mempertingkatkan diri dengan ilmuilmu teknologi yang canggih mengikut peredaran zaman contohnya seperti kemahiran menggunakan komputer dan projektor. Pelajar akan mendapat pendedahan yang luas mengenai teknologi maklumat yang akan memberi kesan kepada pembangunan teknologi yang jitu.
FPK FPG Ordinan Pelajaran 1952 Penubuhan 2 sistem persekolahan yang menggunakan dua bahasa pengantar iaitu bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. Bahasa inggeris menjadi pelajaran wajib bagi sekolah melayu dan bahasa melayu menjadi pelajaran wajib bagi sekolah inggeris. Rakyat yang Berketerampilan Guru yang Bersedia Menjunjung Ordinan ini selaras dengan elemen FPK yang Aspirasi Negara ingin melahirkan rakyat yang berketerampilan kerana berdasarkan cadangan ini setiap murid diwajibkan mempelajari BM dan BI. Cadangan ini sekaligus dapat melahirkan generasi yang dapat menggunakan bahasa pengantar dengan baik, dan yakin dalam pertuturan untuk berinteraksi dengan individu lain. Cadangan laporan ini dapat diselaraskan dengan dasar FPG iaitu guru yang bersedia menjunjung aspirasi negara kerana guru-guru taat kepada arahan yang diberikan oleh kerajaan untuk mengajarkan BM dan BI tidak kira perbezaan dari segi kaum dan bangsa.
FPK FPG Penyata Razak 1956 Bahasa Melayu dan bahasa inggeris menjadi mata pelajaran wajib bagi semua sekolah. Untuk memasuki sekolah menengah rendah, pelajar hendaklah lulus dalam peperiksaan masuk sekolah menengah. Melahirkan Rakyat yang Berilmu Pengetahuan Guru yang Memelihara Suatu Masyarakat yang Berdisiplin Penyata Razak menekankan kaedah peperiksaan. Hal ini menyebabkan murid-murid perlu belajar dengan bersungguh-sungguh dan memahami isi kandungan yang dipelajari supaya dapat mengaplikasikannya dalam kehidupan dan seterusnya menjawab peperiksaan untuk lulus peperiksaan. Cara ini sekaligus akan melahirkan murid yang berilmu selaras dengan elemen FPK iaitu melahirkan rakyat yang berilmu pengetahuan. Guru berdisiplin akan melahirkan murid yang berdisiplin terhadap diri mereka, guru dan ibu bapa mereka. Murid-murid berdisiplin akan melaksanakan tugas yang diamanahkan kerana guru tegas dalam membuat keputusan dan pertimbangan. Hal ini selari dengan elemen FPG iaitu guru yang memelihara suatu masyarakat yang berdisiplin.
PERKEMBANGAN PENDIDIKAN SELEPAS KEMERDEKAAN
Laporan Rahman Talib 1960 Akta Pendidikan 1961 Laporan Aminuddin Baki 1964 Laporan Jawatankuasa Kabinet 1979 Akta Pendidikan 1996 SISTEM PENDIDIKAN SELEPAS MERDEKA
B HUBUNGAN ANTARA LAPORAN RAHMAN TALIB 1960 DENGAN FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN DAN FALSAFAH PENDIDIKAN GURU
FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN (FPK) Laporan Rahman Talib menekankan kepentingan pendidikan nasional yang berfokus pada keperluan dan kebudayaan Malaysia, ini merupakan salah satu komponen dalam FPK. Laporan Rahman Talib menekankan nilai-nilai nasionalisme dalam pendidikan, ini seiring dengan FPK yang bertujuan untuk memupuk semangat patriotisme dan kesatuan dalam kalangan rakyat Malaysia melalui pendidikan. Laporan Rahman Talib juga ada menyarankan peningkatan pengajaran dalam Bahasa Melayu, perkara ini sejajar dengan FPK yang banyak menekankan kepentingan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dalam pendidikan negara.
FALSAFAH PENDIDIKAN GURU (FPG) Laporan Rahman Talib memberi perhatian kepada penyempurnaan dan pemantapan profesionalisme guru, ini berkait dengan FPG yang menekankan kepentingan kualiti guru dalam pembangunan pendidikan negara. Laporan Rahman Talib turut menggariskan keperluan untuk meningkatkan latihan guru supaya mereka mempunyai pengetahuan yang mencukupi dan kemahiran pedagogi yang baik, perkara ini sejajar dengan penekanan FPG terhadap guru sebagai agen perubahan dalam pendidikan.
HUBUNGAN ANTARA AKTA PENDIDIKAN 1961 DENGAN FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN DAN FALSAFAH PENDIDIKAN GURU
falsafah pendidikan kebangsaan (fpk) FPK merangkumi nilai-nilai, pandangan, dan matlamat pendidikan yang dipegang oleh negara dengan menekankan unsur-unsur seperti pembentukan warganegara yang berilmu, berdisiplin, dan berketerampilan, serta mewujudkan persefahaman antara pelbagai etnik dan budaya di Malaysia. Akta Pendidikan 1961 pula merupakan undang-undang yang mengatur aspekaspek penting dalam sistem pendidikan di Malaysia pada masa tertentu dan merangkumi pentadbiran sekolah, latihan guru dan lain-lain. Oleh itu, Akta Pendidikan 1961 memainkan peranan yang penting dalam melaksanakan prinsip-prinsip FPK dalam amalan.
falsafah pendidikan guru (fpg) FPG berkait rapat dengan latihan dan pembangunan guru di Malaysia. FPG juga menekankan tentang kepentingan guru sebagai agen perubahan dalam proses pendidikan dan mengenai kepentingan memahami serta mempraktikkan nilai-nilai moral dan etika yang tinggi. Akta Pendidikan 1961 menekankan mengenai latihan guru, pengambilan guru, dan peraturan-peraturan yang berkaitan dengan profesion perguruan. Oleh itu, Akta Pendidikan 1961 menjadi salah satu punca perkembangan FPG dalam sistem pendidikan Malaysia.
HUBUNGAN ANTARA LAPORAN AMINUDDIN BAKI 1964 DENGAN FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN DAN FALSAFAH PENDIDIKAN GURU
FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN (FPK) FPK merupakan prinsip-prinsip asas yang mengatur sistem pendidikan Malaysia. Salah satu ciri utama dalam FPK adalah penekanan kepadatan nilai-nilai Malaysia dan pembangunan insan yang seimbang. Laporan Aminuddin Baki adalah untuk membantu menggariskan pelbagai aspek pendidikan yang perlu diperbaiki dan diperkemas dalam konteks FPK dengan kaedah menyokong pendekatan pendidikan yang merangkumi aspek-aspek sosial, budaya dan moral yang selari dengan FPK.
FALSAFAH PENDIDIKAN GURU (FPG) FPG menekankan mengenai kepentingan guru, pendidikan guru dan kepentingan guru yang berkualiti tinggi dalam sistem pendidikan Malaysia. Laporan Aminuddin pula memberi tumpuan kepada pemantapan latihan guru dan peningkatan kualiti guru dalam sistem pendidikan Malaysia. Laporan Aminuddin Baki membantu menghubungkan FPG dengan realiti pendidikan pada zaman berkenaan dan mengenalpasti keperluan perubahan dan penambahbaikan dalam latihan guru.
HUBUNGAN ANTARA LAPORAN JAWATAN KUASA KABINET 1979 DENGAN FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN DAN FALSAFAH PENDIDIKAN GURU
FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN (FPK) Laporan Jawatankuasa Kabinet 1979 menekankan kepentingan pendidikan kebangsaan yang merangkumi aspek-aspek seperti memupuk semangat patriotisme, perpaduan dan pemahaman tentang nilai-nilai Malaysia sebagai sebuah negara yang berbilang etnik dan budaya. FPK pula mengamalkan konsep “Rukun Negara” iaitu kesopanan dan kesusilaan yang merangkumi kepentingan rakyat untuk menghormati setiap perbezaan kaum di negara ini, oleh itu, pendidikan di Malaysia perlu menerapkan nilai-nilai berkenaan bagi membangunkan sistem pendidikan negara.
FALSAFAH PENDIDIKAN GURU (FPG) FPG adalah untuk menghasilkan guru-guru yang berkualiti tinggi dan mempunyai komitmen terhadap nilai-nilai pendidikan kebangsaan. Laporan Jawatankuasa Kabinet 1979 menegaskan penguasaan kemahiran asas 3M iaitu Menulis, Membaca dan Mengira. Hubungan antara FPG dan Laporan Jawatankuasa Kabinet 1979 adalah FPG dapat membantu mewujudkan matlamat dan cadangancadangan yang termaktub dalam laporan tersebut dengan memastikan guru-guru terlatih dengan baik dan berkualiti dalam proses pendidikan.
HUBUNGAN ANTARA AKTA PENDIDIKAN 1996 DENGAN FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN DAN FALSAFAH PENDIDIKAN GURU
FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN (FPK) Akta Pendidikan 1996 merangkumi peruntukan-peruntukan yang berkaitan dengan matlamat dan prinsip-prinsip FPK. Dalam pelaksanaan dasar berkenaan, Akta Pendidikan ini perlu memastikan bahawa sistem pendidikan yang diatur selaras dengan FPK. Oleh itu, Akta Pendidikan 1996 akan memberi kuasa kepada Kementerian Pendidikan untuk memastikan bahawa nilai-nilai kebangsaan, perpaduan, dan identiti negara dihayati dalam pendidikan.
FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN (FPK) Akta Pendidikan 1996 memberi kuasa kepada pihak berkuasa pendidikan untuk menentukan struktur kurikulum dan isi pelajaran. Dalam penyusunan kurikulum, prinsip-prinsip FPK harus diambil kira untuk memastikan pelajar memahami serta menghayati nilai-nilai dan objektif yang ditetapkan dalam falsafah tersebut. FPK menekankan pembangunan pelajar sebagai warganegara yang beretika dan bertanggungjawab. Akta Pendidikan 1996 perlu memastikan bahawa pendidikan yang disediakan menghasilkan pelajar-pelajar yang mempunyai ciri-ciri ini.
FALSAFAH PENDIDIKAN GURU (FPG) FPG boleh dianggap sebagai panduan atau asas moral bagi guru dalam melaksanakan tanggungjawab mereka. Akta Pendidikan 1996 menyediakan peraturan-peraturan dan garis panduan yang perlu dipatuhi oleh guru dalam pelaksanaan tugas mereka. Oleh itu, guru perlu mengamalkan prinsip-prinsip dalam FPG sejajar dengan peraturan-peraturan yang termaktub dalam akta tersebut.
Perkembangan pendidikan MASA KINI
Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006-2010 Dasar Pendidikan Digital Kementerian Pendidikan Malaysia PENDIDIKAN MASA KINI Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025
PELAN INDUK PEMBANGUNAN PENDIDIKAN (PIPP) 2006-2010 Pendidikan berkualiti untuk semua merupakan agenda utama Kementerian Pendidikan Malaysia menerusi Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006-2010. PIPP 2006-2010 telah dilancarkan oleh Perdana Menteri Malaysia ke-5, Dato' Seri Abdullah Hj. Ahmad Badawi pada 16 Januari 2007 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya. PIPP 2006-2010 termaktub dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9). PIPP 2006-2010 bertujuan untuk menyediakan rakyat Malaysia ke arah satu bangsa yang bersatu padu di samping merapatkan jurang pendidikan antara golongan luar bandar dan bandar serta antara kaum-kaum di Malaysia. Teras PIPP 2006-2010: 1. Meningkatkan keupayaan pengetahuan dan inovasi negara serta memupuk minda kelas pertama. 2. Menangani masalah ketidakseimbangan sosioekonomi yang berterusan secara membina dan produktif
Membina negara bangsa eNAM TERAS STRATEGIK DIGARISKAN DALAM PIPP 2006-2010 Membangun modal insan Memperkasa sekolah kebangsaan Memartabatkan profesion perguruan Merapatkan jurang pendidikan Melonjakkan kecemerlangan institusi pendidikan
DENGAN FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN (FPK) HUBUNGAN ANTARA PELAN INDUK PEMBANGUNAN PENDIDIKAN 2006-2010 Pendidikan diperkasakan melalui PIPP dalam melahirkan semangat cinta akan negara dan memupuk jati diri dalam diri melalui kokurikulum. Hal ini selaras dengan FPK, iaitu pendidikan membentuk rakyat yang bertanggungjawab terhadap diri dan negara. PIPP membentuk modal insan yang berilmu pengetahuan, berkemahiran tinggi, berketerampilan dan berkeperibadian mulia menerusi pelbagai strategi seperti memantapkan program kurikulum dan sukan. Hal ini sejajar dengan FPK, iaitu pendidikan melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia dan berketerampilan. PIPP memperkasakan sekolah kebangsaan dan melonjakkan kecemerlangan institusi pendidikan bagi membuka peluang kepada generasi muda menimba ilmu dan pengalaman. Hal ini selaras dengan FPK, iaitu pendidikan memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh.
DENGAN FALSAFAH PENDIDIKAN GURU (FPG) HUBUNGAN ANTARA PELAN INDUK PEMBANGUNAN PENDIDIKAN 2006-2010 PIPP membentuk guru yang kreatif dan inovatif bagi menjadikan sistem penyampaian pengajaran dan pembelajaran (PdP)lebih menarik dan efektif. Hal ini selaras dengan FPG, iaitu guru perlu berpandangan progresif dan saintifik bagi merancang kaedah yang bersesuaian dengan tahap pembelajaran muridmuridnya. Peranan guru diperkasa menjadi pemudah cara dalam PdP, sebagai agen perubahan dan sumber inspirasi pelajar. Hal ini sejajar dengan FPG, iaitu guru berperanan menjamin perkembangan individu secara menyeluruh merangkumi aspek rohani, emosi, intelek dan jasmani.
(PPPM) 2013-2025 PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) merupakan diilhamkan oleh Menteri Pendidikan ketika itu, Tan Sri Muhyiddin Yassin. 5 ASPIRASI SISTEM TERKANDUNG DALAM PPPM AKSES PPPM 2013-2025 menyasarkan 100% enrolmen merentas semua peringkat pendidikan dari prasekolah hingga menengah menjelang 2020. PPPM 2013-2025 berhasrat untuk meletakkan negara sebagai kelompok satu pertiga teratas dalam pentaksiran antarabangsa PPPM 2013-2025 menyasarkan 50% pengurangan jurang perbezaan yang melibatkan bandar dan luar bandar, sosioekonomi, dan gender menjelang tahun 2020. PPPM 2013-2025 menjana sistem pendidikan yang memberi peluang kepada murid berkongsi pengalaman dan aspirasi demi memperkukuh asas perpaduan rakyat. PPPM 2013-2025 dapat memaksimumkan keberhasilan murid mengikut peruntukan kewangan sedia ada. KUALITI EKUITI PERPADUAN KECEKAPAN
GELOMBANG 1 GELOMBANG PELAKSANAAN PPPM 2013-2025 Tumpuan diberikan kepada kaedah peningkatan kualiti pengajaran melalui peningkatan kompetensi dan kualiti guru sedia ada, meningkatkan kualiti kepimpinan sekolah dan meningkatkan kadar literasi Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Numerasi. GELOMBANG 2 GELOMBANG 3 Melibatkan pergerakan Melibatkan penyemakan kurikulum standard sekolah rendah dan menengah. guru-guru dan pengetua serta guru besar kepada pakej kerjaya baharu melalui penstrukturan semula Kementerian Pendidikan. Gelombang 3 memberi fokus kepada anjakan kecemerlangan dengan semua keberkesanan operasi.
DENGAN FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN (FPK) HUBUNGAN ANTARA PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2013-2025 Menerusi PPPM, setiap kanak-kanak warganegara Malaysia berhak mendapat kesamarataan peluang pendidikan supaya mereka dapat mengembangkan potensi masing-masing. Peluang pendidikan untuk semua ini selaras dengan FPK, iaitu melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan. PPPM menjana sistem pendidikan yang menawarkan perkongsian pengalaman dan nilai bagi memperkukuh perpaduan rakyat. Hal ini sejajar dengan FPK, iaitu melahirkan rakyat yang berakhlak mulia dan hidup hormat menghormati antara masyarakat berbilang kaum di Malaysia.
DENGAN FALSAFAH PENDIDIKAN GURU (FPG) HUBUNGAN ANTARA PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2013-2025 Gelombang 1 dalam pelaksanaan PPPM memberi penekanan kepada peningkatan kualiti dan kompetensi guru bagi menyediakan bahan dan kaedah pembelajaran yang efektif. Hal ini sejajar dengan FPG, iaitu melahirkan guru yang berpandangan progresif dan saintifik supaya guru mempunyai pengetahuan dan kemahiran selaras dengan perkembangan pendidikan global semasa. Gelombang 2 yang melibatkan peranan guru dalam penstrukturan semula Kementerian Pendidikan dalam pelaksanaan PPPM selaras dengan FPG, iaitu melahirkan guru yang bersedia menjunjung aspirasi negara dan sedia menjalankan tugasan yang diberi demi kepentingan negara.
DASAR PENDIDIKAN DIGITAL KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA Matlamat penggubalan dasar pendidikan digital adalah untuk melahirkan generasi fasih digital yang berdaya saing di peringkat global. Tumpuan dalam dasar ini ialah: 1. meningkatkan penguasaan murid dalam teknologi digital 2. memperkaya kandungan digital yang berkualiti 3. memperkasa kompetensi guru 4. membudayakan penggunaan teknologi digital dalam kalangan pemimpin pendidikan 5. mengupayakan infrastruktur fizikal dan infrastruktur digital 6. memperkukuh jalinan strategik
DENGAN FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN (FPK) HUBUNGAN ANTARA DASAR PENDIDIKAN DIGITAL KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA Tumpuan Dasar Pendidikan Digital Kementerian Pendidikan Malaysia yang berusaha meningkatkan penguasaan murid dalam teknologi digital selaras dengan FPK, iaitu melahirkan rakyat yang berketerampilan bagi meningkatkan daya saing mereka di peringkat global. Tumpuan Dasar Pendidikan Digital Kementerian Pendidikan Malaysia yang berusaha memperkaya kandungan digital yang berkualiti dan memperkukuh jalinan strategik sejajar dengan FPK, iaitu pendidikan sebagai satu usaha yang berterusan kerana adanya bahan dalam talian yang boleh digunakan untuk mendapatkan pendidikan di mana-mana sahaja pada bila-bila masa.
DENGAN FALSAFAH PENDIDIKAN GURU (FPG) HUBUNGAN ANTARA DASAR PENDIDIKAN DIGITAL KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA Melalui Dasar Pendidikan Digital Kementerian Pendidikan Malaysia, guru dan bakal guru diberikan latihan bagi memantapkan kemahiran teknologi digital mereka untuk membantu proses pembelajaran murid di sekolah. Hal ini selaras dengan FPG, iaitu guru yang berpandangan progresif dan saintifik. Dasar Pendidikan Digital Kementerian Pendidikan Malaysia membentuk guru yang kreatif dan inovatif dengan bantuan teknologi digital. Hal ini sejajar dengan FPG, iaitu guru memelihara suatu masyarakat yang progresif kerana guru dapat membimbing murid-murid berfikir secara kritis dan inovatif bagi menyelesaikan tugasan.
SEKIAN, TERIMA KASIH
MAKLUM BALAS R e s p o n d e n
APLIKASI Whatsapp
Melalui Google Forms
Melalui Google Forms
Melalui Google Forms