The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-36076268, 2021-06-08 08:54:39

SAINS TAHUN 6: HAIWAN DAN TUMBUHAN TERANCAM

HAIWAN DAN TUMBUHAN TERANCAM ADAM21

HAIWAN
DAN

TUMBUHAN
TERANCAM

MUHAMMAD ADAM MUKHRIZ
BIN MOHAMAD SHAHRIR
6 ASPIRASI

HAIWAN

1. Seladang

1. Seladang Sekitar 10 atau 20 tahun lalu, pelancong yang
Iklabnerkunjung ke Malaysia mudah bertemu
seladang. Namun kini, seladang semakin pupus,
Sekitar 10 atau 20 tahun lalu, pelagnacroan-ggayarangpbeemrkbuunrjuuanng ktiedak terkawal, hanya
Malaysia mudah bertemu seladansge.bNilaamnguannkiknei,csielldaditaenmgpatkan di hutan simpan
semakin pupus, gara-gara pembuarutaaun tziodoakutnetrukakwtaalt,ahpaannyaumum sekali gus
sebilangan kecil ditempatkan di hduitaanngsgimappaannatatarua zhoaoiwunatnukwarisan negara.
tatapan umum sekali gus dianggap antara haiwan warisan

negara.

Harimau Malaya (Panthera tigris jacksoni)
merupakan salah satu subspesies harimau
belang yang masih wujud di dunia dan hanya
terdapat di Semenanjung Malaysia.
Spesies karnivor ini hidup bersendirian
kecuali ketika hendak mengawan atau masih
mempunyai anak yang kecil. Proses
mengawan berlaku sepanjang tahun dan

menghasilkan dua atau tiga ekor anak. Kini
harimau Malaya kian pupus akibat pemburuan
tidak terkawal.

BURUNG BOTAK UPEH

Mungkin segelintir pencinta burung telah
menyedari bahawa burung botak upeh yang
dianggap unik ini sebenarnya sedang diancam
kepupusan.
Burung ini sering ditemui di Kuala Gula,
Daerah Kerian Perak dan menjadikan
kawasan tersebut sebagai habitatnya dan
dengan ancaman yang dihadapi, ia bagaikan
satu mimpi mengerikan bagi spesies tersebut.
Sejak tahun 1980an lagi, burung tersebut
telah dipantau perkembangannya namun,
tinjauan yang dilakukan mendapati
bilangannya semakin menurun.

Orang utan
Orang Utan ialah dua spesis Hominidae yang
tinggal di Asia Tenggara terutamanya di Pulau
Sumatera dan Borneo.
Orang Utan adalah antara haiwan yang paling bijak
di dunia, mereka dapat menggunakan pelbagai
alat yang kompleks dan membina sarang dengan
menggunakan kayu dan daun.
Mereka dapat memahami bahasa-bahasa manusia
dan juga dapat menggunakan bahasa isyarat
walaupun mereka tidak boleh bercakap. Spesies
Orang Utan dikategorikan sebagai “terancam”
kerana kemusnahan habitat. Terdapat beberapa
organisasi yang ingin menyelamatkan haiwan ini
seperti Pusat Pemuliharaan Orang Utan Sepilok.

KANCIL
Kancil merupakan haiwan bijak yang selalu
muncul dalam kisah-kisah penglipurlara rakyat
Malaysia. Dengan saiznya yang sangat kecil,
haiwan ini hanya memakan buah dan juga daun-
daun dan boleh ditemui di Malaysia (Borneo) dan
Indonesia.

Ungka Tangan Putih terancam kerana diburu
untuk dagingnya dan ada juga ungka dewasa
dibunuh untuk menangkap anak-anaknya bagi
dijadikan binatang kesayangan.
Walau bagaimanapun, kehilangan habitat
merupakan bahaya yang terbesar. Hutan Asia
Tenggara telah dimusnahkan untuk dijadikan
ladang dan penempatan manusia.

PENYU
Selain hidupan di darat, hidupan di laut juga
antara spesies reptilia yang dipercayai turut
terancam akibat perbuatan rakus manusia.
Pelbagai ancaman yang boleh menimpa seekor
penyu. Selain terkena kipas bot, tersangkut pada
pukat nelayan, termakan plastik juga antara
punca utama haiwan itu tidak hidup lama.
Selain itu, aktiviti penjualan telur penyu secara
haram juga turut menjadi punca spesies reptilia
tersebut pupus.

KAMBING GURUN
Kambing gurun yang hidup dan berkeliaran di
kawasan bukit berbatu selain dijadikan
makanan, turut diburu untuk menghasilkan
minyak yang kononnya untuk tujuan perubatan
padahal ia hanya suatu mitos yang tidak dapat
dibuktikan secara saintifik.

TAPIR MALAYAN
Tapir Malayan ini merupakan spesies tapir, cipan,
tenuk, badak tampung yang paling besar
berbanding tiga lagi spesies yang ada di dunia.
Uniknya tapir ini kerana warnanya putih dan
hitam memudahkannya untuk menyamar.
Oleh kerana kulitnya yang tebal dan kebolehan
berlari dengan pantas, maka tapir ini jarang
ditangkap oleh pemangsa lain, kecuali manusia!

GAJAH PYGMY
Gajah pygmy Borneo juga dikenali dengan panggilan
gajah kerdil Borneo atau nama saintifiknya Elephas
maximus borneensis.
Ia merupakan sub spesies terkecil di dunia dan
boleh ditemui di timur Sabah dan utara Kalimantan.
Lebih kecil berbanding gajah Asia yang lain, pygmy
Borneo mempunyai ekor yang lebih panjang yang
hampir mencecah ke tanah, selain gading yang lebih
tegak.



Bunga Pakma atau Rafflesia merupakan s sejenis
tumbuhan berbunga dengan bunga yang besar,
dan bunga Pakma spesies Rafflesia arnoldii
merupakan yang terbesar di dunia dengan saiz 91
cm (3 kaki) diameter, 1.9 cm (3/4 inci) tebal dengan
berat 7 kilogram (15 lbs). Bunga Pakma yang
pertama telah direkodkan oleh Sir Stamford
Raffles dan Dr Joseph Arnold pada tahun 1816.
Bunga Pakma spesies itu diberi nama Rafflesia
arnoldii sempena nama mereka. Bunga Pakma itu
dijumpai di bandar Bengkulu (Bencoolen) di
Sumatera. Bunga Pakma adalah bunga rasmi
negara Indonesia dan juga negeri Sabah di
Malaysia.

Middlemist Merah (Middlemist kamelia)

Tanaman ini pada awalnya dibawa ke Inggeris dari
China oleh John Middlemist pada tahun 1804.
Bunganya berwarna merah muda cerah dan
terlihat hampir menyerupai bunga mawar.

BUNGA ANGGERIK HANTU
Bunga Anggrek Hantu merupakan tanaman yang
telah pupus selama hampir 20 tahun, tetapi baru-
baru ini telah jumpai semula. Tanaman ini sangat
jarang dilihat kerana sukar untuk berkembang
biak. Kerana tidak memiliki daun untuk proses
fotosintesis bagi penghasilan makanan sendiri.
Tanaman ini memerlukan kulat tertentu untuk
sumber pemakanan.


Click to View FlipBook Version