TOKOH SUKAN
IDOLA SAYA
Muhammad Adam Mukhriz
Bin Mohamad Shahrir
6 Aspirasi
PENGHARGAAN
Syukur alhamdulillah kerana dengan izin Allah swt, saya Muhammad Adam
Mukhriz bin Mohamad Shahrir dari kelas 6 Aspirasi bersyukur kerana telah
diberi kesempatan untuk menyiapkan tugasan yang diberikan.
Di sini, saya ingin merakamkan penghargaan kepada kedua-dua ibu bapa
saya yang sentiasa menyokong dan mendorong saya untuk menyiapkan
tugasan ini.
Seterusnya kepada cikgu Sejarah saya, Cikgu Nor Hanani Bt Saaid kerana
telah memberikan tunjuk ajar, bimbingan serta dorongan yang tidak putus-
putus untuk saya menyiapkan tugasan ini.
Sesungguhnya, pengalaman ini sangat bernilai dan berharga untuk saya.
Sekian, terima kasih.
BIODATA
• Nama: Muhammad Adam Mukhriz bin Mohamad Shahrir
• Umur: 12 tahun
• Tarikh lahir: 17 Februari 2009
• Tempat lahir: Hospital Langkawi
• Kelas: 6 Aspirasi
• Sekolah: Sekolah Kebangsaan Langkawi
• Hobi: Membaca Komik
• Cita-cita: Jurutera
PENGENALAN
• Tokoh sukan idola saya ialah Datuk Lee Chong Wei.
• Lee Chong Wei lahir pada 21 Oktober 1982 ialah seorang
pemain badminton profesional Malaysia. Lee merangkul pingat perak di
temasya Sukan Olimpik 2008 dan 2012 dan 2016, maka menjadi rakyat
Malaysia pertama yang layak ke pusingan akhir acara perseorangan lelaki,
sekaligus menamatkan kemarau pingat Olimpik Malaysia sejak
tahun 1996. Pencapaian ini mengurniakan gelaran Datuk kepadanya, serta
sanjungan oleh Perdana Menteri Malaysia yang keenam Datuk Seri Najib
Tun Razak sebagai wira kebangsaan.
PENDIDIKAN AWAL
• Datuk Lee Chong wei dilahirkan pada 21 Oktober 1982 di Bagan
Serai, Perak dan merupakan anak kepada pasangan Lee Ah Chai dan Khor
Kim Choi. Pada zaman kanak-kanaknya, ketika bersekolah di SRJK (C) Jit
Sin (B), Berapit, datuk lee chong wei gemar bola keranjang, namun ibunya
melarangnya daripada menceburi sukan itu gara-gara bahang yang
melayur di luar gelanggang bola keranjang, sejak itu, beliau mula
mempelajari badminton ketika berusia 11 tahun, apabila bapanya yang
gemar bermain sukan ini membawanya ke gelanggang badminton. Setelah
menarik perhatian seorang jurulatih tempatan, jurulatih itu meminta izin
bapanya untuk menjadikan datuk lee chong wei sebagai anak didiknya.
Setelah mendapat restu bapanya, maka jurulatih itu mula melatih Lee
chong wei selepas waktu sekolah. Setelah bakatnya dikesan oleh Misbun
Sidek, barulah beliau menyertai pasukan kebangsaan pada usia 17 tahun.
Kerjaya
• Chong Wei menghampiri gelaran juara pertamanya dalam sesebuah kejohanan utama pada tahun
2003, apabila beliau layak ke pusingan akhir sulungnya di Terbuka Malaysia 2003, sebelum tumpas di
tangan Chen Hong dari China.
• Pada tahun 2004, Datuk Lee Chong Wei berjaya memburu dua kejuaraan terawalnya di Terbuka
Malaysia dan Terbuka China Taipei. Datuk Lee Chong Wei menyertai pasukan kebangsaan ke Sukan
Olimpik 2004 di Athens. Dalam sukan Olimpik pertamanya,beliau mengetepikan Ng Wei dari Hong
Kong di pusingan pertama sebelum ditumpaskan lagi oleh Chen Hong di pusingan kedua. Apapun,
datuk Lee chong wei masih terdaya merangkul dua lagi kejuaraan pada tahun 2005, iaitu di Terbuka
Malaysia dan Terbuka Denmark, di samping menggondol pingat gangsa dalam aksi Kejohanan
Dunia pertamanya setelah kalah di pusingan separuh akhir kepada Taufik Hidayat yang kemudian
menjuarai kejohanan tersebut.
• Lee kemudian merangkul tiga kejuaraan dari enam pusingan akhirnya pada tahun 2006. Beliau
menjuarai Terbuk Switzerland, Kejohanan Badminton Asia dan (untuk kali ketiga) Terbuka Malaysia, di
samping juga mencapai peringkat akhir Terbuka Cina Taipei, Terbuka Makau dan Terbuka Hong Kong.
Lee membantu skuad Malaysia menggondol dua butir pingat emas di acara badminton perseorangan
lelaki dan pasukan campuran di temasya Sukan Komanwel 2006 di Melbourne pada bulan Mac. Lee
mencapai kedudukan teratas sebanyak dua kali di ranking dunia Persekutuan Badminton Dunia pada
tahun 2006, lalu menyertai Kejohanan Dunia sebagai pemain pilihan pertama, tetapi dikejutkan
oleh Bao Chunlai dari China di pusingan suku akhir dalam perlawanan yang dicemari oleh dua
panggilan talian berkontroversi yang tidak menyebelahi Lee.[23]
KEHIDUPAN PERIBADI
• Beliau mengakhiri zaman bujangnya dengan rakan sepasukannya, Wong
Mew Choo, yang merupakan pemain badminton perseorangan wanita pada 9
November 2012 dan dikurniakan 2 orang cahaya mata iaitu Kingston dan
terrance.
ANUGERAH
Tarikh Anugerah Catatan
5 April 2006 Cekal dan fokus kepada
Olahragawan Negara 2005[225] permainan
29 April 2006 Prestasi di Kejohanan Dunia IBF
Olahragawan Pulau Pinang 2005 dan Kejohanan Badminton
18 November 2008 2005[226] Terbuka Seluruh England 2005.
12 Disember 2008 Olahragawan Pulau Pinang Satu-satunya pemain Malaysia
2008 2007[227] yang meraih pingat perak pada
23 Mac 2009 Sukan Olimpik Beijing 2008.
12 Jun 2009 Olympian Lelaki Malaysia
2008[228]
9 Ogos 2009
12 Disember 2011 Pemain Terbaik 2008[229]
19 Januari 2013 Olahragawan Negara 2008[230]
Pemenang anugerah Persatuan
Penulis-penulis Sukan Malaysia
(SAM)[231]
Olahragawan Pulau Pinang
2008[232]
Pemain Terbaik BWF[233]
Anugerah Ikon Paling Popular
di TV oleh RTM[234]
PENGHARGAAN TERTINGGI
• Datuk Lee Chong Wei juga telah dianugerahkan dengan beberapa
penghargaan tertinggi seperti:
.
- Ahli Mangku Negara (AMN) pada tahun 2006.
.
- Darjah Setia Pangkuan Negeri (DSPN) oleh Yang di-Pertua Negeri Pulau
Pinang, Tun Dato' Seri Utama Haji Abdul Rahman bin Haji Abbas pada 30
Ogos 2008.
.
- Darjah Bakti (DB) pada 2009 oleh Sultan Mizan Zainal Abidin kerana
pencapaiannya dalam Sukan Olimpik 2008.
.
- Darjah Cemerlang Seri Melaka (DCSM) yang membawa gelaran "Datuk
Wira" oleh Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Datuk Seri Utama Dr. Mohd
Khalil bin Yaakob pada 2016.
.
• Panglima Jasa Negara (PJN) yang membawa gelaran "Datuk" oleh
Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V pada September 2017.
KEJAYAAN
• Kejayaan Datuk Lee Chong Wei
.
Berikut adalah fakta menarik mengenai kejayaan yang pernah dikecapi
oleh Datuk Lee Chong Wei:
.
- Memenangi dua pingat emas pada Sukan Komanwel 2006 dan
dinobatkan sebagai pemain nombor satu dunia sebanyak dua kali pada
tahun yang sama.
.
- Memenangi lima pingat emas dalam Sukan Komanwel.
.
- Pemenang pingat perak Sukan Olimpik sebanyak tiga kali.
.
- Pemenang pingat perak Kejohanan Badminton Dunia sebanyak tiga kali.
.
- Menjadi pemain badminton nombor satu dunia selama 348 minggu.
• Memenangi 69 kejohanan antarabangsa.
Memenangi Kejuaraan All England sebanyak empat kali.
.
- Dinobatkan sebagai Pemain Terbaik Lelaki oleh Badminton World
Federation (BWF) sebanyak lima kali.
.
- Memenangi Anugerah Olahragawan Negara sebanyak empat kali.
.
- Olahragawan paling berjaya di Malaysia.
.
PERSARAAN
• Pada 13 Jun 2019, Lee mengumumkan persaraannya daripada
badminton profesional selepas 19 tahun berkhidmat dalam pasukan
badminton kebangsaan Malaysia dalam sidang akhbar di
Kompleks Kementerian Belia dan Sukan di Putrajaya. Beliau diiringi
oleh Menteri Belia dan Sukan Malaysia, Syed Saddiq Syed Abdul
Rahman, yang mewakili Lee sebagai wira negara,
timbalannya, Steven Sim, dan presiden BAM Mohamad Norza
Zakaria. Beliau menambah bahawa pelan awalnya adalah untuk
bersara selepas Sukan Olimpik Musim Panas 2020 tetapi doktor
menasihatkannya agat tidak meletakkan badannya di bawah
tekanan atau tekanan yang amat sukar untuk meneruskan latihan.
•Sekian, Terima
Kasih