The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-36076268, 2021-06-08 11:41:09

SAINS TAHUN 6 : HAIWAN DAN TUMBUHAN TERANCAM

HAIWAN DAN TUMBUHAN TERANCAM
SAINS TAHUN 6

HAIWAN
DAN

TUMBUHAN
TERANCAM

MUHAMMAD ADAM MUKHRIZ
BIN MOHAMAD SHAHRIR
6 ASPIRASI



HAIWAN TERANCAM

• Seketika dahulu kita dikejutkan dengan kematian tiga badak sumbu
Sumatera terakhir di Malaysia - Puntung, Tam dan Iman.

• Ia satu kehilangan besar buat khazanah negara. Namun, semua ini
tinggal kenangan. Tanpa kita sedar, tangan-tangan manusia yang rakus
ini menjadi punca utama kepupusan haiwan terbabit.

• Selain spesies haiwan tergolong dalam kategori terancam di Malaysia
menurut rekod Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara
(Perhilitan), hidupan lain termasuk hidupan akuatik dan tumbuhan
juga menjadi tanggungjawab kita untuk memeliharanya.

• Janganlah kita pula yang dipersalahkan oleh generasi akan datang
ekoran tidak lagi boleh melihat satu per satu spesies hidupan flora
dan fauna berikut yang mungkin akan menerima nasib yang sama
seperti Puntung, Tam dan Iman.

HAIWAN

SELADANG

1. Seladang Sekitar 10 atau 20 tahun lalu, pelancong yang
Iklabnerkunjung ke Malaysia mudah bertemu
seladang. Namun kini, seladang semakin pupus,
Sekitar 10 atau 20 tahun lalu, pelagnacroan-ggayarangpbeemrkbuunrjuuanng ktiedak terkawal, hanya
Malaysia mudah bertemu seladansge.bNilaamnguannkiknei,csielldaditaenmgpatkan di hutan simpan
semakin pupus, gara-gara pembuarutaaun tziodoakutnetrukakwtaalt,ahpaannyaumum sekali gus
sebilangan kecil ditempatkan di hduitaanngsgimappaannatatarua zhoaoiwunatnukwarisan negara.
tatapan umum sekali gus dianggap antara haiwan warisan

negara.

HARIMAU

Harimau Malaya (Panthera tigris jacksoni)
merupakan salah satu subspesies harimau
belang yang masih wujud di dunia dan hanya
terdapat di Semenanjung Malaysia.
Spesies karnivor ini hidup bersendirian
kecuali ketika hendak mengawan atau masih
mempunyai anak yang kecil. Proses
mengawan berlaku sepanjang tahun dan
menghasilkan dua atau tiga ekor anak. Kini
harimau Malaya kian pupus akibat pemburuan
tidak terkawal.

BURUNG BOTAK UPEH

Mungkin segelintir pencinta burung telah
menyedari bahawa burung botak upeh yang
dianggap unik ini sebenarnya sedang diancam
kepupusan.
Burung ini sering ditemui di Kuala Gula,
Daerah Kerian Perak dan menjadikan
kawasan tersebut sebagai habitatnya dan
dengan ancaman yang dihadapi, ia bagaikan
satu mimpi mengerikan bagi spesies tersebut.
Sejak tahun 1980an lagi, burung tersebut
telah dipantau perkembangannya namun,
tinjauan yang dilakukan mendapati
bilangannya semakin menurun.

Orang utan
Orang Utan ialah dua spesis Hominidae yang
tinggal di Asia Tenggara terutamanya di Pulau
Sumatera dan Borneo.
Orang Utan adalah antara haiwan yang paling bijak
di dunia, mereka dapat menggunakan pelbagai
alat yang kompleks dan membina sarang dengan
menggunakan kayu dan daun.
Mereka dapat memahami bahasa-bahasa manusia
dan juga dapat menggunakan bahasa isyarat
walaupun mereka tidak boleh bercakap. Spesies
Orang Utan dikategorikan sebagai “terancam”
kerana kemusnahan habitat. Terdapat beberapa
organisasi yang ingin menyelamatkan haiwan ini
seperti Pusat Pemuliharaan Orang Utan Sepilok.

KANCIL
Kancil merupakan haiwan bijak yang selalu
muncul dalam kisah-kisah penglipurlara rakyat
Malaysia. Dengan saiznya yang sangat kecil,
haiwan ini hanya memakan buah dan juga daun-
daun dan boleh ditemui di Malaysia (Borneo) dan
Indonesia.

UNGKA TANGAN PUTIH
Ungka Tangan Putih terancam kerana diburu
untuk dagingnya dan ada juga ungka dewasa
dibunuh untuk menangkap anak-anaknya bagi
dijadikan binatang kesayangan.
Walau bagaimanapun, kehilangan habitat
merupakan bahaya yang terbesar. Hutan Asia
Tenggara telah dimusnahkan untuk dijadikan
ladang dan penempatan manusia.

PENYU
Selain hidupan di darat, hidupan di laut juga
antara spesies reptilia yang dipercayai turut
terancam akibat perbuatan rakus manusia.
Pelbagai ancaman yang boleh menimpa seekor
penyu. Selain terkena kipas bot, tersangkut pada
pukat nelayan, termakan plastik juga antara
punca utama haiwan itu tidak hidup lama.
Selain itu, aktiviti penjualan telur penyu secara
haram juga turut menjadi punca spesies reptilia
tersebut pupus.

KAMBING GURUN
Kambing gurun yang hidup dan berkeliaran di
kawasan bukit berbatu selain dijadikan
makanan, turut diburu untuk menghasilkan
minyak yang kononnya untuk tujuan perubatan
padahal ia hanya suatu mitos yang tidak dapat
dibuktikan secara saintifik.

TAPIR MALAYAN
Tapir Malayan ini merupakan spesies tapir, cipan,
tenuk, badak tampung yang paling besar
berbanding tiga lagi spesies yang ada di dunia.
Uniknya tapir ini kerana warnanya putih dan
hitam memudahkannya untuk menyamar.
Oleh kerana kulitnya yang tebal dan kebolehan
berlari dengan pantas, maka tapir ini jarang
ditangkap oleh pemangsa lain, kecuali manusia!

GAJAH PYGMY
Gajah pygmy Borneo juga dikenali dengan panggilan
gajah kerdil Borneo atau nama saintifiknya Elephas
maximus borneensis.
Ia merupakan sub spesies terkecil di dunia dan
boleh ditemui di timur Sabah dan utara Kalimantan.
Lebih kecil berbanding gajah Asia yang lain, pygmy
Borneo mempunyai ekor yang lebih panjang yang
hampir mencecah ke tanah, selain gading yang lebih
tegak.



RAFFLESIA
Bunga Pakma atau Rafflesia merupakan s sejenis
tumbuhan berbunga dengan bunga yang besar, dan
bunga Pakma spesies Rafflesia arnoldii merupakan
yang terbesar di dunia dengan saiz 91 cm (3 kaki)
diameter, 1.9 cm (3/4 inci) tebal dengan berat 7
kilogram (15 lbs). Bunga Pakma yang pertama telah
direkodkan oleh Sir Stamford Raffles dan Dr Joseph
Arnold pada tahun 1816. Bunga Pakma spesies itu
diberi nama Rafflesia arnoldii sempena nama
mereka. Bunga Pakma itu dijumpai di bandar
Bengkulu (Bencoolen) di Sumatera. Bunga Pakma
adalah bunga rasmi negara Indonesia dan juga negeri
Sabah di Malaysia.

Middlemist Merah (Middlemist kamelia)

Tanaman ini pada awalnya dibawa ke Inggeris dari
China oleh John Middlemist pada tahun 1804.
Bunganya berwarna merah muda cerah dan
terlihat hampir menyerupai bunga mawar.

BUNGA ANGGERIK HANTU
Bunga Anggrek Hantu merupakan tanaman yang
telah pupus selama hampir 20 tahun, tetapi baru-
baru ini telah jumpai semula. Tanaman ini sangat
jarang dilihat kerana sukar untuk berkembang
biak. Kerana tidak memiliki daun untuk proses
fotosintesis bagi penghasilan makanan sendiri.
Tanaman ini memerlukan kulat tertentu untuk
sumber pemakanan.

Spesis tumbuhan liar dari genus Nepenthes dalam
keluarga tumbuhan Nepenthaceae merupakan
tumbuhan karnivor yang terkenal dengan daun
berbentuk seakan-akan cangkir (pitcher) dan
kelihatan sungguh cantik. Keunikannya terletak
pada bekas atau pundi-pundi berbentuk seperti
karung yang tumbuh di hujung daun. Namun jangan
terpedaya kerana ia ibarat ‘perangkap indah’ yang
akan menjerat dan memakan serangga.
Tetapi, ramai yang tak tahu bahawa tumbuhan
jenis nepenthes macrophylla ini telah tersenarai
dalam IUCN sebagai spesis yang terancam. Pada
masa akan datang, planet kita diramalkan bakal
mengalami peningkatan suhu di antara 1 hingga 5
celcius (2 hingga 10 darjah Fahrenheit).
Banyak hidupan yang akan mengalami kesukaran
untuk ‘membiasakan’ dengan fenomena cuaca ini.
Tidak seperti haiwan yang mampu bergerak dan
berhijrah ke tempat yang lebih dingin, spesis periuk
kera ini tentunya akan kekal statik di ‘tempatnya’
dan menjadi mangsa pemanasan global.

PINE CHILE
Pine Chile berasal dari selatan Chile, barat
Argentina, dan tenggara Brazil. Ia disenaraikan
sebagai terancam pada tahun 2013 disebabkan
penduduk yang semakin berkurang. Pine Chile
adalah pokok kebangsaan Chile. Pokoknya malar
hijau dan tumbuh sehingga ketinggian 40 meter.
Konum lelaki dan wanita biasanya ditemui di pokok-
pokok berasingan. Daunnya sukar, tebal dan kasar.
Buahnya menanggung biji-bijian seperti kacang
yang tersebar oleh angin. Biji-bijian juga disebarkan
oleh haiwan, terutama manusia dan tikus. Pada
tahun 2002, Hutan Araucaria digunakan oleh api,
membakar beribu-ribu Pine Chilean. Penuaian benih
yang berlebihan juga mengurangkan
penyebarannya.

Koki’o (Kokai cookei)
Bunga yang mempunyai bahagian seakan akan
bunga raya ini ditemui pada tahun 1860 di kepulauan
Hawaii. di mana waktu itu hanya terdapat tiga
spesimen yang boleh ditemui. Pohon ini boleh
tumbuh sampai tinggi sekitar 10-11 meter.Yang
menarik tentang pohon ini adalah ratusan bunga
merah yang dihasilkan pada setiap tahun di pokok
yang telah matang.

FAKTOR ANCAMAN TERHADAP HAIWAN DAN TUMBUHAN

AKTIVITI MANUSIA PENCEMARAN

BENCANA ALAM

AKTIVITI MANUSIA

PEMBALAKAN HARAM

PEMBAKARAN HUTAN

AKTIVITI MANUSIA

PEMBURUAN HARAM

PEMBAKARAN HUTAN

PEMBURUAN HARAM

PEMBALAKAN HARAM

BENCANA ALAM

PENINGKATAN SUHU BENCANA BANJIR
ALAM

LETUSAN GUNUNG BERAPI

PENINGKATAN SUHU

LETUSAN GUNUNG BERAPI

BANJIR

PENCEMARAN

PENCEMARAN AIR PENCEMARAN PENCEMARAN HABA

PENCEMARAN RADIOAKTIF

PENCEMARAN AIR

PENCEMARAN RADIOAKTIF

PENCEMARAN HABA

SEKIAN
TERIMA KASIH


Click to View FlipBook Version