Latar Belakang Mulai sesi persekolahan 2023/2024, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memaklumkan minggu pertama sesi persekolahan pada minggu depan tidak melibatkan sebarang kelas akademik. Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, perkara itu telah dimaklumkan kepada semua sekolah menerusi arahan terbaharu bagi memberi ruang kepada pelajar dan guru untuk sesi suai kenal dan interaksi terlebih dahulu. KPM telah mengeluarkan arahan baharu kepada sekolah-sekolah bahawa minggu pertama tiada kelas akademik dan ia lebih kepada suai kenal dan sesi interaksi antara murid dan guru. “Kita juga ada menggunakan pendekatan ABC iaitu (anak baik dan cerdik), biar mereka baik dahulu baru cerdik. Kita faham komitmen ibu bapa yang akan mengambil cuti setiap kali buka sesi persekolahan baharu bagi melayan karenah anak-anak,” katanya dalam sesi temubual bersama sebuah radio yang dilaporkan oleh KOSMO. Sehubungan arahan itu, SMK Taman Tun Dr Ismail bermula sesi persekolahan 2023 telah melaksanakan Program Minggu Pertama Pembukaan Persekolahan tanpa melibatkan aktiviti akademik.
Kalendar Akademik
Pekeliling
Konsep Objektif Mewujudkan suasana ceria, selamat dan terancang Mewujudkan komunikasi berkesan melibatkan murid, guru, ibu bapa dan komuniti Memupuk sikap kerjasama dan persefahaman yang erat antara murid, guru, ibu bapa atau penjaga dan komuniti
Jawatankuasa Program PENGERUSI : Hajah Siti Nora binti Ali NAIB PENGERUSI 1: YM Tengku Hairah binti Tengku Abdul Hamid NAIB PENGERUSI 2 : Amirah Affaf binti Abd Salam NAIB PENGERUSI 3 : Y. Bhg Datin Suraya binti Zainal NAIB PENGERUSI 4 : Mazlina binti Abdul Rahaman PENYELARAS : Tay Mei Gyn PEN. PENYELARAS : Wan Hanisah binti Wan Hassan PEN. PENYELARAS : Azila binti Hamid PEN. PENYELARAS : Wan Roslizawati binti Wan Jaafar AHLI JAWATANKUASA: 1. JAWATANKUASA DOKUMENTASI Haryati binti Mohd Noh (Ketua) Nur Hanini binti Ibrahim 2. JAWATANKUASA ICT / FOTOGRAFI Sharulazman bin Mohamed Nasir (Ketua Penyediaan Kolaj) Muhammad Hasnan bin Pausi (Ketua Jurugambar) Mohd. Zul Adham bin Darmaji (Pen. Jurugambar) 3. JAWATANKUASA PELAKSANA PROGRAM 3.1 Semua Penyelaras Tingkatan 1 hingga 5 3.2 Semua Guru Kelas Tingkatan 1 hingga 5 3.3 Semua guru subjek untuk semua tingkatan 3.4 Semua guru Unit Bimbingan dan Kaunseling
Ucapan Selamat Datang
Laporan Hari Pertama Hari : Isnin Tarikh : 11 Mac 2024 Aktiviti : Perhimpunan rasmi dan Ihya Ramadan Ice breaking Program Orientasi Murid Tingkatan 1 (Rujuk Lampiran 1) Pengurusan Kelas Tujuan : Mengalu-alukan kehadiran murid, guru dan ibu bapa ke sekolah Suai kenal murid dan guru Komunikasi yang berkesan Memupuk semangat kerjasama dan toleransi Menggalakkan murid hadir ke sekolah Memberikan keseronokan bekerjasama Melatih kemahiran meyusun atur dan membantu guru dalam pengurusankelas
Laporan Hari Kedua Hari : Selasa Tarikh : 12 Mac 2024 Aktiviti : Perhimpunan pagi Program Orientasi Murid Tingkatan 1 (Rujuk Lampiran 1) Kelas Ceria, Suasana Harmonis Serlahkan Potensimu (Tema : Visual) Tujuan : Memberi makluman/taklimat pada murid tentang aktiviti sekolah Memupuk nilai cinta akan kelas dan sekolah Menggalakkan semangat bekerjasama Memupuk rasa sayang akan sekolah dan suka hadir ke sekolah Menjadikan kelas tempat yang selesa dan seronok untuk belajar Memupuk semangat kerjasama dan toleransi Mencungkil dan menyerlahkan bakat murid
Laporan Hari Ketiga Hari : Rabu Tarikh : 13 Mac 2023 Aktiviti : Perhimpunan rasmi Mesyuarat Agung Kelab dan Persatuan Program UBK Serlahkan Potensimu (Tema—Linguistik) Tujuan : Mengalu-alukan kehadiran murid, guru dan ibu bapa ke sekolah Suai kenal murid dan guru Komunikasi yang berkesan Memupuk semangat kerjasama dan toleransi Mendedahkan murid kepada kemahiran pengurusan sesuatu pertubuhan Menggalakkan murid hadir ke sekolah Memberikan keseronokan belajar Menyerlahkan bakat dan potensi murid
Laporan Hari Keempat Hari : Khamis Tarikh : 14 Mac 2023 Aktiviti : Perhimpunan rasmi Mesyuarat Agung Badan Beruniform Program UBK Serlahkan Potensimu (Tema—Indoor Games) Tujuan : Mengalu-alukan kehadiran murid, guru dan ibu bapa ke sekolah Suai kenal murid dan guru Komunikasi yang berkesan Memupuk semangat kerjasama dan toleransi Mendedahkan murid kepada kemahiran pengurusan sesuatu pertubuhan Menggalakkan murid hadir ke sekolah Memberikan keseronokan belajar Menyerlahkan bakat dan potensi murid
Laporan Hari Kelima Hari : Jumaat Tarikh : 15 Mac 2023 Aktiviti : Perhimpunan rasmi Bacaan Yassin dan Ramadhan Mubarak Mesyuarat Agung Sukan dan Permainan Tujuan : Mengalu-alukan kehadiran murid, guru dan ibu bapa ke sekolah Suai kenal murid dan guru Komunikasi yang berkesan Memupuk rasa cinta akan agama Memberikan keseronokan belajar Mencungkil minat murid terhadap sukan dan permainan Mendedahkan murid kepada Kemahiran pengurusan sesuatu pertubuhan
Kekuatan Terdapat beberapa kekuatan yang dikenalpasti dari program yang telah dijalankan : Penglibatan aktif murid terutama dalam program Serlahkan Potensimu Pengisian kreatif dan berkesan oleh murid di bawah bimbingan guru terutama Program Ihya Ramadhan yang dijalankan oleh Panitia Pendidikan Islam Kelemahan dan Cadangan Penambahbaikan Terdapat juga beberapa kelemahan yang boleh ditambahbaik : Terdapat beberapa program yang memerlukan ruangan yang lebih besar seperti Mesyuarat Agung Ko-kurikulum. Cadangan : Kenalpasti tempat yang lebih sesuai atau memecahkan pelajar kepada kumpulan yang lebih kecil. Guru Tingkatan tidak dapat menghias kelas dengan lebih menyeluruh. Cadangan : Senarai Guru Tingkatan dimaklumkan lebih awal sebelum sesi 2024/25 supaya lebih banyak persediaan dapat dilakukan sebelum minggu pertama persekolahan (seperti tempahan alas meja, langsir dan sebagainya)
Penutup dan Kesimpulan Program Minggu Pertama Pembukaan Persekolahan bagi sesi 2024/2025 yang telah dijalankan pada 11 Mac hingga 15 Mac 2024 di SMK Taman Tun Dr Ismail telah berjalan lancar dengan penglibatan dari seluruh warganya yang terdiri dari para pentadbir, guru-guru, staff sokongan, murid-murid malah ibu bapa tidak terkecuali memberi komitmen sepenuhnya dalam melancarkan urusan persekolahan anak masing-masing. Objektif program telah tercapai dimana kebanyakan pengurusan awal tahun melibatkan penempatan kelas, suasana bilik darjah, buku teks, disiplin dan ko-kurikulum telah dapat diselesaikan dan murid dapat menjalani pembelajaran dan pemudahcaraan dengan lebih lancar dan berkesan menjelang minggu kedua persekolahan. Dengan pengisian Program Minggu Pertama Pembukaan Persekolahan yang menarik ini diharapkan murid-murid akan lebih bermotivasi dan bersemangat untuk menempuh alam persekolahan bagi sesi 2024/2025 ini.
Lampiran Senarai Lampiran : i. Jadual Orientasi Murid Tingkatan 1 ii. Senarai Jawatankuasa dan Program Minggu Pertama Persekolahan 2024/2025 SMK Taman Tun Dr Ismail iii. Kertas Kerja Program Ihya’ Ramadhan Iv. Lampiran bergambar : Fotogrid
PK19 - LAMPIRAN 2 SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TAMAN TUN DR ISMAIL, 60000 KUALA LUMPUR KERTAS KERJA PROGRAM IHYA’ RAMADAN TARIKH: 11 MAC 2024 - 5 APRIL 2024 TEMPAT: SMK TAMAN TUN DR ISMAIL MASA: SEPANJANG BULAN RAMADAN 1445 H ANJURAN: PANITIA PENDIDIKAN ISLAM
PK19 - LAMPIRAN 2 1.0 PENDAHULUAN Ramadan bulan penuh rahmat dan keberkatan daripada Allah SWT. Bulan penuh kerahmatan ini menjadi salah satu titik permulaan bagi mereka yang ingin membina diri agar lebih dekat dengan Allah SWT. Sesungguhnya setiap detik sepanjang bulan ini tidak seharusnya dibiarkan berlalu begitu sahaja. Justeru, program ini telah dirancang untuk memaksimumkan aktiviti kerohanian warga SMK Taman Tun Dr. Ismail sepanjang Ramadan. Semoga semua program yang dirancang dapat mencapai objektif yang digariskan. Antara aktiviti dan program yang akan dijalankan oleh Panitia Pendidikan Islam SMK TTDI ialah: 1. Marhaban Ya Ramadan 2. Tabung Ramadan dan Infak Ramadan 3. 1 Hari 1 Hadis 4. Tadarus Ria 5. Ceramah Nuzul al-Quran 6. Majlis Khatam Al-Quran 7. Majlis Berbuka Puasa 8. Bingkisan Aidilfitri 2.0 MATLAMAT Matlamat program ini adalah untuk meningkatkan amalan dan ibadah dalam kalangan warga SMK TTDI di sepanjang bulan Ramadan. 3.0 TARIKH / MASA / TEMPAT TARIKH : 11 Mac 2024 hingga 5 April 2024 HARI : Setiap hari persekolahan sepanjang bulan Ramadan TEMPAT : Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Tun Dr. Ismail
PK19 - LAMPIRAN 2 4.0 SASARAN Semua murid dan warga SMK TTDI yang beragama Islam. 5.0 OBJEKTIF 1. Melahirkan murid-murid yang sentiasa menghidupkan bulan Ramadan dengan amalanamalan sunat supaya dapat meningkatkan keimanan dan ketakwaan kepada Allah. 2. Membentuk jati diri murid-murid yang berpaksikan kepada ajaran al-Quran dan as-Sunnah. 3. Membudayakan kehidupan yang Islamik supaya menjadi insan muslim yang mulia dan berjaya di dunia dan akhirat.. 4. Meningkatkan pencapaian akademik dan sahsiah diri terutamanya dalam mata pelajaran Pendidikan Islam. 6.0 KPI (Indikator Output dan Outcome) OUTPUT Murid dan warga sekolah mencapai peningkatan 100 peratus dan pengisian rohani sepanjang bulan Ramadan dapat dipenuhi. OUTCOME Murid, guru dan warga sekolah mengamalkan budaya Islam yang diterapkan dan diharap dapat menjadi insan yang mulia di dunia dan akhirat. 7.0 IMPLIKASI KEWANGAN BIL. PERKARA ANGGARAN PERBELANJAAN SUMBER 1. Marhaban Ya Ramadan Banner RM 50 Panitia Pendidikan Islam 2. Tabung Ramadan Tiada -
PK19 - LAMPIRAN 2 3. 1 Hari 1 Hadis Tiada - 4. Tadarus Ria Tiada - 5. Ceramah Nuzul al-Quran 1. Bayaran penceramah 2. Hadiah kuiz Rm 10 x 20 RM 200 RM 200 Jumlah :RM 400 Panitia Pendidikan Islam dan zakat 6. Majlis Khatam al-Quran 1. Saguhati murid RM 10 X 100 orang RM 1000 Sumbangan PIBG dan zakat 7. Majlis Berbuka Puasa 1. Jamuan makan murid RM 10 x 262 orang RM 2620 Panitia Pendidikan Islam, sumbangan PIBG dan zakat 8. Bingkisan Aidilfitri 1. RM 2 x 1122 orang RM 2244 Panitia Pendidikan Islam, sumbangan PIBG dan sumbangan luar 8.0 JAWATANKUASA PELAKSANA Pengerusi : Pn. Hajah Siti Nora binti Ali Naib Pengerusi : YM Tengku Hairah binti Tengku Abdul Hamid Pn Amirah Affaf binti Abd Salam Datin Suraya binti Zainal Pn. Mazlina binti Abdul Rahaman Penyelaras : Ustazah Rafidah binti Bejan Setiausaha : Ustazah Nurul Mahfuzah Binti Mohd Shafe’e
PK19 - LAMPIRAN 2 AJK Marhaban Ya Ramadan : Ustazah Nurul Mahfuzah Binti Mohd Shafe’e AJK 1 Hari 1 Hadis : Ustazah Nordayana Munirah binti Abd Manaf AJK Tabung Ramadan : Ustazah Maziatul Uzzma binti Ta’zim AJK Tadarus Ria : Ustaz Farid @ Selamat Bin Talibin AJK Ceramah Nuzul al-Quran : Ustazah Siti Nur Suhana binti Aziz AJK Majlis Khatam al-Quran : Ustaz Amiruddin bin Sharif AJK MajlisBerbuka Puasa : Ustazah Farisya Nadhira Binti Muhammad Amin AJK Bingkisan Aidilfitri : Ustazah Fatin Nurdiana binti Mahmud 9.0 STRATEGI PELAKSANAAN 9.1 JADUAL PELAKSANAAN PROGRAM Bil Aktiviti Pelaksanaan 1. 2. Marhaban Ya Ramadan Tarikh : 11 Mac 2024 Hari : Isnin Tindakan : Ustazah Nurul Mahfuzah Binti Mohd Shafe’e Tabung Ramadan Tindakan : Maziatul Uzzma binti Ta’zim - Ucapan Pengetua tentang menyambut dan menjalani ibadah puasa Ramadan dan pelancaran Tabung Ramadan 2024/1445 H. - Gimik dengan merentangkan banner “Marhaban Ya Ramadan” oleh Puan Pengetua. - Melancarkan tabung Ramadan kepada pihak pentadbir,guru-guru dan murid-murid. - Tabung akan diedarkan pada setiap pagi pada sepanjang bulan Ramadan. - Hasil tabungan akan disedekahkan kepada murid asnaf pada Majlis Khatam al-Quran. 3. 1 Hari 1 Hadis - Perkongsian poster hadis dikongsikan kepada semua warga SMK TTDI seperti guru, murid dan ibu bapa melalui Telegram warga sekolah.
PK19 - LAMPIRAN 2 Tarikh : Setiap hari sepanjang bulan Ramadan Tindakan : Ustazah Nordayana Munirah binti Abd Manaf - Guru matapelajaran Pendidikan Islam akan mengongsikan poster hadis kepada platform Whatsapp kelas masing-masing. 4. Tadarus Ria Tarikh : Sepanjang bulan Ramadan Tindakan : Ustaz Farid @ Selamat Bin Talibin - Dijalankan pada waktu rehat pertama (menengah rendah) iaitu pada pukul 9:30 pagi - 10:10 dan rehat kedua (menengah atas) iaitu pada pukul 10:10 pagi -10:50 pagi dan dipantau oleh guru Pendidikan Islam yang bertugas berdasarkan jadual yang disediakan. - Pembahagian juzuk: Tingkatan 1 - Juzuk 1-6 Tingkatan 2 - Juzuk 7-12 Tingkatan 3 - Juzuk 13-18 Tingkatan 4 - Juzuk19-24 Tingkatan 5 - Juzuk 25-30 - Menyediakan buku catatan kehadiran murid dan mengenal pasti murid kehadiran penuh untuk program khatam al-Quran. 5 Ceramah Nuzul al-Quran Tarikh : 28 Mac 2024 Hari : Khamis Tindakan : Ustazah Siti Nur Suhana binti Aziz - Ceramah Nuzul al-Quran akan dijalankan pada pukul 8 hingga 9 pagi selepas bacaan Yaasin oleh penceramah jemputan. 6 Majlis Khatam al-Quran Tarikh : 4 April 2024 Hari : Khamis Tindakan : Ust Amiruddin b. Sharif - Majlis Khatam al-Quran dimulakan pada pukul 5 petang sehingga waktu berbuka puasa. - Mendapatkan senarai nama murid yang berjaya menjalani tadarus ria secara konsisten untuk menyertai khatam al-Quran dan menerima
PK19 - LAMPIRAN 2 saguhati sewaktu majlis khatam al-Quran dilaksanakan. 7. Majlis Berbuka Puasa Tarikh : 4 April 2024 Hari : Khamis Tindakan : Ustazah Farisya Nadhira Binti Muhammad Amin - Majlis Berbuka Puasa diadakan setelah berakhirnya Majlis Khatam al-Quran. - Semua guru-guru SMK TTDI terlibat sewaktu Majlis Berbuka Puasa. - Majlis Berbuka Puasa diadakan dengan kerjasama KEWATIS. 8. Bingkisan Aidilfitri Tarikh : 5 April 2024 Hari : Jumaat Tindakan : Ustazah Fatin Nurdiana binti Mahmud - Diadakan pada waktu akhir persekolahan. - Murid-murid diberikan cenderahati sempena hari terakhir persekolahan sebelum menyambut Hari Raya Aidilfitri. 10.0 PENUTUP Diharapkan agar program ini dapat membentuk pelajar yang kamil dan syamil dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sahsiah (JERIS), mementingkan sifat-sifat mulia dan seterusnya menjana pelajar yang mempunyai jati diri dan berakhlak mahmudah serta mencintai Allah dan Rasul-Nya.
PK19 - LAMPIRAN 2 Disediakan oleh, Disemak oleh, (NURUL MAHFUZAH BINTI MOHD SHAFE’E) (TAY MEI GYN) Setiausaha Program Ihya’ Ramadan GKMP Kemanusiaan, SMK Taman Tun Dr. Ismail Tarikh : Ulasan :- *Diluluskan / Tidak Diluluskan ______________________ Hajah Siti Nora binti Ali Pengetua, Smk Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur. Tarikh :