The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Hazrat Ismail, 2020-09-02 18:21:22

SISIPAN GARIS PANDUAN

SISIPAN GARIS PANDUAN

SISIPAN
PELAKSANAAN

GARIS PANDUAN
PENGURUSAN

PEMBUKAAN SEMULA
MAKTAB RENDAH SAINS

MARA (MRSM)

KANDUNGAN 1
15
1. Kawasan Bangunan MRSM 23
2. Pengurusan Asrama 27
3. Pengurusan Kelas (PdP) 29
4. Pengurusan Makmal/ Bengkel 30
5. Pengurusan Makmal Komputer 34
6. Perkhidmatan Perpustakaan 38
7. Pengurusan Peperiksaan 39
8. Pengurusan Bilik Guru 40
9. Pengurusan Surau 44
10. Koperasi MRSM Berhad
11. Lampiran

KAWASAN BANGUNAN
MRSM

KAWASAN BANGUNAN MRSM

1.1 PROSEDUR SEBELUM MASUK KE MAKTAB

1.2 Sebelum memasuki maktab setiap orang dikehendaki memakai pelitup
muka (face mask).

1.3 Setiap orang dikehendaki mematuhi penjarakan sosial, mempraktikkan
tidak bersalaman dan kerap mencuci tangan sama ada menggunakan air
dan sabun atau pensanitasi tangan (hand sanitizer).

1.4 Setiap orang dikehendaki melakukan saringan suhu badan, merekodkan
kehadiran dan mengisytiharkan tahap kesihatan.

2.1 PROSEDUR SEMASA MASUK KE MAKTAB

Setiap warga MRSM dan pelawat perlu mematuhi prosedur berikut:

2.2 Memastikan penjarakan sosial [jarak hendaklah melebihi satu (1) meter]
di antara pelawat dan petugas keselamatan semasa berurusan di pondok
pengawal.

2.3 Memastikan pelawat beratur dalam barisan dengan penjarakan sosial
sekurang-kurangnya satu (1) meter di antara satu sama lain semasa
berurusan di pondok pengawal.

2.4 Memastikan setiap pelajar, ibu bapa, staf dan guru MRSM, staf
perkhidmatan swasta, staf koperasi, pembekal, kontraktor dan pelawat
sentiasa memakai pelitup muka apabila memasuki dan berada di kawasan
maktab.

2.5 Melaksanakan saringan suhu badan kepada setiap individu yang masuk ke
maktab dengan menggunakan alat pengimbas suhu badan, seterusnya
mengisytiharkan status bacaan suhu di borang deklarasi seperti di
Lampiran 1 dan rekod deklarasi kesihatan tersebut perlu disimpan bagi
tempoh tiga (3) bulan.

2.6 Merekod dan melaporkan kepada Pengurusan Maktab/ pejabat jika terdapat
staf dan guru MRSM, staf perkhidmatan swasta, staf koperasi dan pelawat
yang mempunyai suhu badan 37.5°C atau lebih dan seterusnya tidak
dibenarkan masuk ke maktab.

2.7 Guru dan staf diminta melakukan saringan kesihatan dengan klinik/ hospital
kerajaan terlebih dahulu hendaklah menghantar dokumen bukti
pemeriksaan klinik/ hospital kepada Pengurusan Maktab.

1

3.1 SARINGAN SUHU BADAN

3.2 Pengawal keselamatan bertanggungjawab melaksanakan saringan suhu
badan kepada setiap individu yang hendak masuk atau melaksanakan
tugas di MRSM.

3.3 Guru asrama bertanggungjawab membuat saringan suhu badan setiap hari
kepada setiap pelajar.

3.4 Pegawai bertanggungjawab hendaklah melaksanakan saringan suhu
badan setiap hari kepada guru dan staf yang tinggal di dalam kawasan
maktab semasa melapor diri di Pejabat Pentadbiran.

3.5 Saringan suhu badan mestilah menggunakan alat pengimbas suhu
mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan. Alat pengimbas suhu perlu
dilakukan kaliberasi untuk mengelakkan bacaan suhu badan yang tidak
tepat.

3.6 Sekiranya suhu badan mencecah 37.5°C atau lebih, sama ada mempunyai
gejala yang berkaitan atau tidak, individu tersebut tidak dibenarkan masuk
ke kawasan maktab.

3.7 Jika terdapat staf dan guru MRSM, staf perkhidmatan swasta dan staf
koperasi yang mempunyai suhu badan 37.5°C atau lebih, pegawai yang
melaksanakan saringan suhu badan hendaklah merekod dan melaporkan
kepada Pengurusan Maktab/ Pejabat. Seterusnya pegawai berkenaan
diminta untuk mendapatkan rawatan lanjut di klinik/ hospital.

3.8 Pegawai hendaklah melaporkan segera kepada Pengawal Pusat dan tidak
boleh menyembunyikan maklumat diri dan berkaitan keluarga seperti
diarahkan menjalankan saringan/ dalam pemerhatian (PUI) Kementerian
Kesihatan Malaysia (KKM) atau sedang dalam tempoh perintah kuarantin
di rumah.

3.9 Pelajar yang mempunyai suhu badan 37.5°C atau lebih untuk tiga kali
bacaan, mereka diminta ke bilik kuarantin untuk tindakan selanjutnya.

4.1 PROSEDUR INFRASTRUKTUR

4.2 Pondok Pengawal dan Pengawal Keselamatan

4.2.1 Memastikan pengawal keselamatan membuat saringan suhu badan,
merekodkan suhu badan, memakai pelitup muka (face mask) dan
pelindung muka (face shield) semasa berurusan dengan orang
ramai. Memastikan pelitup muka (face mask) dan pelindung muka
(face shield) ini TIDAK digunakan secara guna sama/ kongsi.

4.2.2 Pengawal keselamatan digalakkan untuk kerap membasuh tangan
dengan sabun dan air bersih atau menggunakan pensanitasi tangan.

4.2.3 Memastikan kebersihan pondok pengawal dengan menjalankan
proses pembasmian kuman sekurang-kurangnya 3 kali sehari.

4.2.4 Mengamalkan penjarakan sosial dengan jarak minimum 1 meter di
pondok pengawal.

2

4.2.5 Menandakan jarak minimum 1 meter di kaunter dan tempat pelawat
mendaftar.

4.3 Pejabat Pentadbiran

4.3.1 Memastikan kebersihan pejabat dengan menjalankan proses
pembasmian kuman sekurang-kurangnya 3 kali sehari.

4.3.2 Menandakan jarak minimum 1 meter di kaunter dan di kerusi
pelawat.

4.3.3 Mengehadkan bilangan individu yang berurusan di dalam pejabat
pada satu-satu masa.

4.3.4 Menggalakkan staf pentadbiran untuk kerap membasuh tangan
dengan sabun dan air bersih atau menggunakan pensanitasi tangan.

4.3.5 Memastikan pemakaian pelitup muka semasa bertugas.
4.3.6 Mengelakkan perkongsian barangan dan makanan dalam kalangan

rakan sekerja dan memastikan penggunaan pantri dengan
penjarakan sosial 1 meter dalam satu-satu masa.
4.3.7 Menggalakkan penggunaan bayaran secara elektronik sekiranya
terdapat kemudahan di premis.
4.3.8 Memastikan pengudaraan di dalam pejabat pentadbiran berfungsi
dengan baik.
4.3.9 Memastikan semua pralatan di dalam pejabat pentadbiran selamat
untuk digunakan.

4.4 Bilik Mesyuarat

4.4.1 Memastikan kebersihan bilik mesyuarat dengan menjalankan proses
pembasmian kuman sebelum dan selepas setiap kali mesyuarat
diadakan.

4.4.2 Menandakan jarak minimum 1 meter di kerusi dan meja bilik
mesyuarat.

4.4.3 Mengehadkan bilangan ahli mesyuarat mengikut bilangan minimum
yang diperlukan.

4.4.4 Ahli mesyuarat perlu memakai pelitup muka serta mencuci tangan
dengan sabun dan air bersih atau menggunakan pensanitasi tangan
yang disediakan.

4.4.5 Memastikan pengudaraan di bilik mesyuarat berfungsi dengan baik.
4.4.6 Memastikan semua peralatan di dalam bilik mesyuarat selamat

untuk digunakan.

4.5 Bilik Guru

4.5.1 Memastikan kebersihan bilik guru dengan menjalankan proses
pembasmian kuman sekurang-kurangnya 3 kali sehari.

4.5.2 Sentiasa mengamalkan penjarakan sosial.
4.5.3 Mengehadkan bilangan pelajar yang berurusan di dalam pejabat bilik

guru pada satu-satu masa.

3

4.5.4 Guru-guru digalakkan untuk kerap membasuh tangan dengan sabun
dan air bersih atau menggunakan pensanitasi tangan.

4.5.5 Memastikan pemakaian pelitup muka semasa bertugas.
4.5.6 Mengelakkan perkongsian barangan dan makanan dalam kalangan

rakan sekerja dan memastikan penggunaan pantri dengan bilangan
maksimum 2 orang sahaja dalam satu-satu masa.
4.5.7 Memastikan pengudaraan di bilik guru berfungsi dengan baik.
4.5.8 Memastikan semua peralatan di dalam bilik guru selamat untuk
digunakan.

4.6 Dewan Besar

4.6.1 Penggunaan dewan besar mesti mendapat kelulusan Pengawal
Pusat.

4.6.2 Penggunaan dewan besar hanya untuk peperiksaan sahaja
mengikut SOP peperiksaan yang ditetapkan.

4.6.3 Memastikan kebersihan dewan besar dengan menjalankan proses
pembasmian kuman sebelum atau selepas digunakan.

4.6.4 Memastikan pengudaraan di dewan besar berfungsi dengan baik.
4.6.5 Memastikan semua peralatan di dalam dewan besar selamat untuk

digunakan.

4.7 Kelas

4.7.1 Pelajar perlu membersihkan kelas sekurang-kurangnya sekali
sehari.

4.7.2 Mengamalkan penjarakan sosial dengan memastikan kedudukan
pelajar dengan jarak 1 meter semasa berada di kelas dan
mengehadkan bilangan pelajar sebanyak 50% bilangan orang
pelajar setiap kelas (12 – 16 orang pelajar).

4.7.3 Memastikan meja pelajar disusun dalam jarak 1 meter antara satu
sama lain.

4.7.4 Pelajar dan guru perlu memakai pelitup muka serta kerap mencuci
tangan dengan sabun dan air bersih atau menggunakan pensanitasi
tangan yang disediakan.

4.7.5 Pelajar tidak dibenarkan berkongsi barangan peribadi dengan orang
lain.

4.7.6 Memastikan pengudaraan di kelas berfungsi dengan baik.
4.7.7 Memastikan semua peralatan di dalam kelas selamat untuk

digunakan.

4.8 Makmal/ Bengkel/ Bilik Aktiviti Pelajar

4.8.1 Memastikan kebersihan makmal/ bengkel/ bilik aktiviti pelajar
dengan menjalankan proses pembasmian kuman sebelum dan
selepas setiap kali aktiviti dilaksanakan.

4

4.8.2 Menandakan jarak minimum 1 meter di kerusi dan meja makmal/
bengkel/ bilik aktiviti pelajar.

4.8.3 Mengehadkan bilangan pelajar mengikut bilangan maksimum yang
ditetapkan.

4.8.4 Pelajar, guru dan pembantu makmal/ bengkel perlu memakai pelitup
muka serta kerap mencuci tangan dengan sabun dan air atau
menggunakan pensanitasi tangan yang disediakan.

4.8.5 Memastikan pengudaraan di makmal/ bengkel/ bilik aktiviti pelajar
berfungsi dengan baik.

4.8.6 Memastikan semua peralatan di makmal/ bengkel/ bilik aktiviti
pelajar selamat digunakan.

4.9 Surau

4.9.1 Pelaksanaan solat secara berjemaah adalah tertakluk kepada
peraturan Jabatan Agama Islam setiap negeri.

4.9.2 Memastikan kebersihan surau dengan menjalankan proses
pembasmian kuman setiap kali sesi solat jemaah dilaksanakan.

4.9.3 Menandakan jarak minimum 1 meter di saf-saf makmum depan dan
belakang secara berselang-seli.

4.9.4 Mengamalkan penjarakan sosial dengan memastikan kedudukan
pelajar melaksanakan solat pada jarak 1 meter serta membawa
sejadah dan telekong sendiri.

4.9.5 Penggunaan pensanitasi tangan sebelum dan selepas mengambil
wuduk.

4.9.6 Pelajar tidak dibenarkan berkongsi barangan peribadi dengan orang
lain.

4.9.7 Memastikan pengudaraan di surau berfungsi dengan baik.
4.9.8 Memastikan semua peralatan di surau selamat untuk digunakan.

4.10 Asrama

4.10.1 Memastikan kebersihan asrama dengan menjalankan proses
pembasmian kuman sekurang-kurangnya sekali sehari dan
menyediakan jadual sanitasi.

4.10.2 Mengamalkan penjarakan sosial dengan jarak minimum 1 meter
semasa berada di asrama.

4.10.3 Memastikan susunan katil pelajar berada pada jarak 1 meter antara
satu dengan yang lain.

4.10.4 Mengelakkan perkongsian barangan peribadi dan makanan dalam
kalangan para pelajar.

4.10.5 Memastikan pengudaraan di asrama berfungsi dengan baik.
4.10.6 Memastikan semua peralatan di asrama selamat untuk digunakan.

5

4.11 Dewan Makan

4.11.1 Memastikan pelajar memakai pelitup muka semasa mengambil
makanan dan selepas makan.

4.11.2 Menyediakan sabun di sinki untuk kegunaan pelajar sebelum dan
selepas makan.

4.11.3 Menyediakan pensanitasi tangan kepada sesiapa yang memasuki
dewan makan.

4.11.4 Membersihkan permukaan meja, kerusi, tempat hidangan dengan
sabun/ bahan sanitasi setiap kali aktiviti penyediaan dan pengedaran
makanan.

4.11.5 Mengamalkan penjarakan sosial dengan memastikan pelajar
berbaris dengan jarak 1 meter semasa beratur di dewan makan dan
memastikan susunan kerusi dengan jarak 1 meter.

4.11.6 Makanan disediakan secara bungkus.
4.11.7 Mengelakkan perkongsian makanan dan barangan peribadi dalam

kalangan para pelajar.
4.11.8 Memastikan pengudaraan di dewan makan berfungsi dengan baik.
4.11.9 Memastikan semua peralatan di dewan makan selamat untuk

digunakan.

4.12 Bilik Sakit/ Bilik Kuarantin

4.12.1 Memastikan susunan katil pada jarak 1 meter antara satu dengan
yang lain.

4.12.2 Menyediakan pensanitasi tangan dan sabun di bilik sakit/ bilik
kuarantin.

4.12.3 Memastikan kebersihan bilik sakit/ bilik kuarantin dengan
menjalankan proses pembasmian kuman sekurang-kurangnya 3 kali
sehari dan menyediakan jadual sanitasi.

4.12.4 Menyediakan buku log keluar/ masuk pelajar di bilik sakit/ bilik
kuarantin.

4.12.5 Memastikan pengudaraan di bilik sakit/ bilik kuarantin berfungsi
dengan baik.

4.12.6 Memastikan semua peralatan di bilik sakit/ bilik kuarantin selamat
untuk digunakan.

5.1 PROSEDUR PEMBERSIHAN DAN DISINFEKSI SEKELILING MAKTAB

5.2 Memastikan pelaksanaan proses disinfeksi mengikut kaedah yang
disyorkan oleh KKM di tempat-tempat yang sering digunakan oleh staf dan
pelajar seperti bilik mesyuarat, kelas, Pusat Sumber Pembelajaran (PSP),
kafetaria, pantri, surau, bilik rehat, tandas, dewan makan, asrama dan lain-
lain.

6

5.3 Proses sebelum pembersihan dan disinfeksi:
5.3.1 Menyediakan peralatan pembersihan dan disinfeksi (Jadual 1) dan
bahan disinfeksi (Jadual 2) mengikut kesesuaian sebelum aktiviti
dijalankan.
5.3.2 Menyediakan personal protective equipment (PPE) di tempat-tempat
tertentu sama ada di dalam atau luar bangunan. Senarai PPE adalah
seperti di Jadual 3.
5.3.3 Memakai pelitup muka serta sarung tangan apabila menyediakan
bahan disinfeksi.
5.3.4 Memastikan keselamatan diamalkan semasa aktiviti disinfeksi
dijalankan.

Jadual 1. Senarai Peralatan Pembersihan dan Disinfeksi

Dalam Bangunan Luar Bangunan
Bekas semburan Mist blower
Kain Lap Pottable Jetter
Mob High Pressure Portable Jetter (5500L)
Air Portable Jetter (3000L0
Sabun Taligate/Triton

Jadual 2. Senarai Bahan Disinfeksi dan Cara Penyediaan

No Kepekatan Sodium Kepekatan Bahan Nisbah Aplikasi

Hypochlorite Disinfeksi yang (Bahan Untuk kegunaan
di persekitaran
sebelum dibancuh dikehendaki Peluntur : dalam bangunan
Untuk kegunaan
Air Paip) di persekitaran
bangunan
1. 5% 0.1% 1 : 49 Untuk kegunaan
di persekitaran
5% 0.5% 1 :9 dalam bangunan

2. Ethanol (70%) Ethanol (70%) TIADA

7

Jadual 3. Senarai Personal Protective Equipment (PPE)

No PPE
1. Sarung tangan getah (pakai buang)
2. Penutup hidung dan mulut

- 3 ply mask untuk kegunaan dalam bangunan
- Chemical respirator untuk pembancuhan dan semburan
3. Apron plastik
4. Kasut Boot Getah
5. Goggle atau face shield
6. Long - sleeved gowns

5.4 Proses semasa pembersihan dan disinfeksi

5.4.1 Membasuh tangan dengan air dan sabun sebelum pembersihan dan
disinfeksi dijalankan.

5.4.2 Memakai PPE sebelum memulakan proses pembersihan dan
disinfeksi.

5.4.3 Membersihkan permukaan yang hendak disinfeksi terlebih dahulu.
5.4.4 Langkah disinfeksi kawasan di tempat awam (dalam bangunan):

i. Memastikan kawasan yang hendak disinfeksi ditutup kepada
orang awam.

ii. Membuka tingkap untuk pengudaraan.
iii. Mengelap semua permukaan terutamanya permukaan yang

sering disentuh seperti butang lif, rel pemegang tangan, tombol
pintu, kerusi, meja, suis lampu dan kipas, papan kekunci
komputer dan permukaan tandas duduk menggunakan bahan
disinfeksi. Permukaan ini hendaklah dipastikan kering selepas
disinfeksi.
iv. Menyembur larutan disinfeksi pada semua permukaan lantai
dan dinding (paras ketinggian yang boleh dicapai oleh tangan).
v. Mengelap permukaan barangan elektrik menggunakan kain lap
yang mengandungi larutan disinfeksi.
vi. Mengemop lantai menggunakan larutan disinfeksi.
vii. Menyembur lantai karpet menggunakan larutan disinfeksi.
viii. Kawasan yang disinfeksi tidak boleh digunakan sehingga hari
berikutnya.

5.4.5 Langkah disinfeksi kawasan di tempat awam (luar bangunan)

i. Memastikan kawasan yang hendak disinfeksi ditutup kepada
orang awam.

ii. Memastikan tiada orang awam atau haiwan berada di sekitar
zon semburan.

8

iii. Mengekalkan jarak 1 meter antara pekerja dan mengelakkan
daripada berkumpul setempat.

iv. Mengelakkan semburan yang terlalu kuat.
v. Menghalakan semburan di tempat-tempat yang kerap disentuh

oleh orang awam seperti pintu, tempat duduk awam, rel
pemegang tangan, dinding premis (paras ketinggian yang
boleh dicapai oleh tangan) serta meliputi semua bahagian
permukaan kemudahan awam yang berpotensi tercemar atau
mempunyai kontak dengan pesakit.
vi. Memastikan kenderaan bergerak kurang dari 20km/j sekiranya
menggunakan kenderaan semasa proses semburan dilakukan.
vii. Memastikan tiada bilasan dengan air selepas semburan
disinfeksi untuk memberi masa kepada bahan tersebut
berkesan.
viii. Kerja-kerja disinfeksi perlu dihentikan ketika hari hujan kerana
akan menghilangkan keberkesanan bahan.

5.5 Proses selepas pembersihan dan disinfeksi

5.5.1 Semua PPE pakai buang perlu dibuka dan dibuang ke dalam beg
sampah serta diikat dengan rapi dan dibuang ke tong sampah yang
bertutup.

5.5.2 Memastikan tangan dibasuh dengan sabun dan air selepas semua
PPE dibuka.

5.5.3 Mencuci peralatan yang boleh diguna semula semasa pembersihan
dan disinfeksi selepas operasi.

5.5.4 Menyimpan semua peralatan di depoh, stor atau di tempat-tempat
yang disediakan selepas operasi.

5.5.5 Menyimpan tong sisa bahan kimia dan dilupuskan mengikut kaedah
pelupusan yang ditetapkan.

5.5.6 Sebarang gejala yang dialami oleh anggota yang melaksanakan
aktiviti pembersihan dan disinfeksi hendaklah dilaporkan kepada
penyelia untuk tindakan selanjutnya.

6.1 PEKERJA PERKHIDMATAN SWASTA DI MRSM

i. Setiap pekerja yang hendak memasuki kawasan MRSM perlu memakai
pelitup muka.

ii. Melaporkan diri, merekodkan kehadiran dan mengisi Borang Saringan
Kesihatan di pondok pengawal keselamatan.

iii. Menjalani pengukuran suhu badan (rujuk Prosedur Saringan Suhu Badan)
di pondok pengawal keselamatan.

iv. Pengurus kontraktor swasta perlu:
• Memastikan semua pekerja membuat pengisytiharan kesihatan.
• Merekodkan suhu badan pekerja
• Memakai pelitup muka sepanjang berada di kawasan MRSM.

9

• Memastikan pekerja mematuhi penjarakan sosial semasa menjalankan
tugas

• Memastikan pekerja yang tidak sihat atau bergejala tidak datang bekerja
dan perlu menjalani pemeriksaan kesihatan

• Menyimpan borang pemeriksaan bagi tempoh 3 bulan
• Memastikan pekerja segera pulang ke rumah selepas selesai

menjalankan tugas bagi mengelakkan sebarang bentuk perhimpunan
v. Pengurus kontraktor swasta perlu memaklumkan pihak MRSM sekiranya

terdapat pekerja yang disahkan positif COVID-19.

6.2 SEMASA MENJALANKAN TUGAS

a) Pekerja Perkhidmatan Kawalan Keselamatan

• Memastikan kebersihan pondok pengawal dan alatan dengan
menjalankan proses pembasmian kuman sebelum memulakan kerja

• Sentiasa memakai pelitup muka
• Kerap membasuh tangan dengan menggunakan sabun atau

menggunakan pensanitasi tangan
• Mengamalkan penjarakan sosial sekurang-kurangnya 1 meter

antara pekerja, pelajar dan warga kerja MRSM

b) Pekerja Perkhidmatan Cuci Bangunan dan Bersih Kawasan (CBBK)

• Memastikan kebersihan mesin, kelengkapan dan peralatan dengan
menjalankan proses nyah kuman atau sanitasi sebelum memulakan
kerja.

• Sentiasa memakai pelitup muka
• Kerap membasuh tangan dengan menggunakan sabun atau

menggunakan pensanitasi tangan
• Memakai sarung tangan yang bersih
• Mengamalkan penjarakan sosial di antara pekerja, pelajar dan

warga kerja MRSM

c) Pekerja Perkhidmatan Pengurusan Kolam Renang

• Memastikan kebersihan mesin, kelengkapan dan peralatan dengan
menjalankan proses pembasmian kuman sebelum memulakan kerja

• Sentiasa memakai pelitup muka
• Kerap membasuh tangan dengan menggunakan sabun atau

menggunakan pensanitasi tangan
• Mengamalkan penjarakan sosial sekurang-kurangnya 1 meter

antara pekerja, pelajar dan warga kerja MRSM

10

d) Pekerja Perkhidmatan Membekal, Menyedia dan Menghidang
Makanan Bermasak Islam

• Memastikan kebersihan dewan selera dengan menjalankan proses
pembasmian kuman sekurang-kurangnya 3 kali sehari.

• Memastikan kebersihan peralatan memasak, alatan dan
kelengkapan dengan menjalankan proses pembasmian kuman
sebelum digunakan.

• Sentiasa memakai pelitup muka
• Memakai sarung tangan yang bersih
• Kerap membasuh tangan dengan menggunakan sabun atau

menggunakan pensanitasi tangan
• Mengamalkan penjarakan sosial sekurang-kurangnya 1 meter

antara pekerja, pelajar dan warga kerja MRSM
• Menandakan jarak minimum 1 meter di tempat pelajar berbaris untuk

mengambil makanan dan di tempat makan.

7.1 KENDERAAN MRSM

7.2 Tanggungjawab pemandu terhadap penumpang:

i. Memastikan kenderaan selamat dan layak untuk digunakan di jalan
raya.

ii. Menyediakan pelekat bagi tujuan penjarakan sosial. Jika pada tempat
duduk berdua atau bertiga, maka satu tempat duduk dikosongkan dan
diletakkan pelekat bagi penjarakan sosial.

iii. Memastikan kapasiti penumpang dihadkan pada kadar 50% sahaja,
mengambil kira arahan penjarakan antara individu sekurang-kurangnya
pada jarak 1 meter.

iv. Memastikan pemeriksaan imbasan suhu badan dibuat kepada setiap
penumpang dengan menggunakan alat pengimbas suhu badan
sebelum memulakan perjalanan.

v. Sekiranya terdapat penumpang yang mempunyai simptom/ gejala
seperti demam, batuk dan sakit tekak, pemandu perlu memaklumkan
kepada pegawai bertugas dan mengasingkan pelajar tersebut di bilik
kuarantin.

vi. Memastikan setiap penumpang menggunakan pensanitasi tangan
setiap kali turun dan naik kenderaan.

vii. Memastikan penjarakan sosial dilaksanakan oleh setiap penumpang
sebelum menaiki kenderaan. Memastikan penumpang sentiasa
memakai pelitup muka semasa di dalam perjalanan.

viii.Memastikan pembersihan serta sanitasi bas dan fasiliti dilaksanakan
selepas perjalanan (setelah tamat waktu operasi).

11

7.3 Tanggungjawab maktab terhadap pemandu kenderaan
i. Memastikan pemandu kenderaan memakai pelitup muka pada setiap
masa semasa memandu kenderaan.
ii. Memastikan setiap pemandu membuat saringan suhu badan sebelum
bertugas.
iii. Memastikan pemandu memberi peringatan berkaitan penjarakan sosial
di dalam kenderaan sebelum memulakan perjalanan.
iv. Memastikan pemandu untuk menyemak dokumen kebenaran merentas
negeri atau surat kebenaran bekerja (JIKA ADA) berdasarkan keperluan
dan arahan kerajaan dari semasa ke semasa. (Segala pergerakan
adalah tertakluk kepada kebenaran PDRM).

12

LAMPIRAN 1
13

LAMPIRAN 2

MAJLIS AMANAH RAKYAT
DEKLARASI KESIHATAN

Salam tuan/ puan,

Kami memandang serius ke atas status terkini jangkitan 2019 novel coronavirus (COVID-
19) yang dilaporkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Sehubungan itu, kami
mengambil langkah berjaga-jaga untuk mencegah penyebaran jangkitan tersebut di
Pusat Pentadbiran MARA. Kerjasama tuan/ puan amat penting bagi membantu kami
mengambil langkah berjaga-jaga untuk mengekang penyebaran wabak di premis ini.

Nama Pelawat: No. Telefon Bimbit:
No. Kad Pengenalan: Kewarganegaraan:
Nama syarikat/ organisasi pelawat:
Mesyuarat dihadiri/ Bahagian yang dilawat:

Deklarasi Kesihatan oleh Pelawat
Tiada gejala

Sekiranya tuan/puan mempunyai gejala di bawah. [Tandakan () pada kotak yang

berkenaan.

Demam Batuk kering Sakit badan Sakit kepala

Sakit tekak Selesema keletihan Sesak nafas

Lain-lain

Adakah tuan/puan pernah berurusan dengan pesakit COVID-19 dalam tempoh 14
hari yang lalu?

Ya Tidak

Adakah tuan/puan pernah melawati negara yang diisytiharkan mempunyai kes
penularan penyakit COVID-19 dalam tempoh 14 hari yang lalu?

Ya Tidak

Tandatangan pelawat: Tarikh:

Pengesahan Urusan: potong yang tidak perlu*
Pelawat *Dibenarkan / tidak dibenarkan masuk kerana bacaan suhu badan

14

PENGURUSAN ASRAMA

PENGURUSAN ASRAMA

1.0 SEBELUM PELAJAR MELAPOR DIRI KE MAKTAB

1.1 Makluman kepada ibu bapa/penjaga/waris:

Maktab perlu memaklumkan kepada ibu bapa/ penjaga/ waris perkara berikut:

1.1.1 Mengisi borang deklarasi saringan penyakit Covid-19 oleh pelajar dan
setiap individu yang menghantar pelajar. (Lampiran 1).

1.1.2 Hanya dua (2) atau tiga (3) orang sahaja termasuk pelajar dibenarkan
untuk menghantar pelajar.

1.1.3 Memastikan pelajar dan ibu bapa/ penjaga/ waris tidak melawat mana-
mana negara dalam tempoh dua minggu sebelum melapor diri ke
maktab.

1.1.4 Memastikan diri pelajar dan ibu bapa/ penjaga/ waris dalam keadaan
yang sihat dan bebas Covid-19.

1.1.5 Pelajar atau individu yang bergejala TIDAK DIBENARKAN hadir.
1.1.6 Pelajar perlu dibekalkan dengan pelitup muka (face mask), pensanitasi

tangan (hand sanitizer) dan sejadah (pelajar Muslim sahaja).
1.1.7 Perjalanan ke maktab harus mematuhi prosedur yang telah ditetapkan

oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN).
1.1.8 Pelajar dan individu yang menghantar pelajar ke maktab diwajibkan

memakai pelitup muka.

1.2 Ruang legar asrama:

1.2.1 Mempamerkan poster-poster berkaitan panduan kebersihan Covid-19.
1.2.2 Menyediakan pensanitasi tangan di setiap laluan keluar masuk

asrama.

1.3 Bilik asrama:

1.3.1 Memastikan ruang bilik asrama mematuhi penjarakan sosial dengan
penanda berjarak 1 meter.

1.3.2 Sekiranya bilik asrama tidak mematuhi susunan penanda jarak 1 meter,
maka bilangan penghuni harus dikurangkan untuk setiap bilik mengikut
pertimbangan pihak maktab.

15

1.4 Bilik utiliti/rekreasi:

1.4.1 Mengamalkan penjarakan sosial berjarak 1 meter dan mengelakkan
aktiviti yang memerlukan sentuhan antara pelajar, contoh memegang
tangan, bersalaman dan sebagainya.

1.4.2 Menyediakan pensanitasi tangan di sudut-sudut tertentu.
1.4.3 Memastikan setiap individu membersihkan tangan sebelum dan

selepas menggunakan peralatan di bilik tersebut.
1.4.4 Menyediakan jadual penggunaan bilik utiliti (masa dan bilangan

pengguna).
1.4.5 Aktiviti berkumpulan TIDAK DIBENARKAN.

1.5 Bilik air/ tandas:

1.5.1 Menyediakan jadual penggunaan bilik air untuk pelajar.
1.5.2 Memastikan jarak kedudukan pelajar semasa menggunakan sinki/

tempat membasuh pakaian 1 meter. (Meletakkan penanda di atas
lantai berjarak 1 meter bagi memudahkan pelajar menentukan tempat
untuk mereka berdiri).

1.6 Dewan Selera:

1.6.1 Mematuhi penjarakan sosial 1 meter.
1.6.2 Meletakkan penanda di atas lantai berjarak 1 meter semasa pelajar

beratur mengambil makanan.
1.6.3 Meletakkan penanda di atas meja makan dan kerusi berjarak 1 meter.
1.6.4 Menambah kaunter mengambil makanan dengan mematuhi

penjarakan sosial 1 meter.
1.6.5 Menyediakan hand sanitizer di sinki basuh tangan dan meletakkan

penanda di atas ruang sinki dan di atas lantai berjarak 1 meter.

1.7 Bilik Sakit (Sick bay)

1.7.1 Memastikan ruang sick bay mematuhi penjarakan sosial dengan
penanda berjarak 1 meter mengikut keluasan bilik.

1.7.2 Menyediakan hand sanitizer.

1.8 Bilik Kuarantin

1.8.1 Kegunaan bilik kuarantin adalah untuk pelajar yang bergejala.
1.8.2 Memastikan ruang bilik kuarantin mematuhi penjarakan sosial dengan

penanda berjarak 1 meter mengikut keluasan bilik.
1.8.3 Menyediakan pensanitasi tangan.
1.8.4 Pemakaian pelitup muka DIWAJIBKAN.
1.8.5 Pembasmian kuman perlu dilakukan setiap kali selepas penggunaan.

1.9 Bilik kaunseling

1.9.1 Memastikan ruang bilik kaunseling mematuhi penjarakan sosial
dengan penanda berjarak 1 meter.
16

1.9.2 Menyediakan pensanitasi tangan.
1.9.3 Sesi kaunseling kelompok yang diadakan perlu mematuhi susunan

penjarakan sosial dengan penanda berjarak 1 meter.

2.0 SEMASA PELAJAR MELAPOR DIRI KE MAKTAB

2.1 Pondok Pengawal:

2.1.1 Memastikan individu/ pasukan bertugas dan pengawal keselamatan
mengamalkan pemakaian pelitup muka, penjarakan sosial dan
penggunaan pensanitasi tangan.

2.1.2 Memastikan pelajar dan individu yang menghantar pelajar memakai
pelitup muka.

2.1.3 Mengambil suhu pelajar dan individu yang menghantar pelajar ke
maktab semasa berada di dalam kereta.

2.1.4 Menyemak, merekod suhu dan mengambil borang deklarasi pelajar
serta individu yang menghantar pelajar.

2.1.5 Pelajar dan individu yang mempunyai suhu di bawah 37.5°C sahaja
dibenarkan masuk ke maktab. Sekiranya terdapat suhu pelajar dan
individu melebihi 37.5°C, pelajar tidak dibenarkan masuk ke maktab.

2.1.6 Hanya pelajar sahaja dibenarkan masuk ke kawasan asrama.
2.1.7 Memastikan pelajar membersihkan tangan sebelum mengambil kad

outing/ imbas kad.
2.1.8 Memastikan poster Panduan Penggunaan Penutup mulut dan hidung

dipamerkan. (Lampiran 2)

3.0 KEBERADAAN PELAJAR DI MAKTAB

3.1 Saringan harian:

3.1.1 Saringan suhu harian setiap pagi sebelum ke kelas oleh Unit
Pengurusan Asrama.

3.1.2 Jika suhu pelajar 37.5°C dan ke atas, pelajar perlu mendapatkan
rawatan di hospital/ klinik kesihatan.

3.1.3 Jika pelajar disahkan bergejala, pihak maktab akan bekerjasama
dengan pihak Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) untuk tindakan
selanjutnya. Pihak maktab akan memaklumkan kepada waris situasi
kesihatan pelajar.

3.1.4 Bilik kuarantin akan digunakan bagi pelajar yang perlu dikuarantin atas
nasihat pihak PKD sebelum diambil oleh waris.

3.1.5 Sekiranya waris tidak berkemampuan untuk mengambil pelajar, pihak
maktab perlu menghantar pelajar ke rumah.

3.2 Aktiviti pelajar:

3.2.1 Asrama/ dewan selera/ surau/ bilik sakit/ bilik kuarantin/ bilik kaunseling
3.2.1.1 Mematuhi penjarakan sosial 1 meter.
3.2.1.2 Memastikan setiap pelajar memakai pelitup muka.
3.2.1.3 Mengamalkan kebersihan diri.

3.2.2 Program Homeroom:
17

3.2.2.1 Mematuhi penjarakan sosial 1 meter.
3.2.2.2 Memastikan setiap pelajar memakai pelitup muka.
3.2.2.3 Mengamalkan kebersihan diri.
3.2.2.4 Aktiviti gabungan Homeroom TIDAK DIBENARKAN.
3.2.2.5 Aktiviti lawatan/ jamuan di luar maktab TIDAK DIBENARKAN.
3.2.3 Sesi kaunseling:
3.2.3.1 Mematuhi penjarakan sosial 1 meter.
3.2.3.2 Memastikan setiap pelajar memakai pelitup muka.
3.2.3.3 Mengamalkan kebersihan diri.
3.2.3.4 Bilangan pelajar bagi sesi kaunseling berkelompok tidak

melebihi empat (4) orang.
3.3 Lawatan waris/ keluar bandar (outing)/ pulang bermalam

3.4.1 Sebarang lawatan daripada waris, urusan keluar bandar dan pulang
bermalam TIDAK DIBENARKAN kecuali melibatkan kes-kes
kecemasan dan arahan PKD (Tertakluk kepada arahan KKM dan
MKN).

18

LAMPIRAN 1

BORANG DEKLARASI SARINGAN PENYAKIT COVID-19
(Diisi oleh pelajar dan individu yang menghantar pelajar)

Nama :
No. Kad Pengenalan :
MRSM :
No. Maktab :
Nama Ibu/Bapa/Penjaga/Waris :
No. Telefon Ibu/Bapa/Penjaga/Waris :

Risiko dalam masa 14 hari (Tandakan ✔) Ya Tidak

1 Adakah anda/keluarga baru balik dari melawat luar negara dalam
masa 14 hari? Nyatakan negara yang dilawati :

2 Adakah anda/keluarga menyertai Ijtimak Tabligh @ mana-mana
perhimpunan dalam masa 14 hari?

3 Adakah anda/keluarga ada KONTAK RAPAT dengan individu
DISAHKAN positif Covid-19?
a. Adakah keluarga serumah atau ahli tabligh dari kumpulan
kecil, disahkan positif Covid-19?
b. Berada bersama dalam bilik yang TERTUTUP yang
menggunakan penghawa dingin lebih dari 2 jam?
c. Bekerja/bersemuka dalam RUANG TERTUTUP yang sama,
dalam jarak kurang dari 1 METER melebihi 15 MINIT?
d. Menaiki kenderaan yang sama (melebihi 2 jam) dalam jarak
2 kerusi (2 meter) dari individu positif Covid-19?

SIMPTOM YA TIDAK BORANG PENGESAHAN INI HANYALAH UNTUK
Demam PEMERIKSAAN SIMPTOM-SIMPTOM ATAU YANG
Batuk
Sakit tekak BERGEJALA BAGI WABAK COVID-19 SAHAJA.
Selsema
Sesak nafas BORANG INI BUKAN UNTUK PEMERIKSAAN
Lain-lain MENGESAHKAN PELAJAR MEMPUNYAI COVID-19
Nyatakan :
ATAUPUN TIDAK.
Suhu badan
Tarikh : PELAJAR INI DISAHKAN SIHAT DAN
LAYAK BELAJAR/TIDAK LAYAK BELAJAR

19

LAMPIRAN 2

Panduan Penggunaan Penutup mulut dan hidung

20

LAMPIRAN 3

Panduan Mencuci Tangan dan Penggunaan Hand Sanitiser

21

LAMPIRAN 4

Amalan Mengurangkan Risiko Jangkitan Covid-19

22

PENGURUSAN KELAS (PdP)

PENGURUSAN KELAS
(PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN)

1.0 PENGURUSAN KELAS/ BILIK DARJAH

Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) di kelas dibenarkan beroperasi dengan
mengamalkan perkara-perkara seperti yang berikut:

1.1 Memastikan kebersihan kelas berada pada tahap yang baik dan telah
menjalankan proses pembasmian kuman sekurang-kurangnya 1 kali
1.2 sehari.
Memastikan susun atur kerusi meja setiap pelajar berada pada jarak 1
1.3 meter. Kerusi dan meja yang tidak digunakan diletakkan di bahagian
1.4 belakang kelas. (rujuk pelan A) atau memberi tanda (x) bagi kerusi dan
1.5 meja yang TIDAK DIBENARKAN duduk (rujuk pelan B).
1.6 Mengehadkan bilangan pelajar di dalam kelas antara 12 - 16 orang sahaja.
1.7 Mengamalkan penjarakan sosial dengan memastikan pelajar berbaris
1.8 untuk masuk ke kelas dengan jarak 1 meter setiap pelajar.
1.9 Memastikan pelajar yang melepasi suhu badan normal sahaja berada di
1.10 dalam kelas.
1.11 Merekodkan kehadiran pelajar pada setiap waktu pembelajaran.
1.12 Menyediakan pensanitasi tangan (hand sanitizer) di pintu masuk dan pintu
1.13 keluar kelas.
1.14 Memastikan pelajar dan guru menggunakan pensanitasi tangan sebelum
1.15 masuk ke kelas dan ketika keluar dari kelas.
1.16 Memastikan penjarakan sosial 1 meter antara guru dengan pelajar atau
1.17 pelajar dengan pelajar semasa proses PdP.
Memastikan pelajar memakai pelitup muka (face mask) sepanjang berada
di dalam kelas.
Melarang perkongsian alat tulis, buku, botol bekalan minuman atau
makanan dan apa-apa juga bentuk barangan.
Mengingatkan pelajar DILARANG bertukar-tukar tempat duduk.
Memastikan aktiviti atau perbincangan kumpulan pelajar di kelas
mengamalkan penjarakan sosial 1 meter.
Mengingatkan pelajar untuk menggunakan pensanitasi tangan dengan
kerap semasa berada di kelas atau setelah selesai sesuatu aktiviti.
Mengelakkan aktiviti yang melibatkan sentuhan dalam kalangan pelajar
sepanjang berada di kelas. Aktiviti di luar kelas TIDAK DIBENARKAN.
Melarang aktiviti bersalaman antara pelajar dengan guru atau pelajar
dengan pelajar.
Menjalankan pemantauan terhadap suhu badan dan tahap kesihatan
pelajar pada setiap hari. Pelajar yang kurang sihat perlu diasingkan.

23

1.18 Memaklumkan pelajar bahawa jika mengalami gejala jangkitan saluran
pernafasan seperti demam, batuk atau sesak nafas perlu merujuk Penyelia
1.19 Asrama/ HEP maktab untuk mendapatkan rawatan.
1.20 Memastikan hanya ada satu laluan masuk dan keluar di kelas. Pelajar perlu
mengikut laluan masuk dan keluar yang betul.
Memastikan aliran udara (ventilasi) di kelas berada dalam keadaan baik
dengan membuka tingkap.

24

PELAN A
PELAN LANTAI KEDUDUKAN PELAJAR DALAM KELAS PASCA PKPB

PAPAN PUTIH

MEJA GURU PINTU
MASUK

1m

1m 1m 1m

1 23 4

1m
5 678

1m
9 10 11 12

1m
13 14 15 16

PINTU
KELUAR

KERUSI MEJA YANG TIDAK DIGUNAKAN DISUSUN DI BAHAGIAN BELAKANG KELAS
25

PELAN B
PELAN LANTAI KEDUDUKAN PELAJAR DI DALAM KELAS PASCA PKPB

PAPAN PUTIH

MEJA GURU PINTU
MASUK

1m 1m 1m
1m
X
X X X
X X
1m X

X

1m

X

1m

X

1m

X

1m

X

PINTU
KELUAR

NOTA: JARAK SETIAP MEJA – 1 METER

X - TIDAK DIBENARKAN DUDUK

26

PENGURUSAN MAKMAL /
BENGKEL

PENGURUSAN MAKMAL/ BENGKEL

1.1 MAKMAL SAINS (SAINS MENENGAH RENDAH, FIZIK, KIMIA DAN BIOLOGI)
DAN BENGKEL (REKA BENTUK & TEKNOLOGI, SENI REKA DAN REKA
CIPTA)
Penggunaan Makmal Sains dan Bengkel dibenarkan sewaktu Pengajaran dan
Pembelajaran (PdP) formal sahaja dan beroperasi dengan 100% kapasiti
pembantu makmal/ bengkel dengan mengamalkan perkara-perkara berikut:
1.2 Memastikan guru, pembantu makmal/ bengkel dan pelajar telah melepasi
saringan kesihatan pada hari PdP berkenaan serta memakai pelitup muka
(face mask).
1.3 Memastikan pembantu makmal/ bengkel menjaga kebersihan makmal/
bengkel dan peralatan/ radas dengan menjalankan proses pembasmian
kuman sekurang-kurangnya 3 kali sehari.
1.4 Memastikan tingkap dan langsir dibuka pada setiap masa bagi
memastikan pengedaran udara sentiasa berlaku.
1.5 Memastikan setiap sinki dilengkapi oleh sabun / pencuci tangan.
1.6 Memastikan borang tempahan alatan/ radas adalah secara atas talian
yang dikendalikan oleh pembantu makmal/ bengkel.
1.7 Menggalakkan pelajar menggunakan pensanitasi tangan sebelum masuk
dan keluar daripada makmal/ bengkel.
1.8 Memastikan jumlah pelajar di dalam makmal/ bengkel pada satu-satu
masa antara 12 - 16 orang pelajar dan seorang guru.
1.9 Mengamalkan penjarakan sosial dengan memastikan pelajar dan guru
berada pada kedudukan yang tetap. Kedudukan pelajar adalah seperti di
bawah iaitu 1 meja untuk 2 orang pelajar:

Rajah 1: Contoh susun atur kedudukan pelajar
27

1.10 Memastikan kerusi yang tidak digunakan ditanda “Dilarang duduk” atau
1.11 “X”.
1.12 Memastikan guru tidak menjalankan aktiviti PdP yang memerlukan pelajar
duduk secara berkumpulan dan berinteraksi dalam jarak yang dekat, rapat
1.13 dan bersentuhan.
1.14 Memastikan guru masih menjalankan eksperimen/ aktiviti semasa PdP
1.15 namun menggunakan kaedah berikut:
1.16 i. Sekiranya radas/ alatan adalah mencukupi, 1 set radas / alatan
1.17
1.18 disediakan untuk setiap pelajar
1.19 ii. Sekiranya radas/ alatan tidak mencukupi, guru boleh menggunakan
1.20
1.21 pendekatan membuat demonstrasi di hadapan mengikut giliran
1.22 kepada para pelajar/ demonstrasi eksperimen dengan menayangkan
video di skrin.
Menggalakkan guru menggunakan aplikasi dalam talian untuk pelajar
menjawab kuiz/ aktiviti/ pentaksiran formatif (Pentaksiran Bilik Darjah)
dengan menggunakan peranti masing-masing.
Memastikan tiada perkongsian peralatan/ radas/ alat tulis/ Bahan Bantu
Mengajar (BBM) dalam kalangan pelajar semasa PdP dilaksanakan.
Memastikan pelajar membuang semua bahan pakai buang eksperimen/
aktiviti ke dalam tong sampah yang disediakan secara bergilir-gilir.
Memastikan pelajar mencuci dan membersihkan radas/ alatan makmal /
bengkel yang telah digunakan setelah selesai eksperimen/ aktiviti di
bawah seliaan guru/ pembantu makmal/ bengkel.
Memastikan pelajar membasuh tangan dengan menggunakan sabun
setelah selesai eksperimen/ aktiviti yang menggunakan radas/ alatan
makmal / bengkel.
Memastikan guru menamatkan PdP 5 minit lebih awal agar pelajar boleh
keluar daripada makmal secara bergilir, teratur dan dalam keadaan
penjarakan sosial.
Memastikan tiada aktiviti bersalaman antara guru dan pelajar setelah
tamat PdP.
Menggalakkan guru membuat penilaian untuk refleksi PdP menggunakan
aplikasi atas talian dan tidak mengutip sebarang buku daripada para
pelajar.
Memastikan pelajar sentiasa mematuhi penjarakan sosial pada jarak
sekurang-kurangnya 1 meter semasa berurusan dengan guru, pembantu
makmal / bengkel dan pelajar-pelajar lain.
Memastikan pelajar tidak menyentuh peralatan/ alat radas/ carta/ model
yang terdapat dalam makmal/ bengkel tanpa arahan guru.

28

PENGURUSAN MAKMAL
KOMPUTER

PENGURUSAN MAKMAL KOMPUTER
1.1 MAKMAL KOMPUTER

Makmal komputer dibenarkan beroperasi dengan kapasiti antara 12 - 16 orang
pelajar dan seorang guru di samping mengamalkan perkara-perkara berikut:
1.2 Memastikan kesihatan pelajar/ guru dengan mengisytiharkan kesihatan,

merekodkan suhu badan pelajar/ guru dan memakai pelitup muka (face
mask).
1.3 Memastikan kebersihan makmal komputer dengan menjalankan proses
pembasmian kuman sekurang-kurangnya tiga (3) kali sehari.
1.4 Mengamalkan penjarakan sosial dengan memastikan pelajar berbaris
dengan jarak 1 meter sebelum masuk ke makmal komputer.
1.5 Memastikan penggunaan pensanitasi tangan (hand sanitizer) sebelum dan
selepas memasuki makmal komputer.
1.6 Memastikan bilangan kerusi maksimum yang boleh digunakan adalah
separuh daripada kapasiti asal bagi meja berkenaan. Tandaan X hendaklah
dilakukan bagi tempat “Dilarang Duduk”.

29

PERKHIDMATAN
PERPUSTAKAAN

PERKHIDMATAN PERPUSTAKAAN

1.1 PENGGUNA DAN KAKITANGAN

1.2 Mengambil dan merekod maklumat peribadi termasuk suhu badan
pengguna, kakitangan dan pekerja syarikat/ kontraktor di pintu masuk
yang dikhaskan.

1.2.1 Memastikan individu yang melepasi saringan kesihatan dan suhu
badan di bawah 37.5°C dibenarkan masuk ke kawasan
perpustakaan.

1.2.2 Pengunjung, kakitangan dan pekerja syarikat/ kontraktor yang
melepasi saringan kesihatan ini akan diberikan pelekat khas dan
dikehendaki memakainya sepanjang berada di kawasan
perpustakaan.

1.2.3 Merekodkan kehadiran setiap individu yang hadir ke premis
perpustakaan pada setiap hari dalam buku daftar khas yang perlu
diselenggarakan minimum enam (6) bulan.

1.2.4 Semua individu yang berada di kawasan perpustakaan perlu
memakai pelitup muka, pensanitasi tangan dan mengamalkan
penjarakan sosial.

1.3 Menyediakan secukupnya notis mengenai norma baharu perkhidmatan
perpustakaan.

2.1 PERKAKASAN DAN KEBERSIHAN

2.2 Melaksanakan proses pembasmian kuman di mesin peralatan/
perkakasan seperti komputer, rak buku, meja, kerusi, troli dan sebagainya
pada setiap pagi sebelum perkhidmatan bermula.

2.3 Melaksanakan proses pembasmian kuman di pintu, pemegang pintu,
rel, gagang telefon, mesin semakan kendiri, papan pemuka, pelantar
mesin pemulangan buku dan kaunter minimum tiga (3) kali sehari.

2.4 Menyediakan pensanitasi tangan yang mencukupi di tempat strategik
di perpustakaan.

30

2.5 Kakitangan perlu mencuci tangan sebelum membuka dan menutup
perpustakaan.

2.6 Membuang penutup hidung dan mulut, tisu dan sarung tangan ke
dalam tong sampah bertutup yang disediakan.

3.1 PERKHIDMATAN PERPUSTAKAAN
3.2 Mengehadkan jumlah pengguna perkhidmatan dalam satu-satu masa
bergantung kepada keluasan sesuatu ruang.
3.3 Penjarakan sosial perkhidmatan
3.3.1 Susun atur kerusi dan meja pengguna di ruang perkhidmatan
turut dibuat penjarakan selamat.
3.3.2 Pengguna dan petugas perlu mengamalkan penjarakan satu
(1) meter antara satu sama lain untuk semua urusan di kaunter.
3.4 Perkhidmatan Rujukan
3.4.1 Perkhidmatan rujukan disediakan seperti biasa tetapi
penggunaan ruang adalah terhad berdasarkan konsep siapa
cepat, dia dapat dan ketersediaan ruang.
3.4.2 Menyusun semula buku yang telah dirujuk ke atas troli yang
disediakan.
3.5 Perkhidmatan Pinjaman
3.5.1 Perpustakaan digalakkan untuk melanjutkan tempoh pinjaman
kepada pengguna.
3.5.2 Menggunakan mesin semakan kendiri dan mesin pemulangan
buku bagi meminimumkan urusan pinjaman dan pemulangan di
kaunter.

31

3.5.3 Petugas yang mengendalikan buku-buku tersebut perlu
bersarung tangan dan memakai pelitup muka untuk mengelak
berlakunya jangkitan.

3.5.4 Petugas juga perlu membasuh tangan selepas memegang
buku- buku berkenaan.

3.5.5 Perkhidmatan peminjaman buku digalakkan menggunakan
konsep tempah dan ambil melalui tempahan dalam talian dan
panggilan telefon. Panggilan telefon perlulah dibuat sehari
sebelum tarikh ambil.

3.5.6 Penggunaan cecair pembasmi kuman tidak digalakkan kerana
berbahaya kepada koleksi perpustakaan dan bahan arkib.

3.5.7 Pendedahan bahan perpustakaan kepada sinar UV sebagai
kaedah pensterilan adalah tidak disyorkan.

3.5.8 Program bebas denda disyorkan untuk kemudahan pengguna.

4.1 PENYELENGGARAAN BAHAN PERPUSTAKAAN

4.2 Buku-buku/ bahan-bahan yang dipulangkan atau dirujuk termasuk
manuskrip dan nadir serta koleksi yang diterima melalui pembelian/
akta /sumbangan juga perlu dibuat pengasingan selama sehari (1)
hari/ 24 jam hingga tiga (3) hari/ 72 jam mengikut bahan di bilik/ ruang
pengasingan khas. Bahan-bahan ini perlu menjalani proses
pembasmian kuman yang telah ditetapkan terlebih dahulu sebelum
diproses. Buku-buku ini diberikan slip untuk menandakan tarikh dan
masa diterima.

Cadangan masa pengasingan mengikut bahan adalah seperti yang berikut:

Bil. Bahan Saranan masa
minimum
1. Bahan kertas biasa seperti buku, carta dan kuarantin
peta 24 jam

2. Manuskrip dan Nadir (kertas lapisan tisu dan 24 jam
kulit kertas)
72 jam
3. Bahan Nadir dengan kulit mylar, buckram 72 jam
4. Buku dengan kulit poliester/plastik 72 jam
5. Buku dengan kulit laminate/ photo paper 72 jam
6. Buku dengan kain, buckram dan kulit asli 72 jam
7. Plastik (cd/dvd data, audio, video) 72 jam
8. Bahan kertas bersalut poliester, plastik

dan keluli seperti kit, poster, carta dan peta

Jadual 1. Cadangan masa kuarantin bahan

4.3 Bilik/ ruang pengasingan tidak boleh berhawa dingin. Sekiranya bilik
tersebut menggunakan sistem pendingin hawa berpusat, ventilasi
penyaman udara di ruang tersebut perlu ditutup untuk mengelakkan
udara sejuk masuk ke bilik/ ruang tersebut.

32

5.1 KEMUDAHAN PERPUSTAKAAN
5.2 Kafetaria yang beroperasi digalakkan menyediakan makanan
berbungkus oleh pengendali makanan yang memakai alat penutup
hidung dan pelitup muka serta memastikan penjarakan sosial
dilaksanakan selaras dengan prosedur KKM.
5.3 Surau yang beroperasi di kawasan perpustakaan juga perlu mematuhi
penjarakan selamat serta prosedur norma baharu yang ditetapkan.
5.4 Penggunaan kemudahan bilik perbincangan tidak dibenarkan.
5.5 Pengamalan jarak sosial di seluruh kawasan perpustakaan termasuk
di tandas, pantri, ruang rekreasi dan lain-lain yang berkaitan.

6.0 MEMPAMERKAN GARIS PANDUAN/ SOP UNTUK PENGGUNA DAN
KAKITANGAN PERPUSTAKAAN
Menyediakan dan mempamerkan Garis Panduan/ SOP “Do’s” dan “Don'ts”
di kawasan strategik perpustakaan untuk panduan pengguna dan kakitangan
mengenai langkah-langkah pencegahan penularan wabak COVID-19.

33

PENGURUSAN
PEPERIKSAAN

PENGURUSAN PEPERIKSAAN

1.0 PEPERIKSAAN

Peperiksaan di kelas/ dewan peperiksaan dibenarkan beroperasi
dengan mengamalkan perkara-perkara seperti yang berikut:

1.1 Memastikan kebersihan kelas/ dewan peperiksaan berada pada tahap
yang baik dan telah menjalani proses pembasmian kuman sekurang-
kurangnya 1 kali sehari.

1.2 Memastikan susun atur kerusi meja setiap pelajar berada pada jarak
1.3 meter atau 1.5 meter (diukur dari pusat meja). Kerusi dan meja yang
tidak digunakan diletakkan di bahagian belakang kelas. (rujuk pelan
A) atau memberi tanda (X) bagi kerusi dan meja yang TIDAK
DIBENARKAN duduk (rujuk pelan B).

1.3 Mengehadkan bilangan pelajar di dalam kelas antara 12 - 16 orang
sahaja.

1.4 Mengamalkan penjarakan sosial dengan memastikan pelajar berbaris
untuk masuk ke kelas/ dewan peperiksaan dengan jarak 1 meter di
antara setiap pelajar.

1.5 Memastikan kesihatan pelajar dengan mengisytiharkan kesihatan,
merekodkan suhu badan pelajar dan memakai pelitup muka (face
mask).

1.6 Merekodkan kehadiran pelajar pada setiap waktu peperiksaan.
1.7 Menyediakan pensanitasi tangan (hand sanitizer) di pintu masuk dan

pintu keluar kelas/ dewan peperiksaan.
1.8 Memastikan pelajar dan guru menggunakan pensanitasi tangan

sebelum masuk ke kelas/ dewan peperiksaan dan ketika keluar dari
kelas/ dewan peperiksaan.
1.9 Memastikan pelajar memakai pelitup muka sepanjang berada di
dalam kelas/ dewan peperiksaan.

34

1.10 Melarang perkongsian alat tulis, botol minuman atau bekas makanan
dan apa-apa juga bentuk barangan.

1.11 Mengingatkan pelajar DILARANG bertukar-tukar tempat duduk.
1.12 Menjalankan pemantauan terhadap suhu badan dan tahap kesihatan

pelajar pada setiap hari. Pelajar yang kurang sihat perlu diasingkan
dalam bilik sakit/ kuarantin.
1.13 Memaklumkan kepada pelajar bahawa jika mengalami gejala
jangkitan saluran pernafasan seperti demam, batuk atau sesak nafas
perlu merujuk Penyelia Asrama/ HEP maktab untuk mendapatkan
rawatan.
1.14 Guru bertugas perlu berada di dalam kawasan kelas/ dewan
peperiksaan sepanjang masa peperiksaan diadakan supaya mudah
dihubungi sekiranya terdapat sebarang masalah seperti calon sakit.
1.15 Memastikan hanya ada satu laluan masuk dan keluar di kelas/
dewan peperiksaan. Pelajar perlu mengikut laluan masuk dan keluar
yang betul.
1.16 Memastikan semua keperluan kelas/ dewan peperiksaan disediakan
seperti yang terkandung dalam Buku Panduan Unit Peperiksaan dan
Penilaian Maktab.

35

PELAN A

PELAN LANTAI KEDUDUKAN PELAJAR DALAM KELAS/
DEWAN PEPERIKSAAN
PASCAPKP

PAPAN PUTIH

MEJA GURU PINTU
MASUK

1.5 m 1.5 m 1.5 m 1.5 m

1.5 m 3 4 5
12

1.5 m
6 7 8 9 10

1.5 m
11 12 13 14 15

PINTU
KELUAR

KERUSI MEJA YANG TIDAK DIGUNAKAN DISUSUN DI BAHAGIAN BELAKANG KELAS
36

PELAN B

PELAN LANTAI KEDUDUKAN PELAJAR DI DALAM KELAS/
DEWAN PEPERIKSAAN
PASCAPKP

MEJA GURU PAPAN PUTIH PINTU
MASUK

1.5 m 1.5 m 1.5 m 1.5 m
1.5 m

X X

XX X

XX

X XX

XX

PINTU
KELUAR

NOTA: JARAK SETIAP MEJA – 1.3 / 1.5 METER (UKURAN DARI PUSAT MEJA)
37

PENGURUSAN BILIK GURU

PENGURUSAN BILIK GURU

1.0 BILIK GURU

Bilik guru dibenarkan beroperasi dan mengamalkan perkara-perkara berikut:

1.1 Memastikan kesihatan guru dengan mengisytiharkan kesihatan,
merekodkan suhu badan pekerja dan memakai pelitup muka (face mask).

1.2 Memastikan kebersihan bilik guru dengan menjalankan proses
pembasmian kuman sekurang-kurangnya 3 kali sehari.

1.3 Mengamalkan penjarakan sosial dengan memastikan kedudukan
meja/stesen kerja di bilik guru dalam jarak 1 meter antara satu sama lain
dan mengehadkan bilangan pelajar yang datang berkonsultasi dengan guru
di bilik guru pada satu-satu masa.

1.4 Menjalankan aktiviti konsultasi yang bersesuaian dengan memastikan
perkara-perkara berikut :

i. Bilangan pelajar tidak melebihi 2 orang
ii. Tempoh masa yang terhad (tidak melebihi 15 minit)
iii. Pelajar dan guru memakai pelitup muka
iv. Memastikan penjarakan sosial dilaksanakan
v. Merekodkan nama pelajar yang berurusan di bilik guru

1.5 Memastikan konsultasi berkumpulan pelajar dibuat di luar bilik guru dan di
tempat yang sesuai.
1.6 Memastikan penggunaan pensanitasi tangan sebelum dan selepas
memasuki bilik guru.
1.7 Memastikan guru-guru sentiasa membersihkan/ mengelap meja kerja
menggunakan spray/ tisu basah antibakteria.
1.8 Menyediakan pensanitasi tangan di pintu masuk dan pintu keluar jabatan/
bilik guru.
1.9 Mengamalkan etika batuk dan bersin.
1.10 Mengelakkan berjabat tangan/ bersalaman dalam kalangan guru mahupun
pelajar.
1.11 Mesyuarat dan perbincangan dilaksanakan berdasarkan penjarakan sosial
sekurang-kurangnya 1 meter.
1.12 Memastikan tingkap jabatan/ bilik guru dibuka sekurang-kurangnya sekali
sehari bagi memastikan pengudaraan/ ventilasi yang bersih.
1.13 Memastikan kebersihan bilik pantri dan elakkan berkongsi makanan.
1.14 Meletakkan pensanitasi tangan di tempat-tempat alatan guna sama (mesin
pencetak dan alat bantu mengajar)
1.15 Memastikan guru-guru menggunakan alat/ bahan bantu mengajar
persendirian (mengelakkan perkongsian alatan/ bahan bantu mengajar).

38

PENGURUSAN SURAU

PENGURUSAN SURAU

1.1 PENGURUSAN SURAU

Solat berjemaah di surau MRSM dibenarkan beroperasi (tertakluk kepada arahan
yang dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam negeri masing-masing) dengan
mengamalkan perkara-perkara seperti yang berikut:

1.2 Memastikan kebersihan surau berada pada tahap yang baik dan telah
menjalankan proses pembasmian kuman sekurang-kurangnya 1 kali
sehari.

1.3 Memastikan susunan sejadah setiap makmum berada pada jarak 1 meter.
Hanya satu sejadah untuk imam dan tiga sejadah untuk makmum
disediakan.

1.4 Mengehadkan bilangan ahli jemaah empat orang sahaja termasuk imam
tertakluk kepada arahan Jabatan Agama Islam Negeri:
1.4.1 Memastikan pelajar mengambil wuduk di asrama sebelum datang
solat di surau.
1.4.2 Memastikan pelajar yang mempunyai suhu badan normal sahaja
melaksanakan solat berjemaah di surau.
1.4.3 Merekodkan nama pelajar yang mengerjakan solat pada setiap
waktu solat.
1.4.4 Memastikan pelajar memakai pelitup muka (face mask) sepanjang
berada di dalam surau.
1.4.5 Melarang aktiviti bersalaman antara pelajar sebelum dan selepas
solat.
1.4.6 Pelajar hendaklah bersurai dengan segera setelah selesai
menunaikan solat berjemaah.

1.5 Menyediakan pensanitasi tangan (hand sanitizer) di pintu masuk dan pintu
keluar surau.

1.6 Memastikan pelajar menggunakan pensanitasi tangan sebelum masuk ke
surau dan ketika keluar dari surau.

1.7 Memastikan aliran udara (ventilasi) di surau berada dalam keadaan baik
dengan membuka tingkap.

1.8 Menyediakan tong sampah bertutup bagi tempat pembuangan pelitup muka
terpakai.

1.9 Panduan Pengurusan Surau MRSM tertakluk kepada arahan yang
dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam negeri masing-masing.

39


Click to View FlipBook Version