alat yang dapat meningkatkan minat murid untuk belajar sejarah dan secara tidak langsung dapat meningkatkan
pencapaian pelajar dalam mata pelajaran Sejarah
Objektif pelaksanaan peralatan papan permainan Sahibba Sejarah dalam pengajaran dan pembelajaran sejarah ialah;
i. Membantu murid mengingati fakta sejarah sesuatu topik
ii. Membantu murid membaca dengan baik
iii. Memahami isi kandungan teks
iv. Mewujudkan kerjasama antara murid
Antara kebaikan konsep peralatan papan permainan Sahibba Sejarah ini dapat menarik dan merangsang pemikiran
murid untuk belajar sejarah. Tambahan lagi, peralatan papan permainan Sahibba Sejarah ini juga mengalakkan pelajar
untuk aktif dalam kumpulan dan pelajar dapat berinteraksi antara satu sama lain. Selain itu, murid akan merasa lebih
seronok dan melalui suasana pertandingan yang memerlukan mereka bersaing dan menguasai fakta-fakta sejarah.
Malahan peralatan papan permainan Sahibba Sejarah boleh digunakan dan diaplikasikan sebagai salah satu aktiviti ko-
kurikulum persatuan sejarah di sekolah. Penglibatan murid semasa aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang
menggunakan peralatan papan permainan Sahibba Sejarah ini boleh menjadi salah satu bahan bantu mengajar (BBM)
yang boleh meningkatkan pencapaian murid dalam mata pelajaran sejarah.
3.0 OBJEKTIF KAJIAN
Kajian ini dijalankan untuk mencapai beberapa objektif seperti berikut:
i. Mengenal pasti tahap minat, sikap, kemahiran pemikiran sejarah (KPS) terhadap penggunaan peralatan papan
permainan Sahibba Sejarah semasa pengajaran dan pembelajaran.
ii. Mengenal pasti tahap pencapaian murid terhadap penggunaan peralatan papan permainan Sahibba Sejarah.
iii. Mengenal pasti hubungan penggunaan peralatan papan permainan Sahibba Sejarah dengan minat murid terhadap
mata pelajaran sejarah.
4.0 PERSOALAN KAJIAN
i. Apakah tahap minat, sikap, kemahiran pemikiran sejarah (KPS) terhadap penggunaan peralatan papan permainan
Sahibba Sejarah semasa pengajaran dan pembelajaran?
ii. Apakah tahap pencapaian murid terhadap penggunaan peralatan papan permainan Sahibba Sejarah ?
iii. Apakah signifikan hubungan penggunaan peralatan papan permainan Sahibba Sejarah dengan minat murid
terhadap mata pelajaran sejarah?
5.0 HIPOTESIS KAJIAN
Ho1 : Tidak ada perbezaan yang signifikan tahap minat, sikap, KPS dengan
penggunaan peralatan papan permainan Sahibba Sejarah semasa pengajaran dan pembelajaran.
Ho2 : Tidak ada perbezaan yang signifikan tahap pencapaian murid dengan
Ho3 : penggunaan peralatan papan permainan Sahibba Sejarah.
Tidak ada kaitan yang signifikan penggunaan peralatan papan permainan Sahibba Sejarah dengan
minat murid terhadap mata pelajaran sejarah
6.0 TEORI
6.1 Teori Konstruktivisme
Teori ini menekankan pelajar untuk aktif dalam proses pengajaran dan pemudahcaraan. Menurut Briner (1999),
pendekatan pembelajaran teori konstruktivisme ini ialah pelajar membina pengetahuan mereka dengan menguji idea
dan pendekatan berdasarkan pengetahuan dan pengalaman sedia ada, mengaplikasi situasi baru dan mengintegrasikan
pengetahuan baru yang diperoleh dengan pengetahuan yang sedia ada.
6.2 Model Needham 5 Fasa
Model ini dapat memberikan implikasi yang baik dan berkesan kepada pelajar yang mendapat keputusan pada tahap
yang sederhana. Menurut Jamaluddin dan Zaidatun (2003) pelajar yang mendapat keputusan yang tahap sederhana
kebiasaannya memerlukan satu medium pengajaran dan pembelajaran seperti visual yang bergerak iaitu melalui video,
animasi, muzik dan grafik yang menarik. Model ini terdiri daripada lima fasa iaitu fasa orientasi, fasa pencetusan idea,
fasa penstrukturan semula idea, fasa aplikasi idea dan fasa refleksi. Model Needham 5 Fasa tersebut ialah seperti
berikut
Orientasi
Pencetusan idea
Penstrukturan
semula
idea
Aplikasi idea
Refleksi
Rajah 1 Model 5 Fasa Needham (Richard, 1987)
6.3 Pembelajaran kolaboratif
Pembelajaran kolaboratif dicipta oleh Ried pada tahun 1989. Terdapat lima fasa dalam model pembelajaran kolaboratif
iaitu:
i. Penglibatan
ii. Eksploitasi
iii. Transformasi
iv. Persembahan
v. Refleksi
Papan permainan Sahibba Sejarah telah menggunakan model pembelajaran kolaboratif di mana pada fasa permulaan,
guru telah membahagikan murid kepada 10 kumpulan dan setiap kumpulan terdiri daripada dua orang. Pada peringkat
ini pelajar-pelajar dalam kumpulan akan mencari jawapan berdasarkan soalan Teka Teki Silang Kata dan Mencari
Jawapan Teka Teki Silang Kata. Kedua-dua teka teki ini perlu diselesaikan oleh pelajar sebelum mereka bermain papan
permainan Sahibba Sejarah.
Pada fasa kedua pula, guru telah memberi penerangan berkaitan jawapan kedua-dua teka teki sebelum pelaksanaan
papan permainan Sahibba Sejarah sebelum murid-murid bermain menggunakan peralatan papan permainan Sahibba
Sejarah. Aktiviti seperti ini telah mengalakkan penglibatan murid untuk bergerak dengan aktif dalam semasa aktiviti
pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan. Sebelum memulakan aktiviti papan permainan Sahibba Sejarah dalam fasa
ketiga, murid diberikan soalan praujian untuk menilai tahap pencapaian murid berkaitan dengan tajuk-tajuk tertentu
dalam sukatan sejarah tingkatan lima. Fasa keempat pula adalah transformasi atau perubahan pengetahuan. Di sini
pelajar dalam kumpulan terikat dengan aktiviti untuk membentuk semula maklumat-maklumat dengan mengatur,
menjelaskan, menghuraikan atau menghubungkan konsep-konsep pembelajaran. Dalam peringkat ini memerlukan
pelajar-pelajar berbincang dan menyumbangkan idea dalam kumpulan. Pada fasa kelima, setelah berbincang dalam
kumpulan, pelajar memberikan jawapan kepada kumpulan lain, dan murid menjadi pengadil untuk menentukan
ketepatan jawapan tersebut. Pada fasa terakhir ialah para pelajar memberikan analisis sesuatu yang telah mereka pelajari
dengan mengenal pasti kekuatan dan kelemahan dalam proses pembelajaran yang telah dilalui oleh mereka dan mencari
jalan untuk mereka memperbaiki pembelajaran mereka dengan melakukan latihan berbentuk esei. Dalam hal ini guru
akan bertindak sebagai pembimbing atau pemudah cara kepada pelajar untuk mencari penyelesaian.
7.0 METODOLOGI KAJIAN
Metodologi yang digunakan ialah penyelidikan eksperimen. Penyelidikan eksperimen dapat mengkaji hubungan sebab
dan akibat. Menurut Gall,Gall,& Borg,2003;Gay 1998, penyelidikan ekperimen merupakan satu-satu jenis penyelidikan
yang menguji sebab dan akibat. Selain itu, penyelidikan eksperimen dijalankan dalam persekitaran yang terkawal, di
mana satu atau lebih pemboleh ubah diuji dan dimanipulasikan oleh pembolehubah tidak bersandar.
7.1 Peserta kajian
Kajian ini telah dijalankan di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Kuala Selangor yang melibatkan murid tingkatan
4 Iman. Peserta kajian terdiri daripada 20 orang murid iaitu 10 lelaki dan 10 perempuan. Pemilihan sampel kajian
adalah secara rawak muda
7.2 Ujian Pra dan pos
Sebelum aktiviti papan permainan Sahibba Sejarah dijalankan, 20 orang murid yang menjadi sampel kajian diberikan
ujian pra. Kemudian, murid yang terlibat dibahagikan kepada 10 kumpulan secara berpasangan untuk bermain dengan
peralatan papan permainan Sahibba Sejarah. Setelah pengajaran dan pembelajaran selesai dilaksanakan dengan
peralatan papan permainan Sahibba Sejarah, murid sekali lagi diberikan ujian post untuk mengetahui perbezaan dan
kesan selepas menggunakan peralatan papan permainan Sahibba Sejarah dalam pengajaran sejarah. Soalan ujian pra dan
ujian pos hanya berkaitan dengan tajuk-tajuk yang berkaitan dengan peralatan papan permainan Sahibba Sejarah yang
dijalankan oleh murid yang terlibat.
7.3 Soal selidik
Soal selidik yang digunakan dalam kajian ini menggunakan yang menggunakan skala likert 1-5 bagi item yang
berkaitan dengan minat, sikap, dan kemahiran pemikiran sejarah (KPS) untuk meningkatkan ketepatan dan kebenaran
yang diberikan oleh sampel kerana tidak dipengaruhi oleh pengkaji.
8.0 LANGKAH-LANGKAH MELAKUKAN
Langkah 1: Set Induksi
Tindakan Guru: Guru memulakan sesi pengajaran dan pembelajaran (Pdpc) dengan melaksanakan set induksi dengan
memberi taklimat tatacara bermain dan peraturan papan permainan Sahibba Sejarah. Setelah memberi taklimat, guru
memberi soalan ujian pra untuk dijawab oleh murid.
Tindakan Murid: Murid mendengar penerangan daripada guru iaitu tatacara bermain dan peraturan papan permainan
Sahibba Sejarah.
Tujuan: Menarik minat murid belajar sejarah melalui aktiviti papan permainan Sahibba Sejarah.
Langkah 2: Pembahagian kumpulan dan permainan dimulakan
Tindakan Guru: Guru membahagikan murid kepada 10 kumpulan
Tindakan Murid: Murid berada dalam kumpulan masing-masing dan memulakan permainan Sahibba Sejarah dengan
menjawab terlebih dahulu soalan teka teki silang kata dan menggaris jawapan teka teki silang kata.
Tujuan: Menilai pemahaman,ketepatan fakta, dan memupuk kerjasama setiap kumpulan.
Langkah 3: Pengukuhan dan penilaian
Tindakan Guru: Guru memberikan soalan berbentuk objektif untuk dijawab oleh murid. Selepas itu, guru berbincang
jawapan dengan murid sebelum mengarahkan pelajar tersebut menulis latihan esei.
Tindakan Murid: Murid menerima soalan daripada guru dan menjawabnya. Murid berbincang jawapan dengan guru.
Tujuan:Menilai tahap pemahaman murid dalam bab-bab sukatan mata pelajaran Sejarah tingkatan 4
Langkah 4: Membuat kesimpulan
Tindakan Guru: Guru meminta beberapa orang murid untuk membuat kesimpulan untuk proses pengajaran dan
pemudahcaraan.
Tindakan murid: Beberapa orang murid telah membuat kesimpulan untuk tajuk pengajaran dan pemudahcaraan.
Tujuan:melihat sejauhmana murid dapat membuat kesimpulan berkaitan dengan pengajaran dan pemudahcaraan pada
hari itu.
9.0 DAPATAN KAJIAN
Instrumen yang digunakan adalah borang soal selidik kerana penggunaan borang soal selidik lebih berkesan untuk
mendapatkan maklum balas daripada murid-murid. Keputusan analisis Alfa Cronbach menunjukkan nilai untuk setiap
sub-konstruk sesuai untuk digunakan iaitu konstruk Minat (.940), sub-konstruk Sikap (.894) dan sub-konstruk
Kemahiran Pemikiran Sejarah (.961). Data kajian telah dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical Package For
The Social Science (SPSS) versi 23. Jadual-jadual di bawah menunjukkan sebanyak 50.0% (10) adalah terdiri daripada
murid lelaki dan 20.0% (10) ialah murid perempuan. Dari segi taburan kaum, 95.0% (19) ialah murid daripada kaum
Melayu dan hanya 5.0% (1) dari lain-lain kaum. Taburan agama pula menunjukkan hanya satu agama yang dianuti iaitu
100% (20) murid beragama Islam.
Jadual 1 Latar Belakang Mengikut Jantina
Jantina Kekerapan Peratus (%)
Lelaki 10 50.0
Perempuan 10 50.0
Jumlah 20 100
Kaum Jadual 2 Latar Belakang Mengikut Kaum Peratus (%)
Melayu Kekerapan 95.0
19 0
Cina 0 0
India 0 5.0
Lain-lain 1 100
Jumlah 20
Jadual 3 Latar Belakang Mengikut Agama
Agama Kekerapan Peratus (%)
Islam 20 100
Kristian 0 0
Buddha 0 0
Hindu 0 0
Jumlah 20 100
KEPUTUSAN PENCAPAIAN UJIAN PRA DAN UJIAN POS
Kedua-dua ujian pra dan ujian pos yang diberikan kepada responden telah disemak dan dianalisis. Jadual di bawah
menunjukkan pencapaian responden setelah semakan dijalankan terhadap ujian pra dan ujian pos. Min yang diperoleh
bagi ujian pra ialah 9.6500 manakala bagi ujian pos ialah 10.0000 . Perubahan tersebut menunjukkan peningkatan
markah responden dalam ujian pos. Jadual 4 Keputusan Ujian Pra dan Pos
Pencapaian N Min Sisihan Piawai
Ujian Pra
20 9.6500 2.43386
Ujian Pos
20 10.0000 2.20048
Tahap penguasaan bagi julat markah terhadap ujian pra dan ujian pos bagi responden turut dinilai dan dianalisis
menggunakan skala di bawah:
Jadual 5 Skala Markah Dan Tahap Penguasaan
Markah (x/40) Tahap Penguasaan
0 – 10 Lemah
11 – 20
21 – 30 Sederhana
31 – 40 Baik
Sangat Baik
Markah (x/20) Tahap Penguasaan Responden Responden
(TP) ( Ujian Pra ) ( Ujian Pos )
0– 5 Lemah
6 – 10 0 1
11– 15 Sederhana 12 11
16– 20
Baik 8 9
Sangat Baik 0 0
Jumlah Responden 20 20
Jadual di atas menunjukkan dapatan bagi ujian pra dan ujian pos berdasarkan tahap penguasaan yang telah ditetapkan
dan jumlah responden bagi setiap tahap penguasaan. Perubahan jumlah respon telah berlaku selepas perbandingan
dilakukan di antara ujian pra dengan ujian pos. Jumlah responden bagi tahap penguasaan lemah telah bertambah
seorang responden pada ujian kali kedua iaitu ujian pos. Bagi tahap penguasaan sederhana pula menunjukkan berlaku
penurunan iaitu daripada 12 orang responden kepada 11 orang responden daripada ujian pra ke ujian pos. Namun, tahap
penguasaan baik telah meningkat iaitu daripada lapan orang responden semasa ujian pra, menjadi sembilan orang
responden selepas ujian pos. Hal ini menunjukkan peningkatan dalam pencapaian yang diperoleh 20 orang responden
selepas penggunaan papan permainan Sahibba Sejarah.
SOAL SELIDIK MINAT DAN SIKAP (PRA)
Dapatan kajian bagi penilaian untuk minat, sikap, dan kemahiran pemikiran sejarah terhadap pengajaran dan
pembelajaran guru Sejarah telah direkodkan dan dianalisis menggunakan soalselidik. Bagi menganalisis borang soal
selidik ini, skala Likert lima peringkat skor telah digunakan untuk mewakili:
Jadual 6 Skala Likert
1 Sangat Tidak Setuju
2 Tidak Setuju
3 Memuaskan
4 Setuju
5 Sangat Setuju
Setiap item yang disoal di dalam borang selidik dicari nilai min supaya dapat melihat tahap minat dan sikap pelajar
terhadap pengajaran dan pembelajaran Sejarah. Interpretasi Skor Min digunakan supaya setiap item dalam soal selidik
dapat dianalisis seperti yang ditunjukkan di jadual bawah.
Jadual 7 Skor Dan Tafsiran Skor
Tafsiran Terhadap Sikap Tafsiran Terhadap Kemahiran
Skor Skor Min Dan Minat Pemikiran Sejarah
1 1.00- 1.50 Sangat Tidak Setuju Sangat Tidak Baik
2 1.51- 2.49 Tidak Setuju Tidak Baik
3 2.50- 3.49 Memuaskan Sederhana
4 3.50- 4.49 Setuju Baik
5 4.50-5.00 Sangat Setuju Sangat Baik
Jadual di bawah menunjukkan dapatan konstruk soal selidik terhadap minat responden terhadap pembelajaran dan
pengajaran Sejarah sebelum dan selepas penggunaan papan permainan Sahibba Sejarah. Perubahan yang diperhatikan
pada nilai min bagi konstruk minat yang diperoleh di dalam soal selidik yang dijalankan selepas eksperimen adalah
lebih tinggi berbanding sebelum eskperimen. Responden telah mula menunjukkan minat terhadap pembelajaran sejarah
yang menggunakan kaedah papan permainan Sahibba Sejarah berbanding kaedah biasa yang menggunakan kaedah
konvensional yang berpusatkan guru.
Jadual 8 Perbandingan Keputusan Minat Terhadap Sejarah
Minat N Min (Pra) Min (Pos)
20 3.2500 4.3000
Saya gembira apabila waktu mata pelajaran sejarah 20 3.3000 4.1500
Saya mudah mengingati fakta sejarah melalui sesi pengajaran dan
pembelajaran 20 3.7500 3.9500
Saya sangat berminat untuk mengetahui peristiwa-peristiwa
bersejarah yang terdapat dalam buku teks 20 3.5500 4.0000
Saya dapat menjawab soalan-soalan yang dikemukan dalam kelas
oleh guru 20 3.3000 4.1500
Saya suka membuat latihan dan tugasan Sejarah 20 3.4500 4.2500
Saya sentiasa memberi tumpuan sepenuhnya semasa pengajaran guru
didalam kelas 20 3.0000 4.1000
Saya selalu menyiapkan tugasan dan latihan sejarah 20 3.3714 4.1286
Jumlah Keseluruhan
Jadual di atas menunjukkan dapatan konstruk soal selidik terhadap minat responden terhadap pembelajaran dan
pengajaran Sejarah sebelum dan selepas penggunaan papan permainan Sahibba Sejarah. Analisis sikap telah dilakukan
terhadap soal selidik yang diberikan kepada responden. Jadual di bawah menunjukkan nilai min bagi konstruk sikap
yang diperoleh di dalam soal selidik. Hasil dapatan memberikan keputusan nilai min yang lebih tinggi selepas alat
permainan digunakan berbanding sebelumnya. Hal ini memberikan gambaran bahawa responden telah menunjukkan
sikap yang positif terhadap kaedah pengajaran yang digunakan semasa aktiviti pengajaran dan pemudahcaraan
berlangsung.
Jadual 9 Perbandingan Keputusan Sikap Terhadap Sejarah
Sikap N Min (Pra) Min (Pos)
Saya belajar dan membuat tugasan Sejarah dengan bersungguh- 20 3.3000 3.7500
sungguh.
Saya berasa gembira setiap kali selesai melakukan aktiviti dalam 20 3.3500 4.0000
pembelajaran Sejarah 20 3.2000 3.8500
Pembelajaran matapelajaran Sejarah menggalakkan saya berfikir
Saya sentiasa memberi tumpuan semasa sesipengajaran 20 3.0000 3.6500
dan pembelajaran Sejarah dilaksanakan.
Saya sentiasa menyiapkan tugasan dan latihan dalam mata 20 3.7500 4.1500
pelajaran Sejarah. 20 3.2000 3.9500
Saya membaca buku Sejarah pada masa lapang.
Saya akan berbincang dengan rakan untuk mendapatkan jawapan 20 3.3000 3.9000
yang tepat semasa menyiapkan tugaan dan latihan Sejarah 20 3.3000 3.8929
Jumlah Keseluruhan
Soal selidik terhadap kemahiran pemikiran sejarah juga telah dilakukan dan menunjukkan dapatan-dapatan tertentu
mengikut setiap konstruk yang dibina iaitu konstruk memahami kronologi, meneroka bukti, membuat imaginasi,
membuat interpretasi dan membuat rasionalisasi. Setiap kemahiran yang dianalisis dalam soal selidik pra dan soal
selidik pos dibandingkan untuk melihat perubahan yang berlaku terhadap kemahiran responden.
Jadual di bawah menunjukkan keputusan perbandingan di antara soal selidik bagi konstruk memahami kronologi
iaitu salah satu daripada kemahiran pemikiran sejarah. Keputusan yang diperoleh dalam soal selidik pra adalah lebih
rendah berbanding keputusan bagi soal selidik pos. Nilai min tersebut memberikan gambaran bahawa pelajar
mempunyai kemahiran memahami kronologi pada tahap yang sederhana sebelum pelaksanaan alat permainan Sahibba
Sejarah dijalankan. Keputusan yang diperoleh secara keseluruhannya menunjukkan bahawa kemahiran memahami
kronologi dalam kalangan responden menjadi lebih baik selepas penggunaan permainan Sahibba Sejarah.
Jadual 10 Perbandingan Keputusan Kemahiran Memahami Kronologi
Kemahiran Memahami Kronologi N Min ( Pra) Min ( Pos )
3.6500
Saya boleh menjelaskan turutan masa 3.6000
3.6500
tentang perkembangan tamadun. 20 3.0500
3.7000
Saya boleh menganalisis perubahan zaman dan masa berlakunya 3.5500
3.6300
peristiwa sejarah. 20 3.1000
Saya menggunakan garis masa untuk menunjukkan
Perkembangan peristiwa sejarah. 20 3.3500
Saya boleh menyatakan perkaitan antara masa lalu, masa kini, dan
masa akan datang berkaitan sejarah.
20 3.0500
Saya boleh menggunakan istilah-istilah awal, pertengahan, akhir untuk
merujuk tempoh masa. 20 3.1000
Jumlah Keseluruhan 20 3.1300
Kemahiran meneroka bukti dalam kalangan responden direkodkan dan dibandingkan seperti yang ditunjukkan di dalam
jadual di bawah. Nilai min yang diperoleh bagi setiap item dalam konstruk meneroka bukti menunjukkan perbezaan di
antara soal selidik pra dengan soal selidik pos. Rata-rata nilai min bagi item yang diperoleh semasa soal selidik pra
berada pada tahap sederhana. Perubahan berlaku semasa soal selidik pos, iaitu peningkatan daripada sederhana kepada
baik. Perkara ini menunjukkan kemahiran meneroka bukti dalam kalangan responden meningkat selepas penggunaan
alat permainan Sahibba Sejarah.
Jadual 11 Perbandingan Keputusan Kemahiran Meneroka Bukti
Kemahiran Meneroka Bukti N Min ( Pra) Min ( Pos )
3.4500
Saya boleh membuat perbandingan antara sumber pertama dan kedua. 20 3.0500 3.8000
Saya mudah mengingati fakta sejarah. 20 3.0500 3.6500
3.8500
Saya boleh menyatakan sebab-sebab berlakunya sesuatu peristiwa
3.9000
sejarah . 20 3.0000 3.7300
Saya boleh menyatakan sumber sejarah yang berkaitan dengan tamadun. 20 3.0000
Saya mempunyai daya ingatan yang baik terhadap sebab dan akibat
peristiwa sejarah yang berlaku. 20 2.9500
Jumlah Keseluruhan 20 3.0100
Jadual 12 Perbandingan Keputusan Kemahiran Membuat Imaginasi
Kemahiran Membuat Imaginasi N Min ( Pra ) Min ( Pos )
3.8000
Saya dapat memahami perjuangan tokoh sejarah. 20 3.5500
3.8000
Saya dapat menggambarkan tindakan tokoh terhadap sesuatu peristiwa 3.9000
sejarah. 20 3.6000 3.8500
3.6500
Saya dapat menjelaskan sesuatu peristiwa sejarah. 20 2.9500 3.8000
Saya dapat menjelaskan ciri-ciri tokoh yang terlibat dalam sesuatu
peristiwa. 20 3.1000
Saya boleh menceritakan semula peristiwa sejarah yang telah dipelajari 20 3.0000
Jumlah Keseluruhan 20 3.2400
Jadual di atas merupakan keputusan perbandingan terhadap kemahiran membuat imaginasi dalam kalangan responden
dalam soal selidik pra dan soal selidik pos. Peningkatan telah ditunjukkan dalam soal selidik pos iaitu nilai min
daripada tahap sederhana kepada tahap baik. Peningkatan ini memberikan suatu gambaran bahawa penggunaan alat
Sahibba Sejarah adalah berkesan terhadap responden-responden.
Jadual 13 Perbandingan Keputusan Kemahiran Membuat Interpretasi
Kemahiran Membuat Interpretasi N Min ( Pra ) Min ( Pos )
3.6500
Saya dapat menerangkan peristiwa sejarah kepada rakan-rakan. 20 3.0500
3.9000
Saya dapat menyelesaikan persoalan yang timbul berkaitan sesuatu 3.5500
peristiwa sejarah. 20 3.7000
3.7000
Saya dapat menganalisis sesuatu fakta sejarah. 20 3.0500 3.7000
Saya boleh membuat kesimpulan terhadap sesuatu fakta sejarah
berdasarkan kefahaman yang logik. 20
Saya dapat membezakan antara fakta sejarah dengan tafsiran sejarah. 20 2.9000
Jumlah Keseluruhan 20 2.9800
Kemahiran membuat interpretasi sejarah telah dianalisis dan direkodkan di dalam jadual di atas. Perbandingan antara
kedua-dua soal selidik telah menunjukkan peningkatan dari soal selidik pra ke soal selidik pos. Nilai min yang
diperoleh dalam soal selidik pra secara keseluruhannya berada pada tahap sederhana iaitu 2.50 – 3.49. Purata bagi nilai
min dalam soal selidik pos pula berada pada tahap baik iaitu 3.50 – 4..49. Hal ini menunjukkan peningkatan yang
positif terhadap kemahiran membuat interpretasi dalam kalangan responden melalui pengajaran dan pembelajaran yang
menggunakan papan permainan Sahibba Sejarah.
Kemahiran kelima dalam kemahiran pemikiran sejarah iaitu kemahiran membuat rasionalisasi juga memberikan
keputusan yang berbeza di antara soal selidik pra dengan soal selidik pos. Dalam soal selidik pra, item-item yang
dianalisis menunjukkan responden-responden telah mempunyai tahap kemahiran membuat rasionalisasi pada tahap
yang sederhana. Setelah dilaksanakan papan permainan Sahibba Sejarah terhadap responden, soal selidik pos telah
diedarkan dan direkokdkan. Hasil adalah seperti di dalam jadual di bawah. Perbandingan yang dibuat telah
menunjukkan perbezaan yang ketara antara kedua-dua soal selidik. Selepas penggunaan papan permainan Sahibba
Sejarah, nilai min bagi item-item dalam kemahiran mebuat rasionalisasi telah meningkat kepada tahap baik. Hal ini
memberikan gambaran bahawa papan permainan Sahibba Sejarah telah memberikan kesan yang positif terhadap
kemahiran membuat rasionalisasi dalam kalangan responden.
Jadual 14 Perbandingan Keputusan Kemahiran Membuat Rasionalisasi
Kemahiran Membuat Rasionalisasi N Min ( Pra ) Min ( Pos )
Saya boleh membuat pertimbangan tentang kebaikan dan keburukan 3.8000
3.8500
daripada peristiwa sejarah. 20 3.2000
3.8500
Saya mengambil peristiwa sejarah sebagai teladan dalam hidup saya. 20 3.8000
Saya boleh menggunakan akal fikiran bagi menyelesaikan sesuatu 3.9500
3.8500
persoalan berkaitan sejarah yang dipelajari. 20
Saya boleh membahaskan tentang sesuatu topik dan isu sejarah. 20 3.0000
Saya mampu membuat pertimbangan yang wajar tentang sesuatu peristiwa
sejarah. 20 3.0500
Jumlah 18 3.2000
Penggunaan kaedah pengajaran yang berbeza telah memberikan keputusan yang berbeza terhadap sikap, minat dan
pengetahuan seseorang pelajar. Secara keseluruhannya, penggunaan papan permainan Sahibba Sejarah telah
memberikan perubahan terhadap tahap penguasaan responden dari aspek minat, sikap, dan kemahiran pemikiran
sejarah.
9.1 TATACARA PERMEROLEHAN DATA
Sebelum pengajaran menggunakan papan permainan Sahibba Sejarah dilaksanakan, pelajar-pelajar akan diberikan ujian
pencapaian dalam mata pelajaran sejarah iaitu ujian pra. Pelaksanaan ujian ini adalah untuk mengetahui tahap
pencapaian awal murid sebelum kajian dijalankan. Pengajaran menggunakan papan permainan Sahibba Sejarah dalam
mata pelajaran sejarah telah dijalankan selama 60 minit. Pemerhatian turut dilakukan terhadap pengajaran guru yang
dijalankan oleh pengkaji sepanjang kajian ini dilaksanakan. Pada akhir pengajaran, pelajar-pelajar akan diberikan ujian
pasca untuk melihat sama ada terdapat peningkatan pencapaian selepas pengajaran papan permainan Sahibba Sejarah
dilaksanakan dan soal selidik berkaitan tentang tahap penerimaan pelajar terhadap penggunaan permainan ini dalam
proses pengajaran dan pembelajaran sejarah.
10.0 IMPLIKASI DAN PERBINCANGAN
Berdasarkan kepada hasil dapatan menunjukkan murid-murid cenderung untuk menggunakan pelbagai gaya
pembelajaran seperti aktiviti papan permainan Sahibba Sejarah dalam pengajaran dan pembelajaran Sejarah. Murid
menunjukkan peningkatan pencapaian melalui ujian post yang dilaksanakan selepas papan permainan Sahibba Sejarah
dijalankan. Selain daripada itu, murid menunjukkan peningkatan minat dan sikap yang positif terhadap aktiviti papan
permaianan Sahibba Sejarah melalui soal selidik pra dan pos yang telah dilaksanakan semasa sesi pengajaran dan
pemudahcaraan. Dapatan berkenaan Kemahiran Pemikiran Sejarah juga turut menunjukkan peningkatan selepas papan
permainan Sahibba Sejarah dilaksanakan. Dapatan ini menunjukkan murid mempunyai minat terhadap aktiviti
permainan yang dapat merangsang pemikiran mereka untuk belajar Sejarah. Selain itu, pelaksanaan pengajaran dan
pembelajaran dengan kaedah permainan juga mendorong sikap positif murid untuk belajar Sejarah.
Dapatan menunjukkan murid cenderung dengan gaya pembelajaran yang berbeza mengikut kecenderungan masing-
masing. Pengajaran dan pembelajaran menggunakan papan permaianan Sahibba Sejarah dilihat dapat merangsang
tindak balas murid terhadap pengajaran sejarah dan boleh digunapakai oleh guru-guru semasa sesi pengajaran dan
pemudahcaraan. Melalui pelaksanaan aktiviti ini, murid menunjukkan perasaan suka dan gembira semasa aktiviti ini
dijalankan.
11.0 KESIMPULAN
Kesimpulannya, penggunaan papan permainan Sahibba Sejarah ini berjaya menarik minat murid untuk belajar sejarah
selain daripada mendorong sikap positif terhadap permainan yang dapat menguji kecekapan murid berfikir tentang
pengetahuan dan fakta yang berkaitan dengan peristiwa sejarah. Penggunaan peralatan permainan ini juga menjadi salah
satu gaya pembelajaran yang boleh dipraktikkan dan berupaya untuk meningkatkan pencapaian murid dalam
pembelajaran sejarah. Adalah diharapkan papan permainan Sahibba Sejarah ini boleh dijadikan salah satu bahan dalam
aktiviti pengajaran dan pemudahcaraan mata pelajaran sejarah yang dapat membantu murid mengingati peristiwa-
peristiwa sejarah seterusnya dapat meningkatkan pencapaian mereka dalam peperiksaan.
RUJUKAN
Abdul Razak Ahmad. (1999). Relationship Between Learning Styles and Achievement of History Subject in term of Gander, Ethnicity and Location
of school.
Briner, M. 1999. Learning Theories. Denver: University of Colorado.
Mohd Zulhelmi Mansor .(2017). Kolokium KBAT berfokus Sejarah SPM 2017. Selangor: Idea Saga Ent.
My Metro. 2015. Belajar sejarah tidak bosan lagi. 14 November:1.
Mohd. Majid Konting. (2005). Education Research Method. 7th Edition. Kuala lumpur: Dewan Bahasa Pustaka.
Needham, R. 1987. Teaching Strategies for Developing Understanding in Science. The University of Leeds: Centre for Studies in Science and
Mathematics Education.
Nik Aziz Nik Pa. (1999). Pendekatan konstruktivisme radikal dalam pendidikan Matematik.Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.
Nor Aini Aziz. (2002). Keberkesanan pengajaran pendekatan konstruktivisme dalam membina semula konsepsi pelajar tentang konsep-konsep
fotosintesis dan makanan. Tesis PhD., Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang.
Noraini Idris. 2013. Penyelidikan Dalam Pendidikan. Shah Alam:McGraw-Hill Education (Malaysia) Sdn Bhd.
Subadrah Nair & Malar A/P Muthiah. 2005. Penggunaan Model Konstruktivisme Lima Fasa Needham dalam pembelajaran Sejarah. Pulau Pinang:
Universiti Sains Malaysia.
Zamri Mohamod & Yahya Othman. 2017. Penulisan Akademik dalam bidang Sains Sosial. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.
International Conference on Education and Regional Development 2018
(ICERD 3rd 2018)
“Curriculum for Millennial Generation in Disruptive Era and 4.0 Industrial
Revolutions”
Bandung, Indonesia.
22 November 2018
KEBERKESANAN KAEDAH RumSan DALAM PENINGKATAN
KEMAHIRAN MENULIS KARANGAN ULASAN MURID
DUSUN
Juriah Musrikh & Wan Muna Ruzanna Wan Mohammad
Pusat Inovasi Pengajaran dan Pembelajaran, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 Bangi, Selangor
Emel: [email protected],
[email protected]
ABSTRAK
Kemahiran menulis merupakan medium penting dalam komunikasi dan melibatkan literasi yang kompleks serta proses
berfikir yang tinggi. Kemahiran ini juga membantu murid untuk mengutarakan gagasan idea dengan lebih rasional.
Kemahiran berfikir diterapkan kepada murid melalui soalan aras tinggi, aktiviti yang menggalakkan pemikiran dan
penyelesaian masalah serta kaedah pengajaran. Teori konstruktivisme yang memerlukan murid untuk meneroka ilmu
menjadi teras kajian ini dan digabungkan dengan model STAD. Penggunaan model dan teori ini adalah bertujuan untuk
menggalakkan murid berkolaboratif bersama rakan di samping membuat penerokaan ilmu melalui aktiviti sumbang
saran. Kajian ini dilaksanakan bagi melihat keberkesanan strategi RumSan dalam peningkatan kemahiran menulis
ulasan murid Tahun 5 menggunakan kajian tindakan. Dapatan data dikumpul melalui analisis dokumen. Seramai 20
orang murid berbangsa Dusun di SK Taginambur, Kota Belud menjadi peserta kajian. Semua murid diajar
menggunakan intervensi strategi RumSan dan diberikan ujian pasca bagi menilai keberkesanan intervensi yang telah
dijalankan. Dapatan kajian ini menunjukkan terdapat perbezaan yang ketara dalam pencapaian penulisan ulasan Bahasa
Melayu murid. Hasil dapatan kajian menunjukkan kualiti penulisan ulasan murid meningkat dengan mendapat markah
10-15 markah dan selebihnya mendapat 4-9 markah. Rumusannya, penggunaan intervensi strategi RumSan dalam
pengajaran dan pemudahcaraan kemahiran menulis ulasan dapat membantu murid untuk mendapat pencapaian yang
positif.
Kata kunci : peningkatan, kemahiran menulis, model STAD, RumSan
PENGENALAN
Negara kita sering melaksanakan perubahan dalam bentuk inovasi bagi memenuhi keperluan untuk mencapai tahap
pendidikan bertaraf global. Bagi mencapai keperluan tersebut, kandungan kurikulum telah disemak dan diberi
penambahbaikan. Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-2010 (PIPP) yang telah diperkenalkan oleh Kementerian
Pelajaran Malaysia menetapkan objektif pembangunan modal insan berfokus kepada peningkatan keupayaan dan
penguasaan ilmu pengetahuan. Pendidikan merupakan aktiviti dan proses yang memerlukan perubahan dalam diri
seseorang. Penekanan dalam perkembangan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu adalah keutamaan
dalam sistem pendidikan (Wan Zahid, 2000). Pendidikan adalah teras kepada pembangunan sesebuah masyarakat
(Hairol Anuar et. al., 2014). Pendidikan merangkumi segala aspek keperluan masyarakat bermula dengan bahasa
kepada sains dan teknologi. Oleh itu, pendidikan adalah suatu proses yang diperlukan dalam kalangan masyarakat.
Kemahiran berbahasa adalah satu perkara penting dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Ketika murid mengikuti
sesi pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu di dalam bilik darjah, murid akan menggunakan kemahiran berbahasa
seperti mendengar dan bertutur, membaca serta menulis kerana kandungan sukatan pelajaran Bahasa Melayu
merangkumi kemahiran bahasa, penggunaan bahasa, sistem bahasa, hasil pembelajaran dan pengisian kurikulum.
Kemahiran-kemahiran tersebut penting bagi murid kerana kemahiran tersebut adalah asas kepada penguasaan bahasa
standard. Walaupun kemahiran berbahasa diterapkan kepada murid sejak darjah satu, masih terdapat masalah yang
timbul dalam menguasai kemahiran berbahasa seperti kemahiran menulis.
Menurut Siti Hajar dalam Nurul Aaisyah et al. (2016), terdapat isu tentang sebilangan murid sekolah rendah yang
tidak dapat menguasai kemahiran berbahasa khususnya kemahiran menulis dan membaca walaupun telah mengikuti
sesi persekolahan daripada darjah satu hingga darjah enam. Perkara ini tidak boleh dipandang remeh kerana kemahiran
menulis dan membaca merupakan asas penting bagi setiap murid. Kemahiran 3M, iaitu kemahiran asas membaca,
menulis dan mengira sangat penting dalam kalangan murid kerana kemahiran tersebut adalah asas kepada pemerolehan
ilmu pengetahuan. Penguasaan murid dalam ketiga-tiga kemahiran tersebut membolehkan murid bukan sahaja menimba
ilmu tetapi berkomunikasi. Kemahiran menulis yang menjadi asas kepada salah satu kemahiran asas 3M adalah penting
dalam komunikasi kerana kemahiran ini dapat membantu murid untuk mengutarakan gagasan idea dengan lebih bernas
dan rasional. Penulisan karangan adalah satu item dalam sukatan pelajaran bagi mata pelajaran Bahasa Melayu dan
semua murid dikehendaki untuk menguasai kemahiran menulis karangan. Hal ini disebabkan karangan merupakan
medium perantara berbentuk tulisan yang bertindak sebagai bahan interaksi yang mempunyai pelbagai maklumat sama
ada buah fikiran mahupun fakta.
Latar Belakang
Kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dalam pendidikan jelas termaktub dalam Akta Pelajaran (1961).
Penggubalan Standard Kurikulum Bahasa Melayu Sekolah Rendah adalah untuk membolehkan murid berketerampilan
dalam berbahasa dan boleh berkomunikasi untuk memperoleh ilmu pengetahuan, memenuhi keperluan diri, mendapat
kemahiran, maklumat, nilai dan idea serta berkomunikasi dalam kehidupan harian. Bahasa Melayu dilihat dapat
bertindak sebagai alat menyatupadukan rakyat berbilang bangsa di Malaysia kerana bahasa Melayu berperanan sebagai
bahasa kebangsaan, bahasa rasmi, dan bahasa pengantar ilmu pengetahuan (Ooi et. al., 2017).
Atabangunan sesebuah masyarakat (Hairol Anuar et. al., 2014). Bagi melaksanakan sistem pendidikan yang
menyeluruh, sudah tentu sesi pengajaran dan pembelajaran adalah medium bagi tujuan berkenaan.
Murid berbangsa Dusun yang kurang diberi pendedahan dalam mengaplikasikan kota kata dan tatabahasa Bahasa
Melayu yang betul menyukarkan murid untuk menguasai Bahasa Melayu secara lisan mahupun penulisan. Hal ini selari
dengan Dayang Sufilkawany & Wan Muna Ruzanna (2017) yang menyatakan bahasa Melayu memiliki tahap kesukaran
untuk dikuasai oleh murid bukan penutur jati bahasa khususnya bagi murid di pedalaman yang tidak mendapat
pendedahan bagi menguasai bahasa Melayu melalui persekitaran mereka.
Berdasarkan Dokumen Standard Kurikulum Sekolah Rendah Bahasa Melayu Tahun 5, kemahiran bahasa terdiri
daripada kemahiran mendengar, kemahiran bertutur, kemahiran membaca, dan kemahiran menulis. Aspek yang dilihat
dalam kajian ini adalah kemahiran menulis ulasan yang turut dinilai dalam Kertas Bahasa Melayu Penulisan Bahagian
B. Murid tidak dapat mengarang atau menulis ulasan dengan baik dan sering melakukan kesalahan ejaan, tanda baca,
dan struktur ayat. Kemahiran mengarang merupakan kemahiran Bahasa Melayu pada tingkat tertinggi (Nawi dalam
Zuraini et, al., 2014). Walau bagaimanapun, masih belum banyak kajian terhadap strategi pengajaran bagi kemahiran
menulis ulasan. Justeru, kajian ini dijalankan untuk melihat peningkatan penguasaan menulis ulasan murid
menggunakan teknik RumSan.
METODOLOGI
Reka bentuk kajian ini adalah kajian kualitatif serta pemerolehan data melalui analisis dokumen bagi meneroka
peningkatan penguasaan murid dalam kemahiran menulis karangan berbentuk ulasan. Sampel kajian melibatkan 20
orang murid berbangsa Dusun di sebuah sekolah rendah di Pekan Kota Belud, Sabah. Instrumen kajian adalah soalan
penulisan karangan berbentuk ulasan (Ujian Pra dan Ujian Pasca) dan jawapan karangan ulasan murid.
DAPATAN KAJIAN
Keputusan Murid dalam Menulis Karangan Berbentuk Ulasan Bahasa Melayu
Sebelum menjalankan intervensi kepada murid yang bermasalah dalam menulis karangan berbentuk ulasan, pengkaji
terlebih dahulu melaksanakan ujian pra sebanyak tiga kali bali melihat sejauh manakah penguasaan penulisan murid
terhadap karangan berbentuk ulasan. Markah yang diberi adalah berdasarkan rubrik pemarkahan dan markah penuh
bagi penulisan ulasan adalah 15 markah. Berdasarkan lembaran kerja murid, didapati murid lemah dalam menulis
ulasan Bahasa Melayu. Hasil dapatan melalui lembaran kerja murid adalah seperti Jadual 1 di bawah.
Jadual 1: Markah Ujian Pra bagi Penulisan Berbentuk Ulasan
MURID PRA 1 PRA 2 PRA 3
M1 4 5 6
M2 8 6 8
M3 6 0 7
M4 6 8 7
M5 5 8 8
M6 6 6 5
M7 8 6 6
M8 5 7 6
M9 8 6 6
M10 6 9 9
M11 6 7 7
M12 7 8 9
M13 6 7 5
M14 6 8 8
M15 7 6 7
M16 9 8 9
M17 8 6 6
M18 5 6 7
M19 4 4 6
M20 9 6 8
Berdasarkan bahasa Melayu adalah medium penyatuan dan bahasa pengantar ilmu di sekolah, semua murid perlu
mempelajari bahasa ini termasuklah murid Dusun. Oleh yang demikian, pembelajaran bahasa Melayu di sekolah
menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa kedua bagi mereka. Pembelajaran bahasa kedua berlaku apabila mempelajari
suatu bahasa baharu. Menurut Zamri (2016), penguasaan bahasa kedua digarap melalui proses pengajaran secara
formal. Murid mempelajari ilmu melalui pendidikan dan pendidikan adalah teras kepada pemsarkan Jadual 1 di atas,
purata markah murid bagi Ujian Pra 1 dan 2 adalah 4-6 markah dan Ujian Pra 3 menunjukkan purata markah murid
adalah 7-9 markah. Hasil dapatan ini menunjukkan murid perlu diberikan intervensi bagi meningkatkan pencapaian
penulisan ulasan mereka. Kelemahan murid dalam menulis ulasan adalah disebabkan kekurangan idea untuk
menghasilkan isi tersirat berdasarkan isi tersurat. Selain itu, murid tidak dapat menterjemahkan bahan grafik ke dalam
bentuk penulisan.
Keberkesanan Penggunaan Kaedah RumSan dalam Peningkatan Kemahiran Menulis Ulasan Bahasa Melayu
Kaedah RumSan digunakan bagi membantu peningkatan pencapaian penulisan ulasan murid. Setelah menjalankan
intervensi menggunakan strategi RumSan, ujian pasca telah dilaksanakan sebanyak tiga kali bagi melihat peningkatan
markah penulisan murid. Jadual 2 adalah hasil dapatan setelah intervensi dilaksanakan terhadap murid.
Jadual 2: Markah Ujian Pasca bagi Penulisan Berbentuk Ulasan menggunakan Kaedah RumSun
MURID PASCA 1 PASCA 2 PASCA 3
M1 6 8 7
M2 12 11 14
M3 6 11 12
M4 12 12 14
M5 12 13 13
M6 13 10 12
M7 10 11 12
M8 10 11 10
M9 10 10 12
M10 14 10 13
M11 11 11 12
M12 8 10 12
M13 12 12 14
M14 8 10 15
M15 10 10 13
M16 13 8 7
M17 12 9 13
M18 12 12 13
M19 6 6 9
M20 12 12 15
Berdasarkan Jadual 2 di atas, terdapat peningkatan markah yang ketara selepas intervensi RumSan dilaksanakan ke atas
murid. Markah Ujian Pasca 1 hingga 3 menunjukkan perubahan markah yang positif ke atas 11 orang murid dengan
mendapat 10-12 markah bagi Ujian Pasca 1, manakala 15 orang murid mendapat markah yang sama pada Ujian Pasca 2
dan seramai 10 orang murid mendapat 13-15 markah bagi Ujian Pasca 3. Sebelum intervensi dilaksanakan, markah
tertinggi yang dicapai oleh murid hanyalah 12 markah.
Jadual 3: Perolehan Markah mengikut Ujian Pra dan Ujian Pasca
Markah Jumlah murid Pra 2 Pra 3 Pasca 1 Pasca 2 Pasca 3
0-3 Pra 1 1 0 0 0 0
4-6 10 3 3 1 0
7-9 0 9 12 2 2 3
10-12 12 0 0 11 15 7
13-15 8 0 0 4 1 10
0
0
Berdasarkan Jadual 3 di atas menunjukkan jumlah murid mendapat markah 10-15 meningkat setelah mengikuti
intervensi berbanding sebelum mengikuti intervensi. Dapatan ini menunjukkan kaedah RumSan yang digunakan
terhadap murid berjaya membantu murid untuk meningkatkan pencapaian mereka. Kesimpulannya, penggunaan
strategi RumSan berjaya membantu meningkatkan pencapaian murid dalam penulisan ulasan Bahasa Melayu.
Perbincangan
Murid memerlukan bimbingan agar mereka dapat menguasai kemahiran menulis karangan ulasan bahasa Melayu
kerana kemahiran menulis ulasan memerlukan murid menganalisis dan menilai bahan rangsangan sama ada gambar
mahupun frasa yang diberikan. Kurangnya penggunaan bahan bantu mengajar oleh seorang guru akan menyebabkan
sesetengah murid sukar untuk menguasai sesuatu kemahiran. Berdasarkan dapatan kajian, terdapat perubahan positif
dalam pencapaian murid bagi kemahiran menulis ulasan. Sebelum intervensi dijalankan, tiada murid mendapat markah
10-12 markah. Setelah murid mengikuti intervensi, pencapaian murid menunjukkan peningkatan yang ketara dengan
mendapat markah 10-15 markah. Hal ini membuktikan kaedah RumSan berkesan dalam membantu peningkatan
pencapaian murid menulis ulasan Bahasa Melayu.
Keputusan kajian ini sejajar dengan dapatan pengkaji lain yang menggunakan bahan bantu, kaedah, teknik dan
strategi yang pelbagai untuk meningkatkan pencapaian penulisan murid. Kajian yang dilaksanakan oleh Noor Hidayu &
Yahya Othman (2016) yang bertajuk Keberkesanan Peta Bulatan dan Peta Alir dalam Meningkatkan Penguasaan
Menulis Karangan Naratif Murid-murid Cina menunjukkan penggunaan peta bulatan menjadi faktor pencapaian murid
Cina lebih baik untuk menguasai kemahiran menulis karangan naratif dengan lebih berkesan. Penggunaan peta bulatan
juga menyebabkan murid Cina ingin belajar dan senang untuk mengikuti pembelajaran kemahiran menulis karangan.
CADANGAN
Berdasarkan dapatan kajian yang telah dibincangkan dan telah terbukti bahawa kaedah RumSun berjaya diaplikasikan
kepada murid dalam membantu mereka menulis karangan berbentuk ulasan dengan baik. Cadangan ini bertujuan untuk
membantu para guru Bahasa Melayu di kawasan lain mengajar anak murid mereka dengan lebih baik. Kajian ini
dilaksanakan di sebuah sekolah sahaja di daerah Kota Belud. Daerah ini dibahagikan kepada empat zon iaitu timur,
utara, barat, dan selatan. Sekolah yang menjadi lokasi kajian termasuk dalam zon selatan. Di zon ini, terdapat 16 buah
sekolah rendah. Oleh itu, cadangan pertama adalah melaksanakan kajian seperti ini di 15 buah sekolah yang lain. Selain
itu, latar belakang murid yang menjadi responden bagi kajian ini adalah murid yang berbangsa Dusun. Di daerah Kota
Belud, terdapat bangsa Bajau, Iranun dan sebagainya. Setiap kelompok murid ini mempunyai tahap kognitif yang
berbeza-beza. Oleh itu, kajian ini boleh dijalankan ke atas murid berbangsa Bajau, Iranun dan sebagainya. Adalah
dicadangkan agar kajian ini dijalankan pada masa akan datang dengan melihat pemboleh ubah lain yang menjadi faktor
kepada tahap penguasaan kemahiran menulis ulasan Bahasa Melayu murid.
KESIMPULAN
Penguasaan kemahiran menulis ulasan adalah penting bagi murid sekolah rendah kerana kemahiran ini terdapat pada
bahagian B kertas penulisan Bahasa Melayu. Kelemahan yang ditunjukkan oleh para murid sebelum intervensi
dilaksanakan menunjukkan murid memerlukan bantuan untuk meningkatkan pencapaian mereka. Pembelajaran murid
kini memerlukan murid untuk berfikir secara kritis dan kreatif. Pemikiran kritis dan kreatif ini digalakkan kerana dunia
kini memerlukan insan yang mampu berfikir bagi menyelesaikan masalah. Oleh itu, kemahiran menulis ulasan perlu
dititikberatkan kerana kemahiran ini melatih murid untuk menggunakan kemahiran berfikir dan bukan disebabkan oleh
kemahiran ini diuji dalam UPSR sahaja.
Selain itu, kajian ini menunjukkan murid Dusun mampu mempelajari bahasa Melayu dengan baik. Oleh itu, guru
perlu memikirkan strategi pengajaran menarik dan menyediakan pelbagai bahan agar murid lebih minat untuk
mempelajari bahasa Melayu. Penggunaan bahan bantu mengajar dapat menghindari sesi pengajaran dan pembelajaran
yang bosan dan kurang menarik. Proses pengajaran dan pembelajaran yang kurang menarik akan mengurangkan minat
murid untuk mengikuti sesi pengajaran dan pembelajaran guru. Kewujudan bahan bantu mengajar dalam bilik darjah
membantu guru untuk melaksanakan komunikasi bersama murid dan juga bahan.
RUJUKAN
Dayang Sufilkawany Ujai, Wan Muna Ruzanna Wan Mohammad, (2017) Pengaruh faktor sosial dalam pembelajaran bahasa Melayu dalam kalangan
murid Iban. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu ;Malay Language Education (MyLEJ), 7 (1). pp. 74-84.
Hairol Anuar Hj Mak Din, Ahmad Nazeer B Zainal Arifin, Noor Azli Mohamed Masrop, Nur Muizz B Mohamed Salleh dan Intan Fadzliana Ahmad.
(2014). Transformasi pendidikan melalui pendekatan permainan digital di dalam sistem pembelajaran. Jurnal Pendidikan.
Noor Hidayu Mohd Rahim & Yahya Othman. 2016. Keberkesanan peta bulatan dan peta alir dalam meningkatkan penguasaan menulis karangan
naratif murid-murid Cina. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 6 (2), 68-77.
Nurul Aisyah Abdullah, Zamri Mahamod & Nor Azwa Hanum Nor Shaid. (2016). Faktor-faktor yang mempengaruhi penulisan karangan Bahasa
Melayu pelajar sekolah menengah. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 6 (2): 1-9.
Ooi Chwee Hwa & Vijayaletchumy Subramaniam. (2017). Faktor Timbulnya Pengaruh Bahasa Pertama dalam Mempelajari Bahasa Melayu sebagai
Bahasa Kedua. Ulum Islamiyyah, 20:35-45.
Wan Mohd Zahid Wan Nordin. (16.2.2000). Penekanan kepada perkembangan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu. Berita Harian, p.
7.
Yahya Othman & Dk. Suzanawaty Pg. Osman. (2014). Keupayaan menguasai kemahiran menulis melalui pembelajaran berasaskan projek dalam
penulisan berbentuk risalah di sekolah rendah. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 4 (2): 19-29.
Zamri Mahmod. (2016). Sosiolinguistik dan Pengajaran Bahasa. Bangi, Selangor. Fakulti Pendidikan.
International Conference on Education and Regional Development 2018
(ICERD 3rd 2018)
“Curriculum for Millennial Generation in Disruptive Era and 4.0 Industrial
Revolutions”
Bandung, Indonesia.
22 November 2018
REAKSI MURID IBAN MELALUI PERMAINAN PINTAR JAKU
DALAM MENINGKATKAN PENGUASAAN KATA KERJA
Nur-Effariza Taib & Wan Muna Ruzanna Wan Mohammad
Center of Innovation Teaching and Learning, University of National Malaysia, 43600 Bangi, Selangor (Master Student)
Center of Innovation Teaching and Learning, University of National Malaysia, 43600 Bangi, Selangor
Emel: [email protected]
[email protected]
ABSTRACT
This study aims to examine the reaction of Iban students to the use of the "Pintar Jaku" language game in the teaching
and learning of the Malay Language and its implications in improving the Malay language vocabulary. This study is
based on the Constructivism Theory (Needham Five-Phase Model) by Needham (1987). This study was carried out at
the rural Sarawak schools involving eight Iban students. The instrument of study is "Pintar Jaku" designed specifically
for Iban students to learn Malay language. Based on interviews and observation notes, students found positive
tendencies towards teaching sessions and actively involved in the language game. The student vocabulary also showed
positive improvement through the results of student interaction in communication as well as the results of pre and post-
test comparisons. Indirectly, "Pintar Jaku" can help student to increase their interest in mastering and promoting Malay
language. The use of “Pintar Jaku” needs to be expanded because this teaching and learning method is in line with the
21st Century Learning that actively and effectively involves the participation of students.
Keywords: Language games, Iban’s student, Constructivism Theory, Malay Language, second language
ABSTRAK:
Kajian ini bertujuan untuk meneliti reaksi murid Iban terhadap penggunaan permainan bahasa “Pintar Jaku” dalam
pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu serta implikasinya dalam meningkatkan kosa kata Bahasa Melayu.
Kajian ini berteraskan Teori Konstruktivisme yang dipelopori oleh Needham pada tahun 1987 dengan menggunakan
model lima fasa Needham. Kajian ini merupakan kajian tindakan yang telah dijalankan di bahagian pedalaman
Sarawak dengan melibatkan seramai lapan orang murid berbangsa Iban. Kajian ini menggunakan inovasi permainan
bahasa “Pintar Jaku”. Berdasarkan hasil temu bual dan nota pemerhatian, didapati murid menunjukkan kecenderungan
positif terhadap sesi pengajaran dan melibatkan diri secara aktif dalam permainan bahasa tersebut. Kosa kata murid
juga menunjukkan peningkatan positif melalui hasil interaksi murid dalam komunikasi serta hasil perbandingan ujian
pra dan pos yang dilaksanakan. Melalui kajian ini, secara langsung dapat membantu murid bukan penutur jati ini
meningkatkan minat dan peluang untuk turut serta dalam memartabatkan Bahasa Melayu. Penggunaan permainan
bahasa Pintar Jaku dan seumpamanya ini juga sememangnya perlu diperluaskan kerana cara pengajaran dan
pembelajaran ini selaras dengan Pembelajaran Abad 21 yang menekanan penglibatan murid secara aktif dan berkesan.
Kata kunci: permainan bahasa, murid Iban, teori konstruktivisme, bahasa Melayu, bahasa kedua
PENGENALAN
Setelah secara rasminya Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957, maka secara tidak langsung bahasa
Melayu telah diangkat menjadi bahasa pengantar serta bahasa rasmi di Malaysia. Malah, dalam arena pendidikan,
bahasa Melayu dijadikan sebagai bahasa pengantar seperti yang termaktub dalam Penyata Razak (1956) mewajibkan
penggunaan bahasa Melayu dalam sistem pendidikan di Malaysia seperti yang terkandung dalam Akta Perlembagaan
Malaysia. Penyata Razak juga merencanakan suatu sistem pendidikan kebangsaan yang menjamin tempat di sekolah
untuk semua kanak-kanak tanpa mengira etnik atau latar belakang sosioekonomi, dan menyediakan persekitaran
pembelajaran yang menghargai perpaduan dalam kepelbagaian. Maka, cabaran terbesar dalam pendidikan di Malaysia
adalah kerana kepelbagaian etnik, agama, dan budaya menjadikan pendidikan lebih agresif dalam memartabatkan dunia
pendidikan.
Dalam Pelam Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025, terdapat pilihan sekolah yang mempunyai persekitaran
etnik yang lebih homogen kerana Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah memberi peluang kepada ibu bapa
untuk memilih untuk menghantar untuk anak-anak mereka di sekolah yang menggunakan bahasa ibunda sebagai bahasa
pengantar, sekolah agama atau sekolah aliran perdana yang menggunakan bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar.
Manakala, dalam Anjakan 2 telah memberi penekanan kepada penguasaan kemahiran dalam bahasa Malaysia dan
bahasa Inggeris serta galakan mempelajari bahasa tambahan oleh murid. Ini memberi peluang golongan etnik untuk
mempelajari bahasa lain selain daripada bahasa Ibunda mereka sendiri.
Oleh itu, pengajaran dan pembelajaran (PdP) telah menekankan aspek penguasaan bahasa yang meliputi kemahiran
mendengar, bertutur, membaca, dan menulis. Kemahiran ini merupakan teras kepada penguasaan bahasa Melayu baku
atau standard. Pengajaran bahasa Melayu tidak terbatas kepada pengajaran untuk mencapai matlamat berbual,
membaca, memahami, dan menulis tetapi ia bagi mencapai penjanaan idea dalam bahasa Melayu (Asmah, 2009).
Pengajaran bahasa menerusi aktiviti permainan bahasa sangat berkesan dalam pembelajaran bahasa. Murid sering
menganggap pembelajaran bahasa amat membosankan disebabkan cara pengajaran guru dan aktiviti pembelajaran yang
sama pada setiap mana. Justeru, kaedah pengajaran yang kreatif dan inovatif perlu diselitkan semasa aktiviti pengajaran
dan pembelajaran bahasa dijalankan (Nor Hashimah et. al., 2010). Proses pengajaran mata pelajaran Bahasa Melayu
sebagai bahasa kedua (B2) dalam kalangan murid berbangsa Iban yang berumur 7 hingga 9 tahun merupakan satu
cabaran kepada para pendidik di kawasan luar bandar di negeri Sarawak. Hal ini adalah disebabkan keadaan
persekitaran yang kurang menggalakkan penggunaan bahasa Melayu dalam kehidupan seharian dan kekangan dari segi
pendedahan terhadap penggunaan bahasa Melayu.
Murid penutur bukan jati yang menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa kedua hanya memperoleh bahasa melalui
proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas (Nursidah et.al, 2010). Penggunaan bahasa yang mudah, relevan
dan sesuai semasa penyampaian ilmu merupakan salah satu strategi pedagogi yang perlu diambil kira oleh setiap tenaga
pendidik. Dalam setiap sesi pengajaran dan pembelajaran, setiap hari guru harus menulis refleksi pengajaran di akhir
sesi PdP. Daripada pemerhatian dan refleksi itulah, guru akan memperoleh kekurangan, kelemahan, dan kekuatan
murid dalam pembelajaran.
Teknik dan pendekatan yang boleh diaplikasikan dalam PdP termasuklah teknik penerangan, sumbang saran, soal
jawab, permainan bahasa, simulasi, lakonan, dan main peranan. Oleh itu, dalam pembelajaran bahasa, aktiviti
permainan bahasa dan main peranan menjadi keutamaan (Kamarudin, 1993; Ladousse 1987). Walau bagaimanapun,
terdapat guru beranggapan bahawa permainan bahasa dan main peranan memerlukan peruntukan masa yang banyak dan
menyebabkan suasana bilik darjah yang bising dan tidak terkawal (Ladousse, 1987). Malah, penyataan ini disokong
oleh Mohd Razak dan Masitah (2016), menyatakan kurangnya kesedaran ini menyebabkan pendidik memilih teknik
berpusatkan guru seperti chalk and talk dan menggunakan buku teks atau buku kerja sahaja.
Oleh itu, pengkaji telah mencipta “Pintar Jaku”. Permainan ini telah di inovasi dengan penggunaan dwibahasa iaitu,
menggunakan bahasa ibunda, iaitu bahasa Iban dalam pengajaran kata kerja. Penggunaan permainan bahasa ini
diselarikan dengan menggunakan Teori Konstruktivisme Lima Fasa Needham bagi menjadikan sesi pengajaran dan
pembelajaran berlangsung lebih efektif. Dalam sesi pengajaran dan pemudahcaraan (PdPc), murid Iban seringkali
kekurangan kosa kata bahasa Melayu dan menyebabkan hasil penulisan karangan bercampur aduk antara bahasa
Melayu dan bahasa Iban. Di samping itu, teknik latih tubi dan terjemahan petikan secara langsung menjadikan sesi
pengajaran kurang efektif dan kurang penglibatan aktif murid. Justeru, wujudlah Pintar Jaku yang menggabungkan
permainan bahasa yang dapat merangsang penglibatan aktif murid serta dapat memperkayakan lagi kosa kata Bahasa
Melayu murid Iban.
KERANGKA TEORI: 5 FASA NEEDHAM
2. Pencetus Idea
1. O Set Induksi: Murid ditanya perbuatan yang
r Tayangan video 30 minit-kehidupan dilakukan oleh watak dalam video.
i harian seorang pekebun. Murid diminta menyenaraikan kata
e Seni kata dalam bahasa Iban disediakan kerja dalam peta bulatan.
n oleh guru. Semakan jawapan oleh murid lain.
t Objektif pengajaran dinyatakan Sesi soal jawab.
a Peneguhan positif diberikan.
s
i 3 & 4. Penstrukturan Semula Idea
dan Aplikasi Idea (Pintar Jaku)
5. Refleksi
Murid dinyatakan peraturan dan cara
Ulang kaji soalan kata kerja yang permainan Pintar Jaku.
diperoleh dan bina ayat. Murid dibahagikan kepada 4
Kuiz. kumpulan.
Latihan pengukuhan. Soalan kuiz dwibahasa telah ditulis
Rumusan bersama murid. dalam petak permainan.
Permainan berkonsep ansur maju
(nota-5 kuiz- bina ayat- cipta soalan)
Rajah 1: PdP Berasakan 5 Fasa Needham
METODOLOGI
Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif. Seramai lapan orang sampel kajian ini yang terdiri daripada murid
berbangsa Iban. Kajian ini menggunakan kaedah temu bual, pemerhatian dan ujian pra dan pos.
Rajah 2: Proses Pembinaan Permainan Pintar Jaku
Rajah 3: Langkah-langkah Permainan Pintar Jaku
Rajah 4: Contoh Soalan Kuiz Dwibahasa
INSTRUMEN KAJIAN
Rajah 2 menunjukkan proses pembinaan permainan bahasa Pintar Jaku ini. Permainan ini dibina menggunakan kertas
keras terpakai, kulit fail, pita pelekat berwarna dan kertas. Tapak permainan ini diinovasikan supaya mudah lipat dan
mudah alih dan tetap mengekalkan keluasan yang sesuai untuk murid menggunakannya. Manakala, Rajah 3 pula
menunjukkan langkah permainan Pintar Jaku. Permainan ini sesuai dimainkan secara individu 3 hingga 5 orang dan
juga secara berkumpulan. Tapak permainan dibina secara dwibahasa dan ansur maju, iaitu daripada aras mudah kepada
aras yang lebih sukar. Ini dilihat melalui tapak nota, kuiz, membina ayat dan mencipta soalan. Tapak peneguhan turut
diselitkan, iaitu pusingan bonus serta tapak dendaan iaitu hilang satu pusingan. Contoh soalan dwibahasa disertakan
dalam Rajah 4. Melalui soalan dwibahasa ini, murid dapat memahami soalan yang diberikan dan menambahkan kosa
kata bahasa Melayu serta menambah keyakinan untuk menuturkan bahasa Melayu denga betul.
DAPATAN
Reaksi Murid terhadap Permainan Pintar Jaku
Pengkaji mengamati reaksi murid semasa permainan Pintar Jaku dijalankan dan selepas dijalankan. Hasil temu bual
menunjukkan bahawa murid sangat meminati permainan bahasa kerana permainan ini sangat menyeronokkan dan
menguji kemahiran berfikir untuk mengenal pasti kata kerja yang bersesuaian. Murid bersaing secara positif antara satu
sama lain. Perasaan ingin menewaskan rakan yang lain dan keinginan untuk menjuarai permainan bahasa dan
seterusnya pujian yang diterimanya, dianggap sebagai satu bentuk pengiktirafan.
“Permainan bahasa sangat menyeronokkan kerana perlu berfikir pantas untuk mengenal pasti kata kerja yang sesuai.
Saya bersemangat untuk menewaskan rakan lain. Kalau dapat jawab….rasa sangat gembira. Rasa macam dihormati dan
dihargai”. (TB1: M1)
Menurut salah seorang murid (M2), mereka jarang mendapat pendedahan dan terjemahan terus kosa kata seperti
dalam permainan ini. Jadi, aktiviti bahasa ini dapat membantu penguasaan bahasa mereka khususnya dalam penulisan
karangan.
“Melalui permainan ini guru banyak perkenalkan perkataan baru. Biasanya jarang dapat perkataan baru yang terus
diterjemahkan dengan cara yang menyeronokkan seperti ini. Kemudian, maksud perkataan dan penggunaannya dalam
ayat juga diterangkan. Melalui aktiviti seperti ini, saya dapat menguasai kosa kata baru. Memang baik untuk penulisan
karangan.” (TB2:M2)
Jelas menunjukkan bahawa permainan bahasa telah meningkatkan penggunaan kosa kata kerja dalam penulisan ayat
murid. Majoriti murid lebih berminat untuk mengikuti permainan bahasa ini. Bagi kumpulan murid yang lemah dalam
aspek penulisan turut berminat untuk mengikuti permainan bahasa dan dapat memperlihatkan kesan positif dari segi
pertambahan bilangan penguasaan kata kerja. Pemerhatian merupakan satu teknik pengutipan data dengan memerhati
tingkah laku subjek kajian secara langsung. Pemerhatian dilakukan semasa proses pengajaran dan pembelajaran
menggunakan permainan Pintar Jaku dijalankan. Hasil pemerhatian direkodkan dalam borang yang disediakan.
Items Jadual 1: Nota Data daripada Pemerhatian
Nota pemerhatian
Membuat pemerhatian Murid sangat berminat terhadap pengajaran guru menggunakan teknik permainan bahasa.
semasa permainan Terserlah kecenderungan positif murid terhadap pengajaran guru melalui gelagat semasa
Pintar Jaku dijalankan. murid menjawab soalan kuiz, membina ayat dan mencipta soalan.
Murid saling bekerjasama dan berusaha membantu ahli kumpulan semasa menjawab soalan
kuiz. Bersaing untuk menjawab dengan betul.
Walaupun soalan nampak sukar, tetapi murid tetap berusaha untuk menjawabnya kerana
dipermudahkan dengan terjemahan ke dalam bahasa ibunda mereka, iaitu Bahasa Iban.
Murid yang sebelum ini pemalu dan kurang aktif nampak aktif apabila guru menggunakan
pengajaran teknik permainan bahasa. Murid banyak bergerak dan aktif semasa aktiviti
pengajaran guru berlangsung
Analisis Lembaran Kerja Murid
Ujian melalui lembaran kerja dijalankan sebanyak dua kali ke atas murid iaitu, lembaran yang sama semasa pengajaran
konvensional (terang dan tulis) dan selepas aktiviti permainan bahasa Pintar Jaku. Ini dapat dilihat dalam Jadual 2 di
bawah:
Jadual 2 Hasil Analisis Lembaran Kerja Murid (10 Soalan Kata Kerja)
Murid Pengajaran konvensional Pengajaran Permainan Pintar
(M) (Ujian Pra) Jaku
M1 3/10 (Ujian Pasca)
M2 4/10 8/10
M3 4/10 9/10
M4 2/10 10/10
M5 3/10 10/10
M6 4/10 8/10
M7 4/10 9/10
M8 3/10 9/10
10/10
Hasil ini jelas menunjukkan permainan bahasa Pintar Jaku memberi impak positif terhadap pemahaman dan penguasaan
kosa kata kerja murid Iban.
PERBINCANGAN
Secara keseluruhannya, pada akhir sesi pengajaran dan pembelajaran melalui Permainan Pintar Jaku, didapati murid
begitu seronok dan berminat untuk mengikuti kelas mata pelajaran Bahasa Melayu. Pemerhatian oleh guru juga
mendapati bahawa murid telah mengikuti sesi pembelajaran yang berlangsung selama satu jam, dengan tekun dan
penuh minat. Segala arahan dan permintaan guru, dipatuhi dan dilakukan dengan baik. Riak muka mereka begitu ceria
dan situasi bilik darjah begitu ‘hidup’. Selain itu, dalam Permainan Pintar Jaku ini, teknik main peranan juga
diaplikasikan. Murid diberi ruang dan peluang untuk mencuba menjawab soalan yang disediakan, diberikan peranan
sebagai penjaga masa, pengurus kumpulan, pengurus set soalan, ahli kumpulan dan juga pencatat markah. Sebagai
contoh, melalui aktiviti main peranan, murid diminta tampil ke hadapan, bergerak dan bertindak sebagaimana yang
diarahkan, sudah tentu mereka merasakan diri mereka penting dan bermakna di dalam kelas. Hal ini disokong oleh
Mohd Razak dan Masitah Ahmad (2016), yang menyatakan bahawa setelah diserapkan teknik permainan bahasa dan
main peranan dalam pengajaran dan pembelajaran, bilangan murid yang bersedia untuk memberikan kerjasama kepada
guru dalam setiap aktiviti makin bertambah. Melalui pemerhatian guru, murid didapati dapat menghindari seketika
perasaan malu, segan dan rendah diri semasa mengikuti pengajaran dan pembelajaran yang mengaplikasikan teknik
permainan bahasa dan main peranan. Dalam aspek penggunaan bahasa ibunda bagi memahami kosa kata Bahasa
Melayu, sudah pasti cara terjemahan ini amat membantu dalam meningkatkan kosa kata murid Iban. Ini kerana dalam
umur 10 tahun, murid Iban telah boleh menggunakan bahasa Melayu walaupun tidak fasih. Ini akan membantu
perbendaharaan kata mereka apabila mereka memahami perkataan yang dipelajari menggunakan terjemahan bahasa
ibunda mereka sendiri.
IMPLIKASI
Diharapkan dapatan daripada Permainan Pintar Jaku ini dapat diaplikasikan oleh guru Bahasa Melayu dalam usaha
meningkatkan pencapaian murid dalam mata pelajaran Bahasa Melayu khususnya dalam kalangan murid pelbagai etnik
di sekolah rendah. Permainan bahasa seperti ini merupakan salah satu cara, dan sudah pasti terdapat lebih banyak teknik
dan kaedah yang dapat difikirkan oleh seorang guru yang inovatif. Selain itu, guru juga perlu diberi pendedahan,
pengalaman, kefahaman dan pengetahuan yang lebih luas tentang amalan pembelajaran menyeronokkan. Misalnya,
memberi kursus mahupun bengkel jangka pendek secara berkala untuk memastikan guru Bahasa Melayu sentiasa
dibekalkan dengan pengetahuan dan kemahiran yang berkaitan dengan kemajuan dalam teknologi pendidikan terkini.
Begitu juga, teknik pengajaran didatangkan dalam bentuk modul yang lengkap dan aktiviti yang disusun rapi sebagai
panduan kepada para guru.
KESIMPULAN
Sebagai seorang guru yang menjalankan permainan bahasa dalam pengajarannya, sudah semestinya mengharapkan
murid-muridnya dapat bermain dengan seronok akan permainan yang dijalankan sekali gus menjadikan murid
menguasai bahasa tersebut. Ia bertepatan dengan pendapat Siti Hajar (1996) yang menyatakan bahawa permainan
bahasa merupakan aktiviti yang dirancang dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa. Menjadi harapan, agar lebih
banyak kajian terkini dilakukan dalam aspek kepelbagaian bahan bantu mengajar berasaskan permainan bahasa ini. Ini
kerana setiap sebagai guru yang kreatif dan inovatif, pemikiran dan idea perlu berkembang selari dengan perubahan
zaman dan memenuhi keperluan anak-anak didik generasi kini.
RUJUKAN
Abdullah. (2005). Linguistik am: Siri pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu. Kuala Lumpur: PTS Profesional Publishing Sdn. Bhd.
Ainol Madziah Zubairi & Isarji Sarudin. (2009). Motivation to learn a foreign language in Malaysia. GEMA Online™ Journal of Language
Studies, 9 (2).
Ersoz, A. (2000). Six games for the EFL/ESL classroom. The Internet TESL Journal, VI (6). Retrieved March 30, 2007, from
http://iteslj.org/Lessons/Ersoz-Games.html.\
Gibbs, G. (1974). Handbook of games and simulation exercises. London: E. & F.N. Spon Ltd.
Kamaruddin Husin. (1986). Panduan latihan mengajar :Longman Malaysia.
Kamaruddin Husin. (1993). Panduan dan latihan Bahasa Malaysia UKELP untuk calon ujian kelayakan pendidikan guru. Kuala Lumpur: Kumpulan
Budiman.
Kamaruddin Husin. (1986). Kesedaran Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Kamus Dewan Edisi Keempat. (2005). Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.
Ladousse, G.P. (1987). Role play. Oxford: Oxford University Press
Lozanov, G. (1978). Suggest ology and outlines of suggestopedia. London: Gordon and Breach. University Publishing House
Lozanov, G. (2005). Suggestopedia: Nonsuggestive education. Bulgaria, Sofia: University Publishing House.
Mohd Razak Mohd Nordin dan Masitah Ahmad. (2016). Penggunaan teknik permainan bahasa dan main peranan dalam kalangan murid orang asli:
Satu tinjauan. Jurnal Penyelidikan Dedikasi. Jilid 11, 2016. Hlmn. 161-174
Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Hj. Musa & Abdul Hamid Mahmood. (1997). Tatabahasa Dewan: Edisi baharu. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka
Nor Hashimah Jalaluddin, Junaini Kasdan & Zaharani Ahmad (2010). Sosiokognitif pelajar remaja terhadap Bahasa Melayu. GEMA Online™
Journal of Language Studies, 10 (3).
Norsidah Ab. Hamid, Jamaludin Badushah & Fairose Sulaiman. (2010). Kelemahan tatabahasa pelajar Cina dalam penulisan karangan pada peringkat
menengah rendah. Prosiding Seminar Antarabangsa Pendidikan Bahasa Melayu 12-18 Jun.
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025. Kementerian Pendidikan Malaysia.
Siti Hajar Hj. Abdul Aziz. (1996). Permainan Bahasa Dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Jurnal IPBA
International Conference on Education and Regional Development 2018
(ICERD 3rd 2018)
“Curriculum for Millennial Generation in Disruptive Era and 4.0 Industrial
Revolutions”
Bandung, Indonesia.
22 November 2018
PERSEPSI GURU-GURU SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN
CINA (SJKC) TERHADAP KEBERKESANAN PAK 21 DALAM
PENGAJARAN & PEMBELAJARAN
Siti Adilah Mohd. Alias, Noraina Ayu Roslan, Norkamaliah Daud, Amirah Abdol Rahaman &
Mohd Jasmy Abd Rahman
Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
E-mel: [email protected]
[email protected]
[email protected]
[email protected]
[email protected]
ABSTRAK
Pendidikan Abad Ke-21 (PAK21) bertujuan untuk melengkapkan para pelajar dengan pelbagai kemahiran sebagai
persediaan untuk masa hadapan. Kemahiran abad ke-21 meliputi kemahiran berkomunikasi, kemahiran sains dan
teknologi, kemahiran berfikir, kemahiran interpersonal, kemahiran intrapersonal, kemahiran 3M (membaca, mengira
dan menulis), dan sebagainya. Setiap guru diberikan kursus mengenai cara melaksanakan PAK21 di sekolah
masing-masing. Tidak terkecuali juga guru-guru daripada Sekolah Jenis Kebangsaan yang menggunakan bahasa
ibunda mereka sebagai bahasa perantaraan. Kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti persepsi guru-guru SJKC
terhadap keberkesanan pelaksanaan PAK21 dalam pengajaran & pembelajaran. Kajian ini merupakan kajian
kualitatif iaitu data dikumpulkan daripada analisis dokumen kajian-kajian lalu. Hasil kajian menunjukkan bahawa
guru-guru mempunyai persepsi seimbang antara positif dan negatif terhadap keberkesanan PAK21 dalam proses
pembelajaran di SJKC. Antara persepsi positif adalah PAK21 dapat meningkatkan keyakinan, sikap bekerjasama,
dan sikap berdikari di kalangan pelajar. Persepsi negatif pula terdiri daripada PAK21 menyebabkan pelajar lemah
ketinggalan apabila dicampurkan dengan pelajar cemerlang, sikap meniru dan hilang fokus. Kajian ini penting
sebagai kayu ukur perbandingan antara penerimaan guru-guru di Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Jenis
Kebangsaan terhadap PAK21. Selain itu, kajian ini juga dapat melihat perbezaan pencapaian pelajar sebelum dan
selepas pelaksanaan PAK21. Pada masa hadapan, kajian boleh diteruskan dengan mengkaji keberkesanan PAK21
dalam menanam jati diri sosial dalam kalangan pelajar di sekolah.
Kata kunci: Kajian kualitatif, persepsi, keberkesanan PAK21, SJKC, analisis dokumen, positif, negatif
ABSTRACT
21st Century Learning (PAK21) is intended to prepare the students with various skills for their future. The 21st
century skills are including communication skill, science and technology skill, thinking sill, interpersonal skill,
intrapersonal skill, 3M skills (reading, calculating and writing) and many more. Teachers are given course on how to
implement 21st century in schools. This include the teachers from SJKCs which are using mother tongue to
communicate. This research is done to find the perception of SJKC teachers towards the implementation of 21st
Century Learning in teaching English. This research is a qualitative research and the data are collected from past
research and document analysis. Research shows that teachers have balance perception towards the implementation
which are in positive and negative ways. In positive ways, 21st Century Learning managed to lift up confidence,
cooperation and independence skills. However, 21st century disregard the weak pupils when they mixed up with
good pupils, encourage copy-cat and caused lost focus among the pupils. This research is important to compare the
acceptance of the teachers from Sekolah Kebangsaan and Sekolah Jenis Kebangsaan towards 21st Century Learning.
Besides, this research also can differ the achievement of the pupils before and after the implementation. For future,
the research about the effect of 21st Century Learning in shaping morality among the pupils might can be done.
Keywords: Qualitative research, perception, effectiveness, 21st Century Learning, SJKC, document analysis, positive, negative
PENGENALAN
Dunia pendidikan hari ini sangat sinonim dengan perkembangan teknologi. Justeru, Kemahiran Abad 21 dibina oleh
kementerian bertujuan untuk melahirkan modal insan, masyarakat dan tenaga kerja yang berasaskan abad ke-21
(Dasar Pendidikan Negara, 2012). Murid-murid serta guru dituntut untuk mempelajari kemahiran menggunakan
teknologi dan dalam masa yang sama dapat berkomunikasi dengan baik agar dapat bersaing dengan negara-negara
maju yang lain. Dalam PAK21, pelbagai kemahiran yang melibatkan ‘hands on’ dan komunikasi diajar kepada
murid bagi memastikan murid seimbang dalam setiap perkara. Abad 21 adalah satu era yang memerlukan pekerja
untuk mempunyai pelbagai kemahiran termasuk menyelesaikan masalah, pemikiran kritis, bekerjasama dan
keinginan untuk mempelajari perkara baru (National Institute of Literacy and the Small Business Administration,
1999).
Penekanan dalam menguasai kemahiran abad ke-21 dalam proses pembelajaran dan pemudah cara (PdPc)
haruslah bermula dengan menerapkan konstruk kemahiran abad ke-21 dalam proses PdPc (Ainun, Zamri, Muna,
2017). Oleh itu, peranan guru dalam melaksanakan PAK21 adalah sangat penting. Persepsi guru-guru terhadap
keberkesanannya perlu bagi memastikan kaedah yang digunakan sentiasa dapat meningkatkan kualiti pembelajaran
dan pengajaran dari semasa ke semasa. Seseorang guru perlu mempunyai kefahaman yang tepat terhadap sesuatu
perkara sebelum melaksanakannya di dalam kelas. Persepsi awal yang negatif akan menyukarkan pelaksanaan
sesuatu program dengan baik dan berkesan. Kefahaman guru terhadap sesuatu konsep akan memberikan gambaran
jelas terhadap tindakan, keputusan dan amalan bilik darjah (Noraini, 2015).
Bagi PAK21, proses pembelajaran masih berpusatkan guru tetapi guru memainkan peranan penting dalam
memastikan murid terlibat dengan aktif dalam aktiviti pembelajaran (Zamri, 2012). Guru hanya bertindak sebagai
fasilitator dan pencetus kepada sesuatu aktiviti yang dijalankan. Daripada hasil ini, guru dapat melihat perbezaan
dalam kalangan murid yang menjalan pembelajaran berasaskan PAK21 dan tradisional seterusnya dapat membuat
penambahbaikan. Dalam proses pembelajaran juga, pencapaian murid akan menjadi kayu ukur samada proses itu
berjaya membuahkan hasil. Proses yang bermakna membantu murid untuk meningkatkan minat serta motivasi
mereka dalam mengamalkan pembelajaran sepanjang hayat. Berbanding dengan pembelajaran yang bermatlamatkan
peperiksaan, objektif PAK21 adalah supaya murid dapat menggunakan ilmu yang diperolehi dalam kehidupan
seharian.
PENYATAAN MASALAH
Semasa permulaan pelaksanaan PAK21, pelbagai persepsi mengenai kaedah pembelajaran ini diterima. Terdapat
pihak yang menyokong penuh, tak kurang juga yang memandang enteng akan pelaksanaannya. Tuntutan
penggunaan teknologi beserta dengan pelbagai kemahiran dalam pengajaran berasaskan PAK21 dilihat mustahil
untuk dicapai dalam sekelip mata. Tambahan pula, terdapat unsur-unsur seperti susunan tempat duduk, keadaan
kelas, dan aktiviti-aktiviti menggunakan peta i-think dilihat seperti tidak memberikan impak dalam proses
pembelajaran.
Pelbagai kajian telah dilakukan ke atas murid mengenai persepsi mereka mengenai PAK21 memandangkan
mereka adalah sasaran bagi PAK21 ini. Kebanyakan persepsi murid adalah dalam bentuk positif. Murid menyatakan
bahawa melalui PAK21, mereka dapat menguasai kemahiran berkomunikasi, berfikir secara inventif, lebih produktif
dan mempunyai semangat spiritual yang lebih tinggi (Mastura, Azidawati & Kamisah, 2010). Sikap murid terhadap
sesuatu matapelajaran apabila menggunakan kaedah PAK21 juga lebih baik dan positif. Perkara ini adalah penting,
seperti yang dinyatakan oleh Kellner (2000) bahawa murid yang tidak menguasai kemahiran yang diperlukan akan
menghadapi persaingan apabila di alam dewasa. Guru memainkan peranan penting dalam hal ini seperti yang
dinyatakan oleh Mayusniza (2015) iaitu guru merupakan faktor penting dalam menjadikan proses pembelajaran itu
berkesan dan guru yang mengajar dnegan baik dapat mengubah persepsi pelajar terhadap sesuatu matapelajaran.
Menurut Nurzarina & Roslinda (2014) dalam kajian bertajuk Kefahaman Guru Tentang Kemahiran Abad ke-21,
masih banyak yang perlu dilakukan bagi meningkatkan kefahaman guru terhadap PAK21. Guru-guru masih tidak
memahami mengenai objektif PAK21 yang memerlukan guru sebagai pembimbing utama manakala murid sebagai
pelaksana aktiviti. Selain itu, perlunya menggunakan teknologi dalam melaksanakan PAK21 juga memberikan
impak kepada guru. Terdapat guru-guru yang masih belum menguasai kemahiran menggunakan teknologi dan lebih
selesa menggunakan kaedah tradisional. Ini disokong oleh Masyuniza (2015) yang menyatakan bahawa guru-guru
merasakan rumit untuk melaksanakan PAK21 apabila ianya berlainan dengan pengalaman sedia ada.
Beberapa kajian mengenai kaedah yang digunakan dalam PAK21 juga menjadi punca permasalahan. Tuzlukova,
Saleh, Burns & Bugon (2018) menyatakan bahawa kaedah yang menggunakan komunikasi hanya mengajar murid
menggunakan bahasa tetapi tidak mengenai bahasa. Aktiviti dalam kaedah komunikasi tidak menggalakkan refleksi
dan hanya menggalakkan respon spontan. Menurut kajian mereka, murid tidak diberi peluang untuk meningkatkan
kemahiran metakognitif mereka. Adedokun, Parker, Henke & Burgess (2017) menyimpulkan bahawa susunan
kedudukan memberikan impak kepada proses pembelajaran iaitu murid dapat berkomunikasi dengan lebih baik
apabila diletakkan dalam kumpulan.
Kajian ini bertujuan untuk membantu pihak Kementerian, para pelajar dan guru dalam menghadapi cabaran di
sekolah dalam melaksanakan proses PdPc berasaskan Kemahiran Abad 21. Kajian berkaitan dengan penyepaduan
Kemahiran Abad 21 dalam bidang pendidikan telah banyak dilakukan, namun kajian berkaitan dengan persepsi guru
sendiri terhadap PAK21 belum dilakukan terutamanya melibatkan guru-guru SJKC. Lantaran itu, kajian ini diharap
dapat memberikan pengetahuan baru mengenai persepsi daripada perspektif yang berbeza iaitu daripada sekolah
yang menggunakan bahasa selain sebagai Bahasa Melayu sebagai perantara utama. Adakah mereka melihat PAK21
sebagai sesuatu yang bermanfaat pada murid dan patut diteruskan? Atau pada mereka PAK21 ini hanya sekadar satu
kaedah yang gah pada nama?
OBJEKTIF KAJIAN
Tujuan kajian adalah untuk mengenalpasti persepsi guru-guru SJKC terhadap keberkesanan PAK21 dalam
pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu, objektif kajian terbahagi kepada dua iaitu:
i. Mengenalpasti persepsi positif guru-guru SJKC terhadap pelaksanaan PAK21.
ii. Mengenalpasti persepsi negatif guru-guru SJKC terhadap pelaksanaan PAK21.
METODOLOGI KAJIAN
Kajian ini bersifat kualitatif iaitu menggunakan kaedah analisis dokumen. Beberapa hasil kajian yang lepas telah
dianalisis bagi mendapatkan jawapan kepada objektif kajian ini. Selain itu, hasil kajian juga didapati berdasarkan
pemerhatian terhadap situasi semasa di sekolah-sekolah. Kedua-dua metodologi ini dipilih kerana dapat memberikan
gambaran yang tepat mengenai persepi guru-guru SJKC terhadap pelaksanaan PAK21.
PERBINCANGAN
Bagi memastikan perlaksanaan PAK21 dapat mencapai objektifnya, guru-guru harus menjadi pelaksana yang
efektif. Oleh itu, persepsi di kalangan guru mengenai PAK21 haruslah dititikberatkan. Persepsi daripada guru
memberi kesan kepada pencapaian murid dalam proses pembelajaran. Berdasarkan analisis dokumen yang telah
dilakukan, beberapa persepsi di kalangan guru dapat dikesan. Persepsi-persepsi ini dapat dibahagikan kepada dua
iaitu positif dan negatif.
Persepsi positif
Meningkatkan keyakinan dan kemahiran komunikasi
Guru-guru SJKC bersetuju bahawa PAK21 dapat meningkatkan keyakinan pelajar dalam berkomunikasi. Hal ini
kerana penerapan kebebasan menyatakan idea di kalangan murid. Murid-murid bebas untuk menyatakan idea dan
pendapat mereka dalam kelas dalam satu sesi pembelajaran. Kebanyakan sesi pembelajaran yang menggunakan
teknik kerja berkumpulan juga menggalakkan sikap kerjasama dan perkongsian idea sesama sendiri selain menuntut
murid menjadi lebih kreatif dan kritis semasa pembentangan. Malahan, penggunaan Bahasa Melayu dan Bahasa
Inggeris juga dikatakan meningkat apabila banyak aktiviti berkumpulan dilaksanakan.
Penggunaan i-Think
Dalam PAK21, terdapat idea penggunaan peta minda ataupun peta i-Think. Penggunaan peta ini bertujuan untuk
melatih murid mencari idea dalam tajuk utama dan memecahkannya mengikut kepentingan. Apabila menggunakan
teknik ini, guru berpendapat bahawa murid lebih bersikap rasional dan dapat membezakan kepentingan sesuatu
maklumat. Melalui cara ini beberapa kemahiran dapat dikuasai seperti menganalisis, membandingbeza, dan
membuat keputusan. Selain itu, di SJKC murid lebih faham akan sesuatu topik apabila mereka memahami cara
untuk mencari kata kunci. Hal ini dapat memebantu mereka mengembangkan perkataan menjadi idea yang lengkap.
Meningkatkan sikap berdikari
Guru-guru berpendapat bahawa melalui PAK21, murid menjadi lebih berdikari dalam proses pembelajaran.
Berbanding dengan proses pembelajaran tradisional, guru menjadi pelopor utama dan murid sebagai pengikut. Guru
akan memberikan segala maklumat dan murid hanya melakukan semula apa yang diajar (konsep parroting). Namun,
dalam PAK21, murid yang akan melaksanakan proses pembelajaran dan dipantau oleh guru. Guru hanya akan
bertindak sebagai fasilitator dan membetulkan jika murid melakukan kesalahan. Proses ini menjadikan murid
berdikari dalam mencari penyelesaian masalah selain menjadikan murid lebih kreatif.
Persepsi negatif
Murid lemah
Dalam pemerhatian, guru-guru berpendapat bahawa murid yang lemah hanya meniru tanpa memahami semasa
pelaksanaan PAK21 terutamanya bagi subjek Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Apabila tugasan berkumpulan
dibagikan, jurang antara murid adalah jelas dan ternyata ianya hanya memebrikan kelebihan kepada murid
cemerlang. Apabila keadaan ini berlaku, objektif PAK21 untuk memastikan murid mempunyai kemahiran yang
tersendiri tidak tercapai melainkan murid yang hanya meniru perbuatan dan jawapan. Selain itu, terdapat juga murid
yang hanya boleh berkomunikasi tanpa memahami sesuatu kerana ciri-ciri PAK21 yang memerlukan respon yang
spontan.
Kedudukan dalam kelas
PAK21 menetapkan beberapa jenis susunan kedudukan dalam kelas dan hal ini perlu dilaksanakan di setiap sekolah.
Walaubagaimanapun, guru-guru berpendapat bahawa usul ini tidak relevan. Murid lebih mudah hilang fokus dalam
kelas kerana berbual-bual dan memerlukan guru untuk melakukan perubahan tempat duduk secara berkala. Tidak
dinafikan susunan yang dicadangkan mudah untuk digunakan bagi kerja berkumpulan, namun guru-guru melihat
lebih banyak kesan negatif berbanding positif. Hal ini menjadi masalah apabila ianya menjadi kewajipan untuk
dipatuhi berbanding memberikan kebebasan kepada guru untuk membuat keputusan.
I-think
Seperti yang dinyatakan sebelum ini, penggunaan peta i-Think banyak memberi kelebihan kepada pelajar. Namun,
terdapat guru-guru yang merasakan bahawa peta i-think tidak membantu murid dalam menguasai pembelajaran.
Murid-murid juga tidak bebas dalam membuat peta minda mereka sendiri sebaliknya perlu menggunakan
rekabentuk yang ditetapkan. Hal ini membantutkan proses kreativiti mereka yang jelasnya berlawanan dengan
objektif PAK21 itu sendiri bagi melahirkan murid yang kreatif dan kritikal. Selain itu, guru-guru berpendapat
bahawa peta i-think ini juga tidak ada fungsi dalam kehidupan seharian melainkan dalam kelas sahaja. Ini bermakna,
tiada proses pembelajaran sepanjang hayat dalam menggunakan kaedah peta i-think.
CADANGAN KAJIAN
Kebanyakan kajian menumpukan kepada persepsi pelajar di Sekolah-sekolah Kebangsaan ataupun Sekolah-sekolah
Menengah Kebangsaan. Masih belum ada kajian yang melibatkan Sekolah Jenis Kebangsaan. Beberapa cadangan
bagi menambahbaik kajian ini adalah seperti berikut:
Pertama, pengkaji boleh membandingbezakan keberkesanan pelaksanaan PAK 21 antara Sekolah Kebangsaan
dan Sekolah Jenis Kebangsaan. Antara perbezaan yang boleh dikaji adalah dalam aspek pencapaian, tahap
penerimaan, infrastruktur, tahap kesediaan dan kemandirian murid. Perbezaan perlu dikaji bagi mengenalpasti
kekurangan dan kelebihan yang dapat membantu guru-guru untuk menambahbaik cara pengajaran yang berdasarkan
PAK21. Selain itu, kajian mengenai perbezaan ini juga dapat membantu pihak atasan seperti Kementerian
Pendidikan dan Jabatan Pendidikan untuk mengenalpasti kelemahan dan kekuatan pelaksanaan PAK21 dalam
kalangan sekolah-sekolah di Malaysia.
Kedua, pengkaji juga boleh meneruskan kajian dengan mengkaji mengenai keberkesanan PAK21 dalam
pembentukan moral dan akhlak dalam kalangan pelajar. Hal ini kerana, seperti yang diketahui, kebanyakan objektif
dalam PAK21 menumpukan kepada pencapaian akademik dan ko-akademik dan secara tidak langsung
mengenepikan kepentingan dari sudut moraliti. Sehubungan dengan tuntutan Kementerian Pendidikan yang
memahukan tahap pencapaian pendidikan menyamai taraf luar negara, dapat dilihat juga tahap moraliti dalam
kalangan murid semakin merudum. Oleh itu, kajian berkaitan yang menunjukkan samada PAK21 dapat membantu
menyelesaikan masalah ini atau tidak langsung memberi kesan perlu dikaji.
Cadangan ketiga adalah, kajian boleh ditambah baik dengan mengadakan kajian mengenai pelaksanaan PAK21 di
kawasan pedalaman dan tanpa capaian internet. PAK21 menekankan penggunaan teknologi dan ICT agar murid
didedahkan dengan pembangunan bertaraf dunia, namun di Malaysia masih terdapat kawasan yang belum boleh
ditembusi oleh internet dan teknologi. Ini mengakibatkan ketidakseimbangan dalam pelaksanaan PAK21 di
Malaysia iaitu hanya dapat dicapai oleh murid di kawasan Bandar. Kajian mengenai cara melaksanakan PAK21 di
kawasan pedalaman perlu dilakukan iaitu bagaimana teknologi ini dapat didedahkan kepada para murid dan bukan
sahaja hanya menggunakan objek-objek berunsur alam.
KESIMPULAN
Daripada kajian ini, dapat dilihat bahawa PAK21 memberikan banyak kesan positif kepada guru dan juga murid.
Bagi pihak guru, PAK21 membantu meningkatkan kemahiran guru dalam penguasaan teknologi dan ICT. Walaupun
PAK21 menuntut pembelajaran berpusatkan murid, namun guru masih memainkan peranan paling penting. Guru-
guru perlu menerapkan nilai-nilai menyelesaikan masalah di kalangan murid secara berdikari. PAK21 juga
menggalakan guru untuk mempelajari perkara baru seperti aplikasi-aplikasi terkini seterusnya menggalakkan
perkongsian sesama guru mengenai cara terbaik melaksanakan PAK21.
Selain itu, PAK21 juga membolehkan murid mempelajari kemahiran berkomunikasi dan berinteraksi dengan
lebih berkesan. Murid-murid diberi peluang untuk bersoal jawab, berkongsi pendapat dan meneroka masalah dalam
pembelajaran mereka. Hasil daripada itu, murid-murid menjadi lebih berkeyakinan bagi menghadapi masa hadapan
untuk menjadi sebahagian daripada masyarakat. Di samping itu, murid-murid juga menjadi lebih kritis dan kreatif
kerana teknik yang berpusatkan pelajar dituntut berbanding dengan teknik tradisional yang berpusatkan guru.
Apabila pembelajaran lebih berpusatkan murid, murid perlu menggunakan kemahiran berfikir untuk menyelesaikan
masalah berbanding menanti guru untuk memberi jawapan kepada persoalan.
International Conference on Education and Regional Development 2018
(ICERD 3rd 2018)
“Curriculum for Millennial Generation in Disruptive Era and 4.0 Industrial
Revolutions”
Bandung, Indonesia.
22 November 2018
RUJUKAN
Error! No bookmark name given.
KESALAHAN IMBUHAN DALAM PENULISAN KARANGAN
BAHASA MELAYU DALAM KALANGAN MURID BIDAYUH
Wan Muna Ruzanna Wan Mohammad, Maz Abu Supian Madhi & Mohd Jasmy Abd. Rahman
Pusat Inovasi Pengajaran dan Pembelajaran
Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia
[email protected]
[email protected]
[email protected]
ABSTRAK
Fokus utama kajian ini adalah untuk meneroka kesalahan aspek morfologi bahasa Melayu terutamanya penggunaan
imbuhan dalam penulisan karangan bahasa Melayu. Teori Analisis Kontrastif (Carl Fries, 1945) dan Teori Analisis
Kesalahan Bahasa (Corder, 1967) dijadikan sebagai landasan dalam kajian ini. Reka bentuk kajian adalah kualitatif
deskriptif dengan menggunakan kaedah analisis dokumen dalam pemerolehan data kajian. Kajian ini dijalankan di
salah sebuah sekolah di Daerah Bau, Sarawak. Seramai 32 orang murid berbangsa Bidayuh pada tahun lima telah
dijadikan sebagai sampel kajian. Kertas ujian penulisan karangan merupakan instrumen utama yang digunakan
dalam kajian ini. Data yang diperoleh dianalisis secara deskriptif dengan menyenaraikan kesalahan imbuhan yang
telah dilakukan oleh murid Bidayuh dalam penulisan karangan. Hasil analisis yang diperoleh, mendapati sampel
kajian melakukan kesalahan dalam membuat pemilihan penggunaan imbuhan bahasa Melayu yang tepat dan
kesalahan tiada penggunaan imbuhan pada perkataan atau ayat yang memerlukan penambahan imbuhan. Mendapati
kesalahan yang dilakukan oleh murid Bidayuh tersebut adalah kesan daripada penguasaan dan pengaruh bahasa
Bidayuh semasa menulis. Kajian ini penting untuk diteliti oleh guru bahasa Melayu yang mengajar murid bukan
penutur natif untuk membuat penambahbaikan terhadap pengajaran dan pembelajaran (PdP) di dalam kelas bagi
meningkatkan penguasaan murid terhadap bahasa Melayu.
Kata Kunci: morfologi; imbuhan; bahasa Bidayuh; pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu; dan penulisan karangan.
PENGENALAN
Perkara 152, Perlembagaan Malaysia memperuntukkan bahasa kebangsaan di Malaysia ialah bahasa Melayu.
Perlembagaan ini harus diterima oleh setiap lapisan individu yang tinggal di Malaysia. Perlembagaan ini tidak dapat
di padam kerana perkara 159(5) menetapkan bahawa perkenan Majlis Raja-Raja diperlukan sekira ianya hendak
dipinda. Walau bagaimanapun, kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan tidak membataskan hak dan
kedudukan bahasa lain untuk digunakan, dipelajari dan dikembangkan oleh warga Malaysia. Perlembagaan
Persekutuan telah mengakui kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi. Malah, dalam
Penyata Razak (1956) mengusulkan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama di sekolah. Akhirnya perkara
ini telah dikuatkuasakan dalam Akta Pelajaran 1961. Menurut Dasar Pendidikan Kebangsaan 1996, kedaulatan
bahasa Melayu harus dipertahankan sebagai bahasa teras dalam sistem pendidikan negara. Menurut Muzaffar dan
Ibrahim (1983), James Brooke telah menubuhkan sekolah yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa
pengantar pada tahun 1883 di Kuching. Hal ini menunjukkan bahawa Sarawak juga telah menggunakan bahasa
Melayu sebagai bahasa pengantar di sekolah.
Masyarakat Bidayuh di Sarawak atau lebih dikenali dengan nama Dayak Darat menetap di beberapa daerah
utama di Sarawak. Pada abad ke-19, pengkaji barat menggunakan istilah Dayak sebagai merujuk kepada kaum
bukan Islam di pedalaman Borneo (Junaidi, 1994). Istilah Dayak turut merujuk kepada kaum Iban (Dayak Laut) dan
Orang Ulu (Kenyah, Kelabit, Kayan, Penan, Punan dan Lunbawang). Minos (2000) menyatakan bahawa masyarakat
Bidayuh dipercayai berasal dari Gunung Sungkong di Kalimantan Indonesia. Menurut Alice (1997), masyarakat
Bidayuh berpindah dari tempat asal mereka melalui dua kali perpindahan. Perpindahan kelompok pertama
melibatkan mereka yang sekarang menetap di sekitar Serian (Bukar-Sadong), Kuching (Biatah) dan Bau (Bau-
Jagoi). Manakala kelompok kedua pula menetap di kawasan Lundu yang menggunakan Bahasa Selako-Lara. Jadual
1 di bawah menunjukkan bilangan kampung dan bahasa yang dituturkan oleh masyarakat Bidayuh secara khusus
mengikut daerah utama di Sarawak.
Jadual 1 Bilangan Kampung dan Bahasa yang dituturkan oleh Masyarakat Bidayuh Daerah di Sarawak
Daerah Bilangan Kampung Bahasa yang dituturkan
Serian 126 Bukar-Sadong
Kuching 84 Biatah
Bau 43 Bau-Jagoi
Lundu 41 Selako-Lara
(Sumber: Dipetik daripada Ahi Sarok, 1998:17)
Berdasarkan jadual di atas, masyarakat Bidayuh dapat dikelaskan kepada empat golongan penutur bahasa yang
berbeza mengikut daerah. Masyarakat Bidayuh telah membentuk identiti bahasa dan budaya hidup berdasarkan
persekitaran kehidupan. Alam sekitar merupakan antara faktor utama yang mempengaruhi corak kehidupan dan
bahasa yang dituturkan. Menurut Asmah (1981), bahasa Bidayuh dikatakan bahasa yang mempunyai dialek-dialek
tersendiri, namun mempunyai hubungan kekeluargaannya sangat erat. Ini disokong oleh Kroeger (1994b) yang
menyatakan bahawa bahasa Bidayuh adalah satu kelompok bahasa yang besar terdapat di Sarawak dan berbeza
dengan bahasa lain yang wujud di Borneo.
Oleh itu, dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 telah menekankan membina perpaduan
melalui pendidikan, iaitu pelbagai pilihan persekolahan mewujudkan persekitaran etnik yang homogen. Malah, ia
juga untuk mempertingkatkan permaduan di sekolah apabila wujudnya keseragaman etnik dalam sistem pendidikan.
Ini memperlihatkan bahawa sistem pendidikan di Malaysia tertumpu pada semua lapisan masyarakat tidak mengira
agama dan bangsa. selagi sesebuah masyarakat itu merupakan warganegara Malaysia, mereka wajib mendapatkan
pendidikan yang sama rata antara satu sama lain. Sistem pendidikan yang mantap akan menyumbang kepada tahap
perpaduan negara dalam penyatupaduan pelbagai kaum di Malaysia. Maka, bahasa Malaysia telah dijadikan sebagai
bahasa perhubungan dan bahasa pengantar dan pendidikan bagi mengeratkan lagi komunikasi dua hala antara etnik.
Penguasaan bahasa Malaysia sangat penting bukan sahaja untuk berkomunikasi, malah menjadi syarat bagi
menyambung pelajaran dan memperoleh pekerjaan.
Justeru, imbuhan merupakan pelengkap kepada sesuatu ayat yang menjadikan ayat itu gramatis dengan
penggunaan tatabahasa yang tepat dan betul. Oleh itu, Asmah Haji Omar (1983:64), telah membahagikan imbuhan
kepada lima (5) jenis, iaitu (i) imbuhan awalan; (ii) imbuhan akhiran; (iii) imbuhan sisipan; (iv) nasalisasi; dan (v)
morfem terikat-terbahagi. Ini perjelaskan bahawa imbuhan awalan merupakan morfem terikat yang hadir sebelum
kata akar atau kata dasar. Manakala, imbuhan akhiran pula menunjukkan morfem yang diletakkan selepas kata akar
atau kata dasar. Malah, imbuhan sisipan wujud di mana morfem terikat yang kebiasaannya tersisip dalam sesuatu
perkataan. Justeru, nasalisasi atau simulfiks bertindak sebagai pengganti dan penambah. Misalnya, fonem pertama
kata akar adalah konsonan, maka bunyi tersebut digantikan dengan bunyi nasal yang homogan dan jika fonem
pertama kata akar didahului dengan vokal, maka bunyi nasal akan ditambahkan dengan vokal. Di samping itu,
morfem terikat-terbahagi pula berfungsi serentak sebagai satu unit dalam pembentukan kata dan tidak boleh
dipisahkan binaannya.
Penguasaan imbuhan bukan sahaja menjadi masalah kepada penutur jati murid Melayu, malah permasalahan ini
juga terjadi kepada penutur bukan jati yang menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa kedua atau ketiga dalam
kehidupannya dan khasnya dalam pendidikan di sekolah. Penguasaan imbuhan bahasa Melayu sangat penting dalam
menjadikan penulisan dan komunikasi yang baik. Dalam pendidikan, ia akan melibatkan pemarkahan yang diperoleh
oleh murid sama ada cemerlang atau lemah. Oleh itu, penguasaan imbuhan sangat penting bagi setiap murid sama
ada kepada murid penutur jati atau murid bukan penutur jati terutamanya murid India, Cina, Asli, Iban, Bidayuh,
Kadazan, dan lain-lain etnik yang ada di Malaysia. Menurut Siti Baidura Kasirin dan Nuruk Jamilah Rosly (2013),
murid telah melakukan kesalahan tatabahasa dari aspek morfologi dalam penulisan karangan bahasa Melayu. Ini
dibuktikan bahawa punca berlakunya kesalahan sebegitu adalah disebabkan oleh pengaruh bahasa Ibunda.
Norizan Che Su & Zaitul Azma Zainon Hamzah (2013), penguasaan kosa kata bahasa kedua atau bahasa asing itu
sangat penting bagi membolehkan berkomunikasi dengan lancar, malah penting juga dalam penulisan. Perbezaan
linguistik antara dua bahasa boleh menimbulkan kesukaran kepada murid untuk mempelajari bahasa kedua dan
bahasa asing termasuklah bahasa Melayu sebagai bahasa kedua dalam kalangan murid berlainan bahasa. Dengan itu,
pengkaji tertarik untuk meneliti masalah penguasaan bahasa iaitu pengimbuhan. Menurut Nik Safiah Karim et. al.,
(2009:45), imbuhan merupakan unit-unit bahasa tertentu yang ditambahkan pada bentuk- lain yang menyebabkan
perubahan makna pada nahunya. Sekiranya penggabungan antara imbuhan dan kata dasar adalah salah, maka ianya
mempengaruhi makna sesuatu ayat. Justeru itu, bagi menghasilkan penulisan yang baik, permasalahan perlu
diperbaiki bermula dari peringkat imbuhan kerana imbuhan merupakan sebahagian penting dalam morfologi
khususnya bermula dari peringkat sekolah rendah. Permasalahan dan kesilapan ini telah didefinisikan oleh Corder
(1981:11) kesilapan bahasa sebagai bentuk pertuturan yang menyimpang atau menyalahi bentuk peraturan penutur
jati. Ini dinyatakan juga oleh Juriah Long et. al., (1994:308), kesilapan bahasa merupakan satu bentuk
penyimpangan bahasa daripada sistem bahasa penutur jati yang meliputi tatabahasa, ejaan, sebutan, penggunaan
perkataan dan istilah.
METODOLOGI
Reka bentuk kajian ini berlandaskan kualitatif deskriptif dengan menggunakan kaedah analisis dokumen. Kajian ini
dijalankan ke atas murid yang berbangsa Bidayuh Bijagoi, seramai 32 orang (Tahun 5) di Sekolah Kebangsaan
Jagoi, Daerah Bau. Instrumen yang digunakan dalam kajian ini adalah penulisan karangan yang berformat kertas
Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR). Setelah dibuat penilaian awal untuk melihat fenomena yang berlaku,
pengkaji mendapati kesalahan yang sering dilakukan oleh murid adalah seperti kesalahan aspek morfologi yang
melibatkan penggunaan imbuhan.
DAPATAN KAJIAN
Penggunaan Bahasa Bidayuh Penulisan Karangan Bahasa Melayu dari Aspek Morfologi
Kajian ini memfokuskan kesalahan aspek morfologi, iaitu penggunaan imbuhan dalam penulisan karangan murid
berbangsa Bidayuh yang mempelajari Bahasa Melayu sebagai bahasa kedua di sekolah rendah. Corder (1971)
menjelaskan bahawa gangguan bahasa ibunda wujud apabila tabiat bahasa pertama murid mengganggunya
menerima bentuk, sistem atau hukum bahasa kedua. Kenyataan ini turut disokong oleh Lado (1964) yang
menyatakan pengaruh negatif bahasa ibunda boleh mempengaruhi perkembangan pemerolehan bahasa kedua murid.
Terdapat empat jenis imbuhan iaitu imbuhan awalan, akhiran, apitan dan sisipan (Tatabahasa Dewan Edisi ketiga,
2011) yang diteliti oleh pengkaji dalam kajian ini. Namun, kajian ini hanya terbatas kepada tiga jenis imbuhan, iaitu
imbuhan awalan, akhiran dan apitan.
Jadual 2 Penggunaan Imbuhan oleh Murid Bidayuh dalam Penulisan Karangan Bahasa Melayu
Murid Awalan Akhiran Apitan Imbuhan Jumlah Imbuhan
Bidayuh
(MB) Ayat Imbuhan Ayat Imbuhan Ayat 1 Ayat 9
1 7 16
2 68 -- 1 10 7 21
3 69 -- 6 14 12 28
4 10 11 -- 9 4 19 7
5 11 14 -- 13 - 24 9
6 23 -- 2 5 4 14
7 78 11 - 2 8 11
8 89 -- 5 4 13 8
9 48 11 1 1 6 10
10 44 -- 3 4 7 14
11 69 -- 1 2 7 12
12 8 10 -- 4 4 12 17
13 69 11 2 13 9 31
14 7 12 11 4 1 12 15
15 10 18 -- 10 10 20 26
16 9 13 11 1 4 11 15
17 9 16 -- 6 5 15 13
18 8 11 -- 3 3 11 13
19 57 11 3 9 9 16
20 89 11 3 1 12 14
21 67 -- 8 2 14 15
22 9 13 -- 1 1 10 2
23 7 10 22 2 5 11 13
24 7 10 11 1 4 9 13
25 68 -- 3 4 9 14
26 89 -- 2 2 10 14
27 69 11 2 8 9 24
28 8 12 -- 1 5 9 20
29 10 15 11 6 4 17 16
30 9 15 -- 4 3 13 12
31 8 12 -- 4 6 12 15
32 68 11 3 148 10 477
Jumlah 79 -- 4 11
231 325 13 13 118 362
Jadual 2 di atas menunjukkan bilangan penggunaan ayat dan imbuhan oleh 32 murid Bidayuh dalam penulisan
karangan bahasa Melayu. Analisis mendapati sebanyak 477 imbuhan telah digunakan secara keseluruhan oleh 32
murid Bidayuh dalam menghasilkan 80 hingga 120 patah perkataan dalam penulisan karangan bahasa Melayu.
Imbuhan awalan merupakan jenis imbuhan yang paling kerap digunakan oleh murid Bidayuh, iaitu sebanyak 325
kali diikuti oleh imbuhan apitan, iaitu sebanyak 148 kali. Imbuhan yang paling kurang digunakan ialah imbuhan
akhiran, iaitu sebanyak 13 kali. Jelas menunjukkan bahawa penggunaan imbuhan kerap digunakan dalam
menghasilkan penulisan karangan. Walau bagaimanapun, penggunaan imbuhan yang betul amat penting dalam
menghasilkan karangan yang berkualiti dan memahami akan apa yang hendak disampaikan oleh penulis.
Penggunaan imbuhan yang salah atau kurang tepat akan menjejaskan markah yang diperoleh. Hal ini akan memberi
kesan yang mendalam kepada murid yang akan menghadapi Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR).
Dalam kajian ini, pengkaji mendapati dua jenis kesalahan yang kerap dilakukan oleh murid Bidayuh, iaitu
kesalahan pemilihan imbuhan dan kesalahan tiada penggunaan imbuhan dalam penulisan karangan bahasa Melayu.
Penggunaan Imbuhan Awalan
Awalan ialah imbuhan yang ditambah pada bahagian hadapan kata dasar, misalnya ber- dalam berjalan dan ter-
dalam terambil (Tatabahasa Dewan Edisi ketiga, 2011). Menurut Aessoomanee (2005), imbuhan yang dicantumkan
di depan kata dasar ialah imbuhan awalan.
Jadual 3 Kesalahan Penggunaan Imbuhan Awalan oleh Murid Bidayuh
Kekerapan Penggunaan Kesalahan Penggunaan
Ayat Imbuhan
231 325 Jumlah Peratusan
31 9.5%
Jadual 3 menunjukkan kesalahan penggunaan imbuhan awalan yang dilakukan oleh MB dalam penulisan
karangan bahasa Melayu. Jumlah keseluruhan ayat yang melibatkan penggunaan imbuhan awalan adalah sebanyak
231 ayat. Peratusan kesalahan imbuhan hanya 9.5% mewakili 31 kali kesalahan berbanding 325 kali penggunaan
imbuhan. Walaupun peratusan kecil tetapi masih lagi menjejaskan markah dalam ujian sekiranya tidak
diperbetulkan. Berikut adalah antara kesalahan penggunaan imbuhan awalan yang telah dilakukan oleh MB:
MB 1 : Barang-barang yang dipakai masak sudah tidak ada
Ayat betul : Barang-barang yang digunakan untuk memasak sudah tidak ada
MB 4 : Aku berlari mendapat sahabatku
Ayat betul : Aku berlari mendapatkan sahabatku
MB 23 : Saya terpikir perkara itu saya bertambah takut.
Ayat betul : Saya memikirkan perkara itu menyebabkan saya bertambah takut.
Ayat yang dihasilkan oleh MB 1, 4 dan 23 mempunyai kesalahan dalam pemilihan penggunaan imbuhan.
Penggunaan kata dasar masak oleh MB 1 tanpa kehadiran imbuhan me-… merupakan kesalahan imbuhan
menyebabkan kesalahan pada struktur ayat. Pemilihan imbuhan awalan me-… berbanding imbuhan apitan me-…-
kan yang tidak tepat oleh MB 4 telah mengubah makna ayat yang cuba disampaikan. Jika dilihat kepada ayat MB
23, didapati ayat tersebut merupakan ayat terjemahan terus daripada perbualan harian umpamanya kesalahan ejaan
terpikir yang sepatutnya terfikir. Penggunaan imbuhan ter- yang tidak tepat pada kata dasar fikir menyebabkan
kesalahan struktur ayat dan mengubah makna yang cuba disampaikan oleh MB 23.
MB 6 : Saya ambik tuala dan saya mandi
Ayat betul : Saya mengambil tuala dan saya mandi
MB 15 : Selepas itu akupun sedar dari tidur.
Ayat betul : Selepas itu akupun tersedar dari tidur.
Kesalahan imbuhan yang dilakukan oleh MB 6 dan 15 di atas merupakan kesalahan tiada penggunaan imbuhan.
Seharusnya kata dasar ambil hadir dengan imbuhan me-… begitu juga dengan kata dasar sedar sepatutnya hadir
dengan imbuhan ter-… Kedua-dua ayat ini masih boleh difahami maknanya walaupun penggunaan imbuhannya
salah.
Penggunaan Imbuhan Akhiran
Akhiran ialah imbuhan yang ditambah pada bahagian belakang kata dasar, misalnya -an dalam lautan dan -kan
dalam panjangkan (Tatabahasa Dewan Edisi ketiga, 2011).
Jadual 4 Kesalahan Penggunaan Imbuhan Akhiran oleh Murid Bidayuh
Kekerapan Kesalahan Penggunaan
Penggunaan
Ayat Imbuhan Jumlah Peratusan
3 23%
13 13
Jadual 4 menunjukkan analisis kesalahan penggunaan imbuhan akhiran yang dilakukan oleh MB. Sebanyak 13
ayat melibatkan penggunaan akhiran dan setiap ayat hanya terdapat satu penggunaan imbuhan akhiran. Dalam 13
kali penggunaan imbuhan akhiran oleh MB, terdapat tiga kesalahan penggunaan imbuhan akhiran yang mewakili
23%. Peratusan kesalahan agak kecil berbanding keseluruhan 13 kali penggunaan imbuhan. Namun, kesalahan ini
perlu diperbetulkan kerana telah menjejaskan makna ayat yang cuba disampaikan oleh MB. Berikut adalah
kesalahan penggunaan imbuhan akhiran yang telah dilakukan oleh MB:
MB 8 : Doktor hubungi ibu bapa Alya.
Ayat betul : Doktor menghubungi ibu bapa Alya.
MB 8 telah menggunakan imbuhan akhiran yang salah dalam ayat di atas. Imbuhan apitan meng-…-i lebih sesuai
digunakan berbanding imbuhan akhiran -i. Kesalahan penggunaan imbuhan telah menyebabkan kesalahan pada ayat
tersebut walaupun makna yang cuba disampaikan masih boleh difahami.
MB 22 : Setelah nasi masak, kami makanan bersama-sama.
Ayat betul : Setelah nasi masak, kami makan bersama-sama.
MB 22 telah menggunakan imbuhan akhiran -an pada kata dasar makan. Sepatutnya tiada penggunaan imbuhan
pada kata dasar makan dalam ayat tersebut. Penggunaan imbuhan pada ayat ini menyebabkan kesalahan pada
struktur ayat.
MB 23 : Betapa takutnya tinggal di rumah sendiri.
Ayat betul : Betapa takutnya tinggal di rumah sendirian.
Dalam ayat di atas, MB 23 telah mengubah makna ayat apabila tiada imbuhan akhiran -an pada kata dasar
sendiri. Ini jelas berbeza dengan makna yang cuba disampaikan merujuk kepada ayat MB 23 sebelum ayat ini.
Kesalahan imbuhan akhiran yang dilakukan oleh MB 8 dan 22 merupakan kesalahan pemilihan imbuhan.
Kesalahan ini menyebabkan ayat yang dihasilkan tidak tepat walaupun masih boleh difahami. Ayat MB 22 pula
salah dari segi struktur ayat. Kesalahan yang dilakukan oleh MB 23 pula merupakan kesalahan tiada penggunaan
imbuhan walaupun sepatutnya imbuhan perlu hadir pada kata dasar. Kesalahan ini jelas mengubah makna yang cuba
disampaikan oleh MB.
Penggunaan Imbuhan apitan
Apitan ialah imbuhan yang ditambahkan serentak pada hadapan dan pada belakang kata dasar, misalnya ke-…-an
dalam kedudukan dan pe-…-an dalam pedalaman (Tatabahasa Dewan Edisi ketiga, 2011). Imbuhan apitan
merupakan gandingan imbuhan awalan dan imbuhan akhiran yang melingkungi kata dasar secara serentak (Zaharani
& Norashimah, 2010). Penggunaan imbuhan apitan kerap digunakan oleh murid dalam menghasilkan ayat untuk
penulisan karangan.
Jadual 5 Kesalahan Penggunaan Imbuhan Apitan oleh Murid Bidayuh
Kekerapan Kesalahan Penggunaan
Penggunaan
Ayat Imbuhan Jumlah Peratusan
118 148 18 12%
Jadual 5 di atas menunjukkan hasil analisis kesalahan penggunaan imbuhan apitan yang dilakukan oleh MB.
Sebanyak 118 ayat telah digunakan melibatkan 148 kali penggunaan imbuhan apitan. MB telah melakukan 18
kesalahan penggunaan imbuhan apitan daripada 148 kali penggunaannya. Peratusan kesalahan adalah sebanyak
12%. Nilai peratusan kesalahan agak kecil, namun kesalahan sama berulang dilakukan oleh MB. Kesalahan sebegini
perlu dibetulkan sebelum menjadi tabiat penulisan MB. Berikut adalah antara contoh kesalahan penggunaan
imbuhan apitan yang telah dilakukan oleh MB:
MB 16 : Aku nampak muka Alya yang penuh dengan darah……
Ayat betul : Aku nampak muka Alya yang berlumuran dengan darah……
MB 19 : Aku rasa aku kenal orang itu.
Ayat betul : Aku rasa aku mengenali orang itu.
Di atas merupakan antara kesalahan yang melibatkan kesalahan tiada penggunaan imbuhan. Ayat yang dihasilkan
oleh MB 16 lebih tepat menggunakan perkataan berlumuran yang hadir dengan imbuhan apitan ber-….-an.
Penggunaan kata dasar penuh pada ayat tersebut menyebabkan kesalahan struktur ayat walaupun maknanya masih
boleh difahami. Kesalahan yang hampir sama dilakukan oleh MB 19 di mana penggunaan kata dasar kenal tanpa
kehadiran sebarang imbuhan. Imbuhan apitan me-…-i sesuai digunakan dalam ayat tersebut bagi menyempurnakan
maksud ayat.
MB 13 : Polis itu datang lalu menanyakan beberapa soalan kepada aku.
Ayat betul : Polis itu datang lalu bertanyakan beberapa soalan kepada aku.
MB 13 melakukan kesalahan pemilihan imbuhan, namun MB 13 masih menggunakan imbuhan cuma
penggunaannya kurang tepat berbanding MB 8 dan 19 yang langsung tidak menggunakan sebarang imbuhan pada
kata dasar. Penggunaan imbuhan ber-…-kan lebih tepat digunakan berbanding imbuhan me-…-kan. Perkataan
bertanyakan merujuk kepada bertanya tentang sesuatu berbanding penggunaan menanyakan bermaksud bertanya hal
atau tentang sesuatu kepada orang lain. Jelas berlaku kesalahan pemilihan imbuhan menyebabkan kesalahan ayat.
Berdasarkan ujian penulisan karangan yang telah dijalankan, terdapat beberapa kesalahan lain yang telah
dilakukan oleh MB melibatkan imbuhan namun bukan kesalahan penggunaan imbuhan. Antara kesalahan tersebut
ialah:
MB 1 : Guru besar pun menuluh orang membaiki dapur …
MB 4 : Tidak syak lagi Aliya yang terbering di atas jalan raya …
MB 10 : Aku berlasa sedih sebab dia tidak kenal kami
MB 22 : Angelina dimasukan ke wad …
Keempat-empat kesalahan di atas merupakan kesalahan ejaan pada imbuhan, namun bukan kesalahan
penggunaan imbuhan.
MB 11 : Saya menyuruh cikgu menelefon ambulan
MB 2 : Doktor mengumumkan bahawa Ezra tak sedar lagi
Kesalahan ayat MB 11 dan MB 2 di atas melibatkan kesalahan dalam pemilihan perkataan. MB 11 melakukan
kesalahan dari segi kesantunan bahasa di mana perkataan meminta lebih sesuai digunakan. Manakala pemilihan
perkataan mengumumkan oleh MB 2 salah dalam konteks ayat tersebut. Perkataan memaklumkan lebih sesuai
digunakan.
Penggunaan sistem morfologi dalam bahasa Bidayuh sedikit berbeza dengan bahasa Melayu. MB terbawa-bawa
dengan bahasa ibunda mereka yakni bahasa perbualan harian dalam menulis karangan bagi mata pelajaran bahasa
Melayu. Situasi ini menyumbang kepada gangguan dalam proses menguasai bahasa Melayu dengan baik. Pengkaji
mendapati kesalahan yang sama berlaku berulang kali kesan daripada pengaruh bahasa ibunda, iaitu Bidayuh
Bijagoi. Secara tidak langsung kesalahan ini akan menjejaskan pemarkahan untuk penulisan karangan dalam
peperiksaan. Selain daripada mendedahkan guru bahasa Melayu tentang kelemahan murid Bidayuh dalam
penggunaan imbuhan yang betul, kajian ini secara tidak langsung dapat membantu para guru merencana pengajaran,
mempelbagaikan lagi kaedah dan aktiviti pengajaran guru bahasa Melayu di dalam kelas. Sesi pengajaran dan
pembelajaran yang baik akan membina minat murid terhadap bahasa Melayu. Situasi ini merupakan satu pulangan
yang baik kepada sekolah dalam usaha setiap warga sekolah menyediakan murid untuk menghadapi Ujian Penilaian
Sekolah Rendah (UPSR).
KESIMPULAN
Pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu sangat penting bagi memartabatkan bahasa Melayu dalam kalangan
murid bukan Melayu. Penggunaan bahasa yang betul dan penekanan pada penulisan ayat yang tepat perlu diterapkan
dalam pengajaran guru bahasa Melayu di sekolah. Penekanan berbahasa yang betul secara tidak langsung menyemai
budaya Malaysia dalam diri mereka. Namun, penguasaan bahasa Melayu murid bukan Melayu masih berada di
tahap yang rendah lebih-lebih lagi di kawasan pedalaman Sarawak dan Sabah. Guru seharusnya memainkan peranan
utama dalam memartabatkan bahasa Melayu dan menjadikan semula bahasa Melayu sebagai bahasa yang penting.
Faktor yang menjadi kekangan dalam memantapkan bahasa Melayu seperti pengaruh bahasa ibunda perlulah di beri
perhatian oleh para guru. Guru hendaklah memastikan proses pengajaran dan pembelajaran merupakan proses yang
paling bermakna dan dinamik. Sokongan oleh pihak pentadbir sekolah juga akan banyak membantu dalam
melancarkan lagi usaha ini.
Cara pengajaran yang tepat dan menarik amat penting bagi membolehkan murid menguasai bahasa Melayu.
Seiring dengan perkembangan semasa, pendekatan pengajaran abad ke-21 menjadi suatu nilai tambah kepada sesi
yang berkesan dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu. Para pendidik perlu bijak membuat
perbandingan antara bahasa ibunda dan bahasa Melayu agar murid faham perbezaan antara kedua-dua bahasa
tersebut. Seharusnya bahasa ibunda boleh menjadi pemudah cara untuk murid memahami sesuatu proses pengajaran
dan bukan satu gangguan kepada pembelajaran bahasa Melayu. Semua ini dapat direalisasikan sekiranya para guru
sentiasa mengemas kini ilmu bahasa Melayu dan menggunakan pendekatan pengajaran yang berkesan. Melalui
penulisan murid, seharusnya para guru dapat mengetahui pengetahuan bahasa yang ada pada pelajar. Para guru
hendaklah menggalakkan pelajar khususnya murid Bidayuh jika merujuk pada kajian ini, membaca dan
memperkenalkan buku-buku yang sesuai agar mereka dapat memperkayakan serta memantapkan lagi pengetahuan
dalam bidang bahasa Melayu sekali gus memperbaiki penulisan karangan bahasa Melayu mereka.
RUJUKAN
Alice Pu Ting. (1997). Penggunaan kata ganti nama diri bahasa Melayu dan bahasa Bidayuh: Satu Perbandingan Sosiolinguistik. Latihan Ilmiah
Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan, Universiti Sains Malaysia.
International Conference on Education and Regional Development 2018
(ICERD 3rd 2018)
“Curriculum for Millennial Generation in Disruptive Era and 4.0 Industrial
Revolutions”
Bandung, Indonesia.
22 November 2018
Asmah Haji Omar. (1981). Pengumpulan perbendaharaan kata bahasa-bahasa-Sarawak: Panduan untuk penyelidik. Dewan Bahasa. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Hlmn. 31-42, September 1981.
Asmah Haji Omar. (1983). The Malay people of Malaysia and their Languages. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Corder S.P. (1981). Error Analysis And Interlanguage. London : University Press.
Junaidi Payne. (1994). This is Borneo. London: New Holland.
Juriah Long et. al., (1994:308). Perkaedahan Pengajaran Bahasa Malaysia. Kuala Lumpur: Fajar Bakti Sdn. Bhd.
Kroeger, Paul R. (1994b). Biatah (Land Dayak) phonology. Unpublished Manuscript.
Lado, R. (1964). Language teaching: A scientific approach.
Minos. P. (2000). The future of Dayak Bidayuh’s in Malaysia. Kuching: Sarawak: Lynch Media & Services.
Muzaffar D.J. Tate & Ibrahim Ahmad Bajunid. (1983). Sejarah menengah baru 3. Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti.
Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Haji Musa & Abdul Hamid Mahmood. (2011). Tatabahasa Dewan. Ed. Ke-3, Cetakan Keenam. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka
Norizan Che Su & Zaitul Azma Zainon Hamzah. (2013). Ayat Tanya Dalam Bahasa Thai Dan Bahasa Melayu: Satu Perbandingan. Jurnal
Linguistik. Jilid 13 (1) Jun (1-12).
Penyata Razak. (1956). (Report of Education Committee, 1956). Kuala Lumpur : Jabatan Percetakan Negara.
Siti Baidura Kasiran & Nurul Jamilah Rosly. (2013). Analisis Kesalahan Tatabahasa Bahasa Melayu dalam Karangan Pelajar Asing di Sebuah
Institusi Pengajian Tinggi Awam. Selangor: Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.
Zaharani Ahmad & Norashimah Jamaludin. (2010). Isu Imbuhan /di-/ Bahasa Melayu: Apitan atau Gabungan. Jurnal Melayu (5) 2010, hlmn.
103-126
KESUKARELAWAN DAN PENDIDIKAN
Noorlela Noordin, Khairunnajwa Samsudin, Mohd Mahzan Awang & Abdul Razaq Ahmad
Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Ukm, Bangi, Selangor.
Emel:[email protected]
[email protected]
[email protected]
ABSTRAK
Artikel ini bertujuan untuk membincangkan kesukarelawan dalam pendidikan di Malaysia. Perbincangan artikel ini
dimulakan dengan isu-isu dalam aspek kesukarelawan. Artikel ini juga akan menerangkan tentang konsep
kesukarelawan dan kategori dalam kesukarelawan serta teori yang digunakan. Seterusnya, artikel ini akan
membincangkan aspek kesukarelawan dalam pendidikan di Malaysia. Bahagian akhir artikel ini akan merumuskan
mengenai kepentingan dan keperluan semangat serta aktiviti kesukarelawan kepada masyarakat khususnya kepada
golongan belia masa kini.
Kata Kunci: Kesukarelawan
ABSTRACT
This articles aims to discuss about volunteering in education in Malaysia. The discussion will start with an issues in
volunteerism. This article will also explain the concept of volunteerism, categories in volunteerism and the theories
that has been used. Next, this article will discuss how voluntary aspects of education was conduct in Malaysia. The
final part of this article will be to summarize the importance and needs of the spirit and volunteerism act ivities to the
community, especially towards the youth.
Keywords: Volunteerism
PENGENALAN
Semangat dan aktiviti kesukarelawan dalam masyarakat pada masa kini amat ditekankan oleh pihak kerajaan. Hal
ini dibuktikan apabila semangat dan aktiviti kesukarelawan telah menjadi antara salah satu isi utama yang penting
dalam kerangka perpaduan nasional negara. Sekiranya semangat kesukarelawan ini berjaya direalisasikan, maka
sudah tentu ianya akan memberikan impak positif kepada kehidupan bermasyarakat. Bukan sekadar itu, ia juga
mampu memberi nilai kepada pembangunan insan khususnya kepada golongan belia.
ISU DALAM ASPEK KESUKARELAWAN
Umum menyatakan bahawa semagat kesukarelawan mampu memberikan impak positif dalam diri seseorang insan.
Walau bagaimanapun, tidak semua mereka yang terlibat dalam aktiviti ini akan memperoleh sifat positif tersebut
khususnya dalam kalangan golongan belia. Hal ini kerana, kemungkinan untuk golongan belia terlibat dalam aktiviti
kesukarelawan adalah untuk mengisi masa lapang dan berseronok semata-mata. Isu ini disokong melalui kajian
lepas yang telah dikaji oleh para penyelidik. Menurut Clary dan Snyder (1999), Dorsch et al. (2002) serta Tajul
Arifin Muhamad dan Aishah Nadirah Mohd Alauddin (2013), isu ini akan mendatangkan kebimbangan sekiranya
kewujudan program kesukarelawan gagal dihayati sepenuhnya di mana golongan belia akan menjadikan program
kesukarelawan sebagai medium atau saluran untuk mereka berseronok dan mengurangkan kebosanan.
KONSEP KESUKARELAWAN
Pada dasarnya, terdapat banyak definisi berkaitan dengan kesukarelawan oleh para sarjana. Menurut Bezruchka
(2000), kesukarelawanan atau volunteerism berasal daripada kata kerja volunteer telah digunakan pertama kali
dalam konteks perkhidmatan ketenteraan. Hal ini kerana golongan tentera memberikan keperluan untuk berkhidmat
dan berkorban untuk negara. Maka, beliau merumuskan bahawa kesukarelawan merupakan kerja-kerja amal dan
kebajikan yang dihulurkan adalah tanpa mengharapkan apa-apa balasan sama ada berbentuk upah, bayaran ataupun
pertukaran barangan. Eyler (1999) dan Geiser et al. (2014) pula berpendapat bahawa aktiviti kesukarelawan
biasanya dilaksanakan tanpa ada sikap mementingkan diri. Hal ini kerana, ianya dilaksanakan semata-mata demi
kebaikan semua pihak disamping untuk meningkatkan kualiti hidup manusia lain.
Menurut Roberts (2006), kesukarelawanan adalah salah satu cara untuk menigkatkan aspek kemahiran, sosialisasi
dan keseronokan apabila bersama sesuatu pihak lain. Pendapat Roberts ini mempunyai persamaan dengan pendapat
yang dikemukakan oleh Xu dan Ngai (2011). Kedua-dua sarjana ini menyatakan bahawa kesukarelawan yang
sebenar akan memberikan kegembiraan kepada sukarelawan itu sendiri kerana dapat membantu, menyediakan
sumbangan serta menghulurkan bantuan kepada seseorang atau pihak lain walaupun tanpa ganjaran berbentuk nyata
atau tidak nyata.
Bagi Musick dan Wilson (2003) serta Wilson (2000), istilah sukarelawan ditafsirkan sebagai individu atau kelompok
individu yang istimewa yang mempunyai ciri peribadi dan keikhlasan terhadap khidmat sukarela dan kerja-kerja
kemasyarakatan. Maka dapat dirumuskan bahawa kesukarelawanan merupakan suatu konsep kerja atau khidmat
secara sukarela iaitu seseorang yang menyumbang bakti dengan rela hati tanpa paksaan atau mempunyai niat ikhlas
tanpa mengharapkan ganjaran kebendaan.
KATEGORI KESUKARELAWAN
Menurut Bellamy (2001), sukarelawan boleh dikategorikan kepada empat iaitu:
i. Profesional iaitu sukarelawan yang mempunyai lesen serta kemahiran yang tertentu jururawat, mekanik,
jurutera, akauntan dan doktor serta selalunya akan bergerak secara individu dan berkumpulan.
ii. Tidak berkemahiran iaitu sukarelawan yang tidak mempunyai kemahiran tetapi mempunyai masa dan juga
tenaga untuk menyumbang serta bersedia untuk menjalani kursus kemahiran.
iii. Spontan iaitu sukarelawan yang berkhidmat mengikut keperluan dengan segera dalam keadaan kecemasan
seperti kebakaran serta tidak terbatas kepada mana-mana kemahiran.
iv. Rakan kongsi iaitu sukarelawan yang menjadi ahli dalam mana-mana agensi sukarela yang mempunyai
kemahiran yang tertentu untuk menangani bencana dan sentiasa bersedia pada bila-bila masa kecemasan.
Dalam kajian lain oleh Dolnicar dan Randle (2007), kedua-dua sarjana ini mendapati bahawa golongan sukarelawan
ini juga boleh dikategorikan kepada 6 kategori lain iaitu:
i. Sukarelawan klasik iaitu golongan yang terdorong untuk terlibat dalam aktiviti sukarela atas tiga sebab.
Pertama, melakukan sesuatu yang berbaloi. Kedua, untuk kepuasan peribadi dan yang ketiga adalah untuk
membantu orang lain.
ii. Sukarelawan berdidikasi iaitu golongan yang menganggap bahawa melakukan aktiviti kesukarelawan adalah
sesuatu yang sangat relevan.
iii. Sukarelawan yang melibatkan diri secara peribadi iaitu golongan yang mampu meluangkan masanya kerana
mengenali seseorang dalam organisasi kesukarelawan tersebut.
iv. Sukarelawan yang terlibat untuk kepuasan peribadi iaitu golongan yang akan percaya bahawa setiap bantuan
yang diberikan akan memberikan kepuasan kepada diri mereka.
v. Sukarelawan Altruistik iaitu golongan yang sentiasa mementingkan diri orang lain melebihi diri sendiri.
vi. Sukarelawan Niche iaitu melaksanakan aktiviti kesukarelawan disebabkan oleh terdapatnya dorongan untuk
melakukannya seperti kenaikan pangkat dan sebagainya.
vii. Berdasarkan kategori yang diterangkan oleh Bellamy dan Dolnicar serta Randle, dapat dirumuskan bahawa
sukarelawan yang terlibat dalam program kesukarelawan terdiri daripada latar belakang yang berbeza
disamping faktor sikap dan dorongan yang menggalakkan mereka untuk terus sentiasa melaksanakan kerja-
kerja amal.
KESUKARELAWAN DALAM TEORI
Hustinx et al. (2010) dan Smith (1990) berpandangan kajian kesukarelawanan sehingga tahun 1990 memperlihatkan
bahawa teori yang boleh digunakan untuk menjelaskan soal kesukarelawanan adalah terlalu sedikit sehingga sukar
untuk menentukan penggunaan teori yang spesifik secara tunggal. Maka dalam tugasan ini, teori yang dianggap
bersesuain dengan kesukarelawan dibahagikan kepada tiga. Pertama adalah teori modal sosial. Kedua adalah teori
modal insan manakala yang terakhir adalah melalui konsep altruisme.
Teori modal sosial dilihat antara teori yang bersesuaian untuk digunakan dalam topik kesukarelawan ini
(Woellback dan Selle, 2002). Perkara ini adalah sama seperti yang diterangkan oleh Bourdieu (1985), “the aggregate
of the actual or potential resources which are linked to possession of a durable network of more or less
institutionalized relationships of mutual acquaintance or recognition" dan Putnam (1993), “those features of social
organization, such as trust, norms and networks that can improve the efficiency of society by facilitating coordinated
actions” Dalam hal ini, aktiviti sukarela boleh menggembangkan jaringan kenalan profesional, rangkaian,
peningkatan tahap pekerjaan dan hubungan sosial berdasarkan sifat kepercayaan dan nilai norma yang diyakini
mampu mempertingkat kecekapan dalam masyarakat.
Bagi teori modal insan pula, ianya adalah berkait dengan modal sosial seperti mana yang telah dijelaskan di atas.
Statham dan Rhoton (1986) menyatakan bahawa aktiviti sukarela mampu meningkatkan modal insan. Modal insan
yang dimaksudkan adalah merangkumi perkongsian pengetahuan, kemahiran, kebolehan, peluang kepimpinan dan
pengalaman kerja. Sukarela boleh berfungsi sebagai laluan untuk pekerjaan melalui peningkatan modal sosial dan
penerapan modal insan seseorang individu. Gabungan kedua-dua aspek penting ini akan meningkatkan kemahiran
dan pengalaman sukarelawan. Sebagai contoh, apabila sukarelawan mendapat kemahiran yang diperlukan, mereka
akan lebih berdaya saing atau produkrif baik ditempat kerja ataupun dalam pencapaian akademik.
Hasil kajian lepas secara konsisten menunjukkan korelasi yang kuat antara modal sosial dan kecenderungan
untuk menjadi sukarelawan (Wilson 2000). Malah, modal sosial juga dapat menjelaskan kesan kepada modal insan
(pendapatan dan pendidikan). Individu yang mempunyai kedudukan yang lebih tinggi di tempat kerja dan mereka
yang aktif melibatkan diri dalam aktiviti kesukarelawan didapati akan mempunyai kenalan sosial yang lebih
berbanding mereka yang tidak melibatkan diri dengan aktiviti kesukarelawan.
Konsep altruisme pada asasnya telah diperkenalkan oleh Auguste Comte sejak abad ke-19 lagi. Altruisme
diambil daripada perkataan Perancis iaitu autri yang bermaksud orang lain. Maka, altruisme dapat dirumuskan
sebagai satu konsep yang menerangkan bahawa seseorang individu itu tidak mempunyai sikap mementingkan
dirinya sendiri. Konsep ini memperlihat bahawa cetusan naluri kebaikan hadir dalam diri manusia yang bersedia
untuk menyumbang tanpa mengharapkan apa-apa balasan. Malah, tindakan yang dilakukan bukan untuk
kepentingan diri tetapi adalah pengorbanan untuk manusia lain. Nilai tambahnya adalah untuk mendapat kepuasan
diri sendiri hasil daripada memberi bantuan kepada golongan yang memerlukan.
KESUKARELAWAN DALAM PENDIDIKAN DI MALAYSIA
Menurut Siti Hawa (2002), penglibatan masyarakat di Malaysia dalam aktiviti sukarela pada peringkat awal
dipelopori oleh golongan dewasa berbanding golongan muda. Walau bagaimanapun, perkembangan terkini
menunjukkan lebih ramai golongan muda yang terdiri daripada pelajar sekolah, kolej dan universiti yang terlibat
dengan aktiviti sukarela. Aktiviti kesukarelawan di peringkat sekolah telah dimulakan dengan aktiviti-aktiviti yang
melibatkan penglibatan ke semua pelajar. Contoh yang paling kerap dilaksanakan diperingkat sekolah rendah
khususnya adalah aktiviti gotong-royong. Di peringkat sekolah menengah pula, aktiviti kesukarelawan ini sering
dilaksanakan melalui badan-badan beruniform seperti Pengakap, Pandu Puteri, Bulan Sabit merah, St. John
Ambulan dan sebagainya. Kementerian Pendidikan Malaysia telah menggalakkan pelajar menganggotai aktiviti
sukarela dan memberikan kredit khas kepada mereka bagi tujuan menyambung pengajian ke peringkat kolej dan
universiti.
Perkembangan aktiviti kesukarelawanan dalam kalangan mahasiswa IPTA dan IPTS pula dapat dilihat daripada
pertambahan program kesukarelawanan terutamanya khidmat masyarakat dan bakti siswa. Bagi memastikan aktiviti
kesukarelawanan ini berjalan lancar dan lebih profesional, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) telah menubuhkan
Majlis Kesukarelawan Universiti-universiti Malaysia (MASKUM) pada tahun 2007. MASKUM bertindak sebagai
perancang, pembimbing, dan pendorong kepada pelajar IPT bagi melaksanakan aktiviti sukarela selain membantu
menyemai perasaan kebertanggungjawaban dalam kalangan mereka. Kebanyakan aktiviti yang dijalankan
merupakan gabungan IPT dengan MASKUM serta komuniti sasaran yang terlibat terutamanya mangsa bencana.
Selain daripada itu, badan-badan bukan kerajaan atau NGO juga turut sama melibatkan diri dengan aktiviti
kesukarelawan. Salah satu daripadanya adalah melalui organisasi yang dinamakan sebagai Teach for The Needs
(TFTN). TFTN juga dikenali sebagai community online di mana ia ditubuhkan untuk memberikan peluang
pendidikan tambahan kepada pelajar sekolah rendah dan menengah khususnya. Pelajar-pelajar ini terdiri daripada
keluarga yang dikategorikan sebagai miskin tegar dan juga miskin bandar yang tidak berpeluang untuk menghadiri
kelas-kelas tambahan yang berbayar. Maka, sukarelawan TFTN ini akan menyediakan tempat dan juga guru-guru
yang terdiri daripada golongan mahasiswa dan golongan pendidik sendiri. Malah, TFTN juga mendapat permintaan
tinggi daripada golongan profesional untuk bersama-sama melibatkan diri dalam aktiviti kesukarelawan ini.
Program-program kesukarelawan ini tidak tertumpu kepada aspek pendidikan semata-mata. Aktiviti
kesukarelawan ini terus dibuka kepada golongan belia dengan menumpukan kepada aspek bantuan bencana alam
dan juga bantuan sosial seperti menyediakan pakaian, makanan dan khidmat kesihatan kepada golongan
gelandangan. Antaranya adalah melalui Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) yang dilaksanakan bagi pelajar-
pelajar lepasan SPM. Melalui program ini, pelajar didedahkan dengan aktiviti kemasyarakatan yang dijalankan oleh
pelajar-pelajar berlainan kaum, bangsa dan agama.
Malaysian’s Leading Youth Volunteer Community or One Malaysia for Youth atau lebih dikenali sebagai IM4U
juga merupakan antara organisasi yang kerap kali melaksanakan aktiviti-aktiviti kemasyarakatan. IM4U merupakan
antara altenatif yang dilaksanakan oleh pihak kerajaan dalam menggalakkan golongan belia melibatkan diri dengan
aktiviti-aktiviti kesukarelawan. Sebagai permulaan, pihak kerajaan telah memberikan insentif sebanyak RM130 juta
dana. Dana ini dikenali sebagai Dana Sukarelawan 1Malaysia (DRE1M) yang menyediakan bantuan kewangan
kepada belia untuk melaksanakan kerja-kerja amal. Selain itu, Mycorp telah ditubuhkan yang dikhaskan kepada
golongan belia untuk memberikan khidmat secara sukarela untuk membantu masyarakat antarabangsa yang
mengalami masalah seperti bencana alam dan peperangan.
IMPLIKASI AKTIVITI KESUKARELAWAN DALAM MASYARAKAT
Terdapat banyak implikasi positif yang dapat disuntik melalui program kesukarelawan khususnya kepada golongan
belia. Kementerian Pengajian Tinggi melalui Jawatankuasa Masjlis Sukarelawan Universti Malaysia telah
menjalankan pelbagai aktiviti kesukarelawan sebagai wadah untuk menyemai sifat keprihatinan sesama manusia
dalam kalangan mahasiswa. kesukarelawanan mempunyai potensi yang besar dalam menyerlahkan bakat dan ciri-
ciri yang diperlukan oleh seseorang mahasiswa. Dengan penglibatan mereka dalam aktiviti ini mereka dapat
mempelajari nilai-nilai murni seperti sifat penyayang, memahami masalah dalam komuniti, dan organisasi.
Maka tidak hairanlah pada hari ini dilihat semakin ramai pelajar yang menceburkan diri mereka dalam bidang
kesukarelawanan. Ini adalah disebabkan kesedaran mereka tentang kepentingan untuk berkhidmat secara sukarela
dalam kehidupan sehari-hari. Terdapat banyak manfaat dan faedah yang dapat diperoleh dengan bersukarela tanpa
mengharapkan ganjaran yang besar atau mewah. Apabila seseorang pelajar terlibat dengan kesukarelawanan, pelajar
tersebut akan dengan sendirinya mempunyai rasa simpati dan sifat tolong-menolong sesama manusia. Kualiti seperti
inilah yang perlu ada dalam setiap diri pelajar agar mereka bukan sahaja boleh cemerlang dalam akademik malah
memiliki modal insan yang cemerlang.
Implikasi positif dalam penglibatan kesukarelawan juga mampu meningkat tahap patriotisme kepada negara.
Contoh terbaik adalah melalui usaha penganjuran Temasya Kuala Lumpur 2017 atau dikenali sebagai Sukan SEA.
Satu program persediaan telah dilakukan oleh Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menerusi kepakaran di
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) untuk melatih sukarelawan kepada ribuan sukarelawan semenjak Disember
2016 lagi. Penglibatan sukarelawan yang terdiri daripada pelbagai kaum mampu membangkitkan semangat cintakan
dan berbangga kepada negara memandangkan sukan merupakan antara medium utama dalam mempupuk semangat
patriotisme dalam kalangan sesebuah masyarakat.
Walau bagaimanapun, tidak dapat dinafikan bahawa tidak semua sukarelawan yang menyertai aktiviti dan
program kesukarelawan ini mendapat sikap positif yang diharapkan. Hal ini kerana, sikap dan dorongan terhadap
kesukarelawan tidak boleh dipaksa. Menurut Chaiken (1999), sikap boleh menjelaskan tentang kecenderungan
psikologi tertentu sama ada untuk menyukai atau tidak menyukai. Pernyataan Chaiken ini disokong oleh Vogel et. el
(2014) di mana mereka menyatakan bahawa sikap merupakan penyataan diri seseorang sama ada suka atau tidak
suka terhadap diri, orang lain, tempat, perkara atau kejadian. Oleh itu, sekiranya individu itu tidak mempunyai sikap
yang suka untuk membantu orang lain maka program kesukarelawan ini tidak dapat mengubah individu tersebut
menyukai program amal sebegini. Begitu juga dengan dorongan. Menurut Chang et al. (2014), dorongan menjadikan
seseorang bertindak dengan cara tertentu yang difikirkan wajar dan mempunyai motif tertentu pada masa tersebut
sama ada mempunyai kebaikan atau tidak terhadap dirinya. Sekiranya individu tersebut tidak mempunyai matlamat
yang mendorong mereka melakukan kerja-kerja sukarela maka ianya agak sukar untuk menerapkan semangat
kesukarelawan dalam diri mereka.
Azizan Bahari (2010), Freddie Ng (2001), Mohd Hairul Anuar Razak et al. (2013), Saifuddin Abdullah (2001)
berpandangan bahawa masalah yang berlaku disebalik penganjuran program-program kesukarelawanan ini adalah
ketiadaan sifat penghayatan menyeluruh dalam kalangan belia. Hal ini pernah dijelaskan juga oleh Menteri Belia
dan Sukan iaitu sukarelawan masih gagal menghayati sepenuhnya konsep kesukarelawanan kerana terdapat dalam
kalangan mereka yang menagih elaun harian sebanyak RM 50.00 dan mengharapkan bekalan makanan secara wajib
melalui setiap program. Bukti lain adalah daripada kajian World Giving Index 2012 oleh Charities Aid Foundation
(2012) menunjukkan masih banyak usaha perlu dijalankan untuk golongan belia menjadikan aspek kesukarelawanan
sebagai asas kehidupan rakyat Malaysia. Aspek penghayatan belia berbilang kaum terhadap kesukarelawanan di
Malaysia (tangga ke-76) juga masih ketinggalan berbanding dengan Indonesia (tangga ke-7), Thailand (tangga ke-
12) dan Filipina (tangga ke-17) yang berada di kedudukan teratas dalam kalangan negara Asia Tenggara.
Seterusnya, pada awal tahun 2000 pelbagai kumpulan, briged atau kor sukarelawan ghairah diisytiharkan oleh
pelbagai pihak, namun ia seringkali tidak lebih daripada itu, atau tidak dapat bertahan lama. Sementara itu, bagi
merealisasikan pelaksanaan prinsip sukarela, maka wujudnya pusat, jabatan atau cawangan, program-program dan
kegiatan-kegiatan sukarela yang dilaksanakan dari semasa ke semasa. Sebagai contoh, beberapa tahun yang lalu
Kementerian Belia dan Sukan menganjurkan Program Jatidiri Kesukarelaan Nasional (PJKN), satu program ala-
kursus yang dilaksanakan di daerah-daerah seluruh Malaysia bagi mendedahkan belia kepada perkara-perkara asas
kesukarelawanan. Namun demikian, pada masa kini program tersebut telah dihentikan atas sebab-sebab tertentu.
Situasi ini menjelaskan bahawa penghayatan yang lemah dalam kalangan belia tentang hasrat murni kerajaan
mampu menggagalkan pelbagai usaha yang dilaksanakan demi kebaikan bersama.
Bahkan, Azizan Bahari (2010) dan Saifuddin Abdullah (2001) berpendapat golongan belia juga dikatakan
enggan, tidak berminat dan kurang penghayatan berkaitan dengan aktiviti pertubuhan belia. Justeru, Majlis Belia
Malaysia (MBM) serta badan gabungannya juga seharusnya menerima hakikat bahawa penghayatan belia berbilang
kaum terhadap kesukarelawanan merupakan suatu cabaran besar yang harus dipikul bersama. Pergerakan dan aktivis
belia perlu memberi fokus kepada aspek penghayatan belia terhadap kesukarelawanan. Pengertian makna dan
semangat harus lahir dari rasa tanggungjawab generasi muda demi kesejahteraan diri dan masyarakat. Sekiranya hal
ini tidak diberikan perhatian sewajarnya, maka segala usaha dan program pembangunan belia yang dirancang oleh
kerajaan tidak akan berjaya.
KESIMPULAN
Semangat kesukarelawan perlu disemai dan dipupuk dalam kalangan masyarakat berbilang kaum di Malaysia
khususnya dalam kalangan belia. Hal ini kerana, program amal ini mampu memberikan implikasi positif baik
kepada individu, masyarakat dan juga negara. Penghayatan tentang semangat kesukarelawan perlu disebarkan oleh
pihak kerajaan sendiri melalui medium-medium seperti Kementerian Pendidikan, Kementerian Belia dan Sukan
serta Jabatan Perkhidmatan Awam untuk mengelakkan jurang-jurang yang menyebabkan program sukarela ini
gagal. Oleh itu, kelompongan dalam perlaksanaan aktiviti kesukarelawan ini perlu diatasi agar ianya tidak
memberikan kesan kepada pembangunan negara.
RUJUKAN
Anas Alam Faizli (2014). Essay On Energy, Economy and Education: Rich Malaysia, Poor Malaysians. GerakBudaya Enterprise. Petaling Jaya,
Malaysia.
Azizan Bahari (2010). Patriotisme dan Kesukarelawanan: Sikap dan Peranan Pelajar.
Bellamy, C. (2001). The State of the World’s Children. New York: UNICEF, pp. 104.
Bezruchka, S. (2000). Medical tourism as medical harm to the third world: why? for whom? Wildernessand Environmental Medicine 11, 77-78.
Bourdieu, P. (1985). The forms of capital. In: Richardson JG (ed.) Handbook of Theory and Research for the Sociology of Education. New
York: Greenwood, 241-258.
Chaiken, S. (1999). Dual-process theories in social psychology. Guilford Press, New York.
International Conference on Education and Regional Development 2018
(ICERD 3rd 2018)
“Curriculum for Millennial Generation in Disruptive Era and 4.0 Industrial
Revolutions”
Bandung, Indonesia.
22 November 2018
Chang, I., Liu, C. Dan Chen, K. (2014). The Push, Pull and Mooring Effects in Virtual Migration for Social Networking Sites. Information
Systems Journal 24(4), 323– 346.
Charities Aid Foundation. (2012). World Giving Index 2012: A Global View of Giving Trends December 2012.
Clary, EG., Snyder, M. dan Stukas, AA. (1996). Volunteers’ motivations: Findings from a national survey. Nonprofit and Voluntary Sector
Quarterly 25, 485–505.
Dolnicar, Sara, Melanie and Randle. (2007). What Motivates Which Volunteers? Psychographic Heterogeneity Among Volunteers in Australia”
Voluntas: International Journal of Voluntary and Nonprofit Organizations, Vol. 18, No. 2, pp. 135-155.
Dorsch, KD. Riemer HA, Sluth V, Paskevich DM, Chelladurai P. (2002) What Affects a Volunteer’s Commitment? Canadian Centre for
Philanthropy, Toronto.
Eyler, J. (1999). Where's the learning in service-learning? Jossey-Bass, San Francisco.
Fauziah Ibrahim, et. el (2015). Penglibatan dan Motivasi Kesukarelawan: Ke Arah Memupuk Semangat Kesukarelawan Dalam Kalangan
Mahasiswa. e-Bangi Journal of Social Science and Humanities. Vol.10, No.1. 084-096.
Geiser, CH., Okun, MA., Grano, C. (2014). Who is Motivated to Volunteer? A Latent Profile Analysis Linking Volunteer Motivation to
Frequency of Volunteering. Psychological Test and Assessment Modeling 56(1), 3-24.
Hustinx, L., Cnaan, R. and Handy, F. (2010). Navigating Theories of Volunteering: A Hybrid Map For a Complex Phenomenon. Journal for the
Theory of Social Behavior 40(4), 410-434.
Mardhiyah Sahri, et. el. (2013). Empowering Youth Volunteerism: The Importance and Global Motivating Factors. Journal of Education and
Social Research. Vol.3 No.7. October. MCSER Publishing, Rome-Italy.
Mohd Hairul Anuar Razak, et al. (2013). Penghayatan dan Kesedaran Patriotisme dalam Kalangan Pelatih Program Latihan Khidmat Negara.
Malaysian Journal of Youth Studies 8, 124.
Mohd Mahzan Awang. (2017). Semai Patriotisme Melalui Kesukarelawan. Utusan Malaysia.
Mohd Rezal Hamzah, et. el. (2012). The Spirit of Volunteerism Among Malay Students in IPTA: A Review Towards A Volunteerism Education
Establisment. ResearchGate Publication.
Musick, MA., Wilson, J. (2003). Volunteers: A Social Profile. Bloomington: Indiana University Press.
Putnam, RD. (1993). Making Democracy Work: Civic Traditionsin Modern Italy. Princeton, NJ: Princeton University Press.
Roberts, M. (2006). Duffle Bag Medicine. Journal of the American Medical Association 295, 1491-1492.
Saifudin Abdullah. (2001). Gerakan kesukarelaan: menjana perubahan bermakna. Majlis Belia Malaysia, Yayasan Salam Malaysia dan Akademi
Belia, Kuala Lumpur.
Siti Raba’ah Hamzah, et. el. Understanding The Reasons for Malaysian Youth Participation in Volunteering Activities. Athens Journal of Social
Sciences.
Siti Raba’ah Hamzah, et. el. (2015). Pengaruh Kepercayaan, Motivasi dan Minat Terhadap Golongan Belia dalam Aktiviti Sukarela di Malaysia.
International Journal of Education and Training. (INJET). 1(2) November: 1-10.
Statham, A. and Rhoton, P. (1986). Mature and Young Women's Volunteer Work, 1974-1981. Columbus: Center for Human Resource Research,
The Ohio State University.
Tajul Arifin Muhamad dan Aishah Nadirah Mohd Alauddin. (2013). Motif Penglibatan Sukarelawan Sukan Institusi Pengajian Tinggi Terhadap
Tahap Kepuasan Diri. Jurnal Pendidikan Malaysia 38(2), 51-59.
Tuan pah Rokiah Syed Hussain dan Lilah Yasin. (2016). Belia dan Pembudayaan Semangat Sukarelawan di Malaysia: Suatu Pemerhatian
Konseptual. Geografi Online: Malaysian Journal of Society and Space 12. Issue 9 (161-172). ISSN 2180-2491.
Vogel, et el. (2014). Attitudes and attitude change. Psychology Press, London.Wilson, J. (2000). Volunteering. Annual Review of Sociology 26,
215-240.
Xu, Y. dan Ngai, NP. (2011). Moral Resources and Political Capital: Theorizing The Relationshi Between Voluntary Service Organizations and
The Development of Civil Society in China. Nonprofit and Voluntary Sector Quarterly 40 (2), 247–269.
FORMULA IMPAK MAKSIMA: PENINGKATAN DALAM
MENJANA IDEA BAGI PENULISAN ESEI SEJARAH DAN
BAHASA MELAYU DI PERINGKAT SEKOLAH MENENGAH
ATAS
Bahtiar Sukkor
SMK Dato Ali Haji Ahmad
Email: [email protected]
ABSTRAK
Kajian ini memberi tumpuan kepada meningkatkan kebolehan pelajar bagi menjana idea bagi mata pelajaran Sejarah
dan Bahasa Melayu di peringkat sekolah menengah atas. Pelajar sering tidak mampu memberikan idea atau isi
utama bagi menjawab soalan esei Sejarah dan karangan Bahasa Melayu. Kelemahan ini dikenalpasti berpunca dari
kelemahan cara berfikir pelajar itu sendiri. Dalam kata lain pelajar tiada panduan berfikir. Formula IMPAK
Maksima ini dihasilkan bagi menjadi panduan asas bagi pelajar mencari idea atau isi bagi jawapan yang diperlukan
untuk kedua-dua mata pelajaran ini. Formula IMPAK Maksima ini memberi fokus kepada 3 bidang utama iaitu
politik, ekonomi dan sosial. Kata IMPAK di dalam formula ini sangat penting kerana dua faktor utama. Pertama,
kesemua kata kunci yang dibina adalah bermula dari huruf I.M.P.A.K ini. Keduanya, IMPAK juga merujuk kepada
kesan. Setiap pelajar perlu membina huraian atau perbincangan di dalam esei jawapan mereka dari sudut kesan
positif ataupun kesan negatif bersesuaian dengan kehendak soalan. Kajian yang dibuat telah membuktikan
keberkesanan formula ini. Ujian post menunjukkan peningkatan markah yang sangat ketara selepas penggunaan
Formula IMPAK Maksima ini berbanding ujian pra.
Kata kunci: Penulisan esei sejarah dan bahasa melayu, sekolah menengah atas
PENGENALAN
Sejarah dan Bahasa Melayu adalah mata pelajaran wajib lulus di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Iaitu
peperiksaan bagi pelajar yang berusia 17 tahun di dalam sistem pendidikan di Malaysia. Pelajar yang gagal salah
satu mata pelajaran ini dianggap gagal di dalam peperiksaan SPM dan tidak layak mendapat sijil. Walaupun Bahasa
Melayu merupakan bahasa rasmi negara dan bahasa pengantar dalam sistem pendidikan, namun masih ramai pelajar
yang lemah di dalam penguasaannya. Sejarah juga bukanlah mata pelajaran yang diminati oleh para pelajar. Sejarah
adalah satu mimpi ngeri kepada mereka. Inovasi Formula IMPAK Maksima (FIM) ini dihasilkan bagi meningkatkan
pencapaian pelajar dalam kedua mata pelajaran ini. Inovasi ini memberi tumpuan kepada meningkatkan kebolehan
pelajar bagi menjana idea bagi menjawab soalan esei Sejarah dan juga membina karangan Bahasa Melayu. Inovasi
FIM ini adalah lanjutan daripada inovasi Kad Carta Makna dan pendekatan Perkasa Enam Soalan Asas (PESA)
Sejarah yang telah diperkenalkan oleh pengkaji sebelum ini.
Inovasi FIM ini merupakan satu usaha membudayakan aktiviti penyelidikan dan inovasi dalam kalangan guru
sekolah. Perkara ini adalah bertepatan dengan hasrat Kementerian Pelajaran Malaysia untuk mempertingkatkan nilai
profesionalisme dan kompetensi golongan pendidik di negara ini. Penyelidikan dan inovasi merupakan sebahagian
daripada budaya murni yang sedang dalam proses pengembangan yang hebat dan giat dijalankan oleh pendidik.
Guru sekolah adalah digalakkan untuk menghasilkan penyelidikan, membuat rujukan ilmiah, menghasilkan inovasi
dan berfikiran kreatif. Melalui aktiviti ini akan dapat memaparkan kreativiti dan inovasi seseorang individu. Ia
boleh diterjemahkan dalam bentuk penyelidikan dan ciptaan-ciptaan yang boleh meningkatkan mutu pendidikan
guru dan produk yang boleh dikomersilkan.
Latar Belakang
Inovasi FIM ini terhasil daripada pengamatan saya terhadap kelemahan pelajar memberikan jawapan yang spontan
dan pantas bagi setiap pertanyaan saya di dalam proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Pelajar sering
mengambil masa yang lama bagi memberikan jawapan. Seolah-oleh mereka langsung tiada idea dan asas pemikiran
bagi memberikan jawapan. Semua ini sangat mengecewakan saya. Saya merasakan pelajar tidak mempunyai
kerangka asas berfikir yang sedia ada terbentuk di dalam pemikiran mereka. Oleh itu mereka memerlukan masa
yang lama untuk berfikir dan memberikan jawapan. Kepantasan berfikir adalah asas kepada kejayaan di dalam
peperiksaan dan juga di dalam kehidupan. Oleh itu saya berpendapat satu tindakan segera perlu diambil bagi
memperbaiki keadaan ini. Isu yang sama ini juga saya bawakan di dalam mesyuarat Panitia Sejarah sekolah. Semua
ahli juga bersetuju dengan permasalahan ini. Pada masa yang sama, guru Sejarah yang juga mengajar mata
pelajaran Bahasa Melayu juga menghadapi masalah yang sama, khususnya bagi menjana idea menjawab latihan
karangan Bahasa Melayu. Hasil dari sumbangsaran ahli Panitia Sejarah, saya memperkembangkannya dan lahiralah
inovasi FIM ini.
MATLAMAT
Memperkenalkan Formula IMPAK Maksima (FIM) yang boleh menjadi asas menjana idea jawapan bagi soalan esei
Sejarah dan karangan Bahasa Melayu
OBJEKTIF
Secara umum, Inovasi FIM mempunyai objektif seperti berikut:
i. Menyediakan formula/kata kunci mencetuskan idea menjawab
ii. Menyediakan 10 kata kunci bidang politik
iii. Menyediakan 10 kata kunci bidang ekonomi
iv. Menyediakan 10 kata kunci bidang sosial
v. Meningkatkan kebolehan pelajar memberikan huraian berdasarkan kesan positif dan negatif
vi. Meningkatkan pencapaian pelajar di dalam menjawab esei Sejarah
vii. Meningkatkan pencapaian pelajar di dalam menjawab karangan Bahasa Melayu
Definisi Formula IMPAK Maksima
Inovasi FIM ini mengadungi tiga bidang utama iaitu politik, ekonomi dan sosial. Setiap bidang disediakan 10 kata
kunci utama. Setiap kata kunci ini pula dibina dari abjad I, M, P, A, K . Iaitu dua perkataan kata kunci bagi setiap
abjad. Kata kunci yang dipilih adalah kata kunci yang paling dapat memberikan gambaran utama bagi setiap bidang
yang pilih. Timbul pertanyaan mengapa abjad I.M.P.A.K. yang dipilih?
Jawapan ada pada inovasi saya sebelum ini iaitu Perkasa Enam Soalan Asas (PESA) Sejarah . Di dalam
pendidikan Sejarah, pelajar seharusnya mampu menjawab 6 soalan iaitu Apa, Bila, Siapa, Di mana, Kenapa dan
Bagaimana. Dari 6 soalan ini, pertanyaan yang utama dan kerap ditanya di dalam peperiksaan adalah tiga sahaja
iaitu Apa, Kenapa dan Bagaimana. Dari tiga soalan ini pula, dua soalan iaitu Kenapa dan Bagaimana adalah
menjadi fokus utama soalan. Oleh itu pelajar harus menguasai kemahiran untuk menjawab dua soalan ini.
Perbincangan untuk menjawab persoalan Kenapa dan huraian bagi menjawab persoalan Bagaimana menuntut untuk
pelajar menguasai beberapa kata kunci utama sebagai asas perbincangan dan jawapan. Jawapan pelajar haruslah
berkesan agar dapat menjawab segala persoalan yang diberikan. Jawapan yang berkesan ini bermaksud jawapan
yang dapat memberi impak. Dari sinilah lahirnya Formula IMPAK Maksima.
Oleh itu adalah amat bijak jika saya dapat menyediakan pelajar saya bagi menjawab persoalan Kenapa dan
Bagaimana ini. Saya penuh yakin inovasi FIM saya ini dapat membantu pelajar saya bagi mempertingkatkan lagi
kualiti jawapan esei Sejarah mereka. Pada masa yang sama juga, bagi mata pelajaran Bahasa Melayu, kelemahan
pelajar bagi memberikan isi utama karangan akan dapat diatasi dengan inovasi FIM ini. Khususnya bagi tajuk
karangan fokus negara, fokus antarabangsa dan fokus sastera.
POLITIK FORMULA IMP
Hapus EKONOMI
I Meningkat IMBUHAN Pentadbiran Pesat IND
Naik (rasuah) cekap
IMEJ Negara hancur I Kurang INT
Jatuh MATANG Giat
Dihormati
Tingkat MEMILIH
PERLEMBAGAA Nama buruk Tiada
Kurang N
M PEMIMPIN Demokrasi subur Banyak MOD
Bijak AMANAH Pilihan tidak tepat Kurang MON
M
Gagal ASING (elak) Tingkat
KESELAMATAN Keputusan tepat Gagal
KAUM Mudah tertipu
Patuh Kedaulatan P Tingkat PEN
undang2 Kurang N
Langgar Salah guna kuasa Luas
P Ramai PAS
khidmat demi Terhad
Negara
Kurang Pentingkan diri
Tingkat Tiada salah guna A Berjaya AGI
kuasa Gagal
Kurang Penyelewengan Banyak ALT
A Tentang
Kekal merdeka Kurang KEL
(pro
Terdedah Kedaulatan Tingkat
terjejas Terhad KEM
Tinggi MEM
Tingkat Tenteram rendah
K Lemah Kacau bilau K
Kerjasama Keamanan
prajudis Permusuhan
PAK MAKSIMA
SOSIAL
DUSTRI Negara maju Berjaya IMBANG Kemajuan
seimbang
Dunia ke 3 I Gagal Wujud keciciran
Ramai
TENSIF Berasaskan Kurang INTELEK Mampu bersaing
teknologi
Berasaskan buruh Ketinggalan
DAL Tarik pelabur Meraikan MYKT Aset dan
NOPOLI MAJMUK keunikan
NDAPATA Tak mampu Halangan Kacau bilau /
bersaing M rusuhan
Berkualiti
Kepakaran Tidak MODAL Tenaga mahir
meningkat berkualiti INSAN
Tak mampu Kukuh Tenaga kurang
bersaing mahir
Negara maju PERPADUAN Negara kuat
SARAN Ketinggalan P Lemah PENDIDIKA Negara lemah
IHAN A berkualiti N Sebagai pencipta
TERNATIF Menjana Tidak /R&D
keuntungan berkualiti Sebagai
Kurang Kukuh pengguna
keuntungan Lemah
Tingkat AGAMA Akhlak terpuji
Rakyat berpuas
hati Akhlak lemah
Tidak berpuas hati
ADIL berpuashati
Teroka bidang
baru
Sukar berkembang Kurang Ada ketinggalan
LUARAN Bersaing di global Terbela KEBAJIKAN Fokus
oduk) KESIHATAN pembangunan
Ketidakpuasan
Tak laku/rugi K Terabai
MAMPUAN Mewah Tingkat Rakyat sihat
Kos kesihatan
MBELI Kesempitan hidup merosot meningkat
Contoh Huraian Formula IMPAK Maksima
Tingkat AMANAH Tiada salah guna
ASING (elak) kuasa
A Kurang Penyelewengan
Tentang
Kekal merdeka
Terdedah Kedaulatan
terjejas
Saya mengambil contoh aspek politik bagi abjad A. Dua katakunci yang dipilih iaitu Amanah dan Asing. Setiap katakunci
boleh dilihat dari dua sudut, secara positif atau pun negatif.
Amanah : Kesemua individu yang terlibat di dalam bidang politik mestilah bersifat amanah. Sifat amanah ini haruslah
ditingkatkan. Sekiranya semua pemimpin bersifat amanah, maka tidak akan berlaku salah guna kuasa. ( positif )
: Sekiranya kurang sikap amanah di kalangan pemimpin politik, maka akan berlaku banyak penyelewengan di
dalam pentadbiran negara. (negatif)
Keberkesanan
A. Kajian Sejarah
Terdapat dua kajian yang telah dilaksanakan di bawah Panitia Sejarah. Kajian pertama menilai prestasi pencapaian pelajar
sebelum dan selepas penggunaan FIM. Kajian dijalankan bagi pelajar Tingkatan 5 Rekacipta 2. Peningkatan di dalam
pencapaian pelajar diukur sebagai kejayaan dan keberkesanaan FIM.
Hasil kajian yang dijalankan jelas memperlihatkan penggunaan FIM telah berjaya meningkatkan pencapaian pelajar
Tingkatan 5 RC2. Peningkatan ini dapat dibuktikan berdasarkan peningkatan markah yang diperolehi oleh para pelajar. Di
dalam ujian Pra, 18 orang pelajar atau 53% pelajar memperolehi markah di antara 0 – 6. Iaitu separuh dari jumlah markah
penuh iaitu 12 markah. Di dalam ujian Pos pula, bilang ini berjaya dikecilkan kepada hanya seorang atau 2.9 % pelajar
sahaja yang memperolehi markah di antara 0 – 6 markah. Pencapaian ini secara langsung membuktikan 33 orang pelajar
atau 97.1% pelajar memperolehi markah lebih dari separuh dan ke atas iaitu 7 – 12 markah. Peningkatan yang sangat ketara
berbanding ujian Pra.
Kajian kedua di bawah Panitia Sejarah adalah untuk mengkaji tanggapan pelajar terhadap penggunaan FIM ini. Di dalam
kajian ini data-data dianalisis berdasarkan frekuensi, peratusan dan min menggunakan Likert 5-point mengikut kesesuaian
persoalan. Bagi memudahkan keputusan kajian skala Likert yang mempunyai lima skor iaitu dari skor 1 hingga skor 5 akan
dikelaskan semula. Bagi mendapatkan sikap responden terhadap item dan persoalan kajian, respon terhadap setiap item akan
dijumlahkan dan satu skor min akan diperolehi bagi menentukan pilihan responden terhadap satu – satu item. Ia dikelaskan
semula seperti jadual berikut;
MIN SIKAP PERSEPSI
1.00 – 2.00 Amat Negatif
2.01 – 3.00 Negatif
3.01 – 4.00 Positif
4.01 – 5.00 Amat Positif
Berikut adalah dapatan kajian tersebut;
Kajian Tanggapan Pelajar Tingkatan 5 RC 2 Terhadap Keyakinan Mereka menjawab Soalan Esei Sejarah
Sebelum FIM
Objektif 1 Mengenalpasti tanggapan pelajar terhadap keyakinan mereka menjawab soalan esei
Persoalan Sejarah Min
1. Adakah pelajar telah bersedia untuk 2.3
menjawab soalan esei Sejarah
2. Adakah pelajar cukup yakin untuk 2.1
menjawab soalan esei Sejarah
Keputusan 2.2
NEGATIF
Objektif 2 Mengenalpasti tanggapan pelajar terhadap keyakinan mereka memperolehi markah yang baik
Persoalan Min
3. Adakah pelajar yakin boleh memperolehi markah 2.06
yang baik dalam esei Sejarah
4. Adakah pelajar yakin tahu strategi untuk mendapat 1.88
markah yang baik dalam esei Sejarah
Keputusan 1.97
SANGATNEGATIF
Kajian Tanggapan Pelajar Tingkatan 5 RC 2 Terhadap Keyakinan Mereka menjawab Soalan Esei Sejarah Selepas
FIM
Objektif 1 Mengenalpasti tanggapan pelajar terhadap keyakinan mereka menjawab soalan esei Sejarah
Persoalan Min
1. Adakah pelajar telah bersedia untuk 4.4
menjawab soalan esei Sejarah
2. Adakah pelajar cukup yakin untuk 4.2
menjawab soalan esei Sejarah
Keputusan 4.3
AMAT POSITIF
Objektif 2 Mengenalpasti tanggapan pelajar terhadap keyakinan mereka memperolehi markah yang baik
Persoalan Min
3. Adakah pelajar yakin boleh memperolehi markah 4.3
yang baik dalam esei Sejarah
4. Adakah pelajar yakin tahu strategi untuk mendapat 4.3
markah yang baik dalam esei Sejarah
Keputusan 4.3
AMAT POSITIF
Dapatan kajian tanggapan pelajar jelas memperlihatkan mereka lebih yakin dan bersedia untuk menduduki peperiksaan
selepas penggunaan FIM ini.
B. Kajian Bahasa Melayu
Guru Bahasa Melayu juga telah melaksanakan dua kajian yang hampir serupa kepada pelajar mereka berkaitan impak
penggunaan FIM ini. Kajian dijalankan bagi mengkaji keberkesanan FIM untuk mempertingkatkan kualiti jawapan
karangan pelajar. Markah yang diperolehi oleh pelajar menjadi kayu ukur keberkesanaan. Kajian pertama melibatkan ujian
pra dan juga ujian pos. Kajian dijalankan ke atas Tingkatan 5 Rekacipta 1
Berdasarkan dapatan kajian ini, jelas memperlihatkan berlaku peningkatan markah di kalangan pelajar. Kelompok pelajar
yang memperolehi markah 80 – 89 markah telah meningkat hampir sekali ganda. Di dalam ujian pra hanya 24.2 % pelajar
sahaja yang berjaya, tetapi di dalam ujian pos, ia telah meningkat kepada 63.6% .
Kajian panitia Bahasa Melayu yang kedua pula cuba mengkaji pola fokus tajuk soalan karangan yang menjadi pilihan
pelajar. Secara keseluruhannya terdapat 5 fokus tajuk karangan Bahasa Melayu, iaitu fokus diri, fokus keluarga, fokus
negara, fokus antarabangsa dan fokus sastera. Kajian dijalankan di dua buah tingkatan iaitu Tingkatan 5 Sains 1 dan
Tingkatan 5 Sains 2.
Dapatan kajian menunjukkan perubahan pola pemilihan tajuk karangan yang sangat ketara sekali. Di dalam ujian pra, hanya
3 fokus tajuk karangan sahaja yang menjadi pilihan pelajar. Tajuk karangan fokus diri dan fokus keluarga menjadi pilihan
96% pelajar. Namun di dalam ujian pos telah berlaku perubahan pola yang sangat mendadak. Kini hanya 29 orang pelajar
ataupun hanya 58% pelajar memilih tajuk fokus diri dan fokus keluarga. Semua fokus telah menjadi pilihan pelajar. Fokus
antarabangsa dan fokus sastera yang sebelum ini langsung tiada pelajar yang membuat pilihan, tetapi di dalam ujian pos, 7
orang pelajar atau 14% pelajar telah memilih kedua-dua fokus ini.
PENUTUP
Secara keseluruhannya inovasi FIM ini telah berjaya meningkatkan pencapaian pelajar di dalam mata pelajaran Sejarah dan
juga Bahasa Melayu. Data dari ujian pra dan pos dapat membuktikannya. Selain itu FIM juga menjadikan pelajar lebih
yakin untuk menjawab soalan esei Sejarah. Keyakinan ini juga dapat diperlihatkan di dalam kajian panitia Bahasa Melayu
apabila kesemua 5 fokus tajuk karangan telah menjadi pilihan pelajar. Saya sebagai pengkaji melihat aspek peningkatan
keyakinan ini sebagai lebih penting berbanding peningkatan di dalam pencapaian. Peningkatan keyakinan akan mampu
membugarkan minda dan ampu menjadikan pelajar individu yang lebih baik dari sebelum ini.
RUJUKAN
Mohamad Najib Abdul ghafar, (1999), Penyelidikan Pendidikan. Penerbit UTM. Skudai
Abdul Rahim Abd Rashid. 2000. Model dan Pendekatan Pengajaran Sejarah KBSM.Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka.
Abd. Rahim Abd. Rashid. (2001). Guru sejarah berkesan dan bermotivasi tinggi dalam pengajaran Sejarah dan penerapan patriotisme. Persidangan
Kebangsaan Pendidikan Sejarah Ke Arah Pembentukan Warganegara Patriotik. Pusat Perkembangan Kurikulum dan Persatuan Sejarah Malaysia,
Kuala Lumpur, 8-12 Oktober 2001.
Abd. Rahim Abd. Rahim. (2002). Pengajaran dan pembelajaran sains sosial, teori danamalan. Kuala Lumpur: Penerbit UniversitiMalaya.
Abdul Razaq Ahmad & Isjoni. (2009). Strategi dan model pembelajaran sejarah.Cendikia Insani Pekan Baru dengan kerjasama UKM dan UNRI.
Anuar Ahmad. 1998. Pengajaran Koperatif di Dalam Pengajaran Sejarah. Dalam Juriah
Long (peny.), Inovasi Dalam Perkaedahan. Bangi (ms 89-112). Penerbit UKM.
Atan Long (1976). Psikologi Pendidikan. Penerbit Adabi Sdn Bhd. Kuala Lumpur
Bahtiar Sukkor (2000). Panduan Guru Sejarah. Edaran dalaman Jabatan Pelajaran Negeri Johor
Perancangan Strategik Guru Sejarah. 2000 Seminar Guru Sejarah Johor. Jabatan Pelajaran Negeri Johor
Teknik Pengajaran Sejarah. 2002 Seminar Guru Sejarah Daerah Batu Pahat. Pejabat Pelajaran Daerah Batu Pahat
Unknown. (2009). Buka Buku. Seminar Kajian Tindakan Daerah Pontian. Pejabat Pelajaran Daerah Pontian.
A1T1. Seminar Kajian Tindakan Guru Cemerlang Negeri Johor. 2009. Majlis Guru Cemerlang Negeri Johor & Jabatan Pelajaran Negeri Johor.
Unknown. (2011). Kajian Tanggapan Pelajar Aliran Sains Sekolah – Sekolah Menengah Daerah Pontian Terhadap Mata Pelajaran Sejarah. Seminar
Antarabangsa Ilmu Kemanusiaan. Universiti Sains Malaysia, 14 – 16 Jun 2011
Unknown. (2016 ). Kad Carta Makna mempertingkatkan kebolehan menjawab soalan KBAT Sejarah. Seminar Antarabangsa Jiwa Pendidik, 2014.
Universiti Teknologi Malaysia
PESA Sejarah. Seminar Antarabangsa Guru Sejarah Malaysia-Indonesia 2018. Wisma Sejarah, Kuala Lumpur.
Hazri Jamil. (2003). Teknik mengajar Sejarah. Kuala Lumpur: PTS Publication &Distrubutors Sdn. Bhd.
Khoo Kay Kim. (2000). Falsafah sejarah: Ke arah mengembangkan unsur patriotism dan kenegaraan. Seminar Kebangsaan Falsafah Pendidikan Ke
ArahPemantapan Gagasan danWawasan Kenegaraan, 6-7 julai. Unversiti Malaya.
Zahara Aziz & Nurliah Jair. (2009). Penggunaan peta konsep untuk meningkatkan pencapaian mata pelajaran Sejarah bagi pelajar tingkatan dua. Jurnal
Pendidikan Malaysia, 34 (1): 3-15.
BIODATA
Bahtiar bin Sukkor, dilahirkan pada 8 Jan 1968. Beliau adalah pengasas dan Pengerusi Persatuan Guru Sejarah Malaysia.
Bertugas sebagai Guru Cemerlang Sejarah di SMK Dato’ Ali Hj Ahmad, 82000 Pontian, Johor. Mula mengajar pada tahun
1992. Sebelum menjawat jawatan Guru Cemelang, beliau mempunyai pengalaman selama 8 tahun dalam bidang
pentadbiran sekolah iaitu sebagai Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid dan juga sebagai Guru Penolong Kanan
Pentadbiran. Banyak menulis buku-buku berkaitan sejarah untuk pelajar dan juga guru. Memberi ceramah berkaitan Sejarah
di seluruh negara. Kerap membentangkan kertas kerja di peringkat kebangsaan dan juga antarabangsa. Telah juga
memenangi pelbagai anugerah inovasi di peringkat negeri, kebangsaan dan antarabangsa.
International Conference on Education and Regional Development 2018
(ICERD 3rd 2018)
“Curriculum for Millennial Generation in Disruptive Era and 4.0 Industrial
Revolutions”
Bandung, Indonesia.
22 November 2018
PEMBELAJARAN ABAD KE 21: KESANNYA TERHADAP SOSIO-
PSIKOLOGI REMAJA, PENGARUH & CABARAN
Norkamaliah Daud, Mohd Jasmy Abd Rahman, Ahmad Fadly Abd Rahman, Amirah Abd Rahman,
Siti Adilah Mohd Alias & Noraina Ayu Roslan
Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
Emel : [email protected]
[email protected]
my [email protected]
[email protected]
[email protected]
ABSTRAK
Kajian ini bertujuan untuk membincangkan mengenai pembelajaran abad ke 21, kesannya terhadap sosio-psikologi
remaja, antara pengaruh dan cabarannya. Dalam dunia tanpa sempadan ini, remaja didedahkan dengan ledakan
globalisasi. Seharusnya ledakan ini akan memberi kesan kepada sistem pendidikan di malaysia. Pembelajaran abad ke 21 ini
adalah antara kesan ledakan arus globalisasi ini. Namun begitu, terdapat cabaran dalam merealisasikan
pembelajaran abad 21 ini terhadap remaja. Cabaran yang agak ketara itu ialah, masalah sosio-psikologi remaja yang
menunjukkan nilai akhlak yang agak membimbangkan dalam membina identiti nasional. Seharusnya kita, sebagai warga
pendidik mengkaji apakah cabaran serta pengaruh bagi pelaksanaan pembelajaran abad ke 21 ini.
Kata kunci : sosio-psikologi remaja, pengaruh, cabaran
Abstract
The abstract of this concept paper aims to discuss 21st century learning, its impact on adolescent social psychology,
between its influence and its challenges. In this borderless world, teens are exposed to the explosion of globalization. This
explosion should have an impact on the education system in Malaysia. This 21st century learning is one of the effects of the
current globalization explosion. However, there is a challenge in realizing this 21st century learning towards adolescents.
The rather significant challenge is that teenage social psychological problems show a somewhat worrisome moral
character in building a national identity. We should, as educators learn about the challenges and influences for the
implementation of this 21st century learning
Key words: teenage social psychology, influence, challenge
PENDAHULUAN
Dalam dunia moden dan pesat membangun ini, remaja sering dikaitkan dengan masalah sosial. Masalah sosial
ataupun keruntuhan akhlak adalah seiring dengan peredaran zaman. Ianya semakin meningkat dari semasa ke
semasa. Pengaruh teknologi adalah amat pesat sehingga kini. Apabila dibandingkan dengan generasi
terdahulu, proses sosialisasi, proses kematangan, proses pembelajaran adalah berlaku dalam keadaan berbeza-beza.
Munculnya aplikasi-aplikasi media sosial serta laman web yang pelbagai dari luar negara telah memberi masalah yang
amat besar kepada perkembangan institusi pendidikan khususnya bagi kalangan remaja pada masa kini.masalah ini
menjadi lebih membimbangkan bilamana kekangan ibu bapa di atas kesibukan kerja seterusnya mereka tidak memberi
tumpuan terhadap pendidikan anak-anak mereka, menyebabkan anak-anak mereka bebas melayari laman-laman web
yang tiada pemantauan yang rapi, kawalan serta bimbingan yang sepatutnya. Pada institusi pendidikan pula,
kesan yang paling jelas yang dapat kita lihat ialah perubahan cara serta pengajaran guru-guru kepada
pembelajaran abad 21, yang mana lebih bergantung serta memerlukan seseorang pelajar itu menggunakan
teknologi serta internet sepenuhnya. Impaknya ialah, keadaan ini telah memberikan pengaruh yang amat besar
kepada pelaksanaan kurikulum sistem pendidikan, juga proses kemenjadian murid, ataupun psikososial murid.
OBJEKTIF
Secara amnya. Kajian ini adalah bertujuan untuk melihat kesan pembelajaran abad ke 21 terhadap
sosiopsikologi remaja, juga pengaruh serta cabarannya kepada pelajar.
secara khususnya kajian ini bertujuan untuk:-
i. Mengenalpasti hubungan dan sikap murid terhadap pembelajaran abad ke 21.
ii. Mendalami personaliti serta sikap pelajar yang pelajar yang bermasalah dari segi sahsiah dan juga akhlak,
yang mungkin berpunca daripada konflik diri mereka, juga pembelajaran abad ke 21 dengan
menggunakan teori perkembangan psikososial Erikson.
iii. Mengenalpasti cabaran serta pengaruh guru dan pelajar dalam aplikasi pembelajaran abad ke 21.
PERSOALAN KAJIAN
Disebabkan perkembangan psikososial remaja adalah menjadi masalah yang agak membimbangkan di era
abad ke 21 ini, untuk itu kajian ini dibuat bagi melihat:-
i. Apakah spesifikasi psikososial remaja di pembelajaran abad ke 21?.
ii. Apakah faktor berlakunya psikososial remaja di era pembelajaran abad ke 21?.
iii. Apakah pengaruh serta cabaran pelajar bagi menangani masalah psikososial remaja di era pembelajaran abad
ke 21?.
METODOLOGI KAJIAN
Reka bentuk kajian merupakan asas kajian yang sangat penting dalam penyelidikan. Kajian ini berbentuk deskriptif.
Kajian ini dilakukan bagi mengenalpasti hubungan dan sikap murid terhadap pembelajaran abad ke 21. Ianya
juga bagi mendalami personaliti dan sikap pelajar yang bermasalah akhlak yang berpunca daripada pembelajaran abad
ke 21. Selain itu, ianya juga bagi mengenalpasti cabaran serta pengaruh pelajar dalam pembelajaran abad 21 ini.
Pembelajaran ataupun Pendidikan abad ke 21 adalah berteraskan kepada teknologi. Tempoh bagi abad ini ialah pada
2001-2100. Bagi milenium ketiga pula, dari tahun 2001 tahun 3000. Semua ini adalah disebabkan pengiraan
abad pertama bermula dengan tahun 1.
Kita dapat lihat, menurut PPPM (Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia) 2013 dalam anjakan 3: “Pelajar hari
ini akan menghadapi dunia yang penuh dengan cabaran yang hebat, daripada kemusnahan alam sekitar hinggalah ke
konflik bersenjata”. Bagi mengharungi semua ini, mereka bukan sahaja perlu kepada kemahiran jasmani, malahan
kemahiran rohani juga penting dalam meniti arus teknologi abad ke 21 ini.
Justeru itu, setiap murid haruslah dipupuk dengan nilai yang jitu. Maksud nilai sebenar ialah yang dipelajari juga
diamalkan dalam kehidupan seharian mereka. Dengan itu, mereka boleh menghindari daripada sikap-sikap negatif,
juga boleh menjadi seseorang yang berguna untuk masyarakat sekeliling. Apabila selesainya persekolahan, mereka
telah bersedia untuk menjadi seorang pemimpin kepada masyarakat ataupun pada suatu komuniti yang besar
(Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025, 2012).
PERBINCANGAN
Spesifikasi Psikososial remaja adalah setiap perubahan dalam kehidupan individu yang bersifat psikologik mahupun
sosial yang mempunyai pengaruh. Masalah psikososial adalah masalah kejiwaan. Dan masyarakat yang mempunyai
pengaruh timbal balik, sebagai akibat terjadinya perubahan sosial atau gejolak sosial dalam masyarakat yang dapat
menimbulkan gangguan jiwa.
Psikososial juga bermaksud setiap perubahan dalam kehidupan individu, baik bersifat psikologi mahupun sosial,
yang mempunyai pengaruh timbal balik. Masalah psiko sosial ini dapat dikaitkan dengan mengintegrasikan
teknologi kepada pelajar. Pelajar sering kali didedahkan dengan dunia teknologi tanpa sempadan ini, tanpa
pantauan yang jitu, maka akan terjadilah masalah psikososial atau masalah kejiwaan yang agak negatif menular di
kalangan mereka.
Pada era ini, terdapat beberapa faktor serta cabaran bagi guru juga penuntut sangat memberi kesan yang sangat
mendalam terhadap pengajaran dan pembelajaran pada abad ke 21 ini. Ke arah usaha memastikan matlamat ini tercapai,
pengurusan dalam bilik darjah perlu diuruskan dengan baik serta memberi kesan positif juga kepada perkembangan
pelajar juga memupuk motivasi juga kepada murid untuk belajar.
Peredaran zaman berlaku selangkah demi selangkah. Generasi yang tinggal pada aabad ini ialah generasi Z. Generasi
Z adalah golongan yang dilahirkan tahun 1998 hingga 2009, menurut Tapscott (2008). Generasi Z adalah generasi
teknologi. Mereka telah mula melayariinternet dan web seiring dengan usia mereka sejak mereka masihbelum bercakap.
Generasi Ztelah dibimbing dan digalakkan oleh ibu bapa menggunakan dunia laman sosial sejak kecil lagi. Dalam erti
kata lain, generasi Z membesar di dalam dunia yang semuanya berhubung menerusi teknologi sejak dari awal lagi.
Disebabkan mereka lebih mesra untuk berkomunikasi secara maya, generasi ini dikatakan kurang mempunyai kemahiran
komunikasi serta kurang kemahiran interpersonal. Justeru itu, masalah psiko sosial ini berlaku berikutan dengan
perkembangan generasi Z ini menerusi teknologi yang pesat membangun ini. Ini adalah cabaran yang utama dihadapi
dalam menghadapi generasi dibesarkan dalam dunia di era media sosial.
Pada era ini juga murid boleh mendapatkan informasi serta ilmu di hujung jari dengan mengakses internet di mana
sahaja. Perkara ini menjadi cabaran kepada guru yang tidak melengkapkan diri mereka dengan ilmu komunikasi
menggunakan teknologi. Ini bermaksud akan terdapat jurang generasi yang lebar dan luas antara guru denganmurid
jika guru-guru tidak menguasai teknologi terkini dalam pendidikan. Pelajar bebas melayari laman web -laman web yang
kurang bermanfaat kepada mereka berikutan guru kurang menguasai ilmu teknologi ini. Dengan itu, pelajar dibiarkan
tanpa pantauan yang rapi pada pihak guru yang kurang celik teknologi ini.
Cabaran bagi memahami generasi ini dan bagaimana guru-guru dapat berkomunikasi dengan berkesan dengan
mereka di dalam dan luar sistem pendidikan. Dengan budaya berbeza dan pemikiran yang berlainan, maka adakah
guru mampu membawa kefahaman beliau dengan realiti semasa murid-murid. Generasi digital ini sangat mahir dengan
semua gajet terkini seperti alat-alat komunikasi dan telefon bimbit berinternet namun persoalannya ialah adakah
ianya semakin memantapkan perkembangan remaja atau meruntuhkan pemikiran dan cara mereka bertindak dalam
menangani sesuatu perkara.
Pada pendidikan abad ke 21 ini ianya telah membuka semua ruang dan peluang kepada remaja untuk menerima
apa juga bentuk pengaruh sama ada positif mahupun negatif. Pada abad ini, ledakan informasi menjadikan
Malaysia mengalami kemajuan yang pesat dan membangun dalam berbagai aspek kehidupan. Pendekatan positif dan
suasana kondusif dengan murid- murid perlu diwujudkan agar mereka dapat menerima maklumat, informasi, pandangan
dan idea melalui proses pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkesan. Terdapat beberapa pengaruh PA21
dalam kepelbagaian budaya antaranya:
Isu salah anggapan ataupun disebut Islamophobia dan prasangka dalam kalangan orang bukan Islam terhadap orang
islam menjadi semakin ketara selepas peristiwa 11 September 2001 dulu. Malah orang Islam telah dianggap sebagai
pengganas. Prasangka buruk bukan hanya kepada orang Islam sahaja tetapi juga menyentuh soal agama Islam itu
sendiri. Prasangka ini berlaku kerana masyarakat bukan Islam di Barat bahkan di Malaysia sendiri tidak mendapat
penerangan yang jelas terhadap kesucian ajaran Islam. Perkara ini kerana sumber dan saluran media juga teknologi barat
memberi gambaran yang buruk dan berat sebelah terhadap umat Islam dan agama Islam.
Seterusnya, berkembangnya budaya generasi abad ke 21 mengakses and melayari media baru yang semakin
berkembang setiap masa. Menurut statistik yang telah dikeluarkan pada tahun 2015, terdapat 10.4 juta orang
pengguna aktif Facebook, 3.5 juta orang pengguna twitter dan 5.6 juta orang yang menjadi pengguna Instragram.
Selain itu, data juga menunjukkan bahawa juta (73%) penduduk Malaysia menggunakan aplikasi Whatsapp yang
secara nisbah dengan jumlah penduduk adalah yang ketiga tertinggi di seluruh dunia. Malah, data juga menunjukkan 19.2
juta (64%) orang penduduk adalah pengguna internet yang mana mereka menggunakan 2.8 jam sehari untuk
melayari laman-laman web sosial. Selain dapatan juga menunjukan bahawa 16.5 juta (55%) penduduk Malaysia
adalah pengguna aktif dalam media sosial. (Malaysia Social Media Statistik2014, 2016). Malah tahap penggunaan ini
dijangka akan meningkat khususnya Facebook dijangka pada tahun 2019 dijangka terdapat 13.2 orang pengguna
Facebook di Malaysia (Malaysia number of Facebook users, 2016).
Dengan wujudnya media sosial kini ianya merupakan pengaruh baru dalam dunia pendidikan kerana ianya telah
digunakan secara amat meluas olehgenerasi muda. Alattelekomunikasi ataupun media sosial yang popular seperti
Facebook, Facebook Messenger, YouTube, Instragram, Whatsapp, Telegram, Wechat, Google+, Linkedin, Skype,
Line telah digunakan secara meluas di negara ini. Penggunaan media sosial menjadi semakin popular di Malaysia.
Cadangan Mengatasi Pengaruh PAK21 Terhadap Sosio-Psikologi Remaja
Terdapat beberapa saranan dan cadangan bagi mengatasi pengaruh Pendidikan Abad ke 21 terhadap sosio-psikologi
remaja. Hal ini penting bagi membentuk pelajar yang berintegriti serta jauh dari pengaruh sosio-psikologi remaja yang
kurang membina jatidiri mereka, peraturan di sekolah perlu dikuatkuasakan. Antaranya ialah menerusi kawal selia
penggunaan internet di sekolah oleh guru- guru, juga pemasanagn cctv di semua bilik-bilik yang mempunyai alatan
teknologi ini, seperti internet dan sebagainya. Guru-guru perlu memantau setiap kerja buat pelajar yang menggunakan
alat teknologi ini, perlu diberi perhatian khusus, supaya tidak berlaku perkara yang tidak sepatutnya berlaku kepada
pelajar-pelajar. Selain itu, pihak sekolah juga perlu memperketatkan penggunaan teknologi kepada pelajar-pelajar mereka
dengan pantauan yang rapi dari smua pihak di sekolah. Malangnya dapat dilihat di sekolah-sekolah, peraturan seperti ini
telahpun sedia ada diwartakan di sekolah-sekolah, tetapi ianya tidak dikuatkuasakan secara menyeluruh. Dengan
ketidaktelusan ini, berlakulah perkara yang tidak diingini dalam institusi pendidikan, terutama di sekolah umumnya.
Cadangan kedua dalam menentukan murid yang bersahsiah ataupun berakhlak terpuji ini juga, semua guru
sangat berperanan bagi memastikan pelajar bebas dari pengaruh sosio-psikologi pada pembelajaran abad ke 21 ini.
Peranan ini tidak tertumpu kepada guru disiplin dan pembimbing sahaja,malahan kepada semua guru yang berada di
sekolah. Realiti yang berlaku sekarang ialah, guru yang memainkan peranan bagi membentuk pelajar ialah, guru
pembimbing dan guru disiplin sahaja yang memainkan peranan mereka, tetapi guru lain hanya mengambil sikap ‘tidak
ingin tahu’ kepada pelajar yang bermasalah ini. Guru-guru yang menitik beratkan aspek sahsiah serta rohani pelajar,
akan membuahkan tingkah laku pelajar yang positif dan akan lahir strategi-strategi yg berkesan kepada minda
dan tingkah laku pelajar. Gurulah yang bertangungjawab memperkembangkan pelajar yang terpengaruh
dengan masalah sosio-psikologi pelajar ini untuk memperbaiki diri menjadi lebih baik. Bimbingan serta objektif
yang jitu, sangatlah diperlukan daripada seorang guru kepada seorang pelajar.
Cadangan ketiga ialah dari perspektif ibubapa sangatlah penting. Peranan serta berpengaruh dalam membentuk pelajar
yang jauh dari masalah sosio psikologi pada abad ini. Kasih sayang dari ibu- bapa ini sebenarnya membentuk minda
pelajar untuk menjadi positif mahupun negatif. Ibu bapa adalah agen sosialisasi, menurut Melson (1992). Hal ini
bermaksud bahawa perubahan dalam sesuatu masyarakat seolah-olah dicerminkan oleh perubahan gaya ibu bapa yang
mengasuh mereka ketika kecil. Ini menunjukkan betapa pentingnya ibu bapa dalam membentuk sosio-psikologi
remaja. Menurut Maslow lagi, kekurangan hubungan kasih sayang adalah punca kepada kecelarun identiti remaja.
Contohnya, ibu bapa yang mempamerkan tingkah laku yang kurang baik, akan mempengaruhi tingkah laku serta
perkembangan remaja. Justeru, perkembangan sosio psikologi remaja pada era 21 ini amat memerlukan kepada ibu bapa
yang boleh membentuk nilai-nilai murni pada jati diri remaja di abad ini.
Cadangan keempat dalam memenuhi keperluan sosial, media massa ataupun media sosial juga agak berperanan bagi
membentuk akhlak remaja. Media sosial menjadi tarikan utama kepada remaja- remaja bagi mendapatkan keseronokan.
Untuk itu, media massa perlu memainkan peranan mereka dengan mempengaruhi remaja ke arah sesuatu nilai murni
yang patut ditonjolkan kepada para remaja. Program-program di kaca tv, perlu ditimbng tara untuk diterbitkan, surat
khabar, majalah dan sebagainya perlu diteliti bahan yang patut dicetak dan dikeluarkan.
Dewasa ini, apa yang dapat dilihat, tempohpendedahan yangtinggiterhadap mediamassadansosial memberikan impak
yang negatif terhadap pegangan nilai-nilai akhlak pelajar. Kewujudan berbagai saluran television, radio dan ditambah
pula jutaan laman web menjadi isu dalam pendidikan remaja khususnya remaja-remaja Muslim. Apa yang jelas, boleh
dikatakan bahawa terdapat hubungan yang signifikan antara pendedahan media masa dan sosial dengan perkembangan
sosio- psikologi remaja. Dalam konteks Malaysia, penggunaan media sosial dalam kalangan rakyat Malaysia adalah
antara yang tertinggi di dunia dan dijangka akan terus meningkat pada masa akan datang. Hasilnya ialah, kemudahan
jaringan internet dan penjualan berbagai alat mudah alih tanpa wayar yang murah dan mudah didapati menyebabkan
penggunaan media sosial dalam kalangan masyarakat semakin meningkat di negara ini.
Media massa ini, sekiranya diteliti, ianya amat berkesan bagi membentuk peribadi remaja yang jauh dari pengaruh
sosio-psikologi, sekiranya media massa ini menayangkan banyak nilai murni juga bukan keruntuhan akhlak.
Sesungguhnya ia akan menyebabkan, persekitaran lebih terjaga. Namun, apa yang berlaku sekarang ialah, media
massa banyak meayangkan sesuatu yang negatif, berbanding positif kepada masyarakat sekarang. Perkara ini,
haruslah dibendung, supaya remaja lebih terdedah kepada suasana persekitaran yang lebih ideal.
Cadangan kelima ialah Remaja memerlukan rakan sebaya bagi membantu perkembangan diri. Rakan sebaya,
bagi remaja adalah sebenarnya sebagai rujukan serta sokongan moral bagi membentuk imej diri. Rakan sebaya ini
sangat berperanan dalam membentuk jati diri yang bebas dari masalah sosio psikologi remaja dalam pembelajaran
abad ke 21 ini. Perhubungan mereka adalah menggantikan keluarga dalam aktiviti sosial serta riadah.
Rakan sebaya yang baik akan membentuk akhlak yang baik. Sebaliknya, rakan sebaya yang tidak baik, kan
membentuk akh;ak yang tidak baik. Senarnya pengaruh rakan sebaya adalah pengaruh paling kuat dalam membentuk jati
diri remaja. Rakan sebaya mempunyai nilai-nilai yang tersendiri. Pengaruh mereka sangatlah ketara. Untuk itu, bagi
memastikan remaja ini adalah bebas dari masalah-masalah yang menghimpit, remaja serta rakan sebaya, mereka perlulah
diberi pendekatan yang produktif bagi membentuk masyarakat serta remaja yang bebas dari pengaruh soiso psikologi
yang negatif.