The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by myvirtualdietitian21, 2022-11-30 01:54:15

Diet Dysphagia

Diet Dysphagia

Keywords: diet,dysphagia,healthy,stroke

DISEDIAKAN OLEH
JABATAN DIETETIK DAN SAJIAN
HOSPITAL KUALA LUMPUR

PENGENALAN

Dysphagia adalah masalah kesukaran menelan.

Individu yang mempunyai penyakit berikut berisiko untuk
mengalami masalah dysphagia:

 Angin ahmar (strok)
 Kecederaan kepala
 Kehilangan ingatan (dementia)
 Penyakit Parkinson
 Penyakit saraf
 Kanser kepala & leher
 Penyakit saluran pernafasan

Individu yang mempunyai dysphagia adalah berisiko tinggi
untuk mengalami aspiration.

Aspiration berlaku apabila makanan/ minuman/ air liur
(saliva) masuk ke dalam salur pernafasan dan boleh

menyebabkan jangkitan paru-paru.

TANDA-TANDA DYSPHAGIA

• Batuk/ tercekik semasa/selepas makan atau
minum.

• Makanan masih tertinggal dalam mulut selepas
menelan.

• Suara berubah daripada kebiasaan
semasa/selepas makan atau menelan.

• Sesak nafas semasa/selepas makan.

• Perlu menelan banyak kali untuk satu suap
makanan.

• Makanan/minuman keluar dari hidung
semasa/selepas makan.

• Menjadi semakin penat selepas makan.

• Mengambil masa makan lebih lama daripada
biasa (> 30 minit).

MODIFIKASI TEKSTUR DIET

Modifikasi atau pengubahsuaian tekstur makanan/ minuman
adalah penting kerana ia dapat mengurangkan risiko aspiration
dan meningkatkan pengambilan oral pesakit tersebut.

International Dysphagia Diet Standardisation Initiative (IDDSI) Framework

LEVEL 7 - EASY TO CHEW √ X

Makanan lembut, senang dikunyah,
tidak termasuk makanan keras/
kasar/ kenyal/ rangup.

LEVEL 6 – SOFT / BITE-SIZED

Makanan lembut,
dicincang kasar, saiz
tidak melebihi 1.5cm x
1.5cm, senang dikoyak
dengan garpu.

LEVEL 5 – MINCED & MOIST

Makanan lembap, dicincang
halus, saiz 0.4cm x 1.5cm,
senang dilenyek dengan garpu.

LEVEL 4 – PUREED / EXTREMELY THICK

Makanan dikisar menjadi puri,
sedia ditelan tanpa mengunyah,
lembut dan tiada ketulan.

Cecair tidak dapat dicurah,
memegang bentuknya,
seperti konsistensi puding
Contoh: Custard

LEVEL 3 – LIQUIDISED/ MODERATELY THICK

Sedikit kental, lebih sukar dicurah,
seperti konsistensi madu pekat
Contoh: Yogurt

LEVEL 2 – MILDLY THICK

Kepekatan seperti pati sirap,
mudah dicurah
Contoh: Jus Mangga

LEVEL 1 – SLIGHTLY THICK

Lebih pekat daripada air kosong,
boleh melalui straw/ syringe/
putting
Contoh: Susu

LEVEL 0 – THIN

Cecair turun dengan laju melalui
celah garpu dengan kesan
lekatan yang minimum
Contoh: Air, Teh

STRATEGI PEMAKANAN YANG
SELAMAT

1. Elakkan berbaring semasa makan. Pastikan katil
pesakit dinaikkan 45⁰ semasa makan untuk
mengelakkan aspiration.

2. Pastikan kepala lurus atau tunduk bawah semasa
makan/ minum.

3. Beri makanan hanya jika pesakit bersedia untuk
makan.

4. Pastikan teknik pemberian makanan yang sesuai
digunakan (contoh: menggunakan sudu/ penyedut
minuman / cawan).

5. Makan di tempat yang tiada gangguan (contoh: tutup
TV & Radio).

6. Pastikan makanan habis ditelan, baru suapkan
makanan seterusnya.

7. Kurangkan berbual semasa makan.

8. Pastikan pesakit sentiasa dipantau pada waktu makan.


Click to View FlipBook Version