The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Diet bagi pesakit yang mempunyai beg stoma

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by myvirtualdietitian21, 2022-10-27 21:28:49

Diet Stoma

Diet bagi pesakit yang mempunyai beg stoma

Keywords: diet stoma

DIET STOMA

Disediakan oleh:
Jabatan Dietetik dan Sajian

Hospital Kuala Lumpur

PANDUAN DIET SELEPAS PEMBEDAHAN OSTOMI

TUJUAN PENGURUSAN DIET STOMA :
 Mencegah stoma tersumbat selepas pembedahan
 Menggalakkan penyembuhan luka stoma
 Mengurangkan masalah gastrointestinal seperti

gas berlebihan, cirit – birit , sembelit dan stoma

berbau.

TIP PEMAKANAN

 Makan secara kerap dan tidak meninggalkan waktu
makan kerana perut yang kosong akan
menghasilkan gas.

 Kenalkan makanan dalam diet harian secara sedikit-
sedikit dengan makanan lain.

 Makan dalam jumlah yang sedikit tetapi kerap.
Pastikan kunyah makanan dengan betul.

 Hadkan pengambilan makanan dan minuman yang
mengandungi gula ringkas seperti pencuci mulut
yang manis, soda dan gula-gula.

 Minum air yang mencukupi 8-10 gelas sehari tetapi
bukan dengan makanan utama.

TANDA KURANG CECAIR TUBUH

 Kencing berkurangan
 Air kencing menjadi pekat
 Terlalu dahaga
 Kekeringan pada mulut dan kulit

MAKANAN YANG MENINGKATKAN PENGELUARAN
CECAIR STOMA

 Buah segar
 Jus
 Sayur mentah dan ulam – ulaman
 Kobis
 Makanan berempah atau pedas
 Makanan bijirin penuh
 Kismis
 Kekacang
 Susu
 Minuman beralkohol
 Gula tiruan (mannitol,sorbitol,xylitol, isomalt)
 Minuman berkafein

MAKANAN YANG MENGURANGKAN PENGELUARAN
CECAIR STOMA (PEKATKAN NAJIS)

 Pisang
 Ubi kentang
 Labu
 Roti putih
 Pasta
 Grapefruit

MAKANAN YANG MENGHASILKAN GAS ATAU ANGIN

 Kobis
 Brokoli
 Kobis bunga
 Bawang merah
 Bawang putih
 Daun bawang
 Semua jenis kacang
 Telur
 Susu
 Air berkarbonat
 Minuman beralkohol
 Gula-gula getah

MAKANAN YANG MENGHASILKAN MAKANAN YANG MENGURANGKAN
BAU CECAIR STOMA BAU CECAIR STOMA

 Keju  Daun parsli
 Kacang dan kekacang  Yogurt, minuman berkultur
 Telur  Jus kranberi
 Bawang segar
 Kobis
 Asparagus


Click to View FlipBook Version