DIET RENDAH LEMAK
dengan preskripsi
Abiraterone
Jabatan Dietetik Dan Sajian
Hospital Kuala Lumpur
Tahun 2022
DIET RENDAH LEMAK
Indikasi :
Pesakit Castration-Resistant
Prostate Cancer yang mengambil
ubat *Abiraterone 250 mg (1 biji)
1 kali sehari.
Ini adalah bagi menjamin
keberkesanan ubat Abiraterone
yang diambil.
Contoh ubat Abiraterone Acetate
*Abiraterone adalah rawatan anti-kanser berasaskan terapi
hormon yang digunakan bagi pesakit kanser prostat.
*Diet ini tidak digunapakai bagi pesakit yang mengambil
Abiraterone 4 biji sehari. Sila rujuk Pegawai Perubatan / Pegawai
Farmasi jika terdapat sebarang pertanyaan tentang ubat ini.
Elakkan
Makanan terproses seperti nugget, sosej, bacon,
burger, mentega / butter, makanan berlemak,
bergoreng, berminyak dan lain-lain seumpamanya
semasa mengambil ubat Abiraterone ini.
Nugget Bacon Sosej
Mentega Burger
Masakan berlemak / Makanan bergoreng
bersantan
Nasihat Kepada Pesakit
1. Pesakit perlu mengambil 2. Tidak boleh mengambil ubat
SARAPAN PAGI (dengan diet Abiraterone dengan perut
rendah lemak) sama ada : kosong.
sebelum
bersama
dalam masa 30 minit semasa
mengambil ubat Abiraterone
3. Selepas 2 jam pengambilan ubat
Abiraterone, pesakit boleh
mengambil diet normal seperti
biasa.
• Contohnya; 8 pagi mengambil ubat
Abiraterone, selepas pukul 10 pagi,
pesakit boleh mengambil diet
normal semula.
Rujukan :
Szmulewitz et al. 2018. Prospective International Randomized Phase II Study of Low-
Dose Abiraterone with Food Versus Standard Dose Abiraterone In Castration-Resistant
Prostate Cancer. American Society of Clinical Oncology. 36 : 14. 1389-1395.
CONTOH HIDANGAN SARAPAN PAGI (DIET RENDAH LEMAK) :
Contoh pilihan 1 :
2 – 3 keping roti
+ jem stawberi
+ 2 biji telur rebus
+ 1 cawan teh O atau kopi O (tanpa susu)
• Boleh dimakan bersama salad/ timun/ tomato (tanpa salad
dressing) dan buah-buahan seperti epal, limau dan lain-lain
Contoh pilihan 2 :
1 cawan bijirin sarapan pagi
+ 150 ml susu skim / rendah lemak
+ 2 biji telur rebus
+ 1 cawan teh O atau kopi O (tanpa susu)
• Boleh dimakan bersama salad/ timun/ tomato (tanpa salad
dressing) dan buah-buahan seperti epal/ limau dan lain-lain
Peringatan :
• Elakkan susu penuh krim, susu pekat manis kerana
kandungan lemak yang tinggi berbanding susu skim / susu
rendah lemak.
• Pengambilan susu skim / susu rendah lemak dalam kuantiti
yang sederhana (kurang 1 cawan) boleh diambil semasa
sarapan pagi.
PERINGATAN : Jika pesakit mempunyai kencing manis / diabetis melitus, saranan
pemilihan makanan melalui diet diabetik haruslah diikuti.
TERIMA KASIH
Risalah ini hanya sebagai panduan sahaja.
Sebarang pertanyaan lanjut boleh berbincang dengan
Pegawai Dietetik.