PANDUAN
PEMAKANAN
MELALUI TIUB
DI RUMAH
Disediakan oleh:
Jabatan Dietetik dan Sajian
Hospital Kuala Lumpur
APAKAH ITU
PEMAKANAN MELALUI TIUB?
Pemakanan melalui tiub atau dikenali sebagai Enteral
Nutrition merupakan pemakanan melalui tiub dari
hidung, mulut atau abdomen dan disalurkan terus ke
perut. Makanan tersebut berbentuk cecair
berkhasiat. Cecair berkhasiat tersebut dirumus
dengan zat makanan yang lengkap serta seimbang
mengikut keperluan badan atau penyakit.
SIAPAKAH MEMERLUKAN
PEMAKANAN MELALUI TIUB?
Sesetengah pesakit terpaksa menggunakan tiub
untuk mendapatkan nutrien makanan dalam keadaan
seperti berikut:
Tidak boleh menelan disebabkan strok, kanser
atau pesakit yang tidak sedarkan diri
Berisiko tercekik atau tersedak
Tidak dapat mengambil makanan yang
mencukupi dalam tempoh masa yang panjang
APAKAH ITU
PEMAKANAN MELALUI TIUB?
Terdapat beberapa kategori produk enteral di pasaran,
berikut merupakan beberapa contoh formula yang biasa
digunapakai.
Formula Piawai – sesuai untuk kebanyakan individu yang
tidak masalah kesihatan lain
Contoh: Ensure, Nutren Optimum, Enercal Plus, Optimaxe
Lite, Appeton Wellness 60+, Vitrasure Gold
Formula Diabetik - sesuai untuk individu yang
memerlukan kawalan gula darah
Contoh: Nutren Diabetik, Glucerna, Supplemen D,
Appeton Wellness 60+ Diabetic, Pentasure DM
Formula Semi- elemental - sesuai untuk individu yang
mengalami masalah penyerapan nutrien
Contoh: Peptamen, Semital, Vital
PENJAGAAN PERALATAN
PEMAKANAN TIUB
• Secara ideal, tiub dan bekas/beg untuk pemakanan tiub perlu
ditukar setiap hari.
• Kesemua peralatan yang digunakan untuk pemakanan tiub
perlu dicuci dan dikeringkan sejurus penggunaan.
• Peralatan yang digunakan termasuklah:
• Picagari
• Cawan penyukat
• Bekas formula boleh guna semula
• Tiub pemakanan
TIPS PENYELENGGARAAN PERALATAN
PEMAKANAN ENTERAL
PERLU BUAT JANGAN BUAT
• Bilas peralatan dengan air bersih. • Biarkan peralatan tidak
• Cuci dengan menggunakan air dicuci selepas digunakan.
suam yang bersabun. • Menggunakan air
• Bilas kembali dengan air suam mendidih atau bahan
kimia (seperti peluntur)
sehingga kesemua kotoran dan untuk mencuci peralatan.
sabun hilang.
• Biarkan peralatan untuk kering di
atas tuala/kain yang bersih.
• Simpan peralatan di dalam bekas
yang bertutup.
LANGKAH PEMBERIAN
PEMAKANAN MELALUI TIUB
SEBELUM
1 • Cuci tangan dan pastikan peralatan bersih.
• Bancuh cecair berkhasiat mengikut
saranan.
• Tegakkan pesakit dalam kedudukan 45
darjah atau 3 bantal di belakang.
• Sedut cecair (aspirate) dari perut
menggunakan picagari sehingga tiada lagi
sisa.
• Berhenti aspirate bila picagari sukar ditarik
2 SEMASA
• Picagari perlu berada pada kedudukan
setara kepala pesakit.
• Biarkan cecair berkhasiat mengalir
perlahan-lahan dengan sendiri.
SELEPAS
3 • Sudahi pemberian cecair berkhasiat
dengan 20-50 ml air masak.
• Biarkan pesakit dalam kedudukan 45
darjah selama 30 minit.
• Cuci tangan dan peralatan.
TATACARA PENYIMPANAN FORMULA
BENTUK CECAIR
Formula yang masih belum digunakan boleh disimpan pada suhu
bilik.
Sejurus buka, formula perlu dihabiskan.
Sekiranya terdapat lebihan , formula perlu ditutup dan disimpan
di dalam peti sejuk.
Gunakan di dalam tempoh 24 jam dan buang lebihan
formula sekiranya melebihi tempoh tersebut.
BENTUK SERBUK
Formula perlu disimpan di tempat yang kering
Sejurus buka , formula perlu dihabiskan dalam tempoh 1 bulan
Adakah formula sejuk akan
menyebabkan perut saya tidak selesa
Ya. Formula sejuk berkemungkinan boleh menyebabkan
ketidakselesaan pada perut. Keluarkan formula sekurangnya 30
minit dari peti sejuk dan biarkan ia menjadi suhu bilik sebelum
diberikan.
Periksa tarikh luput formula
Buang sekiranya telah tamat tempoh
APAKAH YANG PERLU DILAKUKAN
SEKIRANYA BERLAKU INTOLERANSI
/KOMPLIKASI ?
Intoleransi / Penyebab Apa yang boleh dilakukan
Komplikasi
Loya / * Isipadu formula yang Bancuh mengikut sukatan dan beri
Muntah / diberikan terlalu banyak sedikit demi sedikit mengikut
Refluks toleransi
* Aliran formula diberikan
terlalu laju Duduk tegak atau baring di Sudut 45
darjah (kira-kira ketinggian tiga
bantal ) semasa pemberian formula
dan kekalkan kedudukan 30 hingga
60 minit selepas pemberian formula
Cirit Birit * Pencemaran bakteria Jangan berbaring mendatar semasa
/ketidakselesaan pada formula atau selepas pemberian formula
pada perut
* Tidak toleran Jangan gunakan formula yang telah
dibuka dan dibiarkan pada suhu bilik
lebih lama
Jangan gunakan formula cecair yang
telah dibuka dan dibiarkan di dalam
peti sejuk selama lebih daripada 48
jam
Keluarkan formula dari peti sejuk
sekurang-kurangnya 30 minit
sebelum diberikan, biarkan ia suam
ke suhu bilik
Basuh tangan anda dengan bersih
dan bilas bahagian atas bekas
formula dengan air panas, sebelum
anda mengendalikan formula dan
tiub
APAKAH YANG PERLU DILAKUKAN
SEKIRANYA BERLAKU
INTOLERANSI/KOMPLIKASI ?
Intoleransi / Penyebab Apa yang boleh dilakukan
Komplikasi
Bancuh susu ikut sukatan dan beri air
Sembelit * Air tidak mencukupi yang secukupnya
* Tidak cukup serat Dapatkan nasihat Pegawai Dietetik
untuk susu dengan serat
Tiub tersumbat * Tiub tidak dibersihkan Alirkan 20-30 ml air kosong sebelum
* Ubat yang diberi melalui dan selepas pemberian susu atau
tiub dalam bentuk ubat
berketul Hancurkan ubat sehingga lumat dan
cairkan dalam air sebelum diberi
melalui tiub. Ubat diberi berasingan
& tidak boleh dicampurkan dengan
bancuhan formula susu
Tiub terkeluar * Tiub terkeluar secara Hubungi pusat penjagaan kesihatan
tidak sengaja anda atau pergi ke Jabatan
kecemasan yang terdekat
* Pesakit menarik tiub
keluar
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi
Pegawai Dietetik di talian
03-26155555 samb. 1031/6027