The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by myvirtualdietitian21, 2022-11-30 01:52:03

Diet untuk Pesakit Kanser

Diet untuk Pesakit Kanser

Keywords: diet,kanser,healthy

PEMAKANAN
PESAKIT KANSER

“Seimbang, Sihat, Sederhana”
Jabatan Dietetik Dan Sajian

Hospital Kuala Lumpur
Tahun 2022

PEMAKANAN PESAKIT
KANSER

• Pesakit kanser adalah golongan berisiko tinggi

untuk malnutrisi.

• Pengurangan pemakanan boleh berlaku adalah

disebabkan oleh :

• keperluan nutrien badan yang meningkat
• kurang upaya untuk makan kerana simptom

penyakit kanser

• kesan sampingan daripada rawatan kanser
• pesakit yang menghadkan pemakanan

disebabkan pantang larang atau mitos.

• Kekurangan nutrisi dalam pesakit kanser boleh

menganggu rawatan kanser.

ISU-ISU PEMAKANAN
PESAKIT KANSER

• HILANG SELERA MAKAN
• CEPAT RASA KENYANG

Cara-cara atasi :

• Makan hidangan kecil mengikut toleransi
• Makan dengan kerap, setiap 2 - 3 jam; 6 - 8

kali sehari

• Pilih makanan yang tinggi kalori dan

protein

• Ambil makanan dengan banyak sewaktu

lebih berselera

• Makan bersama teman atau ahli keluarga

ISU-ISU PEMAKANAN
PESAKIT KANSER

LOYA DAN MUNTAH

Cara-cara atasi :

• Ambil makanan yang lembut

dan mudah dihadam

• Elakkan makanan yang

berbau kuat dan rasa yang
kuat. Pilih makanan yang
kurang berperisa.

• Ambil makanan pada suhu

bilik

• Elakkan makan dalam

kuantiti yang banyak jika
sedang loya.

ISU-ISU PEMAKANAN
PESAKIT KANSER

PERUBAHAN DERIA RASA DAN BAU

Cara-cara atasi :

• Untuk kurangkan bau, tutup cawan &

minum menggunakan straw.

• Ambil makanan pada suhu bilik atau

sejuk.

• Jika mulut ada rasa ‘besi’, elakkan

penggunaan sudu, garfu & perkakas
logam.

• Untuk lawan rasa masin atau pahit,

tambah pemanis pada makanan.

• Untuk lawan rasa manis, tambah jus

lemon atau perah limau kasturi.

• Jika makanan rasa tawar, tambah perisa

seperti rempah, herba dan sos.

• Elakkan makanan pedas & berasid

(masam) jika mulut sakit.

ISU-ISU PEMAKANAN
PESAKIT KANSER

CIRIT BIRIT

Cara-cara atasi:

• Ambil pisang, nasi, epal & roti bakar yang

membantu memejalkan tinja.

• Ambil makanan tinggi serat larut seperti oat &

kentang.

• Elakkan kafein, hasil tenusu, makanan

bergula, makanan bergoreng/berlemak,
makanan pedas dan alkohol.

• Minum air yang cukup untuk menggantikan

air yang hilang.

• Ambil sup, jus buah untuk menggantikan

mineral yang hilang.

ISU-ISU PEMAKANAN
PESAKIT KANSER

• SAKIT MULUT DAN TEKAK
• SUKAR MENELAN (DYSPHAGIA)
• SUKAR MENGUNYAH

Cara-cara atasi :

• Pilih tekstur makanan yang mudah dikunyah &

ditelan seperti makanan lembut, dicincang,
dikisar atau berbentuk cecair.

• Ambil cecair menggunakan straw.
• Ambil cecair yang sejuk jika sakit mulut dan tekak.
• Patuhi rejim pengambilan produk formula khas

yang disarankan oleh Pegawai Dietetik atau
Doktor.

Jika tidak berupaya makan dan minum secukupnya,
pemakanan enteral (melalui tiub) mungkin disarankan
dengan perbincangan bersama Doktor / Pegawai Dietetik.

ISU-ISU PEMAKANAN
PESAKIT KANSER

• PENINGKATAN KEPERLUAN PROTEIN
• TIDAK BERUPAYA MENGAMBIL

PROTEIN YANG CUKUP

Cara-cara atasi :

• Ambil pelbagai sumber makanan kaya

PROTEIN seperti di dalam jadual (rujuk muka
surat seterusnya)

• Ambil PROTEIN dalam porsi yang kecil tetapi

kerap

• Pastikan ada sumber PROTEIN dalam setiap

waktu makan utama (sarapan, makan tengahari
dan malam) dan snek (minum pagi, minum
petang, supper, snek sampingan)

SUMBER MAKANAN TINGGI
PROTEIN

Sumber Protein Contoh Makanan

Protein Ayam, ikan, telur, daging, organ
Haiwan dalaman

Protein • Kacang - almond, walnut,
Tumbuhan kacang tanah, gajus

• Soya, dhal, kacang hijau,
kacang merah, kacang kuda

• Produk soya - tauhu, tempe,
fucuk

Hasil Tenusu Susu, yogurt, keju, dadih

Oral Nutritional Susu Formula khas (sila rujuk
Supplements Pegawai Dietetik atau Doktor)

(ONS)

CONTOH
MAKANAN TINGGI KALORI

• Nasi goreng, nasi beriani, nasi lemak, mi dan

kuetiau goreng, mi kari, mi bandung, spageti
bersos, lasagna, roti telur, roti canai & murtabak.

• Bubur kacang, jagung dan cha-cha, puding

bersusu, karamel & kek.

• Rojak pasembor.
• Ais krim, ABC & cendol.
• Sup berkrim - cendawan & ayam.
• Susu penuh krim, minuman bersusu &

*minuman formula khas.

Contoh minuman formula khas atau Oral Nutritional
Supplements (ONS) :

*Saranan dan kesesuaian pengambilan minuman formula khas / ONS
berdasarkan nasihat oleh Pegawai Dietetik atau Doktor yang merawat.

TIP UNTUK MENINGKATKAN KALORI
DAN PROTEIN

DALAM HIDANGAN ANDA

• Tambah susu atau/dan gula dalam puding, telur

hancur, lempeng dan ABC.

• Celup roti dalam telur & susu kemudian goreng

dengan mentega/marjerin.

• Tambah keju & mentega dalam sandwich.
• Tambah telur dalam cucur & cicah dengan sos atau

kuah kacang.

• Tambahkan minyak bawang goreng ke dalam sup

atau bubur.

• Gunakan formula khas tinggi kalori & protein

sebagai minuman.

• Tambahkan lemak, minyak, mentega kacang, jem

& kaya dalam makanan dan minuman harian
mengikut kesesuaian.

PERINGATAN : Jika pesakit mempunyai kencing manis / diabetis melitus,
saranan pemilihan makanan melalui diet diabetik haruslah diikuti.



Terima kasih

Risalah ini hanya sebagai panduan sahaja.
Sebarang pertanyaan lanjut boleh berbincang

dengan Pegawai Dietetik.


Click to View FlipBook Version