E-BUKU SIMBA
Contoh Ayat "Simpulan Bahasa"
mulut buaya
Berita perceraian artis terkenal itu
bersifat mulut buaya kerana tiada
bukti yang kukuh.
mulut murai
Sarah digelar mulut murai oleh rakan-
rakannya kerana dia suka bercakap
di dalam kelas.
buah mulut
Berita perkahwinan Yusri dan Farah
telah menjadi buah mulut penduduk
kampung.
mulut harimau
Mereka berdepan mulut harimau apabila
sesat di hutan yang tebal itu ketika
mendaki gunung.
makan hati
Haikal makan hati apabila diejek oleh
rakan-rakannya.
buah hati
Abang menghadiahkan seutas rantai
berlian dan selendang kepada buah
hatinya.
berat hati
Aisyah berat hati hendak meninggalkan
ibunya berseorangan di kampung
selepas kematian ayahnya.
hati batu
Sikap hati batu Yazid memeningkan
ibu dan ayahnya.
cahaya mata
Puan Rohani berasa gembira kerana
mendapat cahaya mata yang
pertama.
mata duitan
Kamil sanggup membuat pekerjaan yang
menyalahi undaung-undang kerana dia
bersifat mata duitan.
mata hati
Walaupun dia buta tetapi mata hatinya
celik.
cuci mata
Selepas penat bekerja, Karim bersiar-
siar di pusat membeli-belah untuk
mencuci mata.
panjang tangan
Perbuatan Alya yang panjang tangan
menyebabkan dia sering disisih oleh
rakannya.
tangan kosong
Pasukan bola keranjang itu pulang dengan
tangan kosong selepas gagal meraih
kemenangan.
tangan terbuka
Penyanyi terkenal itu menerima hadiah
yang diberi oleh peminatnya dengan
tangan terbuka.
tangan panas
Daud tangan panas apabila dia sering
gagal mencari pekerjaan di ibu kota.
kaki bangku
Daren hanya menonton perlawanan bola
sepak itu di tepi padang kerana dia kaki
bangku.
kaki ayam
Adik berkaki ayam kerana kasutnya hilang.
kaki gunung
Amin seorang kaki gunung kerana dia
gemar mendaki gunung pada setiap hujung
minggu.
kaki botol
Rahmat seorang kaki botol kerana dia
sering mabuk ketika pulang ke rumah.
telinga kuali
Siti memang telinga kuali kerana dia masih
mampu tersenyum setelah dimarahi
ibunya.
telinga lintah
Ain seorang telinga lintah kerana dia sering
mendengar perbualan orang lain.
telinga nipis
Mereka tidak suka bergurau dengan Syakir
kerana dia telinga nipis.
pasang telinga
Puan Aminah pasang telinga semasa
adiknya berbual di telefon.
SITI RABIATUL ADAWIYAH BINTI SALIM (IPGKDRI 2022)
SELAMAT BELAJAR