The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by sitiwahyuniazhar, 2025-03-05 11:24:33

CERPEN BERGAMBAR

CERPEN BERGAMBAR

Pada zaman dahulu, di sebuah desa yang damai berhampiran dengan sebuah sungai jernih, tinggal seekor kura-kura bernama Koko. Koko bukanlah kura-kura biasa.


Dia mempunyai hati yang penuh kasih sayang dan sentiasa bersedia membantu . Walaupun dia bergerak perlahan, hatinya sentiasa pantas dalam membantu mereka yang memerlukan.


Amir seorang kanak-kanak berusia 8 tahun. Dia tinggal di sebuah kampung bersama ayahnya. Ibu Amir meninggal dunia sejak Amir berusia 5 tahun. Setiap petang Amir akan bermain seorang diri di bawah sebatang pokok.


Burung Kurkur ini merupakan seekor burung yang bersahabat baik dengan Si Koko. Mereka sering berjalan di hutan bersama-sama.


Setiap hari, burung Kurkur akan menemani Koko bersiar-siar dan mencari makanan bersama. Burung Kurkur sangat baik hati kerana dia tetap setia bersahabat dengan Koko, walaupun Koko berjalan dengan sangat perlahan.


Namun, ramai penduduk kampung tidak menyukai Koko. Kanak-kanak sering mengusik Koko dengan mengetuk cengkerang, menyembunyikan makanan dan mentertawakan kerana pergerakan Koko yang perlahan. Kura-kura lambat dan membosankan HAHAHA


Tetapi Koko tidak pernah marah. Dia percaya bahawa suatu hari nanti, mereka akan memahami betapa pentingnya membuat baik terhadap semua hidupan.


Amir selalu bermain seorang diri kerana dia tidak suka bermain dengan rakan-rakan di kampungnya. Kanak-kanak lain sering melakukan perkara nakal, jadi Amir tidak mahu terlibat dalam perbuatan tersebut.


Pada suatu hari, Koko sedang berjalan di tepi sungai, Koko terdengar suara tangisan. Dia menghampiri dan melihat seorang budak lelaki duduk di bawah pokok dengan wajah yang sedih. "Kenapa kamu bersedih, Amir?"


Amir terkejut akan kehadiran Koko. Dia menceritakan perkara yang berlaku. Saya kehilangan jam pemberian ibu saya. Itu satu-satunya pemberian ibu sebelum dia meninggal dunia.


Jangan risau, Amir. Saya akan tolong kamu mencarinya. Koko memahami kesedihan Amir.


Burung Kurkur hinggap di dahan pokok melihat mereka. Amir menjelaskan masalahnya. Burung Kurkur terbang ke atas dan melihat ke dalam air dengan matanya yang tajam. Apa yang kamu cari ?


Saya nampak sesuatu berkilauan di dalam air. Koko segera menyelam ke dalam sungai. Dia berenang perlahan-lahan ke arah benda berkilauan itu dan mendapati jam tangan Amir tersangkut di celah batu.


Dengan berhati-hati, Koko menarik jam itu menggunakan kakinya dan membawanya ke permukaan. Air mata kegembiraan mengalir di pipi Amir. Inilah dia, Amir! Terima kasih, Koko! Saya sangat bersyukur!


Burung Kurkur berkicau kegembiraan. Koko memang sahabat yang baik. Dia sentiasa membantu sesiapa sahaja tanpa mengira siapa.


Sejak hari itu, Amir dan Koko menjadi sahabat baik. Amir sering datang ke sungai untuk meluangkan masa bersama Koko dan haiwan-haiwan lain. Dia juga memahami pentingnya kasih sayang dan membantu orang lain tanpa mengira perbezaan.


Apabila Amir berkawan dengan Koko dan haiwan-haiwan lain, dia menjadi lebih gembira dan teruja setiap kali mereka berjumpa. Koko selalu menghiburkan Amir dengan pelbagai cerita dan permainan. Kini, Amir tidak lagi berasa sunyi seperti dulu kerana dia mempunyai sahabat yang sentiasa bersamanya, menghilangkan rindunya terhadap ibunya.


Pada suatu hari, hujan turun dengan lebat. Sungai mula melimpah, dan air semakin naik. Penduduk kampung menjadi panik untuk menyelamatkan diri.


Air semakin naik dan mengancam kampung berhampiran. Koko segera bertindak. Dia berenang ke seberang sungai untuk memberi amaran kepada semua haiwan supaya berpindah ke tempat lebih tinggi. Kemudian, dia bergegas menemui Amir dan meminta dia memberitahu penduduk kampung supaya segera bersiap sedia. Cepat beritahu penduduk kampung supaya bersiap sedia!


Amir segera memanggil ayahnya dan penduduk kampung yang lain. Kita perlu berpindah ke tempat lebih tinggi! Sungai akan melimpah dan boleh menyebabkan banjir!


Mendengar amaran itu, penduduk kampung segera mengemas barang-barang penting dan bergerak ke tempat yang lebih selamat. Tidak lama kemudian, air sungai melimpah dengan deras, tetapi kerana amaran Koko dan Amir, semua penduduk serta haiwan sempat menyelamatkan diri.


Beberapa orang kampung tidak dapat diselamatkan dari banjir itu. Namun, Koko dan Amir sudah berusaha sebaik mungkin untuk membantu. Penduduk kampung berasa sedih kerana ini adalah banjir paling besar yang pernah melanda kampung mereka.


Selepas banjir reda, penduduk kampung bersyukur kerana ramai yang mampu terselamat. Ketua kampung menghampiri Koko. Mereka kesal kerana sering mengganggap Koko dan haiwan lain seperti tidak layak tinggal bersama mereka. Koko, jasa kamu tidak terbalas. Tanpa amaran kamu, mungkin kami semua dalam bahaya. Kasih sayang dan tolong-menolong adalah perkara yang paling penting dalam kehidupan. Kita semua perlu menjaga satu sama lain.


Sejak hari itu, Koko menjadi simbol kasih sayang dan perpaduan di kampung itu. Amir dan penduduk kampung sering datang ke sungai untuk bertemu Koko dan mengajarnya tentang kehidupan manusia, sementara Koko pula mengajar mereka tentang alam semula jadi.


Selepas beberapa bulan, Koko mula kelihatan lemah. Dia tidak lagi ceria seperti biasa. Koko lebih suka menyendiri dan tidak keluar berjumpa dengan sesiapa, termasuk Burung Kurkur dan Amir.


Setiap kali terserempak dengan Amir dan Burung Merpati Putih, Koko akan cuba mengelak. Jika tidak, dia akan cepat-cepat berkata bahawa dia mahu pulang awal untuk berehat.


Amir bertemu dengan burung Kurkur. Dia berasa risau kerana Koko semakin berubah. Burung Kurkur cuba menenangkan Amir dan mengajaknya berfikiran positif tentang Koko.


Suatu hari, Amir pergi mencari Koko. Tiba-tiba, dia terkejut melihat Koko sudah tidak bernyawa. Amir menjerit memanggil nama Koko dan menangis teresak-esak.


Burung Merpati Putih datang kepada Amir dan menenangkannya. Dia meminta Amir supaya tidak bersedih. Akhirnya, mereka menerima berita itu dengan hati yang reda.


Beberapa hari kemudian, Amir menjalani hidup seperti biasa. Dia masih berjumpa dengan Burung Merpati Putih dan haiwan lain. Amir tetap mengingati pesan Koko untuk sentiasa berbuat baik kepada semua makhluk, walaupun berbeza.


Click to View FlipBook Version