PEMBIMBING
RAKAN SEBAYA
(PRS)
UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING
SMK (P) SULTAN IBRAHIM
JOHOR BAHRU
DEFINISI PEMBIMBING RAKAN SEBAYA
• PRS ialah seorang pelajar yang telah dilatih dalam bidang
kemahiran asas komunikasi dan kaunseling.
• Ia berfungsi sebagai seorang kawan yang berkesan kepada
rakan sebaya, terutama kepada mereka yang memerlukan
pertolongan.
• PRS tidak berfungsi untuk memberi nasihat dan menyelesaikan
masalah rakan-rakan tetapi menjadi seorang pendengar yang
peka kepada perasaan orang lain, berminat dan mengambil
berat serta rela memberi khidmat dalam sistem sekolah.
RASIONAL
Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling telah lama bertapak dalam
sistem pelajaran kita. Walaupun perkhidmatan ini masih mempunyai
ruang yang luas untuk diperbaiki, khidmat pelajar membantu pelajar
merupakan satu khidmat sokongan yang penting untuk mengisi ruang
tersebut.
Oleh sebab pelajar adalah lebih mudah ditemui dan dijangka lebih
memahami luahan perasaan rakan, maka mereka lebih mudah dirapati
Golongan pelajar yang terlatih dalam kemahiran asas menolong sangat
penting untuk meningkatkan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di
sekolah.
FALSAFAH
Bantu Diri Supaya Berupaya Membantu Orang lain
VISI
Sistem pengurusan perkhidmatan Pembimbing Rakan Sebaya
yang cemerlang dan berkualiti
MISI
Membentuk dan melahirkan insan yang seimbang dari aspek
jasmani, emosi, rohani, intelek dan cemerlang berdasarkan
falsafah dan etika Pembimbing Rakan Sebaya.
MATLAMAT
• membina budaya kasih mesra dan saling membantu dalam
kalangan pelajar.
• Membina pelajar yang yakin diri dan menghayati nilai-
nilai murni berasaskan kepada keper!ayaan kepada tuhan.
• Memupuk potensi/bakat kepimpinan dan menjadi individu yang
peka, bertimbangrasa, rela,taat, menolong dan berupaya hidup
selesa dalam masyarakat majmuk.
• Melalui pengaruh positif dan persepaduan dalam aktiviti lain, PRS
dapat memainkan peranan membantu mengurangkan masalah
salahlaku dalam kalangan pelajar.
OBJEKTIF
• Membina pasukan PRS yang terlatih untuk membantu rakan dari segi
akademik, perlakuan, emosi dan peribadi.
• Membina khidmat sokongan dalam perkhidmatan bimbingan dan
kaunseling untuk mengisi pertambahan tuntutan dalam perkhidmatan
PRS.
• Melatih pelajar dalam kemahiran asas yang membolehkan mereka
berinteraksi secara berkesan dengan rakan dan individu lain.
• Menubuhkan kumpulan pelajar yang terlatih dan boleh
menggerakkan program dan aktiviti perkhidmatan bimbingan dan
kaunseling
IKRAR PRS
• Saya/Kami dengan ini berikrar menerima dan mematuhi serta mengamalkan
teras-teras perkhidmatan semasa berkhidmat sebagai Pembimbing Rakan
Sebaya
• Menerima jawatan ini dan sanggup memikul tanggungjawab serta amanah
yang diberikan tanpa mengira tempat, masa, dan rakan.
• Berpegang teguh kepada etika Pembimbing Rakan Sebaya.
• Berusaha menjadi pelajar contoh.
• Berazam meningkatkan mutu akademik dan disiplin diri.
• Berkhidmat dengan penuh kemesraan dan kasih sayang.
• Sentiasa berusaha meningkatkan kualiti perkhidmatan PRS
ETIKA PEMBIMBING RAKAN SEBAYA
PRS perlu patuh pada etika berikut:
• Amanah dan menyimpan rahsia.
• Menerima dan menghormati rakan dan orang lain.
• Tahu batasan dan keupayaan diri.
• Sentiasa berusaha meningkatkan diri dari pelbagai aspek.
• Melapor kepada Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa
tentang kes yang boleh merosakkan diri atau orang lain.
• Merujuk kes kepada Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa.
• Mematuhi peraturan sekolah dan norma masyarakat dan agama.
SENARAI TUGAS PRS
• Menjadi rakan yang peka kepada perasaan orang lain dan
keadaan sekeliling.
• Membantu menggerakkan perkhidmatan bimbingan dan
kaunseling di sekolah.
• Sebagai salah satu sumber kepada rakan untuk
mendapat bantuan.
SENARAI TUGAS PRS
• Sebagai penghubung kepada khidmat bimbingan dan
kaunseling seperti membuat rujukan jika perlu.
• Sebagai peninjau rasa untuk membolehkan Kaunselor/Guru
Bimbingan dan Kaunseling menjalankan strategi intervensi jika
perlu.
• Sebagai Model Insan kepada pelajar lain.
SENARAI TUGAS PRS
• Menjadi fasilitator yang bersikap terbuka, yakin dan percaya
diri, berasa selesa dan berempati.
• Menerima rakan secara terbuka dan tanpa syarat.
• Mendengar, menjelas dan membantu rakan melihat beberapa
alternatif sebelum membuat keputusan.
SENARAI TUGAS PRS
• Memberi sokongan dan galakan untuk rakan mengambil
langkah positif.
• Mematuhi etika kerahsiaan.
• Menyedari bahawa bukan semua masalah boleh diatasi.
• Berbincang dan membantu rakan yang menghadapi masalah
biasa/normal.
SENARAI TUGAS PRS
• Memimpin rakan melihat masalah dengan objektif dan
mengalakkannya mencari.
• Menjalankan program membantu sambil mempengaruhi rakan
lain supaya melibatkan diri.
• Mengutamakan kesejahteraan diri dan memahami batasan diri
untuk membantu.
VEST PRS