The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by itaszarose, 2021-06-27 10:47:51

7 CARA FOKUS DALAM BELAJAR

RAHSIA JADI PELAJAR TERBAIK

7 CARA FOKUS DALAM BELAJAR

Rahsia Jadi Pelajar Terbaik

Nak berjaya memang tak mudah. Kena banyak
ilmu dan belajar. Jadi untuk manafaatkan masa
kita untuk belajar, kita harus melatih diri untuk
FOKUS

This Photo by Unknown Author is licensed under CC BY-SA

Apa jadi bila tak fokus?

Kita akan membazir masa. Contohnya ada 2 jam untuk
belajar tapi yang betul-betul fokus 15 minit.
Mana hilang masa yang lain?
Haaa…terbuang layan FB dan whatsapp, berborak
dengan rakan, tengok Netflix dan lain-lain. Akhirnya,
kita tak tahu 2 jam tu dapat belajar apa je…

Orang yang tidak fokus akan gagal. Setiap orang
pernah gagal. Setiap kali gagal kita perlu bangkit

dan teruskan perjuangan

Muhasabah diri dan cari punca kita gagal

Jom semak 7 cara untuk fokus dalam belajar

Cara 1 :
Cari tempat belajar yang sesuai
Bilik tidur tak sesuai jadi tempat belajar. Carilah tempat
yang bersih dan cantik, ada kerusi yang selesa. Paling
penting bebas daripada TV, komputer atau handphone.
Jauhkan sebarang gajet dari anda. Tutup dan putuskan
rangkaian internet.

Jom semak 7 cara untuk fokus dalam belajar

Cara 2 :
Sediakan semua bahan yang diperlukan untuk belajar
Pastikan semua bahan yang kita nak guna masa belajar
dah tersedia seperti pen, buku, kalkulator dan
sebagainya.
Ia sangat mengganggu jika barang tiada di meja dan kita
tinggalkan tempat belajar untuk cari barang tersebut.
Semangat pun boleh hilang secara tiba-tiba jika barang
yag dicari tidak dijumpai.

Jom semak 7 cara untuk fokus dalam belajar

Cara 3 :
Cari teman belajar
Bila kita belajar berseorangan ramai yang mengeluh sebab
selalu hilang fokus mungkin disebabkan rasa mengantuk
atau melayan gajet.
Jangan pilih teman yang suka berborak. Cuba pilih teman
yang lebih bijak daripada anda. Ianya sangat membantu
mendapatkan hasil belajar yang lebih baik.

Jom semak 7 cara untuk fokus dalam belajar

Cara 4 :
Pilih snek sesuai
Elakkan memilih minuman bertenaga dan kopi kerana ia
boleh melemahkan badan dengan lebih cepat.
Buah-buahan dan air kosong adalah bagus untuk kekal
cerdas. Mungkin snek kekacang juga boleh dijadikan
pilihan.

Jom semak 7 cara untuk fokus dalam belajar

Cara 5 :
Take 5
Untuk kekal fokus anda perlu juga berehat. Tetapkan masa
agar tidak terlajak rehat lebih lama.
Minda perlukan masa untuk recharge selepas memproses
maklumat. Ambil peluang untuk berehat mampu
menguatkan daya ingatan.

Jom semak 7 cara untuk fokus dalam belajar

Cara 6 :
Rasakan bahang motivasi
Set minda untuk TIDAK menjadikan peperiksaan sebagai
beban tetapi cabar diri untuk mencapai target dalam
peperiksaan.
Selalu bayangkan saat bahagia jika mendapat keputusan
yang cemerlang. Janji untuk ‘reward’ diri.

This Photo by Unknown Author is licensed under CC BY

Jom semak 7 cara untuk fokus dalam belajar

Cara 7 :
Duduk dan belajar
Dah cuba cara 1 hingga 6?
Jika ya jadi anda dah bersedia untuk belajar. Gunakan
pelbagai kaedah antaranya buat nota dalam bentuk
point penting. Buat flash card.
Pastikan anda selalu mengulangi pembacaan dalam
tempoh 24 jam supaya daya ingatan lebih tajam.

This Photo by Unknown Author is licensed under CC BY-SA-NC

Terima Kasih

Semoga perkongsian ini memberi
manafaat buat semua
‘STUDY SMART’

Cg Rosita Husin
Guru Bimbimgan dan Kaunseling
SMK (P) Sultan Ibrahim, Johor Bahru


Click to View FlipBook Version