The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

LMCW2143 FALSAFAH DAN ISU SEMASA (SET 19)
Konsep insan dari perspektif psikologi dan sosiologi dalam membentuk masyarakat madani: Suatu tinjauan dalam kalangan pelajar IPT di Malaysia

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by WAN ATHIRAH IZZATI BINTI WAN AZMAN, 2024-06-14 08:29:00

E Portfolio Group 3

LMCW2143 FALSAFAH DAN ISU SEMASA (SET 19)
Konsep insan dari perspektif psikologi dan sosiologi dalam membentuk masyarakat madani: Suatu tinjauan dalam kalangan pelajar IPT di Malaysia

FAKTOR MEMPENGARUHI KEHIDUPAN PELAJAR INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI KESANKONSEP INSAN DALAM AKTIVITI SEHARIAN PELAJAR J .E.R.I M12 JUN 2024 | & 5,08 AJALAH MADANI JASMANI, EMOSI, ROHANI DAN INTELEK


Konsep Insan 2 Demografi Responden Faktor dan Kesan (JERI) : Jasmani Emosi Rohani Intelek 5 Metodologi Penyelidikan 3 Isu Semasa Dapatan Kajian 4 Kesimpulan ISI KANDUNGAN 6 8 10 12 14 16


Insan boleh dirujuk sebagai makhluk istimewa yang boleh berfikir, menerima ilmu dan juga berkehendak. Kesemua ciri-ciri ini hanya dimiliki oleh makhluk bergelar manusia. Selain manusia, terdapat juga makhluk-makhluk lain namun apa yang membezakan aras dan darjat manusia dengan makhluk-makhluk lain adalah akal. KONSEP INSAN Aristotle - Ahli falsafah Greek "man is a rational animal". Manusia adalah insan ataupun kejadian yang berfikir. Jadi, pemikiran rasional menjadi ciri utama kemanusian ataupun seseorang insan itu. Friedrich Nietzsche- Ahli falsafah Jerman aspek kemanusiaan yang berteraskan bukan kepada akal fikiran yang rasional tetapi berteraskan kepada emosi manusia yang mungkin tidak bersifat rasional. Fahaman existentialisme iaitu manusia dilahirkan tanpa apa-apa panduan dalam hidup, tanpa apa-apa sifat kerohanian yang bersifat semula jadi Jean Paul Sarte- Ahli falsafah Barat 2


Pengkaji telah membuat rujukan dan penyelidikan di PerpustakaanTun Seri Lanang (PTSL) untuk meneliti segala bahan mengenai tajuk yang dikaji. Seterusnya, bahan tersebut dijadikan sumber bacaan dan rujukan bagi membantu pengkaji dalam penghasilkan huraian dapatan yang menarik. Terbahagi kepada dua bahagian iaitu Bahagian A demografi responden dan Bahagian B Faktor dan Kesan Pembentukan Masyarakat Madani SOAL SELIDIK Borang soal selidik diedarkan kepada pelajar IPT di seluruh Malaysia menggunakan aplikasi GoogleForm KAJIAN PERPUSTAKAAN Metodologi Kajian Menggunakan skala likert empat mata Proses mendapatkan maklumat tertumpu pada pembacaan dan rujukan daripada buku, jurnal dan artikel tentang tajuk yang berkaitan. 3


E-Majalah LMCW2143 Dapatan Kajian Berikut merupakan dapatan kajian bagi faktor dan kesan bagi keempat-empat aspek yang dikaji . Seramai 54 orang responden telah menjawab soal selidik. 4


JISIM BERAT (BMI) UMUR DEMOGRAFI RESPONDEN IPT JENIS PENYAKIT 5


Graf diatas menunjukkan seramai 43 orang bersamaan 79.6% responden sangat bersetuju, 7 orang bersamaan 13% bersetuju, 0 orang bersamaan 0% responden tidak bersetuju dan sangat tidak bersetuju 4 orang bersamaan 7.4% responden sangat tidak bersetuju dengan faktor jasmani ini. Graf diatas menunjukkan seramai 39 orang bersamaan 72.2% responden sangat bersetuju, seramai 13 orang bersamaan 24.1% responden bersetuju, seramai 1 orang bersamaan 1.9% responden tidak bersetuju dan seramai 1 orang bersamaan 1.9% sangat tidak bersetuju dengan faktor ini. FAKTOR PEMBENTUKAN MASYARAKAT MADANI MENGIKUT PERSPEKTIF PSIKOLOGI DAN SOSIOLOGI MENGIKUT ASPEK JASMANI Penjagaan jasmani yang baik dapat melahirkan insan yang seimbang dan berkualiti. 1. 2. Kesihatan jasmani dapat mengelakkan pelajar IPT daripada menghidap pelbagai penyakit kronik. Ramai yang menggunakan masa lapang untuk mendapatkan manfaat bersenam dan menjadikannya satu hobi yang sihat. Aktiviti ringan seperti berjalan juga boleh mendatangkan manfaat kepada kesihatan. Aktiviti fizikal terbukti dapat mengelakkan penyakit seperti sakit jantung, strok, diabetes dan kanser. Malah, mereka yang kerap melakukannya juga mempunyai berat badan dan kesihatank mental yang lebih baik serta hidup yang lebih berkualiti. Berdasarkan jawapan responden rata-rata mereka menyatakan bahawa aktiviti fizikal merangkumi semua pergerakan yang dilakukan sepanjang hari termasuklah ketika berehat atau semasa bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain. Semua orang boleh menikmati manfaat dari segi kesihatan ketika melakukan aktiviti fizikal, tidak kiralah apa jua umur, bangsa, saiz mahupun bentuk badan. Malah, aktiviti seperti berjoging, berbasikal, rekreasi dan sukan bebas dinikmati oleh semua orang Konsep Dan Unsur Jasmani Dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan Mengikut Dewan Bahasa dan Pustaka (2012), jasmani bermaksud perkaitan dengan tubuh badan atau benda dan ia berlawanan dengan rohani. Pettifor (1999) berpendapat bahawa pendidikan Jasmani menyediakan seseorang untuk mengamalkan hidup aktif dan sihat dengan menyediakan skop pengalaman pembelajaran yang cepat dan berturutan Sakit kronik ditakrifkan sebagai sakit yangberlangsung lebih lama daripada tiga hinggaenam bulan. Dalam perubatan, perbezaanantara sakit akut dan kronik kadang-kadangditentukan oleh jumlah masa sejak awal. Duapenanda yang biasa digunakan adalahkesakitan yang berlanjutan pada tiga bulandan enam bulan sejak permulaan, tetapibeberapa ahli teori serta penyelidik telahmeletakkan peralihan dari kesakitan akut kekronik pada 12 bulan. 6


KESAN PEMBENTUKAN MASYARAKAT MADANI MENGIKUT PERSPEKTIF PSIKOLOGI DAN SOSIOLOGI MENGIKUT ASPEK JASMANI 1) Meningkatkan Produktiviti Kehidupan Sebagai Seorang Mahasiswa di IPT 2) Menjadikan Mahasiswa Sebagai Seorang Insan yang Berperwatakan Menarik dan Berketerampilan Tinggi Seseorang yang mementingkatkan aspek jasmani sudah tentu dapat meningkatkan kesejahteraan fizikal yakni mereka akan lebih bertenaga, bermaya dan sihat melakukan pelbagai aktiviti harian. Jika jasmani tidak dipandang serius oleh seseorang individu akan membuatkan dirinya lebih kelihatan lesu dan tidak mempunyai hari yang produktif untuk melakukan sesuatu perkara. Tambahan lagi, daripada aspek jasmani juga sebenarnya mewujudkan persekitaran yang positif terhadap seseorang dan membuatkan dirinya lebih berkeyakinan. Hal ini juga akan membuatkan diri seseorang itu berasa senang untuk berinteraksi dan berkomunikasi secara efektif bersama orang lain. Lihatlah betapa pentingnya aspek jasmani dalam kehidupan seseorang. Graf diatas menunjukkan seramai 42 orang bersamaan 77.8% responden sangat bersetuju, seramai 10 orang bersamaan 18.5% responden bersetuju, dan seramai 2 orang bersamaan 3.7% sangat tidak bersetuju dengan kesan ini. Graf diatas menunjukkan seramai 36 orang bersamaan 66.7% responden sangat bersetuju, seramai 15 orang bersamaan 27.8% responden bersetuju.Seterusnya, seramai 1 orang bersamaan 1.9% tidak bersetuju dan sangat tidak bersetuju adalah sebanyak 2 orang iaitu 3.7% dengan kesan ini. 7


FAKTOR PEMBENTUKAN MASYARAKAT MADANI MENGIKUT PERSPEKTIF PSIKOLOGI DAN SOSIOLOGI MENGIKUT ASPEK EMOSI 1) Pelajar mengalami masalah dari segi faktor pesekitaran seperti tempat belajar. 2. Pelajar mengalami masalah dalam institusi kekeluargaan seperti bercerai, bergaduh. Graf di atas menunjukkan bahawa seramai 54 responden telah menjawab soal selidik dengan baik. Sebanyak 20 orang bersamaan dengan 37% memilih sangat bersetuju, 18 orang bersamaan dengan 33.3% memilih setuju, 13 orang bersamaan dengan 24.1% tidak setuju dan 3 orang bersamaan dengan 5.6% memilih sangat tidak setuju. Tekanan emosi berlaku disebabkan oleh faktor luaran iaitu faktor persekitaran. Persekitaran pembelajaran pelajar dilihat adalah penyumbang kepada prestasi pelajar dalam akademik Hubungan antara persekitaran dengan tekanan ialah bagaimana persekitaran yang merangkumi golongan remaja boleh menyebabkan mereka tertekan. Hal ini demikian kerana, peningkatan kos hidup menyebabkan pelajar mencari pendapatan menyebabkan pelajar berasa tertekan Graf di atas menunjukkan faktor kedua aspek emosi. Seramai 54 responden menjawab dengan baik. Sebanyak 19 orang bersamaan dengan 35.2% memilih sangat bersetuju, 18 orang bersamaan dengan 33.3% memilih setuju, 9 orang bersamaan dengan 16.7% tidak setuju dan 8 orang bersamaan dengan 14.8% sangat tidak setuju. Responden menjawap sangat setuju dan setuju disebabkan oleh Ibu bapa tidak mempunyai masa yang banyak untuk berinteraksi bersama anak-anak mereka. Sebagai contoh, tidak makan bersama , berbual-bual dan berjalan dihujung minggu. Keadaan begini menyebabkan anakanak berasa terpinggir , kecewa dan tidak dipedulikan oleh ahli keluarga. Sekiranya ia berlarutan dalam tempoh yang panjang , ia boleh menyebabkan tekanan emosi kepada anak-anak terutama pelajar. Menurut Fraser (1998), persekitaran pembelajaran adalah tempat pembelajaran berlaku sama ada dalam konteks sosial, psikologikal dan pedagogikal yang boleh mempengaruhi pencapaian dan sikap pelajar. Persekitaran pembelajaran yang kondusif akan dapat menggalakkan aktiviti intelektual, menggalakkan persahabatan, kerjasama dan sokongan di samping menggalakkan pembelajaran, pertumbuhan dan perkembangan pelajar. Institusi kekeluargaan memainkan peranan penting dalam pembentukan pemikiran yang seterusnya menyumbang kepada pembentukan struktur sosial anak-anak dalam masyarakat. Kebanyakan kes berkaitan sosial berlaku kerana aspek emosi dan psikologi anak-anak ini dipandang enteng dan tidak diambil kira oleh orang dewasa. Akibatnya ramai yang melakukan tindakan luar kawal yang menyebabkan runtuhnya institusi sosial. Kebanyakan anak-anak yang tidak dilayan dari sudut aspek emosi dan mental menyimpan urusan yang tidak selesai dalam emosi mereka. 8


KESAN EMOSI Pada zaman ini, isu kesihatan mental bukan lagi satu perkara yang tabu untuk diperkatakan. Walaupun pelbagai bantuan diberikan sebagai salah satu cara mengatasi kemurungan, tetapi tahap tekanan perasaan, kebimbangan dan kemurungan masih lagi tinggi dalam kalangan pelajar. Kesan pembentukan masyarakat madani berdasarkan aspek emosi ialah pelajar IPT akan mengalami tekanan emosi yang berterusan. Menurut soal selidik yang telah kami lakukan sebanyak 38.90% yang sangat setuju dengan kesan tersebut. Ini kerana terdapat persaingan yang sengit dari segi akademik dan sosial seperti mendapatkan tempat di universiti terbaik, biasiswa, dan peluang pekerjaan boleh menjadi sumber tekanan yang besar. Malahan kadar pengangguran yang semakin meningkat menimbulkan lagi rasa kebimbangan dalam kalangan pelajar masa kini. Selain itu, kesan pembentukan masyarakat madani berdasarkan aspek emosi ialah pelajar IPT akan mengalami masalah kemurungan. Menurut soal selidik yang telah kami lakukan sebanyak 35.20% yang sangat setuju dengan kesan tersebut. Pelajar IPT bersetuju bahawa pembentukan masyarakat madani memberi kesan emosi kepada pelajar seperti masalah kemurungan. Kemurungan ialah keadaan mental yang serius yang mempengaruhi perasaan, pemikiran, dan tingkah laku pelajar, yang boleh membawa kepada pelbagai masalah emosi dan fizikal. Pelajar ini juga cenderung untuk meragut nyawa sendiri, buktinya berlaku peningkatan peratus pelajar yang ingin meragut nyawa sendiri dimana pada tahun 2017 ialah 18.3% dan kemudian meningkat kepada 26.9% pada tahun 2022.Bukti ini jelas menunjukkan bahawa masalah kemurungan ini sangat berbahaya. 9


ROHANI FAKTOR KEPENGARUHAN KONSEP INSAN DARI PERSPEKTIF PSIKOLOGI DAN SOSIOLOGI DALAM MEMBENTUK MASYARAKAT MADANI MENURUT ASPEK: Merujuk graf di atas, ia adalah faktor yang mempengaruhi rohani iaitu, dengan mendekatkan diri kepada Tuhan. Seramai 46 org bersamaan 85.2% sangat bersetuju denngan faktor tersebut. Manakala, seramai 6 org bersamaan 11.1% setuju dan hanya seorang bersamaan 1.9% memilih tidak setuju dan sangat tidak setuju. Ini bermakna, dengan mendekatkan diri kepada tuhan seperti berzikir adalah contoh amalan yang dapat mendekatkan diri serta akan ditempatkan dalam golongan orang beriman. Secara amnya, kerohanian merujuk kepada keadaan kerohanian atau terikat pada persoalan dan nilai berkaitan agama dan nilainilai yang dihayati secara meluas. Istilah “kerohanian” juga digunakan dalam perkara bukan agama iaitu, berkait dengan persoalan moral, kewujudan, atau metafizik, terutamanya mengenai sifat jiwa, makna kehidupan, sifat fikiran, dan kemungkinan keabadian. Kerohanian dan keagamaan dianggap mempunyai satu kaitan tetapi dengan konsep yang berbeza. Mungkin ada yang berpendapat bahawa kerohanian meneroka perkara yang berkaitan jiwa dan makna kehidupan di luar dunia fizikal. Bahawa ianya unik dan tertumpu kepada pengalaman dalaman. Sebaliknya, keagamaan ditakrif sebagai amalan untuk mematuhi semua ritual dan kepercayaan agama tertentu. Ia biasanya dilihat mempunyai disiplin dan dizahirkan melalui amalan luaran. Dr Khalid Hussain menyatakan bahawa “kerohanian dalam Islam ditakrifkan sebagai wujudnya perhubungan dengan Allah yang mempengaruhi nilai diri individu, pengertian dan perhubungan dengan makhluk yang lain.” Merujuk kepada definisi ini, kerohanian Islam adalah kualiti yang harus dilakukan dengan bersungguh-sungguh dan dikembangkan secara progresif. Kesimpulannya, kerohanian bukanlah pengalaman atau istilah yang bebas daripada konsep agama kita. Ia berakar umbi dalam akidah kita dan berkait rapat dengan kepercayaan, amalan dan prinsip moral kita. Setiap pengalaman rohani juga ialah kepentingan agama. Di samping itu, graf di atas menunjukkan faktor yg kedua iaitu, menjaga hubungan dengan Tuhan, manusia dan alam. Seramai 46 bersamaan 85.2% memilih sangat setuju. Manakala seramai 6 orang bersamaan 11.1% setuju dan hanya 2 org bersamaan 3.7% memilih sangat tidak setuju. Faktor tersebut jelas bawah dengan menjaga hubungan dengan tuhan, manusia dan alam mampu mempungaruhi rohani seseorang. Jika tidak, akhlak seseorang itu tidak akan baik. Oleh itu, terdapat 2 faktor yang mampu mempengaruhi konsep insan dari perspektif psikologi dan sosiologi dalam membentuk masyarakat madani. Antaraya mendekatkan diri kepada Tuhan dan menjaga hubungan dengan manusia, Tuhan dan alam. kedua perlu dijaga agar kehidupan seimbang. 10


KESAN ROHANI Kerohanian dan keagamaan dianggap mempunyai satu kaitan tetapi dengan konsep yang berbeza. Mungkin ada yang berpendapat bahawa kerohanian meneroka perkara yang berkaitan jiwa dan makna kehidupan di luar dunia fizikal. Bahawa ianya unik dan tertumpu kepada pengalaman dalaman. Sebaliknya, keagamaan ditakrif sebagai amalan untuk mematuhi semua ritual dan kepercayaan agama tertentu. “Barangsiapayangmengerjakan amal solehbaik lelakimahupun perempuandalamkeadaan berimanmakasesungguhnya akanKamiberikan kepadanya kehidupanyangbaikdan sesungguhnyaakanKamiberi balasankepadamerekadengan pahalayanglebihbaikapayang telahkerjakan” (An-Nahlu:97 ) Iman yang sempurna mencegah seseorang mukmin melakukan apa yang bercanggah dengan keimanannya iaitu meninggalkan apa yang dilarang. Beriman kapada Allah akan memberi ketenangan hidup dalam diri seseorang insan. Iman menjadi penghalang kepada seseorang daripada melakukan maksiat. Setiap perkara yang dilakukan oleh seseorang manusia dan apa jua yang lahir darinya adalah bergantung kepada akidahnya. Unsur rohani dalam pembangunan insan berteraskan kepada keimanan dan beramal soleh. Graf diatas merujuk kepada kesan bagi aspek rohani iaitu, membentuk peribadi yang unggul dalam diri pelajar. Sebanyak 42 orang bersamaan 77.8% sangat setuju dan seramai 10 orang bersamaan 18.5% setuju serta tidak setuju dan sangat tidak setuju masing-masing mewakili 1 orang bersamaan 1.9% Graf diatas merujuk kepada kesan bagi aspek rohani iaitu, mencegah pelajar dari melakukan kemungkaran. Sebanyak 41 orang bersamaan 75.9% sangat setuju dan seramai 10 orang bersamaan 18.5% setuju. Tidak setuju merekodkan 2 orang bersamaan 3.7% dan sangat tidak setuju mewakili 1 orang bersamaan 1.9% 11


Konsep insan berdasarkan intelek merujuk kepada pemahaman tentang manusia yang menitikberatkan kemampuan berfikir, penalaran, dan pengetahuan. Graf yang menerangkan konsep insan dari aspek intelek menunjukkan kebebasan akademik membolehkan pelajar untuk menjalankan penyelidikan tanpa tekanan politik atau ideologi. Aspek intelek insan merujuk kepada kemampuan berfikir secara kritis, menyelesaikan masalah, membuat keputusan rasional, dan kreativiti. Dalam graf tersebut, kita dapat melihat bahawa pelajar yang terlibat dalam pendidikan berkualiti tinggi cenderung menginginkan kebebasan untuk menjalankan kajian atau penyelidikan tanpa gangguan mana-mana agensi atu pihak berkepentingan. Berdasarkan soal selidik yang dijalankan, daripada 54 orang responden, majoriti sangat bersetuju dengan faktor tersebut iaitu seramai 28 orang atau 51.9%. Seramai 19 orang besetuju atau 35.2% manakala 6 orang atau 11.1% tidak setuju dan seorang atau 1.9% menayatakan sangat tidak bersetuju. Hal demikian kerana kebebasan akedemik membolehkan pelajar mencari dan menyebarkan kebenaran sesuatu kajian, berdasarkan bukti dan data, bukannya dipengaruhi oleh ideologi atau tekanan politik. FAKTOR INTELEK FAKTOR KEPENGARUHAN KONSEP INSAN DARI PERSPEKTIF PSIKOLOGI DAN SOSIOLOGI DALAM MEMBENTUK MASYARAKAT MADANI Statistik : Sangat bersetuju ( 51.9%, 28orang) Setuju ( 36.2%, 19 orang) Tidak setuju ( 11.1%, 6 orang) Sangat tidak setuju ( 1.9%, 1 orang) Statistik : Sangat bersetuju ( 61.1%, 33 orang) Setuju ( 33.3%, 18 orang) Tidak setuju ( 3.7%, 2 orang) Sangat tidak setuju ( 1.9%, 1 orang) Faktor yang kedua iaitu Menggalakkan pemikiran kritis membolehkan pelajar IPT menganalisis, menilai, dan mencabar idea-idea dan pendapat yang berbeza. Berdasarkan soal selidik yang telah dijalankan, seramai 33 atau 61.1% daripada 54 orang responden, sangat bersetuju dengan faktor teersebut. 18 orang atau 33.3% setuju manakala 2 orang atau 3.7% tidak setuju dan 1 orang atau 1.9% sangat tidak bersetuju. Menggalakkan pemikiran kritis di kalangan pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT) adalah penting untuk memperkembangkan aspek intelek dalam konsep insan. Pemikiran kritis membolehkan pelajar menganalisis, menilai, dan mencabar idea-idea serta pendapat yang berbeza, yang merupakan elemen penting dalam pembelajaran dan pengembangan intelektual. Ini kerana, pemikiran kritis melibatkan keupayaan untuk menilai kebenaran sesuatu maklumat dan membuat pertimbangan berdasarkan bukti yang ada. Ini penting dalam pendidikan tinggi di mana pelajar perlu memahami teori dan konsep yang kompleks. 12


Kemahiran intelek dapat melahirkan pelajar yang dapat berfikir secara kreatif dan kritis. Berfikiran Kreatif: Mampu menghasilkan idea-idea inovatif dalam menyelesaikan masalah, mencipta produk atau karya seni yang baru, dan melihat peluang-peluang baru. Mengaplikasikan imaginasi untuk mencipta solusi yang tidak konvensional dan mempunyai keupayaan untuk berfikir di luar kotak. Berfikiran Kritis: Mahir dalam menilai, menganalisis, dan menilai kesahihan maklumat dan idea. Berupaya mengenal pasti asumsi-asumsi yang tersembunyi, menyusun hujah yang kukuh, dan membuat keputusan berasaskan bukti yang ada. Memiliki kecekapan dalam memecahkan masalah dengan mempertimbangkan pelbagai sudut pandangan dan implikasi. K E S A N I N T E L E K FAKTOR KEPENGARUHAN KONSEP INSAN DARI PERSPEKTIF PSIKOLOGI DAN SOSIOLOGI DALAM MEMBENTUK MASYARAKAT MADANI Potensi intelek dapat mengajar pelajar IPT untuk mempunyai kemahiran 3M Kemahiran Membaca: Mampu memahami teks-teks kompleks dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. Mahir mengenal pasti idea utama, maklumat tersirat, dan menganalisis teks untuk mendapatkan pemahaman yang mendalam. Kemahiran Menulis: Berkebolehan menulis esei, laporan, dan surat dengan jelas dan berstruktur. Mampu menyusun idea dengan teratur, menggunakan ayat yang sesuai, dan mengaplikasikan tatabahasa yang tepat. Kemahiran Mengira: Mahir dalam operasi matematik asas dan kompleks. Boleh menyelesaikan masalah matematik dengan menggunakan pelbagai strategi dan teknik, serta mengaplikasikan konsep matematik dalam situasi harian dan profesional. Statistik : Sangat bersetuju ( 65%, 34 orang) Setuju ( 31.5%, 17 orang) Tidak setuju ( 1.9%, 1 orang) Sangat tidak setuju ( 3.7%, 2 orang) Statistik : Sangat bersetuju ( 64.8%, 35orang) Setuju ( 31.5%, 17 orang) Tidak setuju ( 1.9%, 1 orang) Sangat tidak setuju ( 1.9%, 1 orang) 13


ISU SEMASA BERKAITAN DENGAN JERI 14


15


Pelajar yang cemerlang di institusi pengajian tinggi (IPT) berkait rapat dengan kecergasan jasmani, emosi, rohani dan intelektual (JERI). Hal ini demikian kerana tahap kecergasan JERI yang stabil mendorong kepada personaliti cemerlang seseorang pelajar. Bagi melahirkan modal insan kelas pertama, pelajar bukan sahaja perlu cemerlang dalam aspek akademik dan kokurikulum, sebaliknya keseimbangan jasmani, emosi, rohani dan intelek. Jasmani, Emosi, Rohani dan Intelek seseorang pelajar di IPTA yang dapat mengukur keseimbangan JERI secara individu dan rubriknya bersifat flexible kepada semua jenis pelajardan institusi. K E S I M P U L A N 16


RUJUKAN Che Nidzam Che Ahmad, Noraini Mohamed Noh, Mazlini Adnan, Marzita Putih, & Mohd Hairy Ibrahim. 2013. Pengaruh persekitaran fizikal bilik darjah terhadap tahap keselesaan pengajaran dan pembelajaran. Jurnal Pendidikan Bitara UPSI, 6(0). Fraser, B.J. 1998. Classroom environment instruments: Development, validity and applications. Learning Environment Research: An International Journal, 1, 7-33. Fatin Zahra. 2023. Kenal Pasti 7 Tanda Anak Remaja Anda Alami Kemurungan. https://hellodoktor.com/keibubapaan/remaja/kesihatanmental-remaja/mengatasi-kemurungan-remaja/ . [Diakses pada 1 Jun 2024] Faizatul Najihah Mohd Azaman. 2015. Nilai-Nilai Pembangunan Modal Insan Menurut Al-Ghazali. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia. Ghazali Darusalam. 2014. Pembangunan Model Pentaksiran: Jasmani, Emosi, Rohani, Intelek (JERI) Di Institut Pengajian Tinggi Awam Malaysia & Indonesia. https://www.researchgate.net/publication/305388631_Pembangunan_Mo del_Pentaksiran_Jasmani_Emosi_Rohani_Intelek_JERI_Di_Institut_Peng ajian_Tinggi_Awam_Malaysia_Indonesia/. [Diakses pada 2 Jun 2024] Puan Norkumala Binti Awang. 2007. Gaya Hidup Sihat Perlu Keseimbangan Rohani dan Jasmani. https://www.ikim.gov.my/newwp/index.php/2007/05/30/gaya-hidup-sihat-perlu-keseimbangan-rohanidan-jasmani/. [Diakses pada 2 Jun 2024] Muhammad Imran Othman. 2023. Kerohanian Dalam Islam. https://mymuslimin.com/2023/09/05/kerohanian-dalam-islam/ [Diakses Pada 10 Jun 2024]


[email protected] www.group3.ukm.my @LMCW2143 MAJALAH MADANI


KOD DAN NAMA KURSUS: LMCW 2143 FALSAFAH DAN ISU SEMASA TAJUK: KONSEP INSAN DARI PERSPEKTIF PSIKOLOGI DAN SOSIOLOGI DALAM MEMBENTUK MASYARAKAT MASYARAKAT MADANI: SATU TINJAUAN DALAM KALANGAN PELAJAR IPT NAMA PENSYARAH: DR. PUTEH NORAIHAN BINTI A. RAHMAN NAMA & NO MATRIK: 1. IMAN BALQISH BINTI AHMAD FAIZAL A197436 2. WAN ATHIRAH IZZATI BINTI WAN AZMAN A197294 3. KU NUR IZZANI BINTI KU AHMAD SHAUKI A194347 4. NUR AMALIN IZZATI BINTI ROSHAIMI A194101 5. NOR FADHILLAH BINTI MASRUDDIN A197278 6. SAYIDATINA KHADIJAH BINTI ZAINAL ABIDIN A197395 7. NUR AMIRAH SYAHIRAH A193186 8. MUHAMMAD AZIM BIN KAMARULARIF A197396


Click to View FlipBook Version