REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI
TINGKATAN 3
BAB 2 : PEMBANGUNAN PRODUK
PEMBANGUNAN PRODUK
1. Penghasilan produk ialah aktiviti menghasilkan produk baharu atau mengubahsuai produk sedia
ada bagi memenuhi keperluan dan kehendak pelanggan pada masa kini dan akan dating dengan
mengaplikasi teknologi terkini.
2. Langkah-langkah dalam proses penghasilan produk ialah :
2.1.1 Menyatakan produk yang hendak dihasilkan berdasarkan
kajian keperluan pelanggan dan projek brief.
• Pereka perlu melakukan kajian keperluan pelanggan dan seterusnya menyediakan projek brief untuk
mendapatkan maklumat lengkap tentang produk yang hendak dihasilkan.
A. Kajian Keperluan Pelanggan
• Untuk memastikan idea reka bentuk yang dihasilkan memenuhi keperluan dan kehendak pelanggan.
• Kriteria kajian keperluan pelanggan:
Contoh borang kajian keperluan pelanggan
PENYELESAIAN MASALAH INVENTIF
• Penyelesaian masalah inventif merupakan kaedah penyelesaian masalah secara sistematik dengan masalah dan penyelesaiannya
telah dikenalpasti terlebih dahulu.
• Penyelesaian masalah inventif diaplikasikan berdasarkan maklum balas borang kajian keperluan pelanggan bagi mengatasi
kelemahan produk sedia ada.
Proses penyelesaian masalah inventif.
A. PROJEK BRIEF
• Ialah proses perbincangan awal antara pengurus projek dengan pelanggan yang turut dihadiri oleh pereka bentuk.
• Idea diterjemahkan dalam bentuk lakaran atau contengan.
PROSES PROJEK BRIEF Contoh borang projek brief
2.1.2 Mengenalpasti Asas teknologi yang sesuai dengan kehendak reka
bentuk produk
A. Justifikasi pereka bentuk semasa memilih teknologi
2.1.3 Merancang konsep, Elemen dan Prinsip Reka Bentuk yang dipersetujui
dalam bentuk lakaran.
2.1.4 Menghasilkan lakaran produk yang hendak dibuat
A. Lakaran 3D
➢ Lakaran 3D bermaklumat – dilengkapi dengan maklumat produk.
➢ Maklumat yang perlu ada ialah:
i. Nama produk
ii. Saiz produk dan komponen
iii. Bahan yang digunakan pada produk
iv. Komponen atau bahagian produk
v. Prinsip reka bentuk yang digunakan
vi. Elemen reka bentuk yang digunakan
B. Lakaran Ceraian
➢ Lakaran yang menunjukkan hubungan antara setiap komponen pada suatu reka bentuk produk.
➢ Fungsinya:
i. Menunjukkan urutan pemasangan komponen
ii. Menggambarkan rupa sebenar reka bentuk
iii. Menunjukkan kedudukan komponen pada reka bentuk produk
iv. Menunjukkan hubungan antara komponen
v. Menunjukkan urutan untuk mencantum reka bentuk yang mempunyai banyak bahagian
vi. Memudahkan proses pembuatan dan penyelenggaraan
C. Lukisan Kerja
➢ Lukisan yang menerangkan dengan terperinci rupa bentuk komponen produk yang akan dihasilkan.
➢ Contohnya Lukisan Isometrik, Lukisan Skematik dan Lukisan Unjuran Ortografik.
D. Lakaran Reka Bentuk produk dari aspek elemen dan prinsip reka bentuk
➢ Lakaran perlu dianalisa dari aspek elemen dan prinsip reka bentuk bagi memastikan lakaran tidak tersasar daripada kehendak dan keperluan
pelanggan.
2.1.5 Menyediakan Jadual Kerja
• Jadual kerja ialah suatu perancangan aktiviti yang dipersembahkan dalam bentuk jadual.
• Garis panduan menyediakan Jadual Kerja.
2.1.6 Membuat senarai Bahan, Peralatan dan Bajet Produk
• Perancangan projek perlu dilakukan dengan sistematik agar proses penghasilan produk tidak
membazir masa, bahan dan kos.
2.1.7 Menghasilkan produk berfungsi atau berfungsi sebahagian
• Murid boleh memilih sama ada menghasilkan produk berfungsi atau produk berfungsi sebahagian.
Mock-up (model
olokan)
Produk Produk berfungsi
berfungsi(prototaip) sebahagian (model)
Produk
2.1.8 Membuat pengujian dan penilaian kefungsian dan kesesuaian
produk
• Proses terakhir untuk mengukur tahap keberkesanan produk yang telah dihasilkan.
• Tahap keberkesanan produk berdasarkan tiga faktor:
A. Pengujian
➢ Ujian makmal – pengujian terhadap produk berfungsi di dalam makmal atau bengkel menggunakan peralatan
dan kelengkapan tertentu yang sesuai dengan produk.
➢ Ujian parameter – pengujian terhadap produk berfungsi yang dibuat dalam situasi dan lokasi sebenar.
B. Penilaian
➢ Dijalankan untuk menganalisis keputusan pengujian yang telah diperolehi.
➢ Menggunakan boring soal selidik yang mengandungi soalan meliputi aspek kefungsian, ergonomic, reka
bentuk dan nilai estetika serta keselamatan produk.
A. Kesesuaian Produk
➢ Ditentukan berdasarkan penilaian terhadap keputusan pengujian yang telah ditetapkan terhadap produk.
D. Tahap keselamatan
➢ Contoh penilaian kesematan :
i. Adakah produk mempunyai bahagian yang tajam ?
ii. Adakah produk mempunyai manual penggunaan ?
iii. Adakah produk selesa untuk dikendalikan ?
iv. Adakah bahagian elektronik pada produk boleh membahayakan pengguna ?
2.1.9 Membuat cadangan penambahbaikan produk berdasarkan laporan
keputusan ujian.
• Penambahbaikan bertujuan menjadikan produk lebih baik dan sempurna dari segi kefungsian dan mampu
mencapai objektif asal penghasilannya.
2.1.10 Menyediakan dokumentasi
A. Pendokumentasian
➢ Satu laporan bertulis yang menghuraikan perincian reka bentuk meliputi maklumat daripada
peringkat penjanaan idea sehinggalah ke peringkat mock- up atau model produk dihasilkan.
➢ Kepentingan pendokumentasian:
i. Menjadi bukti rekaan seorang pereka bentuk
ii. Diperlukan untuk memfailkan permohonan paten
iii. Memudahkan membuat rujukan dan penyelidikan
B. Format laporan Penghasilan Produk
i. Muka hadapan
ii. Penghargaan
iii. Abstrak
iv. Kandungan
i. Pengenalan
1. Penentuan gabungan teknologi
2. Perancangan Konsep
3. Lakaran Akhir
4. Jadual Kerja
5. Pengurusan Kewangan
6. Penghasilan Produk
7. Pengujian dan Penilaian
8. Cadangan Penambahbaikan
9. Penutup
10. Bibliografi
11. Lampiran
C. Persembahan dihadapan guru-guru dan rakan-rakan sekelas bertujuan memperkenalkan produk kepada umum
dari segi kefungsian, reka bentuk dan keistimewaannya.
SEKIAN TERIMA KASIH