The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by liangzheshean, 2023-12-25 10:35:06

Anti Rasuah (1) Test

Anti Rasuah (1)

MPU 1062 - INTEGRITI DAN ANTI-RASUAH 1 SEN Disediakan kepada : CASE STUDY Disediakan oleh : KUMPULAN 1 Dr. Solahuddin Bin Ismail


Thinishwaran Kunalan (297748) Keertthna Arasu (297698) Cheng Chee Xuan (297690) Liang Zhe Shean (297882) AHLI


KUMPULAN Muhammad Afiq Fitri Bin Redzuan (301718) Hariz bin Ahmad Fauzi (301699) Teoh Khai Yin (297813) Anis Rafiqah Binti Mohd Arifin (297852)


ISI KANDUNGAN NO. ISI MUKA SURAT 1. PENGENALAN 1 - 2 2. LATAR BELAKANG - AMAN SHAH AHMAD 3 3. AMAN SHAH SI PENCURI 1 SEN 4 - 8 4. KESAN-KESAN KES INI 9 5. KEPENTINGAN-KEPENTINGAN INTEGRITI DAN ANTI-RASUAH 10 - 11 6. KESIMPULAN 12 7. RUJUKAN 13


PENGENALAN Integriti adalah amalan bersikap jujur dan menunjukkan kepatuhan yang tanpa kompromi terhadap prinsip dan nilai moral serta etika yang kuat. Dalam etika, integriti dianggap sebagai kejujuran dan kebenaran atau ketepatan tindakan seseorang. Perkataan integriti berkembang daripada perkataan integriti iaitu kata sifat Latin, yang bermaksud keseluruhan atau lengkap. Dalam konteks ini, integriti adalah rasa "keutuhan" dalaman yang berasal daripada kualiti seperti kejujuran dan sifat ketekalan. Dengan demikian, seseorang dapat menilai bahawa orang lain "memiliki integriti" sejauh mana mereka bertindak sesuai dengan nilai, kepercayaan dan prinsip yang mereka dakwa. Selain itu, mengikut kamus dwibahasa Dewan Bahasa Dan Pustaka (DBP) 1985 ialah “kejujuran dan ketulusan”, kesempurnaan, ‘keutuhan’. Ini bermaksud integriti adalah sifat “jati diri” yang merangkumi juga keikhlasan, keterbukaan, ketelusan, amanah, benar, berpegang kepada prinsip, tidak mudah dipengaruhi, boleh dipercayai, boleh pegang cakapnya dan lain-lain. Secara ringkasnya, integriti ada dua bahagian iaitu integriti individu dan integriti organisasi. Integriti individu merujuk kepada himpunan kualiti unggul yang wujud dalam kalangan individu dan kualiti ini berteraskan kepada prinsip berpegang teguh kepada kejujuran dan amalan bermoral tinggi. Manakala Integriti organisasi pula tercermin dalam perumusan dan perlaksanaan kod etika, piagam pelanggan atau sistem dan proses kerja serta pematuhan kepada amalan terbaik. 1


PENGENALAN Rasuah adalah tindakan tidak jujur atau penipuan oleh mereka yang berkuasa. Selain itu , dalam erti kata yang lain ialah menawarkan, memberi atau menerima apa-apa yang bernilai dengan tujuan untuk mendorong seseorang untuk bertindak. Rasuah dapat berupa penerimaan atau pemberian suapan sebagai upah atau dorongan untuk seseorang individu kerana melakukan atau tidak melakukan sesuatu perbuatan. Penerimaan atau pemberian suapan sebagai upah atau dorongan untuk seseorang individu kerana melakukan atau tidak melakukan sesuatu perbuatan yang berkaitan dengan tugas rasmi. Suapan terdiri daripada wang, hadiah, bonus, undi, perkhidmatan, jawatan, upah, diskaun. Sebagai contoh, seorang kontraktor telah menghadiahkan seutas jam tangan kepada seorang pegawai kerajaan kerana telah meluluskan projek kepada syarikat milik kontraktor berkenaan. Menurut Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia terdapat empat kesalahan rasuah yang utama seperti meminta atau menerima rasuah (seksyen 16 & 17 (a) Akta SPRM 2009), menawar atau memberi rasuah (seksyen 17(b) Akta SPRM 2009), membuat tuntutan palsu (seksyen 18 Akta SPRM 2009) dan menyalahgunakan kuasa dan keduduk untuk suapan pegawai badan awam (seksyen 23 Akta SPRM 2009). Akhir sekali, fenomena rasuah sering dikaitkan dengan istilah tumbuk rusuk atau makan suap dan konotasi ini membawa maksud yang negatif kepada imej sesebuah masyarakat itu. Semakin tinggi kadar rasuah di sesebuah negara itu, maka semakin rendah persepsi masyarakat luar terhadap kemampuan rakyat negara terbabit untuk melakukan sesuatu terutama dalam aspek ekonomi yang sudah semestinya menjadi satu aspek penting untuk pembangunan negara. 2


Aman Shah Ahmad, dilahirkan pada 9 Oktober 1966, bapa merupakan seorang askar. Menurut kenyataan Aman Shah, dia mula menerokai dunia komputer pada usia 11 tahun, iaitu pada tahun 1977. Pada 1977, komputer merupakan teknologi yang amat baru dan mahal, serta jarang ditemui. Aman Shah menekan dia dapat mempelajari komputer pada masa itu berkat persekitaran, rakan sebaya dan jirannya. Minat serta pengetahuan yang mendalam terhadap komputer telah membantu dia mendapati kelemahan sistem perbankan pada masa yang akan datang Selepas menamatkan pengajian di sekolah menengah, Aman Shah melanjutkan Pelajaran dalam bidang perakaunan di Institut Teknologi Mara (kini Universiti Teknologi Mara). Aman Shah Berjaya menamatkan pengajian pada usia 21 tahun dan mula mencari pekerjaan di bidang perbankan. Menurut Aman Shah sebelum bekerja di Hock Hua Bank, dia pernah bekerja sebagai pelatih pegawai dan pegawai di 3 bank yang berbeza. Rakan-rakan sekerja Aman Shah menggambarkannya Aman Shah sebagai individu yang peramah, suka bergaul, mempunyai ramai kawan serta cekap dalam menjalankan tugas.. Pihak atasan Hock Hua Bank melihat potensi yang ada pada Aman Shah lalu menghantarnya untuk menghadiri kursus komputer dengan tujuan meningkat pengetahuan komputer. Dengan pengetahuan yang mendalam dalam bidang perakaunan, teknologi dan perbankan, Aman Shah dinaikkan pangkat sebagai ketua di Jabatan SPEED Hock Hua Bank (Sistem Elektronik Untuk Dana Dan Sekuriti). Menggunakan jawatan dan pengetahuan, Aman Shah Berjaya memindahkan 1 sen dari setiap akaun di Hock Hua Bank ke akaun peribadi dia. Setelah memindah wang sebanyak 4 juta kepada akaun peribadi, Aman Shah meletak jawatan di Hock Hua Bank Namun, seperti pepatah Melayu, “Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga. Pencurian 1 sen Aman Shah akhirnya didapati dan dia dijatuhkan hukuman penjara selama 5 tahun. LATAR BELAKANG AMAN SHAH AHMAD 3


AMAN SHAH SI PENCURI 1 SEN Di Malaysia, ada satu cerita yang sering jadi bualan di industri perbankan dan teknologi maklumat. Cerita Aman Shah, seorang eksekutif bank yang menjadi jutawan dengan hanya mengambil satu sen daripada akaun bank pelanggannya. Pencurian tersebut menjadi perhatian awam pada tahun 1990 kerana cara pencuriannya istimewa dan diluar jangkaan orang awam. Aman Shah, yang pada mulanya hanya seorang eksekutif bank dengan gaji bulanan RM1,800 tetapi kehidupan dia mewah seperti seorang jutawan. Aman Shah memiliki enam kereta sport mewah dengan nilai keseluruhan RM3.05 juta, termasuk Lamborghini Countach, Porsche 928 S4, Porsche Carrera, Mercedes Benz 300SL, Mercedes Benz 300E, dan BMW 329I. Kemewahan hidup Aman Shah membangkitkan tanda tanya, bagaimana seorang eksekutif bank dengan gaji sederhana dapat memiliki koleksi mewah seperti ini? Pencurian 1 sen Pertanyaan ini dijawab oleh jenayah kolar putih yang dilakukan oleh Aman Shah. Lahir pada 9 Oktober 1966, Aman Shah merupakan graduan perakaunan dari Institut Teknologi Mara dan memulakan kerjayanya di Hock Hua Bank cawangan Raja Laut. Setelah setahun bekerja, majikannya mengenali potensi Aman dan menghantarnya menghadiri kursus komputer, memperoleh kemahiran untuk melaksanakan operasi perbankan. Dengan pengetahuan yang mendalam dalam bidang perakaunan, teknologi dan perbankan, Aman Shah dinaikkan pangkat sebagai ketua di jabatan pemprosesan SPEED (Sistem Pemindahan Elektronik Untuk Dana Dan Sekuriti). SPEED merupakan sistem pemindahan dana dan penyelesaian antara bank tanpa skrip berkomputer yang diperkenalkan oleh Bank pada bulan Disember 1989 untuk perdagangan, pendaftaran dan penyelesaian sekuriti kerajaan. Menurut kenyataan Aman Shah, dia telah mendapati kelemahan dan risiko dalam sistem SPEED. Dengan kepakaran dan pengetahuannya, dia menulis satu laporan cadangan untuk membaiki kelemahan sistem tersebut. Namun, laporan tersebut tidak mendapat perhatian yang sewajarnya dan malah dibuang ke tong sampah oleh pihak atasan. Dengan jawatan dan kemahiran yang dimilikinya, Aman Shah menjalankan operasi kolar putih dengan memindahkan 1 sen setiap hari dari setiap akaun di Hock Hua Bank ke akaun peribadi dia di bank lain tanpa diketahui. Operasinya berjaya mencapai jumlah luar biasa sebanyak RM4 juta pada tahun 1990. 4


AMAN SHAH SI PENCURI 1 SEN Kereta-kereta sport mewah Selepas pencurian wang sebanyak 4 juta, Aman Shah meletak jawatan dan menggunakan wang tersebut untuk hidap mewah dan minatnya iaitu kereta sport. Beliau terlibat dalam pameran kereta sport pada Jun 1990 dan tampil di media pada waktu petang menaiki Lamborghini Countach, termahal di antara koleksinya. Aman Shah membeli enam kereta sport mewah dengan nilai keseluruhan RM3.05 juta, termasuk Lamborghini Countach, Porsche 928 S4, Porsche Carrera, Mercedes Benz 300SL, Mercedes Benz 300E, dan BMW 329I. Mengikut laporan, kereta-kereta sport tersebut dibeli secara tunai dengan tiga daripadanya tidak didaftar nama dan tidak dibayar cukai import, dua lagi didaftar atas namanya sendiri dan sebuah lagi di atas nama teman wanitanya. Untuk kereta sport mewahnya daripada diketahui umum, Aman meletakkan kereta mewahnya di pusat pameran di Plaza Bukit Bintang kerana bimbang diketahui oleh jiran-jiran jika dia letak di rumah 5


AMAN SHAH SI PENCURI 1 SEN Tunjuk menunjuk membawa padah Namun, seperti pepatah Melayu, “Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga. Nasib baik yang dia nikmati bertukar menjadi mimpi buruk ketika Aman Shah dijemput ke sebuah segmen popular di TV3 iaitu Sekapur Sirih pada 4 Jun 1990. Dalam temu bual tersebut, Aman Shah berkongsi tentang kenderaan-kenderaan mewahnya. Malangnya, bekas pengurus dua turut menonton temu ramah tersebut. Bekas pengurusnya menimbulkan persoalan bagaimana Aman Shah yang gaji bulanannya hanya RM1,800 boleh memiliki kereta-kereta sport yang mewah. Membawa persoalan tersebut, bekas majikan menemui juruaudit dan melakukan audit terhadap kesemua transaksi bank yang dilakukan dan dilibat oleh Aman Shah. Selepas mengumpul bukit, bekas pengurus membuat laporan polis di Balai Polis Campbell pada 8 Jun 1990. Aman Shah diberkas di kondominium mewahnya di Bangsar. Pihak polis yakin bahawa jenayah ini dilakukan dengan memindahkan wang pelanggan ke dalam akaunnya selepas berhasil memecahkan kod keselamatan. Jenayah senilai RM4 juta ini dilakukan dalam masa hanya 14 hari. Aman Shah dihadapkan ke Mahkamah Seksyen Kuala Lumpur atas tuduhan menipu wang sebanyak RM 4 juta milik Hock Hua Bank. Dalam proses mahkamah, Aman Shah didakwa dengan empat tuduhan menipu wang dan beberapa tuduhan penyalahgunaan kuasa. Dia menggunakan arahan palsu melalui Sistem Pemindahan Elektronik Untuk Dana Dan Sekuriti untuk memindahkan wang ke akaun agensinya di Bank Bumiputra Malaysia Bhd. 6


AMAN SHAH SI PENCURI 1 SEN Hukuman Akibat perbuatannya, Aman Shah dijatuhi hukuman penjara selama 5 tahun. Namum Aman Shah hanya menjalani hukuman tersebut selama tiga tahun tiga bulan sahaja. Khabar Angin Mengikut khabar angin selama di penjara, dia dilayan sebagai penjenayah istimewa, diberikan tugas di pejabat, berbeza dengan kebanyakan banduan yang diberikan tugas fizikal. Terdapat juga khabar angin yang mengatakan bahawa Aman Shah ditawarkan bekerja dengan jabatan jenayah komersial untuk Polis DiRaja Malaysia, tetapi tiada bukti kukuh yang mengesahkan perkara ini. Gambar Aman Shah ketika berusia 52 tahun 7


AMAN SHAH SI PENCURI 1 SEN Selepas dibebaskan Pada tahun 2018, Aman Shah masih hidup dan berusia 52 tahun, menetap di Ampang, Kuala Lumpur. Menurut kenyataan Aman Shah, dia menerima tawaran pekerjaan dari luar negara selepas bebas dari penjara. Kejayaan operasinya pada tahun 1990 disebabkan oleh keadaan sistem perbankan Malaysia yang masih menggunakan sistem buku akaun yang dikemas kini secara manual di kaunter. Jika perbuatannya dilakukan pada zaman moden, kemungkinan besar Aman Shah akan ditangkap segera sejak wang dipindahkan, kerana setiap transaksi boleh dikesan dengan cepat. . 8


1. Kerugian Kewangan Mencuri dan menggodam bank membawa kesan merbahaya kepada negara dan masyarakat secara keseluruhan. Dari segi negara, aktiviti ini menyebabkan kerugian kewangan yang signifikan dan mengancam kestabilan ekonomi. Kehilangan aset dan dana yang disebabkan oleh kegiatan ini boleh mengganggu pertumbuhan ekonomi, menyebabkan tekanan fiskal, dan merosakkan reputasi kewangan negara di peringkat antarabangsa. 2. Keselamatan Nasional Selain itu, kesan mencuri dan menggodam bank tidak terbatas kepada aspek kewangan sematamata. Ancaman terhadap keselamatan nasional juga meningkat kerana maklumat sensitif yang boleh digunakan untuk tujuan jenayah atau aktiviti subversif. Ini boleh mencetuskan risiko ketidakstabilan sosial dan politik dalam negara, mengganggu ketenteraman awam, dan mengekalkan keadaan ketidakpastian. 3. Kehilangan keyakinan kepada sistem perbankan Dari sudut masyarakat, kesan terus kepada kepercayaan dan keyakinan terhadap sistem perbankan. Kematangan ekonomi dan kesejahteraan masyarakat tergantung pada kestabilan sektor kewangan. Mencuri dan menggodam bank mencipta ketidakpastian yang dapat mempengaruhi pelaburan, pekerjaan, dan tabungan masyarakat, mengakibatkan kehilangan harta benda dan kepercayaan mereka terhadap keselamatan kewangan. Kesimpulan Kesan Secara keseluruhan, kesan mencuri dan menggodam bank membawa dampak serius kepada negara dan masyarakat, merosakkan kedaulatan kewangan, menjejaskan keamanan nasional, dan menggugat kestabilan ekonomi serta kesejahteraan masyarakat. Dalam masyarakat hukum, tindakan seperti mencuri dan pecah amanah dianggap serius dan memiliki konsekuensi yang signifikan. Lebih baik untuk memilih jalan yang beretika dan legal untuk menghindari kesulitan dan merugikan diri sendiri serta orang lain. Mencuri dan menggodam duit dalam industri bank membawa impak serius terhadap kestabilan kewangan, reputasi, dan operasi sektor tersebut. Ini menekankan kepentingan pelaksanaan langkah-langkah keamanan yang kuat dan kerjasama dengan badan-badan pengatur untuk melindungi keamanan dan integriti sistem perbankan. Kes pencurian dan godaman terhadap dana bank dapat merosakkan reputasi bank tersebut. Kepercayaan masyarakat terhadap keamanan dan integriti bank dapat tergoncang, yang kemudian dapat menyebabkan kehilangan pelanggan dan ketidakstabilan dalam pangsa pasar. Bank yang menjadi sasaran juga mungkin mengalami kesulitan untuk mendapatkan kembali keyakinan pelanggan dan pemegang saham. KESAN-KESAN KES INI 9


1. Pemulihan Aset Awam Mengesan Penyalahgunaan Dana dimana Integriti dan anti-rasuah membantu kerajaan mengesan dan mencegah penyalahgunaan dana awan seperti yang dilakukan oleh Aman Shah. Ini memastikan bahawa dana negara digunakan sesuai dengan rencana pembangunan negara dan masyarakat. Selain itu, Pemulihan Kewangan Awam dalam mengatasi rasuah, negara dapat memulihkan kewangan negara yang mungkin telah dicemar oleh tindakan individu yang mencuri atau menyalahgunaan kepercayaan. Hal ini berkemungkinan memberi kebolehan pemerintah untuk memperuntukkan dana secara bijak demi kepentingan negara. 2. Mencegah Kemerosotan Ekonomi Impak kepada Kesejahteraan Masyarakat. Apabila rasuah dipraktikkan, ini dapat merugikan masyarakat dengan mencipta kemerosotan ekonomi yang tidak adil. Dengan memerangi rasuah, kerajaan dapat memastikan bahawa kebajikan ekonomi memberi fokus kepada kesejahteraan seluruh masyarakat dengan mengurangkan kemerosotan antara kelompok-kelompok sosial. Seterusnya, Pemerkasaan Ekonomi. Integriti mendorong pemerkasaan ekonomi dengan mencipta situasi yang adil. Ini dapat membuka peluang bagi pengusaha kecil untuk berkembang, mencipta banyak peluang pekerjaan dan memberikan sumbangan pada kemajuan ekonomi. 3. Memastikan Keadilan Undang-undang Perlindungan Hak Individu dalam konteks integriti sistem undang-undang memastikan bahawa hak individu termasuk hak Aman Shah, dilindungi dengan adil. Hal ini dapat memantapkan kepercayaan masyarakat kepada keadilan undang-undang dan menghindari potensi manipulasi undang-undang untuk kepentingan peribadi. Selain itu, Transparensi Undang-undang, dengan menangani kes Aman Shah Si Pencuri 1 Sen secara telus, negara dapat menunjukkan komitmen terhadap penerapan undang-undang yang adil. Ini membolehkan penggubalan dasar undangundang yang kukuh. KEPENTINGAN-KEPENTIGAN INTEGRITI DAN ANTI RASUAH 10


4. Memelihara Citra Negara Meningkatkan Pelaburan. Integriti dalam sektor keusahawanan adalah modal penting untuk menarik pelaburan. Dengan mencipta sebuah lingkungan yang bebas dari rasuah, pelabur lebih cenderung untuk mengikuti sektor pelaburan dalam pasaran tersebut. Kemajuan ekonomi yang berterusan bukan sekadar menguntungkan kerajaan, tetapi juga memberi peluang bagi perkembangan sektor-sektor ekonomi yang meluas. Seterusnya, Pengukuhan Diplomatik, dengan menjaga citra positif, negara dapat memperkuatkan posisi dalam diplomatik global. Kerjasama lintas batas dapat ditingkatkan, membuka peluang untuk perdagangan pengetahuan dan sumber daya. 5. Mendorong Partisipasi Masyarakat Penglibatan Masyarakat dalam penerapan integriti dan anti-rasuah dapat mencipta lingkungan di mana masyarakat merasa bahawa sumbangan mereka memiliki impak positif. Ini mendorong penglibatan aktif dalam proses pembangunan melalui pengawasan awam atau penglibatan dalam keputusan penting. Seterusnya, Pendidikan dan Kesedaran. Program pendidikan dan kesedaran masyarakat tentang pentingnya integriti dan pencegahan yang dapat memupuk sikap kritikal terhadap tindakan seperti kes Aman Shah, pencuri1 sen untuk melahirkan masyarakat yang lebih bertanggungjawab. . KEPENTINGAN-KEPENTIGAN INTEGRITI DAN ANTI RASUAH 11


KESIMPULAN Rasuah ialah gejala sosial yang merebak ke dalam sistem sosial dan menyebabkan ketidakadilan dan kerosakan institusi. Kita menyedari bahawa tindakan pencegahan dan pemulihan diperlukan dalam menangani rasuah untuk mewujudkan masyarakat yang lebih adil dan jujur. Oleh hal yang demikian, terdapat beberapa langkah yang boleh dilakukan untuk mengatasi amalan rasuah: Peningkatan integriti dalam kedua-dua sektor awam dan swasta adalah komponen penting dalam memerangi rasuah. Sistem pengawasan yang lebih ketat, jelas, dan akauntabiliti perlu dicipta. Langkah penting untuk menghalang rasuah ialah penguatkuasaan undang-undang yang ketat dan hukuman yang setimpal. Tanpa mengira kedudukan sosial atau politik, tindakan undang-undang mesti diambil.Contohnya, Kerajaan harus mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang menerima atau memberi rasuah, tanpa mengira kedudukan atau pangkat mereka, melalui agensi SPRM yang tertumpu kepada Usaha menerapkan konsep murni sebegini urusan kewangan dan kakitangan. perlu dilakukan pada peringkat awal kehidupan seseorang individu supaya mudah untuk mengawalnya. Semua konsep yang baik mesti diterangkan kepada pelajar supaya mereka memahami betapa pentingnya untuk melindungi negara dan diri sendiri daripada rasuah. Bukan itu sahaja, penularan wabak sosial yang memberi kesan negatif sebegini boleh dicegah dengan mudah dengan pendidikan kepada golongan muda. Kesimpulannya, rasuah merupakan suatu jenayah yang boleh memberi kesan negatif kepada seseorang individu, masyarakat dan juga negara. Bukan itu sahaja ia kan memberi impak yang tidak baik kepada negara lain terhadap negara kita oleh sebab kes seperti ini. Jadi, peranan ibu bapa, masyarakat dan kerajaan amat penting untuk mencegah amalan rasuah ini. Hal ini kerana, mereka adalah orang yang memainkan peranan yang amat penting dalam kehidupan setiap pelajar. Jadi untuk mengekalkan nama baik negara kita serta membina generasi yang tidak akan melibatkan diri dalam rasuah, setiap individu & badan yang bertanggungjawab haruslah memastikan bahawa menerap nilai- nilai positif dan melaksanakan dalam aktiviti seharian mereka. Dengan ini, kita akan dapat mengekalkan keharmonian negara daripada kes jenayah rasuah. Peningkatan Integriti Institusi Perluasan UndangUndang dan Hukuman Penerapan Konsep Keagamaan Dan Moral 12


RUJUKAN 1) Media Mulia TV. (2023, March 4). Ini kisah sebenar jutawan satu sen’- AMAN SHAH dari Youtube: https://www.youtube.com/watch?v=ZOaINB15mJA 2) Kay Suhaimi. (2018, November 29). Kisah Eksekutif Bank Yang Menggodam Sistem Untuk Mencuri 1 Sen – Aman Shah dari iluminasi.com website: https://iluminasi.com/bm/kisah-pencuri-1-sen-aman-shah.html 3) Zhafirin Zulkifli. (2022, November 11). Cerita Legenda 90-An, Curi 1 Sen Dari Setiap Akaun Pelanggan Bank Hingga Rm4.1 Juta. Beli 6 Kereta Mewah Secara Tunai Sebelum Kantoi dari Mekanika website: https://www.mekanika.com.my/cerita-legenda-90an-curi-1-sen-dari-setiapakaun-pelanggan-bank-hingga-cecah-rm4-1-juta-beli-6-kereta-mewahsebelum-kantoi/#google_vignette 4) (2023, Julai 8). Intregriti dari Wikipedia website: https://ms.wikipedia.org/wiki/Integriti#Rujukan 5) (2023, December 22). Apa Itu Rasuah? dari SPRM website: https://www.sprm.gov.my/index.php?id=21&page_id=75&articleid=478 6) (2020, August 19). Sistem Pemindahan Elektronik untuk Dana dan Sekuriti dari Bank Negara Malaysia Museum and Art Gallery facebook: https://www.facebook.com/BNM.MAG/photos/a.378564475501878/44831060717 14344/?type=3 13


Click to View FlipBook Version