The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Kajian kes ini bertajuk perjuangan tokoh tempatan menentang penjajahan British. Seramai 10 pahlawan tempatan yang dihuraikan secara ringkas dalam buku skrap ini

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by faizahpaiz, 2021-09-05 12:01:19

Bangkit Berjuang Penjajah Ditentang

Kajian kes ini bertajuk perjuangan tokoh tempatan menentang penjajahan British. Seramai 10 pahlawan tempatan yang dihuraikan secara ringkas dalam buku skrap ini

SK GADONG JAYA
BANGKIT BERJUANG
PENJAJAH DITENTANG

MUHAMMAD HAFIZ RIZA BIN MOHD
ASRI

5 UTARID

PENGHARGAAN

Bismillahirrahmaanirrahim. Alhamdulillah

Setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan kehadrat Allah SWT
kerana dengan izin dan limpah kurnia-Nya, saya dapat

menyiapkan tugasan buku skrap ini dengan sepenuhnya.
Banyak ilmu yang saya dapat sepanjang tempoh menyiapkan

tugasan ini.

Antaranya ialah saya lebih mengenali tokoh-tokoh perjuangan
secara mendalam melalui pembacaan dari pelbagai sumber

seperti buku sejarah, carian di laman web dan buku-buku
cerita. Banyak pengajaran yang dapat diambil melalui

penghasilan buku skrap ini. Saya juga dapat meningkatkan
kemahiran saya dalam menggunakan komputer.

Dikesempatan ini saya ingin menghadiahkan ribuan terima
kasih kepada Cikgu Marinta Binti Ramlan ,selaku guru

matapelajaran Sejarah kerana telah meletakkan sepenuh
kepercayaan beliau kepada saya untuk menyempurnakan

tugasan penting ini

Ucapan penghargaan juga ingin saya berikan kepada keluarga
saya kerana telah banyak menghulurkan bantuan mahupun
kerjasama bagi merealisasikan usaha menyempurnakan
tugasan ini dengan baik sekali.

Selain itu, ucapan ini juga ditujukan kepada semua pihak yang
telah terlibat dalam menjayakan tugasan ini sama ada secara

langsung atau tidak langsung. Segala bantuan yang telah
kalian hulurkan teramat saya hargai.

Sekian, terima kasih

2

Objektif

Dalam melaksanakan Kerja Kursus Sejarah ini, terdapat beberapa objektif yang
ingin saya capai. Di antara objektif tersebut adalah seperti untuk mengetahui lebih
mendalam lagi tentang Pahlawan Tempatan.

Begitu juga, saya dapat mengetahui tentang tokoh yang bangkit menentang
campur tangan dan penjajahan kuasa asing. Maklumat yang direkodkan
membolehkan saya mengenali pahlawan tempatan tersebut dengan lebih mendalam
lagi.

Melalui kajian ini juga, saya mendapat pengetahuan dan pengalaman luas
tentang usaha untuk memepertahankan kedudukan dan Kawasan pentadbiran
mereka . Saya akan menggunakan kemahiran dan kaedah yang dipelajari untuk
melaksanakan sesuatu.

Saya akan melalui sendiri pengalaman mencari, mengumpul fakta, merekod,
menganalisis dan mensintesis maklumat dari pelbagai sumber yang sahih seperti
buku ilmiah, akhbar, majalah, internet dan lain-lain lagi berkaitan dengan Perjuanagn
Kemerdekaan Negara

Kajian ini juga secara tidak langsung akan dapat memupuk perasaan bangga
menjadi rakyat Malaysia kerana negara ini mempunyai pahalawan tempatan sangat
hebat yang menjadi warisan dan identiti masyarakat Malaysia. Saya dapat
mengetahui dengan lebih mendalam tentang pahalawan tempatan tersebut. Usaha
perlu terus digembeling untuk mengekalkannya agar generasi akan datang
berpeluang mewarisinya.

Melalui kajian ini juga saya dapat menanamkan sikap sabar, bekerjasama dan
bertoleransi ketika proses mengumpul dan mendapatkan maklumat yang diperlukan
untuk menyiapkan kerja kursus ini.

Tugasan akan menjadi lebih mudah apabila ianya dilaksanakan secara
berkumpulan dan mendapat bantuan daripada semua pihak terutamanya guru, ibu
bapa dan rakan.

3

PENGENALAN

Kajian kes ini bertajuk perjuangan tokoh tempatan menentang penjajahan British.
Seramai 10 pahlawan tempatan yang dihuraikan secara ringkas dalam buku skrap ini.

Tokoh Pahlawan tempatan yang bangkit menentang campur tangan dan
penjajahan kuasa asing, antaranya ialah,Dol Said, Rentap, Sharif Masahor, Dato
Maharaja Lela, Yamtuan Antah, Dato Bahaman, Mat Salleh, Antenom, Tok Janggut,
Haji Abdul Rahman Limbong.

Pahlawan-pahlawan ini berusaha untuk mempertahankan kedudukan dan
kawasan pentadbiran mereka daripada campur tangan kuasa asing. Perjuangan
mereka bersifat setempat dan mendapat sokongan pembesar serta Penduduk
tempatan.

Negeri-negeri yang terlibat dalam menentang British adalah Melaka, Sarawak,
Selangor, Negeri Sembilan, Perak, Pahang, Kelantan, Borneo Utara (Sabah) dan
Terengganu. Semoga jasa dan perjuangan tokoh-tokoh tempatan ini akan dapat di
ketahui dan disanjung oleh generasi-generasi yang akan datang.

4

Dol Said

Dato' Abdul Said bin Omar, atau Dol Said (1773 – Ogos 1849),ialah Penghulu
Naning yang kesembilan. Perang Naning yang berlaku pada tahun 1831 menjadikan
beliau seorang pahlawan yang telah mengukir tempat di sejarah Melaka. Daripada
suku Semelenggang, Dol Said mewarisi Penghulu Anjak sebagai Penghulu Naning
pada tahun 1799 ketika hanya berumur 26 tahun.Dol Said menentang British bagi
mempertahankan kedaulatan Naning dan menentang pelaksanaan undang-undang
British dan bayaran cukai.

Penghulu Dol Said telah berjaya mendapat sokongan orang Melayu seramai
1,000 orang untuk menentang British dalam Perang Naning yang bermula pada 6
Ogos 1831 dan berakhir pada 24 Ogos 1831 iaitu kira-kira 18 hari berperang. Dalam
peperangan tersebut, Penghulu Dol Said telah mendapat kejayaan dan sebab utama
kejayaan tersebut adalah kerana perpaduan yang wujud di kalangan orang Melayu
serta sokongan orang Melayu di wilayah yang lain.

Dol Said akhirnya terpaksa berundur ke Pasir Besar setelah kalah dalam perang
Naning kedua pada Februari 1832 dan dalam masa 4 bulan akhirnya Naning jatuh ke
tangan British pada 15 Jun 1832. Naning kemudiannya diletakkan di bawah peraturan
Negeri-negeri Selat pada 27 Oktober 1832.

5

Rentap

Nama sebenar Rentap ialah Libau anak Ningkan. Libau Dilahirkan pada tahun
1800 Gelaranya adalah Raja Darat. Beliau ialah pemimpin orang Iban di Sg. Skrang
dan Sg. Saribas. Beliau juga menentang keluarga Brooke kerana menganggap orang
Iban di Sg.

Pada tahun 1853 Rentap menyerang kubu Brooke di Nanga Skrang. Rentap
membunuh pegawai Brooke iaitu Allan Lee. Kejayaan ini mengharumkan namanya.

Pada tahun 1854 Brooke menawan kubu Rentap di Sg. Long dan membakar
perkampungan Rentap. Pengikut Rentap berundur ke Bukit Sadok dan membina
kubu. Penduduk Iban menyokong perjuangan Rentap dan beliau digelar “Raja Ulu”.

Tahun 1857 Brooke menghantar Charles Brooke untuk menyerang kubu Rentap
di Bukit Sadok. Charles Brooke berjaya mempengaruhi kira-kira 3000 orang Iban dan
500 orang Melayu supaya menyerang kubu Rentap. Gagal menewaskan Rentap
kerana kubu pertahanannya kukuh. Pada tahun berikut, Charles brooke dan
pasukaknnya menyerang Bukit Sadok dan masih gagal menewaskan Rentap.

Tahun 1863 James brooke mengetuai sendiri pasukannya untuk menyerang
Rentap di Bukit Sadok. Pertempuran sengit selama sebulan. Rentap telah dapat
ditewaskan. James brooke membakar kubu serta rumah pengikut Rentap.

Kemudian Rentap berundur ke Entabai untuk menyusun strategi baru. Beliau
telah meninggal sebelum sempat meneruskan perjuangan. Semangat juang rentap
diabadikan di Batu Peringatan Rentap.

6

Sharif Masahor

Nama penuh beliau ialah Sharif Masahor bin
Muhammad al-Shabab.
Beliau berasal dari Kampung Igan. Beliau
merupakan pembesar Sarikei di Sungai Rajang,
Sarawak. Beliau menentang James Brooke
kerana menguasai Sarikei. Penguasaan James
Brooke menyebabkan Sharif Masahor
kehilangan hak dan kuasa sebagai pembesar di
Sarikei.
Pada tahun 1859, Sharif Masahor bersama-
sama dengan Datu Patinggi Abdul Ghapur dan
Pengiran Temenggung Hashim berpakat untuk
mengusir keluarga Brooke di Kuching. Sharif Masahor menyerang kubu Brooke
berhampiran Sungai Rajang di Kanowit. Namun begitu, keluarga Brooke
Berjaya mengagalkan serangan ini. Sharif Masahor dibuang Negeri, manakala
Datu Patinggi Abdul Ghapur ditangkap oleh Belanda dan dipenjarakan di
Betawi.

7

Dato Maharaja Lela

Nama beliau ialah Dato' Maharajalela Pandak Lam.
Perjuangan Dato' Maharajalela Pandak Lam menentang British
merupakan satu perjuangan yang suci dan murni. Beliau tidak
mahu mengotorkan dirinya menjadi pencacai British,
sebaliknya dengan penuh strategi dan umpamanya
mempertahankan sistem tradisional di Perak yang diganggu
gugat oleh pihak British melalui pengenalan Sistem Residen.

Sebagai Pembesar Yang Lapan di Perak, beliau antara tokoh
yang dianggap berwibawa dan begitu dihormati oleh penduduk.
Keprihatinan beliau membela nasib rakyat dan menghalang
gangguan British mendapat sokongan ramai. Seruan beliau agar mengatur rancangan
menghalang pertapakan British telah mengundang ramai pengikut, bukan sahaja
dalam kalangan orang Melayu malahan juga orang asli sendiri, antaranya Seputum
yang ditugaskan membunuh J.W.W.Birch.

Dato' Maharajalela berketurunan Daeng Salili, anak Raja Bugis yang berasal dari
Daerah Luwuk, Sulawesi. Tidak hairanlah, jika darah kepahlawan Bugis mengalir
dalam dirinya. Beliau pantang berundur, apa yang dikatakan akan dikotakan. Ketika
penentangan dilancarkan ke atas British di Pasir Salak, Perak adalah di bawah
pemerintahan Sultan Muzaffar Shah III. Pengetahuan agama dan ketinggian
keperibadiannya, menyebabkan beliau dilantik sebagai mufti Perak dan
dianugerahkan gelaran Dato' Maharaja Lela Tan Lela dengan kuasa yang boleh
memancung tanpa bertanya.

Gerakan terhadap British oleh beliau di Perak turut disertai oleh ramai golongan
bangsawan dan rakyat jelata. Antara yang sama berjuang dengan beliau ialah Orang
Kaya-Kaya Seri Agar Diraja, yang lebih dikenali dalam kalangan penduduk dan
tercatat dalam buku sejarah sebagai Dato' Sagor', juga Ngah Kandin, Raja Abdullah
dan Ngah Ibrahim. Perancangan beliau ternyata licik sehingga segala yang dirancang
dapat berjalan dengan lancar.

Semuanya bermula rentetan mesyuarat yang diadakan bersama-sama dengan orang-
orang bangsawan anti-British dan pengikutnya di Durian Sebatang pada 21 Julai
1875, iaitu 6 bulan setelah sistem Residen diperkenalkan di Perak. Dalam perjuangan
ini beliau mendapat restu daripada Raja Abdullah dan Raja Ismail serta mendapat
sokongan daripada penduduk sekitar Pasir Salak dan Kampung Gajah.

Penglibatan Dato' Maharajalela sebagai tokoh utama dalam pembunuhan
J.W.W.Birch mendapat sanjungan rakyat Perak, namun terdapat tali barut dalam
kalangan orang Melayu sendiri yang melaporkan kepada British tentang
penglibatannya sebagai pelaku utama dalam rancangan membunuh Birch hingga
beliau akhirnya ditangkap dan dibicarakan secara tidak adil oleh Mahkamah. Akhirnya
pahlawan berani Perak ini dijatuhi hukuman gantung, bersama-sama Dato' Sagor dan
Seputum manakala pembesar yang lain dibuang negeri ke Pulau Sychelles.

8

Nama Dato' Maharajalela sebagai pengasas kebangkitan Perak akan terus diingati
dan dikenang sehingga terkorban bagi mempertahankan prinsip perjuangan. Sikap
dengki, iri hati dan pengkhianatan golongan bangsawan dalam kes Dato Maharajalela
menyedarkan kita bahaya perpecahan yang melanda orang Melayu. Perjuangan
beliau menjadi iktibar dan semangat buat orang Melayu untuk terus bersatu
mempertahankan segala yang telah diperjuangkan. Kisah Dato Maharajalela telah
membuktikan kewujudan bukan satu mitos dimana kewujudan beliau telah tercatat
pada tugu peringatannya.

9

Yamtuan Antah

Nama penuhnya ialah Yamtuan Antah Ibni Almarhum Tuanku Radin. Beliau
merupakan anak Yamtuan Besar Negeri Sembilan. Dilahirkan pada tahun 1812. Meninggal
pada tahun 1888 di Seri Menanti, Negeri Sembilan. Menentang British kerana tidak bersetuju
dengan perjanjian antara British dengan Dato’ Kelana Sungai Ujong. Beliau tiidak bersetuju
dengan tindakan British menyokong tindakan Dato’ Kelana yang mengisytiharkan Terachi
sebagai wilayahnya. Beliau bimbang british akan meluaskan kuasa terhadap wilayah lain.

Yamtuan Antah telah menawan Paroi dan membina kubu pertahanan. Pihak British
telah mengalahkan pasukan Yamtuan Antah. Yamtuan Antah terpaksa berundur ke Bukit
Putus. Yamtuan Antah dan British telah mengadakan rundingan pendamaian. Yamtuan Antah
telah diiktirafkan sebagai Yamtuan Besar Seri Menanti.

10

Dato Bahaman

Nama sebenar Dato Bahaman ialah Abdul Rahman bin Imam Noh dan dikenali
sebagai Dato Bahaman Orang Kaya Semantan anugerah itu diberikan kerana
kegagahan dan keberanian yang ditunjukkan oleh beliau dalam perang saudara di
pahang dan perang klang di selangor. Beliau dilantik sebagai pembesar temerloh
setelah kematian orang kaya indera segara. Sejak awal lagi dato bahaman tidak
mengiktiraf pemerintahan british di Pahang.

Menentang British disebabkan kehilangan hak mengutip cukai dan dilucutkan
gelaran sebagai pembesar. Pada tahun 1891, Dato' Bahaman menyerang Balai Polis
Lubuk Terua dan menawan kembali Lubuk Terua dengan bantuan Tok Gajah dan
anaknya Mat Kilau. Pada tahun 1894, Dato' Bahaman menawan Kuala Tembeling dan
Jeram Ampai. Walau bagaimanapun British telah bertindak menawan semula Jeram
Ampai. Dato' Bahaman terpaksa berundur ke Kelantan dan mendapat perlindungan
di Chiengmai, Thailand.

11

Mat Salleh

Nama sebenar Mat Salleh ialah Datu Paduka Mohammad Salleh Bin Datu Balu
digelar sebagai Mat Salleh. Beliau dilahirkan di Inana, Sabah berketurunan Bajau dan
Suluk. Beliau merupakan pejuang Sabah yang terkenal dalam penentangan yang
hebat terhadap penjajahan British di Sabah. Beliau memang terkenal dengan sifat
kepahlawanan dan keberanian berperang.

Mat Salleh membantah cukai yang dikenakan serta peraturan baharu yang
membebankan. Pada tahun 1897, Mat Salleh telah mendirikan kubu di Ranau dan
menyerang Pulau Gaya dan Ambong.

Mat Salleh telah ditewaskan di Tambunan dan dikatakan telah terkorban pada
tahun 1900. Perjuangan Mat Salleh diteruskan oleh Mat Sator yang berpusat di
Kampung Kapayan Lama, Tambunan

12

Antenom

Nama sebenar Antenom ialah Ontoros bin
Buyusan. Beliau dilahirkan pada tahun 1873 di Silar
Pinikit Salangit, Ulu Sungai Tahol, Pensiangan,
Sabah. Antanom adalah anak keturunan Suku
Murut Tagol dari golongan bermartabat mengikut
adat istiadat kaum murut. Beliau dibesarkan dalam
zaman daerah kampungnya dilanda oleh
persengketaan kaum dan oleh ancaman pemburu
kepala kaum Dayak dari kawasan perbatasan atau
dikenali dengan istilah ”Pengayau “.

Didikan yang diterimanya ialah mengenal
kehidupan rimbanya dan bermain senjata.Antanom
menyatukan orang Murut menentang SBUB demi
menebus maruah mereka.Menentang SBUB kerana kehilangan kuasa dan
pengaruh, menentang pembayaran cukai yang dikenakan, menjadikan orang
Murut sebagai buruh paksa dan menceroboh kawasan hutang orang Murut
yang membina jalan raya.

Pada Februari 1915 Antanom menyerang Pensiangan dan membakar
bangunan kerajaan .Kejayaan itu menaikkan lagi semangat perjuangan orang
Murut dan pengikut Antanom bertambah menjadi 900 orang.

Pada April 1915 pula SBUB menghantar 400 orang tentera menyerang
kubu Antanom. Antanom dan 400 pengikutnya terkorban dalam
mempertahankan Rundum. Terkorban dalam pertempuran di Sungai Selangit.
Penentangan ini dikenali sebagai 'Kebangkitan Rundum'. Pertempuran berlaku
selama 6 minggu.

Antanom membina kubu pertahanan di Sungai Selangit yang
mengandungi 7 rumah bawah tanah .Antanom memimpin kira-kira 600 orang
Murut menyerang Rundum dan berjaya memusnahkan pejabat pentadbiran
SBUB . Akhirnya, Antenom menyerah diri kepada SBUB untuk menyelamatkan
keluarga, pengikut dan kaum Murut.

13

Tok Janggut

Nama sebenar Tok Janggut ialah Haji Mat Hassan bin Munas. Dikenali sebagai
Tok Janggut kerana beliau menyimpan janggut hingga ke paras dada. Dilahirkan
tahun 1853 di Kampung Jeram, Pasir Puteh, Kelantan. Mendapat pendidikan pondok
di Kelantan dan Makkah.

Tok Janggut menentang Bristish disebabkan cukai dan peraturan tanah baharu
yang membebankan.Beliau juga tidak bersetuju dengan pengenalan Sistem
Penasihat British. Peraturan baharu British menimbulkan kesulitan kepada penduduk
tempatan.

Pada tahun 1915, Tok Janggut telah melancarkan serangan ke atas Pasir Puteh.
Pihak British bertindak menyerang Tok Janggut yang berkubu di Kampung Saring.
Tok Janggut terkorban dalam pertempuran itu

14

Haji Abdul Rahman Limbong

Haji Abdul Rahman Limbong atau nama
lengkapnya, Haji Abdul Rahman bin Haji
Abdul Hamid bin Haji Abdul Qadir (1868 -
1929), merupakan seorang pendakwah
dan pejuang yang berasal dari
Terengganu.

Haji Abdul Rahman Limbong mendapat
pendidikan asas ilmu-ilmu Islam sejak kecil
di Mekah. Antara gurunya ialah Haji Tun
Muhammad, salah seorang ayah
saudaranya. Ketika pulang ke Terengganu,
beliau mendapat pendidikan daripada Haji
Ya’qub dan Haji Musa yang tinggal di Paya
Bunga dan seterusnya daripada Tok Ku
Paloh. Haji Abdul Rahman Limbong juga, seperti gurunya Tok Ku Paloh, ialah
seorang pengamal Tarikat Sammaniyah.

Menentang British kerana penguatkuasaan undang-undang binatang
buas, peraturan tanah baharu dan pas kebenaran untuk menjalankan aktiviti
pertanian.

Pada tahun 1922, Haji Abdul Rahman Limbong bertindak sebagai
peguam untuk membela petani di Kuala Telemong yang ditangkap kerana
menentang peraturan baharu. Mereka telah membersihkan tanah tanpa
mengambil pas kebenaran.

Pihak British juga telah mengancam akan mengambil tindakan undang-undang
ke atas mereka yang enggan membayar cukai.

Ancaman British untuk mengambil tindakan undang-undang
menyebabkan para petani telah menduduki balai polis dan bangunan kerajaan
di Kuala Berang.

Walau bagaimanapun, menurut laporan oleh H. W. Thomson dan J. L.
Humphreys, Haji Abdul Rahman Limbong dan pengikutnya dilabel sebagai
penderhaka kepada kerajaan Terengganu. Akhirnya Haji Abdul Rahman
Limbong ditangkap dan dibuang negeri ke Singapura dan selanjutnya dibuang
ke Mekah dalam tahun 1928.

15

Kesimpulan

Kesimpulan Dalam bab ini , saya telah mengetahui bahawa sejarah Perjuangan
Kemerdekaan Negara dan pahlawan tempatan yang pernah wujud di dan berjuang
untuk negara kita . Lokasi yang sangat strategic dan jauh dari bencana alam serta
Selat Melaka di Melaka yang mempunyai pusat perdagangan yang sangat pesat
disamping Negara yang kaya dengan sumber bahan mentah menyebabkan banyak
kuasa luar ingin menakluk Negara kita. Kekayaan tanah air telah dibolot oleh pejajah
dan penduduknya pula ditindas .

Demi mengembalikan maruah bangsa dan kedaulatan negara, Pahlawan tanah
air telah berjuang bersama-sama rakyat tempatan untuk menentang penjajah.
Walaupun mereka gagal , namun semangat dan keberanian mereka amat dikagumi
dan menjadi inspirasi kepada perjuangs seterusnya. Perjajahan kuasa asing telah
meninggalkan kesan yang pahit kepada seluruh rakyat pada ketika itu. Maka, sebagai
rakyat kita harus belajar untuk hidup dengan cara aman dan damai. Ini adalah, untuk
kekal menjadi bangsa yang bermaruah dan negara yang berdaulat adalah menjadi
tanggungjawab kita untuk membina jati diri serta memperkasa bangsa dan Negara.

16

Rujukan

1. Buku Teks Sejarah Tahun 5
2. https://anyflip.com/pnixz/btzn/basic
3. https://www.slideshare.net/gangagouri/folio-tahun-5-penjajahan-dan-tokoh
4. https://www.google.com/search?q=dato+bahaman+sejarah+tahun+5&rlz=

1C1CHBD_enMY896MY896&sxsrf=AOaemvIJswCuME9ylD3sPXjaRVBP
ScrgzQ:1630851664057&source=lnms&tbm=isch&sa=X&ved=2ahUKEwi
C4_fwg-
jyAhXZ8XMBHT08DfMQ_AUoAXoECAIQAw&cshid=1630851666734945&
biw=1920&bih=937
5. Sumber google

17


Click to View FlipBook Version