The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by NORAINI AB HAMID, 2021-06-25 00:33:06

TOKOH HASSAN AL BANNA

HASSAN AL BANA

TOKOH TOKOH ISLAM

ASSYYED HASSAN AL BANNA

• Kenali As-syaheed Imam Hasan Al-Banna

• Kita selalu terdedah dgn kisah-kisah para sahabat dan imam sejak kecil lg kan? Sejak
tadika sampai sekolah menengah. Semua kisah-kisah itu sgt hebat, tapi apa kata kali
ni kita dgr kisah seorang Tokoh Islam yang tak jauh dr zaman kita, iaitu abad ke-20.
Andainya beliau masih hidup, umur beliau sama dgn umur datuk ataupn moyang kita.
Tak jauh kan?

• Beliau adalah, As-syaheed Imam Hassan Al-Banna.

• Awal kehidupan

• Imam Hassan Al Banna telah dilahirkan pada 14 Oktober 1906, di sebuah desa
Mahmudiyah yang terletak di Iskandariah, Mesir. Hassan al Banna merupakan anak
sulung daripada lima beradik. Ayahnya, Syeikh Ahmad ibn Abd al Rahman al-Banna
adalah seorang ulama, imam, guru dan pengarang beberapa buah kitab hadis dan
fikah perundangan Islam, yang berkelulusan dari Universiti Al Azhar Mesir. Namun
beliau hanya bekerja sebagai pembaiki jam dan gramaphone (radio) sebagai sumber
untuk menyara hidup keluarga beliau.

• Bapa kepada Imam Hasan al-Banna

• Sebagai seorang ulama, ayahnya mempunyai perpustakaan yang agak besar di
rumahnya. Beliau menghabiskan sebahagian masanya mempelajari Sunnah Rasulullah
dan membincangkannya dengan rakan-rakan di kedai dan di rumah. Sejak kecil
Hassan al-Banna sering menghadiri dan mengambil bahagian dalam perbincangan
tersebut. Disinilah sebenarnya yg telah membentuk corak pemikiran, wawasan dan
yang penting perwatakannya. Ketokohan, keilmuan dan keperibadian Syeikh Ahmad al
Banna diwarisi oleh Hassan al Banna.

• Sejak kecil lagi Hassan Albanna terkedepan antara kawan-kawanya dgn sifat
kepimpinanya. Beliau telah terpilih menjadi pemimpin kpd Badan Latihan Akhlak dan
Jemaah AlSuluka AlAkhlaqi di sekolah. Keluarga Hassan Al- Banna begitu tegas dalam
mendidik anak-anak berdasarkan ajaran Islam. Hal ini menyebabkan beliau telah
menghafaz Quran dalam usia yang begitu muda.

• Beliau kemudian telah memasuki Pusat Latihan Perguruan. Selepas tiga tahun di sana beliau mendapat
tempat pertama dalam peperiksaan. Kemudian beliau telah memasuki Darul Ulum (Universiti Kairo) di
Kaherah pada awal usia 16 tahun.

• Di sinilah pertama kali beliau terdedah dengan pergolakkan parti2 politik dan juga pertubuhan2 yang
menentang Islam yang dicetuskan oleh gerakan Kamal Atartuk. Idealisme2 yang kebanyakkanya
bertentangan dgn Islam juga meletup pada masa itu. Mesir pada ketika itu dilanda keruntuhan akhlak
yang dasyat. (Kalau dilihat melalui sejarah, pada masa ini adalah masa kejatuhan zaman khilafah
Uthmaniyyah, dimana negara Islam semua telah berpecah)

• Ketika di Darul Ulum, beliau telah menyertai Persatuan Akhlak Mulia yang giat mengadakan ceramah2
Islam. Hassan AlBanna dan rakan2nya berdakwah di tempat org ramai selalu berkumpul seperti di
kedai2 kopi. Beliau juga telah mengutus surat dan mengajak ulama2 dan imam2 besar pada masa itu
untuk melawan ‘banjir’ yang menenggelamkan umat pd ketika itu.

• Penubuhan Ikhwan Muslimin (Muslim Brotherhood)

• Setelah beliau berjaya menamatkan pelajaran di Darul Ulum dgn kedudukan pertama,
beliau bekerja sebagai guru. Pada ketika itu, Imam Hassan Albanna mulai rasa
keadaan umat Islam terlalu bahaya kerana umat islam hanya sibuk dgn berbincang
perkara2 khilaf (cabang2 kecil) sedangkan masalah yang besar sedang berlaku
didepan mata. Beliau mula bergerak aktif didalam masjid dan menyampaikan
ceramah2 beliau.

• Pada Mac 1928, Hassan al-Banna diziarahi adik dan lima orang sahabat yang tersentuh
dengan ceramah beliau di rumahnya dan berjanji setia bersama untuk hidup dan mati
kerana Islam. Di rumah itulah Jemaah Ikhwan Muslimin telah ditubuhkan. Beliau pada
ketika itu berusia 23 tahun.

• Sejak dari hari itu, kegiatan dakwah mula bergerak cergas dan ahlinya telah
bertambah dari seluruh pelusuk Mesir dan negara2 lain. Sehingga tahun 1934, Ikhwan
telah menubuhkan lebih 50 cawangannya di Mesir. Pertubuhan ini telah menubuhkan
beberapa buah sekolah, masjid dan kilang. Pada penghujung Perang Dunia Kedua,
lkhwan mempunyai lebih kurang setengah juta hingga 3 juta penyokong yang aktif.
Lebih 3000 cawangan kesemuanya telah wujud di Mesir dan 50 di Sudan dihasil.

• Ikhwan juga telah menghantar pasukan tentera ke Palestine. Sehingga satu peringkat,
Hassan AlBanna tidak begitu yakin dengan ketenteraan dan beliau rasa kerja masih
terlalu panjang dan jalan yang paling berkesan adalah tarbiyyah, dan tarbiyyah itu
juga masih terlalu panjang.

• Berdasarkan kepimpinannya, Hassan AlBanna bijak mengatur organisasi. Ikhwan
Muslimin disusun dalam 3 peringkat iaitu: Peringkat pengenalan dan menyebarkan
dakwah asas melalui ceramah serta kegiatan kebajikan. Kemudian peringkat
pembentuk keperibadian anggota agar bersedia untuk bergerak aktif. Seterusnya
peringkat melaksanakan cita-cita perjuangan dengan tegas.

• Ketika ditanya mengapa beliau melibatkan diri dalam kerja kerja dakwah, Hassan al Banna
dengan tegas menjawab,” Ia hanya Allah yang tahu berapa malam kita menghabiskan masa
untuk memikirkan masalah Ummah, pada peringkat mana mereka telah melaluinya dan
kesakitan dan keperitan yang telah mereka lalui. Dan kita merenung sumpahan yang
dikenakan atas kesakitan yang dilalui oleh Ummah. Kesukaran dan kepahitan yang dilalui
oleh mereka mungkin berakhir dengan munajat dari kita sernua.”

• Dalam satu jawapan yang diberikan oleh wartawan barat terhadap dirinya yang bertanyakan
siapakah dia, Hassan Al Banna menjawab, “Saya adalah pelancong yang mencari
kebenaran, dan insan yang mencari erti kemanusiaan di kalangan manusia, dan
warganegara yang inginkan kemuliaan, kebebasan, kestabilan, hidup yang baik untuk
negara dan berjuang untuk menaikkan Islam.”

• Malah, kerajaan British telah menjemput Hassan al Banna ke kedutaan mereka untuk
minum teh. Beliau dipuji kerana perwatakannya yang baik, kerja-kerja kebajikannya untuk
membantu anak-anak yatim dan janda

Disini kita dapat lihat kepimpinan Hassan AlBanna.
Dalam usia yang muda, Hassan al-Banna dikagumi
kerana penyampaiannya yang jelas dan terang
apabila menyampaikan khutbah di masjid. Beliau
dapat meyakinkan para pendengar dengan
kebenaran yang dibawa, matlamat dan
keikhlasannya. Beliau mampu meyakinkan
golongan intelektual dan orang biasa.

• Pengharaman Ikhwan Muslimin

• Pengaruh Ikhwan Muslimin yang kuat amat dikhuatiri oleh Kerajaan Mesir di bawah
Noqrashi Pasha dari Parti al-Safdi. Pada 8 November 1948 Beliau telah mengharamkan
Ikhwan Muslimin atas tuduhan merancang satu pemberontakan untuk menjatuhkan
kerajaan. Sumbangan Ikhwan Muslimin menghantar beribu ribu orang pejuang dalam
perang menghadapi Israel seolah olah dinafikan. Kesemua cawangannya yang
berjumlah lebih 3000 diarahkan supaya dibubarkan. Sekiranya masih beroperasi,
mereka akan dikira sebagai pertubuhan haram, pelampau dan pengganas. Unit-unit
tentera Mesir dan tentera Ikhwan Muslimin yang berjuang di Palestine dipanggil balik.

Berbagai-bagai tuduhan dan fitnah dilemparkan terhadap Ikhwan
Muslimin. Anggota-anggotanya ditangkap, dimasukkan ke dalam
penjara, di seksa dengan teruk, malah ada yang dibunuh. Apabila
seorang wartawan bertanyakan Hassan al-Banna tentang pengharaman
itu, beliau menjawab, apabila kata-kata diharamkan, maka tanganlah
yang akan menggerakkannya. Begitu mendalam kata katanya.

Tidak lama kemudian Perdana Menteri Mesir telah dibunuh dan Gerakan
Ikhwan telah dipersalahkan atas kejadian itu. Pada bulan yang
berikutnya harta benda pergerakan itu telah dirampas dan beribu ribu
orang beliau telah disumbatkan ke dalam penjara.

• Pembunuhan Hassan AlBanna

• Pada 12 Feb 1949 beliau telah syahid dibunuh oleh pengkhianat2 Islam, iaitu kerajaan
Mesir pada ketika itu.

• Dengan alasan untuk mengendurkan (mengurangkan) ketegangan (konflik) antara
Ikhwan Muslimin dan kerajaan, pihak kerajaan menjemput Hassan al-Banna untuk
berunding bertempat di Pejabat Jam’iyyah al-Syubban al Muslimin. Sebenarnya
jernputan itu hanyalah sebagai helah untuk membunuh beliau.

• Pada 12 Februari 1949 jam 5 petang, Hasan al Banna bersama iparnya Abdul Karim Mansur, seorang peguam,
suami kepada adik perempuannya berada di pejabat tersebut. Mereka menunggu Menteri Zaki Ali Basya yang
dikatakan mewakili kerajaan untuk berunding, tetapi malangnya Zaki Ali Basya tidak kunjung tiba.

• Akhirnya setelah selesai menunaikan solat Isyak mereka memanggil teksi untuk pulang. Ketika baru sahaja
menaiki teksi yang dipanggil, dua orang yang tidak dikenali menerpa ke arah teksi dan salah seorang daripada
mereka terus melepaskan tembakan pistol. Mereka berdua terkena ternbakan itu. Iparnya itu tidak dapat
bergerak akibat terkena tembakan tersebut. Walaupun terkena tujuh tembakan, Hasan al-Banna masih mampu
berjalan masuk semula ke pejabat Jam’iyyah al Syubban al-Muslimin memanggil ambulans untuk membawa
mereka ke hospital.

• Setibanya di hospital Qasral ‘Aini, mereka dikawal rapi oleh Jeneral Muhammad al-Jazzar dan tidak
membenarkan sebarang rawatan diberikan kepada Hasan al Banna. Pada pukul 12.50 tengah malam, Hasan al-
Banna menghembuskan nafas yang terakhir akibat tumpahan darah yang banyak.

• Pengurusan Jenazah

• Pada pukul satu pagi pihak polis menyampaikan berita kematian kepada ayah Hasan al-
Banna dengan dua pilihan: Pihak polis akan menghantarkan jenazah ke rumahnya untuk
beliau menjalankan urusan pengebumian pada jam sembilan pagi tanpa sebarang
perhimpunan, jika tidak menerima tawaran pertama itu, pihak polis sendiri terpaksa
membawa jenazah dari hospital ke kubur tanpa beliau melihat jenazah anaknya itu.

• Ayah Hasan al Banna menerima pilihan yang pertama. Sebelum fajar menyingsing, jenazah
as-Syahid dibawa ke rumahnya di Hilmiah al-Jadid dengan sebuah kereta yang dikawal rapi
oleh polis yang lengkap bersenjata. Di sekitar rumahnya juga terdapat polis dan tentera
berkawal dengan rapi. Mereka tidak membenarkan sesiapa pun menghampiri kawasan
tersebut. Jenazah Almarhum dibawa masuk ke rumahnya secara tidak ada orang yang
melihatnya dan tidak ada yang mengetahui masa ketibaannya.

• Ayah Hasan al-Banna yang sudah berusia lebih 90 tahun itu dengan penuh kesabaran
memandikan dan mengapankan jenazah anaknya seorang diri. Setelah diletakkan ke
atas pengusung, beliau memohon pihak polis mencari beberapa orang untuk
mengusungnya. Tetapi pihak polis menjawab, biarkanlah orang-orang perempuan
tolong mengusungnya.

• Polis tidak membenarkan sesiapa datang ke rumah tersebut untuk mengucapkan
takziah dan tidak dibenarkan membaca al-Quran. Ayah Hasan al-Banna tidak dapat
berbuat apa apa lagi. Beliau dengan tiga orang perempuan terpaksa mengusung
anaknya itu menuju ke Masjid al-Qaisun untuk disembahyangkan. Pihak polis lebih
dahulu telah pergi ke masjid memerintah orang-orang yang ada di situ supaya
meninggalkan masjid. Sheikh Abdur Rahman seorang diri menunaikan solat jenazah ke
atas anaknya itu. Kemudian mereka meneruskan pengusungannya menuju ke
perkuburan untuk disemadikan jenazah Almarhum.

• Pada waktu itu usia Hassan Al-Banna baru mencecah 43 tahun. Anak bongsunya telah
dilahirkan pada hari yang sama isteri Hassan Al-Banna menamakannya “Esteshhaad”
yang bermaksud syahid.
——————————

• Betapa hebatnya As-Syaheed Imam Hassan AlBanna yang telah mengembalikan
kegemilangan Islam pada kemuncaknya di abad ini. Seluruh hidupnya digunakan untuk
Islam sehingga kematiannya juga sebenarnya telah ‘menghidupkan’ seorang lagi Tokoh
Islam yang hebat, iaitu Syed Qutb. Dan sehingga kini, gerakkan2 Islam yang wujud
adalah bermula dari Ikhwan Muslimin, termasuklah sistem tarbiyyah kita sekarang
iaitu usrah.


Click to View FlipBook Version