The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by NORAINI AB HAMID, 2022-02-04 22:21:04

MINIT MESYUARAT PIS 3/2021

minitmesyuarat3 pis

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SERI PERAK

MINIT MESYUARAT PANITIA PENDIDIKAN ISLAM 3/2021

Tarikh : 7 Disember 2021 ( Selasa )
Masa : 2.45 petang
Tempat Bilik PISBAQ
:

KEHADIRAN:

1 Pn Arnida bt Ismail ( Guru Kanan Matapelajaran Kemanusiaan )
2 Pn Hjh Nor Zakiah bt Kamri ( Pen.Kanan Hal Ehwal Murid)
3 Pn Hjh Noor Jannati bt Omar ( Penolong Kanan Petang )
4 Pn Hairanie bt Mohd Saad ( Ketua Panitia Pendidikan Islam )
5 Pn Noraini bt Ab Hamid
6 Pn Nordini Amirah Bakhtiar bt Yusoff
7 Cik Nor Jihan bt Ramli
8 Pn Umuhani bt Mustakim
9 Tn Hj Mohd Abdul Halim bin Mohamed
10 En Mohd Shafie bin Sarbani
11 Pn Salmah Niza bt Zamri
12 Pn Zulfa bt Abdullah ( Tidak hadir kerana pdpc )

Agenda Mesyuarat:

1.0 Perutusan Pengerusi

Mesyuarat dimulakan dengan bacaan fatihah.Pengurusi mengucapkan
tahniah atas keputusan mimbar daie dan syukur kerana dapat melaksanakan
mesyuarat ini secara bersemuka.

2.0 Ucapan Guru Kanan Mata Pelajaran:

2.1 Pn Arnida mengucapkan terima kasih buat semua KP dan semua ahli panitia
bidang kemanusiaan yang hadir dalam mesyuarat kali ini. Terima kasih juga
atas kerja buat guru-guru sepanjang tahun 2021 . Pelbagai cabaran baru
dunia pendidikan yang terpaksa dihadapi namun berjaya ditangani oleh guru-
guru dengan baik. Contohnya Dugaan kelas-kelas PDPR, kelas secara atas
talian, luar talian, modul pengajaran, bahan-bahan batu mengajar, video pdp
dan lain2 malah guru-guru sanggup berkorban wang ringgit membeli
pelbagai media, laptop baru dan lain lain untuk memudahkan pengajaran
guru. Syabas dan terima kasih yang tidak terhingga buat guru-guru. Semoga
Allah dapat membalas jasa jerit perih dan pengorbanan guru semua.

2.2 Beliau juga berharapkan guru-guru terus bersemangat menjalani kerjaya
murni ini,.terus berjuang sehingga titisan peluh terakhir sebelum nyawa
bercerai dari badan atau sebelum noktah persaraan tiba

Makluman

2.3 Beliau memohon semua KP dan ahli panitia merujuk semula agenda yang
telah ditetapkan untuk mesyuarat kali ini. Teliti dan berbincanglah bersama.
Jangan dibebankan kepada KP seorang. Berat bebanan ini. Jadi beragih-
agihlah sesama ahli panitia. Contohnya dalam melengkapkan penjajaran
kurikulum sehingga tahun hadapan. Kita ada lebih kurang 7 minggu
akademik lagi bermula 3 Januari 2022 hingga 28 Februari 2022 dengan
mengandaikan cuti tahun baru cina seminggu (1-4 Februari 2021).
Penjajaran kurikulum yang sedia ada dalam google sheet sambung sahaja
untuk minggu 43. Anggap bermula 3/1/2022 -7/1/2022 sebagai minggu
pertama. Ikutlah audit kurikulum yang telah kita buat baru-baru ini. Jika KAK
belum selesai, selesaikanlah KAK dan barulah disambung dengan KAT dan
KAP. Bagi yang telah selesai boleh terus buat KAT dan KAP. Ikut semula
KPM Perkasaku. Jika semua telah selesai, boleh jalankan Catch-Up Plan
(CUP). Perkongsian atau LADAP tentang itu juga telah dijalankan. Pilihlah
Teknik yang sesuai sama ada, pendekatan Bertema, Modular, Berasaskan
Projek atau Pembelajaran Terbeza.

Tindakan KP dan semua GPI

2.4 Merujuk PBD dan SEGAK serta .pastikan post motem dijalankan dan
penting untuk mengetahui langkah-langkah intervensi yang akan diambil.
Mohon nanti KP tayangkan dan bincangkan data PBD yang ada untuk
penggal 2. Berdasarkan data tersebut bolehlah dibuat unjuran (target untuk
pelajar tersebut apabila naik tingkatan) atau bolehlah setiap guru sediakan
headcount untuk pelajar berkenaan bagi setiap subjek. Post mortem dan
analisis juga perlu dibincangkan dan dibentangkan berdasarkan keputusan
SOE dan PPC. Jika markah PPC telah ada.

Tindakan: Ketua Panitia

2.5 Program MeGA Semarak. Tahun ini banyak program MeGA terpaksa ditunda
malah ada yang terpaksa dibatalkan akibat kekangan masa dan situasi yang
melanda (Covid-19) menyebabkan penutupan sekolah. Mohon panitia
melihat semula program MeGA sekolah yang telah dirancang dan berikan
sokongan untuk menjayakan program tersebut. Contohnya, sekolah akan
menjalankan Program TUC (Topp up Class) pada minggu terakhir cuti
sekolah bulan Disember nanti selama seminggu bermula 27-31 Disember.
Jadual kosong telah dikeluarkan untuk guru-guru isi. Masih terdapat ruang-
ruang kosong lagi.

Tindakan : GPI T5

2.6
Naik Sekolah Januari 2022, pelajar T5 akan menjalani Final Sprint. Jadi KP
bersedia pula untuk agihan murid berdasarkan keputusan Percubaan SPM.
Harap senarai nama telah ada sebelum buka sekolah pada 3/1/2022. Panitia
perlu merancang bahan atau modul yang akan digunakan untuk Final Sprint
tersebut. Ingat, bukan ikut set soalan tetapi topik-topik berfokus berdasarkan
masalah mengikut group pelajar. Kita bergerak untuk gempur gpmp. Contoh
bahan untuk group FL mesti berbeza dengan group lain.

Tindakan: Ketua Panitia

2.7 Diharapkan KP dan guru-guru bersedia untuk Pep Akhir Tahun.
Kemungkinan besar akan dijalankan khasnya untuk T3. Keputusan akhir
tahun tersebut akan diambil kira untuk pemilihan pakej murid ke tingkatan 4.
Tindakan: Semua penyedia soalan

2.8 KP semak semula fail panitia. Pastikan kemaskini, analisis PBD, SEGAK
PLC, laporan program panitia
Tindakan: Ketua Panitia

2.9 Mohon KP serahkan laporan PLC kepada GKB Votek,sama ada soft copy
dan hard copy.
Tindakan: Ketua Panitia

3.0 Membentang dan mengesahkan minit mesyuarat bilangan 2/2021

Minit mesyuarat telah dibentangkan oleh setiausaha melalui anyflip dan
cadangan sokongan oleh Tn Hj Mohd Abdul Halim bin Mohamed dan
disokong oleh Pn Umu Hani bin Mustakim

Makluman

4.0 Perkara Berbangkit dan Maklum Balas

Perkara 12.4 tentang mencari pelapis murid bagi setiap acara koko akedemik
tidak dapat dilaksanakan kerana pdpr.

Makluman

5.0 Penjajaran Kurikulum dan Audit Kurikulum

5.1 Penjajaran selama 7 minggu perlu dibuat pada pautan yang telah disediakan
oleh Ketua Panitia mengikut tingkatan :

https://docs.google.com/spreadsheets/d/1sC0by0s5ooICHjgY6gO66o6kSoNz
mmrg7dDB7RUD49Q/edit#gid=1031860140

5.2 Tugasan melengkapkan penjajaran adalah seperti berikut:
Tingkatan 1: Ustazah Zulfa
Tingkatan 2:Ustazah Jihan
Tingkatan 3 Ustazah NorDini
Tingkatan 4 Ustazah Hairanie
Tindakan : GPI yang terlibat

6.0 PBD dan SEGAK

6,1 Semua GPI dikehendaki mengisi target TP PBD murid pada pautan

https://docs.google.com/spreadsheets/d/1XaMPZUFK_-

GIpeuzQO0BxuJEHdx7BjGz-jTR4l9_hIA/edit?usp=sharing (SHEET)

atau

https://drive.google.com/drive/folders/1fGSw6JeTJsQVJ_H7HlrxZ3vbyC3i3vV

1?usp=sharing (FOLDER PBD)

Tindakan :Semua GPI

6.2 Program Pemerkasaan PBD 2022/2023 akan dilaksanakan untuk
memantapkan lagi pelaksanaan PBD.

Makluman

7.0 Post Mortem dan Intervensi Peperiksaan Percubaan SPM 2021
GPI yang mengajar tingkatan 5 hendaklah ,membuat analisis kelas masing
masing dan hantar kepada ketua Panitia
Tindakan : GPI T5

8.0 Program MEGA

8.1 Antara program MEGA yang telah dijalankan ialah:
• Bengkel Teknik Menjawab
• Reward bagi pelajar aktif semasa bengkel
• Program Program Kelas KAA

Makluman

8.2 Kelas Tambahan iaitu Top Up Class ( TUC ) akan dilaksanakan pada 27
hingga 31 Disember 2021
Tindakan : GPI T5

9.0 Hal hal lain

9.1 UTH telah selesai dijalankan pada 22 hingga 24 November 2021

Makluman

9.2 Ustazah Nor Zakiah memaklumkan murid boleh menggunakan surau secara
penjarakan dan hanya murid sesi petang sahaja menggunakan tingkat
bawah dan tingkat atas surau tidak digunakan.

Makluman

9.3 Beliau juga memaklumkan gotong royong membersihkan surau telah
dijalankan dan pembersihan perlu dibuat secara berkala.

Makluman

9.4 Kawasan surau juga akan dilaksanakan penyemburan nyamuk dan akan
diuruskan oleh Cikgu Azlan.

Makluman

9.5 Fail fail berkaitan aktiviti surau perlu diteruskan

Tindakan : AJK Surau

9.6 Sius lampu tandas surau perlu diperbaiaki
Tindakan: Ustaz Mohd Ab.Halim

9.7 Ketua Panitia telah membeli 40 buah buku rujukan SPM menggunakan duit
PCG mata pelajaran dan wang berbaki lagi sebanyak RM 356.00

Makluman

9.8 Makluman dari bendahari panitia jumlah kutipan tabung GPI adalah sebanya
RM 471.45

Makluman

9.9 Ustazah Ummu Hani memaklumkan aktiviti PADNI telah dibentangkan
dalam group telegram dan takwim PADNI akan diwujudkan.

Makluman

9.10 Pn Hjh Norzakiah berharap semua GPI dapat membantu pengisian silibus
hafazan pelajar asrama dan tazkirah maghrib dan takwim akan dijadualkan
bagi mengisi program ini.

Tindakan: AJK Asrama

Mesyuarat ditangguhkan dengan bacaan surah al ans dan tasbih kifarah pada jam 4.41
petang.

Disediakan oleh Disemak oleh Disahkan oleh

……………………. ……………………. …………………….
Noraini bt Ab Hamid Hairanie bt Mohd Saad
SU Panitia Pendidikan Islam Ketua Panitia Pendidikan Islam
SMK Seri Perak SMKSeri Perak


Click to View FlipBook Version