SEKOLAH MENENGAH SAINS SULTAN MOHAMAD JIWA,
JALAN BADLISHAH, 08000, SUNGAI PETANI,
KEDAH DARULAMAN.
Tel. : 04-4212797
Faks : 04-4214877
Kod Sekolah: KEE3105
Email : [email protected]
Laman web : www.sciencekedah.edu.my
DESKRIPSI
BIDANG TUGAS
(MANUAL PROSEDUR KERJA)
KANDUNGAN MUKASURAT
1.0 PENGETUA 1
2.0 PENOLONG KANAN PENTADBIRAN 1
3.0 PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID 2
4.0 PENOLONG KANAN KOKURIKULUM 2
5.0 PEGAWAI ASET 3
6.0 PEGAWAI STOR 4
7.0 PEGAWAI PENERIMA ASET ALIH 4
8.0 PEGAWAI PENERIMA STOR 5
9.0 PEGAWAI PEMERIKSA ASET ALIH 5
10.0 PEGAWAI PEMVERIFIKASI STOR 5
11.0 PEMERIKSA PELUPUSAN ASET ALIH KERAJAAN 6
12.0 PENYELARAS TINGKATAN 6
13.0 PENYELARAS UNIT BERUNIFORM/KELAB DAN PERSATUAN/SUKAN DAN PERMAINAN 7
14.0 PEMBANTU MAKMAL (SAINS, FIZIK, KIMIA DAN BIOLOGI) 7
15.0 PENYELIA ASRAMA 10
16.0 PEMANDU 12
17.0 GURU KANAN MATA PELAJARAN 13
18.0 GURU MATA PELAJARAN 13
19.0 GURU KELAS 14
20.0 GURU BERTUGAS HARIAN/MINGGUAN 19
21.0 GURU BIASISWA 20
22.0 GURU DATA DAN MAKLUMAT 20
23.0 GURU DISIPLIN 21
24.0 GURU JADUAL WAKTU 21
25.0 GURU KAUNSELING 21
26.0 GURU PERPUSTAKAAN DAN MEDIA 22
27.0 GURU PENASIHAT BADAN UNIFORM/KELAB DAN PERSATUAN 23
28.0 GURU PENASIHAT SUKAN DAN PERMAINAN 24
29.0 GURU RUMAH SUKAN 25
30.0 KETUA PANITIA 25
31.0 SETIAUSAHA PEPERIKSAAN AWAM 25
32.0 SETIAUSAHA PEPERIKSAAN DALAMAN 26
33.0 SETIAUSAHA KURIKULUM 26
34.0 SETIAUSAHA KOKURIKULUM 26
35.0 SETIAUSAHA HAL EHWAL MURID 27
36.0 SETIAUSAHA SUKAN 27
37.0 JAWATANKUASA BADAN KEPIMPINAN PENGAWAS 28
38.0 JAWATANKUASA 3K (KEBERSIHAN, KESELAMATAN DAN KESIHATAN) 28
39.0 JAWATANKUASA KANTIN 30
40.0 JAWATANKUASA PENGURUSAN SURAU 30
41.0 JAWATANKUASA KEWANGAN SEKOLAH 30
42.0 JAWATANKUASA MAJALAH 31
43.0 JAWATANKUASA SIARAYA 31
44.0 JAWATANKUASA PEMBANGUNAN ICT/LAMAN WEB DAN INTERNET 31
45.0 JAWATANKUASA PAPAN KENYATAAN DAN SUDUT INFORMASI 31
46.0 JAWATANKUASA PENGURUSAN PERABOT 31
47.0 JAWATANKUASA KECEMASAN DAN KEBAKARAN 32
48.0 AHLI LEMBAGA KOPERASI SEKOLAH 32
49.0 WARDEN ASRAMA 35
1.0 PENGETUA
PENGURUSAN ORGANISASI
1. Merancang dan mentadbir pengurusan strategik, pengurusan pengumpulan dan penganalisisan
data, pengurusan mesyuarat, pengurusan aduan, pengurusan perhubungan pelanggan,
pengurusan program dan pengurusan dokumen serta rekod kerajaan.
2. Merancang dan mengesahkan pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah.
3. Merancang dan meluluskan semua urusan kewangan sekolah.
4. Merancang dan meluluskan hal ehwal pentadbiran pejabat merangkumi pengurusan aset dan
perolehan.
5. Merancang dan meluluskan urusan persekitaran dan kemudahan fizikal.
6. Merancang dan meluluskan pelaksanaan pembangunan sumber manusia meliputi latihan
personel dan penilaian prestasi.
7. Merancang dan meluluskan program lawatan dan hubungan dengan pihak luar.
PENGURUSAN KURIKULUM
1. Merancang dan memberi khidmat nasihat berhubung pelaksanaan PdPc.
2. Merancang dan meluluskan program panitia bagi meningkatkan tahap profesionalisme guru
dan pencapaian murid.
3. Merancang dan meluluskan jadual waktu PdPc bagi kelas dan guru supaya PdPc dilaksanakan
dengan terancang dan berkesan.
4. Merancang dan memberi nasihat dalam pelaksanaan pencerapan dan tindakan susulan bagi
peningkatan kualiti guru.
5. Merancang dan meluluskan pelaksanaan pentaksiran / peperiksaan.
6. Merancang dan mengesahkan semakan hasil kerja murid.
7. Merancang dan memberi khidmat nasihat bagi pengurusan pusat sumber sekolah.
8. Melaksanakan PdPc mengikut pekeliling berkuat kuasa.
PENGURUSAN HAL EHWAL MURID
1. Merancang dan meluluskan pelaksanaan program disiplin murid.
2. Merancang dan meluluskan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling.
3. Merancang dan meluluskan pengurusan kesihatan, kebajikan dan keceriaan sekolah.
4. Merancang dan meluluskan pengurusan buku teks.
5. Mengawal dan mengesahkan pengurusan perkhidmatan keselamatan dan kebersihan bangunan
dan kawasan.
6. Mengawal dan meluluskan pengurusan kantin dan kedai buku.
PENGURUSAN KOKURIKULUM
1. Merancang dan mengesahkan Pengurusan Unit Beruniform, Kelab dan Persatuan, Sukan dan
Permainan.
2. Merancang dan mengesahkan pengurusan penyertaan murid dalam aktiviti luar.
2.0 PENOLONG KANAN PENTADBIRAN
PENGURUSAN ORGANISASI
1. Membantu merancang dan melaksanakan pengurusan strategik, pengurusan pengumpulan dan
penganalisisan data, pengurusan mesyuarat, pengurusan aduan, pengurusan perhubungan
pelanggan, pengurusan program dan pengurusan dokumen serta rekod kerajaan.
2. Membantu merancang dan menyelaras pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah.
3. Membantu merancang dan melaksanakan hal ehwal pentadbiran pejabat merangkumi
pengurusan aset dan perolehan.
4. Membantu merancang dan memantau urusan persekitaran dan kemudahan fizikal
1
5. Membantu merancang dan melaksanakan pembangunan sumber manusia meliputi latihan
personel dan penilaian prestasi bagi guru.
6. Membantu merancang dan melaksanakan program lawatan dan hubungan dengan pihak luar.
PENGURUSAN KURIKULUM
1. Membantu merancang dan menyelaras pelaksanaan PdPc.
2. Membantu merancang dan melaksanakan program panitia bagi meningkatkan tahap
profesionalisme guru dan pencapaian murid.
3. Membantu merancang dan menyelaraskan jadual waktu PdPc bagi kelas dan guru supaya PdPc
dilaksanakan dengan terancang dan berkesan.
4. Membantu merancang dan menyelaras pelaksanaan pencerapan dan tindakan susulan bagi
peningkatan kualiti guru.
5. Membantu merancang dan mengesahkan semakan hasil kerja murid.
6. Membantu merancang dan mengelola pengurusan pusat sumber sekolah.
7. Melaksanakan PdPc mengikut pekeliling berkuat kuasa.
3.0 PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID
PENGURUSAN ORGANISASI
1. Membantu merancang dan melaksanakan pengurusan strategik, pengurusan pengumpulan dan
penganalisisan data, pengurusan mesyuarat, pengurusan aduan, pengurusan perhubungan
pelanggan, pengurusan program dan pengurusan dokumen serta rekod kerajaan.
2. Melaksanakan Pentaksiran Berasaskan Sekolah.
3. Membantu merancang dan melaksanakan pembangunan sumber manusia meliputi latihan
personel dan penilaian prestasi bagi guru.
4. Membantu merancang dan melaksanakan program lawatan dan hubungan dengan pihak luar.
PENGURUSAN KURIKULUM
1. Melaksanakan PdPc mengikut pekeliling berkuatkuasa.
PENGURUSAN HAL EHWAL MURID
1. Membantu merancang dan menyelaras pelaksanaan program disiplin murid.
2. Membantu merancang dan memantau perkhidmatan bimbingan dan kaunseling murid.
3. Membantu merancang dan menyelaras pelaksanaan program kesihatan, kebajikan dan
keceriaan sekolah.
4. Membantu merancang dan menyelaras pengurusan buku teks.
5. Membantu mengawal dan menyelaras perkhidmatan keselamatan dan kebersihan bangunan
dan kawasan.
6. Membantu mengawal dan memantau pengurusan kantin dan kedai buku.
4.0 PENOLONG KANAN KOKURIKULUM
PENGURUSAN ORGANISASI
1. Membantu merancang dan melaksanakan pengurusan strategik, pengurusan pengumpulan dan
penganalisisan data, pengurusan mesyuarat, pengurusan aduan, pengurusan perhubungan
pelanggan, pengurusan program dan pengurusan dokumen serta rekod kerajaan.
2. Melaksanakan Pentaksiran Berasaskan Sekolah.
3. Membantu merancang dan melaksanakan pembangunan sumber manusia meliputi latihan
personel dan penilaian prestasi bagi guru.
4. Membantu merancang dan melaksanakan program lawatan dan hubungan dengan pihak luar.
2
PENGURUSAN KURIKULUM
1. Melaksanakan PdPc mengikut pekeliling berkuatkuasa.
PENGURUSAN KOKURIKULUM
1. Membantu merancang dan mengesahkan Pengurusan Unit Beruniform, Kelab dan Persatuan,
Sukan dan Permainan bagi murid.
2. Membantu merancang dan mengesahkan pengurusan penyertaan murid dalam aktiviti luar.
5.0 PEGAWAI ASET
1. Mengurusetia mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Aset Alih Kerajaan di Bahagian / Jabatan /
PTJ.
2. Menyelaras pelantikan Pegawai Yang Terlibat dalam Pengurusan Aset dan Stor seperti berikut:
Pembantu Pegawai Aset
Pegawai Penerima Aset dan Stok
Pegawai Pemeriksa Aset
Pegawai Stor
Pegawai Pelulus Stor
Pegawai Pemverifikasi Stor
Lembaga Pemeriksa Pelupusan Aset dan Stok
Jawatankuasa Penyiasat
3. Menguruskan aset mengikut Tatacara Pengurusan Aset Alih Kerajaan (TPA) – Pekeliling
Perbendaharaan Bil.5 Tahun 2007 yang telah ditetapkan.
4. Menguruskan tindakan pelupusan, kehilangan dan hapus kira mengikut Tatacara Pengurusan
Aset Alih Kerajaan (TPA) – Pekeliling Perbendaharaan Bil.5 Tahun 2007 yang telah ditetapkan.
5. Menguruskan Verifikasi Stor (bagi Stor Pusat/Utama) mengikut jadual.
6. Menyediakan dan mengemukakan Ringkasan Laporan Tahunan menggunakan dokumen
berikut sebelum atau pada 15 Februari tahun berikutnya.
7. Merancang penyelenggaraan dan pelupusan aset dan stok.
8. Menguruskan Permohonan Penerimaan Hadiah/ Sumbangan yang diterima selaras dengan
Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 3 Tahun 1998 dan Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 5
Tahun 2008.
9. Pegawai Aset hendaklah dari semasa ke semasa mematuhi peraturan yang dinyatakan dalam
Pekeliling Perbendaharaan (PP) – Tatacara Pengurusan Aset (AM) dan lain-lain peraturan yang
berkuatkuasa.
10. Memastikan semua aset yang diterima didaftarkan mengikut pengkelasan yang terdapat dalam
Pekeliling Perbendaharaan (PP) – Tatacara Pengurusan Aset Kerajaan (A.M) dalam tempoh dua
(2) minggu dari tarikh pengesahan penerimaan.
11. Memastikan semua aset dilabel bagi menunjukkan tanda Hak Kerajaan Malaysia dan nama
Jabatan/ PTJ yang berkenaan di tempat yang bersesuaian pada asset berkenaan. Bagi Jabatan/
PTJ yang telah menggunakan Sistem Pemantauan Pengurusan Aset (SPPA), label hendaklah
dijana melalui sistem dan dilekatkan pada aset berkenaan.
12. Menyediakan senarai aset mengikut lokasi aset/ ruang yang ditempatkan menggunakan
Senarai Aset Alih (Lokasi) KEW.PA-7.
13. Memastikan Borang Permohonan Pinjaman dan Pergerakan Aset Alih (KEW.PA-9) diselenggara
dengan baik dan direkodkan semua pinjaman/penempatan.
14. Menyediakan Jadual Pemeriksaan Aset secara terperinci seperti maklumat asset dan lokasi.
15. Mengenal pasti aset yang tidak digunakan untuk ditawarkan kepada PTJ lain.
16. Memastikan semua Pegawai yang terlibat dalam Pengurusan Stor dilantik seperti yang telah
dinyatakan pada Para A3 dan jika ada berlaku pertukaran, proses ambil alih stor oleh PT stor
yang lama kepada yang baharu dibuat menggunakan KEW.PS-16.
3
17. Memastikan semua langkah/ kawalan keselamatan, kawalan kebakaran dan kawalan
kebersihan stor dilaksanakan.
6.0 PEGAWAI STOR
1. Menerima barang-barang yang dipesan dengan mengesah dan memperakukan serahan barang-
barang oleh pembekal.
2. Menyimpan stok mengikut kaedah dan lokasi-lokasi yang ditetapkan dengan menggunakan
ruang stor secara optimum.
3. Menjaga dan menyenggara stok supaya sentiasa dalam keadaan baik dan boleh digunakan.
4. Mengeluarkan stok mengikut keperluan pelanggan.
5. Menyenggara rekod-rekod bagi setiap transaksi keluar masuk stok secara tepat, teratur dan
kemas kini.
6. Merancang dan mengurus penokokan stok bagi memastikan kedapatan stok mengikut paras
yang ditetapkan.
7. Mengendali pembungkusan dan penghantaran stok kepada pelanggan.
8. Menjalankan pengiraan stok bagi mengesan dan mengenal pasti sebarang kelemahan yang
menyebabkan berlaku perselisihan stok, stok rosak, usang, luput tempoh penggunaan dan tidak
bergerak.
9. Menyediakan sistem kawalan keselamatan dan kebakaran serta penyelenggaraan kebersihan
stor.
10. Mengambil tindakan pelupusan ke atas stok yang usang/obselete, rosak, luput tempoh
penggunaan, tidak boleh digunakan, tidak diperlukan, tidak bergerak atau melebihi keperluan
supaya prestasi stor tidak terjejas dan mengelakkan pembaziran ruang penyimpanan.
11. Menguruskan tindakan hapus kira ke atas stok yang hilang.
7.0 PEGAWAI PENERIMA ASET ALIH
1. Menyemak butiran dalam dokumen yang sah bagi memastikan aset yang diterima adalah betul;-
a. Aset hendaklah diperiksa, dikira, diukur, ditimbang atau diuji serta merta sebelum
disahkan penerimaannya.
b. Sekiranya pengesahan tidak dapat dilakukan dengan serta merta maka dokumen
penerimaan seperti nota serahan/ hantaran hendaklah dicatatkan “Diterima dengan
syarat ianya disahkan kemudian secara diperiksa, dikira, diukur, ditimbang
atau diuji’.
c. Pengesahan penerimaan hanya boleh dilakukan oleh Pegawai Penerima selepas
pemeriksaan berjaya dilaksanakan dengan menggunakan Borang Penerimaan Aset
Alih KEW.PA-1 (Lampiran A)
d. Borang Penolakan Aset Alih KEW.PA-2 (Lampiran B) hendaklah disediakan oleh
Pegawai Penerima jika terdapat kerosakan, kuantiti kurang atau lebih dan tidak
mematuhi spesifikasi.
e. Borang KEW.PA-2 yang telah ditandatangani oleh Pegawai Penerima hendaklah
dihantar dengan serta merta kepada agen penghantaran, syarikat pembekal atau
pihak berkaitan.
f. Pegawai Penerima hendaklah memastikan aset yang diterima disertakan manual
penggunaan dan penyelenggaraan, jika ada.
g. Bagi aset yang diterima daripada pembekal melalui kontrak pusat atau perolehan
secara berpusat, Pegawai Penerima di peringkat Cawangan/ Negeri/ Daerah
hendaklah dibekalkan sesalinan dokumen-dokumen seperti Pesanan Rasmi Kerajaan,
Nota Serahan, Invois, Surat Jaminan dan dokumen-dokumen lain yang berkaitan untuk
tujuan pengesahan.
h. Aset Alih yang telah diterima hendaklah dihantar ke agensi teknikal untuk diuji.
4
i. Aset Alih yang tidak menepati kualiti hendaklah dikembalikan.
j. Menuntut penggantian semula mengikut terma kontrak.
8.0 PEGAWAI PENERIMA STOR
1. Menyemak butiran dalam dokumen yang sah bagi memastikan barang-barang yang diterima
adalah betul.
2. Barang-barang hendaklah diperiksa, dikira, diukur, ditimbang atau diuji serta merta sebelum
disahkan penerimaannya.
3. Sekiranya pengesahan tidak dapat dilakukan dengan serta merta maka dokumen penerimaan
seperti nota serahan/ hantaran hendaklah dicatatkan “Diterima dengan syarat ianya
disahkan kemudian secara diperiksa, dikira, diukur, ditimbang atau diuji’.
4. Pengesahan penerimaan hanya boleh dilakukan oleh Pegawai Penerima selepas pemeriksaan
berjaya dilaksanakan dengan menggunakan Borang Terimaan Barang-Barang (BTB)
KEW.PS-1 (Lampiran A)
5. Borang Penolakan Barang-Barang (BPB) KEW.PS-2 (Lampiran B) hendaklah disediakan
oleh Pegawai Penerima jika terdapat kerosakan, kuantiti kurang atau lebih dan tidak mematuhi
spesifikasi.
6. Borang KEW.PS-2 yang telah ditandatangani oleh Pegawai Penerima hendaklah dihantar
dengan serta merta kepada agen penghantaran, syarikat pembekal atau pihak berkaitan;
7. Pegawai Penerima hendaklah memastikan barang-barang yang diterima disertakan manual
penggunaan dan penyelenggaraan, jika ada.
8. Bagi barang-barang yang diterima daripada pembekal melalui kontrak pusat atau perolehan
secara berpusat, Pegawai Penerima di peringkat Cawangan/ Negeri/ Daerah hendaklah
dibekalkan sesalinan dokumen-dokumen seperti Pesanan Rasmi Kerajaan, Nota Serahan,
Invois, Surat Jaminan dan dokumen-dokumen lain yang berkaitan untuk tujuan pengesahan.
9.0 PEGAWAI PEMERIKSA ASET ALIH
1. Melaksanakan pemeriksaan mengikut jadual dan lokasi yang ditetapkan oleh Unit Pengurusan
Aset (UPA)
2. Memaklumkan tarikh pemeriksaan kepada Kementerian atau Jabatan.
3. Pegawai Pemeriksa hendaklah menggunakan Borang Pemeriksaan Aset Alih KEW.PA-11
(Lampiran C)
4. Memeriksa Aset Alih dan rekod yang berkaitan dalam tempoh satu (1) bulan dari tarikh yang
ditetapkan oleh Unit Pengurusan Aset (UPA)
5. Melengkapkan semua maklumat di KEW.PA-11dan mencatatkan tarikh pemeriksaan.
6. Menandatangani KEW.PA-11 dan mengemukakan kepada Unit Pengurusan Aset (UPA)
10.0 PEGAWAI PEMVERIFIKASI STOR
1. Pemverifikasi Stor hendaklah membuat lawatan ke Stor Pusat dan Stor Utama berasaskan
kepada program/jadual verifikasi yang disediakan.
2. Pemverifikasi Stor hendaklah menyemak semua stok yang disenaraikan di KEW.PS-14 (Laporan
Pemeriksaan/Verifikasi Stor) dan melengkapkan serta mengesahkan butiran maklumat pada
senarai tersebut seterusnya mengemukakan kepada Ketua Jabatan.
3. Pemverifikasi stor hendaklah mengira dan merekodkan baki fizikal stok dan kemudiannya
mengesahkan ketepatan rekod sebenar dengan Kad Kawalan Stok.
4. Menentukan tiada berlaku sebarang transaksi stok semasa verifikasi dilaksanakan.
5. Pemverifikasi Stor hendaklah menyediakan KEW.PS-15 dan mengemukakan kepada Ketua
Jabatan.
5
11.0 PEMERIKSA PELUPUSAN ASET ALIH KERAJAAN
1. Memaklumkan tarikh pemeriksaan kepada Kementerian atau Jabatan.
2. Memeriksa Aset Alih dan rekod yang berkaitan dalam tempoh satu (1) bulan dari tarikh
diarahkan oleh Jabatan.
3. Memastikan segala maklumat sulit dan rahsia dalam peralatan yang hendak dilupuskan telah
dikeluarkan.
4. Memastikan Aset Keselamatan dilupuskan mengikut Akta/ Peraturan pihak berkuasa yang
berkenaan.
5. Melengkapkan KEW.PA-21 di ruangan:-
a. Nyatakan keadaan Aset Alih dengan jelas
b. Syor kaedah pelupusan dan justifikasi
6. Menandatangani KEW.PA-19 dan mengemukakan kepada Jabatan.
12.0 PENYELARAS TINGKATAN
1. Bertanggungjawab dalam agihan murid dan penyusunan semula kelas mengikut pencapaian
untuk dimasukkan ke dalam kelas-kelas tertentu
2. Membantu Setiausaha Peperiksaan Dalaman untuk memasukkan data ke dalam komputer bagi
mendapatkan analisis keputusan peperiksaan
3. Bertanggungjawab mengumpulkan murid untuk menyampaikan taklimat, nasihat atau teguran
mengenai perkara-perkara yang berkaitan dengan masalah yang timbul dalam tingkatan
berkenaan atau perkara-perkara ad-hoc dari semasa ke semasa atau dengan arahan Pengetua /
GPK Pentadbiran apabila diperlukan
4. Bertanggungjawab menyediakan maklumat dan laporan prestasi murid apabila diperlukan oleh
unit-unit lain yang memerlukan
5. Tugas-tugas lain yang timbul dari semasa ke semasa apabila diperlukan
6. Bertanggungjawab membuat pembahagian murid di bawah jagaannya. Persetujuan Guru
Penolong Kanan perlu diminta terlebih dahulu
7. Menerima kemasukan murid baharu dan membuat penempatan mengikut kelulusan dan minat
atau aliran bagi tingkatan 4 dan 5
8. Menyelia dan menyelaras aktiviti-aktiviti tingkatan dengan kerjasama Guru Kelas.
9. Menyelia dan menyelaras soal-soal kebersihan, kesihatan dan keceriaan kelas dengan
kerjasama Guru Kelas
10. Mengambil tahu mengenai kelas dalam tingkatan yang Guru Kelasnya tidak hadir dan
mengambil alih tugas mengurus kelas yang berkenaan
11. Mencadangkan Guru Kelas Gantian jika tempoh ketiadaan Guru kelas itu melewati jangka masa
seminggu
12. Menyemak dan memastikan Buku Jadual Kedatangan Murid dilengkapkan dan dikemas kini.
Penyelaras Tingkatan hendaklah menyemak buku ini dari semasa ke semasa
13. Menyemak penyata bulanan Tingkatan daripada Guru Kelas, menyemak dan memastikan
kesahihan maklumat, kemudian menyerahkannya kepada Guru Data.
14. Menyimpan rekod dan maklumat penting bagi tingkatan misalnya bilangan murid dalam kelas
15. Membantu Guru Biasiswa dan GPK HEM memilih murid yang layak untuk menerima bantuan
atau biasiswa
16. Memaklumkan kepada Pengetua atau GPK tentang jumlah murid setiap kelas dari semasa ke
semasa
17. Memastikan surat-surat kemasukan murid baharu disimpan dalam daftar masuk (ikut
tingkatan) dengan kemas dan teratur
18. Bekerjasama dengan Guru Rekod atau Guru Bimbingan dan Kaunseling bagi
6
mendapatkan kad-kad berikut untuk dihantar ke sekolah baharu jika berlaku pertukaran murid
:
o Buku Kad Kemajuan Murid dan Kad 001
o Borang Kelulusan Pinjaman SPBT
o Keterangan kerja kursus Kemahiran Hidup, Pendidikan Islam, Sejarah, Geografi, dan
Pendidikan Seni Visual.
19. Sentiasa mengemas kini fail-fail pertukaran murid. Fail tersebut mestilah disimpan di pejabat
20. Bekerjasama menyempurnakan analisis peperiksaan SPM.
21. Bekerjasama dengan Setiausaha Peperiksaan bagi menyediakan bilik-bilik peperiksaan.
22. Menyimpan borang –borang kemasukan murid baharu dalam fail daftar masuk mengikut kelas.
23. Memastikan murid baharu ditempatkan di tingkatan mengikut mata pelajaran yang dipilih.
24. Menyampaikan laporan tentang murid baharu kepada Pengetua atau GPK
25. Mengadakan mesyuarat dan menyediakan minit mesyuarat berkenaan.
26. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Pengetua dari semasa ke semasa.
13.0 PENYELARAS UNIT BERUNIFORM/KELAB DAN
PERSATUAN/SUKAN DAN PERMAINAN.
1. Mengatur dan menyelia perjalanan Pasukan Unit Beruniform/Kelab dan Persatuan/Sukan dan
Permainan.
2. Menyediakan jadual waktu untuk perjumpaan dan mesyuarat.
3. Menyelaras semua aktiviti.
4. Menyediakan borang kebenaran ibu bapa/penjaga untuk murid memasuki Pasukan Unit
Beruniform/Kelab dan Persatuan/Sukan dan Permainan.
5. Menentukan aktiviti, surat menyurat dan minit mesyuarat difailkan dengan baik.
6. Memastikan peraturan perlembagaan dan minit mesyuarat agung direkodkan dan difailkan
7. Memastikan mesyuarat agung dan pemilihan AJK diadakan setiap tahun pada tarikh yang
ditetapkan
8. Mengumpulkan rancangan tahunan pada awal tahun untuk edaran, rujukan dan rekod.
9. Mengumpulkan laporan tahunan dan buku kegiatan untuk edaran, rujukan dan rekod.
10. Membuat laporan tahunan keseluruhan tentang aktiviti dan pencapaian Pasukan Unit
Beruniform/Kelab dan Persatuan/Sukan dan Permainan.
14.0 PEMBANTU MAKMAL (SAINS, FIZIK, KIMIA,BIOLOGI)
1. Menyediakan senarai barang yang diperlukan oleh guru sains dan meminta sebut harga dari
syarikat -syarikat yang tertentu pada awal tahun ( sebelum penggal persekolahan.
2. Menulis pesanan dalam borang pesanan. Semua pesanan mestilah dibuat melalui Guru Kanan
Mata Pelajaran/Pengetua.
3. Memeriksa alat-alat dan bahan-bahan pesanan supaya semua berkeadaan baik dan mengikut
kehendak guru sains.
4. Menyimpan baucer pesanan dalam fail khas.
5. Menyediakan bahan keperluan yang diminta oleh guru sains.
6. Menjaga makmal dan memastikan makmal berkeadaan bersih kemas dan selamat.
7. Memastikan bahan/ubatan di dalam kotak kecemasan sentiasa mencukupi.
8. Mengutamakan langkah keselamatan dalam sesuatu kecemasan.
9. Memastikan radas dan bahan kimia dikembalikan ke tempat asal selepas digunakan.
10. Memastikan bilik makmal berada dalam keadaan kemas dan bersih serta semua tingkap dan
penutup gas besar/ paip ditutup sebelum mengunci makmal.
11. Menjalankan tugas-tugas harian/rutin.
11.1 Menyediakan radas-radas dan larutan kimia untuk eksperimen.
7
a. Menyediakan 8 - 10 set radas sains yang diperlukan oleh guru sains untuk
eksperimen.
b. Mengisi botol-botol reagent, aspirator dengan larutan kimia, larutan indikator dan
larutan lain yang sentiasa mencukupi serta menukar label di botol reagent jika perlu.
c. Menyediakan carta-carta, projektor slaid, OHP, slaid Mikroskop dan transparensi
untuk pengajaran sains.
d. Menyimpan dana mengemas radas-radas yang telah digunakan ke tempat asalnya.
e. Melengkapkan radas pelajar di makmal Kimia dan Makmal Fizik.
11.2 Membuka, mengunci dan menjaga keselamatan dan kebersihan makmal
a. Membuka Makmal Fizik, Biologi dan kimia serta setor.
b. Membersihkan makmal Fizik, Kimia, biologi dan makmal sains lainnya serta setor.
c. Membersihkan papan hijau, sinki, meja guru, meja pelajar serta almari wasap dan
sebagainya.
d. Mencuci dan mengelap radas-radas kaca.
e. Menguruskan troli-troli eksperimen supaya sentiada berada dalam keadaan bersih
dan teratur.
f. Mengembalikan alat-alat reagent botol kimia, model sains, carta dan radas lain ke
tempat asalnya selepas eksperimen dijalankan.
g. Mencuci bilik makmal dan longkang-longkang dalam makmal pada hari Sabtu dan
Cuti penggal sekolah.
h. Mengecat permukaan meja guru, pelajar di makmal pada cuti penggal sekolah.
i. Memastikan lampu, kipas, tingkap-tingkap dan pintu makmal dan stor dititup dan
dikunci sebelum pulang.
11.3 Membantu mengurus, buku stok/inventori.
a. Menerima dan menyemak radas dan bahan kimia yang baru dibeli serta memasukkan
ke stor dan mencatat dalam buku utama dan kad stok.
b. Menyenaraikan radas dan bahan utama yang kurang dalam borang pesanan.
c. Menyemak stok di Makmal fizik, biologi, kimia dan mencatat dalam buku stok.
d. Menyemak stok BBM.
e. Menyemak alat-alat yang pecah dan rosak dan merekodkan di dalam buku stok.
11.4 Memastikan semua radas/alatan dan bahan kimia berkeadaan baik dan berfungsi.
a. Memasang klip buaya pada dawai.
b. Menyelenggarakan alat-alat elektronik, mikroskop, kaki retort, penunu bunsen,
neraca kimia, model bahan bantu mengajar.
c. Melaporkan kerosakan sinki, papan hijau dan kerosakan lain kepada Guru Kanan
Sains.
11.5 Menyediakan radas dan bahan kimia untuk percubaan Amali Sains, hari sains dan
sebagainya.
a. Mengira stok radas dan bahan kimia dan menyediakan senarai pesanan untuk amali
sains.
11.6 Menjalankan tugas-tugas lain yang di arahkan pengetua, Penolong Kanan dan Guru
Kanan Mata Pelajaran.
a. Mengambil kunci makmal di pejabat dan membuka makmal sebelum pembelajaran
dimulakan.
b. Menyediakan alat-alat, perkakas-perkakas, bahan-bahan kimia, reagent-reagent kimia
dan lain-lain yang diperlukan untuk sesi amali pada hari berkenaan, seperti
dikehendaki oleh guru sains.
8
c. Berada dalam makmal dan membantu guru sains mengelola sesi amali yang
dijalankan.
d. Mencatat nama bahan kimia, alat/radas yang baru diterima ke dalam buku stok
Utama pada hari yang saama diterima.
e. Mencuci alat/radas sains yang kotor.
f. Mengembalikan alat-alat reagent -reagen kimia dan lain-lain ke tempat asalnya.
g. Membersihkan meja kerja pelajar dan guru.
h. Membersihkan papan hijau.
i. Memastikan semua paip gas, paip air, lampu dan kipas telah ditutup.
j. Menyapu lantai makmal dan bilik persediaan.
k. Mencuci semua singki, meja-meja makmal, almari wasap, papan hitam dan
sebagainya.
l. Membuang sampah.
m. Menutup tingkap dan mengunci pintu makmal serta mengembalikan kunci makmal ke
pejabat.
n. Mengisi botol-botol reagent dengan larutan kimia dan menukar label di botol jika
perlu.
o. Menolong pembantu makmal, guru sains menyediakan larutan-larutan reagent kimia,
larutan indikator dan lain.;ain.
p. Mengumpul bahan-bahan yang diperlukan untuk percubaan pada minggu berikutnya.
q. Mengumpul bahan-bahan yang diperlukan untuk percubaan pada minggu berikutnya.
r. Menolong pembantu makmal dan guru sains di dalam perkara-perkara berikut:
Membuat alat-alat sains saripada bahan-bahan tempatan dan lain-lain.
Memperbaiki radas-radas/bahan kimia atau biologi yang rosak.
Mengecaskan bateri-bateri bekal.
Menyediakan radas yang diperlukan untuk percubaan pada minggu berikutnya:
Menajamkan alat-alat /pemotong dalam makmal Biologi.
Menyenaraikan radas/radas sains yang telah dipecahkan oleh pelajar dan alat-
alat memerlukan servis.
Mencuci peti sejuk.
Mencuci akuarium dan tempat-tempat memelihera binatang-binatang jika ada.
Mencuci bilik makmal dan longkang-longkang.
Mengecat bilik makmal.
Mengecat permukaan meja-meja makmal.
Memastikan keadaan penyambung paip gas dalam longkang bilik makmal dan
juga keadaan baik. Paip-paip gas dan air jika berkarat atau mungkin berlaku
kebocoran, lapor kepada pembantu makmal/guru kanan sains.
Mencuci dan gris alat-alat ukuran supaya tidak berkarat dalam tempoh cuti
sekolah.
Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Pengetua/ Penolong kanan
/Guru KananMata Pelajaran.
Peringatan:Ada alat yang tidak dicuci dengan air . Gunakan minyak atau
cairan yang sesuai.
Mencuci semua teropong halus.
Membuat alat-alat sains daripada bahan-bahan tempatan, jika perlu.
Menolong pembantu makmal dan guru sains mengemaskini stok
tahunan.
Membaiki papan hijau dalam tiap-tiap bilik makmal (Jika perlu)
Membaiki atau membetulkan almari wasap (fame Cuboard) dan rumah-
rumah binatang(Jika perlu).
9
15.0 PENYELIA ASRAMA
Aspek Pentadbiran
1. Menjalankan tugas pendaftaran masuk/ keluar penghuni asrama. Contohnya, membantu
Warden Asrama dalam urusan pendaftaran dan penempatan penghuni asrama.
2. Membantu merancang, memantau dan mengemaskini senarai nama dan kedudukan/
pembahagian bilik penghuni asrama setiap masa.
3. Memeriksa dan merekod maklumat penghuni asrama.
4. Menyediakan laporan statistik bulanan dan tahunan penghuni asrama.
5. Membantu memantau salah laku penghuni asrama dengan menyediakan laporan kepada
Warden/ PK HEM (sekiranya perlu).
6. Menerima laporan salah laku penghuni asrama, mendokumentasi dan mengemukakan kepada
pihak atasan serta bertanggungjawab ke atas disiplin anggota di bawah jagaan.
7. Menyedia dan merancang jadual tugas dan cuti anggota serta membuat perancangan dan
kawalan kewangan asrama (pembelian/perolehan aset asrama).
8. Mengurus stok inventori dan harta modal di asrama termasuk penerimaan, hapus kira dan
pelupusan aset alih kerajaan.
9. Mengurus surat menyurat, fail dan surat-surat pekeliling yang berkaitan.
Aspek Perkhidmatan Asrama
1. Bertanggungjawab dalam pengendalian dan rekod kunci. Memberi dan menerima kunci
daripada penghuni asrama dan menyimpan di tempat yang disediakan.
2. Memantau anggota bawahan dalam aspek pengendalian kunci.
3. Memastikan penghuni asrama mematuhi peraturan-peraturan asrama.
4. Menyedia dan mengemaskini peraturan asrama dari semasa ke semasa.
5. Bertanggungjawab dalam merancang dan memantau penyediaan bilik asrama dan kelengkapan
asrama. Menyelaras penggunaan bilik asrama supaya digunakan secara optimum.
6. Mengurus penggunaan kemudahan penginapan, makan/ minum dan prasarana asrama oleh
pihak luar.
Aspek Penyelenggaraan Fasiliti dan Aset
1. Memeriksa peralatan dan mengenalpasti keperluan kelengkapan asrama.
2. Menyediakan laporan anggaran keperluan kelengkapan asrama.
3. Memastikan asrama dan persekitaran berada dalam keadaan bersih dan selesa.
4. Memantau dan memeriksa proses kerja pembersihan di asrama oleh syarikat konsesi.
5. Memastikan pemeriksaan harian mengikut skop yang telah ditetapkan serta menerima aduan
kerosakan, memeriksa dan membuat laporan kerosakan peralatan dan kelengkapan asrama
kepada pihak konsesi.
6. Menghantar Laporan Kebersihan Bangunan dan Kawasan Asrama kepada pihak pentadbiran
sekolah.
Aspek Keselamatan dan Kebajikan
1. Menyelia dan menyediakan kemudahan di bilik rawatan serta memastikan kesihatan penghuni
asrama sentiasa baik dan melaporkan kepada Warden Asrama jika terdapat kes-kes yang
berbahaya.
2. Pengurusan berkaitan aspek kesihatan penghuni asrama seperti:
a. pengurusan bilik rawatan;
10
b. pengurusan keperluan pergerakan penghuni asrama ke klinik/ hospital (penghuni
asrama akan diiringi oleh Warden/ Guru Bertugas Harian ke klinik/ hospital untuk
mendapatkan rawatan)
c. memberi bantuan kecemasan awal kepada penghuni asrama
d. menyediakan dan mengemaskini Rekod Kesihatan penghuni asrama (digalakkan).
3. Mengurus Kebersihan, Keceriaan, dan Keselamatan (3K) bilik rawatan.
4. Memastikan keperluan alat bantuan keselamatan dan kemudahan di bilik rawatan adalah
mencukupi.
5. Membantu dalam mematuhi prosedur pencegahan wabak penyakit.
6. Memastikan penghuni asrama mematuhi Polisi / Peraturan Keselamatan dan Kesihatan.
7. Melakukan rondaan bagi memastikan penghuni asrama, aset, bangunan, kemudahan dan
persekitaran (dormitri, tandas, bilik air, bilik-bilik khas, surau, dewan makan dan lain-lain)
berada dalam keadaan baik, teratur dan selamat untuk digunakan.
8. Menyediakan pelan tindakan kecemasan dan senarai pegawai yang boleh dihubungi semasa
berlaku kecemasan.
9. Membantu merancang pelan tindakan kebakaran dan memastikan pelaksanaan latihan
pencegahan kebakaran dijalankan.
Aspek Kawalan Kualiti
1. Melaksanakan dan memantau setiap proses kerja mengikut arahan pekeliling atau piawaian.
2. Mengambil tindakan sewajarnya jika menerima sebarang aduan berkenaan kemudahan
asrama, keselamatan dan kebajikan.
3. Membantu dalam kajian kepuasan pelanggan.
4. Mengumpul, menganalisis, menyediakan laporan kajian dan mendokumentasi.
Pengurusan Kewangan dan Akaun Asrama
1. Menyediakan Anggaran Belanjawan Mengurus (ABM) tahunan asrama.
2. Mengurus permohonan perolehan bagi pembelian dan perkhidmatan yang melibatkan
kelengkapan serta peralatan asrama.
3. Mengurus pembayaran bil-bil bekalan kelengkapan dan peralatan asrama.
4. Mengurus perbelanjaan yang menggunakan peruntukan Baki Peruntukan Bantuan Makanan
Asrama.
5. Membantu dalam urusan yang berkaitan Yuran Makan Asrama (YMA).
Pengurusan Perkhidmatan Bekalan Makanan Bermasak
1. Memantau kebersihan dan keceriaan dewan makan dan dapur asrama serta memastikan
pekerja dewan makan mematuhi garis panduan kesihatan/kebersihan dewan makan.
2. Membuat tempahan makanan melalui Jadual 8 berdasarkan bilangan penghuni asrama semasa
tidak kurang dari 48 jam sebelum masa sajian.
3. Bertanggungjawab sepenuhnya dalam aspek berkaitan bekalan makanan bermasak di asrama.
(Mengikut Kontrak Perjanjian Perkhidmatan Membekal Makanan Bermasak Asrama)
4. Membantu dan bekerjasama dengan pihak pengurusan dalam menangani kes keracunan
makanan.
Tugas-tugas lain yang diarahkan oleh pihak Pentadbir dari masa ke semasa.
Nota: Sila rujuk Penghuraian Kerja Perkhidmatan Penyelia Asrama (Lampiran P, P1
dan P2) dalam Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 8 Tahun 2009 yang berkuatkuasa
pada 2 Julai 2009 dan dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam.
11
16.0 PEMANDU
Tanggungjawab setiap hari sebelum memandu:
1. Memastikan tempoh lesen memandu masih sah.
2. Memastikan tempoh cukai jalan masih sah.
3. Memastikan paras bahan api, minyak pelincir, minyak brek, minyak stereng, minyak kotak gear,
air radiator dan air alat kesar cermin mencukupi.
4. Memastikan paras air bateri mencukupi dan keadaan terminal bateri ketat dan bersih.
5. Memeriksa keadaan pendawaian (wiring).
6. Memeriksa keadaan sistem kunci berpusat dan sistem penggera keselamatan.
7. Memeriksa semua sistem lampu supaya berfungsi.
8. Memastikan nombor pendaftaran kenderaan bersih dan jelas.
9. Membersihkan ruang dalaman kenderaan, alas kaki dan cermin tingkap kenderaan.
10. Memastikan tayar dalam keadaan baik dan tekanan angin mencukupi.
11. Memastikan tayar ganti dan peralatan/perkakas asas termasuk Kit Bantuan Kecemasan dan Alat
Pemadam Api adalah dalam keadaan yang baik.
12. Memastikan keadaan absorber dan suspension adalah baik.
13. Memeriksa keadaan sistem stereng dan pastikan brek berfungsi.
14. Menentukan sistem hawa dingin dan sistem audio ditutup sebelum enjin dihidupkan.
15. Mengambil sedikit masa (sekurang-kurangnya 1 minit) untuk memanaskan enjin sebelum
memulakan perjalanan dan memastikan kenderaan berada dalam keadaan yang baik.
16. Memastikan pergerakan kenderaan hendaklah berdasarkan arahan Ketua Jabatan/Pegawai
Kenderaan.
17. Memastikan pemandu dan penumpang memakai tali pinggang keledar semasa menaiki
kenderaan.
18. Bagi kenderaan barang, memastikan muatan tidak berlebihan, tidak membahayakan dan
ditutup dengan kemas.
Tanggungjawab semasa memandu:
1. Memandu mengikut undang-undang dan peraturan lalu lintas.
2. Memberi tumpuan kepada pemanduan dan tidak memandu secara merbahaya seperti
memotong di laluan kiri atau memintas kenderaan lain secara merbahaya.
3. Tidak memandu melebihi had laju yang ditetapkan.
4. Tidak merokok di dalam kenderaan.
5. Tidak menggunakan telefon bimbit semasa memandu.
6. Peka dengan keadaan perjalanan enjin, kotak gear dan kelancaran kenderaan semasa
perjalanan dan membuat catatan jika terdapat masalah teknikal atau jika perlu mengambil
tindakan yang sesuai.
7. Peka dengan keadaan persekitaran semasa perjalanan.
Tanggungjawab selepas tamat perjalanan:
1. Memastikan bahan api diisi penuh sebelum memulangkan kenderaan untuk disimpan.
2. Menutup suis sistem pendingin hawa dan audio sebelum enjin dimatikan serta tarik brek tangan
dengan sempurna.
3. Mengisi butiran Buku Log dengan betul dan kemas.
4. Membersihkan kenderaan dengan sebaik-baiknya.
5. Menyimpan kenderaan dengan baik di tempat yang selamat.
6. Melaporkan kecacatan atau kerosakan yang dikesan pada kenderaan sepanjang penggunaan
kepada Pegawai Kenderaan
7. Memulangkan kunci kenderaan, kad inden dan kad Sistem Bayaran Tol Tanpa Resit serta
SmartTag kepada Pegawai Kenderaan.
8. Mendapatkan butiran perjalanan berikutnya dan pastikan jalan yang akan dilalui.
12
Tanggungjawab sekiranya berlaku kemalangan
Apabila berlaku kemalangan, pemandu pegawai yang terlibat/Ketua Jabatan hendaklah membuat
laporan polis dalam tempoh 24 jam. Bagi Kenderaan Kerajaan, kecuali kereta konsesi, tindakan
susulan hendaklah dibuat mengikut Pekeliling Perbendaharaan Bilangan 7 Tahun 1985 dan
pindaannya
17.0 GURU KANAN MATA PELAJARAN (GKMP)
1. Memimpin guru-guru menentukan dan merancang Rancangan Tahunan dan Harian dan lain-
lain yang berkaitan dengan bidangnya
2. Memimpin perjalanan panitia-panitia mata pelajaran di bawah kawalannya
3. Menjalankan penyeliaan ke atas aktiviti pengajaran dan pembelajaran
4. Menentukan bahan sumber pendidikan digunakan dan diselenggarakan dengan berkesan
5. Membantu dan membimbing guru pelatih dalam latihan mengajar, guru-guru yang baharu dan
guru-guru sandaran dalam menjalankan tugas-tugas mereka
6. Mengkaji segala jenis laporan yang berkaitan dengan bidangnya dan mengambil tindakan
sewajarnya
7. Menyelaraskan pengurusan dan perjalanan aktiviti-aktiviti bimbingan, pemulihan dan
pengayaan
8. Membantu dalam perancangan program dan penyelarasan kegiatan kurikulum yang dijalankan
oleh sekolah, Pejabat Pendidikan Daerah / Bahagian Jabatan Pendidikan Negeri dan
Kementerian Pendidikan Malaysia
9. Membantu menjalankan kursus, taklimat, penerangan dan perjumpaan di sekolah dalam
konteks perkembangan staf
10. Mendapat dan menyebarkan maklumat-maklumat terbaharu mengenai pengkaedahan dan
pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan kepada guru-guru
11. Menjalankan usaha mempertingkat dan memperluas amalan menggunakan bahasa Melayu
sebagai bahasa ilmu yang merentas kurikulum
12. Menyediakan anggaran belanjawan tahunan sekolah dan mengawal perbelanjaan
13. Membantu menyelaras penyediaan Penyata Kewangan untuk urusan audit tahunan
14. Menjaga dan menyemak stok dan inventori segala peralatan barang atau bahan yang berkaitan
dengan bidangnya
18.0 GURU MATA PELAJARAN
1. Menyediakan rancangan pelajaran untuk tempoh setahun / harian bagi mata pelajaran yang
diajar dalam Rancangan Rekod Mengajar
2. Menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran yang efektif untuk memastikan murid-murid
dapat memahami pelajaran yang diajar
3. Memeriksa buku latihan murid masing-masing dan memulangkan dengan segera selepas
semakan / pemeriksaan untuk tugas selanjutnya. Pastikan murid membuat kerja pembetulan
sebelum latihan selanjutnya
4. Menggubal soalan peperiksaan prestasi
5. Memeriksa skrip jawapan murid
6. Memeriksa kerja kursus murid
7. Menghantar buku latihan / nota kepada Ketua Bidang / Ketua Panitia untuk semakan atau
pemeriksaan apabila dikehendaki
8. Memastikan keselamatan murid semasa menjalankan pengajaran di makmal, bengkel atau
semasa membuat kerja-kerja di luar bilik darjah
13
9. Menggunakan alat-alat bantuan mengajar dengan sistematik dan meluas. Guru hendaklah
memastikan keselamatan alat-alat bantu mengajar dan membantu Guru Pusat Sumber dalam
menjaga keselamatan dan kebersihan dan kekemasan alat-alat serta bilik sumber
19.0 GURU KELAS
PENDAFTARAN KEMASUKAN MURID BAHARU
1. Daftar murid baharu dan serahkan borang pendaftaran murid baharu kepada Jawatankuasa
Pendaftaran untuk didaftarkan. Dapatkan nombor pendaftaran daripada JK Pendaftaran dan isi
maklumat murid ke dalam buku pendaftaran seperti ditentukan oleh JK Pendaftaran. Tarikh
pendaftaran mestilah mengikut tarikh hari pertama murid hadir ke sekolah
2. Menyemak dokumen/maklumat peribadi murid. Jika tiada fail peribadi dibawa bersama / tidak
diterima dari sekolah asal dalam masa dua minggu, sila buat surat susulan memohon maklumat
/fail peribadi murid dari sekolah asal. Dapatkan borang permohonan dari pejabat dan
berurusan dengan PT yang bertanggungjawab
PERTUKARAN MURID KE SEKOLAH LAIN / LUAR NEGERI
1. Ibu bapa/waris bagi murid yang hendak bertukar perlu berjumpa pengetua/ PK HEM terlebih
dahulu seterusnya mendapatkan borang pertukaran daripada pejabat . Borang yang
dilengkapkan perlu dihantar ke pejabat untuk dipanjangkan ke PPD/ JPN
2. Murid tidak boleh bertukar sekolah selagi tiada jawapan dari PPD/ JPN. PK HEM akan
memaklumkan tentang kelulusan rasmi daripada pihak PPD/JPN
3. Pertukaran murid dan pemotongan nama daripada Jadual Kedatangan hanya dibuat setelah
mendapat kelulusan pihak sekolah dan memastikan hanya ruangan catatan kedatangan sahaja
dipotong. Nama murid berkenaan hendaklah dipotong seperti berikut:
Cara Betul Berhenti mulai 6 . 3. 10
Mac 1 2 3 4 5 6 7 Bertukar ke SMK Pitas
mulai 3.3.10
Aisyah bt
Syukri
Carmen
Lim Ji
4. Memastikan buku-buku SPBT dipulangkan ( jika murid ingin membawa bersama buku-buku
tersebut, minta murid mengisi borang yang disediakan oleh JK SPBT)
5. Pastikan semua bayaran sekolah dijelaskan
6. Serahkan ke pejabat perkara-perkara berikut untuk tindakan:
a. Fail Peribadi
b. Kad 001
c. Kad Kesihatan
d. Markah ujian lisan
e. Markah kerja kursus
f. Peka Sains
g. Markah kokurikulum
h. dan lain-lain yang berkenaan
KEHADIRAN
1. Jika mana-mana murid tidak hadir lebih daripada tiga hari, Guru Kelas hendaklah
menghubungi ibu bapa/penjaga melalui Pengetua berdasarkan jadual berikut:
14
Surat Hari Tidak Hadir (P) Hari Tidak Hadir (P)
Amaran Pertama Berturut-turut Bukan Berturut-turut
Amaran Kedua Pada hari ke - 3 Pada hari ke – 10
7 hari selepas Amaran 10 hari lagi selepas
Amaran Terakhir Pertama Amaran Pertama
( Hari Ke - 11) (Hari Ke - 20)
* Surat Tunjuk Sebab
(Surat Berdaftar) 7 hari selepas Amaran 20 hari lagi selepas
Jumlah Hari Tidak Kedua Amaran
Hadir (Hari Ke - 18) Kedua (Hari Ke - 40)
Setelah Cukup 31 Hari Setelah Cukup 60 Hari
31 hari 60 hari
* Buang Sekolah * Buang Sekolah
2. Surat-surat berkenaan boleh didapatkan dari pejabat dan diisi dalam tiga salinan – untuk waris
murid, fail sekolah dan fail register.
3. Meminta murid membawa surat daripada doktor sekiranya tidak hadir ke sekolah. Surat
daripada ibu bapa / penjaga untuk kes-kes kecemasan sahaja. Semua surat menyurat tidak
hadir termasuk surat doktor mesti disimpan dalam fail bersama buku JKM
4. Guru Kelas diminta menelefon ibu bapa/ waris sekiranya masih tidak dapat respons selepas
surat-surat dihantar dan merekod didalam borang yang disediakan di pejabat.
TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB GURU KELAS DAN PENYELARAS TINGKATAN DALAM
PENGURUSAN BUKU JADUAL KEDATANGAN MURID
1. Buku Jadual Kedatangan Murid merupakan dokumen rasmi. Semua butir–butir murid perlu
dilengkapkan dengan kemas, jelas dan tepat. Penggunaan cecair pemadam adalah dilarang.
Sebarang pembetulan hendaklah dipotong dengan satu garis yang kemas serta ditandatangani
2. Guru Kelas akan menerima senarai nama murid daripada Pengetua/Penolong Kanan bagi
sesebuah kelas
3. Guru Kelas perlu menyiapkan senarai kedatangan sementara seperti JKM sebenar selewat-
lewatnya pada minggu akhir Januari
4. Senarai nama mestilah ditulis mengikut abjad dan pastikan semua butiran berikut
dilengkapkan :
a. Nama murid
b. Jantina
c. Bilangan sekolah
d. Tarikh masuk
e. Bangsa
f. Agama
g. Nombor kad pengenalan
h. Tarikh lahir
i. Nombor surat beranak
j. Umur pada 1 Jan. tahun berkenaan
k. Nama ibu bapa/penjaga
l. Pertalian murid dengan ibu bapa/penjaga
m. Alamat ibu bapa/penjaga
n. No. telefon ibu bapa/penjaga
o. Pekerjaan ibu bapa/penjaga
15
5. Mendapatkan Nombor Bilangan Sekolah daripada buku Daftar Kemasukan Sekolah bagi murid
baru berpindah masuk ( Pastikan pendaftaran murid telah dilengkapkan selewat-lewatnya
pada minggu pertama Februari). Bagi murid Tingkatan 2 – 5 nombor bilangan sekolah boleh
dirujuk dalam Jadual Kedatangan Murid tahun sebelumnya.
6. Semak semua butiran untuk memastikan tidak berlaku kesilapan sebelum menyalin senarai
nama dan maklumat diri murid ke dalam JKM sebenar dan SMM
7. Guru Kelas perlu menandakan kedatangan harian murid sendiri dan meletakkan semula JKM ke
rak di pejabat selewat-lewatnya pada pukul 9.00 pagi
8. Memenuhkan senarai nama mengikut abjad dalam ruang Ringkasan Yuran-yuran dan
mendapatkan nombor resit yuran daripada Kerani Kewangan di pejabat
9. Pada akhir bulan, pastikan semua ruang diisi, dijumlahkan dan dipindahkan ke bulan hadapan.
10. Memastikan nama murid dipindahkan pada akhir bulan sebelumnya.
11. Sekiranya ada murid baharu masuk, atur semula senarai nama mengikut abjad, (susunan murid
lelaki didahulukan, diikuti murid perempuan)
12. Guru Kelas menandakan kedatangan dengan cara:
tandakan / untuk murid yang hadir
tandakan O untuk murid yang tidak hadir
tandakan L untuk murid yang lewat
tandakan P untuk murid yang ponteng
tandakan untuk murid yang hadir dengan kenyataan ibubapa atau
penjaga yang sah.
tandakan W untuk murid yang mewakili sekolah
13. Jumlahkan kedatangan harian:
jumlah murid yang tidak hadir
jumlah murid yang hadir
14. Pada akhir bulan: jumlah murid sepatutnya dalam kelas
jumlahkan murid tidak hadir dalam bulan berkenaan
jumlahkan murid tidak hadir sehingga bulan berkenaan
jumlahkan bilangan hari murid hadir sehingga bulan berkenaan
jumlahkan bilangan hari sepatutnya hadir dalam bulan berkenaan
jumlahkan bilangan hari sepatutnya hadir sehingga akhir bulan
berkenaan
menulis jumlah kedatangan sebenarnya dalam ruang ringkasan
menulis jumlah kedatangan sepatutnya dalam ruang ringkasan
menulis peratus kedatangan
menulis hitung panjang kedatangan
menulis bilangan murid yang masuk
menulis bilangan murid yang keluar
menulis bilangan murid pada akhir bulan
menulis hitung panjang ramai murid
tandatangan Guru Tingkatan
15. Semakan JKM akan dibuat oleh Penyelaras Tingkatan pada akhir setiap bulan. Borang semakan
diserahkan kepada PK HEM
16. Penyelaras Tingkatan akan mengambil alih tugas Guru Kelas apabila Guru Kelas tiada di sekolah
17. Guru Kelas perlu memaklumkan kepada Penyelaras Tingkatan sekiranya mempunyai maklumat
awal ketiadaannya di sekolah pada sesuatu hari atas hal-hal rasmi
18. Dalam keadaan di mana kedua-dua Guru Kelas atau Penyelaras Tingkatan tiada di sekolah,
Kaunselor akan mengambil alih tugas ini.
16
19. Pada akhir sesi persekolahan tahun berkenaan pastikan ;-
a. semua butiran dalam bulan Januari hingga Disember telah dilengkapkan
b. semua nombor resit yuran dan pembayaran lengkap dikemas kini
c. semua ruang dalam Analisa Kedatangan Setahun lengkap dan
ditandatangani
d. Menyerahkan buku JKM ke pejabat pada Hari Akhir Persekolahan
KEPERLUAN FIZIKAL KELAS DAN KESELAMATAN DI DALAM KELAS
1. Menjaga keadaan fizikal kelas serta alat perabot yang lengkap dan melaporkan mengenai
kerosakan dengan segera kepada pihak sekolah/ JK Bangunan, Perabot dan Penyelenggaran
supaya tindakan dapat diambil
2. Memastikan kelas sentiasa dalam keadaan bersih, kemas, cantik dan selamat
3. Melengkapkan borang dan memastikan perkara-perkara dalam daftar inventori dipatuhi
4. Memastikan peralatan dan perabot di dalam kelas mencukupi. Jika tidak, perlu dimaklumkan
kepada Jawatankuasa Aset Alih Kerajaan.
5. Memberi kesedaran dan kefahaman kepada murid tentang keselamatan di dalam kelas
6. Menerima aduan murid , merekod dan mengambil tindakan
7. Melaporkan kemalangan yang berlaku
DISIPLIN
1. Guru Kelas dan guru mata pelajaran harus bekerjasama dengan Guru Disiplin bagi mengekalkan
disiplin sekolah. Guru Kelas perlu melaporkan kepada Guru Disiplin tentang sebarang kes
pelanggaran disiplin dan tindakan yang dilakukan. Rujuk kes disiplin dan jenis kesalahahan /
hukuman
2. Guru Kelas / guru mata pelajaran perlu melapor segera tentang sebarang kemalangan yang
berlaku di dalam kelas kepada Pengetua dan Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
3. Semua guru mata pelajaran hendaklah menyelesaikan masalah disiplin yang timbul semasa
waktu P & P dan membuat catatan di dalam Buku Pengesanan Kelas
4. Jika tidak dapat diselesaikan, bawa kes kepada Guru Kelas dan juga Guru Disiplin
5. Guru mata pelajaran yang meminjam murid semasa waktu guru lain, sila minta kebenaran guru
tersebut dan catatkan nama-nama murid yang keluar serta waktunya dalam buku pengesanan
kelas
6. Murid yang hendak keluar untuk sesi kaunseling perlu menyerahkan surat daripada Kaunselor.
Masa murid keluar dan masuk dicatatkan dalam buku pengesanan
7. Guru-guru juga perlu membuat semakan dari masa ke masa kes-kes pelanggaran disiplin dalam
kalangan murid seperti rambut, kuku, tag nama, panefore, warna rambut atau pemakaian
aksesori dan lain-lain barang larangan khususnya telefon bimbit
KEBENARAN KELUAR / MASUK KELAS
1. Kebenaran keluar masuk boleh diberi oleh guru yang mengajar pada masa itu sahaja
menggunakan tag nama
2. Semua guru diharap dapat memberi kerjasama supaya hanya murid yang perlu sahaja
dibenarkan keluar. Hal ini bertujuan supaya murid tidak menyalahgunakan masa yang
merugikan mereka
3. Pengawas atau Ketua Kelas tidak boleh membenarkan murid lain keluar kelas
4. Jika berlaku juga, mereka hendaklah melaporkan segera kepada guru mata pelajaran berkenaan
KEBERSIHAN DAN KEKEMASAN
BILIK KELAS
1. Memastikan kelas mempunyai organisasi kelas dan telah mempunyai jadual bertugas harian
2. Guru perlu mengingatkan murid tentang kebersihan kelas iaitu sebelum 7.00 pagi. Seramai tiga
orang murid yang dibertanggungjawab perlu berada di kelas dan kawasan angkat untuk
melaksanakan tugas
17
3. Semua sampah di dalam kelas mesti dibuang ke dalam tong sampah (besar) atau di tempat
buang sampah
4. Kerusi dan meja hendaklah disusun teratur dan kemas sepanjang masa
5. ‘White board’ hendaklah dibersihkan
6. Guru waktu akhir perlu memastikan murid membuang sampah , menyusun kerusi meja, serta
menutup suis dan pintu kelas
7. Semua kelas hendaklah dihias dengan sempurna dan papan kenyataan dalam kelas hendaklah
dipenuhi dengan artikel-artikel yang berunsurkan ilmu pengetahuan. Hiasan kelas boleh
mengikut kreativiti murid dengan bimbingan guru
8. Mempastikan papan kenyataan di dalam kelas digunakan dengan berfaedah dan wajib
dilengkapi dengan :
a. jadual waktu kelas
b. carta organisasi kelas
c. jadual bertugas murid
d. pelan kawad kebakaran
e. visi dan misi sekolah
f. Rukun Negara
g. inventori kelas
h. senarai nama murid
i. peraturan kelas dan lain-lain bahan ilmiah mengikut subjek
9. Memastikan kelas mempunyai peralatan berikut :
a. penyapu
b. bakul sampah
c. pemadam
d. penyodok
e. marker pen
f. kain pengelap tingkap
g. buku pengesanan kelas
h. buku bintang lima
i. buku laporan mesyuarat MGT- MKT
TUGAS BUKU PENGESANAN KELAS
1. Guru Kelas / guru mata pelajaran waktu pertama perlu memastikan tarikh, nama guru, jumlah
kehadiran, nama murid tidak hadir, nama murid yang lewat dicatatkan setiap hari
2. Penyelaras Tingkatan perlu menyemak buku pengesanan setiap hari Khamis dan merekodkan
kesalahan murid untuk dipanjangkan kepada guru disiplin
3. Guru Kelas juga perlu sentiasa peka kepada catatan disiplin yang direkodkan oleh guru-guru
subjek
HAL EHWAL BIASISWA DAN BANTUAN
1. Guru Biasiswa diminta untuk memberikan senarai nama dan nombor biasiswa murid yang
menerima biasiswa kepada Guru-guru Kelas setelah menerimanya daripada pihak JPN/ PPD
2. Guru Kelas perlu mengenal pasti murid yang memerlukan biasiswa atau bantuan lain dan
menyerahkan senarai tersebut kepada JK Biasiswa dan Kebajikan murid pada awal tahun dan
akhir tahun jika murid ini masih belum mendapat apa-apa bantuan
KAD 001 MURID
1. Guru Kelas harus memastikan semua murid mempunyai fail peribadi dan kad 001, kad
kesihatan, kad pergigian. Jika hilang, minta murid beli daripada koperasi sekolah
2. Semua butir 1 -7 dalam kad 001 mesti dikemas kini dengan butir terkini berserta foto murid
3. Butiran peperiksaan perlu dilengkapkan seminggu selepas keputusan Peperiksaan Pertengahan
Tahun dan Peperiksaan Akhir Tahun
18
4. Kad yang telah dikemas kini perlu diserahkan kepada Kaunselor sebelum minggu akhir tamat
sesi persekolahan
SKIM INSURAN TAKAFUL
1. Guru Kelas perlu melaporkan dengan segera jika ada murid yang terlibat dalam sebarang
kemalangan yang mengakibatkan kecederaan / kematian atau kemalangan biasa kepada Guru
Kebajikan / PK HEM
2. Aduan / laporan secara lisan hendaklah dibuat dengan segera dan laporan bertulis hendaklah
dihantar dalam tempoh 30 hari oleh PT kepada pihak Takaful.
3. Pengesahan / Laporan bertulis daripada pihak hospital perlu disertakan semasa permohonan
tuntutan dibuat
SIJIL BERHENTI DAN SURAT AKUAN
1. Semua Guru Kelas bertanggungjawab menyediakan sijil dan surat akuan tersebut untuk murid
Tingkatan 5 dan murid-murid berpindah yang memerlukannya.
2. Guru Kelas perlu memastikan murid melengkapkan borang asal dan memastikan butiran tepat
sebelum menaip masuk butiran dalam komputer mengikut format yang disediakan (rujuk
folder masing-masing)
3. Sijil sebenar boleh diambil daripada PK HEM dan pastikan butiran yang ditaip, disemak dan
tiada kesilapan sebelum dicetak
4. Sijil dan surat akuan yang telah dicetak, difailkan dan dihantar ke pejabat untuk ditandatangani
oleh Pengetua
5. Tarikh sijil mestilah berdasarkan tarikh hari akhir persekolahan pada sesuatu sesi
persekolahan
20.0 GURU BERTUGAS HARIAN
1. Guru bertugas harian hendaklah datang sekurang-kurangnya 15 minit sebelum perhimpunan
pagi diadakan dan bertugas mengikut masa yang ditetapkan oleh pentadbir.
2. Memastikan bilik-bilik kelas telah disapu, sampah-sarap telah dibuang dan lampu serta kipas/
tingkap telah ditutup setelah tamat persekolahan
3. Mengawasi disiplin murid di luar waktu belajar seperti waktu rehat dan waktu sebelum loceng
pertama dibunyikan sekitar kawasan sekolah dan mengambil tindakan yang segera dan
munasabah jika perlu
4. Mengawasi kebersihan bilik-bilik kelas, tandas, kantin, bilik-bilik khas dan kawasan sekolah
5. Memeriksa kebersihan makanan yang dijual di kantin sekolah
6. Menguruskan rawatan murid yang sakit dan menghantar mereka ke hospital/ ke rumah
7. Mengeluarkan surat kebenaran ke hospital dan merekodkan nama murid yang memohon
8. Mengawasi murid menepati waktu datang dan pulang ke sekolah, masa rehat dan masa
pertukaran guru
9. Menguruskan hal-hal bersabit dengan kehilangan barang-barang
10. Menentukan keselamatan murid di sekitar kawasan sekolah serta mengawasi harta benda
sekolah
11. Mencatatkan kegiatan-kegiatan sekolah seperti sukan, persatuan-persatuan, unit beruniform
dan aktiviti-aktiviti lain yang dijalankan
12. Membuat catatan mengenai perkara-perkara penting yang berlaku sepanjang hari/ minggu
persekolahan ke dalam Buku Laporan Bertugas. Antara perkara yang dicatat ialah:
a. kedatangan murid, guru dan staf sokongan
b. murid ponteng, tidak hadir atau sakit
c. lawatan-lawatan, pelawat
d. ucapan/ pengumuman-pengumuman dalam perhimpunan
e. laporan hari Isnin ditulis di dalam buku khas mengenai perhimpunan
19
13. Membuat laporan dalam Buku Laporan Bertugas yang disediakan dan kalau perlu laporkan
terus kepada Pengetua supaya tindakan segera dapat diambil
14. Perhimpunan ;-
a. Memastikan semua guru dan murid menghadiri perhimpunan
b. Memastikan bendera-bendera, pembesar suara dan tempat duduk guru telah
disediakan
c. Memastikan murid telah beratur dengan kemas
21.0 GURU BIASISWA
1. Meneliti pekeliling dari KPM, JPN dan pihak penaja untuk memastikan syarat dipenuhi.
2. Menyimpan rekod/data pemegang biasiswa mengikut jenis dan tingkatan.
3. Mengedarkan borang biasiswa kepada murid mengikut masa tawaran.
4. Menyemak permohonan biasiswa, menentukan tarikh penghantaran, membuat penilaian dan
perakuan.
5. Memastikan bantuan biasiswa dibankkan dan diagihkan kepada pemegang dengan segera.
6. Memaklumkan ibu bapa/penjaga murid yang berjaya mendapat biasiswa.
7. Menentukan murid yang layak untuk dipertimbangkan bantuan KWAMP.
8. Menyemak prestasi pemegang biasiswa dan menyampaikan laporan kepada PK HEM.
9. Menghantar surat amaran kepada ibu bapa /penjaga bagi pemegang biasiswa yang prestasi
akademiknya merosot/mempunyai masalah disiplin sekolah.
10. Menentukan semua pemegang biasiswa mempunyai akaun dengan Bank Simpanan Nasional.
11. Memastikan daftar buku atau rekod penerimaan cek /baucer di pejabat dikemaskini.
12. Mewujudkan borang kawalan pengeluaran dan penggunaan wang biasiswa.
13. Memastikan semua dokumen disimpan di tempat berkunci dan selamat.
22.0 GURU DATA DAN MAKLUMAT
PENGURUSAN DATA DAN MAKLUMAT
1. Bertanggungjawab dalam merancang pengurusan data dan maklumat pendidikan (Modul
Pengurusan Sekolah (MPS) peringkat sekolah yang diarahkan oleh Bahagian di KPM, JPN,
PPD dan sekolah serta lain-lain agensi kerajaan
2. Membantu guru dan staf sokongan dari segi teknikal pengurusan Sistem Aplikasi Berkomputer
selain daripada Modul Pengurusan Sekolah
3. Membantu dalam penyelenggaraan dan rangkaian komputer yang digunakan untuk pengurusan
data Modul Pengurusan Sekolah (MPS); namun bagi Sekolah Bestari, tanggungjawab teknikal
dibuat oleh Penyelaras Teknologi Maklumat
4. Memberi khidmat nasihat kepada guru berkenaan pengurusan data dan maklumat peringkat
sekolah
5. Menjadi Setiausaha Jawatankuasa Pengurusan Maklumat Sekolah (JPMS)
PENGURUSAN ORGANISASI
1. Melaksanakan Pentaksiran Berasaskan Sekolah
2. Melaksanakan pembangunan sumber manusia meliputi latihan personel
3. Mengadakan program lawatan dan hubungan dengan pihak luar
PENGURUSAN KURIKULUM
1. Melaksanakan pengajaran dan pembelajaran mengikut jadual dan pekeliling yang telah
ditetapkan
2. Melaksanakan program panitia bagi meningkatkan tahap profesionalisme guru dan pencapaian
murid
20
PENGURUSAN HAL EHWAL MURID
1. Melaksanakan program disiplin murid
2. Melaksanakan pengurusan kesihatan, kebajikan dan keceriaan sekolah
PENGURUSAN KOKURIKULUM
1. Melaksanakan program Unit Beruniform, Kelab dan Persatuan, Sukan dan Permain
23.0 GURU DISIPLIN
1. Membantu Pengetua merangka peraturan sekolah
2. Memastikan penerapan dan penghayatan nilai-nilai murni dipraktikkan di sekolah
3. Memastikan peraturan sekolah dikuatkuasakan dan dipatuhi
4. Mengambil tindakan terhadap kes-kes salah laku murid
5. Melaksanakan hukuman disiplin sekiranya diwakilkan oleh Pengetua
6. Menjadi Pegawai Perhubungan antara pihak sekolah dengan ibu bapa/ penjaga dalam
menangani masalah disiplin
7. Bertanggungjawab menimbulkan semangat kekitaan dan semangat sekolah dalam kalangan
murid dan guru
8. Mencatatkan semua kes disiplin yang telah diambil tindakan dalam borang disiplin/ buku
laporan disiplin
9. Melaporkan kes disiplin yang telah diambil tindakan dalaman kepada Penolong Kanan HEM
seminggu sekali
24.0 GURU JADUAL WAKTU
1. Menyediakan jadual waktu pelajaran untuk guru mata pelajaran dan Guru Kelas berdasarkan
maklumat agihan mata pelajaran mengikut penyeliaan GPK Pentadbiran dan persetujuan
Pengetua
2. GPK Pentadbiran dan Guru Jadual Waktu mengadakan perbincangan dengan Ketua Panitia
sebelum penyediaan jadual waktu di sediakan bagi memastikan taburan mata pelajaran dapat
diagihkan secara optimum dan berkesan dalam kalangan guru opsyen dan bukan opsyen
dengan persetujuan Pengetua
3. Mengkaji dan mengubah suai semual jadual waktu jika terdapat perubahan dari segi tenaga
pengajar dan keperluan dari semasa ke semasa
4. Memaklumkan kepada semua guru berkaitan sebarang perubahan jadual waktu yang dibuat
oleh Guru Jadual Waktu dengan penyeliaan GPK Pentadbiran dan persetujuan Pengetua
25.0 GURU KAUNSELING
1. Mengenal pasti keperluan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling sekolah melalui kajian
keperluan, soal selidik, temu bual dan perbincangan dengan murid, guru, pentadbir, kakitangan
sekolah dan bekas murid
2. Menyediakan Rancangan Tahunan Program dan aktiviti perkhidmatan bimbingan dan
kaunseling di sekolah
3. Merancang, melaksana dan mengawal selia sesi bimbingan dan kaunseling individu dan
kelompok secara profesional dan beretika
4. Merancang, mengelola dan melaksana aktiviti bimbingan individu dan kelompok serta tunjuk
ajar (instructional) yang merangsang perkembangan murid secara optimum
5. Merancang, menyedia dan menyebar maklumat bimbingan dan kaunseling kepada semua
murid melalui media yang sesuai
21
6. Merancang, mentadbir, memeriksa, merekod, menganalisis, mentafsir dan melapor pentaksiran
psikometrik berdasarkan arahan Kementerian Pendidikan Malaysia dari semasa ke semasa
7. Merancang, mengawal selia dan mengemas kini rekod dan inventori murid yang berkaitan
dengan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling
8. Merancang, melaksana, mengawal selia serta menilai program dan aktiviti konsultasi dan
rujukan, berhubung dengan empat fokus utama perkhidmatan bimbingan dan kaunseling iaitu:-
a. Pembangunan dan Perkembangan Sahsiah Diri Murid
b. Peningkatan Disiplin Diri Murid
c. Pendidikan Kerjaya Murid
d. Psikososial dan Kesejahteraan Mental Murid
9. Merancang, melaksana, mengawal selia serta menilai program, aktiviti dan konferens dengan
ibu bapa, guru, staf sokongan serta agensi kerajaan dan bukan kerajaan yang terlibat dalam
proses pendidikan dan perkembangan murid
10. Merancang, menyelaras dan menilai sumber serta bahan resos berkaitan perkhidmatan
bimbingan dan kaunseling di sekolah
11. Setiausaha kepada Jawatankuasa Penyelaras Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling di
sekolah
12. Penggerak utama dalam program latihan bagi meningkatkan kefahaman profesionalisme
perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di sekolah
13. Membuat rujukan atau memberi khidmat kaunseling kepada murid, guru, kakitangan serta
sesiapa sahaja yang memerlukan, sekiranya berlaku krisis dalam kawasan sekolah
14. Pegawai perhubungan / seranta sekolah dengan agensi-agensi luar yang berkaitan
15. Menubuhkan, memilih dan melatih secara berterusan Pembimbing Rakan Sebaya dalam aspek
pengetahuan dan kemahiran menolong
26.0 GURU PERPUSTAKAAN DAN MEDIA
1. Merancang dan mengajar kemahiran maklumat antara 8 hingga 12 waktu seminggu.
2. Merancang dan melaksanakan dasar dan program tahunan Pusat Sumber Sekolah bersama-
sama Pengetua, Kakitangan Pusat Sumber Sekolah, guru dan murid-murid sekolah
3. Merancang dan mengurus belanjawan tahunan Pusat Sumber Sekolah bersama AJK Kurikulum
sekolah dan (AJK Kerja PSS)
4. Merancang perolehan dan pembinaan koleksi yang komprehensif, seimbang dan kemas kini
5. Merancang dan melaksanakan program kemahiran maklumat dan perkhidmatan Pusat Sumber
Sekolah yang dapat menyokong pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran berasaskan sumber
6. Merancang dan mengurus program pembacaan (Program NILAM) dan pembudayaan ilmu
7. Merancang, melaksana dan menyelaras program pembangunan staf dan program latihan
dalaman berhubung dengan Pusat Sumber Sekolah
8. Merancang dan mengurus program promosi Pusat Sumber Sekolah
9. Bekerjasama dengan guru-guru dalam pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran berasaskan
sumber
10. Berhubung dan bekerjasama dengan Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Johor /PKG/
Perpustakaan Awam untuk meningkatkan perkhidmatan dan program Pusat Sumber Sekolah
11. Menyedia dan mengurus bahan-bahan Pusat Sumber Sekolah
12. Menyedia dan mengedar minit mesyuarat JK Induk Pusat Sumber Sekolah
13. Memantau dan mengawal selia pelaksanaan program Pusat Sumber Sekolah
14. Melaksanakan tugas semakan stok inventori peralatan Pusat Sumber Sekolah
15. Mempromosi dan menjadi ahli Persatuan Perpustakaan / Pusat Sumber Sekolah Negeri
16. Menjalankan penyelidikan /kajian tindakan berhubung dengan perkhidmatan Pusat Sumber
Sekolah melibatkan guru dan murid
17. Menyediakan laporan serta analisis pelaksanaan pembangunan, pengurusan, program dan
aktiviti serta kewangan Pusat Sumber Sekolah
22
18. Menghantar data dan laporan pelaksanaan Program Pusat Sumber Sekolah khasnya Laporan
Pusat Sumber Sekolah dan NILAM kepada BTP melalui BTPN pada setiap bulan
PENGURUSAN KURIKULUM
1. Melaksanakan PdPc mengikut pekeliling berkuatkuasa
27.0 GURU PENASIHAT BADAN UNIFORM/KELAB DAN PERSATUAN
1. Mematuhi dasar pelaksanaan kokurikulum KPM dan sekolah serta pekeliling-pekeliling yang
berkaitan dengan kokurikulum.
2. Memastikan Mesyuarat Agung diadakan bagi tujuan melantik Ahli Jawatankuasa dalam
kalangan murid.
3. Memastikan Minit Mesyuarat dan Laporan Aktiviti disediakan dan difailkan.
4. Memastikan ada Perlembagaan dan Peraturan yang perlu dipatuhi oleh ahli-ahli.
5. Memastikan jawatankuasa menjalankan tugas seperti terkandung dalam Perlembagaan.
6. Memastikan aktiviti selaras dengan visi,misi, objektif dan matlamat KPM dan sekolah.
7. Merancang aktiviti tahunan dengan kerjasama pelajar.
8. Merancang strategi untuk peningkatan kecemerlangan Pasukan Unit Beruniform dan
Persatuan.
9. Mendapatkan khidmat nasihat daripada mereka yang pakar dan Sarana Ibubapa.
10. Merancang meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan minat pelajar dalam unit beruniform
dan persatuan.
11. Memastikan aktiviti yang dirancang berjalan mengikut jadual yang ditetapkan.
12. Menandatangani Buku Kehadiran Ahli.
13. Menghadiri perjumpaan atau mesyuarat yang berkaitan dengan unit yang diwakili.
14. Memastikan undang-undang berkaitan unit beruniform dan persatuan dipatuhi.
15. Memilih dan melatih pasukan sekolah mengikut jadual dan takwim kokurikulum sekolah, PPD
dan JPN.
16. Menganjurkan pertandingan kokurikulum antara Rumah Sukan atau kelas di peringkat sekolah.
17. Mengurus penyertaan murid-murid dalam kegiatan di peringkat sekolah / kawasan / daerah /
negeri dalam pertandingan , lawatan atau projek yang dijalankan.
18. Menguruskan pengangkutan untuk pasukan sekolah ke pertandingan luar.
19. Menguruskan surat kebenaran ibu bapa/penjaga untuk ke pertandingan luar sekolah.
20. Melapor dan merekodkan keputusan-keputusan pertandingan yang disertai.
21. Menyediakan anggaran perbelanjaan untuk peralatan dan pengurusan.
22. Memastikan pengurusan kewangan dan harta benda/peralatan diurus dengan baik.
23. Menentukan peralatan dan kemudahan permainan sentiasa dalam keadaan baik, selamat dan
mencukupi untuk digunakan.
24. Mendaftarkan Unit Beruniform dan Persatuan dengan pihak berkaitan. (jika ada)
25. Menyemai semangat kokurikulum dalam kalangan pelajar.
26. Menilai prestasi pasukan sekolah dan mengambil langkah-langkah untuk mempertingkatkan
pencapaian.
27. Merekodkan nama murid dan pasukan yang cemerlang(johan daerah/negeri, wakil
daerah/negeri dan negara)
28. Menentukan Papan Kenyataan digunakan dengan sepenuhnya.
29. Memastikan tidak ada unsur subversif tersebar di kalangan ahli.
30. Mencadangkan nama ahli yang layak menerima Sijil Penghargaan kepada Jawatankuasa
Kokurikulum Sekolah.
31. Menghadiri kursus dari semasa ke semasa untuk meningkatkan ilmu dan kemahiran diri.
32. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Pengetua dan GPK Kokurikulum dari semasa
ke semasa.
23
28.0 GURU PENASIHAT SUKAN DAN PERMAINAN
1. Mematuhi dasar pelaksanaan kokurikulum KPM dan sekolah serta pekeliling-pekeliling yang
berkaitan dengan kokurikulum.
2. Memastikan Mesyuarat Agung diadakan bagi tujuan melantik Ahli Jawatankuasa dalam
kalangan murid.
3. Memastikan Minit Mesyuarat dan Laporan Aktiviti disediakan dan difailkan.
4. Memastikan ada Perlembagaan dan Peraturan yang perlu dipatuhi oleh ahli-ahli.
5. Memastikan jawatankuasa menjalankan tugas seperti terkandung dalam Perlembagaan
6. Memastikan aktiviti selaras dengan visi,misi, objektif dan matlamat KPM dan sekolah.
7. Merancang aktiviti tahunan dengan kerjasama pelajar.
8. Merancang strategi untuk peningkatan kecemerlangan Sukan dan Permainan.
9. Mendapatkan khidmat nasihat daripada mereka yang pakar dan Sarana Ibubapa.
10. Merancang meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan minat pelajar dalam permainan.
11. Memastikan aktiviti yang dirancang berjalan mengikut jadual yang ditetapkan
12. Menandatangani Buku Kehadiran Ahli.
13. Menghadiri perjumpaan atau mesyuarat yang berkaitan dengan unit yang diwakili.
14. Memastikan undang-undang sukan dan perlawanan dipatuhi.
15. Memilih dan melatih pasukan sekolah mengikut jadual dan takwim kokurikulum sekolah, PPD
dan JPN.
16. Menganjurkan pertandingan sukan antara Rumah Sukan atau kelas di peringkat sekolah.
17. Mengurus penyertaan murid-murid dalam kegiatan di peringkat sekolah / kawasan / daerah /
negeri dalam pertandingan , lawatan atau projek yang dijalankan.
18. Menguruskan pengangkutan untuk pasukan sekolah ke pertandingan luar.
19. Menguruskan surat kebenaran ibu bapa/penjaga untuk ke pertandingan luar sekolah.
20. Melapor dan merekodkan keputusan-keputusan pertandingan yang disertai.
21. Menyediakan anggaran perbelanjaan untuk peralatan dan pengurusan.
22. Memastikan pengurusan kewangan dan harta benda/peralatan diurus dengan baik.
23. Menentukan peralatan dan kemudahan permainan sentiasa dalam keadaan baik, selamat dan
mencukupi untuk digunakan.
24. Mendaftarkan sukan dan permaianan dengan pihak berkaitan. (jika ada)
25. Menyemai semangat kesukanan di kalangan pelajar.
26. Menilai prestasi pasukan sekolah dan mengambil langkah-langkah untuk mempertingkatkan
pencapaian.
27. Merekodkan nama pemain-pemain dan pasukan yang cemerlang(johan daerah/negeri, wakil
daerah/negeri dan negara)
28. Menentukan Papan Kenyataan digunakan dengan sepenuhnya.
29. Memastikan tidak ada unsur subversif tersebar di kalangan ahli.
30. Mencadangkan nama ahli yang layak menerima Sijil Penghargaan kepada Jawatankuasa
Kokurikulum Sekolah.
31. Menghadiri kursus dari semasa ke semasa untuk meningkatkan ilmu dan kemahiran diri.
32. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Pengetua dan GPK Kokurikulum dari semasa
ke semasa.
24
29.0 GURU RUMAH SUKAN
1. Mengurus latihan rumah sukan pada hari-hari yang ditetapkan
2. Guru dan murid wajib hadir pada waktu latihan rumah sukan. Kedatangan dicatat dalam buku
kehadiran
3. Memilih dan melatih pasukan olahraga dan permainan untuk pertandingan antara rumah sukan
4. Menghantar nama peserta yang berpotensi untuk pemilihan wakil sekolah
5. Merekodkan kedatangan murid dan mengambil tindakan terhadap murid yang tidak hadir
6. Mengawasi keselamatan murid waktu latihan
7. Menyemai semangat kesukanan dalam kalamgan murid
8. Sentiasa berbincang dengan Ketua Rumah Sukan untuk meningkatkan prestasi rumah sukan
30.0 KETUA PANITIA
1. Bertanggungjawab kepada pihak pentadbiran sekolah dalam kurikulum dan pentadbiran yang
berkaitan dangan bidangnya
2. Bertanggungjawab kepada pihak pentadbiran sekolah dalam perancangan dan pengurusan ko
kurikulum akademik( Kokuria ) yang berkaitan dengan bidangnya.
3. Membantu pihak pentadbiran sekolah mencerap, memantau dan menilai keberkesanan
pengajaran dan pembelajaran yang berkaitan dengan bidang tugasnya
4. Merancang dan melaksanakan program akademik untuk meningkatkan kecemerlangan
akademik dan sahsiah murid melalui program utama, sokongan, dan sampingan
5. Membantu pihak pentadbiran sekolah dalam semua aspek perancangan dan pengurusan
pendidikan yang berkaitan dengan bidang tugasnya
6. Membantu pihak pentadbiran sekolah menyelaras dengan pihak luar dalam hal-hal yang
berkaitan dengan bidangnya seperti penyeliaan Jemaah Nazir, pemantauan pegawai-pegawai
pelajaran daerah dan negeri dan sebagainya
7. Bertanggungjawab dalam penyediaan Folio A dan B dalam PKKP
31.0 SETIAUSAHA PEPERIKSAAN AWAM
1. Memberi maklumat mengenai mata pelajaran peperiksaan awam dan tempoh masa
pendaftaran
2. Menguruskan pendaftaran peperiksaan murid-murid untuk SPM.
3. Melakukan semakan pendaftaran dan menyiapkan borang-borang pendaftaran menduduki
peperiksaan
4. Menyusun dan mengatur angka giliran untuk memudahkan pengurusan
5. Bertanggungjawab untuk menyediakan kemudahan logistic sebelum bermula peperiksaan
mengikut standard Lembaga Peperiksaan Malaysia
6. Mengurus, menyimpan dan menyerah ke pejabat semua dokumen berkaitan pendaftaran
peperiksaan setelah selesai semua hal yang berkaitan dengan peperiksaan.
7. Bertanggungjawab untuk melangkapkan data dan menyediakan analisis peperiksaan dan
mempamerkan keputusan di Bilik Gerakan dan UPP
8. Memberi taklimat dari semasa ke semasa berkaitan sebarang input peperiksaan kepada semua
murid yang terlibat
9. Menyediakan data-data dan maklumat yang diperlukan dari semasa ke semasa apabila
diperlukan oleh Pengetua
25
32.0 SETIAUSAHA PEPERIKSAAN DALAMAN
1. Memaklumkan kepada semua murid tentang tarikh sebelum sesuatu peperiksaan atau ujian
dijalankan di peringkat sekolah
2. Menyediakan jadual waktu dan jadual giliran guru pengawas dan mengedarkan kepada semua
murid dan guru
3. Memastikan semua peperiksaan dalaman disediakan mengikut standard peperiksaan awam
4. Menyediakan kemudahan asas peperiksaan seperti kertas cetak, dakwat, kertas lukisan dan
lain-lain
5. Menyelia proses cetakan soalan oleh guru penyedia soalan dengan menyediakan takwim
tempahan (soalan disediakan dua minggu sebelum murid menduduki peperiksaan atau ujian)
6. Mengutip dan menyerahkan satu set soalan peperiksaan kepada penyelaras Bank Item untuk
disimpan bagi kegunaan rujukan dan latihan masa hadapan
7. Bertanggungjawab untuk melengkapkan data dan menyediakan analisis peperiksaan bersama
dengan Penyelaras Tingkatan dan mempamerkan keputusan di UPP
8. Memberi taklimat dari semasa ke semasa berkaitan sebarang input peperiksaan kepada semua
murid yang terlibat
9. Menyediakan data-data dan maklumat yang diperlukan berkaitan peperiksaan dalaman dari
semasa ke semasa apabila diperlukan oleh Pengetua
10. Menyediakan panduan peperiksaan yang boleh memudahkan pengurusan peperiksaan
33.0 SETIAUSAHA KURIKULUM
1. Bertanggungjawab kepada Jawatankuasa Kurikulum Sekolah
2. Mengeluarkan surat arahan kepada guru-guru untuk memanggil mesyuarat apabila diarahkan
oleh Pengetua atau GPK Pentadbiran
3. Menyediakan dan menulis minit mesyuarat Jawatankuasa Kurikulum Sekolah dan mesyuarat
guru-guru setiap kali mesyuarat diadakan
4. Membantu Pengetua dan GPK Pentadbiran menyediakan laporan dan maklumat berkaitan
dengan kurikulum dan akademik
5. Menerima dan melaksanakan arahan Pengetua atau GPK Pentadbiran dari semasa ke semasa
34.0 SETIAUSAHA KOKURIKULUM
1. Merancang dan menyusun semua aktiviti kokurikulum di sekolah
2. Menyelaras, menyelia dan menilai pelaksanaan semua program kokurikulum sekolah
3. Menentukan semua aktiviti kokurikulum berjalan dengan berkesan dan berterusan sepanjang
tahun
4. Menyelesaikan masalah berkaitan dengan aktiviti kokurikulum
5. Menyediakan takwim aktiviti kokurikulum sepanjang tahun
6. Berhubung dengan pihak-pihak luar dalam hal-hal berkaitan aktiviti kokurikulum
7. Mendapatkan laporan tentang aktiviti setiap bidang kokurikulum
8. Menyediakan anggaran perbelanjaan tahunan untuk disampaikan kepada pihak sekolah untuk
tindakan selanjutnya
9. Menyediakan minit mesyuarat Jawatankuasa Kokurikulum Sekolah
10. Menguruskan penilaian aktiviti kokurikulum
11. Mengumpulkan maklumat dan menyimpan rekod aktiviti kokurikulum
12. Merancang kursus pendek untuk AJK Tertinggi Persatuan/Kelab dan Badan Beruniform
13. Merekodkan semua pencapaian sekolah dalam pertandingan kokurikulum
14. Membantu merancang aktiviti kokurikulum sekolah-rancangan jangka panjang/pendek
15. Membantu mengadakan mesyuarat sekurang-kurangnya dua kali setahun
26
16. Membantu menentukan peraturan kokurikulum sekolah
17. Membantu menentukan takwim dan jadual aktiviti
18. Memastikan penglibatan murid menyeluruh
19. Memastikan sekolah mengambil bahagian dalam kegiatan kokurikulum peringkat
Daerah/Negeri/ Kebangsaan
20. Memastikan guru mematuhi takwim dan jadual kokurikulum
21. Menentukan tarikh Temasya Sukan Sekolah, Merentas Desa, Hari Kokurikulum dan kegiatan
lain
22. Menilai aktiviti kokurikulum dan membuat laporan tahunan
23. Memastikan konsep sukan untuk semua dan sukan untuk elit dilaksanakan di sekolah
35.0 SETIAUSAHA HAL EHWAL MURID
1. Membantu Penolong Kanan HEM dalam bidang HEM.
2. Menyelaras segala jenis program dalam bidang HEM yang dianjurkan oleh sekolah ,PPD JPN dan
KPM.
3. Menyelaras dan memantau pelaksanaan perancangan strategik (OPPM) dan operasi tahun
semasa bagi bidang HEM.
4. Membantu Penolong Kanan HEM dalam menyempurnakan analisis kehadiran murid setiap
kelas untuk setiap bulan.
5. Memastikan kemasukan e-kehadiran dalam APDM kelas sebelum jam 9.00 pagi setiap hari.
6. Menyelaras dan memastikan pendaftaran murid tahun semasa dijalankan dengan lancar dan
teratur.
7. Menentukan aktiviti HEM dapat dilaksanakan dengan berkesan dan berterusan sepanjang
tahun.
8. Mendapatkan laporan mengenai aktiviti setiap unit bidang HEM untuk difailkan dan diserahkan
kepada Penolong Kanan HEM.
9. Mengumpul maklumat dan menyimpan fail-fail unit HEM. Memantau dan menyemak fail-fail
unit HEM untuk memastikan semua fail unit HEM kemaskini, lengkap dan bersedia untuk
pemantauan Pihak Pengurusan ,PPD,JPN dan KPM.
10. Mengurus mesyuarat Jawatankuasa HEM termasuk urusan surat panggilan mesyuarat,
mencatat dan menyediakan minit mesyuarat dan maklumbalas mesyuarat ,memastikan bilik
/bahan/alatan mesyuarat disediakan.
11. Memastikan papan kenyataan unit HEM dikemaskini mengikut data terkini.
12. Melaksanakan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Pengetua/PK HEM dari semasa ke semasa.
36.0 SETIAUSAHA SUKAN
1. Menyediakan Jadual Rancangan Sukan Sekolah sesuai dengan rancangan MSSN/ MSSM
2. Membantu Ketua Guru Rumah dan guru permainan
3. Membantu GPK Kokurikulum membahagi tugas-tugas sukan kepada guru-guru
4. Mengagihkan murid-murid baharu ke rumah-rumah sukan
5. Mengatur jadual latihan dan pertandingan dalaman antara sekolah-sekolah.
6. Memastikan gelanggang sukan dan padang permainan adalah mengikut ukuran yang betul serta
mengurus persediaan dan penjagaan padang
7. Memberi pendedahan kepada guru-guru permainan tentang undang-undang permainan.
8. Mengawas dan menyediakan kegiatan sukan dan permainan
9. Menyediakan anggaran tahunan untuk perbelanjaan sukan
10. Bersama-sama guru, ketua rumah dan guru ketua pasukan bertanggungjawab menyimpan serta
menyelenggarakan stok sukan dengan sempurna dan kemas kini
11. Menyimpan rekod-rekod yang lengkap segala jenis perlawanan / persahabatan yang disertai
oleh sekolah sama ada di peringkat zon, negeri, kebangsaan dan sebagainya yang mengandungi:
27
a. Tarikh
b. Jenis pertandingan
c. Pasukan yang terlibat
d. Tempat pertandingan
e. Keputusan pertandingan
12. Membantu GPK Kokurikulum dalam merancang akitiviti selepas peperiksaan dalaman.
13. Membantu GPK Kokurikulum menyelaraskan kegiatan subjek Pendidikan Jasmani
14. Membantu GPK Kokurikulum mengelolakan kursus kemahiran dalaman sesuatu permainan
apabila diarahkan oleh Pengetua
15. Menjadi ‘laison’ kepada syarikat-syarikat, badan-badan atau sekolah bagi mendapatkan
kemudahan penggunaan padang dan sebagainya
16. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Pengetua atau GPK Kokurikulum dari
semasa ke semasa
37.0 JAWATANKUASA BADAN KEPIMPINAN PENGAWAS
1. Menyenaraikan dan mengemukakan calon pengawas kepada pentadbir.
2. Memilih dan melantik pengawas sekolah.
3. Menyediakan dan menerangkan bidang tugas dan jadual tugas pengawas.
4. Membimbing dan membantu pengawas dalam menguatkuasakan peraturan sekolah.
5. Mengadakan kursus kepimpinan/motivasi dan sebagainya untuk pengawas.
6. Memantapkan imej pengawas.
7. Mengadakan perjumpaan secara berkala.
8. Mengadakan sijil penghargaan kepada pengawas sekolah.
9. Memastikan semua pengawas mematuhi peraturan sekolah.
10. Membantu guru bertugas dalam menyelia murid agar bersedia dan beratur mengikut kelas
masing-masing semasa perhimpunan rasmi atau semasa aktiviti lain.
11. Bekerjasama dengan guru disiplin untuk melancarkan kawalan disiplin di sekolah dalam semua
majlis sekolah.
38.0 JAWATANKUASA 3K (KEBERSIHAN, KESELAMATAN DAN
KESIHATAN)
JAWATANKUASA PEMBANGUNAN FIZIKAL DAN KECERIAAN
1. Memastikan kemudahan fizikal sekolah seperti kelas, makmal, pusat sumber, bengkel,
gelangang permainan, padang, kantin dan tandas mencukupi
2. Memastikan kemudahan asas seperti air dan bekalan elektrik dibekalkan dengan sempurna
3. Melaporkan kepada Pengetua mengenai kekurangan dan kerosakan kemudahan fizikal sekolah
4. Menyediakan maklumat lengkap mengenai saiz bilangan dan kegunaan kemudahan-
kemudahan yang ada di sekolah
5. Menyediakan pelan kawasan sekolah, blok-blok bangunan, gelangang permainan, taman dan
kedudukan kelas
6. Mencadangkan kepada Pengetua kemudahan-kemudahan asas dan fizikal baharu yang
diperlukan oleh sekolah
7. Membantu Pengetua menganggarkan kos projek pembangunan kecil dan naik taraf peningkatan
8. Memastikan keselamatan kemudahan fizikal dan kemudahan asas selamat dan selesa untuk
digunakan
9. Bertanggungjawab atas segala yang berkaitan keindahan sekolah
28
JAWATANKUASA KESELAMATAN SEKOLAH
1. Membaca, memahami dan melaksanakan semua arahan yang dihantar oleh Kementerian
Pelajaran, Jabatan Pelajaran Negeri dan Pejabat Pelajaran Daerah
2. Merancang program keselamatan institusi sekolah seperti:-
a. Keselamatan lalu lintas
b. Keselamatan bangunan dan perabot
c. Keselamatan di makmal,bengkel dan bilik khas
d. Keselamatan persekitaran
3. Mewujudkan kerjasama sekolah dengan pihak polis, bomba, JKR dan lain-lain
4. Mengalakkan skim perlindungan diri kepada murid-murid
5. Memastikan sistem lalu lintas di kawasan sekolah dan kawasan berhampiran selamat
6. Menetapkan pergerakan lalu lintas dan tempat letak kereta pada waktu puncak dan majlis
rasmi sekolah
7. Meletakkan tanda amaran ‘BAHAYA’ di tempat merbahaya.
8. Menetapkan laluan tertentu untuk murid bagi mengelakkan kesesakan.
9. Memastikan alat pencegah kebakaran mencukupi dan berfungsi.
10. Memberitahu pihak pengurusan dan mendapatkan syarikat yang memeriksa alat keselamatan.
11. Mengadakan latihan kebakaran dan mengosongkan bangunan sekurang-kurangnya dua kali
setahun dan membuat laporan.
12. Mengenalpasti dan menetapkan laluan dan pergerakan murid semasa latihan kebakaran.
13. Memastikan peraturan, pelan laluan semasa latihan kebakaran di tampal di papan kenyataan
pejabat, semua bilik khas, makmal , bengkel dan bilik darjah.
14. Mengadakan ceramah keselamatan kepada murid.
JAWATANKUASA KESIHATAN
1. Mengurus dan memastikan bilik rawatan dan peti ubat disediakan dan lengkap.
2. Menyediakan peraturan penggunaan bilik rawatan.
3. Mengumpul dan menguruskan kad kesihatan dengan kerjasama GBK/guru kelas/penyelaras
tingkatan.
4. Bertanggungjawab menguruskan pemeriksaan kesihatan gigi oleh Jabatan kesihatan.
5. Menyediakan jadual tugas dan memastikan kebersihan bilik rawatan.
6. Merancang dan melaksanakan program kesihatan seperti ceramah, pamiran , tayangan dan
lain-lain.
7. Menguruskan murid yang memerlukan rawatan di klinik atau hospital dan menghubungi ibu
bapa/penjaga bila perlu.
8. Memastikan sekolah bebas denggi melalui Program Terancang Bebas Denggi.
9. Menghantar laporan Program Terancang Bebas Denggi kepada pejabat Kesihatan /PPD.
29
39.0 JAWATANKUASA KANTIN
1. Memastikan pihak kantin mematuhi segala peraturan mengenai pengendalian kantin sekolah
2. Guru Pengawas dan Guru Displin memainkan peranan penting untuk memastikan displin
murid-murid terkawal semasa membeli makanan dan minuman pada waktu rehat
3. Bekerjasama dengan guru bertugas dan Guru Pengawas untuk mengawal murid pada waktu
rehat
4. Memberitahu pihak kantin tentang hari-hari persekolahan, hari cuti dan perayaan sekolah
5. Memberitahu pihak kantin tentang perubahan waktu rehat semasa diadakan peperiksaan
dalaman dan program-program sekolah
6. Mengawasi pihak kantin supaya tidak menjual barang-barang larangan kepada murid-murid
seperti JUNK FOOD, GULA-GULA, MINUMAN BERGAS dan makanan tidak berkhasiat
7. Mengawasi peralatan perabot kantin sentiasa dalam keadaan baik, kemas dan teratur
8. Menentukan kakitangan kantin telah diperiksa oleh pengawai perubatan dan mempunyai sijil
akaun kesihatan
9. Memastikan harga makanan dan minuman untuk murid dan guru mengikut senarai seperti
tercatat dalam perjanjian kantin
10. Melaksanakan kegiatan-kegiatan pendidikan, kempen dan lain-lain yang berkaitan dengan
kantin sekolah
11. Membantu Pengetua dalam usaha-usaha perancangan, pelaksanaan dan penilaian berkaitan
dengan perjalanan kantin
12. Menerima aduan dan pandangan murid, guru dan kakitangan sekolah berhubung dengan
perjalanan kantin dan berhubung terus dengan pihak kantin mengenai candangan dan teguran
untuk dilaksanakan
13. Memberi pandangan kepada pengusaha kantin berkaitan dengan keceriaan, kebersihan dan
kekemasan kantin
14. Melaksanakan tugas-tugas yang diarahkan oleh pentadbir dari semasa ke semasa
40.0 JAWATANKUASA PENGURUSAN SURAU
1. Merancang dan melaksanakan program menceriakan dan mengindahkan surau
2. Merancang dan melaksanakan aktiviti yang bertujuan meningkatkan penggunaan surau secara
maksimum
3. Menyediakan jadual tugas dan penggunaan surau
4. Memastikan surau berada dalam keadaan bersih, kemas dan teratur
5. Memastikan surau digunakan untuk beribadat, melaksanakan Pendidikan Islam dan aktiviti-
aktiviti peningkatan sahsiah dan rohani murid
6. Memastikan kemudahan asas surau mencukupi
7. Menjalankan tugas-tugas yang diarahkan oleh Pengetua atau wakilnya dari semasa ke semasa
41.0 JAWATANKUASA KEWANGAN SEKOLAH
1. Membuat anggaran belanjawan mengurus bagi setiap panitia mata pelajaran
2. Membuat agihan dan pindah peruntukan
3. Menyemak buku tunai
4. Mengambil tindakan mengikut laporan audit
5. Meluluskan pembelian
30
42.0 JAWATANKUASA MAJALAH
1. Memohon kebenaran untuk menerbitkan majalah daripada JPN.
2. Menyediakan jadual kerja bagi setiap AJK.
3. Menyediakan agihan tugas bagi AJK.
4. Menyediakan ‘dummy’ bagi majalah.
5. Mengumpulkan maklumat untuk dimuatkan di dalam majalah.
6. Menyusun jadual sesi fotografi bagi majalah.
7. Menguruskan percetakan majalah.
8. Mendapatkan ‘sponsor’ iklan untuk dimuatkan dalam majalah.
9. Menguruskan edaran majalah kepada pelajar dan pihak-pihak yang berkenaan.
10. Menyediakan laporan kewangan untuk tujuan pengauditan
43.0 JAWATANKUASA SIARAYA
1. Menyediakan PA Sistem semasa majlis
2. Merekod penggunaan PA Sistem
3. Mengawal dan membaik pulih peralatan siaraya
4. Merekodkan setiap pengumuman yang dibuat
5. Memastikan bilik siaraya berada dalam keadaan terkawal
44.0 JAWATANKUASA PEMBANGUNAN ICT/LAMAN WEB DAN
INTERNET
1. Merancang pembangunan ICT/Laman Web dan Internet
2. Merancang dan melaksanakan program yang sesuai
3. Merancang latihan guru dan staf
4. Mengemas kini laman web sekolah
45.0 JAWATANKUASA PAPAN KENYATAAN DAN SUDUT INFORMASI
1. Menentukan semua papan kenyataan ada nama label persatuan, kelab dan unit beruniform
2. Membahagikan papan kenyataan kepada persatuan, kelab, unit beruniform dan lain-lain
3. Memanggil pengerusi dan setiausaha persatuan untuk menetukan cara mana papan kenyataan
hendak diisi dan dimanfaatkan
4. Memastikan papan kenyataan dipenuhi dengan maklumat dan informasi terkini
5. Memantau penggunaan papan kenyataan dan sentiasa berhubung dengan guru penasihat/AJK
persatuan supaya papan kenyataan dioptimumkan penggunaannya
6. Melaporkan kepada pihak pentadbir berkaitan dengan kerosakan papan kenyataan agar
tindakan segera dapat diambil
46.0 JAWATANKUASA PERGURUSAN PERABOT
1. Menyemak bilangan kerusi dan meja murid di bilik kelas, bilik khas dan stor
2. Menyemak bilangan kerusi dan meja guru di bilik guru, bilik khas dan stor
3. Menyenaraikan nama bilangan perabot dalam borang inventori kemudian ditampal di pintu-
pintu bilik di mana perabot berkenaan berada
4. Melengkapkan jumlah kerusi dan meja di bilik kelas secukupnya
5. Mengawasi dan mengendalikan kerusi dan meja semasa diadakan majlis sekolah
31
6. Memastikan cermin tingkap dan perabot yang dirosakkan oleh murid diganti oleh murid
berkenaan
7. Mengumpulkan perabot yang rosak untuk pelupusan
8. Mengatur sesuatu rancangan penyemakan alatan bilik kelas dalam borang kerosakan yang
diedarkan kepada Guru Tingkatan awal tahun dan hujung bulan
9. Mengenal pasti perabot yang rosak dan melaporkan kepada Pengetua untuk tindakan lanjut
10. Menerima dan memastikan alat-alat yang dibekalkan dalam keadaan sempurna dan baik serta
distokkan
11. Melaksanakan arahan Pengetua atau wakilnya dari semasa ke semasa
47.0 JAWATANKUASA KECEMASAN DAN KEBAKARAN
1. Melaporkan kepada pengetua kes-kes kecemasan yang berlaku
2. Memastikan kotak pertolongan cemas lengkap dengan ubat-ubatan untuk kegunaan setiap
masa
3. Mengelola bilik rawatan
4. Menguruskan penghantaran murid-murid yang sakit ke hospital/klinik/rumah mengikut
kesesuaian dengan kerjasama guru bertugas
5. Menguruskan pemberian rawatan sementara kepada murid-murid yang sakit
6. Memberitahu kepada pengetua dan ibu bapa jika murid yang sakit dimasukkan ke dalam wad
7. Memastikan alat-alat pemadam api mencukupi, berkeadaan baik dan boleh digunakan
8. Merancang mengadakan kawad kecemasan sekurang-kurangnya dua kali sepenggal
9. Menyediakan pelan cara pergerakan murid, guru dan kakitangan semasa berlaku kebakaran
dan kecemasan
10. Memberi penerangan dan latihan kepada murid tentang penggunaan alat pemadam kebakaran
11. Menghubungi pihak bomba sekiranya berlaku kebakaran
12. Melaporkan kepada Pengetua dan ibu bapa mengenai kemalangan yang berlaku
13. Membuat laporan polis jika berlaku kemalangan dalam kalangan murid
14. Mencatatkan kemalangan dalam buku laporan harian sekolah
48.0 AHLI LEMBAGA KOPERASI SEKOLAH
PENGERUSI
1. Mempengerusikan semua mesyuarat Lembaga.
2. Menandatangan minit mesyuarat yang disahkan.
3. Memperakui cabutan dan salinan dari rekod Koperasi menurut Peraturan, bersama setiausaha
melalui satu akuan yang bertarikh dan ditandatangani.
4. Memanggil sendiri atau melalui setiausaha, mesyuarat Lembaga bila perlu.
5. Mengarahkan Jawatankuasa Audit Dalaman supaya memeriksa buku, rekod dan dokumen
Koperasi pada bila-bila masa dan melaporkan kepada Lembaga
6. Menandatangan permohonan pendaftaran kepada pindaan Undang-undang Kecil dan dokumen
lain yang berkaitan bersama dua anggota Lembaga.
7. Menyelia secara am pentadbiran, hal-ehwal dan pekerja koperasi.
SETIAUSAHA
1. Memanggil dan menghadiri mesyuarat agung, mesyuarat Lembaga dan
2. mesyuarat jawatankuasa dan menyampaikan segala laporan dan dokumen untuk pertimbangan
mesyuarat-mesyuarat itu.
3. Merekodkan perjalanan dan keputusan sesuatu mesyuarat.
4. Menyenggara dan mengemaskini semua daftar anggota, daftar penama, buku dan laporan yang
dikehendaki oleh Lembaga.
5. Menguruskan surat-menyurat sebagaimana yang diarahkan oleh Lembaga.
32
6. Mengesahkan bersama pengerusi salinan segala perkara yang bertulis di dalam buku Koperasi.
7. Menyimpan dan menjaga dengan selamatnya mohor Koperasi.
8. Menjalankan tugas lain yang ditentukan oleh Lembaga dari semasa ke semasa.
BENDAHARI/PENOLONG BENDAHARI
1. Mengendalikan segala urusan perdagangan dan perindustrian Koperasi mengikut dasar yang
ditetapkan oleh Lembaga.
2. Menerima dan menjaga semua wang yang diterima oleh Koperasi dan membuat pembayaran
mengikut arahan Lembaga.
3. Menyimpan ke dalam bank atas nama Koperasi semua wang yang diterima dalam tempoh dua
puluh empat jam hari bekerja daripada penerimaannya.
4. Mengeluarkan resit, menyediakan baucer dan surat lain mengikut arahan Lembaga.
5. Menyimpan dalam Akaun Wang Runcit, wang sebanyak yang diluluskan oleh Lembaga untuk
memenuhi perbelanjaan runcit dan perbelanjaan yang dibuat daripada akaun ini boleh diganti
seberapa kerap yang perlu.
6. Menyenggara dan menyimpan akaun Koperasi dengan sempurna dan kemaskini supaya dapat
diperiksa pada bila-bila masa oleh pihak berkuasa yang berkenaan.
7. Menyediakan akaun tahunan dan laporan tahunan Koperasi untuk dibentangkan dalam
mesyuarat Lembaga.
8. Menyediakan belanjawan tahunan Koperasi dalam bentuk yang menunjukkan dengan jelas
segala butiran pendapatan dan perbelanjaan untuk ditimbang oleh Lembaga sebelum
dibentangkan dalam mesyuarat agung tahunan.
9. Menyediakan penyata pendapatan dan perbelanjaan Koperasi yang benar dengan secara
dibutirkan satu persatu bagi sesuatu tempoh sebagaimana yang dikehendaki oleh Lembaga
untuk dibandingkan dengan belanjawan bagi tempoh berkenaan yang telah diluluskan oleh
mesyuarat agung.
PENGURUS BELIAN
1. Membuat tinjauan keperluan warga sekolah
2. Mencari peluang untuk promosi barangan baru bagi pihak koperasi
3. Mencadang kepada lembaga koperasi barangan/perkhidmatan yang hendak dibeli.
4. Menguruskan pembelian barang/perkhidmatan atas permintaan pengurus stok atau lembaga.
5. Menyerahkan barang belian kepada pengurus stok
6. Menyerahkan invois kepada bendahari dan menyimpan satu salinan untuk fail sendiri.
7. Menyimpan buku log belian
8. Mengemaskini buku log belian
9. Membuat laporan bulanan untuk belian
10. Menyediakan dan membuat laporan belian setiap mesyuarat ALK
11. Memastikan borang-borang yang berkaitan belian digunakan
PENGURUS JUALAN/PENOLONG PENGURUS JUALAN
1. Menerima stok untuk jualan mingguan/bulanan dari pengurus stok
2. Memohon tambahan stok untuk jualan dari pengurus stok
3. Menetapkan harga jualan berdasarkan keputusan ALK
4. Menguruskan jualan harian di kedai koperasi
5. Melantik pembantu jualan di kedai koperasi
6. Menyediakan jadual bertugas harian untuk jurujual
7. Mengira dan merekodkan hasil jualan harian/bulanan
8. Menyerahkan wang tunai hasil jualan harian kepada bendahari
9. Memastikan hanya guru atau pelajar yang bertugas sahaja berada di koperasi semasa jualan
berlangsung
10. Menyediakan dan membuatkan laporan jualan pada setiap mesyuarat ALK
11. Memastikan borang-borang berkaitan jualan digunakan
33
PENGURUS STOK
1. Menyediakan buku log senarai item dalam stok koperasi
2. Menerima stok bekalan daripada pengurus belian
3. Merekod stok baru
4. Mengemaskini keluar/masuk stok secara mingguan/bulanan
5. Melapor kepada pengurus belian tambahan stok sebelum habis
6. Memastikan tempat menyimpan stok selamat daripada ancaman binatang atau bencana
alam/sentiasa bersih dan kemas
7. Mengeluarkan stok atas permintaan pengurus jualan
8. Membuat semakan stok usang/rosak dan mencadang pelupusan atau hapuskira kepada
lembaga
9. Memastikan borang-borang berkaitan stok digunakan
10. Menyediakan dan membuatkan laporan stok pada setiap mesyuarat ALK
PENGURUS KEBAJIKAN
1. Menyimpan senarai jenis kebajikan yang telah diputuskan oleh lembaga
2. Memaklumkan anggota untuk berkursus atas cadangan pengerusi
3. Menyediakan rekod anggota yang berkursus
4. Menguruskan khairat kematian ahli
5. Menguruskan makan-minum semasa mesyuarat ALK/mesyuarat agung
6. Menguruskan kebersihan/keselamatan/keceriaan di koperasi
7. Melantik dalam kalangan pelajar untuk perkara 6
8. Menyimpan buku log untuk semua aktiviti kebajikan
9. Menyediakan dan membuat laporan kebajikan setiap mesyuarat ALK
PENGURUS PROJEK
1. Mencadangkan jenis projek kepada lembaga
2. Mempromosikan projek yang telah diputus oleh lembaga
3. Merancang,melaksana,memantau dan mendokumentasi projek
4. Menyediakan bajet untuk projek
5. Memohon peruntukan projek dari lembaga
6. Mencari penaja/rakan kongsi untuk projek koperasi
AUDIT DALAMAN
1. Memeriksa dan mengaudit akaun-akaun dan rekod-rekod releven koperasi secara bulanan dan
memaklumkan lembaga sebarang perkara yang luar biasa yang diperolehi semasa pemeriksaan
dan pengauditan.
2. Mengaudit dan memberi laporan mengenai penyata kewangan yang dikemukakan oleh lembaga
selepas tamatnya tahun kewangan.
3. Memberi laporan :
a. Sama ada penyata kewangan atau memberi gambaran sebenar dan saksama tentang
transaksi-transaksi kewangan dan kedudukan hal ehwal koperasi
b. Perkara lain yang berbangkit daripada pengauditan sebagaimana yang difikirkan patut
dilaporkan.
c. Membuat pernyataan dalam laporannya sama ada rekod-rekod perakaunan dan rekod-
rekod lain yang sepatutnya telah disimpan penerimaan, perbelanjaan dan pelaburan wang
dan perolehan dan pelupusan aset oleh koperasi dalam tahun itu adalah mengikut akta ini,
peraturan-peraturan dan undang-undang kecil koperasi
d. Melapor pada bila-bila masa kepada koperasi tentang apa-apa perkara yang berbangkit
daripada kerja pengauditan
e. Memastikan pengauditan akaun koperasi akan mengambil penelitian mengenai hutang
belum jelas ( jika ada ),nilaian aset ( jika ada ) dan liabiliti koperasi.
34
49.0 WARDEN ASRAMA
1. Mengurus kemasukan penghuni asrama
2. Menyediakan jadual waktu harian asrama dan menentukan penghuni-penghuni asrama
mematuhinya
3. Bertanggungjawab ke atas disiplin asrama dan menentukan bahawa para penghuni mematuhi
peraturan asrama dan sekolah
4. Bertanggungjawab ke atas kelakuan / tingkah laku penghuni asrama dan memberi tunjuk ajar
yang sewajarnya
5. Mengawasi keluar masuk para penghuni asrama pada hujung minggu, masa cuti dan masa-masa
tertentu seperti keluar ke pekan atau balik ke rumah dengan mencatatkan ke dalam buku
keluar masuk yang disediakan
6. Melantik AJK asrama yang meliputi bidang disiplin, kebersihan, keselamatan, riadah, kebajikan
dan agama
7. Memastikan AJK yang dilantik menjalankan tugas masing-masing dengan berkesan
8. Bertanggungjawab ke atas perkara-perkara yang berkaitan dengan makanan di asrama seperti
menu makanan, pengelolaan kebersihan dewan makan, kebersihan pekerja dewan makan,
mutu dan sukatan menu
9. Bertanggungjawab mengawasi kemajuan pelajaran para penghuni asrama seperti memberi
nasihat serta teguran untuk memperbaik pencapaian akademik penghuni asrama
10. Mengambil tindakan yang sesuai untuk mendapatkan rawatan jika terdapat penghuni asrama
sakit terutama pada waktu malam
11. Bertanggungjawab menghubungi dan memberitahu ibu bapa/penjaga mengenai masalah
kesihatan para penghuni (contohnya penghuni asrama dimasukkan ke hospital)
12. Bertanggungjawab mengawasi kebersihan penghuni, dorm, keseluruhan bangunan dan
kawasan asrama
35