The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by norazaida726, 2021-10-08 18:54:47

buku new AGM PIBG 1

buku new AGM PIBG 1

SENARAI KANDUNGAN

 ATURCARA MESYUARAT AGUNG PIBG
SM SAINS PENDANG KALI PERTAMA

 KATA ALU-ALUAN PENGETUA CEMERLANG
SM SAINS PENDANG

 KATA ALU-ALUAN YDP PIBG
SM SAINS PENDANG

 AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA
MESYUARAT PIBG

 AHLI JAWATANKUASA PENAJA PIBG
SM SAINS PENDANG

 AGENDA MESYUARAT PIBG
SM SAINS PENDANG KALI PERTAMA

 LAMPIRAN
o PELAPORAN KEJAYAAN SEKOLAH
o ENROLMEN GURU DAN MURID
o CATATAN

MASA PERKARA
9.45 pg – 10.00 pg VIP dan tetamu jemputan mula masuk ke dalam talian
10.00 pg – 10.10 pg - Pendaftaran secara atas talian
10.10 pg – 10.15 pg
Majlis bermula
10.15 pg – 10.25 pg - Aluan Pengerusi Majlis

Bacaan doa (Ust. Ahmad Muzani bin Abdul Jalil)

Tayangan montaj
- Pengenalan sekolah
- Pengenalan AJK Ibu Bapa dan Guru

10.25 pg – 10.40 pg Ucapan Penasihat PIBG (En. Harris Ganae bin Nainar)

10.40 pg – 11.00 pg Ucapan Pengarah BPSBP (Pn. Faridah binti Yang Razali)
- Perasmian PIBG
- Pelancaran lagu sekolah dan lencana sekolah

1. Pelantikan Pengerusi sementara (YDP PIBG) - bagi
mempengerusikan Mesyuarat Agung Tahunan

11.00 pg – 12.15 tgh 2. Membahaskan usul
- Bayaran tambahan dan sumbangan PIBG
- Pemilihan AJK PIBG Sesi 2021/2022 (dilantik setiap 2 tahun)

12.15 tgh – 12.25 tgh 3. Hal-hal lain
- Ucapan penangguhan

Ucapan YDP PIBG yang telah dilantik

12.25 tgh – 12.30 tgh Sesi bergambar dalam talian

12.30 tgh Majlis bersurai

UCAPAN ALU-ALUAN PENGETUA

Terima kasih pengerusi majlis.

Bismillahhirrahmanirahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,
salam sejahtera.

Yang Berbahagia,
Puan Faridah Binti Yang Razali,
Pengarah Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh (BPSBP) Kementerian
Pendidikan Malaysia

Yang Berbahagia,
Dr. Alia binti Abdullah Salleh
Yang Dipertua PIBG SM SAINS PENDANG SESI 2021/2022.

Yang Berusaha,
Encik Aimin Fadhlee bin Mahmud Zuhodi, Penolong Kanan Pentadbiran,
Puan Salwana binti Salleh, Penolong Kanan HEM,
Puan Nurrazaida binti Mohamad Akhir, Penolong Kanan Kokurikulum, Kaunselor
sekolah,
Guru-guru,
Ahli jawatankuasa PIBG Sesi 2021/2022
Serta para ibu bapa yang diraikan

Tuan-tuan dan puan-puan sekalian.

Alhamdulillah, saya melahirkan rasa bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana
kita dapat bersama-sama bertemu dalam Mesyuarat Agung PIBG Sekolah
Menengah Sains Pendang buat kali pertama ini.

Terima kasih kepada semua yang hadir khususnya Ahli Jawatankuasa PIBG
yang telah bertungkus lumus membuat persiapan untuk majlis kita pada pagi ini.
Jutaan terima kasih juga kepada ibu bapa yang sama-sama meluangkan masa
sebagai tanda sokongan, galakan dan penghargaan demi untuk berganding bahu
dalam sumbangan terhadap kejayaan anak-anak.

Hadirin sekalian

Sekolah Menengah Sains Pendang yang dikenali sebagai Genius@BPSBP ini
merupakan sekolah pertama di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia yang
menempatkan Pelajar Pintar dan Berbakat negara yang ditadbir urus sepenuhnya
oleh Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh.

KPM telah melaksanakan usaha untuk mencari dan mengenal pasti Pelajar
Pintar dan Berbakat daripada himpunan populasi pelajar sedia ada. Usaha
pengenalpastian pelajar ini merupakan elemen pertama dalam proses
membangunkan sesuatu program pendidikan yang berkesan. Usaha pengenalpastian
tersebut perlu dilakukan secara komprehensif agar murid yang dikenalpasti benar-
benar mewakili Pelajar Pintar dan Berbakat yang memerlukan pendidikan yang
khusus. Proses yang komprehensif ini melibatkan bukan sahaja pengenalpastian
kebolehan kognisi tetapi juga afektif yang sebenarnya memberi kesan kepada
kemampuan Pelajar Pintar dan Berbakat belajar secara maksimum.

Pemilihan Pelajar Pintar dan Berbakat ke sekolah ini adalah hasil saringan yang
telah dijalankan oleh Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dalam Ujian
Genius@Pintar UKM bagi saringan pertama, kedua sehinggalah saringan ketiga.
Antara kebolehan yang diukur dalam siri ujian tersebut adalah kebolehan verbal dan
penaakulan logikal.

Selain itu juga, para pelajar akan diukur melalui instrumen empat domain
kognisi kepintaran umum iaitu Pemahaman Lisan, Penaakulan Persepsi, Daya Ingatan
Bekerja dan Kepantasan Memproses Maklumat.

Tahniah diucapkan kepada semua ibu bapa serta anak-anak pelajar
Genius@BPSBP hari ini, kerana yang berada di hadapan saya pada ketika ini
merupakan anda yang berjaya dalam semua siri ujian yang telah diduduki dan
seterusnya layak ditempatkan di sekolah ini.

Hadirin sekalian,

Antara subjek mata pelajaran yang ditawarkan di Genius@BPSBP ini adalah
seperti berikut:

Subjek Teras Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sejarah, Fizik, Biologi,
Kimia, Matematik Moden, Matematik Tambahan,
Subjek Honours Pendidikan Agama Islam dan Pendidikan Moral
Subjek Aljabar Linear (Algebra), Kalkulus dan Bahasa
Placement (AP) Antarabangsa
Advanced AP Fizik, AP Kimia, AP Biologi, Psikologi, Kesusasteraan
Bahasa Inggeris dan Statistik

Saya yakin, dengan latar belakang para guru kita yang sangat hebat serta pakar dalam
subjek masing-masing. Ada antaranya yang sudah memperoleh Master dalam Kalkulus,
Master dalam Pengaturcaraan, Master dalam Bidang Bahasa, penulis buku rujukan dan
latihan serta penceramah bebas yang dikenali ramai, merupakan tunjang utama dalam
membimbing anak-anak pelajar sekolah ini ke arah yang lebih cemerlang.

Model Pembelajaran di sekolah ini pula merujuk sepenuhnya kepada Model
Pembelajaran yang dilaksanakan di Kolej GENIUS@Pintar, UKM berdasarkan strategi
mampatan, pecutan dan pengayaan kandungan Kurikulum Kebangsaan. Pelaksanaan
pedagogi di dalam kelas adalah mengutamakan perbezaan individu, pentaksiran yang
berterusan, sokongan psikologi, motivasi serta penglibatan dalam bidang penyelidikan.
Model Pembelajaran Pelajar Pintar dan Berbakat ini menggunakan kurikulum
kebangsaan yang dibuka, disusun semula serta ditambah dengan subjek- subjek yang
lebih mencabar.

Tambahan lagi, sekolah ini merupakan satu-satunya sekolah di Malaysia yang
memperkenalkan para pelajar dengan subjek yang sama dengan subjek yang ditawarkan
di peringkat Ijazah Sarjana Muda di Universiti Tempatan. Para pelajar di sini juga tidak
dikenali sebagai Tingkatan 1 atau Tingkatan 2 seperti sekolah ‘mainstream’ di luar sana,
tetapi mereka dikenali sebagai Asas 1, Asas 2, Asas 3, Tahap 1 dan Tahap 2.

Hadirin sekalian,

Sepanjang tempoh pembelajaran, pelajar di Genius@BPSBP boleh dipecutkan
mengikut kebolehan mereka sama ada pecutan melalui subjek, topik, atau tahap.
Sebagai contoh, pelajar yang berada di Asas 2 dan mendapat pencapaian akademik 95
peratus ke atas dalam semua mata pelajaran akan dipecutkan ke Tahap 1.

Pelajar yang mencapai kurang dari 95 peratus dalam pencapaian akademik,
mereka tidak akan melangkau tahun pembelajaran dan perlu mengikut laluan pengajian
yang biasa iaitu Asas 1 hingga Tahap 2. Sepanjang pembelajaran, pelajar juga akan
diberikan pendedahan kepada pelbagai program pengayaan. Semua pelajar diwajibkan
untuk bermula dengan Asas 1 sehingga lengkap.

Pelajar hanya boleh melangkau tahun pengajian setelah tamat Asas 1. Pentaksiran
yang dilakukan secara berterusan dari Asas 1 akan menentukan kebolehan Pelajar Pintar
dan Berbakat untuk mendapatkan PERMATA Pintar Junior Certificate dan SPM.
Pentaksiran yang dilakukan secara berterusan dari Tahap 1 dan Tahap 2 pula akan
menentukan kebolehan pelajar untuk mendapatkan PERMATA pintar High School
Diploma (HSD). Pentaksiran berterusan ini menggabungkan kedua-dua pentaksiran
formatif dan sumatif. Pelajar yang berjaya memperoleh PERMATA pintar High School
Diploma ditawarkan laluan pantas (fast track) untuk melanjutkan pengajian ke institusi
pengajian tinggi di dalam dan luar negara.

Hadirin sekalian,

Seperti sekolah berasrama penuh yang lain juga, sekolah ini memperkenalkan
sistem rumah kepada para pelajar. Ini adalah bertujuan supaya penyusunan pelajar
dalam kamar serta aktiviti sukan lebih tersusun dan sistematik. Para pelajar
diperkenalkan dengan nama rumah sukan seperti berikut :

Nama rumah sukan Warna
Vesalius Merah
Da Vinci Kuning
Aristotle Hijau
Galileo
Biru

Nama-nama saintis era moden ini diteliti akan sumbangan besar mereka dalam bidang
sains serta memberikan impak yang besar dalam membentuk tamadun ilmu dunia
khususnya dalam bidang STEM. Nama mereka diambil sebagai suatu suntikan semangat
kepada para pelajar dalam menuntut ilmu di sekolah ini selaras dengan hasrat
penubuhan program ini dalam menghasilkan warga Malaysia pertama yang menempa
nama sebagai pemenang Hadiah Nobel dalam bidang sains yang bermanfaat kepada
masyarakat bukan sahaja di Malaysia malah di peringkat antarabangsa pada suatu hari
nanti.

Tambahan lagi,

Pemilihan nama-nama kelas juga melambangkan kepribadian anak- anak pelajar di
Genius@BPSBP ini yang dianggap sebagai sebutir permata yang perlu digilap supaya
bersinar serta menyumbangkan manfaat kepada seluruh masyarakat.

Oleh itu, 5 nama batu permata dipilih sebagai nama kelas iaitu : Emerald, Topaz,
Garnet, Sapphire dan Amethyst.

Hadirin sekalian,

Saya juga ingin berkongsi kejayaan anak-anak kita dalam bidang kokurikulum. Kata
aforisme melayu, kecil-kecil cili api, begitulah diibaratkan atas pelbagai kejayaan yang
telah diperoleh dan dikecapi oleh anak-anak kita di sini, bukan sahaja cemerlang dari
segi akademik malah menyerlah dalam kokurikulum di peringkat daerah, negeri,
kebangsaan dan antarabangsa.

Pada peringkat daerah Genius@BPSBP telah menjadi Naib Johan dalam
pertandingan Scrabble diwakili oleh Nur Zahirah Rhazali, dan mendapat tempat pertama
dalam pertandingan Kedah Virtual Stay Safe Chess Challenge 2021, yang diwakili oleh
Muhammad Izdihar Zulhilmi. Malah, bagi pertandingan Catur MSSD Pendang, kita
memperoleh kedudukan Juara, Naib Juara dan tempat keempat, melalui Muhammad
Izdihar Zulhilmi, Alan Lim Wei Loon dan Anas Anuar.

Pada peringkat negeri pula antara kejayaan yang telah dilakar oleh anak-anak
pintar, apabila membolot kesemua tempat Johan, dan Naib Johan dalam pertandingan
Parent’s Day Online Storytelling Competition 2021 melalui NurShahmina Sofea Mohd
Rizuan dan Nurin Zhea Rayhana Mohd Shukri.

Di pentas kebangsaan terus menjadi sebutan dengan kejayaan demi kejayaan.
Antaranya adalah menjadi Naib Johan dalam pertandingan CICT Innovation Day For
School Students-Science and Engineering E-Quiz melalui Franklin Chai Jun. Di samping
mendapat pingat perak dalam International Mathematics Olympiad National Selection
Test 2021.

Dalam memastikan kemenjadian dan bakat anak-anak ini terus digilap di peringkat
antarabangsa maka penyertaan dalam pertandingan International Essay Contest for
Young People, dan Japanese Cultural Online Exchange Programme ( MEXTA) serta The
18th Girls Scout International E- camp Korea.

Kejayaan yang terkini adalah para pelajar kita juga telah mendapat Gold Award
dalam International Kangaroo Maths melalui Franklin Chai Jun dan Lim Hong Liang serta
Bronze Award melalui Aarin Lim Lor Yuan. Selain itu, dalam pertandingan yang sama,
pelajar Nuveishwaran A/L Seathuraman, Evan Lim Hong Yan dan Teoh You Le
memperoleh Honourable Mention dan Muhammad Aqil Danial Abd Halim memperoleh
Participating Honourable. Dan kini pertandingan yang masih lagi berlangsung serta
kejayaan yang masih kita nantikan adalah penglibatan para pelajar kita dalam
menyiapkan Research Paper bersama-sama dengan Universiti Teknikal Melaka (UTEM)
dan UPSI, yang diwakili oleh Franklin, Darius serta Habil yang dibimbing oleh Cikgu
Ahmad Basri. Marilah kita bersama-sama mendoakan kejayaan mereka sehingga dapat
membuahkan hasil yang membanggakan.

Sesungguhnya, semua penglibatan dan kejayaan anak-anak ini atas komitmen dan
buah fikir serta tenaga yang disumbangkan oleh semua pihak. Tahniah dan syabas saya
ucapkan kepada guru pembimbing yang tidak mengenal erti masa serta penat, dalam
membimbing anak-anak pelajar walaupun pada ketika kemelut pandemik yang
mengehadkan pelbagai perkara.

Hadirin sekalian,

Saya yakin bahawa pihak sekolah akan terus berusaha tanpa jemu untuk
meningkatkan pencapaian anak-anak kita ke tahap yang sangat membanggakan serta
cemerlang dalam pelbagai aspek, bukan sahaja dalam aspek akademik bahkan
keunggulan dalam sahsiah serta aktiviti kokurikulum di peringkat daerah, negeri,
kebangsaan seterusnya ke peringkat antarabangsa.

Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati,

Untuk mencapai matlamat ini, penyediaan prasarana yang berkualiti di sekolah ini
perlu ditambahbaik untuk kemudahan pembelajaran dan pengajaran supaya
persekitaran pembelajaran yang kondusif dapat dilaksanakan.

Sempena Mesyuarat PIBG kali pertama ini, saya menghulurkan pengharapan
kepada pihak ibu bapa dan AJK yang dilantik untuk turut serta membantu dari segi
kewangan bagi menaiktaraf prasarana sekolah dalam menyediakan kemudahan
pembelajaran dan pengajaran yang lebih baik kepada para pelajar.

Pihak sekolah juga berharap agar Ahli Jawatankuasa PIBG yang bakal dilantik
secara rasmi nanti, seiring sejalan bersama-sama dengan semua ibu bapa dapat
memberikan kerjasama serta sokongan padu dalam menggembleng tenaga bagi usaha
melahirkan modal insan bertaraf dunia. Saya percaya dengan keprihatinan semua, kita
mampu mencapai prestasi yang cemerlang dalam semua aspek di negara ini.

Akhir kata, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua hadirin
sekalian kerana sudi bersama-sama hadir dalam mesyuarat hari ini.

Sekian, terima kasih.

KATA ALU-ALUAN YDP PIBG
SM SAINS PENDANG
GENIUS@BPSBP

Terima kasih pengerusi majlis.

Bismillahhirrahmanirahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera.

Yang Berbahagia,
Puan Faridah Binti Yang Razali,
Pengarah Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh (BPSBP)
Kementerian Pendidikan Malaysia

Yang Berusaha,
Encik Harris Ganae bin Nainar
Pengetua Cemerlang SM SAINS PENDANG

Encik Aimin Fadhlee bin Mahmud Zuhodi,
Penolong Kanan Pentadbiran,

Puan Salwana binti Salleh,
Penolong Kanan HEM,

Puan Nurrazaida binti Mohamad Akhir,
Penolong Kanan Kokurikulum,
Kaunselor sekolah,
Guru-guru,
Ahli jawatankuasa PIBG Sesi 2021/2022
Para Ibu Bapa yang diraikan

Tuan-tuan dan puan-puan sekalian

Syabas dan tahniah saya ucapkan kepada guru-guru, ibu bapa dan serta AJK PIBG
yang telah berjaya mengadakan majlis yang hebat ini. Saya amat berbesar hati kerana
diberikan peluang untuk menyampaikan sepatah dua kata dalam Mesyuarat Agung
PIBG Sekolah Menengah Sains Pendang buat kali pertama ini.

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima
kasih kepada AJK PIBG SM Sains Pendang serta tuan-tuan dan puan-puan yang sudi
hadir pada hari ini. Kehadiran tuan-tuan dan puan-puan amatlah bermakna kepada
persatuan sekaligus membuktikan bahawa tuan-tuan dan puan-puan amat prihatin atas
perkembangan sekolah ini dari semasa ke semasa. Atas keprihatinan ini, PIBG akan lebih
bersemangat lagi untuk merancang serta berusaha ke arah kecemerlangan sekolah ini.

Hadirin sekalian,

Sepertimana yang kita sedia maklum, majlis ini membawa erti yang sangat besar
kepada kita semua kerana ini adalah bertujuan untuk menimbulkan kesedaran tentang
kepentingan ibu bapa dari segi penjagaan anak-anak kita supaya segala keperluan
mereka seperti kesihatan, pendidikan, persekitaran yang sihat dan pelbagai aspek yang
difikirkan relevan dapat diberikan secukupnya. Ini juga dapat menimbulkan kesedaran
kita betapa pentingnya memberikan perhatian daripada segala aspek dan sudut
khususnya untuk kecemerlangan anak-anak sepanjang mereka berada di sekolah ini.

PIBG merupakan sebuah medium yang berkesan untuk mengeratkan lagi
hubungan antara pihak sekolah dengan komuniti. Justeru, PIBG sewajarnya bergerak
seiring dengan perkembangan sekolah dan menjadi penyumbang kepada kejayaan dan
kecemerlangan sesebuah sekolah. PIBG bukan sahaja membantu dengan memberikan
sumbangan wang atau dana daripada tuantuan dan puan-puan kepada pihak sekolah
semata-mata, malah antara perkara utama yang saya harapkan selaku YDP PIBG ialah
pandangan dan pemikiran membina ke arah membantu pihak sekolah dalam
meningkatkan potensi anak-anak Pintar dan Berbakat dalam bidang akademik,
kokurikulum, sahsiah serta kemahiran interpersonal mereka. Komitmen para ibu bapa
adalah kebanggaan saya. Saya suka bertukar pendapat serta mencambah idea dengan
ibu bapa perintis Program Pendidikan Pintar Cerdas ini dalam menjadikan sekolah ini
antara sekolah berasrama penuh yang terulung di dalam negara. Sesungguhnya, kalau
asal benih yang baik, jatuh ke laut menjadi pulau, dicampak ke langit, menjadi hujan,
terapung di udara menjadi kejora.

Hadirin sekalian,

Sebagai penjaga yang prihatin, kita juga mestilah peka terhadap kehadiran anak-
anak kita dalam kelas online. Keterlibatan mereka dalam setiap subjek serta pencapaian
mereka dalam menyiapkan segala tugasan yang diberikan amatlah dititikberatkan. Kita
sedar sekolah ini amat lain daripada sekolah “mainstream” di luar sana. Berbeza dari
segi subjek serta jenis penilaian sungguh memberikan suatu cabaran dan nafas yang
baharu kepada anak-anak dalam belajar secara online khususnya musim pandemic ini.
Tugas kita bukan sahaja kita dapat menyediakan segala prasarana yang lengkap untuk
mereka belajar, malah pemantauan secara berterusan perlulah diberik perhatian
terhadap pembelajaran anak-anak agar mereka ini dapat mengikut kelas online yang
dibuat oleh semua guru dengan cemerlang dan berjaya.

Selain itu juga, sokongan moral serta motivasi yang tinggi juga perlulah diberikan
kepada anak-anak kita dalam menghadapi suasana pembelajaran yang agak berbeza
dengan zaman kita. Peredaran dunia yang semakin rancak ini sehingga kekadang kita
sendiri tidak mampu untuk mengejarnya. Jadi janganlah kita suka membuat
perbandingan yang kurang adil terhadap teknik pembelajaran kita dengan anak-anak
pada hari ini. Walhal, anak- anak kita lebih cakna dengan peredaran dunia semasa.
Mereka lebih hebat menggunakan peranti yang sedia ada dalam mencari dan
mengembangkan ilmu pengetahuan sehinggakan kandungan isi pengajaran yang
dibelajar oleh mereka juga amatlah berbeza sama sekali dengan sezaman kita semasa
berada di bangku sekolah. Oleh itu, sebagai ibu bapa yang prihatin serta peka dengan
pembelajaran anak-anak, marilah kita sama-sama menyokong sepenuh hati atas apa
yang dirancang oleh pihak sekolah. Saya yakin, semua perancangan yang dirancangkan
adalah untuk kebaikan anak-anak kita juga. Apa yang kurang, kita tambah. Apa yang
kurang senang, kita tegur. Apa yang boleh dibantu, kita sama-sama turun padang.

Hadirin sekalian,

Saya juga ingin menyeru agar para ibu bapa dapat meluangkan masa untuk
menghadiri apa juga aktiviti yang pihak sekolah anjurkan. Keterlibatan para ibu bapa
sesungguhnya dapat mengeratkan lagi ikatan antara guru-guru dengan para ibu bapa.
Melalui ikatan yang mantap dan mesra ini, maka tidak mustahil akan mencambahkan
segala idea dan pandangan yang bernas dalam usaha kita untuk meningkatkan
kecemerlangan sekolah sekaligus mengangkat Genius@BPSBP ini sebagai sebuah pusat
kegemilangan ilmu sesuai dengan slogan “Nurturing The Gifted, Empowering The
Talented” iaitu Mendidik Kepintaran, Memperkasakan Bakat.

Di sini juga saya ingin menyusun jari sepuluh memohon maaf jika sekiranya
terdapat salah silap dalam kata-kata saya. Semoga persatuan ini mendapat sokongan
yang padu dan jitu daripada tuan-tuan dan puan-puan.

Sekian, terima kasih.


Click to View FlipBook Version