The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by punes_wary, 2022-05-17 22:49:58

SEKOLAHKU SEJAHTERA

SEKOLAHKU SEJAHTERA

Dilancarkan pada 21
Februari 2022 oleh Menteri
Kanan Pendidikan YB
Datuk Dr. Radzi Jidin
Surat Siaran KPM Bilangan
4/2022

Membentuk budaya amalan baik di sekolah
dalam kalangan murid sekolah menengah
kebangsaan pengkalan permatang yang
melibatkan 14 elemen nilai positif sekolahku
sejahtera iaitu selamat, sihat, seronok, etika,
empati, jati diri, adab sopan, harmoni, tekun,

teliti, terampil, eksplorasi, rasional dan
artikulasi.

Program sekolahku sejahtera ini merupakan konsep yang dilaksanakan
menerusi penerapan 14 elemen nilai kehidupan secara semula jadi
kepada murid semasa sesi pengajaran dan pembelajaran. Tujuan
konsep ini adalah ke arah pembentukan budaya amalan baik di sekolah
oleh guru dan murid. Selain itu, konsep ini juga bertujuan untuk
mewujudkan suasana sekolah yang selamat, aman, selesa,
menggembirakan, membina dan inklusif ke arah mencapai
kesejahteraan masyarakat. Ini juga akan membolehkan para murid akan
meneroka pelbagai cabang ilmu, idea dan penemuan baharu yang
sentiasa berfikiran kreatif dan inovatif dalam penyelesaian masalah.

OBJEKTIF

• Melahirkan murid-murid yang bukan sahaja cemerlang akademik
malah cemerlang dari sudut sahsiah dan akhlak melalui penerapan
14 nilai positif.

• Menggalakkan proses pengajaran dan pembelajaran yang
berterusan dan berkesan sehingga murid-murid berjaya menjadi
manusia yang berjaya.

• Membolehkan para murid akan meneroka pelbagai cabang i lmu,
idea dan penemuan baharu yang sentiasa berfikiran kreatif dan
inovatif dalam penyelesaian masalah.

• Mewujudkan suasana sekolah yang selamat, aman, selesa,
menggembirakan, membina dan inklusif ke arah mencapai
kesejahteraan masyarakat.

14 ELEMEN
SEKOLAHKU SEJAHTERA

q SELAMAT q HARMONI
q SIHAT q TEKUN
q SERONOK q TELITI
q ETIKA q TERAMPIL
q EMPATI q RASIONAL
q JATI DIRI q EKSPLORASI
q ADAB SOPAN q ARTIKULASI



SELAMAT

Persekitaran sekolah
yang aman dan
tenteram serta

terpelihara daripada
ancaman dan bahaya

SERONOK

Suasana pengajaran
dan pembelajaran di

sekolah yang
menggembirakan

SIHAT

Penjagaan kesihatan
fizikal dan mental
khususnya dalam
aspek pemakanan

serta kebersihan diri
dan persekitaran

ETIKA

Pegangan yang teguh
kepada nilai- nilai
akhlak dan prinsip
moral khususnya

dalam aspek integriti

EMPATI

Keupayaan untuk
menyelami dan

memahami perasaan
dan

emosi orang lain
dengan meletakkan diri

pada tempat mereka

JATI DIRI

Prinsip serta pegangan
yang membentuk
identiti dan
karakter diri dalam

mencorak keperibadian
unggul

ADAB SOPAN

Amalan tingkah laku
yang memberi

penekanan kepada
akhlak, budi bahasa,

pertuturan dan
kelakuan baik

HARMONI

Suasana persekitaran yang
aman dan penuh toleransi

serta berteraskan
perpaduan dalam kalangan

masyarakat yang
terdiri daripada pelbagai

lapisan

TEKUN

Rajin dan bersungguh-
sungguh dengan penuh

tumpuan
serta daya usaha dalam

mendalami ilmu dan
melaksanakan
tanggungjawab

TELITI

Cermat dan hemat
(pemikiran) dengan
penuh analitis dalam

menjalankan
tanggungjawab

TERAMPIL

Kecekapan dan
kemahiran yang tinggi

dalam
melaksanakan
tanggungjawab

EKSPLORASI

Rasa kecintaan untuk
meneroka ilmu yang

bermaanfaat
dan terus berusaha
meningkatkan kefahaman
serta menguasai ilmu

berkenaan

RASIONAL

Kemampuan membuat
pertimbangan dan
keputusan

berdasarkan fakta dan
maklumat serta tidak

dipengaruhi oleh
emosi dan prasangka

ARTIKULASI

Keupayaan untuk
mengolah serta
menyampaikan
pandangan, hujahan atau
huraian tentang sesuatu
perkara dengan
jelas, teratur berdasarkan

fakta


Click to View FlipBook Version