The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by mohamad aniq, 2023-10-01 22:43:57

ETOS NASIONAL-1

ETOS NASIONAL-1

AKHBAR FANTASI ETOS NASIONAL: KONSEP DAN CARA MENCAPAI KESEPADUAN RM 38.99 --MPU21032-- 1 23/24 PENGHAYATAN ETIKA & PERADABAN BAGAIMANAKAH CARA MENCAPAI PERPADUAN APAKAH YANG MENDORONG MASYARAKAT MEMILIKI SIKAP YANG SEJALAN DENGAN TUJUAN NASIONAL BERSATU TEGUH BERCERAI ROBOH


ISI KANDUNGAN-OBJEKTIF -PENGENALAN -KONSEP ETOS NASIONAL -CARA-CARA MENCAPAI KESEPADUAN MEMALUI 3 ASPEK -MENGANJURKAN PELBAGAI AKTIVITI KEMASYARAKATAN -BERGAUL& MEMUPUK PERSEFAHAMAN ANTARA KAUM -KERAJAAN MENERAPKAN GAGASAN SATU MALAYSIA DALAM KALANGAN KAUM -BELAJAR & MENGHAYATI SEJARAH NEGARA -MENGHINDARI SEBARANG TINDAKAN YANG DAPAT MENCETUSKAN PROVOKASI KAUM -MEMUPUK PERPADUAN MELALUI PENDIDIKAN -KEPELBAGAIAN AGAMA, BUDAYA PERLU DIHORMATI -KONSEP RUMAH TERBUKA -KESIMPULAN -RUJUKAN


MD IFWAT AFIQ BIN SAMSULLIZAM (05DAD21F1081) MUHAMMAD NUR IHSANUDDIN BIN NURZAINULDIN (05DAD21F1006) GEOLYNTON JODIUS ANAK GEORGEMAN (05DAD21F1065) MOHAMAD ANIQ BIN MOHD HUSSIN (05DAD21F1048) MUHAMMAD SYAFIQ SAUNDERS BIN SUNANG (05DAD21F1016)


PENA PENASIHAT Assalamualaikum dan salam sejahtera, Alhamdulillah, bersyukur kehadrat Allah swt dengan taufik dan hidayahnya diberi kesempatan untuk memberi sedikit kata-kata aluan sebagai penasihat dalam penghasilan e-folio ini. Penulisan ini selaras dengan lonjakan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM-KPT) iaitu menghasilkan bahan penyelidikan dan penulisan serta bahan ilmiah. E-Folio ini merupakan salah satu platform yang terbaik membolehkan perkongsian hasil penulisan pelajar. E-folio adalah tugasan berbentuk penulisan ilmiah atau kreatif yang memberi impak kepada pembaca. Dengan terhasilnya e-folio ini diharapkan dapat memberi manfaat dan kefahaman yang mendalam dalam sesuatu isu yang dikupas. Selain itu, e-folio ini boleh dijadikan sebagai bahan bantu mengajar (BBM) kepada pensyarah atau pelajar bagi meningkatkan kefahaman dalam pengajaran. Tahniah kepada semua pelajar yang telah bertungkus lumus dalam menghasilkan efolio yang manarik minat pembaca. Semoga segala usaha yang dibuat mendapat balasan yang setimpal. Saya berdoa semoga para pembaca mendapat ilmu yang bermanfaat daripada penghasilan e-folio ini. TUAN MOHAMAD FAIZAL AHMAT PENSYARAH POLITEKNIK KUCHING, SARAWAK


O B J E K T I F 1. MENGKAJI DAN MENGENALPASTI CARACARA UNTUK MENCAPAI KESEPADUAN DAN PERPADUAN 2. MENGENAL PASTI CARA MENERAPKAN SEMANGAT BERSATU PADU DALAM PELAJAR BERBILANG KAUM 3. MENGENAL PASTI PERKARA YANG PATUT DIHINDARI SUPAYA TIDAK MEMERLUKAN PROVOKASI KAUM 4. MENGENALPASTI CARA UNTUK MENGASIMILASIKAN BUDAYA PELBAGAI KAUM DALAM KEHIDUPAN SEHARIAN 5. MEMBERI PENDEDAHANKEPADA PARA PEMBACA TENTANG KEPENTINGAN PERPADUAN KAUM DALAM MEMUPUK KESEPADUAN


PENGENALAN Kepelbagaian etnik dan budaya menimbulkan pelbagai cabaran kepada sesebuah masyarakat seperti Malaysia kerana setiap komuniti mempunyai etika dan peradaban yang berbeza dan ia dijelmakan dalam pemikiran dan praktis kehidupan seharian masing- masing. Namun kesemuanya perlu hidup dalam sebuah masyarakat Malaysia, berkongsi persamaan, kefahaman dan mencari titik pertemuan ketika terjadi perbezaan. Kesediaan tawar menawar, berunding dan melakukan mediasi telah membawa keamanan, kestabilan dan keharmonian di Malaysia semenjak merdeka. Inilah kesepaduan nasional yang telah wujud,didukung dan mesti terus menerus dimantapan. la dilaksanakan melalui tiga rangkai proses yang bergerak serentak dipacu oleh tiga motivasi, iaitu perpaduan yang diidamkan kesepaduan yang dicapai dan penyatupaduan yang diusahakan. Dalam konteks pemantapan kesepaduan nasional di Malaysia,terdapat tiga lapis perpaduan yang perlu dicapai iaitu perpaduan,kesepaduan dan penyatupaduan. Perpaduan Ialah suatu bentuk kesatuan yang merupakan matlamat akhir yang didamkan dalam sebuah negara yang berbilang etnik. Kesepaduan ialah keadaan bersepadu dan menjadi kesatuan yangutuh. Keadaan yang dimaksudkan ialah aman,stabil,makmur dan sejahtera yang dicapai tetapi diakui masih terdapat perbezaan dalam bentuk deficit social yang wujud dalam sesebuah masyarakat.Manakala penyatupaduan ialah proses menyatupadukan iaitu usah


suatu wadah dalam pembinaan negara-bangsa kurang dibahaskan dalam kalangan sarjana. Dari itu, makalah ini akan mengupas perspektif pembinaan negara-bangsa dari sudut etos nasional sebagai suatu dimensi yang perlu diteliti dalam mencorak pembentukan sesebuah bangsa. Etos nasional merujuk kepada watak, karakter, sikap, etika, keperibadian dan keyakinan atas sesuatu perkara yang dapat menggambarkan ciri-ciri semangat yang dikongsi bersama oleh ahli-ahli masyarakat. Dengan wujudnya etos nasional dalam diri individu, maka ia dapat menggambarkan tentang sentimen kenegaraan yang berpaksikan kepada platform nasional. Sehubungan itu, secara spesifiknya makalah ini mengaplikasikan takrif etos nasional sebagai ciri-ciri unik masyarakat setempat yang mengikat seseorang individu dengan individu yang lain, dan yang mengikat individu dengan negara. Ciri-ciri unik tersebut merangkumi empat dimensi utama iaitu nilai, perasaan dan semangat, kepercayaan dan identiti. Ciri-ciri unik etos nasional tersebut menjadi wadah utama dalam proses pembinaan negara-bangsa Malaysia yang terdiri dari pelbagai etnik. Golongan yang seringkali mendapat tumpuan apabila membahaskan tentang proses pembinaan negara-bangsa ialah golongan belia. Ini kerana mereka adalah tulang belakang dan tunjang bangsa pada masa hadapan. Kejayaan membangunkan golongan belia menjadi penanda aras utama kejayaan pembangunan negara-bangsa pada hari muka. Kajian ini mendapati empat dimensi utama iaitu nilai, perasaan dan semangat, kepercayaan serta identiti telah membentuk suatu ikatan yang kuat antara individu dengan individu yang lain, dan di antara individu dengan negara khususnya dalam kalangan belia yang dikaji. Oleh yang demikian, dalam merealisasikan pembinaan negara-bangsa Malaysia, etos nasional menjadi wadah yang perlu dipupuk dalam diri setiap individu khususnya golongan belia yang masih tercari-cari jati diri mereka.


1. PENDIDIKANMengintegrasikan nilainilai nasional dalam kurikulum pendidikan adalah langkah awal yang penting. Sekolah-sekolah harus mengajarkan sejarah, budaya, dan nilai-nilai nasional kepada generasi muda. MELALUI 3 ASPEK


2. KOMUNIKASIMedia massa dan pemerintah memiliki peran penting dalam menyebarkan pesanpesan yang mempromosikan kesatuan dan kesepaduan nasional. MELALUI 3 ASPEK


3. PEMAHAMANMULTIKULTURALPenting untuk menghormati dan memahami keragaman budaya, agama, dan etnis dalam masyarakat, sambil mempromosikan nilai-nilai bersama. MELALUI 3 ASPEK


MASYARAKAT SETEMPAT JUGA MEMAINKAN PERANAN DALAM MENGUKUHKAN PERPADUAN KAUM DI NEGARA INI. MEREKA SEWAJARNYA MENGANJURKAN PELBAGAI AKTIVITI KEMASYARAKATAN SEPERTI GOTONG-ROYONG , PROGRAM RUKUN TERTANGGA DAN KEMPEN BULAN KEMERDEKAAN UNTUK MENGERATKAN HUBUNGAN ANTARA MASYARAKAT PELBAGAI KAUM. SELAIN DARPADAPA MENJAMIN KESEJAHTERAAN MASYARAKAT SETEMPAT , RAKYAT JUGA BERPELUANG BEKOMUNIKASI DAN MENGHULURKAN BANTUAN KEPADA JIRAN TERTANGGA YANG BERLAINAN BANGSA. BAK KATA PEPATAH, “SERAMPANG DUA MATA”. SAMBUTAN-SAMBUTAN KHAS SEPERTI HARI KELUARGA DAN KEMPEN BULAN KEMERDEKAAAN DALAM PELBAGAI PERINGKAT PULA DAPAT MEMBUKA MATA RAKYAT TENTANG ADAT RESAM DAN BUDAYA KAUM LAIN. SESUNGGUHNYA MASYARAKAT SETEMPAT TIDAK KETINGGALAN DALAM MEMAINKAN PERANAN YANG PENTING UNTUK MELAHIRKAN PERMUAFAKTAN DALAM KALANGAN MASYARAKAT NEGARA MENGANJURKAN AKTIVITI KEMASYARAKATAN


Gotong-royong membersihkan kawasan persekitaran Mengecat dan membaiki bangunan/peralatan Menjalankan aktiviti ramah mesra dan sumbangan di Rumah Anak Yatim dan Rumah Orang Tua Menyertai misi bantuan bencana Program saringan kesihatan, khidmat nasihat, pameran kesihatan dan ceramah secara percuma AKTIVITI PROGRAM Setiap kakitangan Fakulti Perubatan digalakkan untuk melibatkan diri dalam aktiviti program khidmat masyarakat sekurang-kurangnya sekali setahun. Program khidmat masyarakat boleh dibuat diperingkat jabatan, unit, atau kumpulan kecil. 1. 2. 3. 4. 5. ANTARA AKTIVITI YANG BOLEH DILAKUKAN


Malaysia percaya usaha berterusannya untuk memupuk budaya keamanan, pertukaran idea dan dialog adalah antara cara paling berkesan untuk meningkatkan kesefahaman dan penerimaan antara pelbagai kumpulan, kepercayaan dan agama. Wakil Tetap Malaysia di Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB), Datuk Hussein Haniff, berkata masyarakat perlu berkongsi idea dan pengetahuan serta mencari asas bersama yang boleh merapatkan hubungan antara pelbagai kumpulan. "Kami amat yakin usaha memupuk budaya keamanan adalah suatu proses inklusif. "Oleh itu, interaksi secara positif dalam kalangan manusia yang mempunyai budaya dan nilai berbeza akan membantu mencapai matlamat memulihara dan memupuk keamanan serta kestabilan global, yang merupakan syarat penting untuk meningkatkan pembangunan ekonomi dan sosial secara lestari," katanya. Pertukaran idea cara terbaik pupuk persefahaman antara pelbagai kumpulan


KERAJAAN MENERAPKAN GAGASAN SATU MALAYSIA DALAM KALANGAN KAUM Gagasan 1Malaysia kesinambungan perkasa bangsa, negara SESEORANG itu dianggap patriotik apabila tindakan dan amalannya menepati ciri patriotisme yang berteraskan kecintaan dan kesetiaan kepada negara. Kata-kata seperti yang diucapkan oleh John Fitzgerald Kennedy iaitu 'Jangan bertanya apakah sumbangan negara kepada anda tetapi bertanyalah kepada diri anda apakah sumbangan anda kepada negara' menampakkan ciri patriotisme utama. Kata-kata patriotik seperti disebut oleh Nathan Hale iaitu 'Saya kecewa kerana hanya mempunyai satu nyawa sahaja untuk disumbangkan kepada negara saya,' dan ungkapan George Santayana 'Kaki kita perlu bertunjangkan tanah air kita, tetapi mata kita perlu meneliti kemajuan ke seluruh dunia' turut membayangkan kesungguhan dan keperluan kepada penelitian negara lain adalah satu bentuk fahaman tentang patriotisme yang lebih realistik dan tidak melulu. 31 Ogos 1957 kita Merdeka dan 16 September 1963 Malaysia muncul dengan kemasukan Sabah dan Sarawak. Malaysia adalah negara mesra tetamu, berteraskan kepada merai dan menerima, berkongsi, memberi, disulam dengan keraian menekankan kepentingan kebersamaan yang menguntungi antara satu sama lain. Namun, semua itu hanya mampu direalisasikan berpaksi kepada Perlembagaan. Inilah asas dan teras yang diterima pakai pada hari ini, dibawa dari dahulu sebagai satu tradisi, diperturunkan keramat mantera tersebut sampai kiamat. Malaysia yang makmur ini bukannya terbina daripada konsep persejarahan sebuah tanah kosong dan lesu, didatangi dan didiami mahupun sebuah tanah berteraskan kepada pertaruhan darah dan gen DNA semata-mata. Perjanjian kontrak sosial untuk masyarakat Malaysia dipersetujui semenjak tahun 1948 lagi dan termaktub dalam Perlembagaan Malaysia hingga ke hari ini. Persetujuan itu juga dimeterai oleh tiga wakil utama daripada kalangan masyarakat Melayu, Cina mahupun India. Hak keistimewaan Melayu Wakil tersebut ialah Tunku Abdul Rahman Putra AI-Haj, Tun Tan Cheng Lock dan juga Tun Sambanthan. Hasil daripada persetujuan itu juga golongan masyarakat Cina dan India diiktiraf menjadi salah sebahagian daripada warganegara Malaysia manakala masyarakat Cina mahupun India pula disyaratkan supaya mengiktiraf beberapa hak keistimewaan yang perlu diberikan kepada seluruh masyarakat Melayusebagai pertukarannya.


Soalnya, adakah pemahaman ke atas 'satu' membawa pengertian yang menyoal kedudukan komposisi etnik di negara ini? Atau 'satu' menandakan semua warga Malaysia tidak lagi dilihat pada latar belakangmereka menimbulkan dilema bahawa ia perlu kekal berdasarkan keetnikan dan bukan nilai 'keselamatanmenyeluruh'. Masing-masing menunjukkan rasa bangga kepada negara yang dihuni dan akan berjuang mempertahankan kedaulatan negara. Ia boleh dilihat sebagai pelengkap kepada 'Malaysia Boleh' yang sunyi sejak tahun 2004 dalam persekitaran politik, ekonomi dan sosial tanahair. Keunikan 'satu' Malaysia terletak kepada 'keyakinan,' 'kepercayaan' dan 'kejujuran' bahawa setiap individu mempunyai hak dan tanggungjawab ke atas negara kerana mereka bergelar 'Harga Malaysia.' Ramai pemimpin datang dan pergi membuat keputusan popular dan tidak popular. Ada zaman kegemilangan dan ada zaman kemerosotannya tetapi semuanya memahami perlunya 'perubahan mengikut arus semasa,' begitu juga dengan 1Malaysia. Setiap gagasan mahupun slogan yang berkait-rapat dengan negara dan bangsa di Malaysia dahulu, kini dan pasti selama-lamanya, penekanan ayat 'pasti' akan menekankan tentang keunikan Malaysia yang mempunyai masyarakat majmuk berbilang kaum yang hidup bersatu padu. Melalui pengurusan dan pentadbiran negara yang sangat teratur membolehkan Malaysia menjadi negararujukan dalam membentuk masyarakat majmuk. Perpaduan yang wujud dalam negara menjadi contoh dan panduan terutamanya kepada negara lain dalam usaha membentuk satu kumpulan masyarakat bersatu padu. Jika kita telusuri sejarah negara, dasar pecah dan perintah yang diperkenalkan penjajah pada awalnya mewujudkan ketidaksamaan komposisi kaum terutama dalam aspek ekonomi. Polarisasi dan permasalahan inter etnik dilakukan dengan sewenang-wenangnya demi matlamat kuasa dan kesinambungan penjajahannya. Ternyata, selepas diaibkan dengan mimpi suram, kelam dan muram selama 446 tahun, apakah kita warganya tidak belajar daripada kesilapan itu? Sesebuah negara yang plural atau majmuk seperti Malaysia amat memerlukan pelbagai konsep dan formula penyatuan rakyat jelatanya ke arah pembinaansatu negara-bangsa yang kukuh, muafakat, progresif, dan makmur. Konsep dan formula penyatuan warga ini juga diperlukan supaya generasi merdeka Malaysia mempunyaaspirasi yang serupa, melangkah ke destinasi yang sehala, dan sentiasa megah untuk mengibarkan panjipanji perjuangan negara dengan semangat kenegaraan pada setiap masa dan bersiap-siaga ke arah itu. Barangkali hanya masa akan menentukan kejayaan melahirkan kesedaran, pemahaman dan penerapan Satu Malaysia dalam kalangan warga Malaysia berdasarkan kepada kesungguhan mengubah konsep ini dalam bentuk tindakan dan pelaksanaan demi masa depan generasi hari ini dan akan datang. Dalam usaha ini Allah bersama kita. Insya-Allah.


-BELAJAR & MENGHAYATI SEJARAH NEGARA Kesedaran generasi kini terhadap kepentingan sejarah boleh disifatkan sekadar bermusim kerana kebiasaannya ramai akan mula mengambil kisah mengenainya hanya menjelang tarikh penting tertentu seperti Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia. Apabila berlalu sambutan itu, minat mereka dalam bidang ini kembali hambar, malah kadang kala tidak peduli apa yang berlaku di sekeliling setiap hari dan kaitannya dengan sejarah. Kesannya, generasi muda yang diharapkan menjadi pewaris masa depan dikatakan mempunyai pengetahuan yang amat cetek mengenai negara sendiri, lantaran kurang minat terhadap menghayati sejarah tanah air. Perkara ini menjadi kebimbangan kepada sejarawan yang juga ahli akademik, Prof Emeritus Tan Sri Dr Khoo Kay Kim yang melihat semakin ‘jauh’ dan hilang penghayatan sejarah dalam kalangan generasi hari ini. Beliau menyifatkan sejarah bukan sekadar suatu pendapat umum, sebaliknya perlu berasaskan pelbagai kajian dan penyelidikan. Kay Kim yang baru-baru ini menerima Anugerah Merdeka 2018 atas sumbangan cemerlang kepada negara dalam pendidikan sejarah, menyifatkan keadaan negara yang dikatakan paling kompleks di dunia ini, berdasarkan komposisi penduduk memerlukan rakyat untuk tidak mengabaikan keutamaan bidang itu. Bebas beri pandangan Beliau berpendapat guru sekarang tidak tahu untuk mengajar dan menarik minat pelajar terhadap subjek Sejarah. Mereka juga tidak diberikan latihan seperti guru pada masa dahulu, memandangkan sistem pendidikan negara hari ini lebih mengutamakan peperiksaan. “Murid diminta menghafal, sedangkan pelajar dahulu diberikan kebebasan untuk menjawab soalan berdasarkan pemerhatian dan pandangan mereka,” katanya dalam temu bual bersempena Anugerah Merdeka 2018. Anugerah tajaan PETRONAS, ExxonMobil dan Shell itu bersempena sambutan Hari Kebangsaan mengiktiraf Kay Kim bagi kategori pencapaian skolastik cemerlang kerana sumbangan gemilang terhadap penyelidikan sarjana, penyusunan interpretasi semula sejarah Malaysia dan dedikasi sepanjang hayat dalam pendidikan sejarah. Berkongsi pandangannya terhadap usaha menarik generasi muda untuk terus meminati sejarah, Kay Kim berkata, subjek Sejarah dan Geografi perlu diberikan keutamaan semula di sekolah untuk membolehkan generasi muda lebih bersifat patriotik dan mengenali negara sendiri. Bagaimana mungkin masyarakat hari ini faham mengenai sistem beraja negara yang suatu masa dahulu dikaitkan dengan ‘daulat’ jika tidak mempunyai pengetahuan asas adat istiadat resam dan tradisi penting berkenaan.


-MENGHINDARI SEBARANG TINDAKAN YANG DAPAT MENCETUSKAN PROVOKASI KAUM Rakyat Sarawak perlu terus mengelakkan sebarang bentuk provokasi yang boleh mencetuskan kekacauan dan ketegangan masyarakat pelbagai kaum dan agama. Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, berkata sebarang perselisihan atau perbezaanyang wujud perlu ditangani dengan segera dan bijaksana.Katanya, tindakan harus diambil dengan teliti berteraskan semangat perpaduan bagi mengelak manamana pihak tersinggung. "Sebarang bentuk provokasi yang boleh menimbulkan kekacauan dan ketegangan haruslah dijauhi dan dielakkan. "Pada masa sama, Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang yang termaktub mesti dihormati dan dipatuhi dalam usaha kita mengekalkan keharmonian rakyat pelbagai kaum dan agama di Sarawak, " Awang Tengah berkata, perpaduan masyarakat pelbagai kaum dan agama menjadi aset bagi Sarawak sejak sekian lama dan ia selaras dengan tema 'Perpaduan Teras Malaysia Madani'. Katanya, dalam Kerajaan Perpaduan yang memperjuangkan gagasan Malaysia Madani, Sarawak berada pada landasan yang betul dengan semangat perpaduan yang diamalkan selama ini. "Walaupun kepemimpinan silih berganti, namun resipi perpaduan amat mujarab sehingga kita berupaya membangunkan Sarawak seperti yang kita kecapi pada hari ini. "Dalam sambutan 60 tahun Sarawak merdeka kita dapat melihat naratif pembangunan sepanjang enam dekad sehingga kini 2023 dengan pelbagai pembangunan dan kemajuan berjaya dicapai," katanya. Justeru, katanya, dalam konteks lebih luas pula, kepelbagaian yang ada harus diadun sebaiknya agar Malaysia dapat dibangunkan atas kesepaduan, keharmonian, kesejahteraan dan kebahagiaan seluruh rakyat.


Pendidikan formal Secara umumnya pendidikan boleh dibahagikan kepada dua kategori. Kategori pertama ialah pendidikan formal manakala kategori kedua ialah pendidikan tidak formal. Pendidikan formal berlaku di sekolah dan institusi pendidikan sedangkan pendidikan tidak formal berlaku melalui penglibatan ibu bapa, keluarga dan masyarakat . Perpaduan negara merupakan satu daripada lima aspirasi sistem pendidikan Malaysia. Aspirasi ini menekankan kepada sistem pendidikan yang menawarkan perkongsian pengalaman dan nilai kepada kanak-kanak dengan menghargai kepelbagaian. Dalam usaha memupuk perpaduan dalam kalangan pelajar, sukatan pelajaran boleh diperkenalkan dengan topik-topik bertemakan perpaduan yang menyentuh berkenaan hubungan etnik dan agama dalam konteks masyarakat majmuk. Ini bertepatan dengan objektif khusus pertama Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 yang memberi penekanan untuk “mengukuhkan perpaduan dalam kalangan murid”. Topik-topik perpaduan boleh diserapkan dalam mata pelajaran sedia ada, seperti pendidikan moral dan pendidikan Islam. Menurut Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 (Pendidikan Prasekolah hingga Lepas Menengah), kurikulum Pendidikan Agama Islam bagi murid Islam dan kurikulum Pendidikan Moral bagi murid bukan Islam akan diperkukuhkan supaya merangkumi tumpuan yang lebih kepada pemahaman tentang nilai-nilai perpaduan dan hubungan baik sesama insan. Topik-topik berkenaan hendaklah dikaitkan dengan prinsip-prinsip Rukun Negara. Selain pendekatan dalam bilik darjah, penerapan nilai-nilai perpaduan boleh diperkukuh melalui aktiviti-aktiviti ko-kurikulum yang melibatkan aktiviti persatuan dan pakaian beruniform seperti Pengakap, Pandu Puteri dan lain-lain, bersesuaian dengan Rancangan Integrasi Murid untuk Perpaduan (RIMUP) yang disediakan oleh Kementerian Pendidikan. Malahan, pendekatan melalui aktiviti-aktiviti di luar bilik darjah yang berkonsepkan “experiential learning” dan menekankan amali dipercayai lebih berkesan berbanding pembelajaran dalam bilik darjah. Sehubungan dengan itu, pelbagai aktiviti boleh dilaksanakan dengan melibatkan pelajar pelbagai kaum dari sekolah yang sama mahupun dari sekolah yang berbeza berdasarkan demografi di sesuatu tempat atau daerah. Dalam hal ini, Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan pihak pengurusan sekolah harus berperanan untuk membolehkan aktiviti sedemikian dijalankan. Pihak Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) juga perlu dilibatkan agar inisiatif yang dilaksanakan adalah bersepadu dan mengambil kira pandangan pelbagai pihak. Malahan, sektor swasta dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) juga boleh turut bekerjasama berdasarkan sumber, kemahiran dan kemampuan masing-masing. Sebagai contoh, kem muhibbah yang melibatkan aktiviti perkongsian budaya dan interaksi di antara pelajar-pelajar di sekolah kebangsaan dan sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil boleh dilaksanakan di peringkat daerah atau pun negeri. MEMUPUK PERPADUAN MELALUI PENDIDIKAN


Pendidikan tidak formal Pendidikan tidak formal pula boleh berperanan memupuk perpaduan nasional melalui interaksi dan aktiviti antara komuniti, pertandingan sukan berbilang kaum dan keterlibatan dalam kerja-kerja sukarela melalui badan-badan bukan kerajaan (NGO). Penglibatan komuniti juga boleh menyelesaikan sesuatu masalah yang dihadapi bersama melalui pendekatan pelbagai kaum melalui dialog dan sesi perbincangan termasuklah dalam isu-isu sensitif yang melibatkan hubungan antara kaum dan agama. Dengan itu, penyelesaian sesuatu permasalahan dapat diselesaikan dengan baik dan dalam suasana yang harmoni. Kesimpulannya, usaha-usaha untuk memupuk perpaduan nasional dapat dilaksanakan melalui pendidikan formal dan tidak formal. Melalui usaha-usaha mendidik sebegini, semangat kerjasama antara kaum dapat dibina dalam kalangan generasi muda dari awal lagi. Pendedahan awal melalui pendidikan yang bersifat inklusif dan kolaboratif sangat penting untuk membangunkan negara tercinta yang terdiri dari masyarakat majmuk. Seterusnya, usaha-usaha pendidikan akan dapat membina jati diri generasi masa depan yang menghargai kepelbagaian dan dapat menggembleng kepelbagaian tersebut demi kepentingan agama, bangsa dan negara.


Kepelbagaian agama, budaya perlu dihormati Keharmonian dalam kemajmukan ini menjadikan Malaysia negara yang sering dicontohi masyarakat antarabangsa, namun sebagai negara dengan rakyat berbilang kaum dan budaya, masyarakat kita kadangkala berdepan isu sensitif yang boleh menggugat ketenteraman dan keharmonian. Isu ini selalunya menyentuh soal perbezaan kefahaman mengenai agama, budaya dan kaum masing-masing. Justeru, perbezaan dan kepelbagaian ini perlu ditangani dan diuruskan sebaik mungkin untuk mengelakkan tercetusnya sebarang perkara tidak diingini. Dialog kurangkan prasangka Antara yang boleh dilakukan ialah memberi ruang kepada dialog yang sihat supaya dapat dikurangkan prasangka dan dipupuk semangat perpaduan serta kebersamaan dalam kalangan rakyat Malaysia. Perlu ada penjelasan dari perspektif keagamaan mengenai prinsip kepelbagaian kepada masyarakat bagimemberi kefahaman lebih baik bahawa pentingnya memastikan perpaduan dan kehidupan yang harmoniagar dapat diwariskan kepada generasi masa hadapan. Wacana akademik atau seminar juga dapat meningkatkan interaksi positif dalam masyarakat majmuk Malaysia serta membincangkan kefahaman mengenai nilai agama untuk membantu menangani isu sejagat yang menggugat manusia secara keseluruhannya. Dialog antara agama dapat meneruskan kesinambungan hubungan etnik, perpaduan, keharmonian, tolakansur, saling hormat dan juga menghindarkan konflik dalam kalangan masyarakat majmuk di Malaysia. Konflik ialah pertembungan dua pihak yang masing-masing mempunyai kepentingan berbeza dan saling bersaing. Menurut Destuch, konflik tercetus apabila terdapat perbezaan matlamat, jangkaan, kemahuan dan cara pendekatan antara dua pihak. Tokoh falsafah politik Inggeris, Thomas Hob-bes pula menyatakan konflik sentiasa wujud selagi ada kuasa kerana masyarakat akan sentiasa bersaing dan berlumba untuk mendapatkan kuasa atau kedudukan yang ditakrifkan sebagai sumber yang terhad


Pada umumnya selama ini, sebahagian besar budaya keagamaan dunia dipengaruhi beberapa atau semua faktor yang kontroversial. Faktor ini tidak hanya mendorong konflik, malah mengembangkan konflik. Dengan membiarkan konflik dan ketegangan ini berlanjutan, ada pihak yang akan membawa budaya mereka menjadi bentuk ekstremisme dan fanatisme. Jadi, jika ingin mengurangkan konflik, semua pihak perlu mencari penyelesaian berbeza terhadap agama,iaitu pendekatan yang tidak dikuasai elemen kontroversi. Kita perlu mencari pendekatan yang mempromosi pemahaman, toleransi, bahkan kesatuan antara orang beragama. Dalam hal itu, sangat penting untuk mengakui bahawa budaya agama sebahagian besarnya dipengaruhi beberapa elemen ini. Secara jelas, tidak semua pihak menjadikan elemen itu sebagai ekstrem, namun setiap pihak yang bertoleransi dalam hal ini akan mengurangkan elemen konflik dengan memberi sumbangan untuk mempertahankan budaya umum. Sememangnya, konflik agama boleh diatasi dengan pelbagai kaedah, namun yang akan menentukan sama ada ia berjaya atau tidak ialah individu dan masyarakat beragama itu sendiri. Terdapat banyak kebaikan yang pasti diperoleh dengan mengehad dan membanteras konflik agama dalam kalangan masyarakat. Sebagai masyarakat bertamadun, kita tidak sewajarnya membiarkan konflik agama timbul atau berulang kerana akan memberi kesan kepada masyarakat beragama dan generasi akan datang. Fanatik agama


Rumah Terbuka Rumah terbuka ataupun seringkali disebut sebagai ‘open house’ bukanlah sesuatu yang baru diperkenalkan dalam masyarakat Malaysia tetapi sejak zaman dahulu lagi. Rumah terbuka adalah jamuan yang meraikan sambutan perayaan penting dalam Negara kita seperti Deepavali , Tahun Baru Cina , Hari Raya Aidilfitri dan juga Hari Natal.Sambutan ini bertujuan untuk memupuk persefahaman dalam masyarakat Malaysia yang pelbagai kaum dan menganuti pelbagai agama dan ianya tidaklah bertujuan untuk mengembangkan agama masing-masing.Dalam pada itu, ia juga dapat memupuk semangat perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia. Perayaan-perayaan ini tidak lengkap jika tiada rumah terbuka sehingga ianya menjadi sinonim dalam kalangan masyarakat. Lazimnya, rumah terbuka diadakan dalam dewan ataupun di padang. Asal usul majlis rumah terbuka ini dilihat berasas kepada budaya dan konsep seruan beragama anutan setiap kaum yang terdapat di Malaysia. Tanpa mengira manmana perayaan sama ada Hari Raya Aidilfitri, Tahun Baru Cina,atau Hari Natal masingmasing tetap meyambutnya dengan cara tersendiri. Sesungguhnya proses pembudayaan yang wujud dalam konsep rumah terbuka menyaksikan pertembungan dua atau lebih budaya. Ini menyebabkan berlakunya proses asimilasi dan penyerapan unsur-unsur kebudayaan oleh sesuatu kaum minoriti kepada kaum majoriti. Sebagai contoh banyak unsur melayu akan diterima secara tidak langsung sebagai unsur-unsur budaya kepada kaum lain seperti Iban, Murut dan sebagainya ekoran perayaan sering diadakan saban tahun. Ramai yang menyifatkan rumah terbuka ini hanya sinonim dengan masyarakat Melayu , tetapi sebenarnya ianya lebih tertumpu kepada perayaan besar sesuatu kaum . Sebanyak enam perayaan kaum telah diangkat sebagai perayaan utama Negara dan diraikaan diperingkat kebangsaan bermula pada tahun pada tahun 2000. Antaranya termasuklah Hari Raya Aidilfitri,Tahun Baru Cina ataupun Gong Xi Fa Cai ,Deepavali ,Hari Gawai ,Tadau Kaamatan dan Hari Natal. Perayaan Hari Raya Aidilfitri disambut oleh masyarakat islam yang disambut sebagai meraikan kejayaan masyarakat islam berpuasa selama sebulan di bulan Ramadhan. Kaum cina pula meraikan Tahun Baru Cina sebagai perayaan tradisi bagi menyambut tahun baru calendar Cina . Deepavali merupakan peraayan kaum India bagi meraikan pesta cahaya. Kaum Borneo di Sarawak meraikan perayaan tradisi mereka iaitu Gawai Dayak begitu juga kaum Kadazan Dusun di Sabah yang meraikan perayaan tradisi mereka iaitu Tadau Keaamatan sebagai tanda kesyukuran selepas musim menuai. Penganut Kristian pula meraikan Hari Natal ataupun Krismas. konsep rumah terbuka


KESIMPULANNY KEAMANAN NEGARA DAPAT DIPERTINGKATKAN APABILA AMALAN PERPADUAN KAUM TELAH MERESAP KE DALAM JIWA SETIAP RAKYAT MALAYSIA. SEPERTI Y ANG KITA KETAHUL, TANPA PERPADUAN KAUhL KEAMANAN TIDAK DAPAT DIWUJUDKAN KERANA RAKYAT AKAN bergaduh sesama sendiri sehinc ga HENghAnCURKAN KEAMANAN sESEbuAh NEGARA YANG TELAH DIBINA . PERTELINGKAHAN YANG BERLAKU antARA RAKYAT hany a aKan HENGhasilKan SuAsAna HIDUP YAng PORAX-PERANDA OLEH HAL YANG DEMIKIAN BENARLAH PERPADUAN KAUM ITU PeNTING UNTUK MENINGKATKAN KEAMANAN NEGARA. SELAIN mu sEMUA PIHAK JUG A HARUS BERGANDING BAHU DAN TIDAK MENGHARAPKAN PIHAK KERAJAAN SEMATA-MATA DALAM MEWUJUDKAN PERPADUAN KAUM. JANGAHLAH KITA BERSIKAP EVASIVE MAHUPUN BACAI ENAU DALAM BELUKAR MELEPASKAN PUCUK MASING-MASING" KERANA PERPADUAN KAUM ITU HANY 4 AKAN WUJUD APABILA SEMUA KAUM hENJALAhKAN obligasI MAsInG-MASING DENGAN SEMPURNA DAN BERSIKAP BERTOLAK ANSUR KESIMPULAN


RUJUKAN https://karanganpelajarstpm.blogspot.com/2013/11/PERANAN http://perpaduandimalaysia.blogspot.com/2016/10/KONSEP http://journalarticle.ukm.my/16717/1/42123-154709-1-PB.PDF WOW! https://www.slideshare.net/SharifahNurAbu/topik-3-etika-dlm-masyarakat-kepelbagaianhttps://www.google.com/gasearch? q=etika%20dan%20peradaban%20dalam%20masyarakat%20kepelbagaian&t bm=&source=sh/x/gs/m2/5 https://www.scribd.com/document/506774922/Topik-3-Etika-dan-Peradaban-dalamMasyarakat-Kepelbagaian https://www.studocu.com/my/document/universiti-teknologi-mara/valuesand-civilization/etika-dan-peradaban-dalam-kepelbagaianmasyarakat/42768549 http://myscholar.umk.edu.my/bitstream/123456789/2207/1/ETIKA%20DAN%20PERADABAN%2018.4.2021.pdf https://www.google.com/gasearch? q=etika%20dan%20peradaban%20dalam%20masyarakat%20kepelbagaian&tb m=&source=sh/x/gs/m2/5#ip=1 https://www.google.com/gasearch? q=etika%20dan%20peradaban%20dalam%20masyarakat%20kepelbagaian&tbm=&sou rce=sh/x/gs/m2/5#ip=1


Click to View FlipBook Version