The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-82322506, 2021-09-29 00:58:28

Modul objektif Geografi bab 5-11

Modul objektif Geografi bab 5-11

MODUL GEOGRAFI BAB 5- BAB 11

BAB 5
1 Rajah 1 menunjukkan dua contoh pengangkutan udara.

Rajah 1
Antara berikut, lapisan atmosfera bumi yang manakah sesuai untuk kedua-dua
pengangkutan di atas?
A Mesosfera
B Troposfera
C Stratosfera
D Termosfera
2 Rajah 2 menunjukkan lapisan atmosfera bumi yang terdiri daripada lima lapisan.

Rajah 2
Apakah nama lapisan yang bertanda Y?
A Eksosfera
B Mesosfera
C Troposfera
D Termosfera
3 Antara berikut, yang manakah ciri-ciri bagi litosfera?
I Mengandungi pelbagai jenis gas, debu, habuk, asap dan wap air
II Meliputi bahagian kerak bumi dan atas mantel
III Terdiri daripada pelbagai jenis batuan dan mineral
IV Merangkumi bahagian kerak bumi dan atmosfera
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

4 Pernyataan berikut merujuk kepada satu sistem fizikal bumi.

Kawasan yang didiami oleh semua benda hidup termasuk manusia,
haiwan dan tumbuhan.

Apakah sistem fizikal bumi yang dimaksudkan?
A Biosfera
B Litosfera
C Atmosfera
D Hidrosfera
5 Salah satu komponen yang membentuk bumi ialah hidrosfera.
Antara berikut, yang manakah tergolong dalam komponen tersebut?
A Mineral
B Wap air
C Haiwan
D Litupan ais
6 Rajah 3 menunjukkan lapisan struktur bumi.

Rajah 3
Apakah nama lapisan yang berlabel Z?

A Mantel C Kerak bumi

B Teras luar D Teras dalam

7 Maklumat berikut merujuk kepada satu lapisan bumi.

• Bersifat pepejal
• Lapisan luar bersifat separa cecair

Apakah lapisan yang dimaksudkan?

A Mantel C Kerak bumi

B Teras luar D Teras dalam

8 Antara berikut, ciri yang manakah menerangkan tentang lapisan teras bumi?

A Meliputi dua pertiga jisim bumi

B Mengalami suhu yang sangat tinggi
C Merupakan lapisan yang paling keras
D Terletak di bawah lapisan kerak bumi
9 Lapisan kerak bumi terdiri daripada dua lapisan, iaitu sial dan sima.
Di manakah kedudukan lapisan sima?
A Di dasar lautan
B Di atas lapisan sial
C Di bahagian tengah bumi
D Di bahagian atas kerak bumi

10 Maklumat berikut merujuk kepada ciri sebuah benua.
Benua yang paling mendatar di dunia

Apakah benua tersebut?
A Benua Asia
B Benua Afrika
C Benua Australia
D Benua Antartika
11 Antara berikut, yang manakah merupakan ciri bagi benua Amerika Utara?
A Benua terbesar di dunia
B Benua kedua terkecil di dunia
C Benua ketiga terbesar di dunia
D Benua keempat terbesar di dunia
12 Peta 1 menunjukkan peta dunia.

Peta 1

Apakah nama lautan N?
A Lautan Artik
B Lautan Hindi
C Lautan Pasifik
D Lautan Atlantik
13 Antara berikut, ciri manakah berkaitan dengan Lautan Hindi?
A Mengelilingi benua Antartika
B Membentuk seakan-akan huruf ‘S’
C Terletak berhampiran Kutub Utara
D Bersempadan dengan benua Asia, Afrika dan Australia
14 Berikut merupakan ciri-ciri sebuah selat.

• Terpanjang di dunia
• Terletak di perairan antara Semenanjung Malaysia dengan

Pulau Sumatera (Indonesia)

Apakah nama selat tersebut?
A Selat Sunda
B Selat Torres
C Selat Tebrau
D Selat Melaka
15 Apakah faktor yang menyebabkan berlakunya pergerakan kerak bumi?
A Peningkatan suhu bumi
B Pergerakan lapisan teras bumi
C Perubahan tekanan di lapisan kerak bumi
D Pengaruh arus perolakan di lapisan mantel
16 Salah satu kesan pergerakan kerak bumi ialah terbentuknya gunung lipat.
Bagaimanakah gunung tersebut terbentuk?
A Berlaku pencapahan pada plat-plat di kerak bumi
B Berlaku gelinciran di sempadan plat bumi di daratan atau di lautan
C Berlaku tolakan dan himpitan antara dua plat dari arah yang bertentangan
D Berlaku pertembungan dan himpitan antara plat yang menghasilkan daya tekanan
17 Apakah bentuk muka bumi yang terbentuk akibat proses sesaran plat bumi?
A Gunung laut
B Gunung lipat
C Gunung berapi

D Gunung bongkah
18 Gambar Foto 1 menunjukkan kejadian tsunami yang melanda bandar Miyako, Jepun.

Gambar Foto 1

Apakah punca berlakunya kejadian tersebut?
A Perubahan kedudukan benua
B Pergerakan magma di bawah laut
C Kejadian gempa bumi di dasar laut
D Kewujudan zon benam di dasar kerak bumi
19 Rajah 4 menunjukkan satu kesan pergerakan kerak bumi.

Sebelum Selepas

Rajah 4

Apakah daya yang mempengaruhi pergerakan tersebut?
A Daya sesaran
B Daya tekanan
C Daya tegangan
D Daya mampatan
20 Apakah proses yang menyebabkan terbentuknya gunung berapi?
A Himpitan
B Gelinciran
C Pencapahan
D Pertembungan

BAB 6
1 Antara berikut, yang manakah ciri-ciri tanah tinggi di Malaysia?

I Ketinggian melebihi 180 m dari aras laut
II Banjaran gunung terbentuk akibat proses lipatan
III Terdiri daripada banjaran gunung berapi dan dataran tinggi
IV Kebanyakan banjaran terbentuk di bahagian barat Semenanjung Malaysia
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV
2 Rajah 1 menunjukkan bentuk muka bumi pinggir laut.

Rajah 1
X dalam rajah di atas dikenali sebagai
A cerun benua
B jurang lautan
C pentas benua
D cangkat benua
3 Maklumat berikut merujuk kepada satu bentuk muka bumi di Malaysia.

Terdapat di lembangan sungai, dataran, delta dan dataran pantai

Apakah bentuk muka bumi tersebut?
A Saliran
B Pinggir laut
C Tanah tinggi
D Tanah pamah
4 Malaysia dikelilingi oleh beberapa laut utama dan selat.
Antara berikut, yang manakah laut utama dan selat yang mengelilingi negara?

I Laut Sulu
II Laut Pasifik
III Selat Sunda
IV Selat Tebrau
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV
5 Peta 1 menunjukkan kawasan tanah tinggi di Semenanjung Malaysia.

Peta 1
Antara banjaran yang berlabel dalam peta di atas, yang manakah digelar sebagai ‘tulang
belakang’ Semenanjung Malaysia?
AP
BQ
CR
DS
6 Berikut merupakan satu banjaran yang terdapat di Malaysia.

Banjaran Crocker
Antara berikut, pernyataan manakah yang menerangkan tentang banjaran di atas?
A Terletak di Semenanjung Malaysia
B Menempatkan gunung yang tertinggi di Malaysia
C Merupakan banjaran yang terpanjang di Malaysia
D Kemuncak yang tertinggi ialah Gunung Trus Madi

7 Antara berikut, banjaran manakah yang terletak di Sarawak?
I Banjaran Benom
II Banjaran Brassey
III Pergunungan Hose
IV Banjaran Kapuas Hulu
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

8 Peta 2 menunjukkan banjaran dan gunung yang terdapat di Sabah dan Sarawak.

Peta 2
Apakah nama banjaran yang berlabel Y dalam peta di atas?
A Banjaran Tahan
B Pergunungan Iran
C Pergunungan Hose
D Banjaran Tama Abu
9 Maklumat berikut merujuk kepada satu kawasan tanah pamah yang terdapat di Malaysia.

• Pertanian merupakan kegiatan utama
• Mendapan daripada kejadian banjir menjadikan tanih di

kawasan ini subur
Apakah nama dataran tersebut?
A Delta Rajang
B Dataran Kelantan
C Dataran Hulu Sungai Perak
D Dataran Pantai Timur Sabah
10 Antara berikut, ciri-ciri yang manakah menerangkan tentang Dataran Pantai Barat Sabah?
I Kawasan tanah pamah yang luas

II Terbentuk di kaki Banjaran Crocker
III Sesuai untuk kegiatan perindustrian
IV Mempunyai banyak kawasan berpaya
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV
11 Peta 3 menunjukkan dua kawasan tanah pamah di Malaysia.

Peta 3

Apakah tanaman utama yang ditanam di kawasan berlorek dalam peta di atas?

A Padi C Getah

B Koko D Nanas

12 Rajah 2 menunjukkan bentuk muka bumi yang terdapat di pinggir laut.

Rajah 2

Apakah bentuk muka bumi yang berlabel Q dalam rajah di atas?

A Gua C Tanjung

B Pulau D Batu tunggul

13 Bagaimanakah pembentukan gerbang laut berlaku?

A Hakisan ombak semasa air pasang

B Hakisan ombak terhadap tebing tinggi

C Hakisan ombak terhadap batuan lembut
D Hakisan ombak yang berterusan dan menembusi dinding gua laut
14 Rajah 3 menunjukkan proses hakisan ombak terhadap batuan lembut.

Rajah 3

Antara berikut, lokasi manakah yang memiliki bentuk muka bumi pinggir laut seperti dalam

gambar di atas?

I Teluk Batik, Perak

II Tanjung Bungah, Pulau Pinang

III Pulau Tioman, Pahang

IV Pantai Cahaya Bulan, Kelantan

A I dan II C II dan III

B I dan IV D III dan IV

15 Apakah ciri-ciri sungai di Malaysia?

A Panjang dan lebar

B Berpunca dari bawah tanah

C Beraliran deras dan berliku-liku

D Mempunyai pelbagai bentuk muka bumi seperti lagun dan tombolo

16 Maklumat berikut merujuk kepada kepentingan bentuk muka bumi di Malaysia.

• Penjanaan kuasa hidroelektrik
M • Penanaman tanaman hawa sederhana

Apakah M?
A Saliran
B Pinggir laut
C Tanah tinggi
D Tanah pamah
17 Mengapakah kawasan pinggir laut sesuai dijadikan tapak pelabuhan?
A Memiliki pelbagai ciri fizikal

B Kaya dengan sumber mineral
C Merupakan kawasan tumpuan pelancong
D Terlindung daripada tiupan angin kencang
18 Berikut merupakan tanaman yang sesuai ditanam di kawasan tanah pamah.

• Getah
• Kelapa sawit
• Nanas

Tanaman tersebut boleh didapati di
A Delta Segama
B Dataran Johor
C Lembah Kinta
D Dataran Terengganu
19 Berikut merupakan beberapa sungai yang terdapat di negara kita.

• Sungai Beruas
• Sungai Endau

Mengapakah sungai di atas penting kepada penduduk setempat?
A Menjana kuasa hidroelektrik
B Membekalkan sumber ikan air tawar
C Digunakan sebagai jalan pengangkutan dan perhubungan
D Menjana pendapatan penduduk melalui kegiatan pelancongan
20 Apakah kepentingan bentuk muka bumi pinggir laut?
A Pertanian
B Petempatan
C Perindustrian
D Perlombongan
BAB 7
1 Antara berikut, bentuk muka bumi manakah yang terbentuk di peringkat tengah sungai?
I Likuan sungai
II Lubang periuk
III Tasik ladam
IV Susuh bukit berpanca
A I dan II
B I dan IV

C II dan III
D III dan IV
2 Rajah 1 menunjukkan pandang darat fizikal yang terbentuk di suatu peringkat aliran sungai.

Rajah 1
Pandang darat fizikal di atas boleh ditemui di peringkat
A hilir sungai
B hulu sungai
C muara sungai
D tengah sungai
3 Apakah proses yang berlaku di peringkat hilir sungai?
A Hakisan
B Mampatan
C Gelongsoran
D Pemendapan
4 Antara berikut, yang manakah ciri-ciri sungai di peringkat hulu?
I Mempunyai cerun yang curam
II Air mengalir dengan deras
III Lurah sungai berbentuk ‘U’
IV Aliran sungai berliku-liku
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV
5 Rajah 2 menunjukkan bentuk muka bumi yang terbentuk di peringkat hilir sungai.

Rajah 2

Berdasarkan rajah di atas, apakah Y?
A Delta
B Lagun
C Tetambak
D Tasik ladam
6 Kawasan mendapan di muara sungai dikenali sebagai delta.
Mengapakah pemendapan ini terjadi?
A Batuan lembut terhakis
B Beban sungai berkurangan
C Dasar alur semakin sempit
D Aliran sungai semakin perlahan
7 Antara berikut, proses manakah yang terlibat dalam pembentukan tasik ladam?
I Hanyutan
II Hakisan
III Pemendapan
IV Pengangkutan
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV
8 Rajah 3 menunjukkan pandang darat fizikal yang terbentuk di peringkat hulu sungai.

Rajah 3
Apakah potensi bagi kawasan yang mempunyai pandang darat fizikal seperti dalam rajah
di atas?
A Kegiatan pertanian
B Kegiatan perlombongan
C Aktiviti rekreasi dan pelancongan
D Aktiviti penternakan ikan air tawar

9 Maklumat berikut merujuk kepada ciri-ciri suatu sungai di Malaysia.

• Berpunca dari Gunung Liang Timur
• Menjadi sempadan antara negeri Perak dan Selangor
Antara berikut, sungai manakah yang memiliki ciri-ciri di atas?
A Sungai Endau
B Sungai Baram
C Sungai Beruas
D Sungai Bernam
10 Peta 1 menunjukkan lokasi suatu sungai utama di Malaysia.

Peta 1
Apakah ciri sungai tersebut?
A Sungai yang terdalam di Malaysia
B Sungai yang terpanjang di Malaysia
C Sungai yang terpanjang di Asia Tenggara
D Sungai yang terpanjang di Semenanjung Malaysia
11 Apakah nama tasik semula jadi terbesar di Malaysia?
A Tasik Bera
B Tasik Chini
C Tasik Kenyir
D Loagan Bunut
12 Berikut merupakan satu tasik yang terdapat di Malaysia.

Tasik Chini
Antara berikut, yang manakah berkaitan dengan tasik di atas?
A Tasik buatan manusia

B Terletak di negeri Perak

C Tasik terbesar di Pahang

D Terbentuk secara semula jadi

13 Antara berikut, sungai manakah yang mengalir ke Laut China Selatan?

I Sungai Bernam

II Sungai Pahang

III Sungai Rajang

IV Sungai Kinabatangan

A I dan II C II dan III

B I dan IV D III dan IV

14 Berikut merupakan dua sungai yang terdapat di Malaysia.

• Sungai Melaka
• Sungai Kiulu

Apakah kepentingan kedua-dua sungai di atas?
A Sempadan semula jadi
B Rekreasi dan pelancongan
C Penjanaan kuasa hidroelektrik
D Pengangkutan dan perhubungan
15 Antara berikut, sungai manakah yang berfungsi sebagai sempadan antarabangsa?
A Sungai Golok
B Sungai Endau
C Sungai Baram
D Sungai Bernam
16 Berikut merupakan beberapa empangan yang terdapat di Malaysia.

• Empangan Bersia
• Empangan Cenderoh
• Empangan Kenering

Empangan-empangan di atas terletak di
A Sungai Perak
B Sungai Padas
C Sungai Rajang
D Sungai Kinabatangan

17 Sungai Muda merupakan sungai terpanjang di negeri Kedah.
Apakah kepentingan sungai ini?
I Menjana kuasa hidroelektrik
II Sumber pengairan untuk pertanian
III Sumber air untuk kegunaan domestik
IV Sempadan semula jadi antara Malaysia dengan Thailand
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

18 Sumber tenaga elektrik utama di Malaysia dibekalkan melalui jana kuasa hidroelektrik.
Apakah faktor yang membolehkan jana kuasa ini dibina?
I Takungan air tasik yang banyak
II Keadaan sungai yang panjang dan lebar
III Keadaan muara sungai yang cetek
IV Aliran sungai yang berarus deras
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

19 Berikut merupakan beberapa kepentingan tasik di Malaysia.

• Sumber protein
• Rekreasi dan pelancongan
• Penjanaan kuasa hidroelektrik

Antara berikut, tasik manakah yang memiliki kesemua kepentingan di atas?
A Tasik Bera
B Tasik Kenyir
C Tasik Putrajaya
D Tasik Titiwangsa
20 Apakah persamaan kepentingan antara sungai dan tasik di Malaysia?
I Sempadan negeri dan antarabangsa
II Kawasan tarikan pelancong
III Sumber ikan air tawar

IV Jalan pengangkutan dan perhubungan penduduk
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV
BAB 8
1 Apakah yang dimaksudkan dengan taburan penduduk?
A Migrasi penduduk ke sesuatu kawasan
B Sebaran penduduk di sesuatu kawasan
C Bilangan penduduk di sesuatu kawasan
D Perubahan jumlah penduduk mengikut masa
2 Mengapakah taburan penduduk di Malaysia tidak sekata?
I Pengaruh cuaca dan iklim
II Pengaruh kegiatan ekonomi
III Keadaan bentuk muka bumi
IV Perbezaan kadar kelahiran dan kematian penduduk
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV
3 Maklumat berikut merujuk kepada ciri kawasan bagi suatu taburan penduduk.

• Kawasan pertanian
• Kawasan pesisir pantai
• Bandar-bandar kecil

Apakah taburan penduduk bagi kawasan-kawasan di atas?
A Padat
B Jarang
C Sederhana
D Sangat jarang
4 Antara berikut, kawasan manakah yang mempunyai taburan penduduk yang padat?
I Gua Musang
II Kuala Tahan
III Kuching
IV Bangi

A I dan II C II dan III

B I dan IV D III dan IV

5 Pernyataan berikut merujuk kepada kepadatan penduduk di suatu kawasan.

Jumlah penduduk seramai 20 orang bagi sekilometer persegi.

Kawasan tersebut dikategorikan sebagai kawasan yang berpenduduk
A padat
B jarang
C sederhana
D sangat padat
6 Peta 1 menunjukkan beberapa kawasan di Malaysia yang mempunyai taburan penduduk
yang sama.

Peta 1

Apakah taburan penduduk bagi kawasan yang berlorek dalam peta di atas?

A Padat C Sederhana

B Jarang D Sangat padat

7 Antara berikut, pernyataan manakah berkaitan dengan taburan penduduk di Malaysia?

A Taburan penduduk yang sederhana terdapat di kawasan perkampungan Orang Asli

B Taburan penduduk di Malaysia terdiri daripada penduduk padat dan penduduk jarang

C Kawasan yang menjalankan pelbagai kegiatan ekonomi mempunyai taburan

penduduk yang padat

D Kawasan yang mempunyai jumlah penduduk seramai 150 orang bagi sekilometer

persegi dikategorikan sebagai kawasan yang berpenduduk padat

8 Peta 2 menunjukkan taburan penduduk di beberapa kawasan di Semenanjung Malaysia.

Peta 2
Kawasan berlorek manakah yang mempunyai taburan penduduk yang jarang?
A J dan K
B J dan M
C K dan L
D L dan M
9 Mengapakah kawasan tanah tinggi kurang menjadi tumpuan penduduk?
A Ketiadaan sumber air
B Suhu yang terlalu rendah
C Kos sara hidup yang tinggi
D Darjah ketersampaian yang rendah
10 Antara berikut, faktor manakah yang menyebabkan sesuatu kawasan itu mempunyai
kepadatan penduduk yang tinggi?
I Kegiatan ekonomi perikanan
II Pembukaan bandar baharu
III Kewujudan kawasan perindustrian
IV Rancangan kemajuan tanah oleh kerajaan
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV
11 Kawasan berikut merupakan kawasan tumpuan penduduk.

• Kerteh
• Bintulu

Apakah faktor ekonomi yang mempengaruhi taburan penduduk di kawasan tersebut?
A Pertanian
B Perikanan
C Perindustrian
D Perlombongan
12 Peta 2 menunjukkan beberapa kawasan yang mempunyai penduduk yang padat.

Peta 2
Mengapakah kawasan berlorek dalam peta di atas mempunyai kepadatan penduduk yang
tinggi?
I Kegiatan ekonomi pertanian
II Aktiviti penerokaan sumber mineral
III Terdapat kemudahan pendidikan
IV Keadaan tanah pamah yang subur
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV
13 Berikut merupakan satu faktor yang mempengaruhi taburan penduduk.

Dasar kerajaan / governan
Antara berikut, kawasan manakah yang dipengaruhi oleh faktor tersebut?
I Semporna
II Bayan Lepas
III Putrajaya
IV Taman Negara Pahang

A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV
14 Apakah faktor yang menyebabkan sesuatu kawasan itu berpenduduk jarang?
A Pembukaan kawasan pertanian
B Bentuk muka bumi pinggir laut
C Pengaruh kegiatan perlombongan
D Pewartaan kawasan sebagai hutan simpan
15 Berikut merupakan dua kawasan berpaya yang terdapat di Malaysia.

• Tasik Chini
• Tasik Bera

Apakah taburan penduduk bagi kedua-dua kawasan di atas?
A Padat
B Jarang
C Sederhana
D Sangat padat
16 Antara berikut, sektor ekonomi manakah yang terdapat di kawasan yang berpenduduk
padat?
I Perikanan
II Penternakan
III Perniagaan
IV Perkhidmatan
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV
17 Pilih padanan kawasan berikut dengan kepadatan penduduknya yang tepat.

Kawasan Kepadatan penduduk

A Gua Musang, Kelantan Padat

B Kuala Besut, Terengganu Jarang

C Petaling Jaya, Selangor Sederhana

D FELDA Jengka Tiga Segi, Pahang Sederhana

18 Kawasan berikut merupakan kawasan yang menjadi tumpuan penduduk.

• Skudai, Johor
• Sintok, Kedah

Apakah faktor yang mempengaruhi taburan penduduk di kawasan di atas?
A Faktor sosial
B Faktor fizikal
C Faktor ekonomi
D Faktor governan
19 Bagaimanakah kerajaan berusaha membangunkan kawasan yang berpenduduk jarang
menjadi kawasan yang berpenduduk sederhana?
A Mewartakan kawasan hutan
B Meningkatkan taraf pendidikan
C Menubuhkan pusat pentadbiran
D Membangunkan tanah rancangan
20 Antara berikut, bandar manakah yang berkembang akibat daripada pembukaan bandar
baharu?
A Miri, Sarawak
B Alor Star, Kedah
C Kota Bharu, Kelantan
D Nilai, Negeri Sembilan
BAB 9
1 Antara berikut, yang manakah merupakan ciri-ciri petempatan luar bandar di Malaysia?
I Mempunyai penduduk kurang daripada 10 000 orang
II Mempunyai kemudahan asas yang pelbagai
III Kawasan kediaman yang bercirikan moden
IV Kegiatan ekonomi yang terhad
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

2 Apakah kegiatan ekonomi yang dijalankan oleh penduduk di kawasan petempatan bandar?
A Pertanian
B Pembinaan
C Penternakan
D Industri desa

3 Berikut merupakan jenis-jenis petempatan yang terdapat di Malaysia.
• Bandar
• Luar bandar

Apakah faktor yang membezakan kedua-dua jenis petempatan di atas?
I Kepadatan penduduk
II Fungsi petempatan
III Keadaan cuaca
IV Kesuburan tanah
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV
4 Gambar Foto 1 menunjukkan sebuah kawasan petempatan yang terdapat di Malaysia.

Gambar Foto 1
Kawasan petempatan di atas merupakan kawasan petempatan
A bandar
B pedalaman
C luar bandar
D pinggir bandar

5 Apakah yang dimaksudkan dengan pola petempatan?
A Jenis bangunan yang dibina di sesuatu kawasan
B Bentuk muka bumi yang mempengaruhi sesuatu petempatan dibina
C Corak atau reka bentuk susunan kawasan kediaman manusia di sesuatu kawasan
D Kemudahan atau sumber semula jadi yang terdapat di sesuatu tempat atau kawasan

6 Maklumat berikut merujuk kepada ciri-ciri sejenis pola petempatan yang terdapat di
Malaysia.

• Dibina secara berjauhan antara satu sama lain
• Terdapat di kawasan kampung dan kebun kecil

Apakah pola petempatan bagi ciri-ciri di atas?
A Petempatan berjajar
B Petempatan berpusat
C Petempatan berselerak
D Petempatan berkelompok
7 Bagaimanakah susun atur bangunan bagi pola petempatan berpusat dibina?
A Dibina secara berselerak tanpa susunan tertentu
B Dibina dalam satu barisan atau deretan secara selari
C Dibina secara rapat dalam satu kelompok yang terancang
D Dibina secara bertumpu di sekeliling pusat tumpuan penduduk
8 Rajah 1 menunjukkan sejenis pola petempatan.

Rajah 1

Pola petempatan di atas boleh ditemui di
I Bukit Tinggi, Pahang
II Sungai Rajang, Sarawak
III Kuala Besut, Terengganu
IV Kundasang, Sabah

A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV
9 Berikut merupakan dua lokasi petempatan di Malaysia.

• FELDA Labu, Negeri Sembilan
• FELDA Trolak, Perak
Apakah pola petempatan bagi kedua-dua lokasi di atas?
AC

BD

10 Peta 1 menunjukkan beberapa lokasi petempatan di Malaysia.

Peta 1
Kawasan manakah yang mungkin mempunyai pola petempatan berjajar?
AW
BX
CY
DZ

11 Pernyataan berikut merujuk kepada fungsi petempatan bandar.

Menyediakan kemudahan perkhidmatan kepada penduduk

Fungsi tersebut merujuk kepada fungsi bandar dari segi
A sosial
B fizikal
C ekonomi
D governan
12 Berikut merupakan beberapa bandar utama di Malaysia.

• Bandaraya Melaka
• Langkawi
Apakah fungsi kedua-dua bandar tersebut?
A Bandar satelit
B Bandar sempadan
C Bandar pelabuhan
D Bandar pelancongan
13 Maklumat berikut berkaitan dengan fungsi petempatan bandar dari segi sosial.

Mengatasi masalah kesesakan penduduk dan petempatan
di bandar utama

Apakah fungsi bandar tersebut?
A Bandar satelit
B Bandar sempadan
C Bandar pentadbiran
D Bandar perindustrian
14 Antara berikut, pernyataan manakah berkaitan dengan fungsi petempatan bandar sebagai
bandar pelabuhan?
A Mengawal aktiviti keluar masuk negara
B Menjalankan urusan import dan eksport
C Menjalankan aktiviti penerokaan sumber mineral
D Menawarkan pelbagai bentuk perkhidmatan kepada penduduk
15 Antara berikut, bandar manakah yang berfungsi sebagai bandar diraja?
I Arau, Perlis
II Miri, Sarawak

III Iskandar Puteri, Johor

IV Seri Menanti, Negeri Sembilan

A I dan II C II dan III

B I dan IV D III dan IV

16 Berikut merupakan bandar-bandar yang terdapat di Malaysia.

• Lumut, Perak
• Port Dickson, Negeri Sembilan

Mengapakah bandar tersebut berkembang sebagai kawasan petempatan yang lebih besar?
A Menempatkan pangkalan tentera
B Menempatkan kediaman rasmi sultan
C Menjalankan pelbagai kegiatan perdagangan
D Menawarkan peluang pekerjaan dan pendidikan
17 Berikut merupakan beberapa fungsi petempatan bandar.

Bandar Bandar
Diraja Pelabuhan

Bandar
X

Bandar
Perindustrian

Apakah bandar X?
A Klang, Selangor
B Kuantan, Pahang
C Pasir Gudang, Johor
D Kerteh, Terengganu
18 Pilih kombinasi bandar dengan fungsinya yang tepat.

Bandar Fungsi
A Tanjung Malim, Perak Bandar pendidikan
B Cyberjaya, Selangor Bandar pentadbiran

C Perai, Pulau Pinang Bandar teknologi maklumat

D Teluk Sepanggar, Sabah Bandar perlombongan

19 Apakah persamaan fungsi antara petempatan bandar dan luar bandar?
A Pusat pendidikan
B Pusat perniagaan
C Pusat perdagangan
D Pusat perlombongan

20 Antara berikut, yang manakah merupakan petempatan luar bandar Malaysia?
I Padang Besar, Perlis
II Pulau Ketam, Selangor
III Mukah, Sarawak
IV Senawang, Negeri Sembilan
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

BAB 10
1 Antara berikut, pernyataan manakah yang tepat menerangkan tentang Asia Tenggara?

I Terletak di bahagian tenggara Benua Asia
II Terdiri daripada 10 buah negara
III Terbahagi kepada tiga bahagian
IV Negara terbesar ialah Indonesia
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV
2 Antara berikut, negara manakah yang terletak di Tanah Besar Asia Tenggara?
I Filipina
II Kemboja
III Vietnam
IV Timor Leste
A I dan II
B I dan IV

C II dan III
D III dan IV
3 Rajah 1 menunjukkan bendera sebuah negara Asia Tenggara.

Bendera di atas mewakili negara Rajah 1

A Filipina

B Thailand

C Singapura

D Brunei Darussalam

4 Apakah nama ibu negara Vietnam?

A Hanoi

B Manila

C Naypyidaw

D Bandar Seri Begawan

5 Peta 1 menunjukkan kedudukan negara-negara di Asia Tenggara.

Peta 1

Apakah nama negara yang berlorek dalam peta di atas?
A Laos
B Thailand

C Kemboja
D Singapura
6 Pilih padanan negara dan ibu negara berikut yang betul.

Negara Ibu negara
A Myanmar Phnom Penh

B Filipina Bangkok

C Laos Vientiane

D Kemboja Hanoi

7 Berikut merupakan nama ibu negara bagi sebuah negara.

Dili

Apakah nama negara tersebut?
A Thailand
B Indonesia
C Timor Leste
D Brunei Darussalam
8 Antara berikut, negara manakah yang bersempadan dengan Myanmar?
I Vietnam
II Kemboja
III Laos
IV Thailand
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV
9 Antara berikut, ciri-ciri yang manakah menerangkan tentang bentuk muka bumi negara
Laos?
I Tidak mempunyai pinggir laut
II Mempunyai gunung berapi yang masih aktif
III Terdapat kawasan tanah pamah yang luas dan subur
IV Hampir keseluruhan negaranya diliputi oleh tanah tinggi
A I dan II

B I dan IV
C II dan III
D III dan IV
10 Apakah nama laut yang terdapat di Asia Tenggara?
I Laut Merah
II Laut Sulawesi
III Laut Andaman
IV Laut Mediterranean
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV
11 Maklumat berikut merujuk kepada bentuk muka bumi yang terdapat di Asia Tenggara.

Banyak terdapat di Indonesia dan Filipina

Apakah bentuk muka bumi tersebut?
A Pinggir laut
B Tanah tinggi
C Tanah pamah
D Gunung berapi
12 Berikut merupakan gunung berapi yang masih aktif di Asia Tenggara.

• Gunung Mayon
• Gunung Pinatubo

Gunung-gunung berapi tersebut terletak di
A Filipina
B Kemboja
C Myanmar
D Indonesia
13 Mengapakah kawasan tanah pamah mempunyai kepadatan penduduk yang tinggi?
A Bebas daripada ancaman tsunami
B Jaringan perhubungan mudah dibina
C Terlindung daripada tiupan angin monsun
D Mempunyai banyak daya tarikan pelancong

14 Gunung lipat tua ialah gunung yang terbentuk akibat proses mampatan kerak bumi sejak
200 juta tahun.
Antara berikut, yang manakah merupakan banjaran gunung lipat tua?
I Banjaran Arakan Yoma
II Banjaran Crocker
III Banjaran Annam
IV Banjaran Titiwangsa
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

15 Maklumat berikut berkaitan dengan satu sungai utama di Asia Tenggara.

• Sungai terpenting dan terpanjang di Myanmar
• Berakhir di Laut Andaman

Apakah nama sungai tersebut?
A Sungai Mekong
B Sungai Sittaung
C Sungai Irrawaddy
D Menam Chao Phraya
16 Antara berikut, pernyataan manakah berkaitan dengan Menam Chao Phraya?
I Sungai terpanjang di Asia Tenggara
II Menjadi sempadan antara Thailand dengan Myanmar
III Terdapat kegiatan pasar terapung
IV Merupakan jalan pengangkutan utama di Thailand
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

17 Peta 2 menunjukkan lokasi tasik-tasik utama di Asia Tenggara.

Peta 2
Antara tasik yang berlabel dalam peta di atas, yang manakah merupakan tasik vulkanik
paling dalam di dunia?
AP
BQ
CR
DS
18 Maklumat berikut merujuk kepada sebuah tasik utama di Asia Tenggara.

• Membentuk terusan atau sungai buatan
• Menerima limpahan air dari Sungai Mekong ketika musim monsun
Apakah nama tasik tersebut?
A Tonle Sap
B Danau Toba
C Tasik Kenyir
D Tasik Songkhla

19 Gambar Foto 1 menunjukkan Pulau Samosir yang terbentuk di tengah-tengah Danau Toba.

Gambar Foto 1
Bagaimanakah pembentukan pulau ini berlaku?
A Penyusutan paras air tasik
B Perubahan kedudukan benua
C Sesaran di sempadan plat bumi
D Pergerakan magma di bawah tasik
20 Berikut merupakan sungai-sungai utama di Asia Tenggara.

• Sungai Mekong
• Sungai Rajang
Apakah persamaan kepentingan kedua-dua sungai di atas?
I Pengangkutan dan perhubungan
II Sempadan semula jadi
III Penerokaan sumber mineral
IV Sumber pengairan untuk kegiatan pertanian
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

BAB 11
1 Maklumat berikut merujuk kepada ciri bagi satu taburan penduduk di Asia Tenggara.

Tertumpu di kawasan bandar baharu dan kawasan pertanian
Apakah taburan penduduk tersebut?
A Padat
B Jarang
C Sederhana
D Sangat padat
2 Peta 1 menunjukkan taburan penduduk di beberapa kawasan di Asia Tenggara.

Peta 1
Kawasan bertanda manakah yang mempunyai taburan penduduk yang jarang?
A J dan K
B J dan M
C K dan L
D L dan M

3 Peta 2 menunjukkan beberapa kawasan di Asia Tenggara yang mempunyai taburan
penduduk yang sama.

Peta 2
Apakah taburan penduduk bagi kawasan berlorek dalam peta di atas?
A Padat
B Jarang
C Sederhana
D Sangat jarang
4 Apakah ciri-ciri kawasan yang mempunyai taburan penduduk yang padat?
I Tertumpu di dataran pantai
II Terdapat di kawasan pinggir bandar
III Melibatkan kawasan yang berpaya
IV Menggunakan sungai sebagai jalan perhubungan
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

5 Berikut merupakan beberapa kawasan di Asia Tenggara yang mempunyai taburan
penduduk yang sama.

• Pantai Arakan Yoma (Myanmar)
• Pinggir Sungai Mekong (Vietnam)

Apakah taburan penduduk bagi kawasan di atas?
A Padat
B Jarang
C Sederhana
D Sangat padat
6 Antara berikut, kawasan manakah yang mempunyai penduduk yang jarang?
A Pantai barat Sumatera
B Kawasan paya Sumatera Timur
C Pantai barat Semenanjung Malaysia
D Pantai timur Semenanjung Malaysia
7 Berikut merupakan bandar-bandar utama di Asia Tenggara.

• Kuala Lumpur
• Jakarta

Apakah persamaan fungsi bagi kedua-dua bandar di atas?
I Pusat pertanian
II Pusat pentadbiran
III Pusat perdagangan
IV Pusat perhubungan dan pengangkutan
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV
8 Antara berikut, industri manakah yang terkenal di Bangkok?
I Industri besi keluli
II Industri makanan
III Industri elektrik dan elektronik
IV Industri pemasangan kenderaan bermotor
A I dan II

B I dan IV
C II dan III
D III dan IV
9 Gambar Foto 1 menunjukkan sebuah bandar yang terdapat di Asia Tenggara.

Gambar Foto 1
Bandar di atas terkenal sebagai sebuah pusat
A pendidikan
B pentadbiran
C perdagangan
D perindustrian
10 Antara berikut, bandar manakah yang berfungsi sebagai ibu negara dan pusat pentadbiran?
A Krabi
B Manila
C Bandung
D Kuala Lumpur
11 Antara berikut, pernyataan manakah yang menerangkan tentang fungsi bandar sebagai
sebuah pusat perhubungan?
A Menguruskan hal ehwal negara
B Mempunyai pelbagai pusat perniagaan
C Menjalankan aktiviti import dan eksport
D Memiliki rangkaian Internet dan telekomunikasi

12 Peta 3 menunjukkan lokasi beberapa bandar utama di Asia Tenggara.

Peta 3
Antara bandar-bandar di atas, yang manakah merupakan bandar raya kosmopolitan?
AP
BQ
CR
DS
13 Apakah yang dimaksudkan dengan bandar raya kosmopolitan?
A Bandar yang terdiri daripada penduduk yang sama bangsa dan kaum
B Bandar yang terdiri daripada bandar raya dan kawasan pinggir bandar
C Bandar yang terdiri daripada orang atau unsur-unsur dari seluruh dunia
D Bandar yang berkembang akibat daripada gabungan beberapa bandar berdekatan
14 Maklumat berikut berkenaan dengan lokasi sebuah bandar utama di Asia Tenggara.

Terletak di timur tebing Menam Chao Phraya
Apakah nama bandar tersebut?
A Manila
B Jakarta
C Bangkok
D Singapura

15 Antara berikut, pernyataan manakah yang tepat menerangkan tentang bandar Kuala
Lumpur?
I Berfungsi sebagai pusat pendidikan
II Merupakan sebuah bandar pelabuhan
III Bandar raya metropolitan terbesar di Asia Tenggara
IV Menjalankan kegiatan perindustrian dan perdagangan
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

16 Maklumat berikut berkaitan dengan sebuah bandar utama di Asia Tenggara.
• Salah satu pelabuhan terpenting di dunia
• Berfungsi sebagai pusat kewangan dan perdagangan antarabangsa

Apakah nama bandar di atas?
A Manila
B Jakarta
C Singapura
D Kuala Lumpur
17 Peta 4 menunjukkan lokasi sebuah bandar utama di Asia Tenggara.

Peta 4

Antara berikut, pernyataan manakah menerangkan tentang bandar X?
A Merupakan ibu negara Filipina
B Diberi nama jolokan ‘Venice Timur’
C Terletak di muara Sungai Tjiliwung
D Terkenal sebagai bandar bebas cukai
18 Kerajaan Indonesia telah melaksanakan program ‘transmigrasi’ terhadap penduduk di
Pulau Jawa.
Mengapakah program ini dijalankan?
A Memberi peluang pekerjaan
B Meningkatkan taraf kehidupan
C Mengatasi masalah kepadatan penduduk
D Merapatkan jurang kawasan bandar dan luar bandar


Click to View FlipBook Version